Isnin, 27 Mei 2019

Khutbah Aidil Fitri 1440H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 12 surah Luqman : وَلَقَدْ آتَيْنَا لُقْمَانَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّـهِ ۚ وَمَن يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّـهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ ﴿١٢﴾ Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Anugerah hari raya ini dikurniakan oleh Allah setelah melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Hari raya merupakan hari menzahirkan kesyukuran atas nikmat yang begitu banyak terutama diberikan kekuatan dalam menunaikan ibadat puasa Ramadhan serta merebut segala fadhilatnya. Syukur merupakan salah satu ciri hamba Allah yang bertaqwa di mana antara makna Syukur adalah sentiasa menisbahkan setiap nikmat yang didapatnya kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa hanya atas takdir dan rahmat Allah semata lah nikmat tersebut mampu diperolehi. Sedangkan orang yang kufur nikmat sentiasa lupa akan perkara ini. Tanda syukur dapat dilaksana dengan 3 cara iaitu melalui lisan dengan pujian dan mengucapkan kesedaran diri bahawa dia telah diberi nikmat. Melalui hati, berupa persaksian dan kecintaan kepada Allah. Melalui anggota badan, berupa kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Sifat syukur akan mendatangkan banyak kelebihan antaranya menunjukkan tahap keimanan seseorang, datangnya redha Allah, dijauhi daripada azab Allah, ditambah nikmat oleh Allah dan dijanjikan dengan ganjaran besar dunia dan akhirat. Adalah amat malang bila proses pembersihan dari dosa sepanjang Ramadhan kembali dicemar dengan dosa maksiat bila tiba hari raya. Ingatlah bila kita ketagih dengan dosa menyebabkan hilang ketenangan dari dalam hati, Allah akan menyulitkan setiap urusan dalam hidup, terasa berat dan malas untuk melakukan ketaatan, menghilangkan keberkatan umur, menutup mata hati sehingga keras hati, mendatangkan laknat Allah dan menghalangi doa malaikat dan Rasulullah s.a.w. Imam Bukhari menyebutkan ucapan sahabat yang mulia Ibnu Mas’ud RA: إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوْبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوْبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا Maksudnya : Seorang mukmin memandang dosa-dosanya seakan-akan dia duduk di bawah sebuah gunung yang ditakutkan akan jatuh menimpanya. Sementara seorang pendosa memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya di mana dia cukup mengibaskan tangannya untuk mengusir lalat tersebut. Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 24 surah al-Isra’ : وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا ﴿٢٤﴾ Maksudnya : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua ibubapa kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." Hari raya juga hari menyebarkan kasih sayang di mana dalam kehidupan kita ada 2 hubungan yang wajib dijaga iaitu pertama hubungan kita sebagai hamba dengan Allah dengan menunaikan segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya. Keduanya hubungan kita sesama manusia bermula dengan penghormatan kepada ibubapa dan seterusnya mengambil berat tentang ahli masyarakat yang lain. Jangan jadi hubungan kita dengan ibubapa yang masih hidup sebagaimana sebahagian masyarakat barat yang renggang sehingga terpaksa dibuat hari ibu atau hari bapa. Malah ada ibubapa yang mewasiatkan harta pusaka untuk binatang kesayangan akibat hilang sikap bertanggungjawab anak terhadap ibubapa Kewajipan ibu dan bapa untuk mendidik anak-anak dengan perasaan penuh kasih dan sayang dan menerapkan nilai kebaikan, kecintaan, dan kasih sayang sesama ahli masyarakat supaya kita dapat membina tali persaudaraan sesama kita dengan seutuh yang mungkin. Jangan biarkan pada hari raya dan hari-hari lain anak-anak disibukkan dengan gajet dan rancangan televisyen berbanding melayani tetamu yang datang atau menziarahi sanak saudara. Akibat sikap tidak ambil berat menyebabkan anak-anak kita tidak kenal waris dan sanak saudara sendiri Di sudut yang lain kita dapat menyaksikan bagaimana manusia yang dibesarkan dalam keadaan tidak ada kasih sayang, tidak mendapat penghargaan, tidak menerima pujian atau tidak dilayan dengan baik, lebih cenderung untuk bertindak kasar, tidak menyayangi sesama insan, tidak mempedulikan orang lain, malah mereka ini akan lebih dekat dengan perbuatan jahat. عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ- رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Sesiapa yang suka untuk dimurahkan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya, maka hubungkanlah silaturrahim اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 31 surah al-A’araf : يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ﴿٣١﴾ Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Antara adab berhari raya yang ditunjukkan oleh nabi s.a.w ialah memakai pakaian cantik. Islam tidak anti kecantikan sebaliknya begitu menggalakkan umatnya untuk sentiasa berpakaian cantik asalkan patuh syariat dengan menutup aurat dan tidak menonjol bentuk tubuh badan. Baru-baru ini negara dihebohkan dengan suatu istilah baru “dehijabbing” yang membawa maksud proses membuka tudung bagi seorang wanita muslimah yang merupakan salah satu daripada proses pembebasan diri daripada cengkaman agama. Sebenarnya Islam telah lama membebaskan manusia dengan pembebasan dalam erti kata sebenar dan bukan sekadar momokan “bebas” namun akhirnya menjadi hamba kepada dunia dan seisinya. Polemik pakaian sentiasa berlaku sehingga timbulnya suara sumbang yang mempertikai tindakan undang-undang terhadap pemakaian tidak senonoh dan dedah aurat atas alasan menganggu hak asasi manusia. Sedangkan ketika ada pekerja muslimat yang dibuang kerja kerana bertudung, larangan pramugari untuk menutup aurat tidak pula dikatakan menyekat hak asasi manusia. Kita tidak menolak hak asasi, tetapi yang kita tolak ialah hak asasi versi Barat yang memberi kebebasan mutlak kepada manusia tanpa batas. Sedangkan Islam telah lama dan terlebih dahulu memberikan hak asasi kepada manusia tetapi hak tersebut perlu ada hadnya. Perkara yang perlu diberi perhatian juga termasuk ketika menyambut hari raya iaitu menjauhi sikap suka berkongsi dosa seperti gambar dedah aurat, tulisan mengumpat, mencaci melalui media sosial Whatsap, Facebook dan sebagainya. Bayangkan dosa kita terus berjalan walau pun kita sedang solat, tidur apatah bila kita berada dalam kubur nanti akibat gambar dan tulisan berdosa itu terus dikongsi atau dilihat oleh orang ramai. Allah murka golongan yang berbangga dengan dosa أَبُو هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : كُلُّ أَمَّتِى مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا ، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللهِ عَنْهُ" .- رواه البخاري ومسلم. Maksudnya : Setiap umatku akan mendapat ampunan, kecuali mujahirin (orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa). Dan yang termasuk terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang berbuat (dosa) pada malam hari, kemudian pada pagi hari dia menceritakannya, padahal Allah telah menutupi perbuatannya tersebut, di mana dia berkata, ‘Hai Fulan, malam tadi aku telah berbuat begini dan begitu.’ Sebenarnya pada malam, Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi pada pagi harinya dia menyingkap perbuatannya sendiri yang telah Allah tutupinya. Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 37 surah an-Nuur : رِجَالٌ لَّا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴿٣٧﴾ Maksudnya : (Ibadat itu dikerjakan oleh) pemuda-pemuda yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. Tarbiah Ramadhan begitu penting dalam melahirkan golongan pemuda yang memilik jatidiri supaya pelapis kepada kepimpinan negara dari golongan yang taqwa. Antara punca hilangnya jatidiri daripada pemuda Islam ialah kurang ilmu dan penghayatan dengan ilmu agama, keruntuhan institusi keluarga, pengaruh rakan sebaya serta kurang pengawalan dan penapisan media Oleh itu perlu kesungguhan dan usaha berterusan dalam membina jatidiri pemuda Islam antaranya mendidik dengan cara hidup beragama sejak umur kanak-kanak lagi termasuk bab solat, puasa. Mendekatkan remaja dengan masjid kerana kejayaan menarik seramai mungkin anak muda ke masjid pasti menjanjikan kesan yang baik kepada masyarakat begitulah sebaliknya. Orang dewasa terutama ibubapa mesti menunjuk teladan yang baik dalam menjaga adab untuk dicontohi. Seterusnya pendidikan sepanjang hayat sehingga ibubapa yang meninggal dunia dahulu atau anak yang meninggal barulah proses pendidikan selesai. Jangan beri alasan anak telah besar atau telah berumahtangga maka ibubapa berhenti daripada memberi didikan dan nasihat kepada anak-anak اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 57 surah al-Ahzab : إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina Ramadhan mendidik diri kita untuk sentiasa rapat dengan al-Quran di mana kita wajib menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam menyelesaikan segala urusan dunia dan akhirat kita. Antaranya perlu kesungguhan dalam memartabatkan hukum al-Quran dalam kehidupan. Sehubungan dengan ini kita menyokong penuh Hukuman rejam sampai mati untuk penzina yang telah berkahwin , seks sejenis dan penghina nabi Muhammad s.a.w di Brunei yang bermula 3 April lalu. Semoga hukuman ini turut dapat dilaksanakan di negara kita terutama dalam menghentikan penghinaan terhadap Islam dan nabi Muhammad s.a.w yang terus kedengaran silih berganti terutama daripada golongan liberal, anti Islam dan sebagainya. Begitu juga hukuman Islam dapat mengendur suara lantang golongan songsang LGBT termasuk isu kenyataan pejuang LGBT dalam memfitnah JAKIM dalam suatu persidangan UNHRC di Geneva dengan menuduh beberapa program anjuran JAKIM ke arah mengembalikan golongan terbabas ke landasan sepatutnya dikatakan mempunyai unsur keganasan. Oleh itu bukan tugas kita untuk memberi hak kepada LGBT sebaliknya golongan ini wajib dirawat untuk kembali kepada fitrah untuk selamat dunia dan akhirat. Islamlah nescaya kita mulia dan bahagia dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 82-83 surah Huud : فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ ﴿٨٢﴾ مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ ۖ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ ﴿٨٣﴾ Maksudnya : Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan Ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 64 surah al-Anfaal : قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ﴿٦٤﴾ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Islam adalah agama yang begitu cinta kepada perdamaian. Malah ketika merujuk sirah nabi maka peperangan yang berlaku akibat diserang dan pencerobohan musuh. Oleh itu tuduhan bahawa Islam agama yang menganjur keganasan adalah tersasar daripada kebenaran. Dunia menyaksikan bagaimana selepas serangan 11 September 2001I musuh Islam memainkan senjata Islamofobia yang merujuk kepada prasangka buruk dan diskriminasi terhadap Islam, penganutnya dan organisasi Muslim, khususnya yang berjuang untuk menegakkan semula politik Islam. Islamofobia sebagai rasa takut dan benci terhadap Islam, lalu membawa kepada permusuhan terhadap orang Islam yang berpegang kepada ajaran Islam. Islamofobia kini bersifat ideologi sesat terhadap Islam, sehinggalah mencetuskan kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka daripada kegiatan politik, ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Kita bimbang tragedi tembakan oleh pengganas di 2 masjid di New Zeland pada Jumaat pertengahan Mac lepas yang mengorbankan 50 nyawa termasuk seorang remaja warga Malaysia akibat daripada rasukan Islamofobia Tindakan proaktif perlu diambil bagi membendung sikap Islamophobia ini. Sesi penerangan dan pendidikan sama ada menerusi dialog atau perdebatan perlu dilakukan oleh umat Islam kepada masyarakat bukan Islam yang berada di dunia Barat mengenai ajaran sebenar yang dibawa oleh Islam. Masyarakat Barat harus diberitahu untuk menghentikan sebarang kaitan Islam dengan aktiviti keganasan. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Laungan kalimah ( وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi. Rasa simpati wajib ada dalam diri kita kepada saudara seagama yang sedang berdepan dengan musibah peperangan termasuk di Syria, Iraq, Yaman, Afghanistan, Myanmar, Uyghur China, Palestin dan lain-lain. Jangan biarkan keseronokan berhari raya menyebabkan kita menutup mata, memekak telinga daripada turut merasai penderitaan saudara seagama Isu Palestin sendiri pernah mencatatkan bagaimana David Ben-Gurion, Perdana Menteri pertama Israel pernah mengerahkan tentera Yahudi untuk mengepung Masjidil Aqsa sambil beliau menyampaikan ucapan kepada hadirin dalam penuh rasa kebencian (ke atas ummat Islam dan rakyat Palestin) serta mengakhiri teks ucapannya dengan mengatakan: “Kami dah pun menakluk Al Quds (Al-Aqsa) dan sekarang kami dalam perjalanan ke Yathrib(Madinah).” Begitu juga Golda Meir Bekas Perdana Menteri keempat zionis Israel pernah berkata dengan bongkaknya selepas mereka berjaya merampas Al-Quds: “Aku dapat mencium bau nenek moyangku di (Madinah dan Hijaz) dan itu adalah negara kami yang kami bakal merampasnya kembali.” Kenyataan biadap pemimpin zionis ini sepatutnya membangkitkan rasa tanggungjawab bersama dalam membebaskan Masjidil Aqsa. Hentikan zionis Yahudi daripada terus bermaharajalela di segenap ceruk rantau dan yakinlah kita dengan kemenangan Islam dan kemerdekaan Aqsa adalah suatu ketetapan Allah اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa 6 hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ .اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan