Rabu, 21 Jun 2017
Khutbah Aidilfitri 1438H
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 186 surah al-Baqarah :
....يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾
Maksudnya : …… (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Kejayaannya itu akan sempurna jika dihiasi dengan bersyukur kepada Allah yang memberi nikmat untuk melaksanakan ibadat sepanjang Ramadan. Bersyukur menurut Imam Ghazali adalah memanfaatkan potensi anugerah Allah berikan untuk melaksanakan amal kebaikan dan mencegah kemungkaran. Antaranya [1] bersyukur dengan hati dan perasaan seperti menghindari perilaku buruk yang dibenci Allah dan manusia termasuk kedekut, sombong, takabbur, riya’ dan sebagainya; selalu ingat kepada Allah dan juga mengingat mati dan memiliki perasaan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi apapun jua. [2] bersyukur dengan mulut dan ucapan seperti membaca al-Quran; mengajarkan ilmu yang dimiliki; tidak ketinggalan takbir hari raya, selalu berzikir di manapun dan bila-bila masa. [3] bersyukur dengan amal perbuatan seperti melakukan ibadat solat 5 waktu; puasa wajib dan sunat; menghidupkan hari raya dengan ibadat jauhi dedah aurat, pergaulan bebas, hiburan melampau [4] bersyukur dengan harta benda seperti membantu orang yang memerlukan pertolongan dengan zakat dan sedekah, membina masjid disamping menjauhi pembaziran dan perkara haram
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 6 surah at-Tahrim :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan
Menurut Ibnu Abbas RA, makna “jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”, adalah lakukanlah ketaatan kepada Allah dan tinggalkan maksiat serta suruhlah keluargamu untuk berzikir kepada Allah. Maka dengannya Allah selamatkan kalian dari api neraka”. Sementara Sayyidina Ali bin Abi Thalib RA mengatakan: “didiklah keluargamu dan ajarkan ilmu kepada mereka”. Manakala Muqatil dan Ad Dhahak berkata: “Engkau memerintahkan keluargamu untuk mentaati Allah dan mencegah mereka dari bermaksiat kepada Allah, hendaklah engkau menegakkan perintah Allah terhadap mereka, memerintahkan mereka dengan perintah Allah dan membantu mereka dalam urusan tersebut, dan jika engkau melihat kemaksiatan dari mereka maka hendaklah engkau mencegah mereka”.
Kita pada hari ini kebanyakan datang untuk solat hari raya bersama keluarga tercinta. Ada yang lama berpisah dan tidak berjumpa akibat sibuk dengan urusan kerja masing-masih maka pada hari lebaran ini kita disatukan semula atas dasar kasih sayang berteraskan iman. Cuba kitab bayangkan suatu hari nanti kita pasti berpisah bukan kerana setakat masing-masing kembali ke tempat kerja semula tetapi dipisahkan dengan kematian. Masing-masing membawa diri bersama bekalan amalan samada baik atau buruk untuk menempuh alam kubur seterusnya alam akhirat. Marilah sama-sama kita bermuhasabah menghitung diri kita dan ahli keluarga kita samada mampu kembali berjumpa di akhirat sana atau terpisah terus akibat tidak bersedia dengan bekalan akhirat kerana hanyut dengan godaan nafsu dan syaitan.
Sebelum terlambat marilah kita sama-sama menggunakan hasil tarbiah Ramadhan yang baru lalu untuk mewujudkan keluarga yang mengutamakan akhirat melalui beberapa cara antaranya : [1] Bekalkan Keluarga dengan Ilmu [2] Didik Mereka Menjadi Peribadi Yang Beradab kerana masalah derhaka ibubapa dan kes buli yang bukan sahaja mencedera malah membunuh semakin membimbangkan. 13,359 kes disiplin pelajar dicatatkan dengan kadar purata kes buli 250 kes setiap bulan [3] Ajak Keluarga Melakukan Ketaatan [4] Larang Keluarga daripada Melakukan Maksiat termasuk kemudahan telefon pintar mendedahkan anak-anak untuk menjual maruah diri [5] Bimbing Keluarga Untuk Selalu Ingat Kepada Allah dan Berzikir Kepada-Nya [6] Banyak berdoa agar Allah memberi kebahagiaan dunia dan akhirat kepada ahli keluarga kita
Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 123 surah Toha :
قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ ﴿١٢٣﴾
Maksudnya : Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.
Kehangatan menyambut Aidilfitri tidak melalaikan kita untuk sama-sama bermusabah tentang hasil tarbiah Ramadhan yang baru berlalu. Antaranya hubungan kita dengan al-Quran di mana jika pada bulan Ramadhan kita mampu khatam al-Quran maka adakah pembacaan al-Quran ini dapat kita teruskan diluar Ramadhan. Kita wajib yakin hanya dengan mendekati al-Quran sahaja kita akan selamat sebagaimana pesanan Ibnu Abbas RA bahawa Allah menjamin orang yang membaca, memahami dan mengamalkan al-Qur’an tidak akan sesat di dunia dan tidak akan sengsara di akhirat.
Contohilah generasi gemilang sebelum kita dalam menghayati al-Quran dalam kehidupan sebagaimana yang digambarkan oleh Ibnu Mas’ud RA : “Diantara kami ada yang mempelajari 10 ayat al-Qur’an, dia tidak melewati ayat-ayat tersebut hingga dia mengetahui maknanya dan mengamalkannya”. Begitu juga Imam Hasan al-Basri RH mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian memandang al-Qur’an sebagai surat penting dari Tuhan mereka, oleh kerana itu mereka mentadabburinya pada malam hari dan mengamalkannya pada siang hari”.
Tanyalah pada diri kita tentang sejauh mana kita mendekati al-Quran. Jangan pula bangun dari tidur terus baca whatsap, sms, facebook tapi tak ada masa untuk membaca al-Quran. Bagi yang belum pandai atau lancar membaca al-Quran berusahalah untuk menguasainya supaya al-Quran dekat dihati kita kerana di akhirat kita begitu perlu kepada syafaat al-Quran.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Ingatlah suatu peringatan daripada Rasulullah s.a.w
إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا, وَيَضَعُ بِهِ آخَرِين-أخرجه مسلم عن عمر بن الخطاب
Maksudnya : Sesungguhnya Allah memuliakan dengan Kitab ini (al-Quran) suatu kaum dan menghinakan suatu kaum yang lain
Jatuh bangun, maju mundur, mulia hina, berjaya gagalnya kita umat Islam bergantung kepada sejauh manakah ikatan kita dengan al-Quran dalam seluruh aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Oleh itu kita wajib bersungguh dalam memperjuangkan system Islam termasuk pindaan RUU 355 dalam memperkasakan Mahkamah Syariah. Sejarah sudah membuktikan bahawa sejak Akta 355 ini diluluskan 52 tahun yang lalu, belum pernah ada seorang bukan Islam yang didakwa kesalahannya di bawah mana-mana Mahkamah Syariah Negeri-Negeri, Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri-Negeri yang diwujudkan daripada Akta induk ini. Pada masa sekarang, bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ialah sangat terbatas. Batas hukuman itu juga amat jauh ketinggalan berbanding hukuman kesalahan dalam Mahkamah Sivil.Sebagai contoh, bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta Hidupan Liar, Undang-Undang Sivil boleh memperuntukkan denda sehingga RM50 ribu ringgit ke atas seorang yang didapati bersalah memelihara burung tertentu, sedangkan kesalahan Syariah seperti mengajak ajaran sesat yang berjaya menyelewengkan akidah atau memurtadkan sebegitu ramai pengikutnya yang beragama Islam di negara ini, jika disabitkan kesalahannya, hanya boleh didenda tidak lebih daripada RM5 ribu ringgit, apakah demikian rendahnya nilai harga sebuah akidah Muslim? Tergamakkah kita membiarkan hukum Islam diletakkan sedemikian rendah di negara kita yang memperuntukkan Islam selaku agama Negara. Di tangan kita adanya 2 pilihan samada julang atau benamkan sistem Islam, Subur atau kuburkan sistem al-Quran, tunduk akur kepada perintah Allah atau jatuh tersungkur di kaki musuh
Dalam masa yang sama kita lihat orang bukan Islam lebih bersungguh dan bersatu dalam memastikan apa yang diperjuangkan oleh Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sebelum ini antaranya dalam menghalalkan murtad untuk diluluskan. Malah gerakan yang dipelopori paderi Kristian berbangsa Melayu sendiri yang aktif memurtadkan umat Islam. Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Apa yang lebih malang umat Islam yang dirasuk ajaran sesat Liberal turut bersekongkol dalam menghalalkan murtad, kahwin berlainan agama dan suburnya budaya songsang LGBT sehingga ketika umat Islam menyambut Ramadhan baru-baru ini adanya usaha sebuah Universiti swasta untuk mempromosi budaya songsang tetapi dibatalkan kerana bantahan. Kemudian golongan ini menganjurkan majlis berbuka puasa kalangan gay. Melihat kepada asakan dalam meranapkan aqidah dan merosakkan akhlak umat Islam yang semakin meruncing menyebabkan usaha dalam memperkasakan Mahkamah Syariah begitu diperlukan. Kita bimbang dengan masalah jenayah dan sosial di kalangan umat Islam sendiri yang makin ketara termasuk Rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan 159,725 kelahiran anak luar nikah atau tidak sah taraf di kalangan wanita Islam, didaftarkan di seluruh negara bagi tempoh 3 tahun, bermula 2013-2016. Begitu juga laporan statistik pada tahun 2015, 80% iaitu (2752 orang pengidap HIV) berpunca dari pelaku hubungan seks dengan (30%) dikalangan mereka pula pelaku seks sumbang homoseks. Adakah kita merasa aman ketika aqidah digoyang, adakah kita rasa selamat ketika akhlak semakin tenat.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 72 surah al-Ahzab :
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا ﴿٧٢﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan
Tarbiah Ramadhan turut membiasakan kita dengan solat berjemaah. Janganlah kita hanya memenuhi undangan kenduri kahwin dan rumah terbuka di bulan Syawal ini tanpa ada semangat untuk datang memenuhi seruan Ilahi di masjid. Jangan hanya seronok menjamu selera dengan hidangan lazat di dunia sedangkan janji hidangan lebih sedap dalam Syurga kita kesampingkan. Jangan rasa gembira ketika dapat hadir di banyak rumah terbuka sedangkan pintu masjid yang terbuka luas tidak ditemui. Ketika memahami antara hikmat solat Jemaah adalah untuk mendidik ketaatan kepada pemimpin selagimana tidak bercanggah dengan Islam. Kepimpinan ini bukan setakat dalam solat sahaja malah dalam keluarga, masyarakat seterusnya Negara.
Ibn Khaldun membahagikan bentuk pemerintahan kepada 3 iaitu : [1] Pemerintahan natural (siyasah thabi’iyah), iaitu pemerintahan yang membawa masyarakatnya sesuai dengan tujuan nafsu. Pemimpin dalam memerintah kerajaan lebih mengikuti kehendak dan hawa nafsunya sendiri dan tidak memperhatikan kepentingan rakyat sehingga rakyat sukar mentaati akibat timbulnya penindasan dan pemerintahan tanpa organisasi kukuh. Pemerintahan ini adalah diktator atau kuku besi. [2] Pemerintahan berdasarkan naluri (siyasah ‘aqliyah), iaitu pemerintahan yang membawa rakyatnya sesuai dengan rasional dalam mencapai kemaslahatan duniawi dan mencegah kemudharatan dengan undang-undang yang dibuat oleh para cendekiawan. Pemerintahan jenis ini dapat mewujudkan keadilan sampai batas tertentu. [3] Pemerintahan yang berlandaskan Agama (siyasah Diniyyah), iaitu pemerintahan yang membawa semua rakyatnya sesuai dengan tuntunan agama, baik yang bersifat duniawi mahupun ukhrawi. Ia model pemerintahan yang terbaik, kerana bersumber dari ajaran Agama yang menjamin tidak saja keamanan dan kesejahteraan di dunia tetapi juga di akhirat.
Tahap-tahap dalam menjaga keutuhan sesebuah kerajaan pula Ibnu Khaldun membahagikan kepada 3 generasi, iaitu: [1] Generasi Pembangun di mana dengan segala kesederhanaan dan kekuatan yang tulus tunduk dibawah had kekuasaan yang didokongnya. [2] Generasi Penikmat, yakni mereka yang mengecap keuntungan ekonomi dan politik dalam sistem kekuasaan, menjadi tidak peka lagi terhadap kepentingan bangsa dan negara. [3] Generasi yang tidak lagi mempunyai perasaan bertanggungjawab terhadap negara. Mereka melakukan apa saja yang mereka sukai tanpa mempedulikan nasib negara. Jika suatu bangsa sudah sampai pada generasi ketiga ini, maka keruntuhan negara akan berlaku.
Oleh itu dalam seronok berhari raya jangan lupakan kita kepada tanggungjawab dalam membangun dan menjaga keutuhan Negara. Kita wajib bersungguh agar Negara dijaga penuh amanah bukan terus dicemari dengan rasuah, pecah amanah dan pembaziran ketika begitu ramai rakyat semakin hidup tertindas dan tertekan. Kelalaian kita menyebabkan Negara diambang kehancuran. Pandukanlah Negara berasaskan Islam untuk Berjaya dan diberkati
Firman Allah SWT dalam surah al-A’araf ayat 96:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾
Maksudnya : Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab :
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾
Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah
Laungan kalimah ( وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi. Al-Quran telah melakarkan beberapa peperangan yang telah disertai oleh nabi Muhammad s.a.w termasuk Badar Kubra, Uhud, Ahzab, Hunain sebagai panduan umat kemudian dalam memenuhi syarat kemenangan disamping menjauhi syarat kekalahan. Kita dapat saksikan bagaimana generasi Islam yang pertama terdiri daripada individu yang hanya bergantung bulat kepada Allah. Tidak memandang ke Timur dan tidak pula memandang ke Barat. Individu-individu yang hanya menerima perintah arahan, hukum dan perundangan daripada Allah, sekaligus menolak dengan tegas setiap unsur-unsur yang lain dari Islam. Individu yang hanya mengambil ajaran, sistem dan neraca penghayatan daripada Allah. Mereka menyelesaikan seluruh permasalahan yang timbul dengan terlebih dahulu merujuk kepada ketetapan hukum Allah, bukan melaksanakan sesuatu kemudianbaru dirujuk kepada Allah. Inilah individu yang pertama dibentuk oleh Rasulullah S.A.W, yang menjadi batu-bata dalam mengikat padu jamaah Islam yang bergerak melanda segala liku berduri. Kejayaan dan kegemilangan generasi Islam bukanlah bikinan manusia, tetapi ia adalah kurniaan daripada Allah. Pertolongan dan kurniaan daripada Allah itu tidak akan datang secara percuma, walaupun Islam ini adalah agama yang diturunkan oleh Allah. Mereka tidak sedikit pun terikat kepada kehalobaan dunia, tetapi mereka Berjaya memerintah dunia seluruhnya. Walaupun mereka diberi kemewahan dan kekayaan, tetapi mereka memerintah kemewahan dan kekayaan itu, bukannya terpedaya dengan pujukan rayu hawa nafsu lantas menjadi hamba kepada kemewahan. Ini menunjukkan kepada kita bahawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W merupakan risalah yang membentuk manusia berlandaskan keyakinan dan keimanan. Risalah yang tegak berpaksikan taqwa dan pengabdian kepada Allah. Inilah sifat kemenangan yang mesti kita miliki
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّـهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ﴿٧﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu
Imam Al-Ghazali berpesan kepada umat bahawa masalah umat Islam tidak begitu saja boleh diselesaikan dari faktor-faktor luaran saja seperti masalah politik atau ekonomi tetapi masalah umat perlu diselesaikan dari masalahnya yang sangat mendasar. Tentu tahap kebangkitan dan pembenihan jiwa ini tidak dapat dilakukan tanpa melalui pemahaman keilmuan yang benar. Ilmu adalah asas dari pemahaman dan keimanan. Ilmu yang benar akan menuntun kepada keimanan yang benar dan juga amal yang benar. Ilmu yang salah akan menuntun pada pemahaman yang salah dan amal yang salah pula. Bangkitnya kaum Muslim dari kekalahan dan penjajahan panjang dengan lahirnya suatu generasi yang hebat dai segi aqidah, mencintai ilmu, kuat ibadat dan zuhud. Generasi inilah yang mampu membuat sejarah baru, mengubah keadaan dan kedudukan dari generasi yang lemah dan kalah menjadi generasi yang kuat dan disegani, dari generasi yang dijajah dan dihina kepada generasi memerintah dan mulia.
Antara permasalahan utama umat Islam pada zaman ini adalah [1] sedang berada dalam keadaan mabuk dan terpesong daripada identiti mereka sendiri yang mana ia lupa tentang hakikat risalah Islam sehingga ia lupa sebab kewujudannya di dunia dan tidak lagi mampu untuk mengenal siapa teman dan siapa musuh. [2] Wujud juga jurang persaudaraan yang begitu lebar di kalangan umat Islam berpunca daripada sifat asobiah perkauman, iklim, bahasa, anasir-anasir luar yang diikuti dengan sistem-sistem yang berbeza dan sikap penting diri sendiri di kalangan pemimpin yang lebih mengutamakan hawa nafsu daripada kebenaran akhirnya membawa kepada perpecahan umat Islam daripada jalan Allah. Akhirnya musuh Islam boleh membaham tubuh saudara seagama dan merampas tanahair mereka atas perpecahan kita sebagaimana di Palestin, Iraq, Syria, Yaman, Myanmar. Apa yang lebih malang senjata umat Islam dihala kepada saudara seagama. Begitu juga apabila Ramadhan tahun ini dicemari dengan tindakan Arab Saudi bersama negara arab sekitar bertindak memboikot Qatar atas alasan melindung pengganas selepas menerima kunjungan Presiden AS. Sampai bilakah kita terus berperang sama sendiri untuk melindungi kepentingan zionis Yahudi. Bilakah kita mampu bersatu atas dasar iman untuk menghentikan kekejaman dan kezaliman zionis Yahudi dan musuh Islam yang lain. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan