أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 17 Jun 2016

Hayati Ramadhan dan al-Quran Untuk Hidup Cemerlang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Renungilah firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah yang masih memberi peluang kepada kita untuk sama-sama merebut tawaran dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah pada bulan Ramadhan ini dengan gandaan pahala padanya serta pengampunan dosa. Semoga dengan penghayatan yang sebaiknya dengan tarbiah Ramadhan dapat melahirkan diri kita sebagai umat bertaqwa sebagai matlamat utama kepada ibadat puasa dan ibadat yang lain. Pentingnya sifat taqwa yang mesti dimiliki oleh setiap diri kita antaranya : [1] Kemuliaan yang sejati bagi seorang manusia adalah diukur dari kadar ketaqwaannya. Sesuai dengan firman-Nya dalah surah Al-Hujurat ayat 13: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾ Maksudnya : " Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [2] Manusia yang bertaqwa akan diberikan kemudahan dalam semua urusannya sebagaimana Firman Allah dalam ayat 5-7 surah al-Lail: فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَاتَّقَىٰ﴿٥﴾ وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَىٰ ﴿٦﴾ فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَىٰ Maksudnya : "Adapun orang yang memberikan (hartanya pada jalan Allah), dan bertakwa dan membenarkan adanya ganjaran yang terbaik (Syurga), maka akan Kami sediakan baginya jalan yang mudah untuk mengerjakan kebaikan." [3] Manusia yang bertaqwa akan diberikan jalan keluar dari setiap persoalan kehidupan yang dialaminya dan akan diberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga. Allah SWT berfirman dalam ayat 2-3 surah at-Talaq: وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ Maksudnya : "Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." Sidang Jumaat yang berkati Allah, Ibadat puasa merupakan madrasah atau pusat latihan untuk membina kekuatan dari aspek al-maddi (kebendaan) dan kekuatan al-ruhi (roh). Dalam aspek kebendaan ia mencakupi aspek harta dan juga jasmani sementara aspek roh ia meliputi iman dan pemikiran. Madrasah Ramadhan dapat membina taqwa melalui pendekatan berikut: [1] Berpuasa mendidik jiwa untuk takut kepada Allah dalam keadaan sembunyi atau terbuka. [2] Mengekang nafsu syahwat daripada menguasai diri antaranya dengan menundukkan padangan serta menahannya dari pandangan yang tercela, menjaga lisan daripada berbicara yang tidak tentu hala, mangadu-domba dan berdusta, menjaga pendengaran daripadamendengar setiap perkara yang haram, menjaga anggota tubuh badan yang lain daripada perbuatan dosa قال النبي e : الصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلاَ يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ : إِنِّيْ امْرُؤٌ صَائِمٌ Maksudnya : Puasa adalah pelindung daripada neraka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya maka katakanlah : “ Sesungguhnya aku berpuasa”. [3] Membina cetusan naluri yang peka dan sensitif di mana kewajipan berpuasa mendidik orang kaya untuk sama-sama merasai derita kelaparan, dengan itu dia akan membuat baik kepada orang fakir, maka sempurnalah sifat lemah lembut dan kasih sayang yang akhirnya akan mewujudkan masyarakat penyayang dan bersatu padu [4] Memulihkan dan membina kekuatan struktur dalaman tubuh badan serta menguatkan kesihatan jasad daripada unsur yang memudaratkan. Pakar perubatan mengakui bahawa puasa menjadi faktor untuk menjaga badan daripada bahaya keracunan makan. Puasa juga mendatangkan kesan yang sangat baik dalam meringankan penyakit yang selalu mengancam tubuh badan sama ada zahir ataupun batin. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Sesuai dengan kita berada pada bulan Ramadhan yang juga merupakan diturunkan al-Quran maka marilah kita sama memperbanyakkan membaca dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian. Banyak ayat-ayat al-Quran yang memberitahukan, mengabarkan atau menceritakan kepada kita tentang bagaimana seharusnya kita berinteraksi dengan al-Quran. Diantara ayat-ayat itu adalah: [1] At-Tadabbur (Mentadabburi al-quran). Sebagaimana firman Allah SWT dalam surat Muhammad ayat 24: أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا ﴿٢٤﴾ Maksudnya : “Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?” Al-quran bukanlah buku bacaan yang hanya dibaca tanpa adanya pentadabburan atau perenungan dari orang yang membacanya. Namun inilah yang terjadi dimasyarakat kita sekarang, mereka hanya membaca al-Quran dengan mulutnya saja tanpa direnungkan dalam hatinya apa makna dan hikmah dalam ayat atau surah yang mereka baca sehingga tidak mampu dalam mengendalikan dirinya khususnya dalam akhlak mereka [2] At-tadzakkur (mengingat atau mempelajari al-Quran), sebagaimana firman Allah SWT dalam surat al-Qamar ayat 17: وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِر ﴿١٧﴾ Maksudya: “Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” Al-quran adalah kitab yang jelas kebenarannya dan mudah dimengerti (dalam kisah-kisah atau pelajaran-pelajaran yang terdapat didalamnya. Maka semua pelajaran atau kisah-kisah yang ada dalam al-Quraan merupakan pengajaran Allah kepada umat manusia agar dapat terlepas dari kesesatan-kesesatan atau ketidak mengertian hidup di dunia yang pana ini menuju hidayah dan cahaya Allah Para sahabat pada zaman nabi saw tidak pernah membaca al-Quran kecuali mereka membaca untuk mempelajarinya, bahkan dalam sirah-nya nabi saw mengajarkan al-Quran kepada para sahabatnya tidak banyak-banyak tapi hanya sepuluh ayat-sepuluh ayat hingga para sahabat mempelajari dan memahami makna yang terkandung dalam ayat itu, barulah nabi mengajarkan sepuluh ayat berikutnya dan harus kita ketahui bahwa dalam pengajarannya tersebut Rasulullah SAW tidak mewajibkan untuk menghafalnya, akan tetapi beliau hanya fokus dalam mengajarkan makna dan hikmah yang ada dalam ayat tersebut. [3] Al-isti’adzah qobla al-qira’ah (membaca ta’awwudz sebelum membacan al-Quran), sebagaimana firman Allah SWT dalam surat an-Nahl ayat 98: فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ﴿٩٨﴾ Artinya: “Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.” Syaitan sentiasa berusaha dalam memalingkan dan menghalang-halangi kita dari amalan-amalan saleh yang akan mendekatkan kita kepada Allah Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Cara ke-[4] untuk interaksi dengan al-Quran ialah mendengar dan berdiam diri ketika dibacakan al-Quran sebagaimana firman Allah dalam surat al-‘Araf ayat 204: وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿٢٠٤﴾ Maksudnya: “Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”. Dalam mendapatkan hidayah atau petunjik seseorang tidak hanya karena ia sering membaca al-Quran saja, akan tetapi mungkin dan banyak terjadi seseorang yang mendapatkan hidayah sebagaimana Islamnya Sayyidina Umar bin Khattab setelah mendengar bacaan surah Taha oleh adiknya [5] Pembacaan al-Quran dengan tartil, sebagaimana firman Allah SWT dalam surat al-Muzammil ayat 4: وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا ﴿٤﴾ Maksudnya: “Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan (cermat)”. Membaca dengan tartil di mana membaca al-Quran tidak seharusnya kita tergesa-gesa sehingga dapat merosak bacaan kita dari kaedah-kaedah tajwid Membaca al-Quran dengan tartil juga dapat menolong kita dalam memahami al-Quran secara jeli dan teliti sehingga tiap kalimat yang kita baca akan meresap dan membekas dalam hati dan jiwa kita. [6] Kembali kepada ahli ilmu dalam mempelajari al-Quran dan memahaminya, sebagaimana firman Allah SWT dalam surat an-Nahl ayat 43: فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ﴿٤٣﴾ Maksudnya: “maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui Apa yang dimaksud dengan ahli ilmu di sini adalah mereka yang memahami ilmu-ilmu tentang al-Quran dengan segala seluk beluknya, yang mana kita diperintahkan untuk mengembalikan atau bertanya kepada mereka tentang makna-makna atau dalil-dalil dari ayat-ayat al-Quran yang belum kita pahami. Jadi jangan sampai kita menafsirkan al-Quran dengan ilmu kita yang terbatas, sehingga tidak memperhatikan prinsip-prinsip dalam menafsirkan sebuah ayat al-Quran. Semoga al-Quran semakin rapat dengan kita bermula dengan Ramadhan. Jangan kita tidak dapat berpisah daripada telefon bimbit untuk membaca mesej atau whatsap sedangkan kita tidak rasa bersalah untuk meninggal membaca mesej yang benar dan penting daripada Allah melalui al-Quran. Suburkan kehidupan kita dengan al-Quran barulah kita Berjaya dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: