أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 20 Jun 2025

Khutbah Jumaat : Liberal Agama DiSekat Kemerdekaan Palestin DiDaulat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Ruum: فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Seluruh manusia itu diciptakan oleh Allah dengan sifat sukakan kepada keselamatan, kebenaran, keselesaan, kesejahteraan dan kebahagiaan serta menghindari kesempitan, kecelakaan, kepalsuan dan kegusaran. Sifat tersebut merupakan fitrah. Dalam ertikata yang lain, manusia diciptakan dengan fitrah yang tersendiri, iaitu sukakan kepada perkara yang molek, dan membenci perkara yang jelik, serta sentiasa mencari kebenaran bagi menghindari sebarang kepalsuan. Inilah fitrah kejadian manusia, selaras dengan naluri semula jadi yang telah dianugerahkan kepada mereka. Fitrah adalah sunnatullah, suatu ketetapan dari Allah, yang dicipta bagi mewujudkan kemaslahatan kepada umat manusia dan akan membawa kemajuan dalam kehidupan mereka kerana ia akan memandu mereka ke jalan yang benar menurut landasan syarak. Allah yang telah menjadikan manusia dan seluruh alam ini, dan amat wajar hanya Allah sahaja yang memahami naluri dan fitrah manusia. Selagi mana umat manusia itu menuruti amalan fitrah seperti yang dituntut Islam, selagi itulah mereka terpandu ke arah kebenaran dan kebaikan, kerana Islam adalah agama fitrah. Maka terhindarlah mereka dari kekejian zina dan penyelewengan rasuah, serta jauhlah budaya songsang dari pemikiran dan tingkahlaku mereka. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah: لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾ Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui Serangan pemikiran terhadap dunia Islam bermula dengan proses membaratkan sebuah negara yang dilakukan oleh pihak Barat. Antara dua matlamat gerakan pembaratan adalah memaksakan falsafah-falsafah materialisme yang mengandungi kedengkian, hawa nafsu, angan-angan ateis dan pengingkaran terhadap segala sesuatu yang tidak terjangkau oleh penglihatan dan tuntutan-tuntutan metodologi dalam kajian. Kedua, mengingkari agama dan menganggapnya sebagai tahap perkembangan yang terkebelakang daripada tahap-tahap kemajuan sosial, memisahkan Islam daripada politik dan akhlak masyarakat serta menyerang akidah dan nilai-nilainya. Berasaskan matlamat ini, pelbagai ideologi dan pemikiran baru yang datang dari Barat dibawa masuk ke dunia Islam termasuk fahaman liberalisme agama. Bahaya besar daripada Liberalisme dan Pluralisme Agama ialah Membenarkan murtad atau pertukaran agama dan juga Mempertikaikan hukum syariah dan autoriti fatwa seperti Memperjuangkan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) secara terbuka serta Menolak dan mempertikaikan fatwa-fatwa yang dikatakan mengongkong kebebasan hak asasi manusia dan masyarakat majmuk Kesan bahaya Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama Terhadap Umat Islam antaranya [1] Menyebabkan kelonggaran kepada batas-batas yang menjejaskan iman, [2] Mengubah Islam menjadi agama kepercayaan semata-mata [3] Mengubah persepsi umat Islam terhadap dosa dan azab neraka [4] Menghapuskan keistimewaan kebenaran pada agama Islam dan meletakkan agama Islam seriring dengan kedudukan agama lain Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 29 surah at-Taubah: قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّىٰ يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَن يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ ﴿٢٩﴾ Maksudnya : Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri. Menyedari tentang bahayanya fahaman liberelisme ini maka kita menjunjung kasih dan berdiri teguh bersama titah KDYMM Sultan Selangor yang menegaskan bahawa fatwa terhadap fahaman liberalisme dan pluralisme agama kekal sah dan wajib dipatuhi oleh umat Islam. Kita menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dengan penuh tertib, dan memahami bahawa penghakiman tersebut tidak menyentuh soal kandungan fatwa, tetapi hanya menyentuh isu bidang kuasa ke atas organisasi dan agensi persekutuan. Namun demikian, sebagai umat Islam ingin menegaskan bahawa: [1] Fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat, dan ini ditegaskan melalui fatwa sah menurut hukum syarak. [2] Individu Muslim yang berpegang kepada fahaman ini tetap terikat dengan perenggan 1 dan 4 fatwa, dan wajib bertaubat serta kembali ke jalan Islam yang sebenar. [3] Syarikat, pertubuhan atau badan yang menggunakan nama “Islam” tetapi menyebar fahaman bertentangan dengan syariat Islam wajib diteliti semula dan diambil Tindakan termasuk mendesak pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggugurkan perkataan “Islam” daripada nama pertubuhan atau syarikat Sisters in Islam (SIS) kerana ia menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat awam. Perkataan “Islam” tidak seharusnya digunakan oleh mana - mana entiti yang menyanggah fatwa sah atau menyebar fahaman bertentangan dengan syariat Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita juga ingin memperingatkan masyarakat bahawa kebebasan bersuara tidak bermakna kebebasan mencabar hukum Allah, dan hak asasi tidak boleh digunakan sebagai perisai untuk menyebar ajaran yang memesongkan aqidah umat Islam. Kuasa bidang mahkamah syariah wajib diperkasakan Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar Sempena berada di minggu terakhir bulan Zulhijjah tahun 1446H di mana kita bakal menyambut tahun baru 1447H tidak lama lagi maka kita semarakkan semangat dalam terus membantu saudara seagama kita yang terus dibunuh sesuka hati terutama di bumi Palestin. Kita juga mengutuk sikap jahat Zinois Yahudi dan sekutu penjahatnya yang menyerang Iran. Setiap negara ada hak masing-masing dalam menyerang balas sekiranya musuh menyerang negaranya. Zionis Yahudi mesti diambil Tindakan sewajarnya daripada terus melakukan pencerobohan sesuka hati Allah s.w.t melakukan pasang surut, umat Islam kini mengalami zaman surut, tanahair umat Islam dijajah dan ditakluk oleh musuh-musuh Islam sehingga hari ini. Kita menyaksikan dalam perjalanan sehingga hari ini tanahair umat Islam menjadi medan perang dunia yang pertama, perang dunia yang kedua dan akan jadi medan perang dunia yang ketiga yang akan berlaku bila-bila masa sahaja. Di tengah-tengah kuasa besar yang berperang menggunakan senjata pemusnah, yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu, tetapi Islam tidak boleh dipadamkan cahayanya sekali-kali. Inilah janji Allah s.w.t. Mereka yang beriman percaya kepada janji ini akan bersama dengan Islam. Manakala mereka yang munafik atau yang lemah imannya dalam keadaan yang kelam-kabut. Marilah kita yakin bahawa hidup dan mati bersama dengan Islam. Firman Allah dalam ayat 200 surah Ali Imran : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ‎﴿٢٠٠﴾‏ Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). ( بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan: