أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Sabtu, 17 September 2016

Zulhijjah DiRai Korban DiHayati Kejayaan DiMiliki

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr : وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Kita kini berada pada hari-hari 10 terawal daripada bulan Zulhijjah yang mempunyai keistimewaan yang mesti sama-sama kita rebut dalam menambahkan lagi bekalan akhirat disamping memohon keampunan atas dosa-dosa kita terhadap Allah. Jadilah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur di mana jangan kita hanya memandang remeh terhadap rezeki walau pun sedikit sebaliknya kita wajib sentiasa sedar tentang siapakah yang memberi rezeki tersebut yang wajib kita perbesarkanNya iaitu Allah yang Maha Agong. Kita juga jangan menjadi manusia derhaka dengan memandang dosa kecil itu sebagai perkara biasa sebaliknya fikirlah bersungguh-sungguh bagaimana kita telah menderhaka kepada Allah yang begitu dahsyat seksaanNya. Sempena berada pada hari-hari yang mulia ini marilah kita sama merebut kelebihan yang dijanjikan oleh Allah sebagaimana yang disebut oleh Allah pada awal surah al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري Maksudnya : Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).” Jelas menerusi hadis ini amalan pada 10 hari pertama Zulhijjah begitu besar. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani: “Jika seseorang melakukan hal seperti itu iaitu berjihad sehingga mengorbankan diri dan harta, maka dia lebih baik atau sedarjat dengan mereka yang melakukan ibadat pada 10 hari pertama pada Zulhijjah.” Selanjutnya al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat (secara serentak) pada bulan-bulan lain. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah ini ialah puasa sunat terutama puasa hari Arafah atau 9 Zulhijjah قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : …. صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ” – رواه مسلم Maksudnya : …… Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya Kita juga digalakkan untuk melaungkan takbir raya bermula Subuh hari ke-9 Zulhijjah sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu hari ke-13 daripada bulan Zulhijjah. Begitu juga amalan khusus yang tiada pada bulan lain iaitu ibadat korban bagi yang berkemampuan sehingga nabi s.a.w begitu menekankannya kepada kita semua قَالَ الرَّسُوْل: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجهُ Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami Antara matlamat utama ibadat korban ialah untuk melahirkan umat yang bertaqwa yang sanggup mengorbankan segalanya kerana Allah. Betapa ramai umat Islam yang boleh berkorban pada hari ini dengan menyembelih binatang korban dan membawa pulang dagingnya, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sampai pahala taqwanya kepada Allah SWT?. Semoga kita tidak tergolong di kalangan golongan yang menyembelih binatang korban namun ditolak ibadah korban kerana tiadanya nilai taqwa dan keikhlasan kepada Allah. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fajr : وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖقَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّـهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ ﴿٢٧﴾ Maksudnya : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; Ketika menyoroti tentang ibadat korban maka kita tidak boleh lari daripada menghayati korban yang pernah dilakukan oleh 2 orang anak nabi Adam dan juga pengorbanan agong nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Ismail di mana syarat utama dalam memastikan korban kita diterima oleh Allah adalah ikhlas dan taqwa. Malah Iblis sendiri ketika berikrar di depan Allah ketika dikeluarkan daripada Syurga untuk menggoda seluruh anak Adam kecuali kalangan hamba Allah yang ikhlas sahaja yang ampuh daripada godaan syaitan. Tanpa pengorbanan maka kehidupan individu, keluarga, masyarakat seterusnya Negara tidak akan menemui kejayaan dan kebahagiaan. Contohnya bila seseorang tidak mahu mengorbankan rasa ketagihnya pada maksiat maka dia akan hilang rasa semangat untuk ibadat dan zikrullah. Begitu juga bila seorang suami tidak mahu mengorbankan rasa ego menyebabkan dia gagal menunaikan nafkah kepada isteri malah bertindak memukul isteri. Bila seorang isteri tidak mahu mengorbankan rasa pentingkan diri menyebabkan dia menderhakai suami dengan mendedah aurat dan tidak menunaikan tugas dalam rumahtangga. Bila seorang anak tidak mengorbankan sikap pentingkan kawan-kawan dan kerjaya menyebabkan dia tidak mendengar nasihat ibubapa malah menjadikan ibubapa sebagai hamba abdi bila sudah dewasa. Bila ibubapa lebih mementingkan tugasan luar sehingga tidak sanggup mengorbankan masa untuk memberi kasih sayang dan perhatian sepatutna pada anak-anak menyebabkan anak mudah terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat. Bila seorang pemimpin tidak mahu mengorbankan rasa kasih pada harta dan takhta menyebabkan rakyat menderita akibat terpaksa menanggung pembaziran dan sikap boros pemimpin. Bila rakyat tidak mampu mengorbankan rasa suka bermewah menyebabkan mudah terjebak dengan rasuah,pecah amanah, mudah digula-gulakan oleh pemimpin yang suka mengambil kesempatan di atas kealpaan rakyat Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Antara matlamat ibadat korban yang lain ialah untuk menghilangkan sifat mazmumah terlalu cintakan dunia hingga lupa akhirat. Antara bahayanya cinta dunia ialah : [1] Miealaikan diri dari mencintai Allah dan berzikir kepada-Nya menyebabkan hatinya akan ditempati oleh syaitan. [2] Pandangan dan pemikirannya berkaitan dosa pahala, haram haram bercanggah dengan syarak [3] dunia sudah dilaknat, dimurkai, dan dibenci oleh Allah, kecuali bahagian yang digunakan oleh seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesiapa yang mencintai sesuatu yang sudah dilaknat, dimurkai, dan dibenci, sama saja mempersembahkan dirinya untuk dilaknat, dimurkai, dan dibenci. Rasulullah saw bersabda, أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ Masudnya :“Ketahuilah, dunia ini terlaknat dan terlaknat pula apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikrullah dan amalan-amalan yang dekat dengannya, orang yang berilmu, dan orang yang mencari ilmu.” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah) [4] Menjadikan dunia sebagai matlamat yang diburunya dan menjadikan setiap perbuatan tanpa mengira halal haram asalkan memperolehi dunia yang dikehendaki [5] Terhalang dari melakukan sesuatu yang bermanfaat di akhirat. Kadar kecintaan seseorang terhadap dunia beragam. Ada yang cintanya kepada dunia menyebabkannya sibuk dari iman kepada Allah dan menunaikan syariat-Nya. Ada yang cintanya kepada dunia menyibukkannya dari mengerjakan banyak kewajban. Ada yang cintanya kepada dunia menyibukkannya dari mengerjakan kewajiban pada waktunya. Ada yang menyibukkannya dari amal hati sehingga ia mengerjakan kewajiban secara lahir, namun batinnya entah ke mana. [6] orang yang mencintai dunia adalah orang yang sejatinya mendapatkan siksa terberat. Dia disiksa di tiga tempat. Di dunia ia disiksa dengan kesulitannya meraihnya. Di alam barzakh ia akan kehilangan semua dunianya dan dihalangi darinya. Sebab dunianya harus ditinggalkannya untuk ahli warisnya, tidak mungkin ia membawanya. Di alam akhirat ia akan dimintai pertanggungjawaban atas semua harta yang dihasilkannya dan dalam hal apa saja ia memanfaatkannya. [7] orang yang mendahulukan dunia daripada akhirat adalah orang yang paling bodoh dan tolol di dunia. Bagaimana boleh seorang pandai merelakan sesuatu yang pasti demi mendapatkan mimpi atau khayalan sahaja. Kenikmatan dunia adalah indahnya mimpi dan kenikmatan akhirat adalah kenikmatan yang sejati Firman Allah dalam ayat 134 surah an-Nisa’: مَّن كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ الدُّنْيَا فَعِندَ اللَّـهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ سَمِيعًا بَصِيرًا ﴿١٣٤﴾ Maksudnya : Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: