أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 11 Ogos 2017

Adab Islam DiJulang Umat Cemerlang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 27-28 surah al-Hajj : وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِ‌جَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ‌ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُ‌وا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَ‌زَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ‌ Maksudnya : Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. Kini kita berada pada bulan Zulkaedah yang merupakan bulan ke-2 terakhir dalam taqwim Hijrah. Pada bulan ini ramai di kalangan umat Islam dari seluruh dunia termasuk ibubapa, adik-beradik, sanak saudara mahu pun sahabat handai kita telah dan akan bertolak menuju ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Fardhu haji. Kita doakan semoga para jemaah haji diberikan keselamatan sepanjang menunaikan ibadat di Mekah dan dianugerahkan dengan ganjaran haji mabrur yang diidamkan. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga. Semoga pertemuan dan berkumpulnya sebahagian besar umat Islam dari seluruh dunia di bumi Mekah mampu menanam seterusnya membangkitkan semangat untuk bersatu atas dasar Islam dalam membebaskan kita semua daripada belenggu penjajahan hawa nafsu dan system ciptaan manusia kepada tunduk patuh kepada Allah dengan melaksanakan system Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Jadikanlah bilangan umat Islam yang ramai ini sebagai kuantiti yang bermanfaat dengan membuang penyakit al-Wahnu iaitu takut kepada mati dan terlalu cinta kepada dunia Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fathu : إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ﴿١﴾ لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٢﴾وَيَنصُرَكَ اللَّـهُ نَصْرًا عَزِيزًا ﴿٣﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya) Bulan Zulkaedah pernah mencatat beberapa peristiwa besar dan bersejarah antaranya telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisy. Akhirnya berlangsung suatu perjanjian di Hudaibiyyah antara Nabi Muhammad s.a.w dan wakil Quraisy Suhail bin Amr. Perjanjian Hudaibiyah pada zahirnya dilihat merugikan umat Islam sehingga ada sahabat yang menyatakan kebimbangan tersebut. Namun setelah ia berlangsung maka ia menampakkan hasil yang cemerlang sebagaimana yang diungkapkan oleh seorang Ulama : Tidak pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah Islam kemenangan yang lebih besar dari kemenangan hasil Perjanjian Hudaibiyyah. Peperangan membuat manusia saling bertemu dan membunuh. Maka, ketika ketenangan itu tiba, peperangan itu tidak diperlukan lagi. Manusia merasa aman, sebahagian dari mereka dapat berbicara dengan sebahagian yang lainnya. Mereka bertemu sambil berbincang, berbicara dan sanggah menyanggah. Tidak ada seorang pun yang berbicara tentang Islam dan memikirkan sesuatunya, kecuali dia akan masuk islam. Orang yang masuk Islam selama 2 tahun itu sama ramai dengan orang yang masuk Islam sebelum Perdamaian bahkan lebih ramai sehingga ketika berlakunya Pembukaan Kota Mekah 2 tahun selepas itu menunjukkan 10 000 umat Islam yang turut serta bersama nabi s.a.w dalam peristiwa bersejarah itu 5 hikmah besar dari Perjanjian Hudaibiyyah ialah: [1] Pengakuan kaum Quraisy terhadap kedudukan kaum muslimin. Kaum muslimin tidak lagi dianggap penduduk Mekah yang terusir, melainkan masyarakat yang berdaulat dan memiliki kedudukan yang mesti dikira keberadaannya. [2] Ketenangan dan kaum muslimin berehat dari peperangan yang sebelum ini bagaikan tidak berkesudahan. Perjanjian Hudaibiyah memberi jaminan keamanan dan ketenangan bagi kaum muslimin maupun kaum musyrik. Mereka sudah sepakat untuk tidak saling menyerang satu sama lain. [3] Perdamaian memungkinkan kaum muslimin dan kaum musyrikin bergaul dengan bebas sehingga kaum musyrikin boleh menyaksikan akhlak dan kemuliaan islam. Ternyata ini adalah pintu dakwah yang sangat berkesan untuk menyentuh hati kaum musyrikin untuk mengenal dan memeluk Islam. [4] Semakin ramai kaum musyrikin yang masuk Islam apabila gencatan senjata yang berlangsung maka dakwah bukan sahaja boleh dilakukan secara bebas di Semenanjung Tanah Arab malah meluas ke luar tanpa gangguan [5] Orang-orang lemah yang telah beriman di Kota Mekah mulai berani menampakkan keIslamannya apabila ancaman sebelum ini telah tiada. Akhirnya kekuatan Islam semakin kuat manakala keadaan kafir Quraisy semakin lemah Pengajaran daripada Perjanjian Hudaibiyyah ini mesti dijadikan asas dalam melakukan sebarang perjanjian terutama dengan orang bukan Islam agar menyuburkan Islam bukan menguburkannya, memartabatkan Islam bukan meranapkannya, Menjulang Islam bukan menjahanamkannya, memerdekakan Islam bukan memenjarakannya. Apa yang lebih sedih jika pemimpin Negara umat Islam boleh membuat perjanjian dengan kuffar dalam menekan atau menyerang sesama umat Islam sebagaimana di Palestin, Syria, Yaman dan sebagainya. Begitu juga kerana mahu menjaga hati orang bukan Islam maka adanya umat Islam sanggup mengenepikan kepentingan Islam, sanggup menghina system Islam Sidang Jumaat yang dikasihi, Firman Allah dalam ayat 162 surah al-An’am : قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٢﴾ Maksudnya : Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam Perjanjian sesama manusia pun wajib kita patuhi apatah lagi akujanji kepada Allah. Oleh itu kita wajib pastikan diri kita, ahli keluarga, masyarakat sekitar untuk menjaga kewajipan dalam melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi segala tegahanNya. Kita begitu bimbang dengan asakan terhadap Aqidah umat Islam termasuk dengan isu terbaru tindakan sekumpulan anak Melayu beragama Islam menyertai kelab yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan di ibu kota baru-baru ini. Begitu juga dengan kelulusan RUU 164 di Parlimen pada Rabu lepas dengan banyak kelemahan yang ada bagi pihak yang membantah disebabkan ia dibimbangi boleh merugikan umat Islam terutama jika ianya melaksana tuntutan seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Manakala bagi yang menyokong pindaan pula menjawab bahawa isu agama anak muallaf tidak berbangkit lagi selepas Seksyen 88A yang memerlukan anak muallaf mendapat izin ibubapa dahulu untuk memeluk Islam telah dibuang daripada pindaan. Malah pindaan ini dikatakan lebih membela nasib muallaf terutama dalam bab perceraian, hak penjagaan anak, hak dapatkan harta. Isu murtad juga tidak timbul dalam pindaan ini kerana ada dalam akta lain. Setelah melihat antara pro dan kontra dalam pindaan ini maka perlu kepada penjelasan yang jelas bagi memastikan maslahat Islam dan umatnya tidak terancam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Ketika menyoroti kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 pula di mana kita dapat melihat kes sosial dan jenayah seks dalam negara amat membimbangkan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan 93.5 peratus mangsa daripada 12,473 kes itu sejak 2011 hingga Jun 2015 adalah remaja berumur 13 hingga 18 tahun. Laporan PDRM juga menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini adalah 432 kes sejak 2011 hingga Jun 2015 dengan kejadian kehamilan luar nikah me¬rupakan punca utama kes tersebut berlaku. Adalah suatu amat malang usaha dalam memperkasakan Mahkamah Syariah termasuk pindaan RUU 355 tidak diberikan tumpuan utama di Parlimen sedangkan masalah aqidah dan akhlak umat Islam wajib ditiikberatkan Antara usaha yang wajib dilaksana dalam menjauhi kerosakan akhlak termasuk zina : [1] Ketahuilah Bahaya Zina antaranya firman Allah dalam ayat 32 surah al-Isra’ : وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا Maksudnya : Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. [2] Sentiasa Menundukkan Pandangan daripada perkara haram sebagaimana firman Allah dalam ayat 30-31 surah an-Nuur : قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ Maksudnya : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya.” [3] Menjauhi pergaulan bebas yang diharamkan لاَ يَخْلُوَنَّ أَحَدُكُمْ بِامْرَأَةٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ ثَالِثُهُمَا – رواه أحمد Maksudnya : Janganlah salah seorang diantara kalian berduaan dengan seorang wanita (yang bukan mahramnya) karena syaitan adalah orang ketiganya, maka sesiapa yang bangga dengan kebaikannya dan sedih dengan keburukannya maka dia adalah seorang yang mukmin. [4] Wanita Hendaklah Meninggalkan Tabarruj atau perhiasan yang haram sebagaimana firman Allah dalam ayat 33 surah al-Ahzab : وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى Maksudnya : Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu ber-tabarruj seperti orang-orang jahiliyyah pertama Abu ‘Ubaidah mengatakan, “Tabarruj adalah menampakkan kecantikan dirinya.” Manakala Az Zujaj mengatakan, “Tabarruj adalah menampakkan perhiasaan dan setiap hal yang dapat mendorong syahwat (godaan) bagi kaum lelaki Sama-samalah kita menjaga adab mengikut agama dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Larinya kita dari agama menempatkan kita kepada jalan kerosakan dan kehancuran. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: