أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Selasa, 17 Mac 2026

Khutbah AidilFitri 1447H / 2026M

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّـهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ Maksudnya: Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya selepas berjaya menjalani tarbiah puasa Ramadhan. Sebagaimana di bulan Ramadhan kita diminta menjadikannya sebagai bulan ibadat begitulah bila menyambut hari raya wajib dijadikan hari ibadat hindari maksiat. Saidina Ali menjelaskan hakikat hari raya: "Hari raya adalah untuk orang yang diterima puasa dan ibadahnya, hari raya juga untuk orang yang diampunkan dosanya, disyukuri usahanya dan diterima amalannya. Hari ini hari raya dan esok juga hari raya bagi kami. Mana-mana hari yang tiada kemaksiatan terhadap Allah maka itulah hari raya." Ibn al-Jauzi menjelaskan: "Hari raya itu bukan seseorang yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan, juga bukan tangan yang jahat mengambil makanan, tetapi hakikat hari raya itu sesiapa yang memakai pakaian taubat dari segala maksiat." Abu Mansur al-Syirazi, pula menukilkan: "Hari raya itu bukanlah untuk orang yang tenggelam dengan nikmat dunia, tetapi hari raya hari seseorang itu mendapat pengampunan." Imam Hasan Bashri berkata, : “Setiap hari yang tidak digunakan untuk maksiat kepada ALLAH adalah hari raya. Setiap hari yang digunakan untuk taat kepada ALLAH, berzikir dan bersyukur kepada-Nya adalah hari raya.” Ibn Rajab al-Hanbali menggambarkan maksud hari raya yang sebenar : "Malam hari raya hakikatnya ialah pengampunan dan perlepasan seseorang hamba dari api nereka, sesiapa yang mencapai tahap ini maka dirinya layak untuk berhari raya, jika tidak dirinya layak dicampak sejauh-jauhnya dari rahmat Allah." Keadaan berbeza di dunia apatah di akhirat nanti antara orang menyambut raya dengan amalan berpahala dengan orang yang mencemarkan raya dengan dosa seperti pergaulan bebas, mendedah aurat, hiburan melampau قَالَ الرَّسُوْلُ :الْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ وَالإِثْمُ مَا حَاكَ فِى صَدْرِكَ وَكَرِهْتَ أَنْ يَطَّلِعَ عَلَيْهِ النَّاسُ-رواه مسلم Maksudnya: “Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia قَالَ الرَّسُوْلُ :الْبِرُّ مَا اطْمَأَنَّتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَالْإِثْمُ مَا حَاكَ فِي النَّفْسِ وَتَرَدَّدَ فِي الصَّدْرِ-رواه أحمد Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu. Jelasnya, orang yang berbuat baik akan selalu tenang; sedangkan orang yang berdosa selalu dirundung oleh rasa curiga terhadap semua peristiwa, semua aktiviti maksiat dan sikap yang terjadi Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ شَهْرًا -رواه الطبراني Maksudnya : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di Madinah selama sebulan penuh Tarbiah Ramadhan akan nampak kesan positifnya bila kita benar-benar melaksanakannya penuh keikhlasan akan menyuburkan peribadi yang kuat ikatan hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Melahirkan umat yang mengambil berat tentang masalah dan penderitaan saudara yang lain. Hilang sifat penting diri sendiri apatah lagi merampas hak orang lain. Hasil tarbiah Ramadhan bukan sahaja beri kesan pada individu malah keluarga, Masyarakat seterusnya negara Imam Fakhruddin Al Razi telah menukilkan bahawa Dunia ini termasuk sesebuah negara menjadi cantik seperti taman bunga dengan syarat mempunyai 5 perkara iaitu : [1] Ilmu para ulama ( عِلمُ العُلَمَاء) [2] Pemimpin yang adil (عَدلُ الأُمَرَاء ) [3] Ibadah ahli ibadah (عِبَادَةُ العِبَاد ) [4] Peniaga yang amanah (أَمَانَةُ التُجَّار ) [6] Nasihat golongan profesional (نَِصِيحَةُ المُحتَرِفِين ) Namun negara atau masyarakat juga boleh rosak dengan 5 perkara yang wajib dihindari iaitu [1] Ulamak yang hasad (حَسَدُ العُلَمَاء ) [2] Pemimpin yang jahat ( جَورُالأُمَرَاء ) [3] Ahli ibadah yang riak ( رِيَاءُ العِبَاد ) [4] Para peniaga yang khianat ( خِيَانَة التُجَّار ) [5] Profesional yang menipu (غِشُّ المُحتَرِفِين ) Ibadat dalam Islam mentarbiah individu bukan sahaja untuk kebaikan individu sahaja malah memberi kesan kepada Masyarakat dan negara. Begitulah hukuman Islam bukan sahaja untuk mengadili pesalah malah menyekat kerosakan dalam Masyarakat dan negara. Jangan terpengaruh dengan dakyah Yahudi dan liberal yang memomokkan bahawa ibadat khas untuk individu samada dia mahu solat, puasa, tutup aurat dan sebagainya, itu hak pilihannya di mana negara tidak boleh mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang meninggal kewajipan agama atau melanggar larangan agama. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ قَالَ الرَّسُوْلُ :كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ-رواه الحاكم Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” Pada hari ini kita bergembira menyambut raya bersama keluarga tercinta dengan pakaian baru dan indah. Suasana lebih gembira bakal kita sambut dalam Syurga Allah dengan syarat ibubapa wajib menjadi teladan yang baik dalam membentuk akhlak anak soleh. Tugas ibubapa bukan sekadar memberi makan, minum dan pakaian kerana harimau yang garang pun dapat buat perkara itu. Sebaliknya ibubapa wajib mendidik dan mentarbiah anak agar kita tidak menjadi ibubapa yang mandul sebagaimana disifatkan oleh nabi s.a.w iaitu hanya mempunyai anak ramai tetapi derhaka. Ingatlah bila kita kematian ibubapa maka kita bukan setakat sedih kerana kehilangan ibubapa sebaliknya kita terputus doa berharga daripada keduanya. Oleh itu berbaktilah ketika ibubapa masih ada dan teruslah panjat doa rahmat Allah dan keampunan selepas ibubapa telah tiada Kita hidup zaman teknolgi maklumat di mana Media sosial kini seolah-olah menjadi ‘guru’ utama. Platform seperti TikTok, Instagram dan YouTube bukan lagi sekadar medium hiburan, tetapi telah berubah menjadi sumber maklumat, pembentukan identiti serta medan pengaruh yang kuat terhadap cara berfikir dan bertindak. Media sosial menjadi pintu masuk kepada rosaknya Aqidah, runtuhnya akhlak bila tidak dikawal Oleh itu perlu kesungguhan dalam membentuk jatidiri remaja agar tidak mudah terpengaruh dengan norma tidak sihat. Di sekolah, subjek Pendidikan Islam dan Moral jangan hanya diajar secara hafalan dan berorientasikan teori semata-mata tanpa penghayatan yang mendalam. Nilai-nilai murni tidak seharusnya hanya disampaikan dalam bentuk kata-kata, tetapi perlu ditunjukkan melalui teladan, dihidupkan dalam aktiviti harian, serta diamalkan dalam setiap aspek kehidupan pelajar. Guru berperanan sebagai peribadi yang menjadi contoh kepada pelajar, bukan sekadar hanya penyampai sukatan Pelajaran. Kebebasan dalam mendidik dan mentarbiah pelajar wajar dikembalikan kepada guru agar lahirnya pelajar cemerlang akademik dam akhlak. Sebagaimana Imam al-Ghazali mengatakan : “Pendidikan itu ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik” Kerajaan pula wajib berusaha mengawal kemudahan teknolgi agar tidak disalahguna disamping tindakan undang-undang yang dapat mencegah daripada merebak penyakit yang menggugat keamanan اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 108 surah al-An’am : وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ‎﴿١٠٨﴾ Maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan. Isu panas tular di media sosial sepanjang Ramadhan tahun ini di mana gambar kaki seorang lelaki memijak al-Quran dan tangkap layar wajib diambil berat dan serius oleh semua pihak. Ia berlaku di Pahang diikuti yang terbaru di Sabah. Apabila Al-Quran dipijak, maka yang tercemar bukan sekadar kertasnya, tetapi kesucian wahyu dan maruah umat. Kita menyokong penuh sebarang usaha dalam menghukum penghina al-Quran. Perbuatan menghina al-Quran perlu dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada walaupun pelaku sudah memohon maaf. Perbuatan itu jelas mempunyai unsur mempersendakan dan berbahaya jika tidak ditangani secara tegas. Perbuatan membiarkan tanpa tindakan dinormalisasikan, ia dibimbangi boleh menjadi ikutan kepada orang lain. Fenomena menghina, memperlaku, kemudian meminta maaf dan tanpa didakwa, ditakuti meneruskan budaya menghina agama, kemudian meminta maaf sehingga Masyarakat merasakan kelihatan main-main dengan isu agama. Pihak pemegang amanah undang-undang wajib laksana tuntutan undang-undang. Kata Buya Hamka, "jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan." Kita sebagai umat yang bermaruah wajib mengagungkan al-Quran dengan sentiasa membaca, memahami seterusnya melaksakan tuntutan Allah dan rasulNya dalam setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosia dan sebagainya. Mulia dan berjayanya umat Islam bergantung kepada sebanyak mana hubungan dan pengamalan kita kepada panduan al-Quran. HInanya umat dunia akhirat bila menjauhi dan tidak melaksana tuntutan al-Quran قَالَ الرَّسُوْلُ :إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ – رواه مسلم Maksudnya : “Sesungguhnya Allah mengangkat kedudukan seseorang (sesuatu kaum itu) dengan kitab ini (iaitu al-Qur’an) dan merendahkan yang lain dengan kitab ini.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab : وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ‎﴿٢٢﴾‏ Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Laungan kalimah ( وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini sentiasa diulang tiap kali sambutan raya bagi menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi. Jika tahun sebelum ini Ramadhan dan Syawal sentiasa bermandi darah umat Islam Palestin maka tahun ini berlakunya perang yang dilancarkan oleh Israel. Sebenarnya bertujuan melakar Peta Baharu Asia Barat anjuran Zionis dan sekutunya, Amerika Syarikat. Hal ini menepati perjuangan Zionis untuk mendirikan Israel Raya yang bersempadan dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Furat di Iraq, dan dari Laut Mediterranean hingga Laut Merah, sekali gus mengubah peta Sykes-Picot. Banyak analisa yang menyatakan bahawa serangan tidak bertamadun ini adalah strategi dalam memastikan tiada negara kuat anti zionis Yahudi dan sekutu jahatnya Amerika yang boleh menggugat negara penceroboh Israel sebagaimana dihancurnya Iraq, Libya dan sebagainya sebelum ini Kita doakan agar peperangan ini tidak berlanjutan yang bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa malah memberi kesan besar termasuk keamanan dan ekonomi dunia. Tidak terkecuali kita di Malaysia turut terima tempiasnya yang memerlukan kita berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja Kita doakan juga kemerdekaan tanah wakaf milik seluruh umat Islam bumi Palestin. Peperangan demi peperangan yang berlaku terutama di Timur Tengah disebabkan berebut hasil bumi mengingatkan kita amaran nabi s.a.w antaranya قَالَ الرَّسُوْلُ :لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَحْسِرَ الْفُرَاتُ عَنْ جَبَلٍ مِنْ ذَهَبٍ، يَقْتَتِلُ النَّاسُ عَلَيْهِ، فَيُقْتَلُ مِنْ كُلِّ مِائَةٍ، تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ، وَيَقُولُ كُلُّ رَجُلٍ مِنْهُمْ: لَعَلِّي أَكُونُ أَنَا الَّذِي أَنْجُو - رواه مسلم Maksudnya : “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (di Iraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang akan berperang untuk merebutnya. Maka 99 daripada 100 orang akan terbunuh. Manakala masing-masing yang terlibat akan berkata, ‘Moga-moga akulah orang yang terselamat itu اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Tidak lupa untuk berpuasa sunat 6 hari dibulan Syawal قَالَ الرَّسُوْلُ :مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ رواه مسلم Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akhirat nanti .اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Jumaat, 6 Mac 2026

Khutbah Jumaat : Penghina al-Quran DiHukum, Kemerdekaan Palestin DiJunjung

Khutbah Jumaat : Penghina al-Quran DiHukum, Kemerdekaan Palestin DiJunjung السلام عليكم الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 3-6 surah ad-Dukhan : إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ﴿٣﴾ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا ۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥﴾ رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya) Ramadhan dan al-Quran tidak dapat dipisahkan maka begitulah juga dengan diri kita jangan pisahkan daripada al-Quran. Kemuliaan Ramadhan berkait rapat dengan penurunan al-Quran maka begitulah hati kita bila sentiasa disirami dan dipenuhi dengan al-Quran akan membawa kepada kemuliaan diri dunia dan akhirat. Amat rugi apabila kita mampu membaca akhbar, majalah, whatsap, tonton tv, layari internet sedangkan sentiasa memberi seribu alasan untuk tidak membaca al-Quran. Betapa rugi kita mampu berbincang dan belajar ilmu dunia yang lain sedangkan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk tidak belajar al-Quran dan memahami makna isi kandungannya. Betapa rugi manusia yang malu jika mampu menguasai Bahasa dunia yang lain terutama Bahasa Inggeris sedangkan dia tidak pernah malu kerana tidak pandai membaca al-Quran apatah lagi memahami maknanya. Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’: وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. Al-Quran adalah sebuah kitab mukjizat kerana makahluk tidak akan mampu dan mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin dalam . Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan dan tara. Ayat Al-Quran dihafaz oleh ribuan sama ada lelaki , perempuan atau kanak-kanak. Inilah istimewanya yang tiada pada mana-mana kitab atau buku yang lain. Al-Quran kitab zaman semuanya. Ia bermaksud kitab yang kekal yang bukan hanya sesuai pada suatu masa sahaja dan bukan untuk satu generasi. Tetapi ia sesuai sepanjang zaman dan semua tempat. Justeru tidak pelik sehingga sekarang al-Quran tetap menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan. Al-Quran kitab agama keseluruhannya. Maksudnya ialah ia menjadi asas kepada agama dan roh Islamnya dan daripadanya diambil roh akidah, ibadat, akhlak dan juga usul tasyriq dan hukum hakam. Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan sejagat. Hal ini dapat difahami berdasarkan kepada sifat al-Quran itu sendiri yang banyak menekankan kehidupan manusia dengan kalimahnya dan untuk alam sejagat Suatu kajian menunjukkan pengaruh bacaan al-Quran pada saraf, otak dan organ tubuh lain antara lain menyatakan: “Tidak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya ingatan dan memberi ketenangan kepada seseorang kecuali membaca al-Quran.” Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengan bacaan ayat-ayat al-Quran, seorang muslim, baik mereka yang berbahasa arab atau bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar. Penurunan tekanan, kesedihan , memperoleh ketenangan jiwa merungkai pelbagai macam penyakit merupakan pengaruh am yang dirasakan orang-orang yang menjadi objek kajiannya. Penemuan kajian ini dilihat tidak menentu. Penelitiannya disokong dengan bantuan peralatan elektronik terkini untuk mengesan tekanan darah dengupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil kajiannya, beliau telah membuat kesimpulan, bahawa bacaan al-Quran berpengaruh besar sehingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuh penyakit. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya Al-Quran memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Menurut penyelidikan yang dijalankan, bayi yang berusia 48 jam yang diperdengarkan ayat-ayat al-Quran dari perakan suara menunjukkan respon tersenyum dan menjadi lebih tenang. Sungguh suatu kebahagian dan merupakan nikmat yang besar. Kita mempunyai al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya ,memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu : وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ﴿٨٩﴾ Maksudnya : dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam Isu panas tular di media sosial minggu lepas di mana gambar kaki seorang lelaki memijak al-Quran dan tangkap layar wajib diambil berat dan serius oleh semua pihak. Apabila Al-Quran dipijak, maka yang tercemar bukan sekadar kertasnya, tetapi kesucian wahyu dan maruah umat. Kita menyokong penuh sebarang usaha dalam menghukum penghina al-Quran. Perbuatan menghina al-Quran perlu dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada walaupun pelaku sudah memohon maaf. Perbuatan itu jelas mempunyai unsur mempersendakan dan berbahaya jika tidak ditangani secara tegas. Perbuatan membiarkan tanpa tindakan dinormalisasikan, ia dibimbangi boleh menjadi ikutan kepada orang lain. Fenomena menghina, memperlaku, kemudian meminta maaf dan tanpa didakwa, ditakuti meneruskan budaya menghina agama, kemudian meminta maaf sehingga Masyarakat merasakan kelihatan main-main dengan isu agama. Pihak pemegang amanah undang-undang wajib laksana tuntutan undang-undang. Menjaga agama Islam adalah turutan pertama dalam tertib Maqasid As-Syariah, mendahului kewajipan menjaga nyawa, akal, keturunan (zuriat), maruah dan harta. Membezakan Islam dengan ajaran yang lain, sama ada agama atau teori. Imam Al-Syatibi membahagikan dua aspek dalam konsep menjaga agama Islam: [1] Mempertahankan kewujudannya dalam aspek positif. Menjaga rukun Islam dan meneguhkan asas amalannya. [2] Menolak sebarang langkah menentang Islam dan usaha menghapuskan atau melemahkannya. Sama ada menghadapi perkara yang telah dilakukan oleh musuhnya atau menolak perkara negatif yang bakal dilakukan terhadap Islam. Kata Buya Hamka, "jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan." Kita sebagai umat yang bermaruah wajib mengagungkan al-Quran dengan sentiasa membaca, memahami seterusnya melaksakan tuntutan Allah dan rasulNya dalam setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosia dan sebagainya. Mulia dan berjayanya umat Islam bergantung kepada sebanyak mana hubungan dan pengamalan kita kepada panduan al-Quran إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ – رواه مسلم Maksudnya : “Sesungguhnya Allah mengangkat kedudukan seseorang (sesuatu kaum itu) dengan kitab ini (iaitu al-Qur’an) dan merendahkan yang lain dengan kitab ini.” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Renungi suatu surat daripada Abdullah al-Mubarak kepada Fudhail bin iyadh : “Wahai ahli ibadah di dua Tanah Haram, Kalaulah kamu telah menyaksikan kami, Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya Seolah-olah kamu telah bermain-main dalam ibadah, Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras, ataupun kuda-kuda ia kepenatan di dalam perkara batil, Maka kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan, Bau wangi-wangian menjadi milikmu, Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu di jalanan, dan sesungguhnya telah datang kepada kami sabda Nabi s.a.w., Sabda yang benar jujur dan tidak ada kebohongan Tidaklah sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap neraka yang menyala-nyala, Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami, Bahawa orang mati syahid tidaklah sama dengan orang yang mati biasa, Ia tidak akan berbohong”. Ramadhan bukan sahaja mentarbiah diri untuk membentuk dan mencari kelebihan peribadi Sahaja bahkan mengajar kita erti simpati dan turut merasai penderitaan saudara kita yang lain terutama di Palestin yang terus dibunuh sesuka hati oleh musuh. Malah keganasan Amerika Syarikat dan zionis Yahudi yang menyerang Iran bermula awal minggu ini wajib dikutuk dan didoakan kehancuran pengganas dunia ini. Kita yang dapat menunaikan ibadat puasa dengan aman dan berterawih di masjid yang berhawa dingin ketika tubuh saudara kita diratah peluru dan bom musuh. Kita sibuk memikirkan persiapan hari raya sedangkan saudara kita kesejukan dengan kekurangan pakaian dan makanan. Kita asyik melihat rumah berwarna warni indah Ketika rumah saudara kita menyembam tanah diroboh oleh musuh dengan darah merah di sana sini . Ayuh sedar dan bangkitlah wahai umat Islam untuk terus membantu dari segi kewangan dan doa buat saudara kita. Semoga janji Allah dengan kegembiraan bila bertemu Allah di akhirat nanti dapat sama-sama kita raih dengan syarat kita mengambil berta tentang penderitaan saudara kita yang lain. Islamlah nescaya kita Berjaya dan mulia dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 19 Disember 2025

Khutbah Jumaat : Jauhi Maksiat, Umat Berkat, Palestin Berdaulat

Khutbah Jumaat : Jauhi Maksiat, Umat Berkat, Palestin Berdaulat السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Mulk : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ‎﴿١﴾‏ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ‎﴿٢﴾ Maksudnya : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kami: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Kehidupan dunia ini adalah medan ujian untuk menguji kualiti iman dan amal kita, di mana Allah Maha Mengetahui siapa yang paling baik, dan Dia juga Maha Pengampun bagi mereka yang benar-benar bertaubat. Ketika kita merenungi musibah banjir besar yang melanda beberapa negara sekitar kita terutama Thailand dan Indonesia serta tidak ketinggalan banjir yang melanda di negara kita sendiri maka kita wajib kembali kepada tuntutan agama. Ujian pertama Manusia diuji dengan kenikmatan dan kesenangan seperti harta kekayaan, anak-pinak, pangkat dan perhiasan dunia bertujuan menguji bagaimana hambaNya menggunakan kekayaan tersebut samada di jalan yang redhai Allah atau sebaliknya Manakala ujian kedua Manusia diuji dengan kesusahan dan kepayahan sama ada berlaku kepada diri individu ataupun berlaku secara umum atas dunia ini seperti kematian, kecacatan, penyakit, kegagalan, kekecewaan. Ujian juga berupa bencana alam seperti banjir, tsunami, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, ribut taufan dan tanah runtuh Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura: وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Sebagai umat yang beriman kepada Qadha dan Qadar Allah maka sepastinya segala ujian ini semakin mendekatkan kita kepada Allah. Ulama’ menukilkan bagaimana hikmat di sebalik ujian Allah antaranya : [1] Supaya insaf dan kembali kepada Allah. Sesungguhnya Allah menguji supaya manusia mahu berdoa kepadaNya, sentiasa mengingatiNya dan memohon dengan merendahkan diri kepadaNya. [2] Agar orang yang diuji beristighfar. Ini adalah manfaat yang sangat penting. Seseorang yang ditimpa musibah, harus mengakui dosa-dosa sebelum meminta keampunan Allah. Memang dosa-dosa manusia sangat banyak namun keampunan yang Allah beri lebih banyak lagi. [3] Merendahkan diri dan tunduk kepada Allah. Orang yang diuji lebih banyak merendahkan diri dan tunduk kepada Allah. Ini merupakan manfaat besar yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang-orang diuji atau yang sedang mendapat musibah. Orang yang ditimpa musibah akan mendapati dirinya sentiasa menggantungkan harapannya kepada Allah SWT dalam segala urusan [4] Meninggikan darjat orang yang diuji. Orang yang bersabar akan mendapat darjat yang mulia dan pahala tanpa batas. Firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 10: قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۗ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ ۗ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ ‎﴿١٠﴾ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Hikmat ujian Allah yang ke - [5] Untuk mengetahui siapa yang mencintai diri. Ketika terjadi musibah, seseorang akan mendapati di sekelilingnya adalah orang yang benar-benar mencintai dirinya yang akan memberikan perhatian terhadap kesusahan yang dialami. [6] Agar dapat merasakan nikmat Allah di mana seseorang tidak akan dapat merasakan nikmatnya kesenangan kecuali jika dia pernah mengalami pahitnya kesusahan. Nikmat Allah yang paling besar bagi seorang hamba di dunia adalah bersenang-senang dengan nikmat. Jadi, gunakanlah nikmat-nikmat Allah yang diberikan pada perkara kebaikan dan jangan gunakan untuk maksiat kepadaNya. [7] Mendapatkan taqarrub iaitu mendekatkan diri kepada Allah dan juga istiqomah iaitu tetap pendirian sampai mati. Ketika menghadapi ujian, diharap orang yang diuji kembali kepada Allah. Seseorang itu perlu minta kepada Allah akan keteguhan atas Islam yang telah dihidayahkan oleh Allah. [8] Agar kembali merujuk al-Quran di mana etika seorang tertimpa musibah, maka dia akan bernaung kepada al-Quran dan membacanya dengan penuh kecintaan. Setiap kali kita mentadabbur ayat Al-Quran pasti kita akan mempelajari hikmah, nasihat dan pengajaran yang begitu banyak . Segala peringatan yang Allah SWT sebut di dalam Al-Quran sewajarnya menjadi pegangan dan ingatan buat diri kita setiap hari. Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d Ayat: 28 الَّذِيْنَ ءَامَنُوا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ Maksudnya : “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “dzikru’llah”. Ketahuilah! Dengan “dzikru’llah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” Sidang Jumaat yang berkati Allah, قال النبي : مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ - رواه البخاري مسلم Maksudnya : “Tidaklah suatu kelelahan, sakit, kesedihan, kegundahan, bahkan tusukan duri sekali pun, kecuali akan menjadi penghapus dosa baginya.” Hikmat ujian Allah yang ke - [9] Menghapuskan kesalahan dan dosa. Kesalahan-kesalahan seseorang akan berguguran disebabkan ujian yang dialami sebagaimana dedaunan yang berguguran. [10] Untuk mendapatkan akidah yang sempurna. Ketika seorang hamba menderita sakit parah, dia akan segera menghadapkan hatinya kepada Allah dengan hati yang khusyuk dan berharap agar Allah menyembuhkannya. Saat itulah tauhid yang murni telah terwujud kerana orang yang sakit mengesakan Allah dengan doa. Sebab tidak ada yang dapat mengelakkan musibah kecuali Allah SWT. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ ﴿١٤﴾ Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan. Sesuai dengan kita bakal memasuki bulan Rejab maka marilah kita sama-sama mengambil perhatian yang lebih serius terhadap penderitaan saudara agama kita di bumi Palestin bumi Israk Mikraj. Keganasan zionis Yahudi terutama dalam kancah terbaru mula Oktober 2023 telah mengorbankan lebih 70 ribu nyawad ari kalangan kanaka-kanak dan orang awam. Umat Palesytin bukan Sahaja sedangn dihujani bom dan pelu musuh, malah msebahagian sedang berdepan dengan banjir dan kelaparan. Teruskan berdoa kepada Allah untuk kemenangan, keselamatan kepada rakyat dan bumi Aqsa. Boikot barangan yang membantu musuh serta berikan takanan kepada pemimpin negara umat Islam agar lebih serius dan bersungguh dalam memerdekakan bumi Palestin. Kita juga hendaklah mengkaji sejarah Palestin. Sejarah adalah cermin umat. Tidak mungkin kita dapat membantu Palestin dengan baik tanpa menguasai sejarahnya. Dari sejarah Palestin, umat Islam akan dapat belajar apa jua faktor kebangkitan dan kejatuhannya. Jangan sampai apa yang dilakukan Kerajaan Sepanyol terhadap umat Islam di Andalusia kembali terjadi. Suatu gerakan genosid yang membuat penduduk Islam musnah. Kalau umat tidak waspada, rejim Zionis akan menerapkan sistem yang sama. Pengakhiran yang sangat memilukan dirasai oleh umat Islam di Sepanyol ketika itu pada saat Abu Abdullah Muhammad al-Shaghir iaitu Raja Islam terakhir di Andalusia telah menandatangani perjanjian penyerahan kekuasaan. Peristiwa ini terjadi selepas gugurnya gerakan perjuangan umat Islam yang terjadi di seperempat wilayah Granada yang merupakan benteng terakhir umat Islam di Andalusia. Baginda keluar dari Kota Granada, dia berdiri di atas bukit berdekatan istana Hamra iaitu istana pemerintahan Kerajaan di Granada sambil menangis sedih. Melihat keadaan demikian, Ibunya Aisyah al-Hurrah berkata, “Menangislah… menangislah… menangislah… engkau menangis seperti perempuan yang kehilangan, padahal engkau tidak mampu mempertahankan kerajaan selayaknya seorang pahlawan perkasa.” Bukit itu pun diberi nama oleh penduduk Sepanyol, Bukit Tangisan Orang Arab Terakhir. Sungguh memilukan! Bersamaan dengan itu umat Islam keluar dari tempat itu buat selama-lamanya, setelah memimpin Andalusia selama sekitar 800 tahun. Negeri yang pernah dipimpin oleh umat Islam selama lapan abad itu kini didiami hanya sekitar seratus ribu orang Islam. Ini adalah pelajaran yang harus diambil dan difahami oleh umat Islam. Oleh itu bersungguhlah kita dalam memerdekakan bumi Palestin tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Ia merupakan kewajipan kita bersama bukan hanya idserah kepada umat Palestin. Pastikan setiap usaha kita Bersama umat Palestin akan melepaskan kita daripada dipersoalkan pada hari akhirat nanti. Firman Allah Ta’ala dalam ayat 160, Surah Aali-Imran: إِن يَنصُرْكُمُ اللَّهُ فَلاَ غَالِبَ لَكُمْ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ Maksudnya : “Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 3 Oktober 2025

Khutbah Jumaat : Soladariti Gaza dan Sumud Flotilla

Khutbah Jumaat : Soladariti Gaza dan Sumud Flotilla السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 67-68 surah Ali ‘Imran : مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ‎﴿٦٧﴾‏ إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا ۗ وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ ‎﴿٦٨﴾ مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا Maksudnya : Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik. Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman. Palestin dan Masjid Aqsa mempunyai kedudukan yang istimewa di hati umat Islam. Terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan bumi Palestin yang telah dinyatakan oleh al-Quran dan dikhabarkan oleh Baginda S.A.W. Palestin menjadi tempat tinggal para Nabi dan Rasul antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Ya’qub, Nabi Musa, Nabi Isa serta ramai lagi dan akhirnya Allah S.W.T menjadikannya sebagai milik umat Islam setelah bangsa Yahudi menempuh jalan kesesatan. Allah S.W.T memberkati bumi Palestin dan telah turut menyucikannya Sejarah lampau pengikut Nabi Musa diperintahkan untuk membebaskan Palestin namun mereka menolak masuk ke Palestin kerana ketakutan terhadap kekuatan bangsa Kanaan. Mereka mencipta alasan tidak merebut kembali tanah Palestin dengan keyakinan bangsa Kanaan keturunan Ham antara salsilah Nabi Nuh terlalu kuat untuk dikalahkan. Pengikutnya mengejek dan menolak ikut serta Nabi Musa atas risalah beriman kepada Allah. Kisah ini terdapat dalam Quran surah al-Maidah ayat 21 hingga 26 secara jelas mereka golongan fasik yang mengembara kebingungan di bumi. Pemukiman orang Yahudi di Palestin dianggap peristiwa yang menanti saatnya, iaitu keutamaan akan diberi kemenangan oleh Allah. Sarjana Islam Syeikh Athiyah Saqr mantan ketua Lujnah Fatwa Al Azhar menjelaskan bahawa sebelum kelahiran Nabi Isa terdapat sebuah suku keturunan Nabi Ibrahim yang tinggal di tepi sungai Furat. Kawasannya subur untuk bercucuk tanam dan mengembala ternakan sebagai sumber kehidupan kemudian berpindah ke arah Barat melintasi daerah Mesir Hulu. Mereka dikenal sebagai orang Ibrani dan kini dikenal sebagai orang Yahudi. Mereka berpindah-randah dalam perjalanan tanpa tujuan hingga akhirnya tiba di Mesir dan hidup dengan damai selama 5 abad. Selama itu Bani Israel mengalami perlakuan tidak adil dan penindasan oleh penguasa Mesir, iaitu Firaun. Nabi Musa diutuskan untuk menyelamatkan mereka dan di bawah pimpinan Nabi Musa, mereka diberi petunjuk dan dibimbing tauhid beriman kepada Allah. Mereka bertebaran melewati Sinai menuju suatu destinasi sebagai tempat tinggal baharu. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, . Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Maidah : فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَٰقَهُمْ لَعَنَّٰهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَٰسِيَةً ۖ Maksudnya : "Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran)." Sifat khianat Yahudi bukanlah pertama kali berlaku. Allah telah merekodkan sifat keji mereka ini di dalam al-Quran agar kita mengambil pengajaran. Sifat keji ini menjadikan hati mereka keras Lebih dahsyat dari itu, al-Quran mendedahkan bagaimana mereka turut pernah membunuh Nabi yang diutuskan kepada mereka. Oleh itu jangan kita hairan mereka dengan kejam Yahudi yang membunuh kanak-kanak kerana mereka pernah buat lebih dahsyat dari itu. Firman Allah dalam ayat 91 surah al-Baqarah: قُلْ فَلِمَ تَقْتُلُونَ أَنۢبِيَآءَ ٱللَّهِ مِن قَبْلُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ Maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar orang-orang yang beriman?" Bahkan Allah turut membongkarkan kepada kita isi hati mereka yang sangat membenci orang-orang yang beriman. Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Maidah: لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ Maksudnya : "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik." Oleh itu ramai menyifatkan cadangan gencatan senjata yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berhubung perang Gaza sebagai strategi untuk menyelamatkan Israel. Trump dengan bangga mengumumkan gencatan senjata itu akan dicapai dalam masa terdekat antara (HAMAS) dan negara haram Israel dengan mengemukakan 20 cadangan di mana dari jumlah itu, tidak ada walaupun satu kecaman ke atas Israel yang melakukan pelbagai jenayah ke atas rakyat Palestin. Dalam masa yang sama, tidak ada satu jaminan penamatan pencerobohan ke atas bumi Palestin khususnya Tebing Barat Trump mahu menamatkan perang Gaza kerana beberapa objektif termasuk penumpuan kepada politik dalaman Amerika Syarikat, menyelamatkan Israel dan merapatkan kembali hubungan dengan sekutu negara-negara Arab. Persoalannya, kenapa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan mudah menerimanya? Seolah-olah ada sesuatu yang sedang dirancang di belakang tabir. Gencatan senjata di atas lebih kepada strategi melambatkan pergerakan untuk mencapai objektif yang lebih utama iaitu menyelamatkan Israel, meluaskan kuasanya serta menghapuskan musuh yang lebih utama. Walaupun gencatan senjata yang bakal berlaku dijangka akan meredakan buat sementara waktu keperitan rakyat Gaza, namun harapannya tidaklah meyakinkan kerana beberapa kali ianya telah dilanggar oleh Zionis Israel. Perang Taufan al-Aqsa yang akan memasuki tahun ketiga benar-benar menjadi igauan ke atas Israel. Mitos tentera yang tidak dapat dikalahkan hanya omong kosong. Topeng kejahatan sebenar Zionis Israel tersingkap di mata masyarakat antarabangsa yang tidak dapat disembunyikan lagi. Kebenaran pasti menang dan kebatilan pasti tumbang Sidang Jumaat yang berkati Allah, Gaza kini telah hancur dimusnahkan oleh rejim zionis Israel. Lebih 65,000 jiwa syahid, dan yang paling menyayat hati, 70% daripadanya ialah anak-anak kecil dan wanita yang tidak berdosa. Rejim Zionis terus menyekat segala bentuk bantuan, menyebabkan rakyat Gaza menanggung kelaparan yang dahsyat. Hospital yang sepatutnya menjadi tempat rawatan, masjid yang menjadi rumah ibadah, sekolah yang melahirkan harapan masa depan, serta prasarana awam yang diperlukan rakyat semuanya kini dimusnahkan dengan rakus. Namun, di tengah kegelapan ini, Misi Sumud Flotilla yang disertai lebih 44 negara digerakkan, demi menyelamatkan dan membela Gaza yang ditindas. Inilah lambang keberanian dan kesatuan hati manusia menentang kezaliman. Penderitaan rakyat Gaza membuka mata penduduk dunia untuk bangkit menentang kekejaman rejim Zionis Israel laknatullah. Kita di Malaysia juga mesti menyahut seruan ini, dengan doa yang tidak putus agar misi mereka diberi kejayaan. Sesungguhnya, inilah tanda kecil sumbangan kita kepada Gaza dan Palestin, bumi perjuangan yang tidak pernah padam dari doa umat Islam seluruh dunia Ketahuilah bahawa Palestin bukan sekadar isu politik atau kemanusiaan, bahkan ia isu akidah dan amanah keimanan kita. Justeru, setiap usaha untuk membela Palestin adalah sebahagian daripada ibadah dan tuntutan iman. مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِى تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ، تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى – رواه مسلم Maksudnya: Perumpamaan orang mukmin dalam sikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama tubuh. Jika satu anggota tubuh sakit, maka anggota tubuh yang lain akan susah tidur atau merasakan demam. Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Maka apakah kita masih mampu berdiam diri melihat saudara kita di Gaza kelaparan tanpa makanan, kehausan tanpa air, kesakitan tanpa ubat, bahkan dinafikan hak untuk hidup bebas? Apakah kita sanggup melihat anak-anak di Gaza mengutip sisa makanan di atas tanah untuk dijadikan alas perut? Apakah kita sanggup membiarkan misi kemanusiaan yang murni ini digagalkan oleh keangkuhan kuasa zalim Zionis? Maka dalam menyokong misi kemanusiaan ini, kita dituntut; [1] kita hendaklah menyatakan dengan jelas dan terbuka solidariti bersama Gaza serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada Misi Sumud Flotilla Global yang membawa harapan buat mereka yang terzalimi. [2] kita hendaklah menyokong segala usaha Kerajaan dalam misi menuntut pembebasan dan keselamatan peserta misi terutamanya dari kalangan rakyat Malaysia. Kita juga menuntut agar jaminan laluan selamat pergi dan balik bagi sumud flotilla, supaya bantuan dapat sampai tanpa sebarang sekatan. [3] Hulurkanlah segala yang termampu baik wang ringgit, doa, dan sokongan moral buat para sukarelawan flotilla serta rakyat Gaza yang berjuang mempertahankan maruah mereka. Dan [4], didiklah generasi muda kita bahawa membela Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan, tetapi sebahagian daripada perjuangan umat Islam yang tidak akan pernah terhenti hingga ke hari kiamat. Sesungguhnya, inilah amanah iman dan bukti cinta kita kepada Masjid al-Aqsa Firman Allah dalam ayat 129 surah Ali Imran : وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ١٣٩وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ Maksudnya : Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 20 Jun 2025

Khutbah Jumaat : Liberal Agama DiSekat Kemerdekaan Palestin DiDaulat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Ruum: فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Seluruh manusia itu diciptakan oleh Allah dengan sifat sukakan kepada keselamatan, kebenaran, keselesaan, kesejahteraan dan kebahagiaan serta menghindari kesempitan, kecelakaan, kepalsuan dan kegusaran. Sifat tersebut merupakan fitrah. Dalam ertikata yang lain, manusia diciptakan dengan fitrah yang tersendiri, iaitu sukakan kepada perkara yang molek, dan membenci perkara yang jelik, serta sentiasa mencari kebenaran bagi menghindari sebarang kepalsuan. Inilah fitrah kejadian manusia, selaras dengan naluri semula jadi yang telah dianugerahkan kepada mereka. Fitrah adalah sunnatullah, suatu ketetapan dari Allah, yang dicipta bagi mewujudkan kemaslahatan kepada umat manusia dan akan membawa kemajuan dalam kehidupan mereka kerana ia akan memandu mereka ke jalan yang benar menurut landasan syarak. Allah yang telah menjadikan manusia dan seluruh alam ini, dan amat wajar hanya Allah sahaja yang memahami naluri dan fitrah manusia. Selagi mana umat manusia itu menuruti amalan fitrah seperti yang dituntut Islam, selagi itulah mereka terpandu ke arah kebenaran dan kebaikan, kerana Islam adalah agama fitrah. Maka terhindarlah mereka dari kekejian zina dan penyelewengan rasuah, serta jauhlah budaya songsang dari pemikiran dan tingkahlaku mereka. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah: لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾ Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui Serangan pemikiran terhadap dunia Islam bermula dengan proses membaratkan sebuah negara yang dilakukan oleh pihak Barat. Antara dua matlamat gerakan pembaratan adalah memaksakan falsafah-falsafah materialisme yang mengandungi kedengkian, hawa nafsu, angan-angan ateis dan pengingkaran terhadap segala sesuatu yang tidak terjangkau oleh penglihatan dan tuntutan-tuntutan metodologi dalam kajian. Kedua, mengingkari agama dan menganggapnya sebagai tahap perkembangan yang terkebelakang daripada tahap-tahap kemajuan sosial, memisahkan Islam daripada politik dan akhlak masyarakat serta menyerang akidah dan nilai-nilainya. Berasaskan matlamat ini, pelbagai ideologi dan pemikiran baru yang datang dari Barat dibawa masuk ke dunia Islam termasuk fahaman liberalisme agama. Bahaya besar daripada Liberalisme dan Pluralisme Agama ialah Membenarkan murtad atau pertukaran agama dan juga Mempertikaikan hukum syariah dan autoriti fatwa seperti Memperjuangkan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) secara terbuka serta Menolak dan mempertikaikan fatwa-fatwa yang dikatakan mengongkong kebebasan hak asasi manusia dan masyarakat majmuk Kesan bahaya Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama Terhadap Umat Islam antaranya [1] Menyebabkan kelonggaran kepada batas-batas yang menjejaskan iman, [2] Mengubah Islam menjadi agama kepercayaan semata-mata [3] Mengubah persepsi umat Islam terhadap dosa dan azab neraka [4] Menghapuskan keistimewaan kebenaran pada agama Islam dan meletakkan agama Islam seriring dengan kedudukan agama lain Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 29 surah at-Taubah: قَاتِلُوا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلَا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَلَا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حَتَّىٰ يُعْطُوا الْجِزْيَةَ عَن يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ ﴿٢٩﴾ Maksudnya : Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri. Menyedari tentang bahayanya fahaman liberelisme ini maka kita menjunjung kasih dan berdiri teguh bersama titah KDYMM Sultan Selangor yang menegaskan bahawa fatwa terhadap fahaman liberalisme dan pluralisme agama kekal sah dan wajib dipatuhi oleh umat Islam. Kita menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dengan penuh tertib, dan memahami bahawa penghakiman tersebut tidak menyentuh soal kandungan fatwa, tetapi hanya menyentuh isu bidang kuasa ke atas organisasi dan agensi persekutuan. Namun demikian, sebagai umat Islam ingin menegaskan bahawa: [1] Fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat, dan ini ditegaskan melalui fatwa sah menurut hukum syarak. [2] Individu Muslim yang berpegang kepada fahaman ini tetap terikat dengan perenggan 1 dan 4 fatwa, dan wajib bertaubat serta kembali ke jalan Islam yang sebenar. [3] Syarikat, pertubuhan atau badan yang menggunakan nama “Islam” tetapi menyebar fahaman bertentangan dengan syariat Islam wajib diteliti semula dan diambil Tindakan termasuk mendesak pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggugurkan perkataan “Islam” daripada nama pertubuhan atau syarikat Sisters in Islam (SIS) kerana ia menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat awam. Perkataan “Islam” tidak seharusnya digunakan oleh mana - mana entiti yang menyanggah fatwa sah atau menyebar fahaman bertentangan dengan syariat Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita juga ingin memperingatkan masyarakat bahawa kebebasan bersuara tidak bermakna kebebasan mencabar hukum Allah, dan hak asasi tidak boleh digunakan sebagai perisai untuk menyebar ajaran yang memesongkan aqidah umat Islam. Kuasa bidang mahkamah syariah wajib diperkasakan Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ : فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar Sempena berada di minggu terakhir bulan Zulhijjah tahun 1446H di mana kita bakal menyambut tahun baru 1447H tidak lama lagi maka kita semarakkan semangat dalam terus membantu saudara seagama kita yang terus dibunuh sesuka hati terutama di bumi Palestin. Kita juga mengutuk sikap jahat Zinois Yahudi dan sekutu penjahatnya yang menyerang Iran. Setiap negara ada hak masing-masing dalam menyerang balas sekiranya musuh menyerang negaranya. Zionis Yahudi mesti diambil Tindakan sewajarnya daripada terus melakukan pencerobohan sesuka hati Allah s.w.t melakukan pasang surut, umat Islam kini mengalami zaman surut, tanahair umat Islam dijajah dan ditakluk oleh musuh-musuh Islam sehingga hari ini. Kita menyaksikan dalam perjalanan sehingga hari ini tanahair umat Islam menjadi medan perang dunia yang pertama, perang dunia yang kedua dan akan jadi medan perang dunia yang ketiga yang akan berlaku bila-bila masa sahaja. Di tengah-tengah kuasa besar yang berperang menggunakan senjata pemusnah, yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu, tetapi Islam tidak boleh dipadamkan cahayanya sekali-kali. Inilah janji Allah s.w.t. Mereka yang beriman percaya kepada janji ini akan bersama dengan Islam. Manakala mereka yang munafik atau yang lemah imannya dalam keadaan yang kelam-kabut. Marilah kita yakin bahawa hidup dan mati bersama dengan Islam. Firman Allah dalam ayat 200 surah Ali Imran : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ‎﴿٢٠٠﴾‏ Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). ( بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 5 Jun 2025

KHUTBAH EIDIL ADHA 1446H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ….فرمان الله تعالى دالم سورةالكوثر : إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ‎﴿١﴾‏ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ‎﴿٢﴾‏ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ‎﴿٣﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Ketika menyambut hari raya korban ini juga marilah kita yang berkemampuan untuk melakukan ibadat korban pada hari ini sehingga berakhirnya hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti bagi mendapat kelebihan dunia dan akhirat. [1] Ibadah korban merupakan bukti sikap ketundukan dan keredaan terhadap perintah Allah . Redha bermakna bertindak dengan melakukan apa sahaja bertujuan mendapat keredhaan Allah dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah [2] Ibadah korban menerapkan dalam jiwa yang luhur agar jangan sesekali terpedaya dan tertipu dengan bisikan syaitan. Jarum halus syaitan terus memperdaya manusia dengan jalan supaya sayang kepada harta benda. Bisikan-bisikan jahat ini menjadikan kita cinta dan bimbang untuk melepaskan harta dunia. Akibatnya, ia menjadikan kita bertangguh dan enggan melaksanakan ibadah korban. Malah, jauh sekali merasa sedih tidak dapat melakukan ibadah korban pada tahun itu walaupun berkemampuan [3] Ibadah korban menjadikan kita sebahagian daripada individu yang cakna dan peduli tentang keberadaan masyarakat sekeliling yang kurang berkemampuan. Ibadah korban dapat membina aura dan impak positif dalam diri dan kehidupan kerana kita dapat meringankan bebanan saudara-saudara kita yang memerlukan قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.- رواه البخاري Maksudnya : Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya disakiti. Barang siapa yang membantu kebutuhan saudaranya maka Allah akan membantu kebutuhannya. Barang siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya dari kesusahan-kesusahan hari kiamat. Barang siapa yang menutupi (aib) seorang muslim maka Allah akan menutupi (aibnya) pada hari kiamat. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 27 : ۞ وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱبْنَىْ ءَادَمَ بِٱلْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًۭا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ ٱلْـَٔاخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلْمُتَّقِينَ ٢٧ Maksudnya : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; Sempena berada pada hari raya korban maka kita sentiasa ingat tentang kisah 2 orang anak nabi Adam a.s iaitu Habil seorang penternak yang menternak kambing, sedangkan Qabil pula seorang petani yang memiliki tanaman pertanian. Masing-masing melakukan korban dengan mengeluarkan harta yang dimiliki. Habil memilih seekor kambing yang paling baik untuk dijadikan korban, sedangkan Qabil memilih gandum yang terburuk dari hasil pertaniannya untuk berkorban. Akhirnya Allah menerima korban Habil yang melakukan korban dengan Ikhlas. Ikhlas merupakan Syarat sesuatu ibadah diterima, Orang yang memiliki hati ikhlas akan mengerjakan sepenuh hati tanpa ada rasa malas atau bosan ketika melakukan sesuatu amalan. Bahkan dia tidak akan merasa terlalu gembira apabila dipuji atau benci apabila dikeji manusia kerana dia hanya ingin dipandang oleh Allah Sahaja. Manakala orang riya’ atau menunjuk-nunjuk memiliki 3 ciri: malas ketika sendirian, rajin di tengah orang ramai, serta amalnya meningkat kala dipuji dan menurun kala dicaci. Ibn al-Mubarak berkata: “Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar (pahalanya) kerana niat. Dan betapa banyak amalan yang besar menjadi kecil (pahalanya) kerana niat.” Orang yang Ikhlas akan selamat daripada tipu daya syaitan sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Hijr ayat 39-40 : قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ Maksudnya : “Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾ Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim. Sambutan hari raya haji atau korban tidak lengkap sekiranya tidak menyoroti perjuangan nabi Ibrahim a.s yang begitu getir dan hebat dalam mempertahan seterusnya mengembangkan Islam maka ia wajib dijadikan contoh teladan dalam mengembalikan izzah kemuliaan umat Islam dan mendaulatkan kembali seluruh sistem Islam meliputi ibadat, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Perjuangan dalam menegakkan Islam bukan melalui jalan senang tetapi penuh halangan dan cabaran. Kita menzahirkan kebimbangan dan membantah keras terhadap suatu dokumen yang dikemukakan oleh gabungan Civil Society Organizations (CSO) ASEAN, yang mengandungi cadangan-cadangan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan nilai-nilai Islam. Antara kandungan yang sangat membimbangkan ialah Dalam Seksyen 3.2 dokumen tersebut, CSO ASEAN mencadangkan: “Memastikan pemisahan agama dan negara…” Ini merupakan satu cadangan yang jelas bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Ini adalah usaha terselindung dan terancang yang mahu menukar identiti negara ke arah menjadi sebuah negara sekular yang menafikan peranan Islam dalam pentadbiran kerajaan dan urusan kenegaraan. Seksyen 3.13 pula menyarankan pelaksanaan undang-undang antidiskriminasi untuk LGBTQIA+. Ini bertentangan secara jelas dengan hukum dan undang-undang Islam serta norma masyarakat Malaysia. Undang-undang syariah di negeri-negeri telah mengharamkan perlakuan liwat dan transgender. قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “‌لَتُنْقَضَنَّ ‌عُرَى ‌الْإِسْلَامِ ‌عُرْوَةً ‌عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.” .- رواه أحمد وابن حبان Maksudnya : “Demi sesungguhnya akan berlaku, dirungkai (dirombak) ikatan ajaran Islam (yang teguh) satu demi satu. Maka, apabila setiap satunya dirombak menjadikan para penganut Islam berpegang dengan simpulan berikutnya (yang masih ada). Simpulan pertama yang dirombak ialah (pelaksanaan) hukum Islam dan simpulan terakhir yang dirombak ialah (pelaksanaan) solat.” Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam Surah as-Sooffat ayat 100 : رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ Maksudnya : " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" Kisah nabi Ibrahim a.s turut mengajar kita peri pentingnya membina keluarga Sakinah yang bukan sahaja untuk dirasai oleh satu keluarga Sahaja malah ke arah membentuk Masyarakat seterusnya negara yang Sejahtera. Ada beberapa panduan yang boleh membentuk keluarga yang bahagia, [1] dengan menjadikan keluarga yang ahli sujud, keluarga yang ahli taat, keluarga yang menghiasi rumah dengan zikrullah, dan keluarga yang selalu rindu untuk meraih kemuliaan hidup di dunia, dan akhirat. [2] Jadikan rumah sebagai pusat ilmu. Memiliki harta tetapi kurang ilmu akan menjadikan kita hamba harta. Jadikan agar keluarga bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu tentang hidup di dunia apatah lagi akhirat. Bekalkan anak-anak sejak kecil dengan ilmu dan jadilah orang tua yang sentiasa menjadi sumber ilmu bagi anak-anaknya. [3] Jadikan rumah tangga sebagai pusat nasihat. Manusia memerlukan orang lain agar boleh melengkapi kekurangan dalam memperbaiki kesalahan yang ada. Bersama kita membina keluarga Sakinah yang Bahagia dunia akhirat قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا رواه أحمد Maksudnya : “Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 7 سورة الفتح: وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَ اتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِیزًا حَكِیمًا Maksudnya : “Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Allah swt memiliki bala tentera yang sangat banyak di langit dan di bumi, yang dengan mereka Allah swt menolong hamba-hambaNya dan juga menyeksa orang-orang yang derhaka. Menurut Imam ar-Razi rahimahullah: “Tentera Allah boleh menjadi “tentera rahmat” dan “tentera azab” kepada manusia. Ketika datang membantu orang beriman ia menjadi pengawal peribadi atau perisai rahmat, manakala ketika datang menerjah musuh Allah ia menjadi pembunuh ganas atau senjata tajam. Ingatlah bahawa kerajaan langit dan bumi serta semua tentera yang ada pada keduanya adalah milik Allah swt. Allahlah yang memberi pertolongan dan yang memberi kehinaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Ketahuilah bahawa tentera Allah sentiasa beroleh pertolonganNya. Sehebat dan sekuat mana pun manusia, tetap tidak mampu menandingi kuasa Allah swt dan tentera-tenteraNya. Ikutilah segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan jangan sesekali angkuh mencabar kekuasaan Allah. Banyakkan amal ibadat, jauhi dosa dan maksiat agar kita selamat daripada kebinasaan dan bahagia dunia akhirat. Kebakaran besar dikuti rebut pasir dan banjir yang melanda tanah-tanah yang dirampas oleh Zionis Israel baru-baru ini adalah satu peringatan Allah yang tidak boleh kita abaikan. Ketika mereka berdiri megah di sebalik tembok-tembok tinggi yang mereka banggakan, Ketika mereka merasa aman di bawah perlindungan Iron Dome yang diagung-agungkan, Ketika mereka bermegah dengan sokongan kuasa besar dunia dan veto PBB yang sentiasa melindungi mereka, Mereka terlupa satu hakikat paling agung, Kekuatan Allah SWT tidak tertanding oleh sebarang kekuasaan manusia. Teruskan perjuangan menyokong dan membantu saudara seagama yang terus berjihad memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Ketika saudara seagama kita bermandi darah dan kehilangan harta benda maka kita tidak sepatutnya berehat sambil bergelak ketawa. Ketika saudara kita yang tidak penat dalam berjuang memerdekakan Palestin maka jangan pula kita penat untuk membantu dan berdoa kepada mereka. Ketika anak kecil Palestin menjadi mangsa senjata musuh maka jangan biarkan anak kita leka dengan hiburan yang dihidang oleh musuh. Pastikan kita ada saham dalam membantu saudara agama. Bukan hanya berpeluk tubuh apatah lagi memberi saham kepada musuh dalam membunuh saudara seagama Teruskan berdoa dan nyatakan kebersamaan kita bersama rakyat dan mujahidin di Palestin. Teruskan boikot barangan dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel dan perkasakan pembelian barangan dan syarikat umat Islam. Pemimpin negara umat Islam mesti lebih berani dan tegas dalam menghentikan kerakusan dan keganasan zionis yahudi dan sekutu penjenayahnya. Kita dimuliakan kerana memperjuangkan Islam. Kita dihina kerana meninggalkan perjuangan Islam Firman Allah dalam ayat 173 Surah as-Saaffat وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ Maksudnya : “Dan bahawasanya tentera Kami, merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Bermula hari ini hingga berakhir hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah ini maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban. قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akhirat nanti اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة عيدالأضحى 1446 هـ

خطبة فرتام اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله تعالى دالم سورةالكوثر : إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ‎﴿١﴾‏ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ‎﴿٢﴾‏ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ‎﴿٣﴾ مقصودڽ : سسوڠڬوهڽ كامي تله مڠورنياكن كڤدمو ﴿واهاي محمد﴾ كبأيقكن يڠ باڽق ﴿د دنيا دان د اخيرة﴾. اوليه ايت، كرجاكنله سمبهيڠ كران توهنمو سمات-مات، دان سمبليهله قربان ﴿سباڬاي برشكور﴾. سسوڠڬوهڽ اورڠ يڠ بنچيكن اڠكاو، ديا له يڠ ترڤوتوس ﴿دري منداڤت سبارڠ ڤركارا يڠ دايڠينيڽ﴾. سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكوران يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين. سمڤنا برادا ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت سام-سام مندعاءكن سموڬ ڤارا جماعة حاج دري سلوروه دنيا يڠ سداڠ مڠرجاكن عبادة حاج دكوتامكة دبريكن كصيحتن دان كسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوڬرهكن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن كچوالي شرڬ. كتيك مڽمبوت هاري راي قربان اين جوڬ ماريله كيت يڠ بركممڤوان اونتوق ملاكوكن عبادة قربان ڤد هاري راي اين سهيڠڬ براخيرڽ هاري تشريق إيأيت 13 ذوالحجة ننتي [1] عبادة قربان مروڤاكن بوقتي سيكڤ كتوندوقكن دان كريضأن ترهادڤ ڤرينته الله . ريضا برمعنى برتيندق دڠن ملاكوكن اڤ سهاج برتوجوان منداڤت كريضأن الله دان منيڠڬلكن سموا ڤركارا يڠ دلارڠ اوليه الله [2] عبادة قربان منراڤكن دالم جيوا يڠ لوهور اڬر جاڠن سسكالي ترڤدايا دان ترتيڤو دڠن بيسيقكن شيطان. جاروم هالوس شيطان تروس ممڤرداي مأنسي دڠن جالن سوڤاي سايڠ كڤد هرتا بندا. بيسيقكن-بيسيقكن جاهت اين منجاديكن كيت چينتا دان بيمبڠ اونتوق ملڤسكن هرتا دنيا. عقيبتڽ، اي منجاديكن كيت برتڠڬوه دان اڠڬن ملقساناكن عبادة قربان. ماله، جأوه سكالي مراسا سديه تيدق داڤت ملاكوكن عبادة قربان ڤد تاهون ايت والاوڤون بركممڤوان [3] عبادة قربان منجاديكن كيت سباهاڬين درڤد اينديۏيدو يڠ چقنا دان ڤدولي تنتڠ كبرادأن مشاركة سكليليڠ يڠ كورڠ بركممڤوان. عبادة قربان داڤت ممبينا كسن ڤوسيتيف دالم ديري دان كهيدوڤن كران كيت داڤت مريڠنكن ببنان سودارا-سودارا كيت يڠ ممرلوكن قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ، وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.- رواه البخاري مقصودڽ : سأورڠ مسلم اداله ساودارا باڬي مسلم لأينڽ، دي تيدق منظاليميڽ دان تيدق ممبياركنڽ دساكيتي. بارڠ سياڤا يڠ ممبنتو كفرلوان سوداراڽ مك الله اكن ممبنتو كفرلوانڽ. بارڠ سياڤا يڠ مڠهيلڠكن ساتو كسوسهن سأورڠ مسلم، مك الله مڠهيلڠكن ساتو كسوسهن باڬيڽ دري كسوسهن-كسوسهن هاري قيامة. بارڠ سياڤا يڠ منوتوڤي ﴿عيب﴾ سأورڠ مسلم مك الله اكن منوتوڤي ﴿عيبڽ﴾ ڤد هاري قيامة. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سوره المائدة اية 27 : ۞ وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱبْنَىْ ءَادَمَ بِٱلْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًۭا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ ٱلْـَٔاخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ ٱللَّهُ مِنَ ٱلْمُتَّقِينَ ٢٧ مقصودڽ : دان باچكنله ﴿واهاي محمد﴾ كڤد مريك قصة ﴿مڠنأي﴾ دوا اورڠ انق آدم ﴿حابيل دان قابيل﴾ يڠ برلاكو دڠن سبنرڽ، ايأيت كتيك مريك بردوا ممڤرسمبهكن ساتو ڤرسمباهن قربان ﴿اونتوق مندمڤيڠكن ديري كڤد الله﴾. لالو دتريما قربان ساله سأورڠ د انتاراڽ ﴿حابيل﴾، دان تيدق دتريما ﴿ قربان ﴾ دري يڠ لاين ﴿قابيل﴾. بركات ﴿قابيل﴾:" سسوڠڬوهڽ اكو اكن ممبونوهمو!". ﴿حابيل﴾ منجواب: "هاڽ ساڽ الله منريما ﴿ قربان ﴾ دري اورڠ-اورڠ يڠ برتقوى; سمڤنا برادا ڤد هاري راي كوربن مك كيت سنتياس ايڠت تنتڠ قصة 2 اورڠ انق نبي آدم عليه السلام ايأيت حابيل سأورڠ ڤنترنق يڠ منترنق كمبيڠ، سداڠكن قابيل ڤولا سأورڠ ڤتاني يڠ مميليكي تانمن ڤرتانين. ماسيڠ-ماسيڠ ملاكوكن قربان دڠن مڠلواركن هرتا يڠ دميليكي. حابيل مميليه سأيكور كمبيڠ يڠ ڤاليڠ بأيك اونتوق دجاديكن قربان ، سداڠكن قابيل مميليه ڬندوم يڠ تربوروق دري حاصيل ڤرتانينڽ اونتوق بر قربان. اخيرڽ الله منريما قربان حابيل يڠ ملاكوكن قربان دڠن إخلاص. إخلاص مروڤاكن شرط سسواتو عبادة دتريما، اورڠ يڠ مميليكي هاتي إخلاص اكن مڠرجكن سڤنوه هاتي تنڤا أدا راس مالس اتاو بوسن كتيك ملاكوكن سسواتو عمالن. بهكن دي تيدق اكن مراسا ترلالو ڬمبيرا اڤابيلا دڤوجي اتاو بنچي اڤابيلا دكجي مأنسي كران دي هاڽ ايڠين دڤندڠ اوليه الله سهاج. مانكالا اورڠ رياء اتاو منونجوق-نونجوق مميليكي 3 چيري: مالس كتيك سنديرين، راجين د تڠه اورڠ راماي، سرتا عملڽ منيڠكت كالا دڤوجي دان منورون كالا دچاچي. ابن المُبَارَك بركات: “بتاڤ باڽق عمالن يڠ كچيل منجادي بسر ﴿ڤاهلاڽ﴾ كران نية. دان بتاڤ باڽق عمالن يڠ بسر منجادي كچيل ﴿ڤاهلاڽ﴾ كران نية.“ اورڠ يڠ إخلاص اكن سلامت درڤد تيڤو داي شيطان سباڬايمان فرمان الله دالم سورة الحجر اية39-40 : قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ مقصودڽ : “ابليس بركات: “ واهاي توهنكو! كران اڠكاو تله منجاديكن داكو سست، ﴿مك﴾ دمي سسوڠڬوهڽ اكو اكن ممڤريلوقكن سڬالا جنيس معصية كڤد آدم دان ذوريتڽ د دنيا اين، دان اكو اكن مڽستكن مريك سمواڽ، كچوالي د انتارا ذورية-ذورية آدم ايت همبا-همبامو يڠ دبرسيهكن دري سبارڠ شرك.“ اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم سورة البقرة اية 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾ مقصودڽ : دان ﴿ايڠتله﴾، كتيك نبي إبراهيم داوجي اوليه توهنڽ دڠن ببراڤ كلمة ﴿سوروهن دان لارڠن﴾، مك نبي إبراهيم ڤون مڽمڤورناكنڽ. ﴿ستله ايت﴾ الله برفرمان: "سسوڠڬوهڽ اكو ملنتيقمو منجادي امام ﴿ڤميمڤين ايكوتن﴾ باڬي اومة مأنسي". نبي إبراهيم ڤون مموهون دڠن بركات: "﴿يا توهنكو!﴾ جاديكنله جوڬ ﴿اڤاله جوا كيراڽ﴾ دري كتوروننكو ﴿ڤميمڤين-ڤميمڤين ايكوتن﴾". الله برفرمان: "﴿ڤرموهوننمو دتريما، تتاڤي﴾ جنجيكو اين تيدق اكن دداڤتي اوليه اورڠ-اورڠ يڠ ظاليم. سمبوتن هاري راي حاج اتاو قربان تيدق لڠكڤ سكيراڽ تيدق مڽوروتي ڤرجواڠن نبي إبراهيم عليه السلام يڠ بڬيتو ڬيتير دان هيبت دالم ممڤرتاهن ستروسڽ مڠمبڠكن اسلام مك اي واجب دجاديكن چونتوه تلادان دالم مڠمباليكن عزةكموليأن اومة اسلام دان مندولتكن كمبالي سلوروه سيستم اسلام مليڤوتي عبادة، سوسيال، ڤوليتيق، ايكونومي دان سباڬايڽ. ڤرجواڠن دالم منڬقكن اسلام بوكن ملالوي جالن سنڠ تتاڤي ڤنوه هالاڠن دان چابرن. كيت منظاهيركن كبيمبڠن دان ممبنته كراس ترهادڤ سواتو دوكومن يڠ دكموكاكن اوليه ڬابوڠن Civil Society Organizations (CSO) ASEAN ، يڠ مڠندوڠي چادڠن-چادڠن يڠ برتنتاڠن دڠن ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان مليسيا دان نيلاي-نيلاي اسلام. انتارا كندوڠن يڠ ساڠت ممبيمبڠكن اياله دالم سيكشن 3.2 دوكومين ترسبوت، چسو أسيان منچادڠكن: “مماستيكن ڤميسهن اڬام دان نڬارا…“ اين مروڤاكن ساتو چادڠن يڠ جلس برتنتاڠن دڠن ڤركارا 3﴿1﴾ ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ منتڤكن اسلام سباڬاي اڬام باڬي ڤرسكوتوان. اين اداله اوسها ترسليندوڠ دان ترانچڠ يڠ ماهو منوكر ايدينتيتي نڬارا كأره منجادي سبواه نڬارا سكولر يڠ منافيكن ڤرانن اسلام دالم ڤنتدبيران كراجأن دان اوروسن كنڬارأن. سيكشن 3.13 ڤولا مڽارنكن ڤلقسانأن اوندڠ-اوندڠ antidiskriminasi اونتوق LGBTQIA+. اين برتنتاڠن سچارا جلس دڠن حكوم دان اوندڠ-اوندڠ اسلام سرتا نورما مشاركة مليسيا. اوندڠ-اوندڠ شريعة د نڬري-نڬري تله مڠحرامكن ڤرلاكوان لواط دان transgender. قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “‌لَتُنْقَضَنَّ ‌عُرَى ‌الْإِسْلَامِ ‌عُرْوَةً ‌عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ.“ .- رواه أحمد وابن حبان مقصودڽ : “دمي سسوڠڬوهڽ اكن برلاكو، دروڠكاي ﴿درومبق﴾ ايكاتن اجارن اسلام ﴿يڠ تڬوه﴾ ساتو دمي ساتو. مك، اڤابيلا ستياڤ ساتوڽ درومبق منجاديكن ڤارا ڤڠانوت اسلام برڤڬڠ دڠن سيمڤولن برايكوتڽ ﴿يڠ ماسيه ادا﴾. سيمڤولن ڤرتام يڠ درومبق اياله ﴿ڤلقسانأن﴾ حكوم اسلام دان سيمڤولن تراخير يڠ درومبق اياله ﴿ڤلقسانأن﴾ صلاة.“ مسلمين دان مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى، فرمان الله دالم سورة الصافات اية 100 : رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ مقصودڽ : " واهاي توهنكو! كورنياكنله كڤداكو انق يڠ ترهيتوڠ دري اورڠ-اورڠ يڠ صالح!" قصة نبي إبراهيم عليه السلام توروت مڠاجر كيت ڤري ڤنتيڠڽ ممبينا كلوارڬ سكينة يڠ بوكن سهاج اونتوق دراسا اوليه ساتو كلوارڬ سهاج ماله كأره ممبنتوق مشاركة ستروسڽ نڬارا يڠ سجهترا. اد ببراڤ ڤندوان يڠ بوليه ممبنتوق كلوارڬ يڠ بهاڬيا، [1] دڠن منجاديكن كلوارڬ يڠ اهلي سجود، كلوارڬ يڠ اهلي طاعة، كلوارڬ يڠ مڠهياسي رومه دڠن ذكرالله، دان كلوارڬ يڠ سلالو ريندو اونتوق مرأيه كموليأن هيدوڤ د دنيا، دان اخيرة. [2] جاديكن رومه سباڬاي ڤوسة علمو. مميليكي هرتا تتاڤي كورڠ علمو اكن منجاديكن كيت همبا هرتا. بكلكن انق-انق سجق كچيل دڠن علمو دان جاديله اورڠ توا يڠ سنتياس منجادي سومبر علمو باڬي انق-انقڽ. [3] جاديكن رومه تڠڬ سباڬاي ڤوسة نصيحة. مأنسي ممرلوكن اورڠ لأين اڬر بوليه ملڠكڤي ككوراڠن دالم ممڤربأيقكي كسالهن يڠ أدا. برسام كيت ممبينا كلوارڬ سكينة يڠ بهاڬيا دنيا اخيرة يڠ ممڤو ملاهيركن جنراسي صالح يڠ بربقتي كڤد ايبوباڤ سماس دنيا دان تروس داڤت منيتيڤكن دعاء سلڤس كماتين كيت ننتي قَالَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا رواه أحمد مقصودڽ : “اڤ يڠ كامو فهم تنتڠ مندول؟ صحابة لالو منجواب: مندول اداله مريك يڠ تيدق مميليكي انق. لالو رسول الله برسبدا: مندول يڠ سبنر اداله مريك يڠ مميليكي انق، تتاڤي انقڽ تيدق ممبري منفعة بواتڽ.“ بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 7 سورة الفتح: وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَ اتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِیزًا حَكِیمًا مقصودڽ : “دان الله مڠواسأي تنترا لاڠيت دان بومي ﴿اونتوق مڽيقسا اورڠ-اورڠ يڠ درهاك﴾; دان الله اداله مها كواس، لاڬي مها بيجقسان“ مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، الله سبحانه وتعالى مميليكي بالا تنترا يڠ ساڠت باڽق د لاڠيت دان د بومي، يڠ دڠن مريك الله سبحانه وتعالى منولوڠ همبا-همباڽ دان جوڬ مڽيقسا اورڠ-اورڠ يڠ درهاك. منوروت امام الرازي رحمه الله: “تنترا الله بوليه منجادي “تنترا رحمة“ دان “تنترا عذاب“ كڤد مأنسي. كتيك داتڠ ممبنتو اورڠ برايمان اي منجادي ڤڠاول ڤريبادي اتاو ڤريساي رحمة، مانكالا كتيك داتڠ منرجه موسوه الله اي منجادي ڤمبونوه ڬانس اتاو سنجات تاجم. ايڠتله بهاوا كراجأن لاڠيت دان بومي سرتا سموا تنترا يڠ اد ڤد كدواڽ اداله ميليك الله سبحانه وتعالى. الله له يڠ ممبري ڤرتولوڠن دان يڠ ممبري كهينأن كڤد سسياڤا يڠ دكهندقكيڽ. كتاهويله بهاوا تنترا الله سنتياس بروليه ڤرتولوڠنڽ. سيهيبت دان سقوة مان ڤون مأنسي، تتڤ تيدق ممڤو مننديڠي كواس الله سبحانه وتعالى دان تنترا-تنتراڽ. ايكوتيله سڬالا اڤ يڠ تله دتتڤكن اوليه الله دان جاڠن سسكالي اڠكوه منچابر ككواسأن الله. باڽقكن عمل عبادة، جأوهي دوسا دان معصية اڬر كيت سلامت درڤد كبينسأن دان بهاڬيا دنيا اخيرة. كباكرن بسر دإيكوتي ريبوت ڤاسير دان بنجير يڠ ملندا تانه-تانه يڠ درمڤاس اوليه Zinonis Yahudi بارو-بارو اين اداله ساتو ڤريڠاتن الله يڠ تيدق بوليه كيت ابايكن. كتيك مريك برديري مڬه د سباليق تمبوق-تمبوق تيڠڬي يڠ مريك بڠڬاكن، كتيك مريك مراسا امان د باوه ڤرليندوڠن Iron Dome يڠ دأڬوڠ-اڬوڠكن، كتيك مريك برمڬه دڠن سوكوڠن كواس بسر دنيا دان veto PBB يڠ سنتياس مليندوڠي مريك، مريك ترلوڤا ساتو حقيقة ڤاليڠ اڬوڠ، كقواتن الله سبحانه وتعالى تيدق ترتنديڠ اوليه سبارڠ ككواسأن مأنسي. تروسكن ڤرجواڠن مڽوكوڠ دان ممبنتو سودارا ساڬام يڠ تروس برجهاد ممرديكاكن بومي فلسطين دان مسجد اقصى. كتيك سودارا ساڬام كيت برمندي داره دان كهيلڠن هرتا بندا مك كيت تيدق سڤاتوتڽ بريحت سمبيل برڬلق كتاوا. كتيك سودارا كيت يڠ تيدق ڤنت دالم برجواڠ ممرديكاكن فلسطين بومي وقف ميلك سلوروه أومة إسلام مك جاڠن ڤولا كيت ڤنت اونتوق ممبنتو دان بردعاء كڤد مريك. كتيك انق كچيل فلسطين منجادي مڠسا سنجات موسوه مك جاڠن بياركن انق كيت ليكا دڠن هيبورن يڠ دهيداڠ اوليه موسوه. ڤاستيكن كيت ادا ساهم دالم ممبنتو سودارا اڬام. بوكن هاڽ برڤلوق توبوه اڤاته لاڬي ممبري ساهم كڤد موسوه دالم ممبونوه سودارا ساڬام تروسكن بردعاء دان ڽاتكن كبرسمأن كيت برسام رعية دان مجاهدين د فلسطين. تروسكن بويكوت بارڠن دان شريكة يڠ اد كڤنتيڠن دڠن إسرائيل دان ڤركاسكن ڤمبلين بارڠن دان شريكة اومة اسلام. ڤميمڤين نڬارا اومة اسلام مستي لبيه براني دان تڬس دالم مڠهنتيكن كراكوسن دان كڬانسن Zinonis Yahudi دان سكوتو ڤنجنايهڽ. كيت دمولياكن كران ممڤرجواڠكن اسلام. كيت دهينا كران منيڠڬلكن ڤرجواڠن اسلام فرمان الله دالم اية 173 سورة الصافات : وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ مقصودڽ : “دان بهاواسڽ تنترا كامي، مريكله اورڠ-اورڠ يڠ مڠالهكن ﴿ڬولوڠن يڠ مننتڠ كبنرن﴾“ اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ برمولا هاري اين هيڠڬ براخيرڽ هاري تشريق ايأيت 13 ذوالحجة اين مك باڬي كيت يڠ بركممڤوان دسارنكن اونتوق ملاكوكن عبادة قربان. قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽأي كممڤوان سداڠكن دي تيدق ملاكوكن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندكتي تمڤت صلاة كامي اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ،اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، يا الله، كامي لتقكن كامو د باتڠ ليهير موسوه-موسوه كامي دان كامي برليندوڠ دڠنمو دري كجاهتن مريك،يا الله هنچوركن كومڤولن مريك،يا الله ڤچهكن ڤاكتن مريك،يا الله لبوركن ڤنديرين مريك،يا الله موسنهكن لڠكه مريك،چڠكمكن انجيڠ-انجيڠمو كڤد مريك،يا الله يڠ مها ممقسا،يا الله يڠ مها ڤركاس،يا الله يڠ مها ممبالس،يا الله، يا الله، يا الله،يڠ منورونكن كتاب،يڠ مغڬرقكن اوان،يڠ تيواسكن تنترا أحزاب،كالهكن مريك، كالهكن مريك، كالهكن مريك دان بريله كمناڠن اونتوق كامي. اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ