Jumaat, 1 Jun 2018
Al-Quran DiJulang Umat Cemerlang Negara Gemilang
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖوَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾
Maksudnya : bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur
Ramadhan dan al-Quran tidak dapat dipisahkan naka begitulah juga dengan diri kita jangan pisahkan daripada al-Quran. Kemuliaan Ramadhan berkait rapat dengan penurunan al-Quran maka begitulah hati kita bila sentiasa disirami dan dipenuhi dengan al-Quran akan membawa kepada kemuliaan diri dunia dan akhirat. Amat rugi apabila kita mampu membaca akhbar, majalah, whatsap, tonton tv, layari internet sedangkan sentiasa memberi seribu alasan untuk tidak membaca al-Quran. Betapa rugi kita mampu berbincang dan belajar ilmu dunia yang lain sedangkan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk tidak belajar al-Quran dan memahami makna isi kandungannya. Betapa rugi manusia yang malu jika mampu menguasai Bahasa dunia yang lain terutama Bahasa Inggeris sedangkan dia tidak pernah malu kerana tidak pandai membaca al-Quran apatah lagi memahami maknanya.
Oleh itu sempena berada di bulan Ramadhan bulan al-Quran maka marilah kita sama-sama menjinak dan mendekat diri dengan al-Quran. Antara cara untuk sentiasa seronok dan bersemangat untuk membaca al-Quran ialah : [1] Pelajari dan ketahui tentang manfaat dan keutamaan membaca Al-Qur’an [2] Buat komitmen pada diri sendiri untuk selalu Istiqomah dalam mambaca Al-Qur’an setiap hari. Yakinkan diri sendiri, bahawa tidak ada yang boleh memisahkan kita dari Al-Qur’an kecuali jika ajal sudah datang menjemput. [3] Mencari teman yang tujuannya sama di mana bila kita bersama-sama dengan orang yang sama-sama mencintai Al-Qur’an akan mendorong keinginan kita dalam membaca dan mempelajari al-Quran [4] Bergabung dengan komuniti pecinta Al-Qur’an termasuk melalui jaringan online. Jika kita boleh whatsap dan berhubung untuk perkara hiburan melalui internet maka mengapa tidak boleh untuk berbuat demikian dalam masalah belajar al-Quran [5] Tanam rasa cinta kepada Al-Qur’an dan memiliki hasrat untuk terus mempelajari Al-Qur’an untuk kebaikan dunia dan akhirat kita
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Antara keistimewaan sebagaimana yang tersebut dalam al-Quran dan hadis nabi s.a.w ialah : [1] Al-Quran sebagai penawar hati dari penyakit syirik, nifak dan yang lainnya. Di dalam al-Qur’an ada sebahagian ayat-ayat dan surah-surah yang berfungsi untuk mengobati badan seperti surat al-Fatihah, an-Naas dan al-Falaq serta yang lainnya tersebut di dalam Sunnah. [2] Al-Quran terpelihara daripada penyelewengan berbanding kitab-kitab samawi lainnya seperti Taurat dan Injil telah banyak dirubah oleh pemeluknya sebagaimana firman Allah dalam ayat 9 surah al-Hijr :
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya
[3] Al-Quran terjaga dari pertentangan atau percanggahan antara ayata-ayatnya.
Firman Allah dalam ayat 82 surah an-Nisaa’
أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْءَانَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلاَفاً كَثِيرًا
Maksudnya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapatkan pertentangan yang banyak di dalamnya
[4] Al-Quran mudah untuk dihafal berdasarkan firman Allah dalam ayat 32 surah al-Qamar:
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ
Maksudnya : Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran
[5] Al-Quran merupakan mu’jizat dan tidak seorangpun mampu untuk mendatangkan yang semisalnya. Allah telah mencabar kafir Quraisy untuk mendatangkan ayat seumpama al-Quran maka mereka tidak mampu. Firman Allah dalam ayat 38 surah Yunus :
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ قُلْ فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّثْلِهِ
Maksudnya : Atau (patutkah) mereka mengatakan: “Muhammad merekanya (al-Quran). Katakanlah: “(Kalau benar yang kamu dakwa itu), maka cubalah datangkan sebuah surah seumpamanya … “.
[6] Al-Quran mendatangkan ketenangan dan rahmat bagi siapa saja yang membacanya,
قال النبي : مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ – رواه مسلم
Maksudnya : Tidaklah berkumpul suatu kaum dalam suatu majlis membaca al-Quran dan mempelajarinya kecuali turun pada mereka ketenangan dan diliputi oleh rahmat dan dikerumuni oleh malaikat dan Allah akan menyebutkan mereka di hadapan para malaikatnya
[7] Al-Quran akan memintakan syafa’at kepada Allah bagi orang yang membacanya,
قال النبي : اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ – – رواه مسلم
Maksudnya : Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat memohonkan syafa’at bagi orang yang membacanya (di dunia)
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu :
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ﴿٨٩﴾
Maksudnya : dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam
Al-Quran sebagai petunjuk sepanjang zaman di mana segala system yang berada dalamnya sesuai dengan fitrah manusia tanpa mengira bangsa, di mana sahaja tempat dan masa mereka berada. Oleh itu kita jangan kita terikut-ikut dengan laungan golongan Liberal dalam memahami al-Quran supaya kita tidak menjadi manusia yang sesat. Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional. Sehingga tahap yang lebih sesat golongan Liberal mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.
Golongan liberal mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional. Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara Hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan Liberal perlu dinilai semula ialah: Hukum bahagi pesaka yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;, Keharusan poligami bagi lelaki, Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita, Hukuman bunuh ke atas orang murtad, Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah, Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat, Hak mutlak suami untuk mencerai isteri, Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam dan Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
Sambutan Ramadhan juga sepatutnya membuka mata kita untuk lebih rasa bertanggungjawab terhadap penderitaan saudara seagama yang terus dibunuh di Myanmar, Syria, Iraq dan lain-lain. Begitu juga sempena berada hari hari Jumaat yang mulia, bulan Ramadhan yang mulia maka kita sama-sama bangkit mengutuk tindakan bacul Amerika Syarikat yang memindahkan kedutaan Negara pengganas dunia itu ke Baitul Maqdis pada 14 Mei lalu iaitu sehari sebelum ulang tahun mengingati Peristiwa Nakba atau sejarah hitam penjahan bumi Palestin oleh yahudi yang bermula tahun 1948. Tindakan biadap ini telah menambah keganasan tentera zionis Yahudi yang telah meragut lebih daripada 100 nyawa rakyat Gaza, dan beribu-ribu cedera dalam protes di bumi Palestin tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Isu Palestin dan umat Islam di Negara yang lain adalah isu kita bersama. Umat Islam tidak boleh dipisahkan oleh Negara, budaya dan bahasa sebaliknya kita terus bersatu atas dasar iman. Bangkitlah kita dengan harta hatta nyawa. Jangan biarkan saudara kita meraung kesakitan ketika kita girang berbuka dengan kekenyangan. Jangan biarkan saudara kita bermandi darah ketika kita seronok makan juadah. Jangan biarkan rumah saudara seagama menyembam tanah sedangkan kita asyik dengan bangunan indah. Tepuklah dada tanyalah iman kita
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan