أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Ahad, 5 Ogos 2018

Ujian Dunia DiHadapi Jatidiri DiMiliki

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Mulk : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ﴿٢﴾ Maksudnya : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Kehidupan kita di alam dunia ini yang merupakan negeri untuk kita beramal dengan mengumpul sebanyak mungkin bekalan akhirat dengan amalan soleh. Kehidupan dunia ini penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran terhadap iman kita terutama sebagai umat akhir zaman yang dekat dengan berlakunya qiamat. Telah banyak tanda-tanda qiamat kecil mahu pun yang besar telah berlaku. Cuma menunggu saat timbulnya tanda yang paling besar antaranya keluar Dajjal قال النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا بَيْنَ خَلْقِ آدَمَ إِلَى قِيَامِ السَّاعَةِ خَلْقٌ أَكْبَرُ مِنَ الدَّجَّالِ – رواه مسلم Maksudnya : Tidak ada satu pun makhluk pun sejak nabi Adam a.s diciptakan hingga berlakunya qiamat di mana fitnahnya (cubaannya) lebih besar dari Dajjal. Imam Nawawi RH menerangkan bahawa yang dimaksud di sini adalah tidak ada fitnah dan masalah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal Dari Ibnu ‘Umar RA, berkata bahawa Rasulullah s.a.w berdiri di hadapan manusia lalu memuji Allah kerana memang Dialah (Allah) satu-satunya yang berhak atas pujian kemudian baginda menceritakan berkenaan Dajjal. إِنِّى لأُنْذِرُكُمُوهُ ، وَمَا مِنْ نَبِىٍّ إِلاَّ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ ، لَقَدْ أَنْذَرَ نُوحٌ قَوْمَهُ ، وَلَكِنِّى أَقُولُ لَكُمْ فِيهِ قَوْلاً لَمْ يَقُلْهُ نَبِىٌّ لِقَوْمِهِ ، تَعْلَمُونَ أَنَّهُ أَعْوَرُ ، وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ - رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Aku akan menceritakannya kepada kalian dan tidak ada seorang Nabi pun melainkan telah menceritakan tentang Dajjal kepada kaumnya. Sungguh Nabi Nuh a.s telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentang Dajjal yang tidak pernah diberitahu oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya, iaitu Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Allah sama sekali tidaklah buta. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, قال النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ، فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ، مِمَّا يُبْعَثُ بِهِ مِنَ الشُّبُهَاتِ – رواه مسلم وأحمد والحاكم Maksudnya : Sesiapa mendengar ada Dajjal, hendaklah ia bersembunyi darinya. Karena, Demi Allah, ada seseorang mendatanginya dan ia mengita bahwa ia benar-benar beriman, lalu ia mengikutinya, karena banyaknya syubhat (kesamaran) yang menyertainya.” Dajjaal dari sudut bahasa bererti berdusta dan menutup. Menutupi atau mencampuradukkan yang hak dengan yang batil. Disebut dajjaal karena menutupi kebenaran dengan kata-kata dustanya. Dajjal berarti seorang yang sangat pendusta dan menutupi kebenaran. Sedangkan Dajjal yang disebutkan dalam hadis adalah satu mahluk khusus sebangsa manusia yang akan muncul di hari-hari menjelang kiamat, memfitnah manusia, dan mempunyai sifat khusus. Dajjaal hadir untuk membuat fitnah yang menyebabkan orang beriman menjadi sesat dan kafir. Di samping ada Dajjaal yang sebenarnya, ada juga manusia-manusia yang mempunyai sifat seperti Dajjaal. Oleh karena itu umat Islam juga harus mewaspadainya. Mereka adalah para pemimpin yang sesat dan nabi-nabi palsu. Mereka sangat berbahaya kerana datang pada setiap tempat dan waktu. Sedangkan Dajjaal sebenar akan datang hanya menjelang hari qiamat. Dajjal dari kalangan pemimpin dunia yang membantai dan menghancurkan negara muslim dan menimbulkan fitnah, menyebar kesesatan dan membuat kerosakan di dunia. Fitnah Dajjaal yang sebenarnya maupun para pemimpin yang memiliki sifat Dajjaal, adalah bahaya yang harus dihadapi oleh umat Islam. Fitnah Dajjaal membuat umat Islam menjadi sesat dan kafir, saling membunuh sesama sendiri. Dajjaal memutarbalikan fakta, sehingga yang benar menjadi salah dan yang salah menjadi benar, yang haram menjadi halal dan yang halal menjadi haram. Fitnah tersebut didokong dengan dana, media masa apatah lagi sokongan daripada kuasa besar. Dajjaal sentiasa memproduk ungkapan sesat, batil sehingga kebenaran menjadi kabur dan tidak jelas, sedangkan kebatilan seolah-olah indah dan menarik. Kebenaran selalu ditutupi dan dibungkus dengan dusta. Syariat Islam dianggap kejam dan melanggar hak asasi manusia, sedangkan nilai-nilai sekular dianggap baik, adil, dan paling sesuai untuk kehidupan di era moden. Nilai-nilai agama dijauhkan dari kehidupan sosial dan kenegaraan. Umat Islam di cop sebagai pelampau, ekstrem dan pengganas sedangkan non-muslim dianggap insan mulia, baik, dan adil. Menyedari tentang betapa dahsyatnya fitnah Dajjal ini maka kita diminta supaya memperbanyakkan doa antaranya اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ Maksudnya : “Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari seksa kubur, seksa neraka, fitnah kehidupan dan Selepas mati, serta dari kejahatan fitnah Dajjal.” Begitu juga dengan membaca dan menghafal sebahagian surah al-Kahfi عنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنْ الدَّجَّالِ - رواه مسلم Maksudnya : Sesiapa menghafal sepuluh ayat pertama surat al-Kahfi maka dia akan dijaga dari Dajjal Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 10 surah al-Kahfi : إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا ﴿١٠﴾ Maksudnya : (Ingatlah) ketika sekumpulan anak muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami” Ketika kita membaca surah al-Kahfi yang disarankan oleh nabi s.a.w untuk membacanya bagi menjauhi fitnah Dajjal maka kita dapati di dalam surah ini ada 4 kisah besar yang berkaitan dengan fitnah yang kita telah, sedang dan akan hadapi iaitu pertama fitnah terhadap iman sebagaimana sekumpulan pemuda yang terpaksa bersembunyi dalam gua bagi mempertahankan iman ketika suasana negara yang diperintah oleh pemimpin kufur. Ujian terhadap iman adalah kemuncak dalam kehidupan. Oleh itu menjadi kewajipan kepada ibubapa untuk memberi kefahaman agama kepada anak-anak. Apa yang penting ialah tanggungjawab pemimpin untuk melaksanakan system pendidikan yang menjurus kepada rakyat ke arah memahami dan seterusnya menghayati Islam dalam setiap aspek termasuk politik, ekonomi, sosial dan sebagainya Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 40-41 surah al-Kahfi : فَعَسَىٰ رَبِّي أَن يُؤْتِيَنِ خَيْرًا مِّن جَنَّتِكَ وَيُرْسِلَ عَلَيْهَا حُسْبَانًا مِّنَ السَّمَاءِ فَتُصْبِحَ صَعِيدًا زَلَقًا ﴿٤٠﴾ أَوْ يُصْبِحَ مَاؤُهَا غَوْرًا فَلَن تَسْتَطِيعَ لَهُ طَلَبًا ﴿٤١﴾ Maksudnya : Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi" Kedua ialah fitnah harta kekayaan sehingga ramai yang kufur kepada Allah. Antara fitnah harta ialah [1] Riya atau timbul perasaan menunjuk-nunjuk atas kebaikannya ketika berinfak sehingga pahala sedekahnya menjadi sia-sia. Ada juga yang mengungkit semula pemberian yang dihulur sehingga menyakiti hati penerima [2] Lalai daripada mengingati Allah kerana sibuk dengan harta. Pengejar harta sibuk untuk mengumpuln dan memperbanyak hartanya sampai seluruh waktu dan perhatiannya dipergunakan untuk itu. Maka orang yang rugi adalah orang yang diperhamba oleh hartanya dimana harta itu menguasai perilaku, pergerakan dan perasaannya. [3] Penghasilan dan pengeluaran harta yang haram seperti riba, sogok, mencuri, rasuah, jual beli haram, menipu dan mengurangi timbangan. [4] Bakhil sehingga bukan sahaja kedekut untuk sedekah bahkan ada yang mengabaikan nafkah wajib kepada anak isteri, tidak mengeluarkan zakat [5] boros dan membazir harta Fitnah ketiga ialah ilmu di mana kisah pembelajaran ilmu antara nabi Khaidir dan nabi Musa a.s mengajar tentang adab belajar termasuk mesti berguru, menghormati guru. Kita bimbang jika ilmu agama dipelajari hanya melalui google, facebook semata-mata maka akan menyebabkan ramai yang terbabas kepada kesesatan. Kita bimbang akibat belajar tanpa guru menyebabkan banyak fahaman sesat akan semakin subur dalam masyarakat terutama ketika kita sekarang ini hampir kepada hari raya korban di mana adanya golongan liberal yang menuduh bahawa nabi Ibrahim a.s seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan isterinya Sarah sebagai perempuang jalang. Begitu juga tuduhan bahawa mimpi nabi Ibrahim supaya menyembelih anaknya sebagai mimpi dari Syaitan atas alasan Allah tidak menyuruh umatnya untuk melakukan perkara yang zalim termasuk sembelih anak Firman Allah dalam ayat 103-107 surah as-Soffat : فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ ﴿١٠٣﴾ وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤﴾قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١٠٥﴾ إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ ﴿١٠٦﴾ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾ Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim) "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. ) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 84 surah al-Kahfi : إِنَّا مَكَّنَّا لَهُ فِي الْأَرْضِ وَآتَيْنَاهُ مِن كُلِّ شَيْءٍ سَبَبًا ﴿٨٤﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Keempat ialah Fitnah kepimpinan atau kuasa di mana berjayanya pemimpin apabila dia mampu menguruskan dunia berteraskan agama sehingga rakyat bukan sahaja mampu hidup selesa malah Nampak jalan ke Syurga. Perlu diketahui juga bahawa cinta kemuliaan dengan cara tamak terhadap kekuasaan agar dapat memerintah serta mengatur urusan manusia sesuka hatinya akan menyebabkan negara musnah. Untuk mendapatkan kuasa, kedudukan dan pangkat manusia sanggup berbuat apa sahaja. Bukan setakat pijak kepala kawan bahkan sanggup jual agama dan bangsa. Oleh itu kita doakan agar kita dipimpin oleh orang soleh yang mampu memikul agama dalam mengurus negara berdasarkan agama untuk Berjaya dunia akhirat. Kita juga minta dijauhkan daripada golongan yang mengumpul kekayaan dengan pangkat yang ada sehingga menzalimi rakyat jelata. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Tiada ulasan: