Jumaat, 5 November 2021

Khutbah Jumaat : Syariat Nabi s.a.w DiMartabat, Arak Judi DiSekat

السلام عليكمالحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalianFirman Allah dalam ayat 107 surah al-Anbiya’ :وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ ‎﴿١٠٧﴾Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.Sesugguhnya kehidupan masyarakat jahiliyyah di zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. berada dalam keadaan huru hara dan penuh dengan keserabutan, kerana masyarakat Makkah khususnya boleh disifatkan sebagai masyarakat yang tidak bertamadun kerana melakukan jenayah-jenayah yang dianggap kecil bagi mereka. Jenayah seperti pembunuhan anak-anak perempuan dengan pelbagai alasan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras, berjudi, berfoya-foya, berzina, meminum arak sudah menjadi budaya biasa bagi masyarakat jahiliyyah tersebut, dan mereka mempertahankan perbuatan jenayah itu dan menganggapnya sebagai perkara yang membawa kepada tamadun mereka. Mana-mana pihak yang cuba menghalang apa yang telah menjadi darah daging mereka termasuk penyembahan berhala, pasti akan ditentang habis-habisan walau dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa menggadai nyawa semata-mata untuk berkorban kepada Tuhan-tuhan mereka.Oleh itu, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang diiringi rahmat daripada Allah amat diperlukan oleh segenap makhluk yang ada di muka bumi ini, sama ada makhluk bernama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain Ini kerana rahmat itu seperti dalam Tafsir Imam Al-Baidhawi menyebutkan bahawa secara bahasa rahmat berarti : kelembutan hati dan perasaan melindungi yang mendorong untuk memberi dan berbuat baik. Dari sini diambil kata rahim wanita kerana dia melindungi apa yang ada di dalamnya.Dengan pengertian kata rahmat seperti ini, maka tujuan Rasulullah s.a.w. diutus beserta seluruh isi serta cara penyampaian risalahnya adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada seluruh semesta alam. Misi baginda bukanlah untuk membawa bencana dan keresahan di muka bumi.Dari sini terlihat bahawa misi Nabi Muhammad s.a.w. adalah menjaga dan mengembangkan sifat rahmat yang telah dipersiapkan dalam jiwa kita sejak kita masih dalam kandungan. Dan sampai saat kita meninggalpun kita mengharap untuk masuk dalam lingkaran rahmat itu dengan ungkapan “almarhum” yang bererti memperolehi rahmat, kelembutan dan perlindungan.Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَMaksudnya: “Wahai orang yang beriman! Ketahuilah sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan anak panah ialah perbuatan yang keji daripada amalan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.Antara rahmat pengutusan nabi Muhammad s.a.w yang dapat dirasai ialah dengan pengharaman judi di mana kita semua maklum tentang akibat buruk tabiat berjudi yang bukan sahaja mendatangkan kerosakan kepada kaki judi malah memporak peranda rumahtangga dan memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Malah bila kita membuat kajian di mana didapati bukan Islam sahaja mengharamkan judi malah agama lain turut meletakkan judi sebagai perbuatan buruk. Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”.Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur ‘Ratapan si Penjudi’ (Gambler’s Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya ‘seorang dalam sejuta sahaja’ yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.Di Amerika Syarikat sendiri, walaupun di peringat Pusat membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya di mana kebanyakan negeri masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Oleh itu kita sebagai negara yang Islam adalah tunggak agama rasmi sewajibnya membanteras amalan judi bukan menyuburkannya agar dijauhi daripada laknat dan kemurkaan AllahSidang Jumaat yang dirahmati Allah,Sabda Baginda SAW:‌لَيَشْرَبَنَّ ‌نَاسٌ ‌مِنْ ‌أُمَّتِي ‌الْخَمْرَ، ‌يُسَمُّونَهَا ‌بِغَيْرِ اسْمِهَا. – رواه أبو دأود وابن ماجهMaksudnya : “Demi sesungguhnya ada dalam kalangan umatku yang meminum arak, sehingga menamakannya dengan bukan nama asalnya (menukar namanya bagi mengelirukan).” Rahmat pengutusan nabi Muhammad s.a.w juga dapat dirasai apabila syariat Islam mengharamkan arak dan bahan sepertinya kerana memabukkan, sehingga menghilangkan dan merosakkan akal manusia. Selain itu, ia menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit lain yang membahayakan jasad, meruntuhkan akhlak, sehingga merosakkan keluarga dan masyarakat, serta memesongkan hikmah manusia itu diciptakan.Bahkan, semua agama pada asalnya juga mengharamkan arak kerana masing-masing berasaskan panduan Islam yang menjadi agama fitrah manusia. Namun, para agamawannya yang terdiri daripada kalangan paderi, pendeta dan sami telah meminda agama asalnya. Sehingga kemudiannya menghalalkan arak, bahkan ada yang memasukkan arak dalam upacara keagamaannya.Mudarat arak sangat besar lebih daripada faedahnya yang sedikit, dan ia sekali-kali tidak mampu menimbus kerugian akibat mudaratnya kepada diri manusia. Maka, menolak perkara yang memudaratkan diri sendiri itu adalah lebih baik. Dalam pada itu, perbelanjaan bagi menghadapi penyakit dan akibat keburukannya juga lebih mahal daripada harga faedahnya termasuklah cukai itu sendiri. Arak sebenarnya merugikan kehidupan manusia sehinggalah keluarga, masyarakat dan negaraSempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia, di bulan kelahiran nabi Muhammad s.a.w yang mulia maka kita mendesak agar kerajaan lebih tegas dalam menangani masalah Penggunaan jenama arak dengan perkataan bahasa Melayu seperti ‘Timah’. Ia mesti ditarik dan diubah serta-merta, di samping gambar yang digunakan juga hendaklah tidak menyentuh sensitiviti masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti, demi keharmonian negara.Adalah dinasihatkan pihak-pihak berkaitan agar lebih sensitif dan peka terhadap isu-isu sebegini yang berpotensi mengancam perpaduan dan keamanan masyarakat berbilang kaum. Memelihara kerukunan masyarakat dan tidak melanggar batas-batas yang boleh mengancam kestabilan hidup dan menggugat keharmonian umat Islam adalah menjadi teras kestabilan negara ini. Ketika kita masih berada suasana musibah wabak covid-19 sepatutnya kita mencari sebanyak mungkin jalan agar Allah mengangkat musibah yang merbahaya ini bukannya mencari nahas dengan menjemput bala Allah yang merugikan kita dunia akhirat. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Firman Allah dalam ayat 90 surah al-Ma’idah :وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ‎﴿٣٠﴾‏Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan