Jumaat, 5 April 2019
Isra’ Mikraj DiHayati Yahudi DiPerangi Al-Quds DiMiliki
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Isra’ Mikraj ini merupakan mukjizat kedua terbesar selepas mukjizat al-Quran di mana golongan yang mengguna akal semata-mata seperti Liberal yang tidak beriman kepada peristiwa ini atas alasan ia adalah sesuatu yang mustahil berlaku kerana tidak mungkin seorang manusia dapat melalui perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat tanpa apa-apa kenderaan yang canggih. Manakala kita yang beriman kepada Allah dan rasulNya sepastinya beriman tanpa sangsi kerana Allah sendiri menjelaskan bahawa Isra’ Mikraj bukanlah atas usaha Rasulullah s.a.w tetapi ia adalah atas kekuasaan Allah. Oleh itu mustahil atau tidak peristiwa Isra’ tidak diukur dengan kemampuan Rasulullah s.a.w sebagai seorang manusia tetapi diukur berdasarkan kemampuan Allah Tuhan yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu
Kedudukan akal dalam Islam bukanlah mutlak kerana akal juga mempunyai kemampuan dan had tertentu sebagaimana kemampuan mata, telinga yang juga mempunyai had masing-masing. Ada hal-hal tertentu yang tidak mampu difikirkan oleh akal seperti perkara-perkara ghaib antaranya kewujudan Syurga dan Neraka, azab kubur dan lain-lain. Dalam hal ini naqal atau wahyu diperlukan untuk menjelaskannya kepada manusia melalui perantara seorang Rasul atau Nabi. Sebagai orang Islam, kita hendaklah pandai meletakkan kedudukan akal di posisi sepatutnya dan tidak melampau. Jangan kita meletakkan akal sebagai sumber ilmu yang mutlak lalu apa yang boleh difikirkan oleh akal sahaja dan adanya bukti kajian yang nampak sahaja barulah kita beriman. Jika tiada, maka kita tidak beriman, ini pandangan yang salah kerana apa yang tidak mampu dicapai oleh akal akan disokong oleh naqal samada al-Qur’an atau Hadith nabi s.a.w.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 4-6 surah al-Isra’:
وَقَضَيْنَا إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا ﴿٤﴾ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَّنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ ۚوَكَانَ وَعْدًا مَّفْعُولًا ﴿٥﴾ ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا ﴿٦﴾
Maksudnya : Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya
Peristiwa Isra’ Mikraj yang melibatkan 2 tanah suci ini ada rahsia besar di sebaliknya. Dengan Isra’nya Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Baitul Maqdis dan mengimamkan Solat Jemaah bersama para nabi-nabi di Masjid al-Aqsa mengisyaratkan penganugerahan kepimpinan baru umat manusia kepada nabi Muhammad s.a.w. Sebelum ini telah berabad-abad lamanya amanah berkenaan dipersia-siakan oleh Bani Israel. Melalui peristiwa Isra’ ini, Allah menghimpunkan kepada umat Islam kedua-dua tanah suci yang terdapat padanya Qiblat, Baitillah di Makkah dan Baitul Maqdis di Palestin Sebagai tanah suci para Anbiyaa’, yang menjadi tanggungjawab umat Islam menjaganya. Pertama kali Bani Israel berhijrah ke Palestin bersama nabi Musa a.s.,dalam misi membebaskan diri daripada perhambaan Fir’aun. Mengenai janji Allah untuk Bani Israel melalui nabi Musa a.s., ke atas Palestin, al-Qur’an menjelaskan bahawa Allah memerintahkan mereka supaya masuk ke tanah suci Baitul Maqdis. Al-Qur’an sebaliknya menceritakan Bani Israel mengengkari perintah itu, malah mereka dengan biadap mencabar nabi Musa a.s. supaya memasuki Baitul Maqdis dengan Tuhannya tanpa membabitkan mereka. Akibat keengkaran itu dan lain-lain keengkaran sesudahnya, Allah telah melaknat mereka sehingga jadilah kaum Yahudi sebagai kaum yang terlaknat. Akhirnya mereka hidup terdampar dan bertaburan terbuang di seluruh muka-bumi.
Firman Allah dalam ayat 24-26 surah al-Maidah :
قَالُوا يَا مُوسَىٰ إِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا أَبَدًا مَّا دَامُوا فِيهَا ۖ فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ ﴿٢٤﴾ قَالَ رَبِّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي ۖ فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٥﴾ قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ ﴿٢٦﴾
Maksudnya : Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu". Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu". Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu"
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Demikian penjelasan Allah melalui al-Qur’an mengenai sikap dan jati-diri kaum Yahudi. Mereka telah dianugerahkan kepimpinan bersama para Rasul dan amanah menegakkan Syari’at Allah, namun mereka telah mensia-siakannya.Apabila tiba masanya, Allah menarik kembali anugerah dan amanah tersebut daripada mereka dan diserahkan kepada umat Islam. Hal ini nampak jelas dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj terutama ketika di Masjid al-Aqsa nabi Muhammad s.a.w mengimami Jemaah para Anbiyaa’. Sememangnya, mesej utama daripada peristiwa Isra’ dan Mi’raj ialah persoalan hak dan amanah ke atas kota suci Bait al-Maqdis dan bumi Palestin . Ianya adalah berasaskan Aqidah-Syari’at Rabbaniyyah, bukannya berasaskan hak keturunan-bangsa. Allah memerintahkan Bani Israel di zaman nabi Musa a.s. memasuki Baitul Maqdis kerana mereka adalah pemegang amanah Aqidah-Syari’at Allah pada masa itu. Apabila mereka engkar dan enggan menjunjung Syari’at Allah, hak dan amanah mereka ke atas al-Quds telah dilucutkan. Mereka bukan sahaja dinafikan daripada pertolongan Allah, malah terhina di mata umat manusia.
Demikianlah mana-mana pihak di sepanjang masa, yang berjuang untuk mendapatkan hak dan amanah ke atas Baitul Maqdis dan Palestin amnya. mesti menerima hakikat bahawa Baitul Maqdis adalah Tanah Suci kepunyaan Allah bukan milik mutlak mana-mana bangsa samada Yahudi, Arab ataupun Palestin.
Firman Allah dalam ayat 105 surah al-Anbiya’
وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ ﴿١٠٥﴾
Maksudnya: ”Sesungguhnya kami telah tuliskan dalam Kitab Zabur sesudah al-Zikr (Taurah) bahawa bumi ini diwariskan kepada hamba-hambaku yang Soleh”.
Oleh itu mana-mana kaum yang berjuang untuk mendapatkan hak penguasaan ke atas Baitul Maqdis kerana Allah demi untuk menegakkan Aqidah dan Syari’ahNya akan ditolong oleh Allah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang mulia, di bulan Rejab yang mulia ini maka kita mengecam tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Bukit Golan di Syria sebagai sebahagian wilayah Israel. Tindakan bacul ini jelas sekali melanggar resolusi 497 yang dicapai dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1967. Kita juga mengutuk tindakan kejam zionis yahudi yang terus membedil kota Gaza, pembantaian skala besar dihadapkan kepada umat Islam Palestin yang berjuang untuk membebaskan al-Quds. Bedilan udara zionis meratah jasad manusia yang tak berdosa serta melanggar konvensyen Geneva. Sedarlah kita bahawa untuk mencapai kemenangan tidak cukup sekadar menitis air mata tetapi mesti berkorban segala apa yang ada termasuk menumpahkan darah ke bumi dalam memerdekakan Masjid Aqsa dan Palestin. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam serta yakin bahawa bumi Palestin adalah tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Umat Palestin adalah penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Biar bermandi darah, pantang pejuang menyerah kalah. Biar nyawa melayang, bumi Aqsa mesti dimerdekakan. Biar bercerai nyawa daripada badan asalkan keganasan zionis yahudi dapat dihentikan. Beritahu kepada dunia bahawa umat Islam yang bermaruah tidak akan membiarkan tubuh umat Islam diratah dan bumi kita dijajah.
Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْخَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ: Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan