أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Selasa, 12 Ogos 2014
Syawal DiRai Zionis Yahudi DiPerangi
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 8-10 surah al-Syamsu :
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ﴿٨﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Maksudnya : Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Kini telah 2 minggu kita berada di bulan Syawal di mana kehangatan sambutan hari raya masih terasa. Kenikmatan sebenar berhari raya tidak mampu dirasai kecuali oleh golongan yang benar-benar berjaya menunaikan kewajipan yang diperintah oleh Allah disamping berjaya mengawal diri daripada segala laranganNya bukan sahaja pada bulan Ramadhan yang baru lalu malah pada 11 bulan selepasnya. Betapa beruntungnya orang-orang yang telah menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, begitu juga yang sedang menunaikannya. Bagi yang belum memulakannya atau tak pernah menunaikannya sebelum ini maka marilah kita sama-sama membuktikan bahawa tarbiah Ramadhan lepas telah berjaya mengubah kita ke arah menjadi hamba Allah bukan setakat hamba Ramadhan yang hanya baik pada bulan Ramadhan sahaja manakala pada bulan lain kembali menjadi pengikut setia kepada hawa nafsu. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ - رواه مسلم
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
Malah menurut kajian sains puasa sunat terutama bila dilakukan seawal yang mungkin memberi ruang masa yang cukup untuk sistem badan dan selnya kembali kepada ‘fitrah’. Ia memberi ruang masa untuk pelarasan progresif oleh sistem pencernaan secara semula jadi. Berpuasa sunat 6 Syawal juga memberi kebaikan kepada penyingkiran himpunan toksid setelah kita mula mengambil makanan ketika berhari raya. Kajian sains juga membuktikan dengan berpuasa secara berturut-turut dalam beberapa hari akan meningkatkan paras hormon tertentu dalam badan. Mereka yang berpuasa sunat 6 Syawal akan berasa lebih mudah untuk mengekalkan momentum puasa dan berdepan tarikan luar dengan segala menu rumah terbuka hari raya yang banyak mendedahkan kita kepada risiko penyakit
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’:
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا
Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah
Suasana sambutan Syawal tahun ini telah dicemari dengan kezaliman berterusan zionis Yahudi bersama sekutu mereka dalam membaham umat Islam di Gaza, Palestin. Musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menghancur Islam dan umatnya termasuk dengan merenggangkan semangat persaudaraan Islam dengan menyuburkan semula semangat kebangsaan sempit. Isu Palestin yang merupakan isu umat Islam dialihkan kepada isu negara Arab seterusnya dipinggirkan lagi sebagai isu rakyat Palestin sahaja. Contohilah perjuangan Salehudin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdis tetapi bangkit atas dasar Islam membebaskan masjid Aqsa hasil daripada surat banduan Palestin yang terseksa dalam penjara kerajaan Salib Kristian ketika betapa banyak surat lagi yang dihantar kepada raja-raja Arab sekelilingnya tetapi tidak dihiraukan. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Baituil Maqdis yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Sayidina Umar al-Khottab sebaik sahaja membebaskannya daripada cengkaman Empayar Rom. Bersamalah kita membantu umat Palestin yang merupakan penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Jangan tunggu sehingga Masjid Aqsa menyembam tanah baru kita merintih sedih. Jangan kita menjadi umat Islam yang paling lemah iaitu membiarkan sahaja Masjid Aqsa runtuh pada zaman kita hidup. Tirulah apa yang dilakukan oleh umat Islam ketika Majid Aqsa dibakar pada tahun 1969 sehingga mereka bangkit yang menyebabkan hampir seluruh Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin. Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali
قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ - رواية الترمذي دان النسائي
Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 261 surah al-Baqarah :
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾
Maksudnya : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya
Gunakanlah kemampuan yang ada dalam memberi sokongan kepada perjuangan umat Islam di Palestin terutama kita yang diberi nikmat kelapangan harta untuk memperbanyakkan lagi sumbangan kepada saudara seagama yang sedang dikepung dari pelbagai sudut oleh Zionis Yahudi yang kejam. Lebih sebulan serangan besar-besaran terhadap Gaza menyaksikan lebih 160 masjid hancur, ribuan rumah, ratusan sekolah dan hospital menyembam tanah serta mengorbankan hampir 2000 orang dan hampir 10 ribu yang cedera. Yakinlah kita tentang kelebihan dunia dan akhirat bagi sesiapa yang membantu perjuangan Islam
قال رَسُولِ اللَّهِ : مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَقَدْ غَزَا وَمَنْ خَلَفَهُ فِي أَهْلِهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا – رواه مسلم
Maksudnya : Sesiapa yang membantu menyiapkan persiapan kepada orang yang berperang pada jalan Allah maka samalah keadaannya dengan dia turut berperang dan sesiapa yang menjaga atau memerhatikan ahli keluarga yang ditinggalkan oleh pejuang Islam dengan baik maka bererti dia juga telah ikut berperang
Kita turut mendesak agar kerajaan Mesir membuka sempadan Rafah bagi memudahkan bantuan kemanusian untuk disalur kepada umat Islam Palestin. Akibat daripada tindakan pemimpin Negara umat Islam sendiri menyebabkan keadaan saudara seagama di Palestin bertambah derita sedangkan dalam masa yang sama bantuan kepada zionis Yahudi terus disalurkan seperti gas asli daripada Mesir. Malah yang lebih teruk apabila laluan kapal perang Israel membawa peralatan perang dibenar melalui Terusan Suez yang dikawal ketat oleh tentera Mesir disamping bekalan air mentah dari Jordan kepada Israel. Jika ikut logik akal yang mudah jika Negara haram pengganas Israel tidak mendapat sumber daripada Negara umat Islam sekitar nescaya musuh Islam itu sudah lama terkubur mati kebuluran dalam kegelapan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Semoga laungan kemenangan yang kita laungkan setiap kali menyambut hari raya dapat kita laksanakan dalam berdepan dengan kekejaman zionis Yahudi termasuk semangat untuk memboikot barangan yang jelas membantu untuk membunuh saudara seagama di Palestin. Kaedah pemulauan adalah cara berkesan yang pernah dilakukan oleh nabi Muhammad s.a.w ketika baginda mentadbir Madinah. Rasulullah memboikot pasar Yahudi dengan mengarahkan umat Islam agar membina pasar sendiri dan bekerja dengan gigih serta meninggalkan pasar Qainuqa’ yang dimonopoli oleh kaum Yahudi pada masa itu akibat kezaliman mereka. Pada hari ini melalui media social telah melancar boikot McDonald di seluruh Negara selama 24 jam sehingga adanya cadangan daripada syarikat terbabit untuk mengedar burger percuma di masjid-masjid berhampiran. Pada hari Ahad ini pula kempen boikot minuman Coca-cola. Kita mahu usaha bokiot ini tidak bermusim malah terus berlangsung dalam menghentikan kekejaman zionis Yahudi
Begitu juga diperingkat yang lebih tinggi di mana Kerajaan Malaysia juga perlu memutuskan dengan kadar segera hubungan dagang dengan Yahudi Israel walau dalam apa jua bentuk sekalipun. Hentikan segera pelaburan atau penjualan minyak sawit kepada mereka kalau benar kerajaan Malaysia ikhlas ingin membantu Gaza. Kita menuntut kerajaan Malaysia jangan hanya pandai menyalurkan sumbangan kepada rakyat Gaza dalam masa yang sama terus melantik perunding yang didalangi Israel sebagai penasihat kerajaan. Kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri beberapa hari lepas yang menyatakan kerajaan perlu mengkaji untuk memutuskan hubungan dagang adalah tidak tepat dalam situasi dunia menyaksikan kekejaman Yahudi Zionis ke atas umat Islam Gaza. Kalau Britain RedRat boleh umumkan secara rasmi penamatan kontrak mereka dengan Israel kenapa tidak kita Malaysia bagi memberi tekanan kepada zionis Yahudi. Malah banyak Negara maju telah pun melakukan ketegasan dalam member tekanan kepada zionis Yahudi. Yakinlah kita dengan janji kemenangan daripada Allah dan rasulNya dalam menghancurkan zionis Yahudi. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.
Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali Imran:
إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠﴾
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan