أهلا وسهلا ومرحبا بكم
Kandungan Blog
Isnin, 5 Oktober 2015
Sistem Islam DiJulang Kemerdekaan Masjid Aqsa DiPerjuang
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 34 surah Luqman :
إِنَّ اللَّـهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya : Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya
Al-Quran menjelaskan kepada kita tentang 5 perkara rahsia yang hanya diketahui oleh Allah sahaja iaitu tarikh Qiamat, turunnya hujan, keadaan bayi dalam kandungan, apa yang bakal berlaku di bawah qadha’ dan Qadar Allah dan tarikh kematian kita. Bila kita meyakini perkara ini dengan tahap keimanan yang tinggi sepastinya kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa yang sentiasa beringat dan bersiap dengan kehidupan akhirat. Antara amalan terbaik sebelum tibanya saat kematian kita ialah : [1] Setiap hari hendaklah bertaubat dan beristighfar [2] Betulkan solat kita dengan rukun zahir dan batinnya dengan penuh khyusuk dan ikhlas. Begitu juga dengan amalan soleh yang lain terus tingkatkan kuantiti serta kualitinya dengan penuh istiqamah. [3] selesaikan semua hutang kita dan sebaiknya wasiatkan kepada waris secara bertulis agar hutang kita dapat dilunaskan dengan sebaik mungkin. [4] Perbanyakkan sedekah jariah. [5] Hidupkan budaya ilmu dalam kehidupan seharian dalam menimba seterusnya menyerbarkan Ilmu yang bermanfaat. [6] Pastikan pendidikan dan tarbiah yang terbaik dalam melahirkan anak soleh yang sentiasa mendo'akan kita. [7] Meminta maaf kepada semua orang yang kita melakukan dosa kepada mereka.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 145 surah Ali ‘Imran :
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَن تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ كِتَابًا مُّؤَجَّلًا ۗ وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَن يُرِدْ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا ۚ وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٥﴾
Maksudnya : Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur
Peringatan demi peringatan termasuk kematian yang berlaku disekeliling kita di mana kita sebagai calon kematian seterusnya hanya menunggu saat tibanya giliran malaikat Izrail menjalankan tugasnya untuk mencabut nyawa kita pula. Pada tahun ini dunia Islam dapat menyaksikan bagaimana 2 tragedi besar yang berlaku di bumi Mekah yang melibatkan 111 kematian Jemaah haji termasuk 7 dari Malaysia dalam kejadian runtuhan Kren di Masjidil Haram pada 11 September diikuti 769 jemaah haji termasuk seorang dari Malaysia mati dalam insiden rempuhan di Mina pada 24 September. Tragedi Mina ini merupakan kejadian kedua terburuk selepas insiden rempuhan sama di dalam terowong Muasseim di Mina pada 2 Julai 1990 yang meragut 1,426 nyawa. Kita ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan sama-sama kita doakan agar semua mangsa dianugerahkan ganjaran besar oleh Allah sesuai dengan kematian mereka pada hari dan tempat yang mulia serta ketika menunaikan ibadat haji. Tragedi ini juga memberi isyarat penting kepada semua pihak termasuk kerajaan Arab Saudi sendiri dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan dari pelbagai sudut termasuk dalam pengawalan tahap keselamatan tempat pembinaan serta kawalan pergerakan Jemaah haji supaya dapat mematuhi masa ketika melontar dapat dipatuhi. Peristiwa menyayat hati ini juga sepatutnya mengetuk hati pemimpin Arab Saudi dan sekutunya supaya meghentikan serangan kejam terhadap saudara seagama di Yaman. Serangan itu lebih menguntungkan musuh Islam berbanding menyelesaikan masalah yang ada
Bila menyebut hal kematian juga maka kita begitu bimbang dengan laporan statistik Pendaftaran Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia bagi tempoh 2008 hingga 2010 yang mencatatkan purata satu hingga dua kejadian bunuh diri dilaporkan berlaku di Malaysia setiap hari. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan berdasarkan statistik itu, sejumlah 1,100 kes bunuh diri dilaporkan dalam tempoh 3 tahun akibat pelbagai faktor kompleks yang saling berkait antaranya gangguan mental terutamanya kemurungan, penyalahgunaan dadah, tragedi kehidupan seperti masalah kewangan, hilang pekerjaan, konflik hubungan (perpisahan, perceraian), kemiskinan, penyakit fizikal serta mempunyai sejarah bunuh diri dalam keluarga. Oleh itu kita semua wajib mengamalkan kehidupan yang sihat berdasarkan agama dalam menjauhi dosa besar ini
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 28 surah al-Kahfi :
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا ﴿٢٨﴾
Maksudnya : Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Apabila masyarakat jauh daripada ilmu dan penghayatan agama maka pelbagai penyakit sosial dan jenayah yang timbul. Kita begitu bimbang dengan angka statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyatakan jenayah berat yang turut dikaitkan dengan remaja bawah umur berusia antara 12 hingga 17 tahun meningkat kira-kira 47 peratus di seluruh negara dan ada daripada mereka terlibat dengan kes bunuh dan juga rogol. Begitu juga masalah zina di kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di negara ini sepanjang 2 dekad lalu meningkat daripada 0.9 pada 1994 kepada 8.3 peratus pada 2012. Statistik ini diperoleh daripada kaji selidik Global Kesihatan Pelajar Sekolah (GSHS) serta Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) berkaitan kelakuan sumbang dilakukan remaja sebelum nikah bermula 1994 hingga 2012. Sementara itu, data direkod daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bermula 2005 hingga 2011 juga menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-4 daripada 10 negara berkaitan kehamilan remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun
Malangnya bila usaha dalam memartabatkan semula undang-undang Islam terutama dalam memperkasakan fungsi dan kuasa Mahkamah Syariah disekat oleh orang Islam sendiri dengan penuh bangga termasuk menghalang melalui mahkamah daripada dibawa usul untuk memindanya ke parlimen. Setelah 58 tahun merdeka tetapi jerebu pemikiran penjajah masih tebal sehingga umat Islam sendiri menjadi dalang agar hukum Islam tidak dilaksanakan. Sepatutnya kitalah yang menjadi wira yang sentiasa mencari seribu macam cara supaya hukum Islam dilaksanakan dalam Negara. Inilah bahayanya jerebu jahiliah di mana jerebu udara pada hari ini hanya menyebabkan sekolah ditutup tetapi jerebu jahiliah menyebabkan hati manusia yang mengaku Islam tertutup daripada mengiktiraf Islam sebagai agama yang lengkap dan sempurna
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal :
وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾
Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar)
Perang saudara yang berlaku di kalangan umat Islam seperti di Syria, Iraq, Libya, Yaman dan sebagainya yang kebanyakannya ada tangan jahat dari musuh Islam yang merancangnya telah menyebabkan banyak nyawa terkorban dan ramai menjadi pelarian. Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kira-kira 150,000 pelarian Syria mencari perlindungan di Kesatuan Eropah sejak perang saudara meletus pada Mac 2011. Pemilihan Eropah sebagai tempat mencari perlindungan sehingga ramai yang terkorban lemas di lautan seperti mengulangi semula sejarah silam bagaimana universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin menempatkan umat Islam di Eropah apabila mereka diusir semasa penjajahan Sepanyol pada abad ke-15. Menurut suatu laporan antara 3 sebab utama Eropah menjadi pilihan pelarian Syria bukannya Negara umat Islam yang berjiran ialah : [1] Kebanyakan Negara jiran susah memberi Visa kepada pelarian kerana menjaga hubungan dengan pembunuh Basyar. [2] Hubungan yang baik antara pemimpin Negara jiran dengan pemimpin Syria yang menyebabkan susah untuk memberi laluan untuk melindungi pelarian. [3] Banyak Negara Jiran tidak mampu memberi layanan sepatutnya kepada pelarian akibat ekonomi dunia yang merosot ditambah lagi bantuan antarabangsa yang sering tersekat dan kurang. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita bersama bermula daripada pemimpin dalam mencari jalan terbaik dalam memastikan nasib saudara seagama kita terbela dan penderitaan mereka dapat dihentikan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang mulia ini maka mimbar Jumaat menyeru buat sekian kalinya agar seluruh umat Islam yang bermaruah bangkit dengan pelbagai cara dalam memerdekakan kembali bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Kita sedia maklum di mana antara tindakan biadap zinois yang terbaru ialah menggempur masjid pada siang 13 September dengan memakai kasut dan menembak peluru api, bom bunyi dan gas pemedih mata ke arah para jemaah di dalam masjid Qibli (Masjid Umar al Khattab) di perkarangan Masjid al Aqsa. Mereka merempuh masuk melalui pintu al Silsilah dan mengasari para jamaah, mencederakan mereka, mengusir dan memberkas para Jemaah dan mebakar sejadah. Peristiwa ini berlaku hanya beberapa jam sebelum masuknya tahun baru Yahudi Rosh Hasyanah pada sebelah petang. Pencerobohan ini dirancang di peringkat tertinggi kabinet Israel di mana ia adalah langkah pertama dari 2 langkah untuk melaksanakan satu ketetapan yang diputuskan oleh Parlimen Israel iaitu membahagikan Masjid al Aqsa kepada 2 dari sudut ruang dan masa. Langkah [1] ialah menetapkan waktu tertentu iaitu separuh untuk orang yahudi beribadat dalam masjid al Aqsa dan separuh lagi untuk umat Islam. Langkah ke[2] ialah membahagikan masjid al Aqsa kepada 2 bahagian secara fizikal dan kekal. Langkah biadap ini sudah pun mereka laksanakan ke atas Masjid Ibrahimi di Hebron yang menempatkan maqam Nabi Ibrahim a.s. Akhirnya Masjid Ibrahimi telah dirampas sebahagian masjid untuk dijadikan tempat ibadat orang yahudi. Kini yahudi bergerak untuk melakukannya dalam Masjid Aqsa pula. Oleh itu bangkitlah kita dalam menyekat perancangan jahat yahudi ini. Biar bermandi darah asalkan pencabulan yahudi terhadap Masjid Aqsa tetap kita cegah. Biar nyawa melayang dari badan asalkan kesucian masjid Aqsa tetap kita pertahankan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Isnin, 21 September 2015
خطبة عيد الأضحى 1436 هـ
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ....فرمان الله تعالى دالم أية 1-2 سورة الحج:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ ﴿٢﴾
مقصودڽ:واهاي اومة مأنسي , برتقواله کڤد توهن کامو ! سسوڠݢوهڽ ݢمڤا هاري قيامة ايت سواتو ڤرکارا يڠ امت بسر . ڤد هاري کامو مليهت ) ڤريستيوا - ڤريستيوا يڠ مڠريکن ( ايت , تياڤ - تياڤ ايبو ڤڽوسو اکن ملوڤاکن انق يڠ دسوسوكنڽ , دان تياڤ - تياڤ ڤرمڤوان يڠ مڠندو ڠ أكن كوكور أنق يڠ دكندوڠڽ دان اڠکاو اکن مليهت مأنسي مابوق ڤد حال مريک تيدق مابوق , تتاڤي عذاب الله إيت أمتله برات , مڠريکن
سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكورن يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين . سمڤنا براد ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت کيت سام - سام مندعاءکن سموݢ ڤارا جماعه حاج دري سلوروه دنيا يڠ سدڠ مڠرجاکن عبادة حاج د کوتا مکة دبريکن کصيحتن دان کسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوݢرهکن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن کچوالي شرݢ. تيدق بݢيتو ليوات ڤد هاري اين اونتوق کيت سام - سام مڠوچڤکن تعزية کڤد سلوروه اهلي کلوارݢ لبيه 100 جماعة حاج يڠ منيڠݢل دنيا ترماسوق دري مليسيا دان لبيه 200 يڠ لأين چدرا عقيبة رونتوهن kren يڠ منيمڤا جماعة يڠ سدڠ برعبادة د مسجد الحرام ڤد ڤتڠ جمعة 11 سيڤتيمبر يڠ بارو لالو سجوروس ريبوت ڤاسير دان هوجن لبت . سموݢ الله مڠانوݢرهكن دڠن ڤهالا دان کدودوقكن يڠ بݢيتو ايستيميوا دسيسيڽ باݢي ݢولوڠن يڠ منيڠݢل دنيا ڤد هاري جمعةيڠ موليا , د تمڤت يڠ موليا يأيت مسجد الحرام , مکة کتيک منجالني عبادة کڤد الله .
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ – رواه الترمذي وأحمدوالبيهقي
مقصودڽ:سأورڠ مسلم منيڠݢل دنيا ڤد هاري جمعة اتاو ڤد مالم جمعة ملأينکن الله اکن مليندوغيڽ دري فتنه ) ڤرتاڽأن ( قبور
ماله نبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ممبريتاهو بهاوا اورڠ ماتي ترتيمڤا عقيبة رونتوهن سباݢاي ماتي شهيد
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ - رواه البخاري ومسلم
مقصودڽ : شهداء ) اورڠ ماتي شهيد ( ايت اد 5 يأيت [1] اورڠ يڠ منيڠݢل كران ڤڽاکيت طاعون [2]اورڠ يڠ منيڠݢل کران ڤڽاکيت ڤروت [3] اورڠ يڠ ماتي تڠݢلم ) لمس( [4]اورڠ يڠ منيڠݢل کران ترتيمڤا رونتوهن , دان [5] اورڠ يڠ ݢوݢور د جالن الله
مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى،
فرمان الله دالم أية 30 سورة الشورى :
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾
مقصودڽ: دان اڤ جوا يڠ منيمڤا کامو دري سسواتو کسوسهن ) اتاو بلأ بنچان ) مک اي اداله دسببکن اڤ يڠ کامو لاكوكن ) دري ڤربواتن - ڤربواتن يڠ ساله دان بردوسا دان ) دالم ڤد ايت ( الله ممعافکن سبهاݢين بسر دري دوسا - دوسا کامو .
ڤريستيوا سديه يڠ برلاکو د مکة اين توروت مڠتوق هاتي کيت سوڤاي مرنوڠ باݢايمان کهيبتن الله يڠ برکواس اتس سݢالاڽ د مان ستياڤ برلاکو د باوه کواس دان كهندقڽ. اوليه ايت اڤابيلا برلاكوڽ ڤرکارا يڠ بسر ترماسوقTsunami , ݢمڤا بومي , بنجير بسر , تانه رونتوه , ريبوت طوفان , جربو دان ڤلباݢاي ڤڽاکيت سڤرتي دڠݢي , کنچيڠ تيکوس دان لأين - لأين مک كمباليله کڤد الله اونتوق کيت منجأوهي معصية , منمبه عمل عبادة سرتا سيکڤ جأوهي سوك مروسقکن عالم سکيتر . سباݢايمان عمور کيت بوکن سماکين مودا دان سماکين همڤير کڤد ساعة کماتين , بݢيتوله جوݢ دنيا اين سماکين توا دان منوڠݢو ساعة قيامة. کيت جوݢ دمينتا سوڤاي ممڤرباڽقکن بردعاء اݢر دهينداري درڤد بلأ الله سفرت دعاء اين :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ ، وَالتَّرَدِّي ، وَالْهَرَمِ ، وَالْغَمِّ وَالْغَرَقِ ، وَالْحَرْقِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ لَدِيغًا – رواه أحمد وأبو دأود
مقصودڽ: يا الله , اکو برليندوڠ دري دتيمڤا رونتوهن , جاتوه دري تمڤت تيڠݢي , ڤڽاکيت ڽاڽوق , کسوسهن دوکاچيتا , تڠݢلم دان ترباکر . اکو برليندوڠ دري تيڤوان شيطان کتيک منيڠݢل دنيا , دان اکو برليندوڠ دري ملاريکن ديري داري ميدان جهاد . اکو برليندوڠ دري منيڠݢل دالم کأدأن دسڠت بيناتڠ بربيسا
مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى،
فرمان الله دالم أية 46 سورة الحج :
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿٤٦﴾
مقصودڽ: اوليه ايت , بوكنكه بأيكڽ مريك مڠمبارا د موک بومي سوڤاي (دڠن مليهت کسن - کسن يڠ ترسبوت )مريك منجادي اورڠ - اورڠ يڠ اد هاتي يڠ مريك داڤت ممهمي , اتاو اد تليڠا يڠ مريک داڤت مندڠر ( تتاڤي كالاوله مريك مڠمبارا ڤون تيدق جوݢ برݢونا) کران کأدأن يڠ سبنرڽ بوكنله مات کڤالا يڠ بوتا , تتاڤي يڠ بوتا ايت اياله مات هاتي يڠ اد د دالم دادا
سباكايمان جماعة حاج يڠ داتڠ دري سلوروه دنيا داڤت مڽقسيکن ببراڤ تمڤت ڤنتيڠ دان برسجاره سڤنجڠ منونايکن عبادة حاج سڤرتي ڤادڠ عرفة , مزدلفة , منى , صفا دان مروة , كعبة , حجر الأسواد, مقام إبراهيم دان لأين - لأين سهيڠݢ لاهير راس کإنصافن دان سماڠت دڠن مڠمبيل ڤڠاجرن يڠ برݢونا درڤد ڤڠحياتن کڤد سجاره يڠ ڤرنه برلاکو . سسواي دڠن انجورن القرءان اݢر کيت داڤت مڠمبيل اعتبار درڤد تمڤت يڠ دلاوتي دالم ممڤرتيڠکتکن کإيمانن دان عملن صالح سرت منجأوهي ڤراڠاي بوروق قوم يڠ دهنچورکن اوليه الله . اعتبار اين تيدق ممڤو دحياتي ملأينکن باݢي اورڠ يڠ هيدوڤ اتاو صيحة . تندا هاتي صيحة سباݢايمان دسبوت اوليه علماء أنتاراڽ: [1]هاتي يڠ صيحة سلالو مڠوتاماکن حال يڠ برمنفعة دان منجأوهي ڤرکارا بهاي [2] مڠوتاماکن اخيرة درڤد دنيا [3] برتوبة کڤد الله دان مڠݢنتوڠكن هارف کڤد الله [4]سلالو ايڠت کڤد الله دان تيدق بوسن دالم برعبادة کڤدڽ [5] برسديه اڤابيلا ترلوڤوت ورد سهيڠݢ لبيه سديه درڤد کهيلڠن هرتا
ماناکالا تندا هاتي ساکيت ڤولا أنتاراڽ: [1] تيدق مڠنل الله , تيدق منچينتأي الله , تيدق مريندوکن ڤرجومڤاءن دڠن الله, دان تيدق کمبالي کجالن الله, سرتا لبيه سوک مڠيکوتي هوى نفسو [2]تيدق مراساکن هاتي دڠن سبب لوک - لوک معصية . سڤرتي اوڠکڤن ڤڤاته لوک تيدق تراس ساکيت باݢي اورڠ ماتي [3] سلالو مڠيکوتي کبوروقكن دڠن کبوروقكن جوݢ . حسن البصري مڠاتاکن ايت اداله دوسا د أتس دوسا سهيڠݢ ممبوات هاتي منجادي بوتا , لالو ماتي سمنتارا هاتي يڠ صيحة سلالو مڠيکوتي کبوروقكن دڠن کبأيقكن دان مڠيکوتي دوسا دڠن توبة [4]تيدق مراس ترسيقسا دڠن كبودوهنڽ تنتڠ کبنران بربيذا دڠن هاتي يڠ صيحة يڠ اکن مراس ساکيت دڠن داتڠ شبهة اتاو فركارا تيدق جلس ڤدڽ . عبارة کات سأورڠ علماء تيدق اد دوسا يڠ لبيه بوروق سلأين کبودوهن [5]هاتي يڠ ساکيت منيڠݢلکن ماکنن يڠ برمنفعة دان مميليه راچون يڠ بربهاي سڤرتي اڠݢن مندڠار القرءان , لبيه سوک مندڠار ڽاڽين يڠ ملالايکن [6] ترلالو چينتا ڤد دنيا , سنڠ تيڠݢل د دنيا , دان تيدق مراس ريندو کڤد اخيرة . تيدق ڤرنه مڠهارڤکن اخيرة دان تيدق براوسها اونتوق مڽياڤکن بکلن اخيرة . دي سيبوق دڠن دنيا دان دهابيسکن اونتوق حال - حال يڠ تيدق برمنفعة بهکن اونتوق ڤرکارا حرام
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم أية 107 سورة الصافات :
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾
مقصودڽ: دان کامي تبوس أنقڽ ايت دڠن سإيکور بيناتڠ سمبليهن يڠ بسر
سمبوتن عيدالأضحى تيدق لڠکڤ تنڤا مڽبوت تنتڠ ڤڠوربانن اݢوڠ نبي إبراهيم سکلوارݢ دالم منطاعتي ڤرينته الله . امام الغزالي منݢسکن بهاوا ڤڽمبليهن بيناتڠ قربان اداله سباݢاي simbol دري ڤڽمبليهن اتاو مڠهيلڠکن صفة - صفة کبيناتڠن يڠ اد ڤد مأنسي سڤرتي صفة طمع , کدکوت , سومبوڠ , دڠکي دان صفة مذمومة اتاو ترچلا يڠ لأين . دڠن برقربان دهارڤکن سموا مأنسي داڤت ممبواڠ صفة - صفة کبيناتڠن يڠ داڤت منداتڠکن مصيبة دان بنچان ايت . دالم دڠن کهيدوڤن کيت سکارڠ , عبادة قربان مستي دلاکوکن اوليه 7 ݢولوڠن اوتام دالم مشارکة يأيت :
[1]قربان د کالڠن ڤميمڤين دڠن مڽمبليه صفة کبيناتڠن يڠ اد ڤد مريك سڤرتي طمع , ݢيلا کواس , ظاليم سهيڠݢ مريك اکن برمرتبة د هادڤن الله دان ترحرمت د مات مأنسي . کݢاݢلن ڤميمڤين دالم مڽمبليه صفة طمع سباكي چونتوه اکن ملاهيرکن ڤميمڤين يڠ سنتياس مميکيرکن چارا کماسوقكن نݢارا دان کباجيقكن کڤد رعية سهيڠݢ رعية دهيمڤيت دڠن ڤلباݢاي کنأيقكن کوس سارا هيدوڤ اونتوق ممنوهي ڤمبذيرن ڤميمڤين . skandal 1MDB دڠن هوتڠ منچچه 42 billion دان ايسو درما ميستري سباڽق 2.6 billion تروس ملتقکن نݢارا دالم بهاي . نݢارا منجادي " نݢارا ڤرنياݢأن " سباݢايمان يڠ دسبوت اوليه ابن خلدون د دالم المقدمة :
إِنَّ التِّجَارَةَ مِنَ الْحُكُوْمَةِ مَفْسَدَةٌ
مقصودڽ: سسوڠݢوهڽ , ڤرنياݢأن دري ڤيهق کراجاءن کڤد رعية مروڤاکن کموسنهن دان کهنچورن سسبواه نݢارا
[2]قربان د کالڠن ڤڠوسها دان اهلي ڤرنياݢأن دڠن مڽمبليه صفة تيدق جوجور , منيڤو , , manopoli دان ممڤرداي ڤمبلي . اڤابيلا ککايأن نݢارا هاڽ برليݢر د کالاڠن کاي سهاج مک جارق ڤميسه يڠ جأوه انتارا کاي دان مسکين باکل مڠݢوݢت کأمانن دان کسلامتن نݢارا . ايت بلوم لاݢي دکيرا دڠن Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) يڠ باکل مڽببکن لبيه باڽق ڤڠڠݢورن , ڤنياݢ تمڤتن باکل ݢولوڠ تيکر ماله حاصيل نݢارا اکن دسدوت تنڤا باتسن کران کاڤيتاليس لبيه برکواس درڤد اوندڠ - اوندڠ نݢارا ماله بوليه مڠݢوݢت ايسو اخلاق دان اݢام . اين باکل منمبه لاݢي کڤريتن رعيت يڠ سدڠ مميکول کڤريتن هيدوڤ دڠن کنأيقكن کوس سارا هيدوڤ دتمبه لاݢي دڠن کجاتوهن نيلاي ريڠݢيت يڠ ڤاليڠ بوروق دالم سجاره نݢارا
[3]قربان د کالڠن حاکم , ڤڠعمل اوندڠ - اوندڠ سرتا ڤلقسان ڤوليسي اݢر منجأوهي رشوة , ڤچه امانة دالم منجامين کلڠسوڠن کعاديلن . کيت بݢيتو بيمبڠ اڤابيلا تکنن کڤد سيستيم کحاکيمن , ڤاسوقكن کسلامتن سڤرتي PDRM SPRMتراوتام دالم مڽياست کيس Profil تيڠݢي اکن مڠݢوݢت کستابيلن نݢارا . اوليه ايت ڤمبونوهن ترهادڤ اورڠ ڤنتيڠ د جابتن ڤݢوام نݢارا ڤد بولن اين دڠن چارا مڽمبوڽيکن ميت دڠن مثومبتث دالم توڠ dram دان کمودين دسيمين يڠ مروڤاکن کيس ک - 10 سأومڤام اين سجق 1988 . کيت مندسق ڤمبونوهن کجم اين دسياسة دڠن ڤنوه ديديکاسي دان برسوڠݢوه
[4]قربان د کالڠن ݢورور دان ڤارا ڤنديديق دالم منديديق انق بڠسا تراوتام کتيک چابرن عالم ڤنديديقكن يڠ سماکين منچابر د تڠه - تڠه ببانن توݢسن ݢورور يڠ سماکين باڽق . تنڤا ڤڠوربانن ورݢ ڤنديديق دڠن سوکوڠن درفد ڤميمڤين , إيبوباف دان مشارکة مك مسئلة جناية Juvana يڠ سماکين منيڠکت ݢاݢل دتاڠني . منوروت Statistik , ڤد تاهون 2013 ترداڤت 1632کيس يڠ ممبابيتکن ڤلاجر سکوله بربنديڠ دڠن 1042 کيس تاهون سبلومڽ دڠن ڤنيڠکتن لبيه 57 ڤراتوس . کيس جناية برات اتاو ݢانس د کالڠن ڤلاجر سکوله جوݢ منيڠکت دڠن ترداڤت مريك يڠ بارو براوسيا 12 تاهون يڠ تربابيت دالم کݢياتن جناية ترماسوق داده , جودي دان ڤلباݢاي ڤياکيت سوسيال . أوباتيله دان چݢه سݢرا سبلوم اي سماکين ممباره دان مريبق
[5]قربان د کالڠن إيبوباف دان انق - انق دڠن منجاديکن نبي إبراهيم دان سيتي هجر سباݢاي سوري تولادن دالم ڤڠوربانن ترهادڤ اڤ يڠ ڤاليڠ دجينتأي کران کچينتأن دان كطاعتن کڤد الله مڠاتسي سݢالا ڽ. بريله كفد انق - انق ڤنديديقكن اݢام دان ڤرݢأولن يڠ تربأيك کڤد مريک سفاي مڠنل الله دان منچينتأي الله . ديديق انق - انق دڠن ڤرهاتين ڤنوه , جاڠن منديديق انق - انق هاڽ دري سيسا يڠ تيڠݢل درفدوقتو کيت
[6] قربان د کالڠن انق - انق دڠن منجاديکن نبي إبراهيم سباݢاي تلادن دالم كطاعتن کڤد ڤرينته الله سرتا ڤڠحرماتن کڤد کدوا اورڠ توا . قربانكن وقتو برمأين دان برهيبور اونتوق تومڤو ڤد ڤڠاجين دان کرجاي يڠ حلال
[7]قربان کيت سموا دڠن مڠلوارکن زکاة , صدقة دان منونايکن عبادة قربان باݢي يڠ ممڤو . جاديكن سموا يڠ کيت ميليكي سباݢاي الة مندکت کڤد الله
فرمان الله دالم سورة لقمان اية 17 :
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٧﴾
مقصودڽ:واهاي انق كسايڠنكو , ديريكنله سمبهيڠ , دان سوروهله بربوات کبأيقكن , سرتا لارڠله درڤد ملاکوکن ڤربواتن يڠ موڠکر , دان برصبرله اتس سݢالا بلأ بنچان يڠ منيمفامو . سسوڠݢوهڽ يڠ دمکين ايت اداله دري ڤرکارا - ڤرکارا يڠ دکهندقكي دأمبيل برت
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 46 سورة الأنفال :
وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾
مقصودڽ:دان طاعتله کامو کڤد الله دان رسولڽ , دان جاڠنله كامو بربنته-بنتاهن كالو تيدق نسچاي كامو منجادي لمه سماڠت دان هيلڠ كقواتن كامو, دان برصبرله ) مڠهادڤي سݢالا کسوکرن دڠن چکل هاتي ) سسوڠݢوهڽ الله برسرت اورڠ - اورڠ يڠ صبر
مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله،
کتيک مڠحياتي حکمة درڤد عبادة حاج دان عبادة قربان مک د سان کيت داڤتي اد تيتيق ڤرسامأن دري سودوت ممبينا کقواتن اومت يڠ برساتو اتس داسر إسلام دڠن برکاسيه سايڠ اتس داسر ايمان . ڤنجاجهن يڠ برجالن سکارڠ بوکن لاݢي اونتوق منجاجه تانه تتاڤي اجيندا اوتام موسوه اداله ممچهکن اومت إسلام يڠ دولوث برساتو د باوه خليفة اسلامية منجاديكنڽ سرڤيهن يڠ سماکين کچيل . موسوه ملڽڤکن اوندڠ - اوندڠ إسلام د نكارا کيت سنديري . ايکونومي دنيا دکواسأي بوکن إسلام سرتا تياد نݢارا إسلام ترسناراي سباݢاي نݢارا ماجو . والاوڤون کيت کاي , کيت منجادي نݢارا ڤڠݢونا , بوکن ڤڠلوار اڤاته لاݢي ڤنچيڤتا اونتوق کبأيقكن مأنسي سجاݢت . نݢارا کيت سنديري مڽقسيکن باݢايمان براس , باهن ماکنن دان کڤرلوان هارين بوکن اورڠ إسلام يڠ كلواركن . هرتا دالم بندار بسر تيدق سمڤاي 5 فراتوس ميليك اورڠ إسلام . اين سموا ساڠت جأوه دري اڤ يڠ کيت هارڤکن سباݢاي بڠسا يڠ ممڤو مندوكوڠ امانة ممرينته . اڤ يڠ ترچرنا دالم مشارکة کيني ڤرلو دڤروسيس سمولا دڠن ڤروسيس لام يأيت ڤنديديقكن . سايڠڽ يڠ چرديق ڤنداي د کالڠن کيت ڤانتس دهانتر کلوار نݢارا دان کمبالي سباݢاي cendekiawan دان teknokrat يڠ سوده دأچوانكن دڠن ايديولوجي ڤميکيرن الا بارت سرتا نيلاي يڠ جأوه درڤد تونتوتن شرع . مک تيدق حيرانله اومة إسلام هاري اين منجادي کوچر - کاچير دڠن کچلاروان ڤميکيرن دان برتيندق . اومة إسلام کيني سوده لوڤا ديري مريک , ترهاکيس نيلاي دان کإسلامن يڠ تولين درڤد کتورونن مريک . کقواتن عقل مريک دسيا-سياكن . موسوه مراس سنڠ اونتوق مڠݢاڽڠ إسلام کران اومة إسلام سوده تياد ڤرنچاڠن . مريک منجادي ساتو اومة يڠ سوده تيدق سوک ممباچ اڤاته لاݢي منچيڤتا . کقواتن عملن دسيا-سياكن دڠن فنفسيران سمڤيت , لبيه باڽق برچاکڤ دان بردبت تاڤي تيدق ملقساناکن . منجادي اومة يڠ berteori يڠ هاڽ دودوق د اتس کرتس سهاج سهيڠݢ منجادي اومة يڠ لسو دان سمڤيت سݢالا بواه فيکيرن . اوليه ايت إينيله ماسڽ کيت کنا قواتكن institusi ککلوارݢأن , ڤرلو fokus کڤد کلوارݢ سنديري اݢر منجادي اونيت يڠ جاتي بوکن د سودوت ايکونومي سمات - مات . ايبو باڤ کنا تاهو اڤ يڠ انق - انق لايري دان لڠݢاني . كمباليكن کلوارݢ کيت کڤد نراچ إسلام دالم بنتوق کلوارݢ دان جماعة.تݢقكن خلافة إسلاميه برمولا درڤد ديري سنديري , اهلي کلوارݢ , مشارکة ستمڤت سبلوم مماچو کڤد نݢري کمودين نݢارا سهيڠݢ عالم سجاݢت . ݢرقكن اتس داسر ايمان اين ڤاستي ممڤو مرونتوهکن جاهيليةستروسڽ مڠهالاو سبارڠ بنتوق ڤنجاجهن اوليه موسوه إسلام . ممڤو ممرديکاکن بومي فلسطين دان مسجد الأقصى درڤد کراکوسن zionis يهودي , مڠهنتيکن ڤراڠ سودارا د بومي عراق, سوريا, يمن , مڽکت ڤنيندسن اومة إسلام Ronghiya د Myanmar , تايلند دان سلوروه دنيا . قربانكن صفة ڤنتيڠ ديري اونتوق ميلامت دان ممبنتو سودارا سأݢام يڠ لأين . قربنكن سماڠت کبڠسأن سمڤيت اونتوق مماستيکن إسلام منجادي اݢام سجاݢت . إسلامله نسچاي کيت بهاݢيا دنيا اخيرة .
الله أكبر ! ألله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد
سلام عيدالأضحى داوچڤکن کڤد سلوروه مسلمين دان مسلمات. باكَي يڠ برکممڤوان دسارنکن اكَر مڠهيدوڤکن سمبوتن عيدالأضحى اين دڠن عبادة قربان برمولا هاري إين هيڠݢ براخيرڽ هاري تشريق 13 ذوالحجة ننتي سباكَايمان يڠ دانجورکن اوليه اسلام.
قَالَ الرَّسُوْلُ : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه
مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽأي کممڤوان سداڠکن دي تيدق ملاکوکن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندکاتي تمڤت صلاة کامي
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Ahad, 20 September 2015
Khutbah Aidil Adha 1436H
Khutbah Pertama
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ......
فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية 1-2 سورة الحج :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ ﴿٢﴾
Maksudnya : Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Tidak begitu lewat pada hari ini untuk kita sama-sama mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga lebih 100 Jemaah haji yang meninggal dunia termasuk dari Malaysia dan lebih 200 yang lain cedera akibat berlakunya runtuhan kren yang menimpa Jemaah yang sedang beribadat di Masjidil Haram pada petang Jumaat 11 September yang baru lalu sejurus berlakunya ribut pasir dan hujan lebat. Semoga Allah ganjarkan dengan pahala dan kedudukan yang begitu istimewa disisiNya bagi golongan yang meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia, di tempat yang mulia iaitu Masjidil Haram, Mekah ketika menjalani ibadat kepada Allah.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ – رواه الترمذي وأحمدوالبيهقي
Maksudnya : Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur
Malah nabi s.aw memberitahu bahawa orang mati tertimpa akibat runtuhan dianugerah sebagai mati Syahid
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ - رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : Syuhada (orang mati Syahid) itu ada 5 iaitu [1] orang yang meninggal karena penyakit Ta’un, [2] orang yang meninggal kerana penyakit perut, [3] orang yang mati tenggelam(lemas), [4] orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan [5] orang yang gugur di jalan Allah.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura :
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾
Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
Peristiwa sedih yang berlaku di Mekah ini turut mengetuk hati kita supaya merenung bagaimana kehebatan Allah yang berkuasa atas segala-galanya di mana setiap berlaku di bawah kuasa dan kehendakNya. Oleh itu apabila berlakunya perkara yang besar termasuk Tsunami, gempa bumi, banjir besar, tanah runtuh, ribut taufan, jerebu dan pelbagai penyakit seperti Aids, denggi, kencing tikus dan lain-lain maka kembalilah kepada Allah untuk kita menjauhi maksiat, menambah amal ibadat serta jauhi sikap suka merosakkan alam sekitar. Sebagaimana umur kita bukan semakin muda dan semakin hampir kepada saat kematian, begitulah juga dunia ini semakin tua dan menunggu saat tibanya Qiamat. Kita juga diminta supaya memperbanyakkan berdoa agar dihindari daripada bala Allah antaranya doa ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَدْمِ ، وَالتَّرَدِّي ، وَالْهَرَمِ ، وَالْغَمِّ وَالْغَرَقِ ، وَالْحَرْقِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ لَدِيغًا – رواه أحمد وأبو دأود
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa runtuhan, jatuh dari tempat tinggi, penyakit nyanyuk , kesusahan dukacita, tenggelam dan terbakar. Aku berlindung denganMu dari tipuan Syaitan ketika meninggal dunia, dan aku berlindung denganMu dari melarikan diri dari medan jihad. Aku berlindung denganMu dari meninggal dalam keadaan disengat binatang berbisa
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 46 :
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ ﴿٤٦﴾
Maksudnya : Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.
Sebagaimana Jemaah haji yang datang dari seluruh dunia dapat menyaksikan beberapa tempat penting dan bersejarah sepanjang menunaikan ibadat haji seperti padang Arafah, Muzdalifah, Mina, Sofa dan Marwah, Ka’abah, Hajarul Aswad, Makam Ibrahim dan lain-lain sehingga lahir rasa keinsafan dan semangat dengan mengambil pengajaran yang berguna daripada penghayatan kepada sejarah yang pernah berlaku. Sesuai dengan anjuran al-Quran agar kita dapat mengambil iktibar daripada tempat yang dilawati dalam mempertingkatkan keimanan dan amalan soleh serta bersungguh menjauhi perangai buruk kaum yang dihancurkan oleh Allah. Iktibar ini tidak mampu dihayati melainkan bagi orang yang hatinya hidup atau sihat. Tanda hati sihat sebagaimana disebut oleh Ulama’ antaranya : [1] Hati yang sihat selalu mengutamakan hal yang bermanfaat dan menjauhi perkara bahaya. [2] Mengutamakan akhirat daripada dunia. [3] Bertaubat kepada Allah dan menggantungkan hidupnya kepada-Nya. [4] Selalu ingat kepada Allah dan tidak bosan dalam beribadah kepada-Nya. [5] Bersedih apabila terluput dari wirid sehingga lebih sedih daripada kehilangan harta
Manakala tanda hati sakit pula antaranya : [1] Tidak mengenal Allah, tidak mencintai-Nya, tidak merindukan perjumpaan dengan-Nya, dan tidak mau kembali ke jalan-Nya, serta lebih suka mengikuti hawa nafsu. [2] Tidak merasakan sakitnya hati dengan sebab luka-luka maksiat. Seperti ungkapan pepatah, ”Luka tidak terasa sakit bagi orang mati.” [3] Selalu mengikuti keburukan dengan keburukan juga. Hasan Al-Basri mengatakan, ”Itu adalah dosa di atas dosa sehingga membuat hati menjadi buta, lalu mati.” Sementara hati yang sihat selalu mengikuti keburukan dengan kebaikan dan mengikuti dosa dengan taubat. [4] Tidak merasa tersiksa dengan kebodohannya tentang kebenaran. Berbeza dengan hati yang sihat, yang akan merasa sakit dengan datang syubhat atau ketidak-jelasan pada dirinya. Ibarat kata seorang ulama : “Tidak ada dosa yang lebih buruk selain kebodohan.” [5] Hati yang sakit meninggalkan makanan yang bermanfaat dan memilih racun yang berbahaya seperti enggan mendengar Al-Quran sebaliknya lebih suka mendengar nyanyian yang melalaikan. [6] Terlalu cinta pada dunia, senang tinggal di dunia, dan tidak merasa rindu kepada akhirat. Tidak pernah mengharapkan akhirat dan tidak berusaha untuk menyiapkan bekalan akhirat. Dia sibuk dengan dunia dan waktunya dihabiskan untuk hal-hal yang tidak bermanfaat bahkan untuk perkara haram
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam Surah as-Soffaat ayat 107 :
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾
Ertinya : Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
Sambutan Aidil Adha tidak lengkap tanpa menyebut tentang pengorbanan agong nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam mentaati perintah Allah. Imam Ghazali menegaskan bahawa penyembelihan binatang korban adalah sebagai simbol dari penyembelihan atau menghilangkan sifat-sifat kebinatangan yang ada pada manusia seperti sifat tamak, kedekut, sombong, dengki dan sifat mazmumah atau tercela yang lain. Dengan berkorban diharapkan semua manusia dapat membuang sifat-sifat kebinatangan yang dapat mendatangkan musibah dan bencana itu. Dalam hubungannya dengan kehidupan kita sekarang, ibadah korban mesti dilakukan oleh 7 golongan utama dalam masyarakat iaitu :
[1] Korban di kalangan Pemimpin dengan menyembelih sifat-sifat kebinatangan yang ada pada mereka seperti tamak, gila kuasa, zalim sehingga mereka akan bermartabat di hadapan Allah dan terhormat di mata manusia. Kegagalan pemimpin dalam menyembelih sifat tamak sebagi contoh akan melahirkan pemimpin yang sentiasa memikirkan cara memaksimakan kemasukan negara dan meminimakan kebajikan kepada rakyat sehingga rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup untuk memenuhi pembaziran pemimpin. Skandal 1MDB dengan hutang mencecah 42 billion dan isu derma misteri sebanyak 2.6 billion terus meletakkan Negara dalam bahaya. Akhirnya Negara menjadi "negara perniagaan" sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Khaldun di dalam Muqaddimahnya:
إِنَّ التِّجَارَةَ مِنَ الْحُكُوْمَةِ مَفْسَدَةٌ
Maksudnya : Sesungguhnya, perniagaan dari pihak kerajaan kepada rakyat merupakan kemusnahan dan kehancuran sesebuah negara.
[2] Korban di kalangan Pengusaha dan ahli perniagaan dengan menyembelih sifat-sifat tidak jujur, menipu, manopoli dan memperdaya pembeli. Apabila kekayaan Negara hanya berlegar di kalangan kaya sahaja maka jarak pemisah yang jauh antara kaya dan miskin bakal menggugat keamanan dan keselamatan Negara. Itu belum lagi dikira dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) yang bakal menyebabkan lebih banyak pengangguran, peniaga tempatan bakal gulung tikar malah hasil Negara akan disedut tanpa batasan kerana kapitalis lebih berkuasa daripada undang-undang Negara malah boleh menggugat isu akhlak dan agama. Ini bakal menambah lagi keperitan rakyat yang sedang memikul keperitan hidup dengan kenaikan kos sara hidup ditambah lagi dengan kejatuhan nilai ringgit yang paling buruk dalam sejarah negara
[3] Korban di kalangan Hakim, pengamal undang-undang serta pelaksana polisi agar menjauhi rasuah, pecah amanah dalam menjamin kelangsungan keadilan. Kita begitu bimbang apabila tekanan kepada system kehakiman, pasukan keselamatan seperti PDRM, SPRM terutama dalam menyiasat kes profil tinggi akan menggugat kestabilan Negara. Oleh itu pembunuhan terhadap orang penting di Jabatan Peguam Negara pada bulan ini dengan cara menyembunyikan mayat dengan menyumbatnya dalam tong dram dan kemudian disimen yang merupakan kes ke-10 seumpama ini sejak 1988. Kita mendesak pembunuhan kejam ini disiasat dengan penuh dedikasi dan bersungguh
[4] Korban di kalangan Guru dan Para Pendidik dalam mendidik anak bangsa terutama ketika cabaran alam pendidikan yang semakin mencabar di tengah-tengah bebanan tugasan guru yang semakin banyak. Tanpa pengorbanan warga pendidik dengan sokongan pemimpin, ibubapa dan masyarakat maka masalah jenayah juvana yang semakin meningkat gagal ditangani. Menurut statistik, pada tahun 2013 terdapat 1,632 kes yang membabitkan pelajar sekolah berbanding dengan 1,042 kes tahun sebelumnya dengan peningkatan lebih 57 peratus. Kes jenayah berat atau ganas di kalangan pelajar sekolah juga meningkat dengan terdapat mereka yang baru berusia semuda 12 tahun yang terbabit dalam kegiatan jenayah termasuk dadah, judi dan pelbagai pesakit sosial. Ubati dan cegah segera sebelum ia semakin membarah
[5] Korban di kalangan ibubapa dan Anak-anak dengan menjadikan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar sebagai suri tauladan dalam pengorbanan terhadap apa yang paling dicintainya kerana kecintaan dan keta’atan kepada Allah mengatasi segala-galanya. Berikanlah anak-anak pendidikan agama dan pergaulan yang terbaik, ajarkan kepada mereka mengenal Allah dan mencintai Allah. Didik anak-anak dengan perhatian penuh, jangan mendidik anak-anak dari sisa waktu kita.
[6] Korban di kalangan Anak-anak dengan menjadikan Nabi Ismail AS sebagai teladan dalam keta’atan kepada perintah Allah serta penghormatan kepada kedua orang tua. Korbankan waktu berseronok untuk tumpu pada pengajian dan kerjaya yang halal
[7] Korban kita semua dengan mengeluarkan zakat, sedekah dan menunaikan ibadat korban bagi yang mampu. Jadikan semua yang kita miliki sebagai alat mendekat kepada Allah SWT.
Firman Allah dalam Surah Luqman ayat 17 :
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٧﴾
Maksudnya : "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 46 سورة الأنفال :
وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾
Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar)
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Ketika menghayati hikmat daripada ibadat haji dan ibadat korban maka di sana kita dapati ada titik persamaan dari sudut membina kekuatan umat yang bersatu atas dasar Islam dengan berkasih sayang atas dasar iman. Penjajahan yang berjalan sekarang bukan lagi untuk menjajah tanah tetapi agenda utama musuh adalah memecahkan umat Islam yang dulunya bersatu di bawah khalifah Islamiyah menjadikannya serpihan yang semakin kecil. Musuh melenyapkan undang-undang Islam di tanahair kita sendiri. Ekonomi dunia dikuasai bukan Islam serta tiada negara Islam tersenarai sebagai negara maju. Walaupun kita kaya, kita menjadi negara pengguna, bukan pengeluar apatah lagi pencipta untuk kebaikan manusia sejagat. Negara kita sendiri menyaksikan bagaimana beras, bahan makanan dan keperluan harian bukan orang Islam yang keluarkan. Harta dalam bandar besar tidak sampai 5% milik orang Islam. Ini semua sangat jauh dari apa yang kita harapkan sebagai bangsa yang mampu mendokong amanah memerintah. Apa yang tercerna dalam masyarakat kini perlu diproses semula dengan proses lama iaitu pendidikan. Sayangnya yang cerdik pandai di kalangan kita pantas dihantar ke luar negara dan kembali sebagai cendekiawan dan teknokrat yang sudah diacuankan dengan ideologi pemikiran ala barat serta nilai yang jauh daripada tuntutan syarak. Maka tidak hairanlah umat Islam hari ini menjadi kucar-kacir dengan kecelaruan pemikiran dan bertindak.
Umat Islam kini sudah lupa diri mereka, terhakis nilai dan keIslaman yang tulen daripada keturunan mereka. Kekuatan akal mereka disia-siakan. Musuh merasa senang untuk mengganyang Islam kerana umat Islam sudah tiada perancangan. Mereka menjadi satu umat yang sudah tidak suka membaca apatah lagi mencipta. Kekuatan amalan disia-siakan dengan penafsiran sempit, lebih banyak bercakap dan berdebat tapi tidak melaksanakan. Menjadi umat yang berteori yang hanya duduk di atas kertas sahaja sehingga menjadi umat yang lesu dan sempit segala buah fikiran. Oleh itu inilah masanya kita kena kuatkan institusi kekeluargaan, perlu fokus kepada keluarga sendiri agar menjadi unit yang jati bukan di sudut ekonomi semata-mata. Ibu bapa kena tahu apa yang anak-anak layari dan langgani. Kembalikan keluarga kita kepada neraca Islam dalam bentuk keluarga dan jamaah. Tegakkan Khilafah Islamiah bermula daripada diri sendiri seterusnya ahli keluarga, masyarakat setempat sebelum memacu kepada negeri kemudian Negara sehingga alam sejagat. Gerakan atas dasar iman ini pasti mampu meruntuhkan jahiliyyah seterusnya menghalau sebarang bentuk penjajahan oleh musuh Islam. Mampu memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa daripada kerakusan zionis Yahudi, menghentikan perang saudara di bumi Iraq, Syria, Yaman, Libya, menyekat penindasan terrhadap umat Islam Rohingya di Myanmar, Thailand dan seluruh dunia. Korbankan sifat penting diri untuk menyelamat dan membantu saudara seagama yang lain. Korbankan semangat kebangsaan sempit untuk memastikan Islam menjadi agama sejagat. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia akhirat.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam bermula hari ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti. Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah :
مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً
Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim )
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Jumaat, 11 September 2015
Perjanjian Hudaibiyah DiKenang Dakwah Islam DiKembang
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
Kini kita berada dipenghujung bulan Zulkaedah di mana beberapa hari lagi kita bakal menyambut kedatangan bulan Zulhijjah yang sarat dengan fadhilatnya. Telah ramai di kalangan umat Islam dari seluruh dunia termasuk ibubapa, adik-beradik, sanak saudara mahu pun sahabat handai kita telah dan akan bertolak menuju ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Fardhu haji. Kita doakan semoga para jemaah haji diberikan keselamatan, kesihatan, kemudahan sepanjang menunaikan ibadat di Mekah dan dianugerahkan dengan ganjaran haji mabrur yang diidamkan. Bertemunya kita dengan Zulhijjah buat sekian kalinya dalam kehidupan kita janganlah dilepaskan begitu sahaja fadhilatnya terutama 10 hari awal daripada bulah Zulhijjah di mana kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan soleh dalam menambah lagi bekalan akhirat. Al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah, ibadat korban dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat secara serentak pada bulan-bulan lain. Inilah antara tanda betapa kasih dan cintanya Allah kepada kita di mana Allah tahu setiap kita tidak mampu untuk melakukan ibadat khusus terutama amalan sunat sepanjang hari lalu dengan dianugerahkan hari-hari tertentu bagi digandakan pahala dan diampuni dosa agar umur kita yang pendek tidak menghalang daripada kita meraih pahala yang berlipat ganda dengan syarat menggunakan ruang waktu yang ada terutama dengan kedatangan hari-hari tertentu termasuk 10 hari yang awal daripada bulan Zulhijjah ini. Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري
Maksudnya : Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fathu :
لَّقَدْ صَدَقَ اللَّـهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا
Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang mukmin ketika mereka berbai’ah (janji setia) kepada engkau di bawah pohon. Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi ganjaran kepada mereka kemenangan yang dekat waktunya.
Bulan Zulkaedah pernah mencatat beberapa peristiwa besar dan bersejarah antaranya telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisy sehingga berlakunya Perjanjian antara kedua pihak di mana ulama’ berkata : “Tidak pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah Islam kemenangan yang lebih besar dari kemenangan Perjanjian Hudaibiyah. Peperangan membuat manusia saling bertembung dan membunuh. Maka, ketika ketenangan itu tiba, peperangan itu tidak diperlukan lagi. Manusia merasa aman, sebahagian daripada mereka dapat berbicara dengan sebahagian yang lainnya. Mereka bertemu sambil berbincang, berbicara dan sanggah menyanggah. Tidak ada seorang pun yang berbicara tentang Islam dan memikirkan sesuatunya, kecuali dia akan masuk Islam. Orang yang masuk Islam selama 2 tahun itu sama ramainya dengan orang yang masuk Islam sebelum Perdamaian atau bahkan lebih.” Antara hikmat daripada Perjanjian Hudaibiyah ialah :
[1] Pengakuan kaum Quraisy terhadap kedudukan kaum muslimin sehingga mereka bukan lagi dianggap penduduk Mekah yang terusir sebaliknya masyarakat yang berdaulat dan memiliki kedudukan yang diiktiraf keberadaannya.
[2] Ketenangan dengan kaum muslimin berehat dari peperangan di mana Perjanjian Hudaibiyah memberi jaminan keamanan dan ketenangan bagi kaum muslimin mahupun kaum musyrik untuk tidak menyerang satu sama lain. Peluang ini digunakan untuk mengembangkan Islam ke luar semenanjung Tanah Arab terutama raja-raja dan qabilah sekitarnya sehingga dakwah Islam bergerak lancar tanpa gangguan
[3] Perdamaian memungkinkan kaum muslimin dan kaum musyrikin bergaul dengan bebas. Perjanjian damai ini memungkinkan kaum muslimin dan kaum musyrik di Mekah mahupun Madinah bergaul dengan bebas sehingga kaum muslim bebas menonjolkan akhlak dan perilaku kehidupan mereka setelah beriman. Kaum musyrikin pun boleh menyaksikan keindahan akhlak kaum muslimin yang menjadi dakwah yang sangat efektif untuk menyentuh hati kaum musyrikin untuk mengenal seterusnya memeluk Islam.
[4] Masa perdamaian yang lama telah memungkinkan hubungan yang harmonis antara kaum muslimin dan kaum musyrik ternyata telah banyak membuka pintu hidayah bagi kaum musyrikin untuk memeluk islam.
[5] Orang-orang lemah yang telah beriman di Kota Mekah mulai berani menampakkan keIslamannya.
[6] Perjanjian Hudaibiyah turut memberi ruang untuk melemahkan pengaruh Yahudi yang banyak melakukan kekacauan di Madinah sehingga golongan ini yang terus memerangi kerajaan Islam Madinah berjaya dihalau keluar tanpa mendapat sokongan daripada golongan lain kerana mematuhi perjanjian yang dibuat
Sejarah mencatat bagaimana Perjanjian Hudaibiyah merupakan bentuk kemenangan terbesar bagi kaum muslimin tidak sebagaimana yang ditakutkan oleh para sahabat dan kaum muslimin ketika mula tertulis perjanjian tersebut.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Firman Allah dalam ayat 56-58 surah al- Anfal :
الَّذِينَ عَاهَدتَّ مِنْهُمْ ثُمَّ يَنقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّةٍ وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ ﴿٥٦﴾ فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِي الْحَرْبِ فَشَرِّدْ بِهِم مَّنْ خَلْفَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ ﴿٥٧﴾ وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِن قَوْمٍ خِيَانَةً فَانبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ
Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu). Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf). Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.
Pada hari ini kita dapat lihat dan rasa sendiri bagaimana banyak perjanjian dengan musuh Islam membawa kepada penerusan penjajahan baru bermula dengan tergadainya bumi Palestin kepada Israel selepas Peperangan Dunia Ke-2 dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki. Musuh Islam memasang jerat dengan penuh dendam kesumat terhadap umat Islam dengan perjanjian berat sebelah. Menyedari bahayanya penjajahan baru yang dulunya dinamakan globalisasi tetapi kini bergerak atas nama tertentu seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) di mana ramai menyatakan kebimbangan dengan penjajahan baru ini menyebabkan lebih banyak pengangguran, peniaga tempatan bakal gulung tikar malah hasil Negara akan disedut tanpa batasan kerana kapitalis lebih berkuasa daripada undang-undang Negara malah boleh menggugat isu akhlak dan agama. Ini bakal menambah lagi keperitan rakyat yang sedang memikul keperitan hidup dengan kenaikan kos sara hidup yang berganda ditambah lagi dengan kejatuhan nilai ringgit yang paling buruk dalam sejarah yang begitu memberi kesan termasuk Jemaah haji di Mekah apatah lagi anak-anak kita yang sedang belajar di luar Negara. Jika sebelum ini ramai pelajar kita di Negara Arab terpaksa pulang akibat peperangan maka dibimbangi yang belajar di Eropah dan lainnya terpaksa pulang akibat kejatuhan nilai ringgit yang begitu membimbangkan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soof :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾
Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Sesuai dengan keberadaan kita pada 11 September pada hari ini maka kita sama-sama memperingati bagaimana liciknya musuh Islam terutama zionis Yahudi yang merancang serangan 11 September 2001 yang lalu dengan menjadi umat Islam sebagai kambing hitam untuk menutup kejahatan mereka. Serangan ini diakui oleh dunia sebagai salah satu cara dalam melancarkan Islamphobia supaya masyarakat membenci dan menjauhi Islam namun perancangan musuh Islam tidak mampu melawan perancangan Allah yang jauh lebih hebat di mana mengikut kajian rakyat Amerika Syarikat sendiri dan Eropah berganda-ganda lebih ramai memeluk Islam selepas sejarah hitam tersebut ketika umat Islam sendiri terpaksa membayar dengan penjajahan baru di Afghanistan, Iraq dan selainnya atas alasan membasmi keganasan dunia.
Antara faktor yang membawa rakyat AS dan Eropah untuk memeluk Islam ialah:
[1] Kehidupan mereka yang sebelumnya sekuler, tidak terarah, tidak punya tujuan, hidup hanya untuk wang, hiburan dan keseronokan. Pola hidup itu menciptakan kegersangan dan kegelisahan jiwa. Mereka merasakan kekacauan hidup, tidak seperti pada orang-orang Muslim yang mereka kenal. Dalam hingar bingar dunia moden dan kemewahan yang melimpah banyak dari mereka yang merasakan kehampaan dan ketidakbahagiaan. Ketika menemukan Islam dari pembacaan Al-Qur’an, buku atau kehidupan teman Muslimnya yang sehari-harinya taat beragama, dengan mudah saja mereka masuk Islam.
[2] Merasakan ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan yang tidak pernah dirasakannya dalam agama sebelumnya seperti Kriastian. Dalam Islam mereka merasakan hubungan dengan Tuhan itu langsung dan dekat.
[3] Menemukan kebenaran yang dicari-cari selama ini apabila ajaran Islam lebih rasional atau lebih masuk akal seperti tentang keEsaan Tuhan, kemurnian kitab suci, kebangkitandan penghapusan dosa berbanding Kristian yang banyak keraguan
[4] Kaum perempuan Amerika begitu yakin Islam sangat melindungi dan menghargai perempuan di mana kedudukan perempuan dalam Islam dimuliakan dan posisinya sangat dihormati.
Perkembangan Islam di dunia Barat sesungguhnya lebih mudah karena mereka berfikiran terbuka dan umat celik huruf yang sentiasa mengkaji termasuk berkaitan Islam. Oleh itu berusahalah kita bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu agama bukan sahaja untuk amalan seharian kita malah untuk mengembang luas kepada orang bukan Islam agar mereka sekali pun tidak memeluk Islam namun sekurang-kurang tidak membenci Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Jumaat, 4 September 2015
Fitnah DiHindari, Merdeka DiHayati, Keberkatan DiDakapi
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Isra’ :
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿٣٦﴾
Maksudnya : Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Islam begitu menitikberatkan hubungan manusia sesama manusia termasuk mewajibkan kita supaya menjaga seluruh pancaindera kita daripada menceroboh dan mengkhianati manusia yang lain. Ledakan kepesatan teknologi komunikasi makin me¬nam¬bah ruang penyebaran fitnah yang merosakkan hubungan baik antara kita. Dengan kewujudan media so¬sial atas pelbagai nama dengan pelbagai peranti canggih, manusia semakin senang mencipta dan menebar fitnah. Banyak kes membuktikan media sosial menjahanamkan akhlak manusia kerana menyebarkan sesuatu berita tanpa etika dan adab. Sekiranya zaman dahulu fitnah hanya disampaikan dari mulut ke mulut secara bisikan, namun sekarang ma¬nu¬sia tidak segan silu menjaja fitnah melalui kemudahan teknologi samada komputer mahupun telefon. Apatah lagi ia sangat mudah dilakukan. Dengan hanya menaip di papan kekunci, semua orang boleh membaca se¬baran fitnah yang disasarkan. Dan mereka yang menjadi ba¬han fitnah akan menanggung akibat yang mungkin me¬ranapkan sebuah kehidupan. Fitnah juga merupakan tanda-tanda akhir zaman, di ma¬na pada zaman ini amat sukar untuk membezakan antara hak dan batil, sebagaimana ingatan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Majah :
عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خُدَّاعَاتٌ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ , وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ , وَيُخَوَّنُ فِيهَا الأَمِينُ , وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ " . قِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ : " الرَّجُلُ التَّافِهُ يَنْطِقُ فِي أَمْرِ الْعَامَةِ "
Maksudnya : Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.”
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Hujurat :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Islam mengajar kita supaya umatnya mengutamakan perkara akhirat ketika menghadapi fitnah, kerana ia akan menambah darjat seseorang yang difitnah dan mendapat kemenangan dalam erti kata yang sebenar. Kebijaksanan menguruskan fitnah berkait rapat dengan iman seseorang kerana bagi orang yang beriman dan bertakwa, mereka mempercayai hanya Allah yang boleh memberi mudarat kepada hamba-Nya. Tidak dinafikan ramai yang kecundang dalam menghadapi serangan fitnah, tidak kira kecil atau besar seseorang itu, berpendidikan tinggi, berpangkat atau marhaen. Kemampuan menghadapi fitnah ini bergantung kepada kekuatan iman dan akhlak seseorang hamba. Setinggi manapun ilmunya, jika dia tidak dapat mengurus emosi, fitnah boleh sahaja menjadi bahan pembakar dirinya. Ini kerana ilmu hanya untuk menutup kebodohan diri, ma¬nakala akhlak pula untuk seseorang itu mengawal emo¬si. Orang berilmu tanpa akhlak akan carik maruah dan kewarasannya tatkala dicakar fitnah. Oleh itu, kita disarankan supaya membalas kebaikan pada setiap kejahatan, sambil berdoa supaya orang yang zalim dan menzalimi itu berubah kepada kebaikan.
Kita juga dapat lihat bagaimana kemudahan tekonolgi maklumat menyebabkan seseorang mudah menyebarkan berita palsu termasuk mendakwa orang yang masih hidup dikatakan sudah mati dan yang paling menyedihkan dengan menyebar berita bohong untuk menakutkan orang lain seperti amaran Tsunami di Sabah, banjir besar 2 kali ganda bakal melanda Kelantan hujung tahun ini dan sebagainya. Bahayanya orang yang hatinya berpenyakit yang suka melihat orang tertipu dengan cerita bohongnya. Ibarat kata imam Hasan al-Basri bagaimana ada seorang penipu pada zamannya bila membawa cerita bohong ke Istana Khalifah dengan harapan ceritanya tersebar luas di mana bila dia kembali pulang ke rumahnya didapati isterinya telah menerima cerita bohongnya untuk diberitahu kepada dia sendiri yang mula-mula mereka cerita bohong tersebut
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Beradanya kita pada bulan Zulkaedah juga mengingatkan kita kepada suatu catatan Sejarah Islam bagaimana surat layang yang menyebarkan fitnah telah membawa kepada syahidnya Sayyidina Uthman bin Affan iaitu khalifah yang ke-3 di mana beliau memerintah selama kurang 12 hari untuk mencukupi 12 tahun. Pemerintahannya berlangsung dengan aman sehinggalah apabila memasuki tahun ketujuh iaitu tahun 30 Hijrah maka bermulanya zaman fitnah. Kebanyakan fitnah ini dimainkan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’ iaitu seorang yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam melawan Islam dari dalam. Antara usaha jahat pihak Ibnu Saba’ dan Khawarij dengan menggunakan khadam dan cop mohor Sayyidina Uthman dalam menyebarkan surat layang bahawa beliau memerintahkan supaya Gabenor Mesir membunuh anak Sayyidina Abu Bakar yang baru sahaja mendapat mandat daripada Sayyidina Uthman sendiri supaya menggantikan tempat sebagai Gabenor Mesir yang baru. Fitnah ini membuka ruang kepada pemberontak untuk mengepung Sayyidina Uthman di Madinah bermula 8 Zulkaedah tahun 35 Hijrah. Akhirnya tibalah hari Jumaat 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah yang merupakan hari terakhir bagi kehidupan dunia Sayyidina Uthman iaitu hari ke 40 daripada kepungan itu. Beliau yakin telah tibanya hari ajalnya lalu berpuasa dan banyak membaca al-Quran agar beliau mati syahid dalam keadaan berpuasa dan membaca al-Quran.
3 pimpinan Khawarij memasuki bilik beliau di mana Ghafiqi telah memukul Sayyidina Uthman dengan besi dan menyepak al-Quran yang dibaca olehnya. Al-Quran itu terus terbuka dan tetap berada di tangan Sayyidina Uthman sehingga darah yang mengalir dari muka Sayyidina Uthman terkena ayat 137 surah al-Baqarah yang berbunyi:
…………. فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّـهُ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿١٣٧﴾
Maksudnya : Maka cukuplah Allah bagi kamu daripada kejahatan mereka dan Dialah Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Selepas syahidnya Sayyidina Uthman maka orang memeriksa almarinya lalu menemui sebuah kotak yang terkunci yang terdapat sebuah bungkusan yang di dalamnya ada sehelai kertas yang tertulis : :”Ini adalah wasiat Uthman. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Uthman bin Affan bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah semata, yang tiada sekutu bagiNya dan bahawa nabi Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Sesungguhnya Syurga itu benar, Neraka itu benar dan Allah membangkitkan siapa yang ada di dalam kubur untuk menghadapi hari yang tiada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak mengengkari janji. Di atas janji ini, kita hidup dan mati serta dibangkitkan, in sya Allah”.
Sayyidina Uthman walau pun asal merupakan jutawan tetapi tidak meninggalkan kekayaan yang mewah apatah lagi untuk merompak harta rakyat dengan pelbagai cara untuk membina kekayaan berganda, jauh daripada memiliki wang derma berbilion ringgit yang meragukan yang boleh menggadaikan negara
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 34 surah al-Namlu :
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ
Maksudnya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan
Api fitnah ini terus berlangsung dan ia merupakan antara senjata utama musuh Islam dalam menjajah bumi umat Islam dari dulu hingga kini. Kita dapat baca dalam catatan sejarah bagaimana penjajah tidak mampu menawan Kerajaan Islam melainkan adanya pengkhianat dari dalam yang sanggup bersekongkol dengan penjajah asalkan hasrat mereka dalam medapatkan pangkat tercapai walau menggadai Negara sendiri. Malah peperangan saudara terutama di Negara arab pada hari ini, begitu juga kegasanasan termasuk di Thailand adalah hasil di bawah perancangan licik musuh Islam di mana akhirnya Islam dan umatnya menjadi mangsa
Sempena berada pada bulan merdeka di mana beberapa hari lagi kita bakal menyambut hari kemerdekaan Negara kali ke-58. Angka 58 tahun kemerdekaan adalah tempoh singkat berbanding dengan tempoh 446 tahun negara dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Tentulah di dalam tempoh yang begitu lama kesan penjajahan itu agak sukar untuk dihapuskan walaupun setelah merdeka. Namun itu bukanlah alasan untuk tidak membebaskan diri kita daripada minda penjajah. Ketika menikmati kemerdekaan ini ada beberapa aspek yang mana kita masih terus ‘dijajah’ khususnya dalam aspek perundangan. Umpamanya kebergantungan mahkamah sivil di Malaysia terhadap undang-undang lazim (common law) Inggeris masih lagi merupakan aspek penting di dalam penghakiman di mahkamah walaupun kita telah merdeka. Benarlah kata al-Marhum Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pondok Sungai Durian bahawa harimau mati tinggalkan belang, penjajah pergi tinggalkan undang-undang. Malah usaha dalam memperkasakan undang-undang Islam terus dihalang dengan pelbagai cara walau pun sejarah telah membuktikan bagaimana undang-undang Islam adalah system yang diguna pakai di Negara ini. Ibarat kata pemimpin gerakan Islam semasa mahu mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah bahawa kita melakukan kesefahaman politik pada hari ini dengan golongan pelbagai fahaman dan agama di mana kita berada di atas kapal masing-masing dengan tempat berlabuh masing-masing. Ada golongan yang telah lama berlabuh hanya sekadar boleh menukar pemerintah daripada kulit putih kepada sawo matang. Tetapi kita gerakan Islam terus berlayar sehinggalah kita Berjaya mengubah system penjajah kepada system Islam dalam Negara.
Oleh itu perlu kepada usaha bersungguh dalam menyebar luas kefahaman terhadap keindahan dan keadilan system Islam serta umat Islam wajib memakai akhlak Islam agar dakwah Islam lebih mudah dilihat bukannya terdinding daripada perangai buruk umat Islam sendiri. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Merdekanya kita bukan kerana berjaya menghalau penjajah yang berbangsa lain sebaliknya merdekanya kita apabila Berjaya membuang system ciptaan penjajah yang sesat seterusnya mendirikan di atasnya system Islam. Merdekakan system Islam nescaya membentuk Negara berkat, rakyat selamat
Firman Allah dalam ayat 52 surah al-Furqan :
فَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا ﴿٥٢﴾
Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Rabu, 12 Ogos 2015
Merdekakan Sistem Islam Rayakan Kemenangan
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 18 surah Az-Zumar :
الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya : Golongan yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
Kini kita mula memasuki minggu ke-4 daripada bulan Syawal yang merupakan bulan kemenangan setelah melalui sebulan tarbiah Ramadhan dalam mendidik seluruh pancaindera ke arah mentaati Allah serta menjauhi segala larangan Allah. Hakikat kemenangan tidak dapat dirasai melainkan bagi orang yang benar-benar berjuang sebagaimana laungan kemenangan yang terus diingat dan disebut-sebut oleh seluruh umat Islam terutama apabila tibanya hari raya dengan launganوأعز جنده وهزم الأحزاب وحده yang bermaksud Dan Dia (Allah) yang memulia dengan memberi kemenangan kepada tenteraNya dan mengalahkan tentera bersekutu kuffar (Ahzab) pada bulan Syawal tahun ke-5H. Laungan kemenangan ini diulang-ulang saban tahun untuk membangkitkan semangat kita dalam memperjuangkan Islam yang merupakan satu-satunya agama atau cara hidup yang sempurna dan benar. Tidak dikira berjaya jika hanya mengekang hawa nafsu pada bulan Ramadhan tetapi kembali bertuhankan hawa nafsu pada bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya termasuk hanyut dengan hiburan melampau, pergaulan bebas, mendedah aurat, meninggalkan kewajipan agama, bergelumang dengan maksiat. Tidak dikira berjaya setelah berjaya membersihkan diri daripada najis dosa pada bulan Ramadhan tetapi kembali mengotorinya dengan pelbagai dosa maksiat bila berlalunya Ramadhan. Orang yang benar-benar berjaya hanyalah orang yang berjaya mengawal hawa nafsu setiap masa dan tempat serta melaksanakan seluruh sistem Islam dalam kehidupan seharian. Orang yang gagal pula orang yang mendakwa dia telah menang mengalahkan hawa nafsu sedangkan cara hidupnya bertunjangkan hawa nafsu serta meletakkan sistem al-Quran dipunggung ketika sistem jahiliah disanjung
Firman Allah dalam ayat 9 dan 10 surah as-Syamsi :
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 34 surah al-Namlu :
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ
Ertinya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan
Begitu juga sekarang ini kita telah mula berada pada minggu pertama daripada bulan Ogos yang merupakan bulan menyambut kemerdekaan negara. Sebagaimana sambutan raya yang telah dikotori dengan perangai orang yang kalah kepada hawa nafsu begitulah juga dengan sambutan merdeka yang lebih memuja penjajah bukan benci kepada penjajahan. Cara sambutan kemerdekaan bukan sahaja tidak berterima kasih kepada pejuang kemerdekaan yang sanggup mati untuk menghalau penjajah malah tidak bersyukur kepada Allah dengan melakukan maksiat. Akhirnya laungan merdeka menjadi nyanyian yang melalaikan ketika sistem penjajah terus menguasai jiwa dan negara yang menyaksikan bukan sahaja jenayah bertambah ganas dan parah malah maruah Islam dan umatnya semakin tercalar.
Jika tarbiah Ramadhan bila benar-benar dihayati mampu memerdekakan diri kita daripada penjajahan hawa nafsu dan Syaitan maka untuk melahirkan umat merdeka yang benar-benar merdeka ialah dengan memastikan hati kita hidup kerana hati mati tidak mampu merasai bahayanya penjajahan dan beruntungnya bila merdeka. Antara perkara yang wajib dilakukan untuk ubati penyakit hati mati sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Ibrahim Adham iaitu dengan 5 cara iaitu [1] Memperbanyakkan membaca al-Quran, memahami isi kandungannya seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan seharian. [2] Banyakkan puasa sunat disamping menjaga yang wajib [3] Latih diri untuk bangun beribadat pada malam hari yang merupakan antara waktu dimaqbulkan doa dan tenang untuk bermunajat kepada Allah. [4] Sentiasa hadir ke majlis ilmu dalam menambah apa yang kurang, memperingat semula apa yang lupa, mempebetulkan kembali apa yang tersalah serta sentiasa mendampingi orang yang soleh. [5] Banyak berfikir tentang hubungan kita dengan Allah diwaktu sunyi agar kita dapat menghitung diri dari segi amal ibadat dan taubat atas segala dosa yang dilakukan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sempena berada pada bulan kemerdekaan juga marilah kita hayatilah erti sebenar sebuah kemerdekaan sebagaimana ungkapan Rub’ie bin ‘Amir ketika beliau bertemu panglima tentera Rom yang bernama Rustum:
نَحْنُ قَوْمٌ انبْعَثَناَ اللهُ لِنُخْرِجَ الناَّسَ مِنْ عِبَادَةِ غَيْرِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللهِ، وَمِنْ جُوْرِ الأَدْياَنِ إِلَى عَدْلِ الإِسْلاَمِ، وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْياَ إِلَى سَعَةِ الآخِرَةِ”
Maksudnya : “Kami kaum yang datang untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada menyembah Allah, daripada kezaliman agama-agama sesat kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat”
Antara kemerdekaan yang mesti kita lakukan ialah [1] memerdekakan diri, keluarga, masyarakat seterusnya negara daripada menyekutui Allah dari segi penyembahan dan pergantungan hidup. Malangnya apabila pengisian merdeka terus diisi dengan sistem penjajah sehingga sistem Islam dianggap asing, pelik dan tidak sesuai sedangkan sistem Islam telah menjadi sistem hidup sebelum kedatangan penjajah. Kita begitu kecewa dengan kenyataan seorang menteri yang meminta agar Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem kerana menganggap isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton. Sedangkan kita semua sedar bagaimana rancangan TV banyak merosakkan cara berfikir dan cara hidup masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja. Kita baru dikejutkan dengn isu seorang kanak-kanak berumur 11 tahun melahirkan anak 2 hari lepas. Ingatlah bahawa Filem juga merupakan antara penjajahan kuffar terhadap umat Islam
[2] memerdekakan diri, keluarga, masyarakat seterusnya negara daripada menyembah sesama manusia supaya hilangnya sikap manusia yang mempercayai dan mengikut kata-kata dan perbuatan orang berpangkat, berharta secara membuta tuli walau pun jelas bercanggah daripada Islam. Ini dapat mengelak daripada terus suburnya undang-undang rimba di mana yang kuat menindas yang lemah, yang kaya memeras golongan miskin, yang berkuasa menzalimi rakyat jelata. Akibat menerima secara bulat-bulat berita yang diterima daripada media massa termasuk TV, radio, akhbar tanpa menapisnya berdasarkan maklumat dan ilmu yang benar menyebabkan kezaliman dan penindasan terus berlaku dalam negara. Kita terlalu bimbang dengan keadaan dalam negara termasuk isu tekanan kepada penjawat awam dan mereka yang mencari dan mendedahkan kebenaran sebagaimana yang berlaku kepada Surahanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Isu derma kepada pemimpin sebanyak 2.6 bilion iaitu melebihi kutipan zakat oleh 14 buah majlis agama Islam negeri yang turut membahayakan negara jika dibiarkan berlalu begitu sahaja. Oleh itu dalam memastikan kepimpinan tidak dijajah oleh hawa nafsu maka pastikan ia dipilih berdasarkan agama bukannya hawa nafsu. Renungilah kata-kata Saidina Abu Bakar setelah dipilih menjadi Khalifah: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah dilantik untuk memimpin kamu semua sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu. Jika aku melakukan kebaikan, maka bantulah aku. Manakala jika aku melakukan keburukan, maka perbetulkanlah aku” .
[3] memerdekakan diri, keluarga, masyarakat seterusnya negara daripada sebarang bentuk kezaliman sistem manusia, perbuatan keji dan mungkar dalam kehidupan. Oleh itu kita dapat melihat bagaimana bila mahu mengembalikan semula sistem Islam dalam negara maka suara yang menentang kepada usaha ini banyak datangnya daripada umat Islam sendiri. Dalam masa yang sama golongan anti-Islam dengan penuh perancangan rapi dan teratur berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan undang-undang yang menghalalkan murtad, menghalalkan budaya songsang dapat diluluskan dalam negara.
Firman Allah S.W.T dalam ayat 17 surah az-Zumar :
وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَن يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّـهِ لَهُمُ الْبُشْرَىٰ ۚ فَبَشِّرْ عِبَادِ
Maksudnya : Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu -
Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,
Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Sof :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
Ketika menyoroti kemerdekaan negara juga maka kita jangan mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakan negara arab di mana mereka menjadikan tarikh menyambut merdeka adalah tarikh kejatuhan khilafah Uthmaniah Turki yang mereka gulingkan akibat semangat kebangsaan sempit apabila penjajah mengapi-apikan bahawa Khilafah Uthmaniah adalah untuk orang Turki yang mesti ditentang oleh orang arab. Akhirnya hampir 100 tahun kejatuhan Uthmaniah yang menyaksikan umat Islam hilang suatu pemerintahan yang mampu mengawal dan menjaga kita. Begitu juga kejatuhan Masjid Aqsa dan bumi Palestin kepada zionis Yahudi hingga hari ini. Antara keganasan terbaru zionis Yahudi di Palestin ialah sekatan terhadap umat Islam yang ingin masuk Masjid Aqsa sehingga berlakunya pertempuran. Begitu juga pada 31 Julai lepas, pendatang Yahudi bertindak membakar rumah penduduk Palestin yang turut menyebabkan seorang kanak-kanak berumur 18 bulan mati terbakar dan ahli keluarganya melecur. Oleh itulah marilah sama-sama bersatu atas dasar Islam dalam mengembalikan pemerintahan Islam agar maruah kita terbela dan nasib kita terjaga. Merdekakan diri dan pemikiran kita daripada penjajahan jahiliah agar kita dapat menjulang kembali kegemilangan sistem Islam.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Jumaat, 24 Julai 2015
Istiqamah Bentuk Umat Cemerlang Negara Gemilang
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 30 surah Fussilat :
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠﴾
Maksudnya : Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu
Kini kita mula memasuki minggu ke-2 daripada bulan Syawal di mana kemeriahan sambutan Aidilfitri terus hangat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama dengan rumah terbuka silih berganti. Hiasi rumah terbuka dengan ajaran Islam antaranya jangan cemari dengan pergaulan bebas, hiburan melampau, pakaian mendedah aurat, pembaziran. Rumah terbuka juga mesti mengutamakan golongan miskin bukannya hanya menjamu golongan kaya yang sedia kenyang sahaja, mengutamakan jiran tetangga bukan tertumpu kepada tetamu yang jauh sahaja agar matlamat merapatkan lagi silaturrahim dicapai bukannya memberi keutamaan kepada setengah golongan sahaja dengan meminggirkan golongan yang lebih utama yang lain. Kemeriahan menyambut hari raya tidak sepatutnya melupakan kita kepada tarbiah Ramadhan yang begitu bermakna dalam mengubah seterusnya membentuk diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa dari setiap segi samada dari sudut ibadat khusus, ibadat umum yang meliputi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Contohilah cara yang pernah ditunjukkan oleh ulama terdahulu yang sangat mengambil berat mengenai Ramadan sehinggakan selepas berlalunya bulan mulia itu, mereka memanjatkan doa yang sama sepanjang 6 bulan selepasnya, memohon semua amal ibadah dilakukan pada bulan Ramadhan lalu diterima oleh Allah. 6 bulan seterusnya, mereka menadah tangan pula memohon doa supaya Allah memanjangkan usia mereka sehingga dapat bertemu dan beribadah lagi pada Ramadan akan datang. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah menerima amalan soleh, mengampunkan dosa seterusnya memberikan keizinan bertemu dengan Ramadan akan dating. Ingatlah bahawa kita bukan sahaja mahu bergembira menyambut hari raya di dunia fana ini sahaja malah yang lebih penting ialah berhari raya dalam Syurga Allah di akhirat kelak.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 204-205 surah al-A’araf:
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿٢٠٤﴾ وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ ﴿٢٠٥﴾
Maksudnya : Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Suatu kajian menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan yang sentiasa dibuat berulangkali dalam suatu tempoh tertentu boleh menimbulkan perasaan untuk terus melakukannya bila berjaya dihayati. Menyedari perkara ini maka kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mengekalkan momentum tarbiah Ramadhan dengan sama-sama mengekalkan amalan soleh yang telah kita jayakan pada bulan Ramadhan lalu antaranya memperbanyakkan bacaan al-Quran seterusnya tadabbur makna dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Pastikan program membaca al-Quran ada dalam jadual harian kita supaya tidak menjadikan alasan sibuk untuk tidak membaca al-Quran sedangkan masa untuk berbual, menonton tv, bermain sukan sentiasa ada dalam jadual walau sesibuk mana pun kita. Kita tidak mahu menjadi manusia yang lalai dengan kehidupan dunia sehingga lupa kepada akhirat
قال النبي (ص) : مَن قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ فِي لَيلَةٍ لَم يُكتَبْ مِنَ الغَافِلِينَ
- رواه الحاكم في المستدرك
Maksudnya : Sesiapa yang membaca 10 ayat (daripada al-Quran) pada malam hari, maka dia tidak termasuk orang-orang yang lalai.”
Imam Nawawi mengatakan dalam kitab Al-Adzkar : “Ketahuilah bahawa bacaan Al-Qur’an merupakan zikir yang utama, maka hendaknya dibiasakan. Jangan sampai berlalunya sehari semalam tanpa membaca al-Quran. Hal tersebut dapat diraih dengan sekadar membaca ayat meskipun sedikit”.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Begitu juga dengan tarbiah solat berjemaah jangan diabaikan setelah berlalunya Ramadhan kerana inilah antara jalan mudah untuk mengumpul bekalan akhirat. Bayangkan perbezaan jelas pahala antara orang yang solat Jemaah dengan 27 kali ganda berbanding orang yang solat seorang diri. Jika sehari orang yang solat berjemaah mengumpul 135 pahala sedangkan yang solat seorang diri hanya 5. Bayangkan jika seminggu, sebulan, setahun, sepuluh tahun berapa banyak lagi perbezaan yang jelas ketara dapat dilihat. Begitu juga dengan orang yang dapat istiqamah dengan solat sunat terutama yang mengiringi solat 5 waktu
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) مَنْ ثَابَرَ عَلَى اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ . – رواه الترمذي والنسائي
Maksudnya : Sesiapa menjaga dalam mengerjakan solat sunat 12 rakaat, maka Allah akan membangunkan mahligai untuknya di Syurga, iaitu 4 rakaat sebelum Zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya` dan 2 rakaat sebelum Subuh.
Malah menurut kajian sains bagaimana solat berperanan sebagaimana senaman yang memboleh membakar kalori serta boleh memanjangkan umur kerana ia begitu baik untuk kesihatan. Oleh itu begitu malang bagi sesiapa yang meninggalkan solat yang bukan sahaja bakal diseksa di akhirat malah turut rugi di dunia lagi
Firman Allah dalam ayat 42-43 surah al-Mudassir:
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ ﴿٤٢﴾ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ ﴿٤٣﴾
Maksudnya : (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?" Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
Sidang Jumaat dirahmati Allah,
Antara sikap manusia yang cerdik ialah orang yang bersungguh membuat suatu perkara yang mudah tapi hasilnya berganda, amalan sedikit tetapi hasil banyak. Oleh itu masukkan diri kita sebagai manusia yang cerdik dengan sama-sama menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal sebagai menyahut seruan nabi s.a.w
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ - رواه مسلم
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Tarbiah Ramadhan juga mengajak kita merasai kesusahan dan keperitan orang lain. Seorang Raja juga berpuasa, seorang menteri juga berpuasa, seorang ulama juga berpuasa, si kaya juga berpuasa bahkan si miskin meneruskan kebiasaannya berlapar dengan sama-sama berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Apabila setiap anggota masyarakat mengambil kira kesusahan orang lain sebagai neraca membuat keputusan dan tindakan, maka makin mengecillah jurang persengkitaan akibat rasa tidak puas hati. Meletakkan kepentingan orang lebih utama dari kepentingan diri sendiri. Rasa bersaudara kembarnya adalah kegembiraan dan kesusahan dapat dikongsi bersama. Bukannya kegembiraan dinikmati bersendirian tetapi kesusahan dipaksa kongsi bersama. Seorang ulama akan memberi nasihat yang benar bukan kerana kepentingan dirinya tetapi kerana menghayati kesusahan orang kebanyakan. Seorang pemimpin akan membuat polisi bukan kerana kepentingan dirinya tetapi kerana menghayati kesusahan orang kebanyakan.
Pengurusan sikap sebagai pemimpin oleh Umar al Khattab ketika menghadapi krisis ekonomi yang sangat meruncing sangat baik dijadikan teladan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika berlaku krisis ekonomi yang berlaku selama 9 bulan bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, baginda juga cemerlang dalam pendirian dan sikap. Baginda r.a tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. Sayyidina Umar enggan makan bahkan berkata:
“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”.
Dalam ungkapannya yang lain :“Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagianyang baik lalu aku berikan kepada rakyat makan yang sisa”
Kita mesti berkongsi rasa, saat rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, berkira-kira untuk membeli sebotol ubat , dulu makan berlebih lauk tapi kali ini berlebih kuah, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, Janganlah hati kita menjadi kematu lantaran hidup sentiasa senang. Garis ukur kita sebagai ‘berjiwa rakyat’, bukan sekadar makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Tetapi rasailah apa yang rakyat rasai. Jangan rakyat diikat kaki tangan dengan GST kemudian dijerut kepala dengan ditarik subsidi sedangkan gaji pemimpin terus naik ketika kemampuan rakyat semakin menurun
Rakyat biasa yang sering berkongsi rasa susah, tidak akan kekok menghulurkan bantuan walaupun dirinya juga susah. Rakyat Acheh yang tidaklah semewah mana hidup mereka tetapi tatkala beberapa negara berkira-kira untuk menyelamatkan bahtera hanyut etnik Ronghinya di awal krisis dahulu, merekalah yang paling awal menghulurkan bantuan seadanya. Bayangkan betapa indahnya jika tiga serangkai ini ulama-pemipin-rakyat mempunyai rahmah kasih sayang yang luar biasa maka hidup kita akan menjadi rukun damai jauh dari persengketaan. Persengketaan amat mudah tercetus apabila masyarakat merasa tersisih dan rasa tidak diadili dan penuh rasa tidak puas hati. Semoga tarbiah Ramadhan dan sinar Syawal membawa erti persaudaraan , bukan dikatakan mukmin jika sentiasa hidup dalam perbalahan sedangkan kekufuran itu menangguk kegembiraan di atas perpecahan sesama muslim.
Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,
لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ - رواه أبو دأود والترمذي
Maksudnya : Rasa kasih sayang tidak akan dicabut kecuali dari orang yang celaka.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Langgan:
Catatan (Atom)