Jumaat, 21 Mei 2021
Khutbah Jumaat : Syawal Semarakkan Jihad Sekat Keganasan Zionis Yahudi
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 8-10 surah al-Syamsu :
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Setiap graduan yang telah berjaya dalam pengajiannya wajib membuktikan kejayaannya dengan mencurah khidmat mengikut bidang yang diceburi barulah diiktiraf sebagai graduan yang benar-benar berjaya bukan setakat membawa sijil ke hulu-hilir tanpa menunjukkan hasilnya. Begitulah juga dengan graduan universiti Ramadhan bukan setakat berbangga kerana dapat berpuasa sebulan sebaliknya kesan daripada tarbiah Ramadhan dengan mengekalkan amalan soleh, sifat terpuji dalam diri serta ketaatan kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan pada 11 bulan yang lain dapat dilihat jelas dalam kehidupan seharian. Betapa beruntungnya orang-orang yang telah menyempurnakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, begitu juga yang sedang menunaikannya. Bagi yang belum memulakannya atau tak pernah menunaikannya sebelum ini maka marilah kita sama-sama membuktikan bahawa tarbiah Ramadhan lepas telah berjaya mengubah kita ke arah menjadi hamba Allah bukan setakat hamba Ramadhan yang hanya baik pada bukan Ramadhan sahaja manakala pada bulan lain kembali menjadi pengikut setia kepada hawa nafsu. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ - رواه مسلم
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
Abu Said Al-Khudri RA berkata: Rasulullah saw bersabda
مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا - رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 64 surah al-Ma’idah’ :
﴿…وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ٦٤﴾
’Maksudnya : “…Dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian antara mereka hingga Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula secara terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedangkan Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.”
Ramadhan dan Syawal tahun ini bumi Palestin begitu rakus diserang oleh rejim Zionis Israel. Angka kematian dan kecederaan rakyat Palestin dijangka terus meningkat saban hari apabila rejim Zionis Israel mempergiatkan serangan dari semasa ke semasa. Alhamdulillah kita melihat kesedaran rakyat Malaysia khususnya anak muda bersatu hati menentang kezaliman Zionis Israel melalui media sosial. Isu yang berlaku di Palestin ini adalah isu penting untuk menyatukan hati umat Islam yang beriman dan kasih kepada tanah suci Baitul Maqdis. Seharusnya seluruh umat Islam khususnya negara Arab dan negara Islam lantang menentang tindakan zalim Zionis Israel, namun malangnya ada sebahagian negara-negara ini melaksanakan dasar normalisasi dengan negara haram Israel yang salah dan sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Kita mahu Zionis Israel dan negara-negara Arab bertanggungjawab atas kematian para syuhada, kemusnahan bangunan, dan kecederaan rakyat Palestin yang tidak berdosa. Semua pihak sepatutnya berusaha mencari solusi yang lebih tegas dan konkrit termasuk mengenakan tekanan politik dan pemencilan antarabangsa ke atas rejim Zionis Israel ini.
Negara umat Islam yang kaya dengan hasil bumi dan kepakaran tenaga manusia tetapi hilang keizzahan akibat tidak bersatu dan termakan dengan peluru musuh Islam yang memainkan sentimen mazhab dan perkauman. Oleh itu, kita menyeru dan mengajak seluruh umat Islam di Malaysia, negara-negara Islam dan masyarakat antarabangsa untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Zionis Israel dan mengambil tindakan politik yang lebih keras dengan pemencilan terhadap negara haram Israel yang melampaui batas undang-undang dan kemanusiaan.
Kita mesti bersatu padu atas dasar keimanan dan kemanusiaan untuk bersama membebaskan bumi Palestin serta membela hak rakyat Palestin. Usaha murni yang disambung daripada generasi terdahulu ini diharapkan dapat diperluaskan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia dengan bersama-sama menggerakkan bantuan kemanusian dan membantu perjuangan suci Palestin ini.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,
Israel sudah menjadi negara pengganas selama 73 tahun, tempoh yang bermula setelah berlakunya peristiwa al-Nakbah pada 15 Mei 1948. Al-Quran telah menyatakan bahawa keganasan yang paling kejam terhadap manusia dilakukan oleh kaum Yahudi. Sekali gus menyebabkan mereka menjadi kaum yang paling hina, setelah mereka diberikan kemuliaan oleh Allah SWT. Sebagaimana yang telah dijelaskan melalui firman-Nya dalam ayat 61 Surah al-Baqarah:
﴿…وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ٦١﴾
Maksudnya…Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal yang demikian itu, disebabkan mereka kufur (mengingkari) terhadap ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh para nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Oleh yang demikian, perkara itu berlaku kerana mereka menderhakai Allah dan mereka pula sentiasa melampaui batas.”
Kesimpulan yang kita dapati dengan perangai jahat dan tidak berperikemanusiaan Yahudi yang menyerang sesiapa sahaja secara membuta tuli kerana inilah aqidah yang ditanamkan oleh mereka di dalam kitabTalmud sejak mereka kecil lagi sedangkan aqidah yang mereka ajarkan itu aqidah yang batil! Lihatlah bagaimana Yahudi boleh bangkit sekalipun dengan aqidah yang batil dan palsu ini?. Antara aqidah ganas yang ditanamkan ialah
1. Orang lain selain Yahudi adalah seperti anjing-anjing
2. Umat-umat di luar agama Yahudi, bukan hanya anjing-anjing, bahkan juga keldai
3. Rumah-rumah selain Yahudi adalah kadang-kadang haiwan
4. Diharamkan ke atas Yahudi untuk menyelamatkan walaupun seorang ‘orang asing’ (selain Yahudi)
5.Orang yang membunuh selain Yahudi akan diganjarkan dengan kekal dalam syurga al-Firdaus
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Isra’ :
ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا ﴿٦﴾
Maksudnya : Kemudian Kami berikan kepadamu giliran sekali lagi (buat kali kedua) untuk mengalahkan mereka kembali (umat Islam) dan Kami limpahkan kamu dengan harta kekayaan dan anak pinak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.
Ketika merenung kepada giliran kalah dan menang, memimpin dan terjajahnya umat Islam dari dulu hingga kini maka ia bergantung kepada sejauh mana kita berjaya melaksanakan kewajipan agama dalam kehidupan dan juga pergantungan kita dengan Allah. Malah ketika melihat kejayaan zionis Yahudi dalam menguasai dunia pada hari ini maka kita renungi suatu tafsiran Ulama’ berkaitan ayat 6 surah al-Isra’ di mana ia merupakan ayat yang sangat jelas menunjukkan kerosakan dan kebinasaan yang akan dilakukan oleh orang-orang Yahudi buat kali kedua malahan ianya disokong dengan 4 perkara sebagaimana yang disebut di dalam ayat ini.
[1] Perkataan (الْكَرَّةَ) di dalam ayat ini membawa makna Negara. Iaitu di akhir zaman nanti orang-orang Yahudi akan mendapat sebuah negara untuk tempat tinggal mereka, walaupun sepanjang sejarah Yahudi, tidak pernah mempunyai sebuah negara, negara di sini sudah tentulah bermaksud Baitulmaqdis sendiri.
[2] Yahudi akan mempunyai ekonomi yang kukuh. Sebagaimana dijelaskan di dalam ayat (وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ) yg bermaksud kami limpahkan kamu dengan harta benda. Jelas kepada kita bahawa pada hari ini ekonomi dunia dikuasai oleh oleh Yahudi.
[3] Yahudi akan mempunyai keturunan yang ramai. Sebagaimana di dalam ayat ini yang menyebut kalimah (وَبَنِينَ) bermaksud anak pinak. Lihatlah pada hari ini orang-orang Yahudi telah lama mengembangkan keturunannya dengan mengahwinkan anak-anak perempuan mereka dengan berbagai bangsa dan keturunan yang ada di dunia. Bahkan bangsa mereka telah berjaya menguasai banyak orang-orang besar politik dunia hanya dengan mengahwinkan anak-anak perempuan cantik mereka.
[4] Yahudi akan mempunyai pasukan tentera yang ramai. Ini jelas di dalam tafsiran ayat (أَكْثَرَ نَفِيرًا) yang ditafsirkan oleh setengah Ulama’ dengan makna pasukan tentera. Pada hari ini kita telah melihat bagaimana kelengkapan persenjataan ketenteraan yang terdapat pada askar-askar Yahudi, ditambah pula dengan sokongan oleh Barat terutamanya Amerika dan selainnya. Semuanya ini menunjukkan bahawa mereka sudah mula mempunyai kekuatan ketenteraan berbeza dengan sejarah kaum Yahudi sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki yang tidak pernah mempunyai sebarang kekuatan dari sudut ketenteraan. Kejayaan yahudi dalam menguasai ekonomi, ketenteraan dan system maklumat kerana bergerak atas dasar organisasi tersusun sedangkan umat Islam dipecahkan sehingga diambil peluang oleh musuh untuk terus menjajah kita
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang mulia, di bulan Syawal yang mulia ini Di Rumah Allah yang mulia ini maka kita mengutuk tindakan kejam zionis yahudi yang terus membedil Gaza, pembantaian skala besar dihadapkan kepada umat Islam Palestin yang berjuang untuk membebaskan al-Quds. Bedilan udara zionis meratah jasad manusia yang tak berdosa terutama orang tua dan kana-kanak. Sedarlah kita bahawa untuk mencapai kemenangan tidak cukup sekadar menitis air mata tetapi mesti berkorban segala apa yang ada termasuk menumpahkan darah ke bumi dalam memerdekakan Masjid Aqsa dan Palestin. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam serta yakin bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis yahudi dapat dihentikan. Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah.
Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْخَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ: Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan