Selasa, 18 April 2023

Khutbah Aidil Fitri 1444H/ 2023M

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 61 surah az-Zumar : وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوْا بِمَفَازَتِهِمْ لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ‎﴿٦١﴾‏ Maksudnya : Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Syukur kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya bersempena meraikan kemenangan berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan. Selama sebulan ditarbiah roh, jasad dan akal supaya tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Ibadat puasa yang mendidik umat Islam untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah bukan sekadar mengejar pahala berganda sahaja, menanam sifat integriti dengan merasai diri dipantau oleh Allah Yang Maha Melihat dan Maha Mendengar serta membina sakhsiah diri melalui amal ibadat dan hubungan sesama manusia berkonsepkan berkebajikan dan persaudaraan sesama Islam dan manusia. Nikmat berhari raya dianugerahkan setelah kita melalui ibadah puasa. Ia mengajar kita bahawa untuk mendapat suatu kejayaan perlu berdepan dengan ujian, cabaran terutama dalam menggapai kemenangan hakiki bukan sahaja di dunia malah hingga akhirat sepastinya berdepan dengan pelbagai ujian samada musuh yang nyata seperti orang kafir yang memerangi Islam mahu pun musuh yang tidak nampak iaitu syaitan. Apa yang lebih merbahaya ialah hasutan nafsu dalam diri yang sentiasa mengajak ke arah kemaksiatan terhadap Allah Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 53 surah Yusuf:  وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ‎﴿٥٣﴾ Maksudnya : "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Laungan kemenangan kita mesti berisi bukannya kosong iaitu berjaya berubah ke arah yang lebih baik selepas tarbiah Ramadhan terutama mampu istiqamah solat berjemaah, membaca al-Quran, puasa sunat, bersedekah, berzikir disamping berjaya menunduk hawa nasfu daripada melakukan maksiat mata, telinga, tangan, kaki, mulut hatta hati. Takbir raya kita bukan setakat berakhir di mulut malah disertakan dengan tindakan yang bersungguh dalam memastikan Allah Maha Besar bukannya hawa nafsu, bukannya nikmat duniawi yang sementara yang menjadi matlamat terbesar hidup kita Imam al-Qusyairi menyebut bahawa berjuang melawan hawa nafsu dan mengendalikannya adalah dengan menyekat apa yang menjadi kebiasaannya, serta mengarahkan jiwa untuk selalu menentang hawa nafsunya pada setiap waktu. Menurut al-Junaid al-Baghdadi : “Nafsu apabila meminta sesuatu kepada kamu, ia akan membuat hasutan berterusan dan sentiasa mempengaruhi kamu sehingga tercapai kehendaknya dan berhasil tujuannya. Melainkan apabila ia digagalkan dengan mujahadah sebenar yang berterusan. Kemudian nafsu akan terus berusaha untuk mempengaruhi lagi.” “Manakala syaitan mengajak kamu melakukan sesuatu penyelewengan tertentu, tetapi bila kamu melawannya, dia akan mempengaruhi kamu supaya melakukan penyelewengan yang lain pula. Ini kerana semua pelanggaran ajaran Allah itu sama sahaja bagi Syaitan. Dia hanya mahu selama-lamanya mengajak kepada penyelewengan apa sahaja. Dan dia tidak mengkhususkan penyelewengan dalam satu perkara sahaja.” Firman Allah dalam ayat 39-40 surah al-Hijr :  قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ‎﴿٣٩﴾‏ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ ‎﴿٤٠﴾ Maksudnya : Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,. "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik" اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Ketika menghadapi cuaca terlalu panas yang sedang melanda sekarang maka marilah cuba bayangkan bagaimana dahsyatnya kepanasan padang Mahsyar nanti dan bahang api Neraka yang jauh lebih panas dan azab lagi. Oleh itu insaflah kita dengan sama-sama mempertingkatkan lagi kauntiti dan kualiti amal soleh kita disamping menjauhi dosa maksiat kerana Syurga ada ahlinya dan Neraka ada penghuninya. Ingatlah suatu peringatan nabi s.a.w dalam suatu khutbahnya : أَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلاثَةٌ: ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ, وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ, وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ, قَالَ: وَأَهْلُ النَّارِ خَمْسَةٌ: الضَّعِيفُ الَّذِي لا زَبْرَ لَهُ, الَّذِينَ هُمْ فِيكُمْ تَبَعًا لا يَبْتَغُونَ أَهْلاً وَلا مَالاً, وَالْخَائِنُ الَّذِي لا يَخْفَى لَهُ طَمَعٌ وَإِنْ دَقَّ إِلَّا خَانَهُ, وَرَجُلٌ لا يُصْبِحُ وَلا يُمْسِي إِلَّا وَهُوَ يُخَادِعُكَ عَنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ, وَذَكَرَ الْبُخْلَ أَوِ الْكَذِبَ, وَالشِّنْظِيرُ الْفَحَّاشُ- رواه مُسْلِمٌ Maksudnya : Ahli Syurga ada 3 golongan iatu [1] Penguasa yang adil, bersedekah, dan berlaku jujur. [2] Orang muslim yang menaruh belas kasihan dan lemah lembut kepada setiap kerabat dekat. [3] Orang yang hidup dalam kekurangan harta benda dan banyak anaknya, akan tetapi ia selalu menjaga kesucian diri dari dosa. Sementara penghuni neraka itu ada 5 golongan: [1] Orang lemah yang tidak mempunyai amal kebajikan. [2] Orang yang ikut-ikutan, tidak mahu mencari nafkah, dan tidak peduli kepada keluarganya. [3] Pengkhianat yang tidak ada hal-hal sekecil apapun melainkan ia akan berkhianat terhadapnya. [4] Orang yang sentiasa berbuat perancangan untuk mengganggu keluarga dan harta orang lain. (Selain itu baginda s.a.w juga menuturkan kekikiran dan kedustaan sebagai penyebab seseorang masuk neraka). [5] Orang yang bermulut kotor dan selalu berbuat keji. Oleh itu bersungguh penuh istiqamah dalam memenuhi ciri ahli Syurga disamping menjauhi ciri ahli Neraka اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 9 surah al- Isra’ : إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا ‎﴿٩﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar Allah telah menganugerahkan kepada kita mukijzat terbesar iaitu al-Quran bukan sahaja untuk dibaca tetapi mesti difahami seterusnya di amalkan dalam kehidupan seharian. Betapa malang jika ramai di kalangan kita memberi alasan tiada masa untuk membaca al-Quran sedangkan masa untuk menonton TV, berbual kosong apatah lagi melayan telefon pintar begitu banyak masa dibazirkan. Malangnya bila kita mensia-siakan ubat mujarrab anugerah Allah iaitu al-Quran dengan mengambil racun daripada media sosial yang merosakkan kita. Antara kesan bahaya akibat ketagih gajet ialah : [1] Masalah kekurangan tidur di mana berdasarkan kajian, hampir 80 peratus remaja tidur dengan telefon pintar mereka di sisi. 45 peratus remaja kurang masa tidur yang mereka perlukan yang memberi kesan psikologi kepada remaja termasuklah mudah marah, kemahiran sosial terjejas dan memori lemah yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka. Risiko diabetes, tekanan darah tinggi, penambahan berat badan dan kemurungan juga dilaporkan meningkat dengan kekurangan tidur. [2]Kemurungan di Facebook, Instagram, tiktok dan lain-lain akibat menghabiskan masa secara berlebihan pada laman media sosial. [3] Sindrom Swafoto gadget di mana kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, hampir 91 peratus remaja mempamerkan gambar mereka di sosial media yang boleh terjebak dalam menghantar atau menerima swafoto tidak senonoh. Ini mendedahkan mereka menjadi mangsa buli siber [3]Komunikasi dan Tumpuan di mana Penyelidik menyatakan bahawa remaja yang memanfaatkan teknologi mungkin dapat melakukan pelbagai tugas pada masa yang sama, tetapi kemasukan maklumat baru yang berterusan sebenarnya boleh mengakibatkan ketidakupayaan menumpukan dan menapis maklumat, serta meningkatkan tekanan perasaan. Satu kajian melaporkan bahawa pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja rumah mereka untuk lebih daripada dua minit tanpa perhatian mereka dialihkan oleh gajet mereka. Apa yang perlu dirisaukan adalah kemungkinan generasi remaja masa kini akan belajar bukan secara mendalam seperti generasi sebelumnya kerana ketidakmampuan mereka memproses maklumat secara mendalam disebabkan gangguan-gangguan sewaktu belajar. Oleh itu pakar mengakui penggunaan teknologi secara bersederhana adalah penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa mesti mengawasi tabiat penggunaan gajet ibubapa sendiri sebagai contoh ikutan yang sihat kepada anak. Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyebut: Sesiapa yang melakukan ketaatan kepada Allah, dan selesai melaksanakannya, antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dia akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu. Manakala antara tanda tertolaknya sesuatu amalan ialah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat”. Nukilnya lagi: “Membiasakan berpuasa setelah puasa Ramadhan merupakan salah satu tanda diterimanya amalan puasa di bulan Ramadan. Sesungguhnya Allah SWT jika menerima suatu amalan dari seorang hamba, maka Allah SWT akan memberinya taufik untuk melakukan amal soleh setelahnya.” Oleh itu jangan lepas peluang untuk berpuasa 6 hari dibulan Syawal مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 8 surah al-Mumtahinah: لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ‎﴿٨﴾‏ Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah   Suasana sambutan Ramadhan tahun ini dicemari dengan tindakan melampau seorang pemimpin parti politik berhaluan kanan anti-Islam di Sweden yang membakar senaskhah al-Quran, Khamis lalu. Pemimpin kelahiran Denmark yang berusia 40 tahun itu pernah mencetuskan kemarahan umat Islam sebelum ini apabila membakar al-Quran di Malmo, sebuah kota di selatan Sweden pada 2020. Tindakan biadab tersebut tentunya akan membangkitkan kemarahan umat Islam. Sewajarnya ada sikap toleransi dan saling menghormati terutamanya berkaitan agama di mana isu-isu sensitif berkaitan agama seperti menghina pemimpin agama mahupun kitab suci perlu dielakkan dalam memelihara keharmonian dan perpaduan dalam sesebuah negara. Kebebasan bersuara yang diamalkan ketika ini terutamanya di Barat, dipandang umat Islam sebagai alat diskriminasi dan provokasi terhadap mereka di mana saat ini Islamofobia dilihat amat berleluasa hingga menyebabkan umat Islam di Eropah dan Barat dihina, ditindas dan dizalimi. Terdapat banyak insiden masjid dan sekolah umat Islam diceroboh dan dirosakkan serta berlakunya jenayah akibat kebencian hingga menyebabkan kecederaan mahupun kematian ke atas umat Islam. Sudah sampai masanya penghinaan terhadap Islam, pemimpinnya mahupun al-Quran perlu dihentikan segera kerana ia hanya akan terus meningkatkan ketegangan yang berpanjangan. Hentikan sikap double standard terhadap Islam dan umatnya kerana ia tidak akan menguntungkan mana-mana pihak Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Ramadhan tahun ini juga dicemarkan dengan keganasan gerakan Yahudi Ortodoks yang melakukan keganasan di Palestin. Matlamat mereka membina Kuil Haikal Sulaiman pada tempat Masjid al-Aqsa dan mengembalikan pusat upacara pelaksanaan korban. Mereka terang-terang mengisytiharkan mahu meruntuhkan Masjid al-Aqsa, menghalau semua orang Islam dan Kristian dari ‘bumi Israel’. Justeru, sudah sampai masanya Dunia Islam perlu bertindak dengan lebih tegas dan berani bagi menyekat kezaliman zionis Israel. Dalam masa yang sama bersatu padu dan berkerjasama bagi membebaskan Masjidil Aqsa daripada cengkaman penjajahan rejim zionis Israel demi untuk kelangsungan rakyat Palestin di samping untuk menguatkan lagi penyatuan seluruh Dunia Islam. Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengurniakan tsabat kepada saudara-saudara kita yang mempertahankan Masjidil Aqsa dan mengurniakan kepada Dunia Islam kepimpinan yang beriman bagi membebaskan bumi Palestin dan Masjidil Aqsa. Saat ini tersangat hampir dengan izin Allah! لا تَقُومُ السَّاعَةُ حتَّى تُقاتِلُوا اليَهُودَ، حتَّى يَقُولَ الحَجَرُ وَرَاءَهُ اليَهُودِيُّ: يا مُسْلِمُ، هَذَا يَهُودِيٌّ وَرَائِي فاقْتُلْهُ. – رواه البخاري و مسلم Maksudnya : Kiamat tidak terjadi hingga kaum muslimin memerangiYahudi hingga batu berkata, ‘Hai Muslim, ini orang Yahudi dibelakangku, kemarilah, bunuhlah dia, اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit berjangkit, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-doa kami, kedua ibu bapa kami,adik beradik kami, anak-anak kami dan seluruh keluarga kami . Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah, Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa, Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akirat nanti .اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan