أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Selasa, 24 November 2015

Islam Jamin Kesejahteraan Menentang Keganasan

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 54-56 surah al-Maidah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤﴾ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ ﴿٥٥﴾ وَمَن يَتَوَلَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّـهِ هُمُ الْغَالِبُونَ ﴿٥٦﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang. Kini kita berada di bulan Sofar yang turut mencatatkan beberapa peristiwa besar dalam catatan sejarah Islam antaranya pada bulan Sofar tahun 656 Hijrah, tentera Tartar Monggol yang berasal dari hujung negara China yang diketuai oleh Halagu telah datang menyerang Kota Baghdad dan menghancurkannya sehingga jatuhnya Kerajaan Abbasiyah setelah 5 kurun memerintah berpusat di Baghdad yang ketika itu diperintah oleh al-Musta’sim. Kejatuhan Baghdad di tangan Tartar telah menyaksikan jutaan rakyat terbunuh sehingga Baghdad menjadi kolam darah dan bau mayat hanya hilang selepas 4 tahun. Banyak kitab-kitab ulama’ Islam di buang sehingga air Sungai Furat dan Dajlah menjadi hitam dengan dakwat kitab. Namun kejatuhan Baghdad bukan penamat kepada perkembangan dan kebangkitan Islam kerana selepas itu Tartar dapat di tewaskan dalam peperangan ‘Ain Jalut malah ramai di kalangan pemimpin Tartar sendiri akhirnya memilih Islam sebagai cara hidup. Jarang berlaku dalam sejarah dunia penjajah memeluk agama rakyat yang dijajah kerana kebiasaannya penjajah akan mengubah cara berpakaian, cara hidup, cara berfikir hatta bahasa rakyat yang dijajah kepada memuja dan mendewakan penjajah. Tetapi dengan wujudnya umat Islam yang istiqamah berpegang teguh dengan ajaran Islam menyebabkan bukan sahaja Islam gagal dihancurkan di Baghdad malah kaum Tartar yang datang menjajah berjaya diIslamkan. Di antara ciri umat yang Istiqamah yang teguh dalam memperjuang dan mempertahankan Islam yang wajib dimiliki oleh umat kemenangan ialah [1] Mencintai Allah [2] Allah mencintai mereka [3] Lemah lembut kepada saudara seagama [4] Bertegas terhadap orang kafir [5] Bersungguh-sungguh berjuang pada jalan Allah [6] Tidak takut pada celaan manusia dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 174-175 surah an-Nisaa’ : يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا ﴿١٧٤﴾ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِّنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿١٧٥﴾ Maksudnya : Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya Islam merupakan agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam di mana kebanyakan ulama’ tafsir dalam menyatakan maksud rahmat Islam ialah untuk setiap manusia hatta orang kafir iaitu dengan dijauhkan daripada dihancurkan sebagaimana umat dahulu bila mereka tunduk kepada system Islam. Antara aspek-aspek kejayaan dan kecemerlangan yang dikehendaki oleh Islam ialah meliputi pelbagai bidang kehidupan antaranya : [1] Di bidang ekonomi, kejayaan dan kecemerlangan boleh dicapai melalui garis panduan yang ditentukan oleh syariat Islam iaitu Islam tidak melarang umatnya memiliki harta jika didapati daripada sumber yang halal dan menunaikan tanggungjawab yang diperintahkan oleh AllahIslam memelihara semua kepentingan dengan undang-undang dan peraturan yang diperlukan dalam berbagai perkara seperti jual beli, hutang-piutang, perdagangan dan perusahaan. Harta kekayaan adalah milik Allah di mana manusia harus memanfaatkan harta tersebut dengan sewajarnya. Untuk menjamin kekayaan diagihkan dengan adil, umat Islam diwajibkan supaya menjadi pengurus, pentadbir dan pemerintah yang bertanggungjawab. Ekonomi yang mantap dan terkawal dapat mengelakkan kemiskinan, dapat menyempurnakan kelima-lima rukun Islam, serta meraih banyak pahala daripada infak iaitu membelanjakan harta ke jalan Allah, sedekah dan wakaf dan menggunakan harta untuk perkara-perkara yang berfaedah. Suatu yang sedih bila pemotongan RM1.4 bilion peruntukan untuk pengajian tinggi dalam Belanjawan Negara 2016 sedangkan dalam masa yang sama menambah RM1 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri yang dibimbangi bukan sahaja mengurangkan jumlah kemasukan pelajar ke universiti awam malah banyak membantut proses dalam melahirkan generasi berilmu. Alangkah moleknya jika derma sebanyak RM2.6 bilion dapat menampung peruntukan untuk pendidikan. Betapa malangnya bila pemimpin hanya berbangga dengan kutipan cukai GST yang tinggi sedangkan pengaliran untuk bantuan rakyat semakin kurang. [2] Untuk mencapai kejayaan di bidang politik pula Islam menggariskan pula perkara-perkara yang berikut iaitu Umat Islam hendaklah memilih orang yang benar-benar berkelayakan untuk menjadi pemimpin, imam atau sebagainya mengikut dasar-dasar yang telah ditentukan oleh al Quran dan as-Sunnah. Pemimpin bertanggungjawab memastikan syariat Allah dijalankan dalam negara yang dipimpin serta syariat Islam terlaksana dengan sempurna. Pemimpin bertanggungjawab terhadap keamanan dan keselamatan negara untuk menjamin keadilan dan hak rakyat ditadbir dengan sebaik-baiknya. Adalah suatu yang malang bila perundangan Islam gagal dimartabatkan sehingga masalah jenayah semakin meningkat dan keselamatan semakin tergugat [3] Di bidang sosial pula, perhubungan hendaklah menurut peraturan pergaulan yang disyariatkan Allah s.w.t. iaitu Manusia dilarang bergaul menurut kehendak hawa nafsu kerana ini akan merosakkan kehidupan dan menjadikan hidup seperti haiwan. Islam menggalakkan semua orang hidup dengan bekerjasama dan tolong-menolong. Kebebasan beragama yang diberikan oleh Islam kepada seluruh manusia adalah bertujuan mencapai keharmonian dan ketenteraman dalam hidup. Islam menganjurkan persaudaraan bagi seluruh manusia tanpa mengira kedudukan, harta dan rupa. Pelaksanaan keadilan bagi semua manusia mestilah dilakukan bagi membina keamanan. Setiap orang bertanggungjawab menjaga keharmonian antara kaum dengan mengamalkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain. Amat malang bila api perkauman dinyalakan yang membawa kepada kerosakan dan perbalahan Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Kahfi : الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ‌ عِندَ رَ‌بِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ‌ أَمَلًا Maksudnya : Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni dalam kitab tafsirnya, Sofwah at-Tafasir mencatatkan ciri-ciri kebahagiaan di dunia dan akhirat seperti yang terkandung di dalam al-Quran adalah kebahagiaan yang meliputi : [1] Memperolehi kesihatan fizikal dan mental [2] Memiliki ilmu yang memberikan manfaat. [3] Melakukan perbuatan amal yang soleh. [4] Ikhlas dalam beramal ibadah. [5] Mendapat keredaan Allah [6] Disenangi oleh masyarakatnya. [7] Merasa puas dan cukup dengan harta yang ada. [8] Rumah tangga yang aman dan tenteram, mendapat isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh. [9] Mendapat keselamatan daripada siksaan di dalam kubur. [10] Menempuhi penghitungan amalan yang mudah di hari akhirat kelak. [11] Dipersilakan masuk ke syurga dengan penuh nikmat kesenangan dan mendapat kepuasan yang abadi. Semoga Allah menganugerahkan segala kebaikan tersebut dengan syarat kita bersungguh dalam melaksanakan kewajipan agama dan menjauhi segala larangan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 8 surah al-Mumtahinah : لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿٨﴾ Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Menjadi kewajipan kita bersama dalam menyerlahkan kehebatan dan keadilan Islam untuk mengamalkan segala ajaran Islam dalam kehidupan termasuk adab dan hak terhadap orang bukan Islam. Islam melarang segala bentuk keganasan yang jelas mencabuli prinsip kemanusiaan dan keamanan sejagat. Merujuk kepada peristiwa serangan di Paris yang menggemparkan dunia pada 13 November, sehingga meragut 129 nyawa dan mencederakan 352 orang yang lain. Cuma yang kita sedih bila Islam dikaitkan dengan kejadian tersebut ketika kita semua maklum pada Paris antara kotaraya yang mempunyai jumlah umat Islam yang paling tinggi di Eropah. Kita tidak mahu ia menjadi suatu lagi perancangan musuh dalam menakutkan rakyat Eropah berkenaan Islam. Dalam membicarakan tragedy Paris maka dunia sepatutnya tidak digelapkan daripada tragedi di Lubnan, sehari sebelum kejadian di Paris di mana kawasan awam di Selatan Beirut dibom dan mengorbankan 41 orang dan mencederakan 200 yang lain. Begitu juga kegasanan penjajah Israel terhadap rakyat Palestin di mana hampir 2 bulan kebangkitan baru rakyat Palestin menyaksikan 1,700 warga Paletin dipenjara dan 546 kanak-kanak turut menjadi mangsa tahanan dan ratusan yang gugur syahid. Malah zionis yahudi bertindak kejam menyerang hospital. Malang sekali, keganasan di Palestin ini direstui dan didanai Amerika Syarikat (AS). Keprihatinan kita juga dizahirkan terhadap pergolakan berdarah di Syria yang masih belum reda sampai masuk tahun ke-4 kini. Keadaan bertambah parah dengan campur tangan Russia dalam pergolakan ini. Selain itu, isu pelarian Rohingya juga menjadi kepedulian kita bersama. Yakinlah kita bila ikatan hati umat Islam dengan Allah kuat, ikatan persaudaraan atas dasar Islam bertambah erat maka janji kemenangan daripada Allah semakin dekat . Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 19 November 2015

Islam DiPerkasa Negara Sentosa Umat Sejahtera

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Mulk : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ Maksudnya : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Kita baru sebulan memasuki tahun baru 1437H di mana penggunaan taqwim hijrah yang begitu terbatas dalam kehidupan harian akibat penjajahan menyebabkan suasana penghayatan Taqwim Hijrah begitu kurang sehingga ada di kalangan umat Islam sendiri tidak sedar dengan kedatangan tahun baru hijrah berbanding kedatangan tahun Masihi. Akhirnya taqwim hijrah hanya diambil berat ketika menyambut Ramadhan, raya puasa dan raya haji sahaja. Kegagalan dalam mengembalikan fungsi dan peranan taqwim hijrah pada tempat yang sepatutnya telah memberi kesan dalam kehidupan umat Islam terutama dalam menghayati peristiwa-peristiwa penting dalam sirah nabawiyyah untuk dilaksanakan dalam agenda kehidupan Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 5 surah al-Qosas : وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ Maksudnya : Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya). Antara penghayatan terhadap Taqwim Hijrah ialah penghayatan terhadap sirah nabawiyyah itu sendiri terutama Hijraturrasul s.a.w yang banyak mengajar kita bagaimana Islam bukan hanya melibatkan ibadat khusus malah merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Berdirinya Daulah Islamiah yang hebat dan kuat di Madinah Munawwarah banyak mengajar kita tentang usaha dalam memastikan Islam sebagai kuasa yang memerintah bukan suatu yang mudah dan bukan juga bukan suatu yang mustahil untuk dicapai kerana ia merupakan suatu arahan dan janji oleh Allah. Pembinaan umat yang jatidiri dengan aqidah yang kukuh di Mekah ditambah dengan penyediaan umat yang bersiap sedia untuk bersama mendirikan daulah di Madinah dengan berlangsungnya Bai’ah Aqabah pertama dan kedua denagn penduduk Madinah sebelum hijrah menjadi pemangkin yang kukuh sehingga berdirinya Daulah yang dianggap ‘kerajaan nyamuk’ yang lemah pada awalnya tetapi akhirnya berjaya menawan Empayar Rom Kristian dan Empayar Parsi Majusi seterusnya bergerak maju ke sebelah sini dengan menawan Empayar Hindu India dan Empayar Budha China. Keyakinan yang tinggi dengan janji kemenangan daripada Allah disamping strategi yang kemas dengan organisasi yang teratur mampu mengembalikan semula kemenangan Islam bagi menyekat sebarang bentuk penjajahan baru, menghentikan penindasan dan kezaliman musuh yang tidak berperikemanusiaan. Kisah al-Quran yang menunjukkan bagaimana jatuhnya kerajaan Firaun sehingga nabi Musa a.s dan golongan bani Israel yang sebelum ini menjadi budak suruhan dan golongan tertindas akhirnya diberi kekuasaan dan Negara. Begitu juga keyakinan Suraqah bin Malik yang baru beriman setelah gagal membunuh nabi Muhammad s.a.w bahawa dia bakal dikalungkan dengan gelang kerajaan Parsi yang bakal tumbang suatu hari nanti sedangkan ketika janji nabi itu belum lagi berdirinya Daulah Islamiah. Tidak ketinggalan dengan keimanan dan kesungguhan Sayyidina Umar yang bukan sahaja berjaya menawan kerajaan Parsi malah berjaya membebaskan Masjid Aqsa dengan tumbangnya kerajaan Rom. Malah kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh dalam menawan Kota Istanbul bagi menyahut seruan nabi sewajarnya menjadi motivasi kepada kita semua bahawa kejayaan umat Islam hari ini bergantung kepada keimanan dan usaha dalam menggerakkan agenda al-Quran dan hadis nabi dalam kehidupan. Dekatnya kita dengan al-Quran maka dekatnya kita kepada janji kemenangan. Jauhnya kita daripada al-Quran maka jauhlah kita daripada rahmat Allah. Usah bercakap tentang kemenangan bila al-Quran disisihkan daripada kehidupan. Usah bercakap tentang kejayaan bila al-Quran dipinggirkan daripada memandu kehidupan Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah, Firman Allah dalam ayat 55 surah an-Nuur : وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿٥٥﴾‌ Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. Negara yang Berjaya ialah Negara yang mempunyai pemimpin dan rakyat yang beraqidah dan berakhlak. Bila merujuk kepada Model Daulah yang agung yang dibina oleh nabi Muhammad s.a.w berdiri atas 3 asas utama iaitu [1] pembinaan masjid bagi membina ikatan manusia dengan Allah yang menjadi kekuatan utama kepada kesejahteraan dan keberkatan Negara. Sesuai dengan maksud politik Islam iaitu tindakan yang menjadikan manusia lebih dekat dengan kebaikan dan lebih jauh daripada kerosakan. Membangunkan rakyat dalam sebuah negara tidaklah cukup hanya dengan memberi mereka teknologi, makanan, wang dan lain-lain. Tetapi pembangunan yang sebenar perlu melibatkan membangunkan jiwa-jiwa mereka, emosi mereka, akhlak serta kelakuan mereka agar terus berada pada tahap kemulian yang tertinggi. Tiada nilai sebuah negara yang mempunyai teknologi serta wang yang banyak namun tidak mempunyai akhlak yang mulia kerana kelak sifat buruk itu pasti menyumbang ke arah runtuhnya negara tersebut pada semua sudut. Inilah yang sedang kita saksikan di Amerika Syarikat dan banyak lagi negara Barat. Oleh itu kita berasa kecewa bila pemotongan RM1.4 bilion peruntukan untuk pengajian tinggi dalam Belanjawan Negara 2016 sedangkan dalam masa yang sama menambah RM1 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri yang dibimbangi bukan sahaja mengurangkan jumlah kemasukan pelajar ke universiti awam malah banyak membantut proses dalam melahirkan generasi berilmu. Alangkah moleknya jika derma sebanyak RM2.6 bilion dapat menampung peruntukan untuk pendidikan. Betapa malangnya bila pemimpin hanya berbangga dengan kutipan cukai GST yang tinggi sedangkan pengaliran untuk bantuan rakyat semakin kurang. Belanjawan Negara menjadi cacat bila yang penting disisihkan, pembaziran pada benda lain diteruskan, ketirisan dibiarkan tanpa tindakan Itu belum lagi dikira dengan usaha seolah menyokong usaha dalam mengembangkan tabiat menghisap Vape atau rokok elektronik sedangkan semua maklum ia merupakan budaya negatif yang merosakkan. Akhirnya saudara seagama di Negara peperangan mati bawah asap bom, kita di sini mati akibat asap rokok, Vape, dadah dan seumpamanya Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar Asas ke-[2] Nabi s.a.w membina ikatan persaudaraan yang kuat antara golongan Muhajirin yang berhijrah dengan golongan Ansar yang merupakan anak watan Madinah sehingga hubungan kemanusiaan atas dasar iman ini banyak membantu membina Negara yang kuat. Perpecahan di kalangan umat Islam telah menyebabkan penderitaan dan penindasan terus berlaku tanpa henti dann kasihan belas daripada musuh Islam. Kita sedih melihat peperangan saudara di Syria bila kuasa besar Amerika Syarikat dan sekutunya menjual senjata kepada suatu puak manakala Rusia kepada puak yang lain akhirnya yang mati umat Islam, yang kaya raya musuh Islam. Begitu juga peningkatan keganasan zionis Yahudi selepas Intifadah atau kebangkitan umat Islam Palestin di mana Jabatan Kesihatan Palestin mengumumkan, sejak awal perjuangan pada 1 Oktober lalu, hingga hari Khamis kelmarin, jumlah para syuhada mencapai sehingga 76 orang dan 17 orang di antaranya adalah anak kecil. Ramai bertanya bilakah Islam mahu menang sedangkan kita tidak mahu kembali untuk bersatu atas dasar Islam. Ramai bertanya bilakah pertolongan akan datang daripada Allah sedangkan arahan Allah dipandang ringan, larangan Allah dijadikan mainan. Sedangkan zionis Israel pernah berkata bahawa jatuh bangunnya Negara haram zinois yahudi bukan bergantung kepada bilakah umat Islam berjaya membina senjata yang lebih canggih dan hebat daripada mereka sebaliknya bilakah umat Islam berjaya datang solat Subuh berjemaah di masjid sebagaimana ramainya mereka datang untuk solat Jumaat. Bila ikatan hati umat Islam dengan Allah kuat, ikatan persaudaraan atas dasar Islam bertambah erat maka janji kemenangan daripada Allah semakin dekat Sidang Jumaat yang berkati Allah, Firman Allah dalam ayat 214 surah al-Baqarah: أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ﴿٢١٤﴾ Maksudnya : Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah) Manakala asas ke-[3] yang dibina selepas hijrah ialah membentuk Piagam Madinah yang merupakan asas pembinaan Negara yang pertama di dunia dalam memastikan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama dapat hidup aman di bawah satu system yang saksama. Ibnu Khaldun menegaskan bahawa manusia itu masyarakat Madani mengikut fitrahnya dengan syarat dibangunkan insannya, sifat dan ciri manusianya dengan betul. Aspek jasad, roh, akal individu masyarakat sehingga mampu membina negara dalam segala aspeknya. Bukan sahaja politik yang paling banyak dicaturkan sehingga mencelarukan bahkan termasuk juga ekonomi, keamanan dan keselamatan di semua peringkat. Merangkumi semua aspek kejadian manusia dan urusan kehidupannya daripada individu, keluarga, kelompok yang kecil sehinggalah sebuah negara masyarakat majmuk dan masyarakat antarabangsa. Islam begitu bencikan penjajahan yang menyebabkan penindasan samada melalui senjata zahir mahu pun perjanjian berat sebelah termasuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) yang bakal menyebabkan lebih banyak pengangguran, peniaga tempatan bakal gulung tikar malah hasil Negara akan disedut tanpa batasan kerana kapitalis lebih berkuasa daripada undang-undang Negara malah boleh menggugat isu akhlak dan agama. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 23 Oktober 2015

Qiamat DiIngati Islam DiHayati Jerebu Jahiliah diHindari

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 10-11 surah ad-Dukhan: فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ Maksudnya: Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabus atau asap yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih Kita sebagaimana hamba Allah yang beriman kepada Allah dan hari qiamat sentiasa diingatkan hawa kehidupan dunia ini hanya sementara di mana bumi yang kita pijak, langit yang kita junjung ini sendiri bakal dihancurkan apabila tibanya saat berlakunya Qiamat. Sekiranya makhluk Allah yang besar seumpama langit dan bumi ada tempoh yang tertentu untuk dihancurkan begitulah juga kita sebagai makhluk yang kerdil hanya menunggu masa untuk menunggu saat kematian kita. Kita bukan disuruh untuk menjadi penunggu setia kepada hari mati dan tarikh berlakunya Qiamat sebaliknya kita disuruh untuk sentiasa bersiap sedia dalam menambah bekalan akhirat dengan amalan soleh disamping perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa kesalahan yang kita lakukan. Bila berlakunya kejadian jerebu yang terus melanda negara maka marilah kita sama-sama merenung tentang suatu peringatan Allah melalui surah ad-Dukhan bagaimana akibat kedegilan kaum Quraisy yang tidak mahu menerima Islam, maka Rasulullah s.a.w mendoakan atas mereka: أَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَيْهِمْ بِسِنِيْنَ كَسِنِيْ يُوْسُفَ. Ya Allah tolonglah aku untuk mengalahkan mereka dengan kelaparan seperti yang terjadi pada zaman nabi Yusuf. (HR. Bukhari dan Muslim). Maka terjadilah kemarau panjang dan kelaparan, hingga sebahagian mereka binasa dan sebahagian lainnya memakan bangkai-bangkai dan tulang-tulang. Ketika itu setiap orang melihat seakan-akan di antara langit dan bumi ada asap. Ada yang berpendapat, bahwa dukhan tersebut adalah asap yang meliputi manusia ketika neraka mendekat kepada orang-orang yang berdosa pada hari Qiamat, dan bahawa Allah mengancam mereka dengan azab pada hari Qiamat serta menyuruh Nabi-Nya menunggu hari itu. Ia merupakan suatu ancaman kepada orang-orang kafir dan menakut-nakuti mereka dengan hari itu dan azabNya, dan dalam masa yang sama menghibur rasul dan kaum mukmin agar menunggu azab yang bakal menimpa orang yang mengganggu mereka pada hari Qiamat nanti Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam Surah ar-Ruum ayat 41: ظَهَرَ‌ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ‌ وَالْبَحْرِ‌ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْ‌جِعُونَ Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ketika berbicara tentang jerebu juga maka mimbar Jumaat pada hari ini menyeru agar semua pihak bermula daripada pemimpin hingga rakyat di bawah supaya bersungguh-sungguh menjauhi dosa maksiat agar diangkat musibah ini dengan segera oleh Allah. Begitu juga perlu diambil tindakan yang tegas dari Kerajaan Indonesia dan Negara kita sendiri memandangkan banyak syarikat besar daripada 2 negara ini dan beberapa Negara lain yang terlibat secara langsung dalam pembakaran hutan bagi tujuan perniagaan terutama penanaman sawit dan sebagainya. Jangan disebabkan untuk kepentingan perniagaan maka keselamatan kesihatan dan nyawa rakyat menjadi taruhan. Akibat beberapa kerat syarikat berkepentingan maka maslahat umum diketepikan sehingga banyak aktiviti terutama sekolah, sektor pelancongan dan sebagainya terjejas akibat kerakusan untuk mencari keuntungan. Adalah tidak berbaloi syarikat mengaut keuntungan ketika rakyat kehilangan nyawa, terjejas kesihatan malah Negara sendiri menanggung kos rawatan dan pemulihan yang jauh lebih tinggi daripada keuntungan yang diraih. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 48-49: وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٨﴾ مَا يَنظُرُ‌ونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ Maksudnya : Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”, Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). Sehari dua ini masyarakat dikejutkan dengan dakwaan kononnya dunia bakal bergelap selama 15 hari bermula 15-30 November nanti. Kekalutan yang timbul ini akhirnya dijawab oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dengan menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp. Dalam satu kenyataan, Angkasa berkata, perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang digembar-gemburkan akan berlaku dan tiada sebab untuk bumi bergelap pada ketika itu. Semakan daripada laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendapati peristiwa planet Musytari kelihatan berada terlalu hampir dengan planet Zuhrah di langit atau juga dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau ‘Conjunction’ adalah normal. Fenomena Ijtimak telah berlaku pada 30 Jun lepas dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Oktober ini. Kita tidak sepatutnya hanya perlu menunggu suatu yang pelik berlaku untuk berubah menjadi baik atau baru mahu insaf untuk bertaubat. Telah banyak perkara besar yang disebutkan oleh nabi s.a.w termasuk tentang alamat atau tanda Qiamat yang berlaku depan mata kita sendiri yang mengingatkan kita tentang betapa hampirnya dunia ini kepada saat kehancuran. Antaranya melalui suatu hadis عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ مَا تَذَاكَرُونَ قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ قَالَ إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ Maksudya: Rasulullah s.a.w menghampiri kami saat kami sedang membicarakan sesuatu, baginda s.a.w bertanya: “Apa yang kalian bicarakan?” Kami menjawab: Kami membicarakan berkenaan Qiamat. Baginda s.a.w bersabda: “Qiamat tidaklah terjadi hingga kalian melihat 10 tanda-tanda sebelumnya.” Baginda s.a.w menyebut iaitu [1] Asap, [2] Dajjal, [3] binatang yang akan bercakap kepada manusia, [4] terbitnya matahari dari barat, [5] turunnya nabi Isa bin Maryam a.s, [6] ya’juj dan ma’juj, [7] 3 gempa bumi; gempa bumi di timur, [8] gempa bumi di barat dan [9] gempa bumi di jazirah arab dan [10] yang terakhir adalah api muncul dari Yaman menghalau manusia menuju tempat perkumpulan mereka (HR imam Muslim) Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal : وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia Sempena berada dipenghujung tahun 1436H di mana beberapa hari lagi kita bakal menyambut tahun baru 1437H maka marilah kita sama-sama merenung mengenai nasib yang menimpa saudara seagama dalam perang saudara yang berlaku di Syria, Iraq, Libya, Yaman dan sebagainya yang kebanyakannya ada tangan jahat dari musuh Islam yang merancangnya telah menyebabkan banyak nyawa terkorban dan ramai menjadi pelarian. Malah pemilihan Eropah sebagai tempat mencari perlindungan sehingga ramai yang terkorban lemas di lautan seperti mengulangi semula sejarah silam bagaimana universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin menempatkan umat Islam di Eropah apabila mereka diusir semasa penjajahan Sepanyol pada abad ke-15. Penghijrahan ke Negara berlainan agama juga mengingatkan kita tentang Hijrah pertama ke Habsyah di bawah Raja an-Najjasyi beragama Nasrani pada zaman nabi s.a.w. Di sini perlu perhatian kita bersama terutama di kalangan pemimpin Negara uma Islam agar lebih banyak memberi perhatian kepada bantuan untuk saudara segama kerana penghijrahan ke Negara berlainan akan membawa kesan positif dan negatif. Sudut positifnya jika sebelum ini Islam berjaya semula menembusi Eropah apabila ramai di kalangan pemimpin dan ahli gerakan Islam yang dibuang Negara terutama dari Negara Arab berjaya mengembangkan Islam di sana. Oleh itu kita doakan semoga penghijrahan ke Eropah akan menyebar luaskan lagi dakwah Islam sebagai bayaran terhadap kekejaman musuh Islam itu sendiri dalam membunuh dan memporak perandakan Negara umat Islam atas alasan membasmi keganasan. Akhinya Negara musuh dibanjiri dengan rakyat yang musuh kacau Negara mereka Dari sudut negatif pula dibimbangi akan menjejaskan agama mereka kerana adanya laporan pelarian sangggup menukar agama demi mendapatkan suaka politik Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang mulia ini maka mimbar Jumaat menyeru buat sekian kalinya agar seluruh umat Islam yang bermaruah bangkit dengan pelbagai cara dalam memerdekakan kembali bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Kita sedia maklum di mana antara tindakan biadap zinois yang terbaru ialah menggempur masjid pada siang 13 September dengan memakai kasut dan menembak peluru api, bom bunyi dan gas pemedih mata ke arah para jemaah di dalam masjid Qibli di perkarangan Masjid al Aqsa. Pencerobohan ini adalah langkah pertama dari 2 langkah untuk melaksanakan satu ketetapan yang diputuskan oleh Parlimen Israel iaitu membahagikan Masjid al Aqsa kepada 2 dari sudut ruang dan masa. Langkah [1] ialah menetapkan waktu tertentu iaitu separuh untuk orang yahudi beribadat dalam masjid al Aqsa dan separuh lagi untuk umat Islam. Langkah ke[2] ialah membahagikan masjid al Aqsa kepada 2 bahagian secara fizikal dan kekal iaitu sebahagian masjid untuk orang Islam dan sebahagian lagi diserahkan kepada yahudi. Perbanyakkan doa kepada Allah dalam menghancurkan musuh Islam dan memberikan kemenangan yang besar kepada pejuang Islam disamping hulurkan bantuan berbentuk kewangan dan sebagainya. Kita juga mesti berusaha dalam memboikot syarikat yang jelas memberi sumbangan besar kepada zionis yahudi seperti Coca-cola, McDonald’s agar dapat memberi tekanan supaya mereka menghentikan bantuan kepada kezaliman yahudi Israel. Dunia telah menyaksikan bagaimana boikot telah menyebabkan banyak syarikat dan barangan telah menarik balik sokongan dan sumbangan kepada zionis yahudi. Amerika Syarikat sendiri terpaksa membuat undang-undang bagi mendenda syarikat yang memboikot Israel kerana bimbang sekutunya akan lenyap dari muka bumi ini. Bangkitlah wahai umat Islam. Jangan terus membiarkan saudara kita menangis hiba ketika kita bergelak ketawa, saudara kita memekik kesakitan ketika kita menjerit kegembiraan. Berambus berambus wahai Yahudi! Tentera nabi Muhammad akan kembali untuk memerdeka bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang tercinta Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّ‌ضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُ‌ونَ صَابِرُ‌ونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ Maksudnya: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 5 Oktober 2015

Sistem Islam DiJulang Kemerdekaan Masjid Aqsa DiPerjuang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 34 surah Luqman : إِنَّ اللَّـهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ Maksudnya : Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya Al-Quran menjelaskan kepada kita tentang 5 perkara rahsia yang hanya diketahui oleh Allah sahaja iaitu tarikh Qiamat, turunnya hujan, keadaan bayi dalam kandungan, apa yang bakal berlaku di bawah qadha’ dan Qadar Allah dan tarikh kematian kita. Bila kita meyakini perkara ini dengan tahap keimanan yang tinggi sepastinya kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa yang sentiasa beringat dan bersiap dengan kehidupan akhirat. Antara amalan terbaik sebelum tibanya saat kematian kita ialah : [1] Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar [2] Betulkan solat kita dengan rukun zahir dan batinnya dengan penuh khyusuk dan ikhlas. Begitu juga dengan amalan soleh yang lain terus tingkatkan kuantiti serta kualitinya dengan penuh istiqamah. [3] selesaikan semua hutang kita dan sebaiknya wasiatkan kepada waris secara bertulis agar hutang kita dapat dilunaskan dengan sebaik mungkin. [4] Perbanyakkan sedekah jariah. [5] Hidupkan budaya ilmu dalam kehidupan seharian dalam menimba seterusnya menyerbarkan Ilmu yang bermanfaat. [6] Pastikan pendidikan dan tarbiah yang terbaik dalam melahirkan anak soleh yang sentiasa mendo'akan kita. [7] Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 145 surah Ali ‘Imran : وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ كِتَابًا مُّؤَجَّلًا ۗ وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا ۚ وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٥﴾ Maksudnya : Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur Peringatan demi peringatan termasuk kematian yang berlaku disekeliling kita di mana kita sebagai calon kematian seterusnya hanya menunggu saat tibanya giliran malaikat Izrail menjalankan tugasnya untuk mencabut nyawa kita pula. Pada tahun ini dunia Islam dapat menyaksikan bagaimana 2 tragedi besar yang berlaku di bumi Mekah yang melibatkan 111 kematian Jemaah haji termasuk 7 dari Malaysia dalam kejadian runtuhan Kren di Masjidil Haram pada 11 September diikuti 769 jemaah haji termasuk seorang dari Malaysia mati dalam insiden rempuhan di Mina pada 24 September. Tragedi Mina ini merupakan kejadian kedua terburuk selepas insiden rempuhan sama di dalam terowong Muasseim di Mina pada 2 Julai 1990 yang meragut 1,426 nyawa. Kita ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan sama-sama kita doakan agar semua mangsa dianugerahkan ganjaran besar oleh Allah sesuai dengan kematian mereka pada hari dan tempat yang mulia serta ketika menunaikan ibadat haji. Tragedi ini juga memberi isyarat penting kepada semua pihak termasuk kerajaan Arab Saudi sendiri dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan dari pelbagai sudut termasuk dalam pengawalan tahap keselamatan tempat pembinaan serta kawalan pergerakan Jemaah haji supaya dapat mematuhi masa ketika melontar dapat dipatuhi. Peristiwa menyayat hati ini juga sepatutnya mengetuk hati pemimpin Arab Saudi dan sekutunya supaya meghentikan serangan kejam terhadap saudara seagama di Yaman. Serangan itu lebih menguntungkan musuh Islam berbanding menyelesaikan masalah yang ada Bila menyebut hal kematian juga maka kita begitu bimbang dengan laporan statistik Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia bagi tempoh 2008 hingga 2010 yang mencatatkan purata satu hingga dua kejadian bunuh diri dilaporkan berlaku di Malaysia setiap hari. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan berdasarkan statistik itu, sejumlah 1,100 kes bunuh diri dilaporkan dalam tempoh 3 tahun akibat pelbagai faktor kompleks yang saling berkait antaranya gangguan mental terutamanya kemurungan, penyalahgunaan dadah, tragedi kehidupan seperti masalah kewangan, hilang pekerjaan, konflik hubungan (perpisahan, perceraian), kemiskinan, penyakit fizikal serta mempunyai sejarah bunuh diri dalam keluarga. Oleh itu kita semua wajib mengamalkan kehidupan yang sihat berdasarkan agama dalam menjauhi dosa besar ini Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 28 surah al-Kahfi : وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨﴾ Maksudnya : Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. Apabila masyarakat jauh daripada ilmu dan penghayatan agama maka pelbagai penyakit sosial dan jenayah yang timbul. Kita begitu bimbang dengan angka statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyatakan jenayah berat yang turut dikaitkan dengan remaja bawah umur berusia antara 12 hingga 17 tahun meningkat kira-kira 47 peratus di seluruh negara dan ada daripada mereka terlibat dengan kes bunuh dan juga rogol. Begitu juga masalah zina di kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di negara ini sepanjang 2 dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada 1994 kepada 8.3 peratus pada 2012. Statistik ini diperoleh daripada kaji selidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum nikah bermula 1994 hingga 2012. Sementara itu, data direkod daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-4 daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun Malangnya bila usaha dalam memartabatkan semula undang-undang Islam terutama dalam memperkasakan fungsi dan kuasa Mahkamah Syariah disekat oleh orang Islam sendiri dengan penuh bangga termasuk menghalang melalui mahkamah daripada dibawa usul untuk memindanya ke parlimen. Setelah 58 tahun merdeka tetapi jerebu pemikiran penjajah masih tebal sehingga umat Islam sendiri menjadi dalang agar hukum Islam tidak dilaksanakan. Sepatutnya kitalah yang menjadi wira yang sentiasa mencari seribu macam cara supaya hukum Islam dilaksanakan dalam Negara. Inilah bahayanya jerebu jahiliah di mana jerebu udara pada hari ini hanya menyebabkan sekolah ditutup tetapi jerebu jahiliah menyebabkan hati manusia yang mengaku Islam tertutup daripada mengiktiraf Islam sebagai agama yang lengkap dan sempurna Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar) Perang saudara yang berlaku di kalangan umat Islam seperti di Syria, Iraq, Libya, Yaman dan sebagainya yang kebanyakannya ada tangan jahat dari musuh Islam yang merancangnya telah menyebabkan banyak nyawa terkorban dan ramai menjadi pelarian. Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kira-kira 150,000 pelarian Syria mencari perlindungan di Kesatuan Eropah sejak perang saudara meletus pada Mac 2011. Pemilihan Eropah sebagai tempat mencari perlindungan sehingga ramai yang terkorban lemas di lautan seperti mengulangi semula sejarah silam bagaimana universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin menempatkan umat Islam di Eropah apabila mereka diusir semasa penjajahan Sepanyol pada abad ke-15. Menurut suatu laporan antara 3 sebab utama Eropah menjadi pilihan pelarian Syria bukannya Negara umat Islam yang berjiran ialah : [1] Kebanyakan Negara jiran susah memberi Visa kepada pelarian kerana menjaga hubungan dengan pembunuh Basyar. [2] Hubungan yang baik antara pemimpin Negara jiran dengan pemimpin Syria yang menyebabkan susah untuk memberi laluan untuk melindungi pelarian. [3] Banyak Negara Jiran tidak mampu memberi layanan sepatutnya kepada pelarian akibat ekonomi dunia yang merosot ditambah lagi bantuan antarabangsa yang sering tersekat dan kurang. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita bersama bermula daripada pemimpin dalam mencari jalan terbaik dalam memastikan nasib saudara seagama kita terbela dan penderitaan mereka dapat dihentikan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang mulia ini maka mimbar Jumaat menyeru buat sekian kalinya agar seluruh umat Islam yang bermaruah bangkit dengan pelbagai cara dalam memerdekakan kembali bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Kita sedia maklum di mana antara tindakan biadap zinois yang terbaru ialah menggempur masjid pada siang 13 September dengan memakai kasut dan menembak peluru api, bom bunyi dan gas pemedih mata ke arah para jemaah di dalam masjid Qibli (Masjid Umar al Khattab) di perkarangan Masjid al Aqsa. Mereka merempuh masuk melalui pintu al Silsilah dan mengasari para jamaah, mencederakan mereka, mengusir dan memberkas para Jemaah dan mebakar sejadah. Peristiwa ini berlaku hanya beberapa jam sebelum masuknya tahun baru Yahudi Rosh Hasyanah pada sebelah petang. Pencerobohan ini dirancang di peringkat tertinggi kabinet Israel di mana ia adalah langkah pertama dari 2 langkah untuk melaksanakan satu ketetapan yang diputuskan oleh Parlimen Israel iaitu membahagikan Masjid al Aqsa kepada 2 dari sudut ruang dan masa. Langkah [1] ialah menetapkan waktu tertentu iaitu separuh untuk orang yahudi beribadat dalam masjid al Aqsa dan separuh lagi untuk umat Islam. Langkah ke[2] ialah membahagikan masjid al Aqsa kepada 2 bahagian secara fizikal dan kekal. Langkah biadap ini sudah pun mereka laksanakan ke atas Masjid Ibrahimi di Hebron yang menempatkan maqam Nabi Ibrahim a.s. Akhirnya Masjid Ibrahimi telah dirampas sebahagian masjid untuk dijadikan tempat ibadat orang yahudi. Kini yahudi bergerak untuk melakukannya dalam Masjid Aqsa pula. Oleh itu bangkitlah kita dalam menyekat perancangan jahat yahudi ini. Biar bermandi darah asalkan pencabulan yahudi terhadap Masjid Aqsa tetap kita cegah. Biar nyawa melayang dari badan asalkan kesucian masjid Aqsa tetap kita pertahankan بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 21 September 2015

خطبة عيد الأضحى 1436 هـ

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ....فرمان الله تعالى دالم أية 1-2 سورة الحج: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ ﴿٢﴾ مقصودڽ:واهاي اومة مأنسي , برتقواله کڤد توهن کامو ! سسوڠݢوهڽ ݢمڤا هاري قيامة ايت سواتو ڤرکارا يڠ امت بسر . ڤد هاري کامو مليهت ) ڤريستيوا - ڤريستيوا يڠ مڠريکن ( ايت , تياڤ - تياڤ ايبو ڤڽوسو اکن ملوڤاکن انق يڠ دسوسوكنڽ , دان تياڤ - تياڤ ڤرمڤوان يڠ مڠندو ڠ أكن كوكور أنق يڠ دكندوڠڽ دان اڠکاو اکن مليهت مأنسي مابوق ڤد حال مريک تيدق مابوق , تتاڤي عذاب الله إيت أمتله برات , مڠريکن سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكورن يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين . سمڤنا براد ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت کيت سام - سام مندعاءکن سموݢ ڤارا جماعه حاج دري سلوروه دنيا يڠ سدڠ مڠرجاکن عبادة حاج د کوتا مکة دبريکن کصيحتن دان کسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوݢرهکن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن کچوالي شرݢ. تيدق بݢيتو ليوات ڤد هاري اين اونتوق کيت سام - سام مڠوچڤکن تعزية کڤد سلوروه اهلي کلوارݢ لبيه 100 جماعة حاج يڠ منيڠݢل دنيا ترماسوق دري مليسيا دان لبيه 200 يڠ لأين چدرا عقيبة رونتوهن kren يڠ منيمڤا جماعة يڠ سدڠ برعبادة د مسجد الحرام ڤد ڤتڠ جمعة 11 سيڤتيمبر يڠ بارو لالو سجوروس ريبوت ڤاسير دان هوجن لبت . سموݢ الله مڠانوݢرهكن دڠن ڤهالا دان کدودوقكن يڠ بݢيتو ايستيميوا دسيسيڽ باݢي ݢولوڠن يڠ منيڠݢل دنيا ڤد هاري جمعةيڠ موليا , د تمڤت يڠ موليا يأيت مسجد الحرام , مکة کتيک منجالني عبادة کڤد الله . عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ – رواه الترمذي وأحمدوالبيهقي مقصودڽ:سأورڠ مسلم منيڠݢل دنيا ڤد هاري جمعة اتاو ڤد مالم جمعة ملأينکن الله اکن مليندوغيڽ دري فتنه ) ڤرتاڽأن ( قبور ماله نبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ممبريتاهو بهاوا اورڠ ماتي ترتيمڤا عقيبة رونتوهن سباݢاي ماتي شهيد الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ - رواه البخاري ومسلم مقصودڽ : شهداء ) اورڠ ماتي شهيد ( ايت اد 5 يأيت [1] اورڠ يڠ منيڠݢل كران ڤڽاکيت طاعون [2]اورڠ يڠ منيڠݢل کران ڤڽاکيت ڤروت [3] اورڠ يڠ ماتي تڠݢلم ) لمس( [4]اورڠ يڠ منيڠݢل کران ترتيمڤا رونتوهن , دان [5] اورڠ يڠ ݢوݢور د جالن الله مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى، فرمان الله دالم أية 30 سورة الشورى : وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ مقصودڽ: دان اڤ جوا يڠ منيمڤا کامو دري سسواتو کسوسهن ) اتاو بلأ بنچان ) مک اي اداله دسببکن اڤ يڠ کامو لاكوكن ) دري ڤربواتن - ڤربواتن يڠ ساله دان بردوسا دان ) دالم ڤد ايت ( الله ممعافکن سبهاݢين بسر دري دوسا - دوسا کامو . ڤريستيوا سديه يڠ برلاکو د مکة اين توروت مڠتوق هاتي کيت سوڤاي مرنوڠ باݢايمان کهيبتن الله يڠ برکواس اتس سݢالاڽ د مان ستياڤ برلاکو د باوه کواس دان كهندقڽ. اوليه ايت اڤابيلا برلاكوڽ ڤرکارا يڠ بسر ترماسوقTsunami , ݢمڤا بومي , بنجير بسر , تانه رونتوه , ريبوت طوفان , جربو دان ڤلباݢاي ڤڽاکيت سڤرتي دڠݢي , کنچيڠ تيکوس دان لأين - لأين مک كمباليله کڤد الله اونتوق کيت منجأوهي معصية , منمبه عمل عبادة سرتا سيکڤ جأوهي سوك مروسقکن عالم سکيتر . سباݢايمان عمور کيت بوکن سماکين مودا دان سماکين همڤير کڤد ساعة کماتين , بݢيتوله جوݢ دنيا اين سماکين توا دان منوڠݢو ساعة قيامة. کيت جوݢ دمينتا سوڤاي ممڤرباڽقکن بردعاء اݢر دهينداري درڤد بلأ الله سفرت دعاء اين : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ ، وَالتَّرَدِّي ، وَالْهَرَمِ ، وَالْغَمِّ وَالْغَرَقِ ، وَالْحَرْقِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ لَدِيغًا – رواه أحمد وأبو دأود مقصودڽ: يا الله , اکو برليندوڠ دري دتيمڤا رونتوهن , جاتوه دري تمڤت تيڠݢي , ڤڽاکيت ڽاڽوق , کسوسهن دوکاچيتا , تڠݢلم دان ترباکر . اکو برليندوڠ دري تيڤوان شيطان کتيک منيڠݢل دنيا , دان اکو برليندوڠ دري ملاريکن ديري داري ميدان جهاد . اکو برليندوڠ دري منيڠݢل دالم کأدأن دسڠت بيناتڠ بربيسا مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى، فرمان الله دالم أية 46 سورة الحج : أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿٤٦﴾ مقصودڽ: اوليه ايت , بوكنكه بأيكڽ مريك مڠمبارا د موک بومي سوڤاي (دڠن مليهت کسن - کسن يڠ ترسبوت )مريك منجادي اورڠ - اورڠ يڠ اد هاتي يڠ مريك داڤت ممهمي , اتاو اد تليڠا يڠ مريک داڤت مندڠر ( تتاڤي كالاوله مريك مڠمبارا ڤون تيدق جوݢ برݢونا) کران کأدأن يڠ سبنرڽ بوكنله مات کڤالا يڠ بوتا , تتاڤي يڠ بوتا ايت اياله مات هاتي يڠ اد د دالم دادا سباكايمان جماعة حاج يڠ داتڠ دري سلوروه دنيا داڤت مڽقسيکن ببراڤ تمڤت ڤنتيڠ دان برسجاره سڤنجڠ منونايکن عبادة حاج سڤرتي ڤادڠ عرفة , مزدلفة , منى , صفا دان مروة , كعبة , حجر الأسواد, مقام إبراهيم دان لأين - لأين سهيڠݢ لاهير راس کإنصافن دان سماڠت دڠن مڠمبيل ڤڠاجرن يڠ برݢونا درڤد ڤڠحياتن کڤد سجاره يڠ ڤرنه برلاکو . سسواي دڠن انجورن القرءان اݢر کيت داڤت مڠمبيل اعتبار درڤد تمڤت يڠ دلاوتي دالم ممڤرتيڠکتکن کإيمانن دان عملن صالح سرت منجأوهي ڤراڠاي بوروق قوم يڠ دهنچورکن اوليه الله . اعتبار اين تيدق ممڤو دحياتي ملأينکن باݢي اورڠ يڠ هيدوڤ اتاو صيحة . تندا هاتي صيحة سباݢايمان دسبوت اوليه علماء أنتاراڽ: [1]هاتي يڠ صيحة سلالو مڠوتاماکن حال يڠ برمنفعة دان منجأوهي ڤرکارا بهاي [2] مڠوتاماکن اخيرة درڤد دنيا [3] برتوبة کڤد الله دان مڠݢنتوڠكن هارف کڤد الله [4]سلالو ايڠت کڤد الله دان تيدق بوسن دالم برعبادة کڤدڽ [5] برسديه اڤابيلا ترلوڤوت ورد سهيڠݢ لبيه سديه درڤد کهيلڠن هرتا ماناکالا تندا هاتي ساکيت ڤولا أنتاراڽ: [1] تيدق مڠنل الله , تيدق منچينتأي الله , تيدق مريندوکن ڤرجومڤاءن دڠن الله, دان تيدق کمبالي کجالن الله, سرتا لبيه سوک مڠيکوتي هوى نفسو [2]تيدق مراساکن هاتي دڠن سبب لوک - لوک معصية . سڤرتي اوڠکڤن ڤڤاته لوک تيدق تراس ساکيت باݢي اورڠ ماتي [3] سلالو مڠيکوتي کبوروقكن دڠن کبوروقكن جوݢ . حسن البصري مڠاتاکن ايت اداله دوسا د أتس دوسا سهيڠݢ ممبوات هاتي منجادي بوتا , لالو ماتي سمنتارا هاتي يڠ صيحة سلالو مڠيکوتي کبوروقكن دڠن کبأيقكن دان مڠيکوتي دوسا دڠن توبة [4]تيدق مراس ترسيقسا دڠن كبودوهنڽ تنتڠ کبنران بربيذا دڠن هاتي يڠ صيحة يڠ اکن مراس ساکيت دڠن داتڠ شبهة اتاو فركارا تيدق جلس ڤدڽ . عبارة کات سأورڠ علماء تيدق اد دوسا يڠ لبيه بوروق سلأين کبودوهن [5]هاتي يڠ ساکيت منيڠݢلکن ماکنن يڠ برمنفعة دان مميليه راچون يڠ بربهاي سڤرتي اڠݢن مندڠار القرءان , لبيه سوک مندڠار ڽاڽين يڠ ملالايکن [6] ترلالو چينتا ڤد دنيا , سنڠ تيڠݢل د دنيا , دان تيدق مراس ريندو کڤد اخيرة . تيدق ڤرنه مڠهارڤکن اخيرة دان تيدق براوسها اونتوق مڽياڤکن بکلن اخيرة . دي سيبوق دڠن دنيا دان دهابيسکن اونتوق حال - حال يڠ تيدق برمنفعة بهکن اونتوق ڤرکارا حرام اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم أية 107 سورة الصافات : وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾ مقصودڽ: دان کامي تبوس أنقڽ ايت دڠن سإيکور بيناتڠ سمبليهن يڠ بسر سمبوتن عيدالأضحى تيدق لڠکڤ تنڤا مڽبوت تنتڠ ڤڠوربانن اݢوڠ نبي إبراهيم سکلوارݢ دالم منطاعتي ڤرينته الله . امام الغزالي منݢسکن بهاوا ڤڽمبليهن بيناتڠ قربان اداله سباݢاي simbol دري ڤڽمبليهن اتاو مڠهيلڠکن صفة - صفة کبيناتڠن يڠ اد ڤد مأنسي سڤرتي صفة طمع , کدکوت , سومبوڠ , دڠکي دان صفة مذمومة اتاو ترچلا يڠ لأين . دڠن برقربان دهارڤکن سموا مأنسي داڤت ممبواڠ صفة - صفة کبيناتڠن يڠ داڤت منداتڠکن مصيبة دان بنچان ايت . دالم دڠن کهيدوڤن کيت سکارڠ , عبادة قربان مستي دلاکوکن اوليه 7 ݢولوڠن اوتام دالم مشارکة يأيت : [1]قربان د کالڠن ڤميمڤين دڠن مڽمبليه صفة کبيناتڠن يڠ اد ڤد مريك سڤرتي طمع , ݢيلا کواس , ظاليم سهيڠݢ مريك اکن برمرتبة د هادڤن الله دان ترحرمت د مات مأنسي . کݢاݢلن ڤميمڤين دالم مڽمبليه صفة طمع سباكي چونتوه اکن ملاهيرکن ڤميمڤين يڠ سنتياس مميکيرکن چارا کماسوقكن نݢارا دان کباجيقكن کڤد رعية سهيڠݢ رعية دهيمڤيت دڠن ڤلباݢاي کنأيقكن کوس سارا هيدوڤ اونتوق ممنوهي ڤمبذيرن ڤميمڤين . skandal 1MDB دڠن هوتڠ منچچه 42 billion دان ايسو درما ميستري سباڽق 2.6 billion تروس ملتقکن نݢارا دالم بهاي . نݢارا منجادي " نݢارا ڤرنياݢأن " سباݢايمان يڠ دسبوت اوليه ابن خلدون د دالم المقدمة : إِنَّ التِّجَارَةَ مِنَ الْحُكُوْمَةِ مَفْسَدَةٌ مقصودڽ: سسوڠݢوهڽ , ڤرنياݢأن دري ڤيهق کراجاءن کڤد رعية مروڤاکن کموسنهن دان کهنچورن سسبواه نݢارا [2]قربان د کالڠن ڤڠوسها دان اهلي ڤرنياݢأن دڠن مڽمبليه صفة تيدق جوجور , منيڤو , , manopoli دان ممڤرداي ڤمبلي . اڤابيلا ککايأن نݢارا هاڽ برليݢر د کالاڠن کاي سهاج مک جارق ڤميسه يڠ جأوه انتارا کاي دان مسکين باکل مڠݢوݢت کأمانن دان کسلامتن نݢارا . ايت بلوم لاݢي دکيرا دڠن Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) يڠ باکل مڽببکن لبيه باڽق ڤڠڠݢورن , ڤنياݢ تمڤتن باکل ݢولوڠ تيکر ماله حاصيل نݢارا اکن دسدوت تنڤا باتسن کران کاڤيتاليس لبيه برکواس درڤد اوندڠ - اوندڠ نݢارا ماله بوليه مڠݢوݢت ايسو اخلاق دان اݢام . اين باکل منمبه لاݢي کڤريتن رعيت يڠ سدڠ مميکول کڤريتن هيدوڤ دڠن کنأيقكن کوس سارا هيدوڤ دتمبه لاݢي دڠن کجاتوهن نيلاي ريڠݢيت يڠ ڤاليڠ بوروق دالم سجاره نݢارا [3]قربان د کالڠن حاکم , ڤڠعمل اوندڠ - اوندڠ سرتا ڤلقسان ڤوليسي اݢر منجأوهي رشوة , ڤچه امانة دالم منجامين کلڠسوڠن کعاديلن . کيت بݢيتو بيمبڠ اڤابيلا تکنن کڤد سيستيم کحاکيمن , ڤاسوقكن کسلامتن سڤرتي PDRM SPRMتراوتام دالم مڽياست کيس Profil تيڠݢي اکن مڠݢوݢت کستابيلن نݢارا . اوليه ايت ڤمبونوهن ترهادڤ اورڠ ڤنتيڠ د جابتن ڤݢوام نݢارا ڤد بولن اين دڠن چارا مڽمبوڽيکن ميت دڠن مثومبتث دالم توڠ dram دان کمودين دسيمين يڠ مروڤاکن کيس ک - 10 سأومڤام اين سجق 1988 . کيت مندسق ڤمبونوهن کجم اين دسياسة دڠن ڤنوه ديديکاسي دان برسوڠݢوه [4]قربان د کالڠن ݢورور دان ڤارا ڤنديديق دالم منديديق انق بڠسا تراوتام کتيک چابرن عالم ڤنديديقكن يڠ سماکين منچابر د تڠه - تڠه ببانن توݢسن ݢورور يڠ سماکين باڽق . تنڤا ڤڠوربانن ورݢ ڤنديديق دڠن سوکوڠن درفد ڤميمڤين , إيبوباف دان مشارکة مك مسئلة جناية Juvana يڠ سماکين منيڠکت ݢاݢل دتاڠني . منوروت Statistik , ڤد تاهون 2013 ترداڤت 1632کيس يڠ ممبابيتکن ڤلاجر سکوله بربنديڠ دڠن 1042 کيس تاهون سبلومڽ دڠن ڤنيڠکتن لبيه 57 ڤراتوس . کيس جناية برات اتاو ݢانس د کالڠن ڤلاجر سکوله جوݢ منيڠکت دڠن ترداڤت مريك يڠ بارو براوسيا 12 تاهون يڠ تربابيت دالم کݢياتن جناية ترماسوق داده , جودي دان ڤلباݢاي ڤياکيت سوسيال . أوباتيله دان چݢه سݢرا سبلوم اي سماکين ممباره دان مريبق [5]قربان د کالڠن إيبوباف دان انق - انق دڠن منجاديکن نبي إبراهيم دان سيتي هجر سباݢاي سوري تولادن دالم ڤڠوربانن ترهادڤ اڤ يڠ ڤاليڠ دجينتأي کران کچينتأن دان كطاعتن کڤد الله مڠاتسي سݢالا ڽ. بريله كفد انق - انق ڤنديديقكن اݢام دان ڤرݢأولن يڠ تربأيك کڤد مريک سفاي مڠنل الله دان منچينتأي الله . ديديق انق - انق دڠن ڤرهاتين ڤنوه , جاڠن منديديق انق - انق هاڽ دري سيسا يڠ تيڠݢل درفدوقتو کيت [6] قربان د کالڠن انق - انق دڠن منجاديکن نبي إبراهيم سباݢاي تلادن دالم كطاعتن کڤد ڤرينته الله سرتا ڤڠحرماتن کڤد کدوا اورڠ توا . قربانكن وقتو برمأين دان برهيبور اونتوق تومڤو ڤد ڤڠاجين دان کرجاي يڠ حلال [7]قربان کيت سموا دڠن مڠلوارکن زکاة , صدقة دان منونايکن عبادة قربان باݢي يڠ ممڤو . جاديكن سموا يڠ کيت ميليكي سباݢاي الة مندکت کڤد الله فرمان الله دالم سورة لقمان اية 17 : يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٧﴾ مقصودڽ:واهاي انق كسايڠنكو , ديريكنله سمبهيڠ , دان سوروهله بربوات کبأيقكن , سرتا لارڠله درڤد ملاکوکن ڤربواتن يڠ موڠکر , دان برصبرله اتس سݢالا بلأ بنچان يڠ منيمفامو . سسوڠݢوهڽ يڠ دمکين ايت اداله دري ڤرکارا - ڤرکارا يڠ دکهندقكي دأمبيل برت بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 46 سورة الأنفال : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ مقصودڽ:دان طاعتله کامو کڤد الله دان رسولڽ , دان جاڠنله كامو بربنته-بنتاهن كالو تيدق نسچاي كامو منجادي لمه سماڠت دان هيلڠ كقواتن كامو, دان برصبرله ) مڠهادڤي سݢالا کسوکرن دڠن چکل هاتي ) سسوڠݢوهڽ الله برسرت اورڠ - اورڠ يڠ صبر مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله، کتيک مڠحياتي حکمة درڤد عبادة حاج دان عبادة قربان مک د سان کيت داڤتي اد تيتيق ڤرسامأن دري سودوت ممبينا کقواتن اومت يڠ برساتو اتس داسر إسلام دڠن برکاسيه سايڠ اتس داسر ايمان . ڤنجاجهن يڠ برجالن سکارڠ بوکن لاݢي اونتوق منجاجه تانه تتاڤي اجيندا اوتام موسوه اداله ممچهکن اومت إسلام يڠ دولوث برساتو د باوه خليفة اسلامية منجاديكنڽ سرڤيهن يڠ سماکين کچيل . موسوه ملڽڤکن اوندڠ - اوندڠ إسلام د نكارا کيت سنديري . ايکونومي دنيا دکواسأي بوکن إسلام سرتا تياد نݢارا إسلام ترسناراي سباݢاي نݢارا ماجو . والاوڤون کيت کاي , کيت منجادي نݢارا ڤڠݢونا , بوکن ڤڠلوار اڤاته لاݢي ڤنچيڤتا اونتوق کبأيقكن مأنسي سجاݢت . نݢارا کيت سنديري مڽقسيکن باݢايمان براس , باهن ماکنن دان کڤرلوان هارين بوکن اورڠ إسلام يڠ كلواركن . هرتا دالم بندار بسر تيدق سمڤاي 5 فراتوس ميليك اورڠ إسلام . اين سموا ساڠت جأوه دري اڤ يڠ کيت هارڤکن سباݢاي بڠسا يڠ ممڤو مندوكوڠ امانة ممرينته . اڤ يڠ ترچرنا دالم مشارکة کيني ڤرلو دڤروسيس سمولا دڠن ڤروسيس لام يأيت ڤنديديقكن . سايڠڽ يڠ چرديق ڤنداي د کالڠن کيت ڤانتس دهانتر کلوار نݢارا دان کمبالي سباݢاي cendekiawan دان teknokrat يڠ سوده دأچوانكن دڠن ايديولوجي ڤميکيرن الا بارت سرتا نيلاي يڠ جأوه درڤد تونتوتن شرع . مک تيدق حيرانله اومة إسلام هاري اين منجادي کوچر - کاچير دڠن کچلاروان ڤميکيرن دان برتيندق . اومة إسلام کيني سوده لوڤا ديري مريک , ترهاکيس نيلاي دان کإسلامن يڠ تولين درڤد کتورونن مريک . کقواتن عقل مريک دسيا-سياكن . موسوه مراس سنڠ اونتوق مڠݢاڽڠ إسلام کران اومة إسلام سوده تياد ڤرنچاڠن . مريک منجادي ساتو اومة يڠ سوده تيدق سوک ممباچ اڤاته لاݢي منچيڤتا . کقواتن عملن دسيا-سياكن دڠن فنفسيران سمڤيت , لبيه باڽق برچاکڤ دان بردبت تاڤي تيدق ملقساناکن . منجادي اومة يڠ berteori يڠ هاڽ دودوق د اتس کرتس سهاج سهيڠݢ منجادي اومة يڠ لسو دان سمڤيت سݢالا بواه فيکيرن . اوليه ايت إينيله ماسڽ کيت کنا قواتكن institusi ککلوارݢأن , ڤرلو fokus کڤد کلوارݢ سنديري اݢر منجادي اونيت يڠ جاتي بوکن د سودوت ايکونومي سمات - مات . ايبو باڤ کنا تاهو اڤ يڠ انق - انق لايري دان لڠݢاني . كمباليكن کلوارݢ کيت کڤد نراچ إسلام دالم بنتوق کلوارݢ دان جماعة.تݢقكن خلافة إسلاميه برمولا درڤد ديري سنديري , اهلي کلوارݢ , مشارکة ستمڤت سبلوم مماچو کڤد نݢري کمودين نݢارا سهيڠݢ عالم سجاݢت . ݢرقكن اتس داسر ايمان اين ڤاستي ممڤو مرونتوهکن جاهيليةستروسڽ مڠهالاو سبارڠ بنتوق ڤنجاجهن اوليه موسوه إسلام . ممڤو ممرديکاکن بومي فلسطين دان مسجد الأقصى درڤد کراکوسن zionis يهودي , مڠهنتيکن ڤراڠ سودارا د بومي عراق, سوريا, يمن , مڽکت ڤنيندسن اومة إسلام Ronghiya د Myanmar , تايلند دان سلوروه دنيا . قربانكن صفة ڤنتيڠ ديري اونتوق ميلامت دان ممبنتو سودارا سأݢام يڠ لأين . قربنكن سماڠت کبڠسأن سمڤيت اونتوق مماستيکن إسلام منجادي اݢام سجاݢت . إسلامله نسچاي کيت بهاݢيا دنيا اخيرة . الله أكبر ! ألله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد سلام عيدالأضحى داوچڤکن کڤد سلوروه مسلمين دان مسلمات. باكَي يڠ برکممڤوان دسارنکن اكَر مڠهيدوڤکن سمبوتن عيدالأضحى اين دڠن عبادة قربان برمولا هاري إين هيڠݢ براخيرڽ هاري تشريق 13 ذوالحجة ننتي سباكَايمان يڠ دانجورکن اوليه اسلام. قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽأي کممڤوان سداڠکن دي تيدق ملاکوکن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندکاتي تمڤت صلاة کامي اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Ahad, 20 September 2015

Khutbah Aidil Adha 1436H

Khutbah Pertama اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 1-2 سورة الحج : يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ ﴿٢﴾ Maksudnya : Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Tidak begitu lewat pada hari ini untuk kita sama-sama mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga lebih 100 Jemaah haji yang meninggal dunia termasuk dari Malaysia dan lebih 200 yang lain cedera akibat berlakunya runtuhan kren yang menimpa Jemaah yang sedang beribadat di Masjidil Haram pada petang Jumaat 11 September yang baru lalu sejurus berlakunya ribut pasir dan hujan lebat. Semoga Allah ganjarkan dengan pahala dan kedudukan yang begitu istimewa disisiNya bagi golongan yang meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia, di tempat yang mulia iaitu Masjidil Haram, Mekah ketika menjalani ibadat kepada Allah. عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ – رواه الترمذي وأحمدوالبيهقي Maksudnya : Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur Malah nabi s.aw memberitahu bahawa orang mati tertimpa akibat runtuhan dianugerah sebagai mati Syahid الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ - رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Syuhada (orang mati Syahid) itu ada 5 iaitu [1] orang yang meninggal karena penyakit Ta’un, [2] orang yang meninggal kerana penyakit perut, [3] orang yang mati tenggelam(lemas), [4] orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan [5] orang yang gugur di jalan Allah. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura : وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Peristiwa sedih yang berlaku di Mekah ini turut mengetuk hati kita supaya merenung bagaimana kehebatan Allah yang berkuasa atas segala-galanya di mana setiap berlaku di bawah kuasa dan kehendakNya. Oleh itu apabila berlakunya perkara yang besar termasuk Tsunami, gempa bumi, banjir besar, tanah runtuh, ribut taufan, jerebu dan pelbagai penyakit seperti Aids, denggi, kencing tikus dan lain-lain maka kembalilah kepada Allah untuk kita menjauhi maksiat, menambah amal ibadat serta jauhi sikap suka merosakkan alam sekitar. Sebagaimana umur kita bukan semakin muda dan semakin hampir kepada saat kematian, begitulah juga dunia ini semakin tua dan menunggu saat tibanya Qiamat. Kita juga diminta supaya memperbanyakkan berdoa agar dihindari daripada bala Allah antaranya doa ini: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ ، وَالتَّرَدِّي ، وَالْهَرَمِ ، وَالْغَمِّ وَالْغَرَقِ ، وَالْحَرْقِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ لَدِيغًا – رواه أحمد وأبو دأود Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa runtuhan, jatuh dari tempat tinggi, penyakit nyanyuk , kesusahan dukacita, tenggelam dan terbakar. Aku berlindung denganMu dari tipuan Syaitan ketika meninggal dunia, dan aku berlindung denganMu dari melarikan diri dari medan jihad. Aku berlindung denganMu dari meninggal dalam keadaan disengat binatang berbisa اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 46 : أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. Sebagaimana Jemaah haji yang datang dari seluruh dunia dapat menyaksikan beberapa tempat penting dan bersejarah sepanjang menunaikan ibadat haji seperti padang Arafah, Muzdalifah, Mina, Sofa dan Marwah, Ka’abah, Hajarul Aswad, Makam Ibrahim dan lain-lain sehingga lahir rasa keinsafan dan semangat dengan mengambil pengajaran yang berguna daripada penghayatan kepada sejarah yang pernah berlaku. Sesuai dengan anjuran al-Quran agar kita dapat mengambil iktibar daripada tempat yang dilawati dalam mempertingkatkan keimanan dan amalan soleh serta bersungguh menjauhi perangai buruk kaum yang dihancurkan oleh Allah. Iktibar ini tidak mampu dihayati melainkan bagi orang yang hatinya hidup atau sihat. Tanda hati sihat sebagaimana disebut oleh Ulama’ antaranya : [1] Hati yang sihat selalu mengutamakan hal yang bermanfaat dan menjauhi perkara bahaya. [2] Mengutamakan akhirat daripada dunia. [3] Bertaubat kepada Allah dan menggantungkan hidupnya kepada-Nya. [4] Selalu ingat kepada Allah dan tidak bosan dalam beribadah kepada-Nya. [5] Bersedih apabila terluput dari wirid sehingga lebih sedih daripada kehilangan harta Manakala tanda hati sakit pula antaranya : [1] Tidak mengenal Allah, tidak mencintai-Nya, tidak merindukan perjumpaan dengan-Nya, dan tidak mau kembali ke jalan-Nya, serta lebih suka mengikuti hawa nafsu. [2] Tidak merasakan sakitnya hati dengan sebab luka-luka maksiat. Seperti ungkapan pepatah, ”Luka tidak terasa sakit bagi orang mati.” [3] Selalu mengikuti keburukan dengan keburukan juga. Hasan Al-Basri mengatakan, ”Itu adalah dosa di atas dosa sehingga membuat hati menjadi buta, lalu mati.” Sementara hati yang sihat selalu mengikuti keburukan dengan kebaikan dan mengikuti dosa dengan taubat. [4] Tidak merasa tersiksa dengan kebodohannya tentang kebenaran. Berbeza dengan hati yang sihat, yang akan merasa sakit dengan datang syubhat atau ketidak-jelasan pada dirinya. Ibarat kata seorang ulama : “Tidak ada dosa yang lebih buruk selain kebodohan.” [5] Hati yang sakit meninggalkan makanan yang bermanfaat dan memilih racun yang berbahaya seperti enggan mendengar Al-Quran sebaliknya lebih suka mendengar nyanyian yang melalaikan. [6] Terlalu cinta pada dunia, senang tinggal di dunia, dan tidak merasa rindu kepada akhirat. Tidak pernah mengharapkan akhirat dan tidak berusaha untuk menyiapkan bekalan akhirat. Dia sibuk dengan dunia dan waktunya dihabiskan untuk hal-hal yang tidak bermanfaat bahkan untuk perkara haram Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam Surah as-Soffaat ayat 107 : وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾ Ertinya : Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Sambutan Aidil Adha tidak lengkap tanpa menyebut tentang pengorbanan agong nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam mentaati perintah Allah. Imam Ghazali menegaskan bahawa penyembelihan binatang korban adalah sebagai simbol dari penyembelihan atau menghilangkan sifat-sifat kebinatangan yang ada pada manusia seperti sifat tamak, kedekut, sombong, dengki dan sifat mazmumah atau tercela yang lain. Dengan berkorban diharapkan semua manusia dapat membuang sifat-sifat kebinatangan yang dapat mendatangkan musibah dan bencana itu. Dalam hubungannya dengan kehidupan kita sekarang, ibadah korban mesti dilakukan oleh 7 golongan utama dalam masyarakat iaitu : [1] Korban di kalangan Pemimpin dengan menyembelih sifat-sifat kebinatangan yang ada pada mereka seperti tamak, gila kuasa, zalim sehingga mereka akan bermartabat di hadapan Allah dan terhormat di mata manusia. Kegagalan pemimpin dalam menyembelih sifat tamak sebagi contoh akan melahirkan pemimpin yang sentiasa memikirkan cara memaksimakan kemasukan negara dan meminimakan kebajikan kepada rakyat sehingga rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup untuk memenuhi pembaziran pemimpin. Skandal 1MDB dengan hutang mencecah 42 billion dan isu derma misteri sebanyak 2.6 billion terus meletakkan Negara dalam bahaya. Akhirnya Negara menjadi "negara perniagaan" sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Khaldun di dalam Muqaddimahnya: إِنَّ التِّجَارَةَ مِنَ الْحُكُوْمَةِ مَفْسَدَةٌ Maksudnya : Sesungguhnya, perniagaan dari pihak kerajaan kepada rakyat merupakan kemusnahan dan kehancuran sesebuah negara. [2] Korban di kalangan Pengusaha dan ahli perniagaan dengan menyembelih sifat-sifat tidak jujur, menipu, manopoli dan memperdaya pembeli. Apabila kekayaan Negara hanya berlegar di kalangan kaya sahaja maka jarak pemisah yang jauh antara kaya dan miskin bakal menggugat keamanan dan keselamatan Negara. Itu belum lagi dikira dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) yang bakal menyebabkan lebih banyak pengangguran, peniaga tempatan bakal gulung tikar malah hasil Negara akan disedut tanpa batasan kerana kapitalis lebih berkuasa daripada undang-undang Negara malah boleh menggugat isu akhlak dan agama. Ini bakal menambah lagi keperitan rakyat yang sedang memikul keperitan hidup dengan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan kejatuhan nilai ringgit yang paling buruk dalam sejarah negara [3] Korban di kalangan Hakim, pengamal undang-undang serta pelaksana polisi agar menjauhi rasuah, pecah amanah dalam menjamin kelangsungan keadilan. Kita begitu bimbang apabila tekanan kepada system kehakiman, pasukan keselamatan seperti PDRM, SPRM terutama dalam menyiasat kes profil tinggi akan menggugat kestabilan Negara. Oleh itu pembunuhan terhadap orang penting di Jabatan Peguam Negara pada bulan ini dengan cara menyembunyikan mayat dengan menyumbatnya dalam tong dram dan kemudian disimen yang merupakan kes ke-10 seumpama ini sejak 1988. Kita mendesak pembunuhan kejam ini disiasat dengan penuh dedikasi dan bersungguh [4] Korban di kalangan Guru dan Para Pendidik dalam mendidik anak bangsa terutama ketika cabaran alam pendidikan yang semakin mencabar di tengah-tengah bebanan tugasan guru yang semakin banyak. Tanpa pengorbanan warga pendidik dengan sokongan pemimpin, ibubapa dan masyarakat maka masalah jenayah juvana yang semakin meningkat gagal ditangani. Menurut statistik, pada tahun 2013 terdapat 1,632 kes yang membabitkan pelajar sekolah berbanding dengan 1,042 kes tahun sebelumnya dengan peningkatan lebih 57 peratus. Kes jenayah berat atau ganas di kalangan pelajar sekolah juga meningkat dengan terdapat mereka yang baru berusia semuda 12 tahun yang terbabit dalam kegiatan jenayah termasuk dadah, judi dan pelbagai pesakit sosial. Ubati dan cegah segera sebelum ia semakin membarah [5] Korban di kalangan ibubapa dan Anak-anak dengan menjadikan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar sebagai suri tauladan dalam pengorbanan terhadap apa yang paling dicintainya kerana kecintaan dan keta’atan kepada Allah mengatasi segala-galanya. Berikanlah anak-anak pendidikan agama dan pergaulan yang terbaik, ajarkan kepada mereka mengenal Allah dan mencintai Allah. Didik anak-anak dengan perhatian penuh, jangan mendidik anak-anak dari sisa waktu kita. [6] Korban di kalangan Anak-anak dengan menjadikan Nabi Ismail AS sebagai teladan dalam keta’atan kepada perintah Allah serta penghormatan kepada kedua orang tua. Korbankan waktu berseronok untuk tumpu pada pengajian dan kerjaya yang halal [7] Korban kita semua dengan mengeluarkan zakat, sedekah dan menunaikan ibadat korban bagi yang mampu. Jadikan semua yang kita miliki sebagai alat mendekat kepada Allah SWT. Firman Allah dalam Surah Luqman ayat 17 : يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٧﴾ Maksudnya : "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 46 سورة الأنفال : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar) Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Ketika menghayati hikmat daripada ibadat haji dan ibadat korban maka di sana kita dapati ada titik persamaan dari sudut membina kekuatan umat yang bersatu atas dasar Islam dengan berkasih sayang atas dasar iman. Penjajahan yang berjalan sekarang bukan lagi untuk menjajah tanah tetapi agenda utama musuh adalah memecahkan umat Islam yang dulunya bersatu di bawah khalifah Islamiyah menjadikannya serpihan yang semakin kecil. Musuh melenyapkan undang-undang Islam di tanahair kita sendiri. Ekonomi dunia dikuasai bukan Islam serta tiada negara Islam tersenarai sebagai negara maju. Walaupun kita kaya, kita menjadi negara pengguna, bukan pengeluar apatah lagi pencipta untuk kebaikan manusia sejagat. Negara kita sendiri menyaksikan bagaimana beras, bahan makanan dan keperluan harian bukan orang Islam yang keluarkan. Harta dalam bandar besar tidak sampai 5% milik orang Islam. Ini semua sangat jauh dari apa yang kita harapkan sebagai bangsa yang mampu mendokong amanah memerintah. Apa yang tercerna dalam masyarakat kini perlu diproses semula dengan proses lama iaitu pendidikan. Sayangnya yang cerdik pandai di kalangan kita pantas dihantar ke luar negara dan kembali sebagai cendekiawan dan teknokrat yang sudah diacuankan dengan ideologi pemikiran ala barat serta nilai yang jauh daripada tuntutan syarak. Maka tidak hairanlah umat Islam hari ini menjadi kucar-kacir dengan kecelaruan pemikiran dan bertindak. Umat Islam kini sudah lupa diri mereka, terhakis nilai dan keIslaman yang tulen daripada keturunan mereka. Kekuatan akal mereka disia-siakan. Musuh merasa senang untuk mengganyang Islam kerana umat Islam sudah tiada perancangan. Mereka menjadi satu umat yang sudah tidak suka membaca apatah lagi mencipta. Kekuatan amalan disia-siakan dengan penafsiran sempit, lebih banyak bercakap dan berdebat tapi tidak melaksanakan. Menjadi umat yang berteori yang hanya duduk di atas kertas sahaja sehingga menjadi umat yang lesu dan sempit segala buah fikiran. Oleh itu inilah masanya kita kena kuatkan institusi kekeluargaan, perlu fokus kepada keluarga sendiri agar menjadi unit yang jati bukan di sudut ekonomi semata-mata. Ibu bapa kena tahu apa yang anak-anak layari dan langgani. Kembalikan keluarga kita kepada neraca Islam dalam bentuk keluarga dan jamaah. Tegakkan Khilafah Islamiah bermula daripada diri sendiri seterusnya ahli keluarga, masyarakat setempat sebelum memacu kepada negeri kemudian Negara sehingga alam sejagat. Gerakan atas dasar iman ini pasti mampu meruntuhkan jahiliyyah seterusnya menghalau sebarang bentuk penjajahan oleh musuh Islam. Mampu memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa daripada kerakusan zionis Yahudi, menghentikan perang saudara di bumi Iraq, Syria, Yaman, Libya, menyekat penindasan terrhadap umat Islam Rohingya di Myanmar, Thailand dan seluruh dunia. Korbankan sifat penting diri untuk menyelamat dan membantu saudara seagama yang lain. Korbankan semangat kebangsaan sempit untuk memastikan Islam menjadi agama sejagat. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia akhirat. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam bermula hari ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti. Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah : مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim ) اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Jumaat, 11 September 2015

Perjanjian Hudaibiyah DiKenang Dakwah Islam DiKembang

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr : وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Kini kita berada dipenghujung bulan Zulkaedah di mana beberapa hari lagi kita bakal menyambut kedatangan bulan Zulhijjah yang sarat dengan fadhilatnya. Telah ramai di kalangan umat Islam dari seluruh dunia termasuk ibubapa, adik-beradik, sanak saudara mahu pun sahabat handai kita telah dan akan bertolak menuju ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Fardhu haji. Kita doakan semoga para jemaah haji diberikan keselamatan, kesihatan, kemudahan sepanjang menunaikan ibadat di Mekah dan dianugerahkan dengan ganjaran haji mabrur yang diidamkan. Bertemunya kita dengan Zulhijjah buat sekian kalinya dalam kehidupan kita janganlah dilepaskan begitu sahaja fadhilatnya terutama 10 hari awal daripada bulah Zulhijjah di mana kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan soleh dalam menambah lagi bekalan akhirat. Al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah, ibadat korban dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat secara serentak pada bulan-bulan lain. Inilah antara tanda betapa kasih dan cintanya Allah kepada kita di mana Allah tahu setiap kita tidak mampu untuk melakukan ibadat khusus terutama amalan sunat sepanjang hari lalu dengan dianugerahkan hari-hari tertentu bagi digandakan pahala dan diampuni dosa agar umur kita yang pendek tidak menghalang daripada kita meraih pahala yang berlipat ganda dengan syarat menggunakan ruang waktu yang ada terutama dengan kedatangan hari-hari tertentu termasuk 10 hari yang awal daripada bulan Zulhijjah ini. Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري Maksudnya : Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fathu : لَّقَدْ صَدَقَ اللَّـهُ رَ‌سُولَهُ الرُّ‌ؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَ‌امَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُ‌ءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِ‌ينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِ‌يبًا Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang mukmin ketika mereka berbai’ah (janji setia) kepada engkau di bawah pohon. Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi ganjaran kepada mereka kemenangan yang dekat waktunya. Bulan Zulkaedah pernah mencatat beberapa peristiwa besar dan bersejarah antaranya telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisy sehingga berlakunya Perjanjian antara kedua pihak di mana ulama’ berkata : “Tidak pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah Islam kemenangan yang lebih besar dari kemenangan Perjanjian Hudaibiyah. Peperangan membuat manusia saling bertembung dan membunuh. Maka, ketika ketenangan itu tiba, peperangan itu tidak diperlukan lagi. Manusia merasa aman, sebahagian daripada mereka dapat berbicara dengan sebahagian yang lainnya. Mereka bertemu sambil berbincang, berbicara dan sanggah menyanggah. Tidak ada seorang pun yang berbicara tentang Islam dan memikirkan sesuatunya, kecuali dia akan masuk Islam. Orang yang masuk Islam selama 2 tahun itu sama ramainya dengan orang yang masuk Islam sebelum Perdamaian atau bahkan lebih.” Antara hikmat daripada Perjanjian Hudaibiyah ialah : [1] Pengakuan kaum Quraisy terhadap kedudukan kaum muslimin sehingga mereka bukan lagi dianggap penduduk Mekah yang terusir sebaliknya masyarakat yang berdaulat dan memiliki kedudukan yang diiktiraf keberadaannya. [2] Ketenangan dengan kaum muslimin berehat dari peperangan di mana Perjanjian Hudaibiyah memberi jaminan keamanan dan ketenangan bagi kaum muslimin mahupun kaum musyrik untuk tidak menyerang satu sama lain. Peluang ini digunakan untuk mengembangkan Islam ke luar semenanjung Tanah Arab terutama raja-raja dan qabilah sekitarnya sehingga dakwah Islam bergerak lancar tanpa gangguan [3] Perdamaian memungkinkan kaum muslimin dan kaum musyrikin bergaul dengan bebas. Perjanjian damai ini memungkinkan kaum muslimin dan kaum musyrik di Mekah mahupun Madinah bergaul dengan bebas sehingga kaum muslim bebas menonjolkan akhlak dan perilaku kehidupan mereka setelah beriman. Kaum musyrikin pun boleh menyaksikan keindahan akhlak kaum muslimin yang menjadi dakwah yang sangat efektif untuk menyentuh hati kaum musyrikin untuk mengenal seterusnya memeluk Islam. [4] Masa perdamaian yang lama telah memungkinkan hubungan yang harmonis antara kaum muslimin dan kaum musyrik ternyata telah banyak membuka pintu hidayah bagi kaum musyrikin untuk memeluk islam. [5] Orang-orang lemah yang telah beriman di Kota Mekah mulai berani menampakkan keIslamannya. [6] Perjanjian Hudaibiyah turut memberi ruang untuk melemahkan pengaruh Yahudi yang banyak melakukan kekacauan di Madinah sehingga golongan ini yang terus memerangi kerajaan Islam Madinah berjaya dihalau keluar tanpa mendapat sokongan daripada golongan lain kerana mematuhi perjanjian yang dibuat Sejarah mencatat bagaimana Perjanjian Hudaibiyah merupakan bentuk kemenangan terbesar bagi kaum muslimin tidak sebagaimana yang ditakutkan oleh para sahabat dan kaum muslimin ketika mula tertulis perjanjian tersebut. Sidang Jumaat yang dikasihi, Firman Allah dalam ayat 56-58 surah al- Anfal : الَّذِينَ عَاهَدتَّ مِنْهُمْ ثُمَّ يَنقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّ‌ةٍ وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ ﴿٥٦﴾ فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِي الْحَرْ‌بِ فَشَرِّ‌دْ بِهِم مَّنْ خَلْفَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُ‌ونَ ﴿٥٧﴾ وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِن قَوْمٍ خِيَانَةً فَانبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu). Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf). Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat. Pada hari ini kita dapat lihat dan rasa sendiri bagaimana banyak perjanjian dengan musuh Islam membawa kepada penerusan penjajahan baru bermula dengan tergadainya bumi Palestin kepada Israel selepas Peperangan Dunia Ke-2 dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki. Musuh Islam memasang jerat dengan penuh dendam kesumat terhadap umat Islam dengan perjanjian berat sebelah. Menyedari bahayanya penjajahan baru yang dulunya dinamakan globalisasi tetapi kini bergerak atas nama tertentu seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) di mana ramai menyatakan kebimbangan dengan penjajahan baru ini menyebabkan lebih banyak pengangguran, peniaga tempatan bakal gulung tikar malah hasil Negara akan disedut tanpa batasan kerana kapitalis lebih berkuasa daripada undang-undang Negara malah boleh menggugat isu akhlak dan agama. Ini bakal menambah lagi keperitan rakyat yang sedang memikul keperitan hidup dengan kenaikan kos sara hidup yang berganda ditambah lagi dengan kejatuhan nilai ringgit yang paling buruk dalam sejarah yang begitu memberi kesan termasuk Jemaah haji di Mekah apatah lagi anak-anak kita yang sedang belajar di luar Negara. Jika sebelum ini ramai pelajar kita di Negara Arab terpaksa pulang akibat peperangan maka dibimbangi yang belajar di Eropah dan lainnya terpaksa pulang akibat kejatuhan nilai ringgit yang begitu membimbangkan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soof : يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾ Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Sesuai dengan keberadaan kita pada 11 September pada hari ini maka kita sama-sama memperingati bagaimana liciknya musuh Islam terutama zionis Yahudi yang merancang serangan 11 September 2001 yang lalu dengan menjadi umat Islam sebagai kambing hitam untuk menutup kejahatan mereka. Serangan ini diakui oleh dunia sebagai salah satu cara dalam melancarkan Islamphobia supaya masyarakat membenci dan menjauhi Islam namun perancangan musuh Islam tidak mampu melawan perancangan Allah yang jauh lebih hebat di mana mengikut kajian rakyat Amerika Syarikat sendiri dan Eropah berganda-ganda lebih ramai memeluk Islam selepas sejarah hitam tersebut ketika umat Islam sendiri terpaksa membayar dengan penjajahan baru di Afghanistan, Iraq dan selainnya atas alasan membasmi keganasan dunia. Antara faktor yang membawa rakyat AS dan Eropah untuk memeluk Islam ialah: [1] Kehidupan mereka yang sebelumnya sekuler, tidak terarah, tidak punya tujuan, hidup hanya untuk wang, hiburan dan keseronokan. Pola hidup itu menciptakan kegersangan dan kegelisahan jiwa. Mereka merasakan kekacauan hidup, tidak seperti pada orang-orang Muslim yang mereka kenal. Dalam hingar bingar dunia moden dan kemewahan yang melimpah banyak dari mereka yang merasakan kehampaan dan ketidakbahagiaan. Ketika menemukan Islam dari pembacaan Al-Qur’an, buku atau kehidupan teman Muslimnya yang sehari-harinya taat beragama, dengan mudah saja mereka masuk Islam. [2] Merasakan ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan yang tidak pernah dirasakannya dalam agama sebelumnya seperti Kriastian. Dalam Islam mereka merasakan hubungan dengan Tuhan itu langsung dan dekat. [3] Menemukan kebenaran yang dicari-cari selama ini apabila ajaran Islam lebih rasional atau lebih masuk akal seperti tentang keEsaan Tuhan, kemurnian kitab suci, kebangkitandan penghapusan dosa berbanding Kristian yang banyak keraguan [4] Kaum perempuan Amerika begitu yakin Islam sangat melindungi dan menghargai perempuan di mana kedudukan perempuan dalam Islam dimuliakan dan posisinya sangat dihormati. Perkembangan Islam di dunia Barat sesungguhnya lebih mudah karena mereka berfikiran terbuka dan umat celik huruf yang sentiasa mengkaji termasuk berkaitan Islam. Oleh itu berusahalah kita bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu agama bukan sahaja untuk amalan seharian kita malah untuk mengembang luas kepada orang bukan Islam agar mereka sekali pun tidak memeluk Islam namun sekurang-kurang tidak membenci Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ