Khamis, 10 Januari 2019
Ujian Allah DiSantuni Jatidiri DiMiliki
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Hijr :
وَأَرْسَلْنَا الرِّيَاحَ لَوَاقِحَ فَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَسْقَيْنَاكُمُوهُ وَمَا أَنتُمْ لَهُ بِخَازِنِينَ ﴿٢٢﴾
Maksudnya : Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya
Pergerakan angin merupakan sebahagian dari tanda kebesaran Allah. Seringkali angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan menyamankan. Ada kalanya juga kencang dan berlaku ribut sehingga menimbulkan sesuatu yang kita tidak suka. Ini semua berlaku dengan qadha dan qadar Allah dengan hikmah yang tersendiri. Oleh sebab itu tidak layak jika seorang muslim mencaci angin yang dicipta dan diutuskan-Nya kerana angin itu makhluk Allah dan tunduk kepada perintah-Nya. Angin yang datang ada berbentuk angin yang bertiup tenang dan membawa banyak manfaat kepada kehidupan manusia sewajarnya disyukuri atas nikmat-Nya itu. Ada juga angin ribut yang bertiup kencang sehingga menimbulkan ketakutan, menumbangkan pepohonan, merobohkan bangunan, dan semisalnya. Kita dilarang mencacinya, kerana tidaklah menciptakan angin, mengutusnya dan menentukan bentuk bertiupnya kecuali Allah . Tidak ada seorang pun yang mampu mengendalikan angin kecuali penciptanya iaitu Allah. Oleh itu nabi s.a.w mengajar kita untuk berdoa seperti :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ : وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ – رواه مسلم
Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya daku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang dibawanya. Dan daku berlindung kepada-Mu dari keburukan angin ini, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang dibawanya.“
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 214 surah al-Baqarah :
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ﴿٢١٤﴾
Maksudnya : Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum datang kepadamu ujian sebagaimana yang pernah berlaku ke atas umat terdahulu sebelum kamu?. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan dengan pelbagai cubaan sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : “ Bilakah lagi akan datangnya pertolongan Allah?”. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Telah menjadi sunnah ketetapan Allah di mana setiap diri manusia akan dicuba, akan diuji, akan diperiksa samada kenyataan kepada keimanan mereka kepada Allah dan seluruh ajaranNya melalui kata-kata mereka adalah betul dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan mereka atau pun hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Kita sebagai umat akhir zaman yang hidup dalam zaman yang penuh cabaran fitnah maka mesti mempunyai bekalan ilmu dan aqidah yang kukuh agar segala keyakinan kita di hati diikuti dengan pengucapan kita di mulut dan disertakan dengan pengamalan terhadap seluruh kewajipan agama sebagai tanda tunduk dan patuh kepada perintah Allah samada dalam keadaan senang atau susah, sihat atau sakit, muda atau tua, lapang atau suntuk. Betapa ramai umat manusia sebelum kita telah diuji oleh Allah sehingga jelaslah kedudukan iman dan penyerahan diri mereka samada mereka benar-benar beriman sehingga sanggup menyerahkan seluruh jiwa raga untuk Islam dan tidak kurang mereka yang tewas disebabkan keyakinan yang nipis terhadap Allah walau pun mulut mereka lantang menyatakan bahawa mereka merupakan umat yang beriman kepada Allah tetapi apabila datangnya ujian dan cabaran maka mereka tidak mampu menghadapinya.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kebanyakan umat Islam diuji dengan 5 perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. [1] Saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya di mana perasaan hasad dengki biasanya datang kerana sikap suka menimbulkan permusuhan, perasaan takabbur atau membesarkan diri, perasaan ‘ujub, gila kuasa, terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mengorban atau mengkhianati orang lain dan perasaan hasad dengki juga sentiasa bersarang dalam diri disebabkan kebakhilannya. Selagi mana hati ini dikotori dengan penyakit hasad dengki maka dirinya sentiasa memusuhi kebenaran dan membenci saudara seagama atas dasar yang bercanggah dengan syarak. Oleh itu sebagai membuktikan keimanan kepada Allah maka kita wajib membersihkan diri kita daripada sifat yang tercela ini demi mencapai keredhaan Allah.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : لاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَنَاجَشُوا وَلاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَدَابَرُوا وَلاَ يَبِعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ وَكُوْنُوا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً . الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَخْذُلُهُ وَلاَ يَكْذِبُهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ . التَّقْوَى هَهُنَا –وَيُشِيْرُ إِلَى صَدْرِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ – بِحَسَبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ، كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ - رواه مسلم
Maksudnya : “Kamu sekalian, satu sama lain Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling menjauhi dan janganlah membeli barang yang sedang ditawar orang lain. Dan jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, maka tidak boleh menzhaliminya, menelantarkannya, mendustainya dan menghinakannya. Taqwa itu ada di sini (seraya menunjuk dada beliau tiga kali). Seseorang telah dikatakan berbuat jahat jika ia menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim haram darahnya bagi muslim yang lain, demikian juga harta dan kehormatannya”
[2] Kita akan diuji dengan sikap permusuhan yang dicetuskan oleh golongan munafiq yang merupakan musuh di dalam selimut. Golongan ini begitu merbahaya kerana mereka sentiasa menyembunyikan sikap permusuhan mereka dengan menyatakan bahawa mereka juga beriman kepada Allah sedangkan banyak kelakuan dan tindakan mereka ke arah memerangi ajaran Islam yang menyeluruh. Golongan munafiq ini hanya mengambil ajaran Islam yang sesuai dengan kehendak nafsu serakah mereka dan memusuhi segala ajaran Islam yang berlawanan dengan kehendak mereka. Kadang-kadang golongan munafiq ini lebih terkehadapan dalam menyatakan kecintaan mereka terhadap Islam sedangkan dalam masa yang sama dari segi tindakan maka merekalah golongan yang berani menghina hukuman Allah yang adil, mencaci Rasulullah s.a.w, memaki para ulama’ pewaris nabi dengan menjadikan akal yang lemah sebagai sumber ilmu yang tertinggi mengatasi wahyu
Firman Allah dalam ayat 14-15 surah al-Baqarah :
وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ ﴿١٤﴾ اللَّـهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ ﴿١٥﴾
Maksudnya : Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".(14) Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah :
وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٠٩﴾
Maksudnya : Ramai di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[3] kita akan diuji dengan golongan kuffar yang sentiasa memusuhi dan memerangi kita dengan pelbagai cara samada melalui serangan pemikiran sehingga mampu menjauhkan umat Islam daripada ajaran agama mereka atau pun melalui serangan fizikal yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam yang menjadi mangsa kepada senjata canggih milik kuffar durjana. Sesungguhnya kita mesti memperakui bahawa permusuhan yang dicetuskan oleh golongan kuffar terutama yahudi dan kristian akan berlarutan sehingga hari qiamat kerana golongan kuffar ini akan berusaha sedaya upaya mereka untuk membuatkan kita agar berlutut di kaki mereka walau dengan apa cara sekali pun. Walau pun jumlah umat Islam hari ini begitu ramai tetapi kita tidak ubah seperti buih air banjir atau buih di laut disebabkan umat Islam diserang dengan dua penyakit yang merbahaya iaitu terlalu cintakan dunia sehingga sanggup mengorbankan prinsip agama dan diserang penyakit terlalu takut kepada kematian sehingga sanggup membiarkan saudara seagama terus ditindas dan menjadi mangsa peluru dan bom kuffar terutama di negara yang diuji dengan peperangan seperti di Palestin, Syria, Yaman, Myanmar dan selainnya. Pengganas kuffar kini menghalakan mucung senjata mereka ke arah yang satu iaitu umat Islam kerana Islam dianggap musuh utama kuffar yang tidak pernah padam hajat mereka untuk menguasai dunia dengan melakukan pelbagai kekejaman dan penindasan demi membolot hasil mahsul bumi yang ada.
Oleh itu marilah kita sebagai umat Islam yang bermaruah kembali bersatu di bawah panji Islam. Umat Islam merupakan umat pilihan dan akan kembali menjadi umat yang mulia apabila kembali bernaung di bawah keseluruhan sistem Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk pemerintahan, ekonomi, sosial dan lainnya bukan hanya terhenti setakat ibadat khusus seperti solat, puasa dan haji sahaja.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 120 surah an-Nisa’ :
يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا﴿١٢٠﴾
Maksudnya : Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
[4] Kita akan menghadapi godaan syaitan dan yang ke-[5] hawa nafsu yang merupakan teman rapat dalam memujuk kita ke arah kesesatan. Syaitan dan nafsu jahat akan sentiasa berusaha mengheret kita untuk melakukan maksiat sehingga manusia yang bertuhankan nafsu dan sentiasa mengikut telunjuk syaitan akan sentiasa melakukan segala tegahan Allah sehingga semakin meluasnya gejala social seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, bertambahnya kes sumbang mahram dan sebagainya. Dalam menghadapi ujian nafsu ganas dan syaitan ini maka manusia mesti diisi dengan ilmu kefahaman agama yang secukupnya disamping dikawal dengan pelaksanaan hukuman berasaskan agama demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Hukuman dunia walau pun sekeras mana pun tindakannya tetapi tidak mampu menginsafkan manusia dan juga penerima hukuman dunia dalam kes yang telah jelas hukumannya di sisi Allah akan sekali lagi menerima hukuman di atas kesalahan yang sama di akhirat nanti. Alangkah sesat dan zalimnya hukuman dunia berbanding hukuman Allah yang adil. Islamlah necaya kita selamat dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 27 surah an-Nisa’ :
وَاللَّـهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَن تَمِيلُوا مَيْلًا عَظِيمًا ﴿٢٧﴾
Maksudnya : Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan