أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Jumaat, 16 Februari 2018
Cinta Dunia DiBuang Kezaliman Zionis Yahudi DiTentang
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 42-43 surah al-Kahfi :
وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِ فَأَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ عَلَىٰ مَا أَنفَقَ فِيهَا وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا وَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُشْرِكْ بِرَبِّي أَحَدًا ﴿٤٢﴾ وَلَمْ تَكُن لَّهُ فِئَةٌ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللَّـهِ وَمَا كَانَ مُنتَصِرًا ﴿٤٣﴾
Maksudnya : Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!" (42) Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri
Setiap kali berada berada pada hari Jumaat maka kita disunatkan untuk membaca surah al-Kahfi di mana antara fadhilatnya ialah :
قال النبي : مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ - رواه الحاكم والبيهقي
Maksudnya : Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah menerangi baginya dengan cahaya di antara 2 Jumaat.
Selain mendapat fadhilat atas pembacaannya maka yang paling penting untuk kita sama-sama memahami seterusnya menghayati begitu banyak pengajaran terutama melalui kisah-kisah teladan yang terkandung dalam surah al-Kahfi ini. Antaranya berkenaan kisah pemilik 2 kebun yang begitu sombong dengan kekayaan, pangkat dan pengikut sehingga kufur kepada Allah dan mengengkari tentang hari kebangkitan serta merasakan bahawa segala yang dimiliki terus kekal. Akhirnya Allah telah menarik balik segala apa yang dimiliki dalam sekelip mata tanpa ada sesiapa pun yang dapat membantu. Usah berbangga dengan mahligai indah kerana kita semua bakal bersemadi dalam lubang kubur yang sempit. Usah berbangga dengan kereta mewah kerana kita bakal diusung di atas keranda biasa. Usah berbangga dengan pakaian berjenama kerana kita bakal dibungkus dalam kafan yang murah. Usah berbangga dengan anak pinak dan pengikut yang ramai kerana kita akan keseorangan dalam kubur yang sepi. Apa yang penting siapkan dengan bekalan akhirat sebanyak mungkin sebelum saat kematian datang menyapa
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 45-46 surah al-Kahfi :
وَاضْرِبْ لَهُم مَّثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقْتَدِرًا ﴿٤٥﴾ الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا ﴿٤٦﴾
Maksudnya : Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.
Kita yakin bahawa kehidupan dunia hanya sementara manakala kehidupan akhirat yang kekal selamanya. Oleh itu kita jangan terperangkap dengan cinta dunia sehingga lupa akhirat di mana antara bahaya bila hati kita dirosakkan dengan cinta dunia ialah : [1] Kunci segala keburukan adalah cinta dunia dan panjang angan-angan. Mereka mengejar dunia tanpa mengira halal haram, dosa pahala. Ingatlah bahawa kekayaan, pangkat, keturunan dan pengikut yang ramai semasa hidup di dunia bukan ukuran bahawa seseorang itu dikasihi Allah atau sebaliknya. Apa yang menjadi ukuran ialah tahap ketaqwaan kita kepada Allah dalam setiap perkara
قال النبي : إِنَّ الله قَسَمَ بَيْنَكُمْ أَخَلاَقَكُمْ كَمَاَ قَسَمَ بَيْنَكُمْ أَرْزَاقَكُمْ، وَإِنَّ الله يُعْطِيْ الدُّنْيَا مَنْ يُحِبُّ وَمَنْ لاَ يُحِبُّ ، وَلاَ يُعْطِيْ الإيمَانَ إلاَّ مَنْ يُحِبُّ - رواه الحاكم
Maksudnya : Sesungguhnya Allah memberi dunia kepada siapa yang Dia cinta dan juga pada yang Dia benci. Tapi Dia tidak memberi nikmat agama ini (Islam dan iman), kecuali hanya pada orang yang Dia cintai.”
[2] Orang yang cinta dunia sanggup mengorbankan agama dan lebih memilih penderhakaan kepada Allah dan lebih dahsyat memilih kekufuran. Mereka menganggap dunia lebih penting dan berharga daripada agama sehingga sanggup melihat orang murtad, budaya zina dan songsang subur asalkan tidak mengganggu periuk nasi mereka. Contohnya setiap kali tibanya tarikh 14 Februari yang dikatakan Hari Kekasih banyak perkara yang melanggar syarak turut dilakukan oleh umat Islam. Bila dilarang maka mereka marah dan mendakwa agama menyekat kebebasan mereka. Islam tidak menghalang kasih sayang malah menggalakkannya dengah mengikut garisan syarak dan menjauhi perkara yang boleh mendekatkan kepada zina
Kita juga berasa malu ketika membaca berita bagaimana kerajaan Acheh melarang sebarang syarikat penerbangan mendarat di Acheh kecuali semua anak kapal menutup aurat sedangkan kita di Malaysia terus ada syarikat termasuk hotel yang melarang pekerjanya daripada bertudung. Ini belum lagi dikira dengan syarikat yang melarang pekerja daripada solat Jumaat. Malah ketika ingin mematuhi arahan kerajaan Acheh ini penerbangan Air Asia memberi jawapan balas untuk menggunakan anak kapal lelaki sahaja manakala pramugari tetap dilarang menutup aurat. Pakaian menutup aurat pun sukar dilaksana apatah lagi desakan untuk mengharamkan hidangan arak atas kapal terbang walaupun banyak kes gangguan keselamatan akibat mabuk berlaku sebelum ini
قال النبي : بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِى كَافِرًا أَوْ يُمْسِى مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا - رواه مسلم
Maksudnya : Bersegeralah melakukan amalan soleh sebelum datang fitnah (musibah) seperti malam yang gelap gelita di mana seseorang pada waktu pagi dalam keadaan beriman dan petang dalam keadaan kafir. Ada pula yang petang dalam keadaan beriman dan di pagi hari dalam keadaan kafir. Dia menjual agamanya kerana sedikit dari keuntungan dunia.
[3] Hati jadi lalai dari mengingat akhirat sehingga kurang dalam beramal soleh. Dia disibukkan dengan mengejar dunia sehingga tiada masa untuk menunaikan ibadat
قال النبي : مَنْ أَحَبَّ دُنْيَاهُ أَضَرَّ بِآخِرَتِهِ وَمَنْ أَحَبَّ آخِرَتَهُ أَضَرَّ بِدُنْيَاهُ فَآثِرُوا مَا يَبْقَى عَلَى مَا يَفْنَى - رواه أحمد
Maksudnya : Siapa yang begitu cinta dengan dunianya, maka itu akan memudaratkan akhiratnya. Siapa yang begitu cinta akhiratnya, maka itu akan mengurangi kecintaannya pada dunia. Dahulukanlah negeri yang akan kekal abadi (akhirat) dari negeri yang akan fana (dunia).”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bahaya cinta dunia Ke-[4] ialah : Menjadikan seseorang itu kurang mendapat kelazatan ketika berzikir. Seorang ulama Syam iaitu Sulaiman Al-Khawwash berkata : “Zikir bagi hati kedudukannya ibarat makanan untuk badan. Ketika badan sakit, tentu seseorang sulit merasakan lazatnya makanan. Begitulah juga hati kita tidak mampu merasakan nikmatnya zikir ketika terlalu cinta dunia.”
[5] Orang yang terlalu cinta dunia urusannya akan jadi sulit. Berbeza kalau seseorang mengutamakan akhirat maka dunia akan mencarinya dan diberi ketenangan hidup. Ramai mana artis yang terkenal, orang yang kaya raya, pemimpin berpangkat tinggi membunuh diri kerana tidak mampu memiliki ketenangan hidup akibat jiwa kosong
قال النبي : مَنْ كَانَتِ الآخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ غِنَاهُ فِى قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِىَ رَاغِمَةٌ وَمَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ جَعَلَ اللَّهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهَ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا قُدِّرَ لَهُ – رواه الترمذي
Maksudnya : Sesiapa yang niatnya adalah untuk menggapai akhirat, maka Allah akan memberikan kecukupan dalam hatinya, Dia akan menyatukan keinginannya yang tercerai berai, dunia pun akan dia perolehi dan tunduk hina padanya. Sesiapa yang niatnya adalah untuk menggapai dunia, maka Allah akan menjadikan dia tidak pernah merasa cukup, akan mencerai beraikan keinginannya, dunia pun tidak dia perolehi kecuali apa yang telah ditetapkan baginya.
Setelah kita faham bagaimana bahayanya terlalu cinta kepada dunia maka marilah kita belajar agama, luangkan waktu walau sesibuk apa pun untuk mendalami ilmu Islam. Yakin dunia itu hina dan yakin dunia itu akan fana dibanding akhirat yang kekal abadi. Semaikan rasa Qana’ah (menerima) dengan yang sedikit, apa saja yang Allah beri. Mendahulukan ridha Allah daripada hawa nafsu, keluarga dan kepentingan dunia. Sabar dan haraplah kenikmatan yang begitu banyak di Syurga Allah nanti
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :
إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠﴾
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri
Apabila tiada lagi sifat cinta dunia maka akan membawa kita untuk terus bersemangat dan bersungguh dalam membela nasib saudara seagama yang sedang ditindas di Myanmar, Filiphina, Iraq, Syria, Yaman dan selainnya. Kita juga wajib mempertahankan bumi Palestin dan Masjid Aqsa termasuk membantah sekeras-kerasnya terhadap kedatangan pegawai diplomatik Israel baru-baru ini ke Malaysia sebagai peserta dalam persidangan PBB-WUF 9 yang diadakan di Kuala Lumpur. Ia bercanggah dengan pendirian pro-Palestin yang jelas yang dibawa oleh kerajaan Malaysia secara konsisten di dalam mana-mana forum antarabangsa. Kedatangan delegasi berpangkat tinggi dengan kelulusan visa yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk masuk ke Malaysia adalah mengejutkan dan amat dikesali. Sekiranya Malaysia didesak untuk menerima kedatangan delegasi Israel, memandangkan pengeluaran visa kepada semua delegasi luar adalah keperluan dalam mengadakan forum antarabangsa, kerajaan Malaysia seharusnya menolak untuk menjadi tuan rumah atau sekurang-kurangnya menguar-uarkannya kepada orang ramai dan bersedia untuk menerima maklum balas. Terdapat kempen di peringkat global yang kuat memboikot Israel di setiap peringkat atas tindakan jenayah dan pelanggaran undang-undang oleh negara Yahudi itu. Malaysia sepatutnya mencerminkan komitmennya yang tegas dan tetap utuh dengan penolakannya untuk membenarkan mana-mana rakyat Israel menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Kini terdapat pendedahan data rasmi yang diterbitkan pada tahun 2014 oleh Pusat Biro Statistik Israel (CBS) yang membuktikan wujudnya perhubungan perdagangan yang berkembang pesat antara Malaysia-Israel , tetapi sangat sulit, berjumlah $ 1.5 billion setahun. Pemimpin jangan berpura-pura melawan zinois yahudi di mata rakyat sedangkan di belakang mereka berpakat dengan pembunuh dunia itu. Sifat cinta dunia menyebabkan agama dipinggir, nasib saudara seagama dipadang kecil
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan