أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Isnin, 28 Ogos 2017
Khutbah Aidil Adha 1438H
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية 38 سورة سباء :
قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ﴿٣٩﴾
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Sempena beradanya kita pada hari raya korban ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti maka bagi kita yang berkemampuan disarankan untuk melakukan ibadat korban. Antara tujuan besar ibadat korban ialah mendekatkan diri kita kepada Allah dengan membersihkan hati daripada sikap kedekut dan terlalu cinta kepada nikmat duniawi sehingga lupa kepada Allah dan akhirat. Antara sebab hati kita jauh daripada mengingati Allah dan akhirat ialah : [1] Menurut hawa nafsu. [2] Cinta dunia dan takut mati. [3] menurut hasutan Syaitan [4] Tabiat buruk [5] Dosa.
Oleh itu ibadat korban yang dilakukan bukan sahaja untuk menyembelih binatang korban malah apa yang paling besar untuk mengikis sifat tercela dalam diri sehingga fadhilat korban mampu dicapai antaranya sebagaima Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah :
مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً - رواه الترمذي وابن ماجه والحاكم
Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Hajj :
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّـهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٣٦﴾
Maksudnya : Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkannya untuk kamu (menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
Nikmat hari raya ini mesti kita zahirkan rasa syukur dengan amalan soleh termasuk ibadat korban. Usah ditunggu bahagia baharu memanjatkan syukur, sebaliknya panjatkan syukur, maka bahagia akan menyusul. Jangan ditunggu banyaknya nikmat, tetapi belajarlah bersyukur walau atas nikmat yang sedikit. Syukur bukan sekadar saat tersungkur, malah ketika gembira dan nikmat berbaur. Sesungguhnya, semakin kuat menzahir rasa syukur, nikmat akan bertambah, sekali gus menambah baik kualiti jiwa. Pertambahan nikmat terbahagi kepada dua, iaitu pertambahan dari sudut kuantiti dan kualiti. Misalnya, syukur saat miliki harta dengan melakukan sedekah. Harta akan berkurangan jika dibelanjakan, tetapi jika dilaburkan sebagai sedekah, ia akan memberi pulangan lebih lumayan di akhirat sana.
عَنْ مُطَرِّفٍ عَنْ أَبِيهِ - رضى الله عنه - قَالَ أَتَيْتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- وَهُوَ يَقْرَأُ (أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ) قَالَ : يَقُولُ ابْنُ آدَمَ مَالِى مَالِى - قَالَ - وَهَلْ لَكَ يَا ابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلاَّ مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ.- رواه مسلم
Maksudnya: Aku pernah mendatangi Nabi s.a.w sedang membaca surat At Takatsur, lalu baginda bersabda: “Anak Adam mengatakan: “Hartaku-hartaku, hartaku, dan apakah kamu wahai anak Adam, memiliki dari hartamu kecuali apa yang engkau makan maka akan habis atau kamu pakai makan akan lusuh atau kamu sedekahkan maka itu sahaja yang tinggal
Menerusi sedekah juga bukan sekadar kuantiti ganjaran bertambah, malah kualiti jiwa juga berubah. Melahirkan jiwa bersyukur perlu kepada sifat qanaah iaitu cukup dengan sedikit dan jika berlebih mampu untuk dibahagi-bahagikan. Dengan cara itu, hati akan lebih lapang dan menawarkan jiwa yang lebih sihat serta segar.
Rasa syukur juga subur bila kita fahami walau sekecil manapun nikmat yang dikurnia ia akan dirasakan besar kerana yakin bahawa nikmat itu datang daripada Allah yang Maha Besar. Nikmat yang besar akan terasa kecil sekiranya terlalu menumpu kepada nikmat diterima semata-mata. Jangan terikut dengan sifat manusia yang kurang syukur sebagaimana firman Allah dalam ayat 19-21 surah al-Ma’arij :
إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا ﴿١٩﴾ إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا ﴿٢٠﴾وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا ﴿٢١﴾
Maksudnya : Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut;
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah ar-Ruum ayat 21 :
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾
Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Sambutan hari raya korban tidak lengkap tanpa menyentuh tentang kehebatan keluarga nabi Ibrahim a.s dalam membina keluarga yang sakinah tenang dan tenteram mematuhi perintah Allah dengan suburnya rasa mawaddah cinta dan rahmat kasih sayang atas dasar agama. Penghayatan agama dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat adalah begitu penting terutama bila kita melihat statistik jenayah keganasan semakin meningkat seperti laporan Statistik yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) seba¬nyak 57,519 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan sepanjang 2010 sehingga Mac 2017 yang merangkumi bilangan kes keganasan rumah tangga dan jenayah di bawah Kanun Keseksaan melibatkan wanita sebagai mangsa seperti cabul kehormatan, sumbang mahram, rogol dan kesalahan luar tabii. Sebanyak 23,212 atau 40 peratus merupakan kes keganasan rumah tangga melibatkan wanita sebagai mangsa. Bagi kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Ma¬sya¬¬rakat (JKM) bagi tempoh 2010 sehingga tahun 2016 lalu adalah sebanyak 28,365 kes
Keganasan rumahtangga dan juga keluarga tidak tenteram akibat beberapa faktor antaranya : [1] Kurang ilmu sebelum dan selepas kahwin. Perumpaan sesebuah perkahwinan itu diibaratkan sebuah kapal. Jika pada mulanya lagi kapal itu sudah bocor kerana kekurangan ilmu dan amalan agama di dalamnya. Bagaimana kapal tersebut ingin terus berlayar? Lama kelamaan kapal tersebut semakin luas bocornya dan akhirnya tenggelam. Maka sebab itu sesebuah perkahwinan itu banyak berakhir dengan penceraian. [2] Sering bergaduh di mana bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat. [3] Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban sedangkan anak adalah rezeki Allah untuk diberi kasih [4] Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki sedangkan kita wajib syukur atas nikmat samada banyak atau sedikit kerana syukur kunci kepada rezeki [5] Kedekut dengan pasangan dan anak-anak. Sepatutnya jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk dikongsi bersama. [6] Gagal mengawal emosi dan amarah. Didiklah diri supaya tidak meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan penuh mesra. [7] Kurang sabar. Oleh itu, ajarlah untuk bersabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki. [8] Kurang berdoa maka sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa. Antaranya lazimilah dengan doa nabi Ibrahim a.s sebagaimana ayat 40 surah Ibrahim :
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 124 :
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.
Menyoroti perjuangan nabi Ibrahim a.s yang begitu getir dan hebat dalam mempertahan seterusnya mengembangkan Islam maka ia wajib dijadikan contoh teladan dalam mengembalikan izzah kemuliaan umat Islam dan mendaulatkan kembali seluruh sistem Islam meliputi ibadat, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Perjuangan dalam menegakkan Islam bukan melalui jalan senang tetapi penuh halangan. Antaranya [1] Ujian berupa cemuhan dan penghinaan dari musuh-musuh Allah yang tidak menginginkan berkembangnya syiar Islam. [2] Pencemaran nama baik Islam dan pejuangnya dengan harapan agar Islam menjadi nama yang sentiasa dibenci dan menjadi musuh dunia atas nama Islamphobia. [3] Ancaman bentuk ugutan, penjara, penganiayaan bahkan sampai kepada pembunuhan. [4] Pujuk rayu dengan harta dan takhta sehingga ramai yang gugur dalam perjuangan Islam
Menyedari tentang ujian, cabaran atau tekanan dalam memperjuangkan Islam maka kita mesti mempersiap diri dan melaksanakan beberapa perkara antaranya :
1. Sabar dan tetap pendirian dalam menghadapi cabaran dan ujian disamping mencari jalan yang diredhai Allah bagi mengatasinya.
2. Membanyakkan membaca dan tadabbur Al - Quran serta berdoa kepada Allah.
3. Mengingati bahawa umur dunia amatlah pendek dan tidak menjadikan dunia ini sebagai matlamat hidup sebaliknya dunia tempat mengumpul bekalan akhirat
4. Mengingati bahawa sudah menjadi sunnah Allah kepada manusia dalam hidup dunia ini diuji dengan pelbagai ujian.
5. Mengingati bahawa para Rasul dan Nabi lebih kuat ujian dan godaan dari kita.
6. Mengingati bahawa semua ujian atau bala yang dikenakan ke atas kita bukanlah merupakan lontaran sesat tetapi mengikut sunnah Allah qada’ dan qadar daarinya.
7. Mengingati bahawa dalam sesuatu ujian dan godaan yang terkena kepada kita memang dengan tujuan dan hikmat yang banyak antaranya dalam menguatkan iman dan dapat menghilangkan karat dosa.
8. Mengingati bahawa nyawa kita dan harta benda dan apa saja yang ada pada kita ini semua milik Allah yang diberi pinjam buat sementara waktu saja dan kita sekalian hamba yang bakal ditanya tentang penggunaan segala nikmat sementara di dunia ini
9. Mengingati bahawa setiap ujian dan bala yang menimpa kita di dunia ini akan diberi pahala yang besar sekiranya kita tahan uji dan sabar menghadapinya.
10. Mengingati bahawa setiap bala dan ujian di serata dunia ini walau bagaimana pun besar dan dahsyat sekalipun, sekaliannya tidak dapat dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat Nanti yang jauh lebih dahsyat lagi mengerikan
Oleh itu gunakanlah nikmat hari raya korban ini dalam menghayati sikap berkorban harta, masa dan jiwa dalam menegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat seterusnya negara. Yakinlah kita bahawa perjuangan Islam bukanlah perkara yang ringan. Allah swt telah menjanjikan balasan yang terbaik bagi mereka yang istiqomah dalam perjuangan Islam. Maka, tentu saja untuk mendapatkan janji yang terbaik dari Allah swt tersebut tidaklah mudah, melainkan penuh dengan ujian, halangan, rintangan, dan berbagai macam perlawanan. Untuk itu, marilah sama-sama kita kuatkan dan luruskan niat dalam perjuangan Islam. Tundukkan pandangan mata dan hati dari segala bentuk duniawi yang akan melemahkan iman dan menidurkan kita dari perjuangan Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisaa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا ﴿٧٤﴾
Maksudnya : Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 34 سورة النمل :
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ
Maksudnya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Tahun ini kita menyambut hari raya korban ketika kehangatan negara menyambut kemerdekaan kali ke-60. Sesebuah Negara boleh dikatakan merdeka secara hakiki apabila kemerdekaan tersebut terjadi secara menyeluruh dalam setiap segi. Kemerdekaan tersebut bukan hanya dalam konteks Negara semata tetapi juga individu dan masyarakat yang menjadi pengisi sebuah Negara. Dalam konteks individu kemerdekaan bererti bebasnya seseorang dari tekanan hawa nafsunya dalam melakukan segala tindakan di mana bagi seorang yang beriman pertimbangan rasionalnya adalah ketika dia menyandarkan segala perbuatannya kepada aturan Allah. Ibarat kata Hukama’ ; ”Seorang budak beramal kerana takut hukuman, pedagang beramal kerana menginginkan keuntungan, dan orang merdeka beramal kerana mengharap keredhaan Allah swt.”
Sedangkan dalam konteks masyarakat, kemerdekaan adalah ketika mereka tidak lagi menjadi pengekor pola berfikir, budaya bahkan agama para penjajah. Masyarakat yang merdeka memiliki pola pikir, budaya dan agama yang khas yang membezakan mereka dari masyarakat sebagaimana masyarakat Madinah Munawwarah setelah Rasulullah saw. berhijrah, baginda mulai membentuk masyarakat di sana dengan kehidupan beragama yang jauh berbeza dengan sebelumnya bukan sahaja dari sudut ibadat khusus malah meliputi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Melihat suasana masyarakat dan negara kita agak membimbangkan walau pun sudah 60 tahun menyambut merdeka bila aqidah semakin tergugat dengan bebasnya pemikiran liberal yang mahu halalkan murtad, zina dan budaya songsang termasuk ada anak muda Melayu yang menyertai program anti Tuhan. Malah kenyataan yang mendakwa al-Quran tidak relevan dan diturunkan pada era Mesopotamia dalam suatu program baru-baru ini menambahk kecelaruan yang ada.
Masalah jenayah juvana seperti statistik Kementerian Pendidikan menunjukkan terdapat lebih daripada 14,000 kes buli di sekolah-sekolah di seluruh negara antara tahun 2012 dan tahun 2015 dan sebahagian besar melibatkan penderaan fizikal sehingga adanya cadangan untuk pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius untuk dihantar menjalani program pemulihan di penjara dan lokap tidak lama lagi bagi memerangi gejala sosial di sekolah. Kita berharap suatu kajian lebih mendalam dibuat agar modul agama dan tarbiah rohani ditekankan agar ia boleh merawat bukan semakin melarat
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Keberadaan kita pada hari raya korban yang mulia ini juga jangan kita lupa untuk berkorban samada dengan harta mahu pun doa dalam membantu saudara seagama yang sedang berdepan dengan masalah penjajahan moden dengan peperangan, kebuluran sebagaimana di Palestin, Syria, Iraq, Yaman, Somalia, Filiphina, Myanmar, Selatan Thailand dan sebagainya. Ingatlah suatu pesanan berharga daripada nabi s.a.w
الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ – رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Seorang Muslim adalah saudara orang Muslim lainnya. Ia tidak boleh menzhaliminya dan tidak boleh membiarkannya diganggu orang lain (bahkan ia wajib menolong dan membelanya) . Sesiapa membantu kesusahan saudaranya, maka Allâh sentiasa akan menolongnya. Sesiapa melapangkan kesulitan orang Muslim, maka Allâh akan melapangkan baginya dari salah satu kesempitan di hari Qiamat dan barangsiapa menutupi (aib) orang Muslim, maka Allâh menutupi (aib)nya pada hari Kiamat
Akhir kata selamat menyambut Aidil Adha dan selamat mengerjakan ibadat korban bermula pagi ini hinggalah berakhir hari tasyriq 13 Zulhijjah nanti. Bahagiakan daging korban kepada saudara yang memerlukan agar mereka turut merasai nikmat Allah dan betapa manisnya nikmat persaudaraan Islam.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Jumaat, 11 Ogos 2017
Adab Islam DiJulang Umat Cemerlang
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 27-28 surah al-Hajj :
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ
Maksudnya : Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
Kini kita berada pada bulan Zulkaedah yang merupakan bulan ke-2 terakhir dalam taqwim Hijrah. Pada bulan ini ramai di kalangan umat Islam dari seluruh dunia termasuk ibubapa, adik-beradik, sanak saudara mahu pun sahabat handai kita telah dan akan bertolak menuju ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Fardhu haji. Kita doakan semoga para jemaah haji diberikan keselamatan sepanjang menunaikan ibadat di Mekah dan dianugerahkan dengan ganjaran haji mabrur yang diidamkan.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga.
Semoga pertemuan dan berkumpulnya sebahagian besar umat Islam dari seluruh dunia di bumi Mekah mampu menanam seterusnya membangkitkan semangat untuk bersatu atas dasar Islam dalam membebaskan kita semua daripada belenggu penjajahan hawa nafsu dan system ciptaan manusia kepada tunduk patuh kepada Allah dengan melaksanakan system Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Jadikanlah bilangan umat Islam yang ramai ini sebagai kuantiti yang bermanfaat dengan membuang penyakit al-Wahnu iaitu takut kepada mati dan terlalu cinta kepada dunia
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fathu :
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ﴿١﴾ لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٢﴾وَيَنصُرَكَ اللَّـهُ نَصْرًا عَزِيزًا ﴿٣﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya)
Bulan Zulkaedah pernah mencatat beberapa peristiwa besar dan bersejarah antaranya telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisy. Akhirnya berlangsung suatu perjanjian di Hudaibiyyah antara Nabi Muhammad s.a.w dan wakil Quraisy Suhail bin Amr.
Perjanjian Hudaibiyah pada zahirnya dilihat merugikan umat Islam sehingga ada sahabat yang menyatakan kebimbangan tersebut. Namun setelah ia berlangsung maka ia menampakkan hasil yang cemerlang sebagaimana yang diungkapkan oleh seorang Ulama : Tidak pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah Islam kemenangan yang lebih besar dari kemenangan hasil Perjanjian Hudaibiyyah. Peperangan membuat manusia saling bertemu dan membunuh. Maka, ketika ketenangan itu tiba, peperangan itu tidak diperlukan lagi. Manusia merasa aman, sebahagian dari mereka dapat berbicara dengan sebahagian yang lainnya. Mereka bertemu sambil berbincang, berbicara dan sanggah menyanggah. Tidak ada seorang pun yang berbicara tentang Islam dan memikirkan sesuatunya, kecuali dia akan masuk islam. Orang yang masuk Islam selama 2 tahun itu sama ramai dengan orang yang masuk Islam sebelum Perdamaian bahkan lebih ramai sehingga ketika berlakunya Pembukaan Kota Mekah 2 tahun selepas itu menunjukkan 10 000 umat Islam yang turut serta bersama nabi s.a.w dalam peristiwa bersejarah itu
5 hikmah besar dari Perjanjian Hudaibiyyah ialah:
[1] Pengakuan kaum Quraisy terhadap kedudukan kaum muslimin. Kaum muslimin tidak lagi dianggap penduduk Mekah yang terusir, melainkan masyarakat yang berdaulat dan memiliki kedudukan yang mesti dikira keberadaannya.
[2] Ketenangan dan kaum muslimin berehat dari peperangan yang sebelum ini bagaikan tidak berkesudahan. Perjanjian Hudaibiyah memberi jaminan keamanan dan ketenangan bagi kaum muslimin maupun kaum musyrik. Mereka sudah sepakat untuk tidak saling menyerang satu sama lain.
[3] Perdamaian memungkinkan kaum muslimin dan kaum musyrikin bergaul dengan bebas sehingga kaum musyrikin boleh menyaksikan akhlak dan kemuliaan islam. Ternyata ini adalah pintu dakwah yang sangat berkesan untuk menyentuh hati kaum musyrikin untuk mengenal dan memeluk Islam.
[4] Semakin ramai kaum musyrikin yang masuk Islam apabila gencatan senjata yang berlangsung maka dakwah bukan sahaja boleh dilakukan secara bebas di Semenanjung Tanah Arab malah meluas ke luar tanpa gangguan
[5] Orang-orang lemah yang telah beriman di Kota Mekah mulai berani menampakkan keIslamannya apabila ancaman sebelum ini telah tiada. Akhirnya kekuatan Islam semakin kuat manakala keadaan kafir Quraisy semakin lemah
Pengajaran daripada Perjanjian Hudaibiyyah ini mesti dijadikan asas dalam melakukan sebarang perjanjian terutama dengan orang bukan Islam agar menyuburkan Islam bukan menguburkannya, memartabatkan Islam bukan meranapkannya, Menjulang Islam bukan menjahanamkannya, memerdekakan Islam bukan memenjarakannya. Apa yang lebih sedih jika pemimpin Negara umat Islam boleh membuat perjanjian dengan kuffar dalam menekan atau menyerang sesama umat Islam sebagaimana di Palestin, Syria, Yaman dan sebagainya. Begitu juga kerana mahu menjaga hati orang bukan Islam maka adanya umat Islam sanggup mengenepikan kepentingan Islam, sanggup menghina system Islam
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Firman Allah dalam ayat 162 surah al-An’am :
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٦٢﴾
Maksudnya : Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam
Perjanjian sesama manusia pun wajib kita patuhi apatah lagi akujanji kepada Allah. Oleh itu kita wajib pastikan diri kita, ahli keluarga, masyarakat sekitar untuk menjaga kewajipan dalam melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi segala tegahanNya. Kita begitu bimbang dengan asakan terhadap Aqidah umat Islam termasuk dengan isu terbaru tindakan sekumpulan anak Melayu beragama Islam menyertai kelab yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan di ibu kota baru-baru ini. Begitu juga dengan kelulusan RUU 164 di Parlimen pada Rabu lepas dengan banyak kelemahan yang ada bagi pihak yang membantah disebabkan ia dibimbangi boleh merugikan umat Islam terutama jika ianya melaksana tuntutan seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak mengharuskan secara terus menjadi orang Islam. Orang bukan Islam tidak dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Sebaliknya, orang Islam hendaklah dibenarkan keluar dari Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Manakala bagi yang menyokong pindaan pula menjawab bahawa isu agama anak muallaf tidak berbangkit lagi selepas Seksyen 88A yang memerlukan anak muallaf mendapat izin ibubapa dahulu untuk memeluk Islam telah dibuang daripada pindaan. Malah pindaan ini dikatakan lebih membela nasib muallaf terutama dalam bab perceraian, hak penjagaan anak, hak dapatkan harta. Isu murtad juga tidak timbul dalam pindaan ini kerana ada dalam akta lain. Setelah melihat antara pro dan kontra dalam pindaan ini maka perlu kepada penjelasan yang jelas bagi memastikan maslahat Islam dan umatnya tidak terancam
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ketika menyoroti kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 pula di mana kita dapat melihat kes sosial dan jenayah seks dalam negara amat membimbangkan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaporkan 93.5 peratus mangsa daripada 12,473 kes itu sejak 2011 hingga Jun 2015 adalah remaja berumur 13 hingga 18 tahun. Laporan PDRM juga menunjukkan jumlah pembuangan bayi di negara ini adalah 432 kes sejak 2011 hingga Jun 2015 dengan kejadian kehamilan luar nikah me¬rupakan punca utama kes tersebut berlaku. Adalah suatu amat malang usaha dalam memperkasakan Mahkamah Syariah termasuk pindaan RUU 355 tidak diberikan tumpuan utama di Parlimen sedangkan masalah aqidah dan akhlak umat Islam wajib ditiikberatkan
Antara usaha yang wajib dilaksana dalam menjauhi kerosakan akhlak termasuk zina :
[1] Ketahuilah Bahaya Zina antaranya firman Allah dalam ayat 32 surah al-Isra’ :
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya : Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
[2] Sentiasa Menundukkan Pandangan daripada perkara haram sebagaimana firman Allah dalam ayat 30-31 surah an-Nuur :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠) وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya.”
[3] Menjauhi pergaulan bebas yang diharamkan
لاَ يَخْلُوَنَّ أَحَدُكُمْ بِامْرَأَةٍ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ ثَالِثُهُمَا – رواه أحمد
Maksudnya : Janganlah salah seorang diantara kalian berduaan dengan seorang wanita (yang bukan mahramnya) karena syaitan adalah orang ketiganya, maka sesiapa yang bangga dengan kebaikannya dan sedih dengan keburukannya maka dia adalah seorang yang mukmin.
[4] Wanita Hendaklah Meninggalkan Tabarruj atau perhiasan yang haram sebagaimana firman Allah dalam ayat 33 surah al-Ahzab :
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
Maksudnya : Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu ber-tabarruj seperti orang-orang jahiliyyah pertama
Abu ‘Ubaidah mengatakan, “Tabarruj adalah menampakkan kecantikan dirinya.” Manakala Az Zujaj mengatakan, “Tabarruj adalah menampakkan perhiasaan dan setiap hal yang dapat mendorong syahwat (godaan) bagi kaum lelaki
Sama-samalah kita menjaga adab mengikut agama dalam mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Larinya kita dari agama menempatkan kita kepada jalan kerosakan dan kehancuran.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Ahad, 23 Julai 2017
Islam DiHayati Kebahagiaan Hidup DiNikmati
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 97 surah an-Nahlu :
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٩٧﴾
Maksudnya : Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
Setiap diri kita merindukan kehidupan yang baik dan bahagia. Tiada siapa yang memilih untuk hidup derita dan sengsara. Cuma kekaburan tentang erti sebenar kehidupan baik atau bahagia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang menyebabkan ramai yang mengaku bahagia berdasarkan pandangan zahir sahaja iaitu banyak harta, tinggi pangkat, ramai pengikut, sihat tubuh badan, ramai anak dan kejayaan meraih nikmat duniawi yang lain semata-mata.
Ibnu Abbas RH, Sa'id bin Jubair, Ad-Dhahak, Atha' bin Abi Rabah RHM ketika menafsirkan makna حَيَاةً طَيِّبَةً iaitu "kehidupan yang baik" dalam ayat 97 surah an-Nahlu adalah "rezeki yang baik dan halal di dunia".
Ibnu Abbas RH juga menafsirkannya dengan As-sa'adah(kebahagiaan)
Sayyidina Ali Bin Abi Tholib RH, Al-Hasan Al-Basri, Ikrimah, Za'id bin Wahhab, Wahhab bin Munabbih RHM menafsirkannya dengan Al-Qona'ah (kecukupan).
Abu Bakar Al Waraq RHM menafsirkannya dengan "lazatnya dalam melakukan ibadat ketaatan"
Abdurrahman bin Nashr As-Sa'di RHM menafsirkannya dengan "ketenangan jiwa dan hati serta tidak terpengaruh dengan adanya yang
mengganggu ketenangan hatinya, sehingga Allah memberikan rezeki yang baik dan halal kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka".
Ibnu Katsir RHM berkata : "kehidupan yang baik mencakupi seluruh bentuk kelapangan dari segala sisi"
Yang lainnya menafsirkannya dengan "kehidupan yang baik di akhirat berupa Syurga". Ada juga menafsirkan dengan "Kehidupan yang baik di alam kubur" . Begitu juga penafsiran dengan kehidupan hati, nikmat dan kegembiraan hati kerana iman kepada Allah SWT, mengenal-Nya, mencintai-Nya, bertaubat dan bertawakkal kepada-Nya. Sesungguhnya tidak ada kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan hati yang seperti itu, dan tidak ada kenikmatan yang lebih baik daripada kenikmatan hati itu kecuali nikmat Syurga
Kesimpulannya, makna "kehidupan yang baik" adalah meliputi semua yang tersebut sebagaimana yang difahami daripada suatu hadis Abdullah bin Amr bin Al-Ash RH di mana Rasulullah s.a.w bersabda :
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ – رواه مسلم وأحمد
Maksudnya : Sungguh beruntunglah orang masuk ke dalam Islam, diberi rezeki yang cukup, dan merasa cukup dengan apa yang Allah berikan kepadanya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 7 surah Ibrahim :
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿٧﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"
Menyedari tentang betapa pentingnya untuk memiliki kehidupan yang baik berteraskan Islam maka kita wajib berusaha untuk mencapainya antaranya :
[1] Beriman dan beramal soleh sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Asr :
وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾
Maksudnya : Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
[2] Mensyukuri nikmat dan merasa cukup atas segala kurniaan Allah. Hakikat daripada syukur nikmat adalah mengenali nikmat dan pemberi nikmat, mengakui dan tidak mengingkarinya, tunduk, cinta dan redha kepada Allah Pemberi nikmat atas nikmat-nikmat tersebut, serta mempergunakan segala nikmat untuk taat dan pada apa-apa yang dicintai dan diredhai oleh Allah.
Antara cara untuk kita merasa nikmat yang kita ada jauh lebih baik daripada orang yang kurang bernasib baik daripada kita
انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ – متفق عليه
Maksudnya : Lihatlah kamu kepada orang yang darjatnya lebih rendah dari kalian, dan jangan melihat kepada yang lebih di atas kalian, kerana yang demikian itu lebih baik, dan agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada-Mu
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 114-115 surah Huud :
وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ ﴿١١٤﴾ وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّـهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ ﴿١١٥﴾
Maksudnya : Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan
Bagi mencapaikan kebahagiaan hidup juga kita mesti memiliki sifat yang ke-[3] Bersabar dalam melakukan ketaatan, meninggalkan maksiat serta menghadapi takdir Allah. As-Sa’adi RHM mengatakan Sabar terhadap takdir Allah yang menyakitkan, jangan marah. Sabar dari maksiat kepada-Nya, jangan dilakukan. Sabar dalam menta'ati-Nya, sehingga melaksanakan keta'atan kepada-Nya. Allah menjanjikan bagi orang-orang yang bersabar dengan pahala yang tidak terhitung, yakni tanpa batas, tanpa hitungan dan tanpa ukuran. Yang demikian itu disebabkan kerana keutamaan serta kedudukan sabar di sisi Allah, dan ini jelas pada setiap perkara
[4] Memohon ampunan ketika melakukan dosa serta bertaubat.
Firman Allah dalam ayat 110 surah an-Nisaa’:
وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya : Dan Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
As-Sa’adi RHM mengatakan : "iaitu sesiapa yang berani melakukan maksiat, tenggelam dalam dosa, lalu dia memohon ampun kepada Allah dengan sungguh-sungguh, mengakui dan menyesal atas dosa tersebut, kemudian meninggalkannya serta bertekad untuk tidak melakukannya, inilah yang dijanjikan oleh Allah Tuhan yang tidak pernah mengingkari janji dengan pengampunan dan rahmat”.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 124 surah Taha :
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ﴿١٢٤﴾
Maksudnya : Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta
Ibnu Katsir dalam tafsirnya menjelaskan bahwa kehidupan yang sempit itu adalah kehidupan yang tidak ada ketenangan di dalamnya dan tidak ada kelapangan dada, bahkan dadanya selalu merasa sempit dan sesak meskipun secara zahirnya dia kelihatan dipenuhi kesenangan hidup, mampu memakai pakaian mahal dan makan apa saja serta tinggal dimana dia mahu. Selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk Allah SWT. maka hatinya akan selalu resah, bimbang dan ragu yang merupakan bentuk kesempitan hidup.
Pastikan kehidupan kita tidak tersasar daripada Islam agar bahagia tidak derita dunia akhirat. Kita begitu sedih apabila ada orang Islam sendiri marah kepada kapten kapal terbang sebuah syarikat penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur yang meminta penumpang membaca doa agar kapal terbang yang mengalami masalah teknikal baru-baru ini selamat atas alasan ia masalah teknikal sahaja, tiada kaitan dengan Tuhan. Begitu juga kenyataan bekas Ketua Pegawai Operasi Malay Mail yang menggesa agar lebih ramai wanita memberanikan diri untuk menanggalkan hijab dengan seruan : mencuba menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik dengan menggesa wanita untuk menanggalkan tudung mereka dan menjadikan rambut yang bebas tanpa hijab kembali hebat. Seruan ini jelas melampaui batas seorang muslim.
Malah suara sumbang dalam mempertikaikan suatu keputusan terbaru Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan antaranya hukum sebat pesalah di tempat terbuka yang diwartakan yang dianggap tidak bertamadun dan pelbagai kata nista yang lain. Sedangkan jika diperhalusi dan mengkaji undang-undang dan pelaksanaan Islam bukannya bersifat menzalimi manusia, tetapi lebih kepada mendidik pesalah dan orang ramai. Tidak timbul ia mengaibkan pesalah dan menjadi bahan hiburan atau tontotan awam, kerana jika ia benar-benar dilaksanakan bakal membuatkan orang lebih gerun melakukannya. Jika kesalahan sebat dianggap mengaibkan, maka adakah pesalah rela diaibkan di khalayak ramai dengan sengaja mahu melakukan jenayah itu jika sedar kesan dan akibatnya? Justeru, Islam mengutamakan pendidikan daripada hukuman, dan dengan sebat di khalayak ini ia sebagai pendidikan paling ampuh agar tidak ada manusia bercita-cita mahu melakukan jenayah
Apabila orang Islam sendiri tanpa rasa malu dan bersalah untuk menghina Islam maka tidak pelik orang bukan Islam berani hina Islam. Antara isu terbaru apabila ada daging kambing import dicampur dengan daging babi dirampas dan banyak lagi terlepas untuk beredar di pasaran. Berhatilah kita agar selamat daripada perkara haram bukan sahaja pada makan minum malah pada semua perkara
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 114 surah al-Baqarah
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَا ۚ أُولَٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَا إِلَّا خَائِفِينَ ۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya : "Dan siapakah yang lebih zalim daripada sesiapa yang menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (solat dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."
Sempena pada hari Jumaat yang mulia, masjid yang mulia maka seluruh umat Islam bermaruah mengutuk tindakan zionuis Yahudi yang tidak membenarkan solat Jumaat di Masjid Aqsa buat pertama kali semenjak tahun 1969 bermula Jumaat lepas. Tindakan tidak bertamadun ini sebagai tambahan kepada kezaliman dan penindasan yang sedia ada terhadap bumi Palestin dan batang tubuh saudara segama di sana. Kita terus bersama saudara segama dalam mempertahankan al-Aqsa. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan menyerah kalah. Biar nyawa melayang namun bumi Palestin tetap kita pertahankan. Marilah sama-sama berdoa agar bumi Palestin dapat dibebaskan dan kezaliman zionis Yahudi dapat dihalang. Semoga Allah mendatangkan bantuan dalam memerdekakan bumi berkat ini. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khamis, 13 Julai 2017
Syawal DiRai Syarat Kemenangan DiPenuhi
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1 surah al-Anbiya’ :
اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُّعْرِضُونَ ﴿١﴾
Maksudnya : Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya.
Kini 2 minggu kita berada di bulan Syawal di mana suasana hari raya masih hangat dirasai. Ini bererti telah 2 minggu kita telah meninggalkan bulan Ramadhan di mana sebulan Ramadan yang dilalui ibarat suatu perjalanan tarbiah dan rohaniah yang sewajarnya memberi kesan terhadap diri. Berpuasa secara zahir dan dihubungkan dengan batin bakal membawa keinsafan kepada diri bahawa kelahiran kita asalnya fitrah ibarat kain putih yang tercerna dengan pengalaman hidup yang pelbagai lalu wujud keinginan kembali semula ke fitrah. Manusia pada asasnya memiliki dua sifat iaitu nasiyya atau lupa dan ghaflah atau lalai seperti yang disebutkan oleh al-Quran. Kelupaan dan kelalaian perlukan peringatan. Melakukan puasa yang dibuat berulang-ulang ibarat peringatan Allah kepada kita supaya kita menjadi lebih manusiawi dalam niat dan amalan
Oleh itu antara doa yang diajarkan oleh nabi s.a.w agar kita dihindari daripada perkara yang buruk selepas memiliki suatu kebaikan
اللّهُمّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الحَوْرِ بَعْدَ الكَوْرِ – رواه ابن ماجه
Maksudnya : Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu dari kembali (kepada keburukan termasuk kekufuran) setelah (mendapatkan) tambahan (kebaikan terutama keimanan).
Ulama’ menyatakan maksud hadis ini seperti kembali kepada kekufuran selepas keimanan, maksiat selepas tunduk ibadat, kurang amalan selepas berjaya menambahnya, keburukan selepas mendapat kebaikan. Oleh itu kita doakan semoga kita berjaya menjadi hamba Allah yang kekal beribadat serta menjauhi maksiat bukan sahaja pada bulan Ramadhan malah pada 11 bulan selepasnya. Kita mohon perlindungan daripada Allah daripada menjadi hamba Ramadhan iaitu kuat beribadat dan menjauhi dosa maksiat, memusuhi syaitan, mengawal hawa nafsu hanya pada bulan Ramadhan sahaja sedangkan pada bulan yang lain kita tidak menghirau suruhan dan larangan Allah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 9-10 surah As-Syamsu :
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠﴾
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9)Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)
Antara usaha kita dalam memastikan tarbiah Ramadhan tidak terhenti dengan berlalunya Ramadhan ialah dengan kita terus bersemangat untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran. Kita terus jinak dengan solat berjemaah di masjid atau surau. Tidak lupa untu kita hidupkan bulan lain dengan puasa sunat. Betapa beruntungnya orang-orang yang telah menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, begitu juga yang sedang menunaikannya. Bagi yang belum memulakannya atau tak pernah menunaikannya sebelum ini maka marilah kita sama-sama membuktikan bahawa tarbiah Ramadhan lepas telah berjaya mengubah kita ke arah menjadi hamba Allah bukan setakat hamba Ramadhan yang hanya baik pada bukan Ramadhan sahaja manakala pada bulan lain kembali menjadi pengikut setia kepada hawa nafsu. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ - رواه مسلم
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا - رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 104 surah An-Nisaa’ :
وَلَا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ ۖ إِن تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ ۖ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّـهِ مَا لَا يَرْجُونَ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا ﴿١٠٤﴾
Maksudnya : Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Kedatangan Syawal mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini seperti Peperangan Uhud, Peperangan Ahzab atau Khandak dan Peperangan Hunain. Ketika menyentuh tentang peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah di mana tentera Islam terpaksa berdepan dengan bala tentera musuh seramai 3000 orang. Pada peringkat pertama, tentera Islam telah mencapai kemenangan tetapi pada peringkat kedua tentera Islam menerima ujian kekalahan di mana 70 orang telah gugur Syahid termasuk Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib. Namun pada peringkat ketiga tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir Quraisy yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat membunuh Rasulullah s.a.w telah mengatur langkah untuk menyerang Madinah tetapi tidak meneruskan perancangan mereka itu apabila mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah bersiap untuk menyerang balas. Kekalahan pada peringkat kedua dalam peperangan Uhud ini akibat melanggar perintah nabi s.a.w selaku pemimpin serta rasa terlalu seronok dengan harta rampasan perang sehingga kurangnya pertautan hati dengan Allah.
Seterusnya Peperangan Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah di mana setiap kali tibanya hari raya, kita sentiasa laungkan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab. Peperangan Ahzab yang bererti tentera bersekutu kuffar juga dikenali dengan nama peperangan Khandak yang bererti parit yang dibina oleh para tentera Islam sebagai kubu dalam menahan kemaraan musuh. Peperangan ini berlaku selepas penghalauan Yahudi Bani Nadhir oleh Rasulullah s.a.w dari Madinah setelah mereka cuba membunuh nabi. Tentera Islam seramai 3 ribu orang sahaja terpaksa berdepan dengan tentera bersekutu kuffar seramai 10 ribu orang di mana tiada pertempuran sengit yang berlaku sehinggalah Allah mendatangkan kemenangan kepada tentera Islam yang begitu patuh pada arahan Rasulullah s.a.w disamping kuat ikatan diri mereka dengan Allah melalui ribut pasir dan juga kacau bilau di kalangan musuh.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 25 surah at-Taubah :
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّـهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ ۙ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ ﴿٢٥﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.
Peperangan yang berikutnya ialah Peperangan Hunain yang berlaku padabulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah. Bilangan tentera musuh antara 20 hingga 30 ribu orang manakala tentera Islam pimpinan Rasulullah s.a.w berjumlah 12 ribu orang. Pada peringkat pertama tentera Islam hampir kalah akibat diserang dari pelbagai penjuru oleh musuh ditambah dengan serangan saraf bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Ketika suasana yang kacau bilau ini lalu Rasulullah s.a.w melaung suara bagi membangkitkan kembali semangat jihad tentera Islam sehingga baginda bersama 200 tentera yang terus berjuang bukan sahaja berjaya mengalahkan tentera musuh yang ramai malah berjaya mengepung musuh di Taif. Melalui ketiga-tiga peperangan ini kita dapati pelbagai pengajaran penting yang mesti diambil antaranya ialah bahawa proses menang dan kalah merupakan suatu ketentuan Allah bukannya datang secara kebetulan dan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :
وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.
Allah telah menukilkan dalam al-Quran bagaimanakah sifat yang sepatutnya dimiliki oleh generasi kemenangan. Antara melalui ayat 146 surah Ali ‘Imran di mana 3 sifat utama golongan yang dianugerahkan kemenangan oleh Allah ialah :
[1] Mereka tidak patah dan lemah semangat menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi perjuangan di jalan Allah.
[2] Mereka sentiasa gagah perkasa tidak lemah dari sudut jasad mahu pun jiwa mereka berhadapan dengan musuh.
[3] Mereka sentiasa gagah tidak tunduk kepada musuh.
Semoga kita termasuk dalam golongan ini untuk Berjaya di dunia dan akhirat. Ia bukan hanya disebut tetapi mesti dihayati dalam kehidupan. Ia bukan datang dengan mudah tetapi menuntut kepada usaha yang bersungguh dan istiqamah.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Label:
Bulan dan Peristiwa,
khutbah terbaru
Rabu, 21 Jun 2017
خطبة عيدالفطري 1438 هـ
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
فرمان الله دالم اية 185 سورة البقرة :
....يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾
مقصودڽ : …… ﴿دڠن كتتڤن يڠ دمكين ايت﴾ الله مڠهندقكي كامو بروليه كموداهن، دان دي تيدق مڠهندقكي كامو منڠڬوڠ كسوكران. دان جوڬ سوڤاي كامو چوكوڤكن بيلاڠن ڤواس ﴿سبولن رمضان﴾، دان سوڤاي كامو ممبسركن الله كران منداڤت ڤتونجوقڽ، دان سوڤاي كامو برشكور
مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كيت بارو سهاج ملالوي تربية رمضان يڠ مروڤاكن سواتو ڤروسيس دالم ملاهيركن همبا الله يڠ برتقوى. كجايأنڽ ايت اكن سمڤورنا جك دهياسي دڠن برشكور كڤد الله يڠ ممبري نعمة اونتوق ملقساناكن عبادة سڤنجڠ رمضان. برشكور منوروت امام الغزالي اداله ممنفعتكن ڤوتينسي انوڬره الله بريكن اونتوق ملقساناكن عمل كبأيقكن دان منچڬه كموڠكرن. انتاراڽ [1] برشكور دڠن هاتي دان ڤراسان سڤرتي مڠهينداري ڤريلاكو بوروق يڠ دبنچي الله دان مأنسي ترماسوق كدكوت، سومبوڠ، تكبور، رياء دان سباڬايڽ; سلالو ايڠت كڤد الله دان جوڬ مڠيڠت ماتي دان مميليقكي ڤراسأن چينتا كڤد الله دان رسولڽ ملبيهي اڤ ڤون جوا. [2] برشكور دڠن مولوت دان اوچاڤن سڤرتي ممباچ القرءان; مڠاجركن علمو يڠ دميليقكي; تيدق كتيڠڬالن تكبير هاري راي، سلالو برذكير د مان ڤون دان بيلا-بيلا ماس. [3] برشكور دڠن عمل ڤربواتن سڤرتي ملاكوكن عبادة صلاة 5 وقتو; ڤواس واجب دان سنة; مڠهيدوڤكن هاري راي دڠن عبادة جـأوهي دده عورة، ڤرڬاولن بيبس، هيبورن ملمڤاو [4] برشكور دڠن هرتا بندا سڤرتي ممبنتو اورڠ يڠ ممرلوكن ڤرتولوڠن دڠن زكاة دان صدقة، ممبينا مسجد دسمڤيڠ منجأوهي ڤمبذيران دان ڤركارا حرام .
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم اية 6 سورة التحريم :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
مقصودڽ : واهاي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان! ڤليهاراله ديري كامو دان كلوارڬ كامو دري نراك يڠ باهن-باهن باكرنڽ: مأنسي دان باتو ﴿برهالا﴾; نراك ايت دجاڬ دان دكاول اوليه ملائكة-ملائكة يڠ كراس كاسر ﴿لايننڽ﴾; مريك تيدق مندرهكا كڤد الله دالم سڬالا يڠ دڤرينتهكنڽ كڤد مريك، دان مريك ڤولا تتڤ ملاكوكن سڬالا يڠ دڤرينتهكن
منوروت ابن عباس رضى الله عنه معنى “جاڬله ديريمو دان كلوارڬماو دري اڤي نراك“، اداله لاكوكنله كطاعتن كڤد الله دان تيڠڬلكن معصية سرتا سوروهله كلوارڬا مو اونتوق برذكير كڤد الله. مك دڠنڽ الله سلامتكن كالين دري اڤي نراك“.
سمنتارا سيدنا علي بن ابي طالب رضى الله عنه مڠاتكن: “ديديقله كلوارڬامو دان اجركن علمو كڤد مريك“. مانكالا مُقَاتِل دان الضَّحَاك بركات: “اڠكاو ممرينتهكن كلوارڬامو اونتوق منطاعةا الله دان منچڬه مريك دري برمعصية كڤد الله، هندقله اڠكاو منڬقكن ڤرينته الله ترهادڤ مريك، ممرينتهكن مريك دڠن ڤرينته الله دان ممبنتو مريك دالم اوروسن ترسبوت، دان جك اڠكاو مليهت كمعصيتن دري مريك مك هندقله اڠكاو منچڬه مريك“.
كيت ڤد هاري اين كباڽقكن داتڠ اونتوق صلاة هاري راي برسام كلوارڬ ترچينتا. أدا يڠ لام برڤيسه دان تيدق برجومڤا عقيبة سيبوق دڠن اوروسن كرجا ماسيڠ-ماسيه مك ڤد هاري لباران اين كيت دساتوكن سمولا اتس داسر كاسيه سايڠ برتراسكن ايمان. چوبا كيت بايڠكن سواتو هاري ننتي كيت ڤاستي برڤيسه بوكن كران ستاكت ماسيڠ-ماسيڠ كمبالي كتمڤت كرجا سمولا تتاڤي دڤيسهكن دڠن كماتين. ماسيڠ-ماسيڠ ممباوا ديري برسام بكلن عمالن سمادا بأيك اتاو بوروق اونتوق منمڤوه عالم قبور ستروسڽ عالم اخيرة. ماريله سام-سام كيت برمحاسبة مڠهيتوڠ ديري كيت دان اهلي كلوارڬ كيت سمادا ممڤو كمبالي برجومڤا د اخيرة سان اتاو ترڤيسه تروس عقيبة تيدق برسديا دڠن بكلن اخيرة عقيبة هاڽوت دڠن ڬودأن نفسو دان شيطان.
سبلوم ترلمبت ماريله كيت سام-سام مڠڬوناكن حاصيل تربية رمضان يڠ بارو لالو اونتوق موجودكن كلوارڬ يڠ مڠوتاماكن اخيرة ملالوي ببراڤ چارا انتاراڽ : [1] بكلكن كلوارڬ دڠن علمو [2] ديديق مريك منجادي ڤريبادي يڠ برادب كران مسئله درهاك ايبوباڤ دان كيس بولي يڠ بوكن سهاج منچدرا ماله ممبونوه سماكين ممبيمبڠكن. 13،359 كيس ديسيڤلين ڤلاجردجاتتكن دغن قدر ڤوراتا كيس بولي 250 كيس ستياڤ بولن [3] أجق كلوارڬ ملاكوكن كطاعتن [4] لارڠ كلوارڬ درڤد ملاكوكن معصية ترماسوق كموداهن تاليفون ڤينتر منددهكن انق-انق اونتوق منجوال مروة ديري [5] بيمبيڠ كلوارڬ اونتوق سلالو ايڠت كڤد الله دان برذكير كڤدڽ [6] باڽق بردعاء اڬر الله ممبري كبهاڬيأن دنيا دان اخيرة كڤد اهلي كلوارڬ كيت
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم اية 123 سورة طه :
قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ ﴿١٢٣﴾
مقصودڽ : الله برفرمان: "تورونله كامو بردوا دري شرڬ ايت، برسام-سام، دالم كادأن ستڠه كامو منجادي موسوه باڬي ستڠهڽ يڠ لاين; كمودين جك داتڠ كڤد كامو ڤتونجوق دريكو، مك سسياڤا يڠ مڠيكوت ڤتونجوقكو ايت نسچاي اي تيدق اكن سست دان اي ڤولا تيدق اكن مندريتا عذاب سڠسارا.
كهاڠتن مڽمبوت عيدالفطري تيدق ملالايكن كيت اونتوق سام-سام برمحاسبة تنتڠ حاصيل تربية رمضان يڠ بارو برلالو. انتاراڽ هوبوڠن كيت دڠن القرءان د مان جك ڤد بولن رمضان كيت ممڤو ختم القرءان مك ادكه ڤمباچان القرءان اين داڤت كيت تروسكن دلوار رمضان. كيت واجب يقين هاڽ دڠن مندكتي القرءان سهاج كيت اكن سلامت سباڬايمان ڤسانن ابن عباس رضى الله عنه بهاوا الله منجامين اورڠ يڠ ممباچ، ممهمي دان مڠعمالكن القرءان تيدق اكن سست د دنيا دان تيدق اكن سڠسارا د اخيرة. چونتوهيله جنراسي ڬيميلڠ سبلوم كيت دالم مڠحياتي القرءان دالم كهيدوڤن سباڬايمان يڠ دڬمبركن اوليه ابن مسعود رضى الله عنه : “دانتارا كامي اد يڠ ممڤلاجري 10 اية القرءان، دي تيدق مليواتي اية-اية ترسبوت هيڠڬ دي مڠتاهوي معناڽ دان مڠعمالكنڽ“. بڬيتو جوڬ امام حسن البصري رحمه الله مڠاتكن: “سسوڠڬوهڽ اورڠ-اورڠ سبلوم كالين ممندڠ القرءان سباڬاي سورت ڤنتيڠ دري توهن مريك، اوليه كران ايت مريك تَدَبُّرڽ ڤد مالم هاري دان مڠعمالكنڽ ڤد سياڠ هاري“.
تاڽله ڤد ديري كيت تنتڠ سجاوه مان كيت مندكتي القرءان. جاڠن ڤولا باڠون دري تيدور تروس باچ whatsap, sms, facebook تاڤي تيدق أدا ماس اونتوق ممباچ القرءان. باڬي يڠ بلوم ڤنداي اتاو لنچر ممباچ القرءان بروسهاله اونتوق مڠواسأيڽ سوڤاي القرءان دكت دهاتي كيت كران د اخيرة كيت بڬيتو ڤرلو كڤد شفاعة القرءان.
مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
ايڠتله سواتو ڤريڠاتن درڤد رسول الله صلى الله عليه وسلم
إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا, وَيَضَعُ بِهِ آخَرِين-أخرجه مسلم عن عمر بن الخطاب
مقصودڽ : سسوڠڬوهڽ الله ممولياكن دڠن كتاب اين ﴿القرءان﴾ سواتو قوم دان مڠهيناكن سواتو قوم يڠ لأين
جاتوه باڠون، ماجو موندور، مليا هينا، برجاي ڬاڬلڽ كيت اومة اسلام برڬنتوڠ كڤد سجأوه مانكه ايكاتن كيت دڠن القرءان دالم سلوروه اسڤيق كهيدوڤن ترماسوق عبادة خصوص، ايكونومي، ڤوليتيق، سوسيال دان سباڬايڽ. اوليه ايت كيت واجب برسوڠڬوه دالم ممڤرجواڠكن سيستيم اسلام ترماسوق ڤيندأن RUU355 دالم ممڤركاسكن محكمة شرعية. سجاره سوده ممبوقتيكن بهاوا سجق أكتا 355 اين دلولوسكن 52 تاهون يڠ لالو، بلوم ڤرنه اد سأورڠ بوكن اسلام يڠ ددعوا كسالهنڽ د باوه مان-مان محكمه شرعية نڬري-نڬري، اوندڠ-اوندڠ جناية شرعية نڬري-نڬري يڠ دوجودكن درڤد اكتا ايندوق اين. ڤد ماس سكارڠ، بيدڠ كواس جنايه محكمة شرعية ساڠت ترباتس. باتس حكومن ايت جوڬ أمت جأوه كتيڠڬالن بربنديڠ حكومن كسالهن دالم محكمه Sivil.سباڬاي چونتوه، باڬي سسواتو كسالهن د باوه أكتا هيدوڤن ليار، أوندڠ-أوندڠ Sivil بوليه ممڤرونتوقكن دندا سهيڠڬ RM50 ريبو ريڠڬيت كأتس سأورڠ يڠ دداڤتي برساله ممليهارا بوروڠ ترتنتو، سداڠكن كسالهن شرعية سڤرتي مڠاجر اجارن سست يڠ برجاي مڽلويڠكن عقيدة اتاو ممرتدكن سبڬيتو رامي ڤڠيكوتڽ يڠ براڬام اسلام د نڬارا اين، جك دسابيتكن كسالهنڽ، هاڽ بوليه ددندا تيدق لبيه درڤد RM5 ريبو ريڠڬيت، اڤاكه دمكين رندهڽ نيلاي هرڬ سبواه عقيدة مسلم؟ ترڬاماقكه كيت ممبياركن حكوم اسلام دلتقكن سدميكين رنده د نڬارا كيت يڠ ممڤرونتوقكن اسلام سلاكو اڬام نڬارا. د تاڠن كيت اداڽ 2 ڤيليهن سمأدا جولڠ اتاو بنمكن سيستيم اسلام، سوبور اتاو قبوركن سيستيم القرءان، توندوق اكور كڤد ڤرينته الله اتاو جاتوه ترسوڠكور د كاكي موسوه الله
دالم ماس يڠ سام كيت ليهت اورڠ بوكن اسلام لبيه برسوڠڬوه دان برساتو دالم مماستيكن اڤ يڠ دڤرجواڠكن اوليه سوروهنجاي انتارا اڬام ﴿IFC﴾ سبلوم اين انتاراڽ دالم مڠحلالكن مرتد اونتوق دلولوسكن. ماله ڬرقكن يڠ دڤلوڤوري ڤدري كريستيان بربڠسا ملايو سنديري يڠ اكتيف ممرتدكن اومة اسلام. مڠيكوت ريكود محكمه شرعية، سرامي 863 كيس تله دروجوع كڤداڽ انتارا تاهون 2000 هيڠڬ 2010 باڬي توجوان منوكر ستاتوس اڬام اسلام. اڤ يڠ لبيه مالڠ اومة اسلام يڠ دراسوق اجارن سست Liberal توروت برسكوڠكول دالم مڠحلالكن مرتد، كهوين برلأينن اڬام دان سوبورڽ بودايا سوڠسڠ LGBT سهيڠڬ كتيك اومة اسلام مڽمبوت رمضان بارو-بارو اين اداڽ اوسها سبواه يونيۏرسيتي سواستا اونتوق ممڤروموسي بودايا سوڠسڠ تتاڤي دبطلكن كران بنتاهن. كمودين ڬولوڠن اين مڠنجوركن مجليس بربوك ڤواسا كالڠن gay. مليهت كڤد اسقكن دالم مرانڤكن عقيدة دان مروسقكن اخلاق اومة اسلام يڠ سماكين مرونچيڠ مڽببكن اوسها دالم ممڤركاسكن محكمة شرعية بڬيتو دڤرلوكن. كيت بيمبڠ دڠن مسئلة جناية دان سوسيال د كالڠن اومة اسلام سنديري يڠ ماكين كتارا ترماسوق ريكود جابتن ڤندفترن نڬارا ﴿JPN﴾ منددهكن 159،725 كلاهيرن انق لوار نكاح اتاو تيدق صح طراف د كالاڠن وانيتا اسلام، ددفتركن د سلوروه نڬارا باڬي تيمڤوه 3 تاهون، برمولا 2013-2016. بڬيتو جوڬ لاڤورن ستاتيستيك ڤد تاهون 2015، 80% ايايت ﴿2752 اورڠ ڤڠيدڤ Hiv﴾ برڤونچا دري ڤلاكو هوبوڠن سيكس دڠن ﴿30%﴾ دكالڠن مريك ڤولا ڤلاكو سيكس سومبڠ homeseks. اداكه كيت مراس امان كتيك عقيدة دڬويڠ، اداكه كيت راس سلامت كتيك اخلاق سماكين تنت.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سوره الأحزاب ايات 72:
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ﴿٧٢﴾
مقصودڽ : سسوڠڬوهڽ كامي تله كموكاكن تڠڬوڠجواب أمانه ﴿كامي﴾ كڤد لاڠيت دان بومي سرتا ڬونوڠ-ڬانڠ ﴿اونتوق مميكولڽ﴾، مك مريك اڠڬن مميكولڽ دان بيمبڠ تيدق داڤت مڽمڤورناكنڽ ﴿كران تيدق اد ڤد مريك ڤرسديأن اونتوق مميكولڽ﴾; دان ﴿ڤد كتيك ايت﴾ مأنسي ﴿دڠن ڤرسديأن يڠ ادا ڤدڽ﴾ سڠڬوڤ مميكولڽ. ﴿ايڠتله﴾ سسوڠڬوهڽ طبيعة كبڽقكن مأنسي اداله سوك ملاكوكن كظاليمن دان سوك ڤولا ممبوات ڤركارا-ڤركارا يڠ تيدق ڤاتوت دكرجاكن
تربية رمضان توروت ممبياساكن كيت دڠن صلاة برجماعة. جاڠنله كيت هاڽ ممنوهي اوندڠن كندوري كهوين دان رومه تربوك د بولن شوال اين تنڤا أدا سماڠت اونتوق داتڠ ممنوهي سروان الهي د مسجد. جاڠن هاڽ سرونوق منجامو سليرا دڠن هيدڠن لذات د دنيا سداڠكن جنجي هيداڠن لبيه سداڤ دالم شرڬ كيت كسمڤيڠكن. جاڠن راس ڬمبيرا كتيك داڤت حاضر د باڽق رومه تربوك سداڠكن ڤينتو مسجد يڠ تربوك لواس تيدق دتموي. كتيك ممهمي انتارا حكمة صلاة جماعة أداله اونتوق منديديق كطاعتن كڤد ڤميمڤين سلاڬي مان تيدق برچڠڬه دڠن اسلام. كڤيمڤينن اين بوكن ستاكت دالم صلاة سهاج ماله دالم كلوارڬ، مشاركة ستروسڽ نڬارا.
ابن خلدون ممبهاڬيكن بنتوق ڤمرينتاهن كڤد 3 ايايت : [1] ڤمرينتاهن Nateral ﴿سياسة طبيعية﴾، ايايت ڤمرينتاهن يڠ ممباوا مشاركتڽ سسواي دڠن توجوان نفسو. ڤميمڤين دالم ممرينته كراجأن لبيه مڠيكوتي كهندق دان هوى نفسوڽ سنديري دان تيدق ممڤرهاتيكن كڤنتيڠن رعية سهيڠڬ رعية سوكر منطاعةا عقيبة تيمبولڽ ڤنينداسن دان ڤمرينتاهن تنڤا اورڬانيساسي كوكوه. ڤمرينتاهن اين اداله كوكو بسي. [2] ڤمرينتاهن برداسركن نالوري ﴿سياسه عقلية﴾، ايأيت ڤمرينتاهن يڠ ممباوا رعيتڽ سسواي دڠن rasional دالم منچاڤي كمصلحتن دنياوي دان منچڬه كمضارتن دڠن اوندڠ-اوندڠ يڠ دبوات اوليه ڤارا چرديق فنداي. ڤمرينتاهن جنيس اين داڤت موجودكن كعاديلن سمڤي باتس ترتنتو. [3] ڤمرينتاهن يڠ برلندسكن اڬام ﴿سياسة دينية﴾، ايأيت ڤمرينتاهن يڠ ممباوا سموا رعيتڽ سسواي دڠن تونتونن اڬام، بأيك يڠ برصفة دنياوي ماهوڤون اخروي. اي موديل ڤمرينتاهن يڠ تربأيك، كران برسومبر دري اجارن اڬام يڠ منجامين تيدق ساج كامانن دان كسجهترأن د دنيا تتاڤي جوڬ د اخيرة.
تاهڤ-تاهڤ دالم منجاڬ كأوتوهن سسبواه كراجأن ڤولا ابن خلدون ممبهاڬيكن كڤد 3 جنراسي، ايأيت: [1] جنراسي ڤمباڠون د مان دڠن سڬالا كسدرهانان دان كقواتن يڠ تولوس توندوق دباوه حد ككواسأن يڠ ددوقاوڠڽ. [2] جنراسي ڤڠچڤ نعمة، يعني مريك يڠ مڠچڤ كأونتوڠن ايكونومي دان ڤوليتيق دالم سيستيم ككواسأن، منجادي تيدق ڤيكا لاڬي ترهادڤ كڤنتيڠن بڠسا دان نڬارا. [3] جنراسي يڠ تيدق لاڬي ممڤوڽأي ڤراسأن برتڠڬوڠجواب ترهادڤ نڬارا. مريك ملاكوكن اڤ ساج يڠ مريك سوكاي تنڤا ممڤدوليكن نصيب نڬارا. جك سواتو بڠسا سوده سمڤي ڤد جنراسي كتيڬ اين، مك كرونتوهن نڬارا اكن برلاكو.
اوليه ايت دالم سرونوق برهاري راي جاڠن لوڤاكن كيت كڤد تڠڬوڠجواب دالم ممباڠون دان منجاڬ كأوتوهن نڬارا. كيت واجب برسوڠڬوه اڬر نڬارا دجاڬ ڤنوه أمانه بوكن تروس دچماري دڠن رشوة، ڤچه أمانة دان ڤمبذيرن كتيك بڬيتو رامي رعية سماكين هيدوڤ ترتيندس دان ترتكن. كلالاين كيت مڽببكن نڬارا دأمبڠ كهنچورن. ڤندوكنله نڬارا براساسكن اسلام اونتوق برجاي دان دبركتي
فرمان الله سبحانه وتعالى دالم سورةالأعراف ايات 96:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾
مقصودڽ : دان سكيراڽ ڤندودوق نڬري ايت، برايمان سرتا برتقوى، تنتوله كامي اكن ممبوك كڤد مريك ﴿ڤينتو ڤڠورنيأن﴾ يڠ مليمڤه-ليمڤه بركتڽ، دري لاڠيت دان بومي. تتاڤي مريك مندوستاكن ﴿رسول كامي﴾، لالو كامي تيمڤاكن مريك دڠن عذاب سيقسا دسببكن اڤ يڠ مريك تله اوسهاكن.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ...فرمان الله دالم اية ٢٢ سورة الأحزاب :
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا
مقصودڽ : دان ڤد ماس اورڠ٢ يڠ برايمان مليهت تنترا أحزاب, برکاتله مريك : "اينيله يڠ تله دجنجيکن الله دان رسولڽ کڤد کامي دان بنرله (اڤ يڠ تله دجنجيکن) الله دان رسولڽ ". دان (اڠکاتن تنترا موسوه يڠ مريك ليهت) ايت تيدق ممبري سبارڠ کسن کڤد مريك سلأين درڤد منمبهکن ايمان دان ڤڽراهن ديري مريك بولت٢ کڤد الله
مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله
لاوڠن كلمة ﴿ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ﴾ يڠ برمقصود : دان دياله ﴿الله﴾ يڠ تله ممنڠكن تنتراڽ سرتا مڠالهكن تنترا أحزاب د مان كلمة اين مڽمارقكن سماڠت جهاد دان كيقينن بهاوا اسلام ڤاستي منڠ والاو ڤون دسراڠ دان دموسوهي. القرءان تله ملاكركن ببراڤ ڤڤراڠن يڠ تله دسرتاي اوليه نبي محمد صلى الله عليه وسلم ترماسوق بدر الكبرى، أُحُد، أحزاب، حُنَين سباڬاي ڤندوان اومة كمودين دالم ممنوهي شرط كمناڠن دسمڤيڠ منجأوهي شرط ككالهن. كيت داڤت سقسيكن باڬايمانا جنراسي اسلام يڠ ڤرتام ترديري درڤد اينديۏيدو يڠ هاڽ برڬنتوڠ بولت كڤد الله. تيدق ممندڠ كتيمور دان تيدق ڤولا ممندڠ كبارت. اينديۏيدو يڠ هاڽ منريما ڤرينته أراهن، حكوم دان ڤرونداڠن درڤد الله، سكاليڬوس منولق دڠن تڬس ستياڤ عنصور-عنصور يڠ لأين دري اسلام. اينديۏيدو يڠ هاڽ مڠمبيل اجران، سيستيم دان نراچ ڤڠحياتن درڤد الله. مريك مڽلسيكن سلوروه ڤرمسئلهن يڠ تيمبول دڠن ترلبيه دهولو مروجوع كڤد كتتڤن حكوم الله، بوكن ملقساناكن سسواتو كمودين بارو دروجوع كڤد الله. اينله اينديۏيدو يڠ ڤرتام دبنتوق اوليه رسول الله صلى الله عليه وسلم، يڠ منجادي باتو-بات دالم مڠيكت ڤادو جماعة اسلام يڠ برڬرق ملندا سڬالا ليكو بردوري. كجايأن دان كڬميلڠن جنراسي اسلام بوكنله بيكينن مأنسي، تتاڤي اي اداله كورنيأن درڤد الله. ڤرتولوڠن دان كورنيأن درڤد الله ايت تيدق اكن داتڠ سچارا ڤرچوما، والاوڤون اسلام اين اداله اڬام يڠ دتورونكن اوليه الله. مريك تيدق سديكيت ڤون تريكت كڤد كهلوبأن دنيا، تتاڤي مريك برجاي ممرينته دنيا سلوروهڽ. والاوڤون مريك دبري كميواهن دان ككايأن، تتاڤي مريك ممرينته كميواهن دان ككايأن ايت، بوكنڽ ترڤدايا دڠن ڤوجوق رايو هوى نفسو لنتس منجادي همبا كڤد كميواهن. اين منونجوقكن كڤد كيت بهاوا رسالة يڠ دباوا اوليه رسول الله صلى الله عليه وسلم مروڤاكن رسالة يڠ ممبنتوق مأنسي برلندسكن كيقينن دان كإيمانن. رسالة يڠ تڬق برڤقسيكن تقوى دان ڤڠعَبْدِين كڤد الله. اينيله صفة كمناڠن يڠ مستي كيت ميليقكي
مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
فرمان الله دالم سوره محمد اية 7:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّـهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ﴿٧﴾
مقصودڽ : واهاي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان، كالاو كامو ممبلا ﴿اڬام﴾ الله نسچاي الله ممبلا كامو ﴿اونتوق منچاڤأي كمناڠن﴾ دان منڬوهكن تاڤق ڤنديرين كامو
إمام الغزالي برڤسن كڤد اومة بهاوا مسئلة اومة اسلام تيدق بڬيتو ساج بوليه دسلسيكن دري فكتور-فكتور لواران ساج سڤرتي مسئلة ڤوليتيق اتاو ايكونومي تتاڤي مسئلة اومة ڤرلو دسلسيكن دري مسئلهڽ يڠ ساڠت منداسر. تنتو تاهڤ كبڠكيتن دان ڤمبنيهن جيوا اين تيدق داڤت دلاكوكن تنڤا ملالوي ڤماهمن كعلموان يڠ بنر. علمو اداله اساس دري ڤماهمن دان كإيمانن. علمو يڠ بنر اكن منونتون كڤد كإيمانن يڠ بنر دان جوڬ عمل يڠ بنر. علمو يڠ ساله اكن منونتون ڤد ڤماهمن يڠ ساله دان عمل يڠ ساله ڤولا. بڠكيتڽ قوم مسلم دري ككالاهن دان ڤنجاجاهن ڤنجڠ دڠن لاهيرڽ سواتو جنراسي يڠ هيبت داري سڬي عقيدة، منچينتأي علمو، قوة عبادة دان زُهُد. جراسي اينيله يڠ ممڤو ممبوات سجاره بارو، مڠوبه كأدأن دان كدودوقكن دري جراسي يڠ لمه دان كاله منجادي جنراسي يڠ قوة دان دسڬاني، دري جنراسي يڠ دجاجه دان دهينا كڤد جنراسي ممرينته دان مليا.
انتارا ڤرمسئلهن اوتام اومة اسلام ڤد زمن اين اداله [1] سداڠ برادا دالم كادأن مابوق دان ترڤيسوڠ درڤد identiti مريك سنديري يڠ مان اي لوڤا تنتڠ حقيقة رسالة اسلام سهيڠڬ اي لوڤا سبب كوجودنڽ د دنيا دان تيدق لاڬي ممڤو اونتوق مڠنل سياڤ تمن دان سياڤ موسوه. [2] وجود جوڬ جورڠ ڤرسودارأن يڠ بڬيتو ليبر د كالڠن اومة اسلام برڤونچا درڤد صفة عصبية ڤرقومن، اقليم، بهاس، عناصير-عناصير لوار يڠ دايكوتي دڠن سيستيم-سيستيم يڠ بربيذا دان سيكڤ ڤنتيڠ ديري سنديري د كالاڠن ڤميمڤين يڠ لبيه مڠوتاماكن هوى نفسو درڤد كبنرن اخيرڽ ممباوا كڤد ڤرڤچاهن اومة اسلام درڤد جالن الله. اخيرڽ موسوه اسلام بوليه ممباهم توبوه سودارا سأڬام دان مرمڤس تانهاير مريك اتس ڤرڤچاهن كيت سباڬايمان د فلسطين، عراق، سريا، يمن، Myanmar. اڤ يڠ لبيه مالڠ سنجات اومة اسلام دهالا كڤد سودارا ساڬام. بڬيتو جوڬ اڤابيلا رمضان تاهون اين دچماري دڠن تيندقكن عرب سعودي برسام نڬارا عرب سكيتر برتيندق membokiot قطر اتس السن مليندوڠ ڤڠڬانس سلڤس منريما كونجوڠن ڤريسيدن أميريكا شريكة. سمڤي بيلاكه كيت تروس برڤراڠ سام سنديري اونتوق مليندوڠي كڤنتيڠن zionis يهودي. بيلاكه كيت ممڤو برساتو اتس داسر ايمان اونتوق مڠهنتيكن ككجامن دان كظاليمن zionis يهودي دان موسوه اسلام يڠ لأين. إسلامله نسچاي كيت سلامت دنيا اخيرة.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
سلام عيد الفطري دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات.باڽقکن برصدقه اݢر مريك يڠ ممرلوکن بنتوان توروت برݢمبيرا دان زياراهيله سانق ساودارا ڤد هاري يڠ موليا اين باݢي مراڤتکن لاݢي تالي ڤرساودارأن.ربوتله ڤلواڠ اونتوق منمبهکن ساهم اخيرة دڠن برڤواسا انم هاري دبولن شوال باݢي مڽاهوت سبدا نبي: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ(رواه مسلم)
مقصودڽ : سسياڤ يڠ تله برڤواسفرض رمضان کمودين دإيکوتي ڤولا دڠن برڤواس6 هاري د بولن شوال مك اداله ڤاهالاڽ سڤرتي دي برڤواس سڤنجڠ تاهون
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى مصر وَفِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وَفِى Myanmar وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ . اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Khutbah Aidilfitri 1438H
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 186 surah al-Baqarah :
....يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾
Maksudnya : …… (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Kejayaannya itu akan sempurna jika dihiasi dengan bersyukur kepada Allah yang memberi nikmat untuk melaksanakan ibadat sepanjang Ramadan. Bersyukur menurut Imam Ghazali adalah memanfaatkan potensi anugerah Allah berikan untuk melaksanakan amal kebaikan dan mencegah kemungkaran. Antaranya [1] bersyukur dengan hati dan perasaan seperti menghindari perilaku buruk yang dibenci Allah dan manusia termasuk kedekut, sombong, takabbur, riya’ dan sebagainya; selalu ingat kepada Allah dan juga mengingat mati dan memiliki perasaan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi apapun jua. [2] bersyukur dengan mulut dan ucapan seperti membaca al-Quran; mengajarkan ilmu yang dimiliki; tidak ketinggalan takbir hari raya, selalu berzikir di manapun dan bila-bila masa. [3] bersyukur dengan amal perbuatan seperti melakukan ibadat solat 5 waktu; puasa wajib dan sunat; menghidupkan hari raya dengan ibadat jauhi dedah aurat, pergaulan bebas, hiburan melampau [4] bersyukur dengan harta benda seperti membantu orang yang memerlukan pertolongan dengan zakat dan sedekah, membina masjid disamping menjauhi pembaziran dan perkara haram
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 6 surah at-Tahrim :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan
Menurut Ibnu Abbas RA, makna “jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”, adalah lakukanlah ketaatan kepada Allah dan tinggalkan maksiat serta suruhlah keluargamu untuk berzikir kepada Allah. Maka dengannya Allah selamatkan kalian dari api neraka”. Sementara Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA mengatakan: “didiklah keluargamu dan ajarkan ilmu kepada mereka”. Manakala Muqatil dan Ad Dhahak berkata: “Engkau memerintahkan keluargamu untuk mentaati Allah dan mencegah mereka dari bermaksiat kepada Allah, hendaklah engkau menegakkan perintah Allah terhadap mereka, memerintahkan mereka dengan perintah Allah dan membantu mereka dalam urusan tersebut, dan jika engkau melihat kemaksiatan dari mereka maka hendaklah engkau mencegah mereka”.
Kita pada hari ini kebanyakan datang untuk solat hari raya bersama keluarga tercinta. Ada yang lama berpisah dan tidak berjumpa akibat sibuk dengan urusan kerja masing-masih maka pada hari lebaran ini kita disatukan semula atas dasar kasih sayang berteraskan iman. Cuba kitab bayangkan suatu hari nanti kita pasti berpisah bukan kerana setakat masing-masing kembali ke tempat kerja semula tetapi dipisahkan dengan kematian. Masing-masing membawa diri bersama bekalan amalan samada baik atau buruk untuk menempuh alam kubur seterusnya alam akhirat. Marilah sama-sama kita bermuhasabah menghitung diri kita dan ahli keluarga kita samada mampu kembali berjumpa di akhirat sana atau terpisah terus akibat tidak bersedia dengan bekalan akhirat kerana hanyut dengan godaan nafsu dan syaitan.
Sebelum terlambat marilah kita sama-sama menggunakan hasil tarbiah Ramadhan yang baru lalu untuk mewujudkan keluarga yang mengutamakan akhirat melalui beberapa cara antaranya : [1] Bekalkan Keluarga dengan Ilmu [2] Didik Mereka Menjadi Peribadi Yang Beradab kerana masalah derhaka ibubapa dan kes buli yang bukan sahaja mencedera malah membunuh semakin membimbangkan. 13,359 kes disiplin pelajar dicatatkan dengan kadar purata kes buli 250 kes setiap bulan [3] Ajak Keluarga Melakukan Ketaatan [4] Larang Keluarga daripada Melakukan Maksiat termasuk kemudahan telefon pintar mendedahkan anak-anak untuk menjual maruah diri [5] Bimbing Keluarga Untuk Selalu Ingat Kepada Allah dan Berzikir Kepada-Nya [6] Banyak berdoa agar Allah memberi kebahagiaan dunia dan akhirat kepada ahli keluarga kita
Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 123 surah Toha :
قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ ﴿١٢٣﴾
Maksudnya : Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.
Kehangatan menyambut Aidilfitri tidak melalaikan kita untuk sama-sama bermusabah tentang hasil tarbiah Ramadhan yang baru berlalu. Antaranya hubungan kita dengan al-Quran di mana jika pada bulan Ramadhan kita mampu khatam al-Quran maka adakah pembacaan al-Quran ini dapat kita teruskan diluar Ramadhan. Kita wajib yakin hanya dengan mendekati al-Quran sahaja kita akan selamat sebagaimana pesanan Ibnu Abbas RA bahawa Allah menjamin orang yang membaca, memahami dan mengamalkan al-Qur’an tidak akan sesat di dunia dan tidak akan sengsara di akhirat.
Contohilah generasi gemilang sebelum kita dalam menghayati al-Quran dalam kehidupan sebagaimana yang digambarkan oleh Ibnu Mas’ud RA : “Diantara kami ada yang mempelajari 10 ayat al-Qur’an, dia tidak melewati ayat-ayat tersebut hingga dia mengetahui maknanya dan mengamalkannya”. Begitu juga Imam Hasan al-Basri RH mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian memandang al-Qur’an sebagai surat penting dari Tuhan mereka, oleh kerana itu mereka mentadabburinya pada malam hari dan mengamalkannya pada siang hari”.
Tanyalah pada diri kita tentang sejauh mana kita mendekati al-Quran. Jangan pula bangun dari tidur terus baca whatsap, sms, facebook tapi tak ada masa untuk membaca al-Quran. Bagi yang belum pandai atau lancar membaca al-Quran berusahalah untuk menguasainya supaya al-Quran dekat dihati kita kerana di akhirat kita begitu perlu kepada syafaat al-Quran.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Ingatlah suatu peringatan daripada Rasulullah s.a.w
إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا, وَيَضَعُ بِهِ آخَرِين-أخرجه مسلم عن عمر بن الخطاب
Maksudnya : Sesungguhnya Allah memuliakan dengan Kitab ini (al-Quran) suatu kaum dan menghinakan suatu kaum yang lain
Jatuh bangun, maju mundur, mulia hina, berjaya gagalnya kita umat Islam bergantung kepada sejauh manakah ikatan kita dengan al-Quran dalam seluruh aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Oleh itu kita wajib bersungguh dalam memperjuangkan system Islam termasuk pindaan RUU 355 dalam memperkasakan Mahkamah Syariah. Sejarah sudah membuktikan bahawa sejak Akta 355 ini diluluskan 52 tahun yang lalu, belum pernah ada seorang bukan Islam yang didakwa kesalahannya di bawah mana-mana Mahkamah Syariah Negeri-Negeri, Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri-Negeri yang diwujudkan daripada Akta induk ini. Pada masa sekarang, bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ialah sangat terbatas. Batas hukuman itu juga amat jauh ketinggalan berbanding hukuman kesalahan dalam Mahkamah Sivil.Sebagai contoh, bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta Hidupan Liar, Undang-Undang Sivil boleh memperuntukkan denda sehingga RM50 ribu ringgit ke atas seorang yang didapati bersalah memelihara burung tertentu, sedangkan kesalahan Syariah seperti mengajak ajaran sesat yang berjaya menyelewengkan akidah atau memurtadkan sebegitu ramai pengikutnya yang beragama Islam di negara ini, jika disabitkan kesalahannya, hanya boleh didenda tidak lebih daripada RM5 ribu ringgit, apakah demikian rendahnya nilai harga sebuah akidah Muslim? Tergamakkah kita membiarkan hukum Islam diletakkan sedemikian rendah di negara kita yang memperuntukkan Islam selaku agama Negara. Di tangan kita adanya 2 pilihan samada julang atau benamkan sistem Islam, Subur atau kuburkan sistem al-Quran, tunduk akur kepada perintah Allah atau jatuh tersungkur di kaki musuh
Dalam masa yang sama kita lihat orang bukan Islam lebih bersungguh dan bersatu dalam memastikan apa yang diperjuangkan oleh Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sebelum ini antaranya dalam menghalalkan murtad untuk diluluskan. Malah gerakan yang dipelopori paderi Kristian berbangsa Melayu sendiri yang aktif memurtadkan umat Islam. Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Apa yang lebih malang umat Islam yang dirasuk ajaran sesat Liberal turut bersekongkol dalam menghalalkan murtad, kahwin berlainan agama dan suburnya budaya songsang LGBT sehingga ketika umat Islam menyambut Ramadhan baru-baru ini adanya usaha sebuah Universiti swasta untuk mempromosi budaya songsang tetapi dibatalkan kerana bantahan. Kemudian golongan ini menganjurkan majlis berbuka puasa kalangan gay. Melihat kepada asakan dalam meranapkan aqidah dan merosakkan akhlak umat Islam yang semakin meruncing menyebabkan usaha dalam memperkasakan Mahkamah Syariah begitu diperlukan. Kita bimbang dengan masalah jenayah dan sosial di kalangan umat Islam sendiri yang makin ketara termasuk Rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan 159,725 kelahiran anak luar nikah atau tidak sah taraf di kalangan wanita Islam, didaftarkan di seluruh negara bagi tempoh 3 tahun, bermula 2013-2016. Begitu juga laporan statistik pada tahun 2015, 80% iaitu (2752 orang pengidap HIV) berpunca dari pelaku hubungan seks dengan (30%) dikalangan mereka pula pelaku seks sumbang homoseks. Adakah kita merasa aman ketika aqidah digoyang, adakah kita rasa selamat ketika akhlak semakin tenat.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 72 surah al-Ahzab :
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ﴿٧٢﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan
Tarbiah Ramadhan turut membiasakan kita dengan solat berjemaah. Janganlah kita hanya memenuhi undangan kenduri kahwin dan rumah terbuka di bulan Syawal ini tanpa ada semangat untuk datang memenuhi seruan Ilahi di masjid. Jangan hanya seronok menjamu selera dengan hidangan lazat di dunia sedangkan janji hidangan lebih sedap dalam Syurga kita kesampingkan. Jangan rasa gembira ketika dapat hadir di banyak rumah terbuka sedangkan pintu masjid yang terbuka luas tidak ditemui. Ketika memahami antara hikmat solat Jemaah adalah untuk mendidik ketaatan kepada pemimpin selagimana tidak bercanggah dengan Islam. Kepimpinan ini bukan setakat dalam solat sahaja malah dalam keluarga, masyarakat seterusnya Negara.
Ibn Khaldun membahagikan bentuk pemerintahan kepada 3 iaitu : [1] Pemerintahan natural (siyasah thabi’iyah), iaitu pemerintahan yang membawa masyarakatnya sesuai dengan tujuan nafsu. Pemimpin dalam memerintah kerajaan lebih mengikuti kehendak dan hawa nafsunya sendiri dan tidak memperhatikan kepentingan rakyat sehingga rakyat sukar mentaati akibat timbulnya penindasan dan pemerintahan tanpa organisasi kukuh. Pemerintahan ini adalah diktator atau kuku besi. [2] Pemerintahan berdasarkan naluri (siyasah ‘aqliyah), iaitu pemerintahan yang membawa rakyatnya sesuai dengan rasional dalam mencapai kemaslahatan duniawi dan mencegah kemudharatan dengan undang-undang yang dibuat oleh para cendekiawan. Pemerintahan jenis ini dapat mewujudkan keadilan sampai batas tertentu. [3] Pemerintahan yang berlandaskan Agama (siyasah Diniyyah), iaitu pemerintahan yang membawa semua rakyatnya sesuai dengan tuntunan agama, baik yang bersifat duniawi mahupun ukhrawi. Ia model pemerintahan yang terbaik, kerana bersumber dari ajaran Agama yang menjamin tidak saja keamanan dan kesejahteraan di dunia tetapi juga di akhirat.
Tahap-tahap dalam menjaga keutuhan sesebuah kerajaan pula Ibnu Khaldun membahagikan kepada 3 generasi, iaitu: [1] Generasi Pembangun di mana dengan segala kesederhanaan dan kekuatan yang tulus tunduk dibawah had kekuasaan yang didokongnya. [2] Generasi Penikmat, yakni mereka yang mengecap keuntungan ekonomi dan politik dalam sistem kekuasaan, menjadi tidak peka lagi terhadap kepentingan bangsa dan negara. [3] Generasi yang tidak lagi mempunyai perasaan bertanggungjawab terhadap negara. Mereka melakukan apa saja yang mereka sukai tanpa mempedulikan nasib negara. Jika suatu bangsa sudah sampai pada generasi ketiga ini, maka keruntuhan negara akan berlaku.
Oleh itu dalam seronok berhari raya jangan lupakan kita kepada tanggungjawab dalam membangun dan menjaga keutuhan Negara. Kita wajib bersungguh agar Negara dijaga penuh amanah bukan terus dicemari dengan rasuah, pecah amanah dan pembaziran ketika begitu ramai rakyat semakin hidup tertindas dan tertekan. Kelalaian kita menyebabkan Negara diambang kehancuran. Pandukanlah Negara berasaskan Islam untuk Berjaya dan diberkati
Firman Allah SWT dalam surah al-A’araf ayat 96:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾
Maksudnya : Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab :
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾
Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah
Laungan kalimah ( وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi. Al-Quran telah melakarkan beberapa peperangan yang telah disertai oleh nabi Muhammad s.a.w termasuk Badar Kubra, Uhud, Ahzab, Hunain sebagai panduan umat kemudian dalam memenuhi syarat kemenangan disamping menjauhi syarat kekalahan. Kita dapat saksikan bagaimana generasi Islam yang pertama terdiri daripada individu yang hanya bergantung bulat kepada Allah. Tidak memandang ke Timur dan tidak pula memandang ke Barat. Individu-individu yang hanya menerima perintah arahan, hukum dan perundangan daripada Allah, sekaligus menolak dengan tegas setiap unsur-unsur yang lain dari Islam. Individu yang hanya mengambil ajaran, sistem dan neraca penghayatan daripada Allah. Mereka menyelesaikan seluruh permasalahan yang timbul dengan terlebih dahulu merujuk kepada ketetapan hukum Allah, bukan melaksanakan sesuatu kemudianbaru dirujuk kepada Allah. Inilah individu yang pertama dibentuk oleh Rasulullah S.A.W, yang menjadi batu-bata dalam mengikat padu jamaah Islam yang bergerak melanda segala liku berduri. Kejayaan dan kegemilangan generasi Islam bukanlah bikinan manusia, tetapi ia adalah kurniaan daripada Allah. Pertolongan dan kurniaan daripada Allah itu tidak akan datang secara percuma, walaupun Islam ini adalah agama yang diturunkan oleh Allah. Mereka tidak sedikit pun terikat kepada kehalobaan dunia, tetapi mereka Berjaya memerintah dunia seluruhnya. Walaupun mereka diberi kemewahan dan kekayaan, tetapi mereka memerintah kemewahan dan kekayaan itu, bukannya terpedaya dengan pujukan rayu hawa nafsu lantas menjadi hamba kepada kemewahan. Ini menunjukkan kepada kita bahawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W merupakan risalah yang membentuk manusia berlandaskan keyakinan dan keimanan. Risalah yang tegak berpaksikan taqwa dan pengabdian kepada Allah. Inilah sifat kemenangan yang mesti kita miliki
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّـهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ﴿٧﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu
Imam Al-Ghazali berpesan kepada umat bahawa masalah umat Islam tidak begitu saja boleh diselesaikan dari faktor-faktor luaran saja seperti masalah politik atau ekonomi tetapi masalah umat perlu diselesaikan dari masalahnya yang sangat mendasar. Tentu tahap kebangkitan dan pembenihan jiwa ini tidak dapat dilakukan tanpa melalui pemahaman keilmuan yang benar. Ilmu adalah asas dari pemahaman dan keimanan. Ilmu yang benar akan menuntun kepada keimanan yang benar dan juga amal yang benar. Ilmu yang salah akan menuntun pada pemahaman yang salah dan amal yang salah pula. Bangkitnya kaum Muslim dari kekalahan dan penjajahan panjang dengan lahirnya suatu generasi yang hebat dai segi aqidah, mencintai ilmu, kuat ibadat dan zuhud. Generasi inilah yang mampu membuat sejarah baru, mengubah keadaan dan kedudukan dari generasi yang lemah dan kalah menjadi generasi yang kuat dan disegani, dari generasi yang dijajah dan dihina kepada generasi memerintah dan mulia.
Antara permasalahan utama umat Islam pada zaman ini adalah [1] sedang berada dalam keadaan mabuk dan terpesong daripada identiti mereka sendiri yang mana ia lupa tentang hakikat risalah Islam sehingga ia lupa sebab kewujudannya di dunia dan tidak lagi mampu untuk mengenal siapa teman dan siapa musuh. [2] Wujud juga jurang persaudaraan yang begitu lebar di kalangan umat Islam berpunca daripada sifat asobiah perkauman, iklim, bahasa, anasir-anasir luar yang diikuti dengan sistem-sistem yang berbeza dan sikap penting diri sendiri di kalangan pemimpin yang lebih mengutamakan hawa nafsu daripada kebenaran akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam daripada jalan Allah. Akhirnya musuh Islam boleh membaham tubuh saudara seagama dan merampas tanahair mereka atas perpecahan kita sebagaimana di Palestin, Iraq, Syria, Yaman, Myanmar. Apa yang lebih malang senjata umat Islam dihala kepada saudara seagama. Begitu juga apabila Ramadhan tahun ini dicemari dengan tindakan Arab Saudi bersama negara arab sekitar bertindak memboikot Qatar atas alasan melindung pengganas selepas menerima kunjungan Presiden AS. Sampai bilakah kita terus berperang sama sendiri untuk melindungi kepentingan zionis Yahudi. Bilakah kita mampu bersatu atas dasar iman untuk menghentikan kekejaman dan kezaliman zionis Yahudi dan musuh Islam yang lain. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)