Khamis, 18 Mei 2017

Isra’ Mikraj DiHayati Jatidiri Umat DiMiliki

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 81-82 surah al-Isra’ : وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا ﴿٨١﴾ وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا ﴿٨٢﴾ Maksudnya : Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap". (81) Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. Sekarang kita mula memasuki bulan Sya’aban dengan sama-sama meninggal bulan haram Rejab yang banyak mencatatkan peristiwa besar dalam sirah nabi s.a.w terutama peristiwa Isra’ dan Mikraj. Apa yang terpenting dari peristiwa Israk dan Mikraj adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW. Diperlihatkan kebesaran kerajaan Allah SWT supaya baginda sedar bahawa tugas kerasulannya kepada seluruh umat hingga ke hari kiamat, adalah terlalu kecil jika dibanding dengan kekuasaan Allah SWT. Segala kuasa yang menentang Islam, termasuk kuasa besar yang ada pada hari ini, ibarat habuk yang halus sahaja di sisi kuasa Allah SWT. Kita menyaksikan, selepas kejatuhan Soviet Union, ratusan juta umat Islam diserang, ditindas, dibelasah, dijajah, diseksa, dan dibunuh oleh penjajah Timur dan Barat. Penjajah Barat ialah negara-negara Kapitalis, negara Eropah, negara Kristian. Timur pula adalah negara Komunisme. Negara umat Islam dipecah-pecahkan, dibahagi-bahagikan antara kuasa-kuasa besar. Umat Islam dihancur leburkan. Namun, kita juga menyaksikan cahaya Islam tidak padam. Agama ini bukan sahaja tidak berjaya disekat, malah ia terus berkembang dan berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Dalam keadaan umat Islam begitu lemah ini, Allah menunjukkan kekuasaan-Nya yang Maha Besar. Di Amerika, dalam ratusan juta rakyatnya, puluhan juta daripadanya telah memeluk Islam. Di India, dalam bilion rakyatnya, ratusan juta memeluk Islam. Di China, ratusan juta umat Islam. Di Rusia, jutaan daripadanya adalah muslim. Allah menunjukkan, di negara-negara yang menjadi pusat untuk menentang Islam, rakyat mereka memeluk Islam dalam jumlah yang besar. Menurut suatu laporan, di London kini telah mempunyai 423 masjid baru, menggantikan 500 gereja yang telah ditutup. Ini kekuasaan Allah yang boleh kita lihat pada hari ini. Inilah antara bukti dari Israk dan Mikraj. Untuk menghiburkan hati Nabi SAW supaya tidak merasa lemah dan takut. Dan Nabi pernah menegaskan bahawa Allah akan pasti akan menyempurnakan urusan menyebarkan ajaran Islam ini. Nabi juga pernah menyatakan bahawa Islam akan sampai di mana sahaja sampainya siang dan malam. Oleh itu kita bersama Islam ini, jangan rasa takut dan hina. Walaupun umat Islam dalam keadaan lemah, jangan sekali-kali merasa takut dan lemah. Kerana agama kita adalah agama Allah. Sebab ramai orang Islam sekarang merasa hina, merasa takut nak mengaku Islam. Takut nak mengamalkan Islam. Merasa rendah diri dengan Islam. Sebagai seorang Islam kita hendaklah sedar, kita adalah mulia di sisi Allah selagi berpegang kepada Islam dan pasti dihina bila meminggirkan Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah : وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾ Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. Ketika menyoroti kisah Isra’ dan Mikraj maka kita dapati banyak cubaan dan panggilan yang cuba menghalangi perjalanan nabi s.a.w termasuk panggilan Yahudi dan Kristian. Ini menggambarkan bagaimana dakwah dan kebangkitan Islam akan berdepan dengan musuh yang sentiasa berusaha siang dan malam agar umat manusia bukan sahaja dijauhkan daripada Islam malah membenci Islam dengan pelbagai tuduhan dan gambaran buruk. Antara 7 Strategi musuh dalam menghancurkan Umat Islam : [1] Kemiskinan dengan memastikan negara umat Islam terus dicengkam dengan ekonomi yang tenat sehingga terpaksa meminjam dengan kuasa luar. Ekonomi negara dikuasai oleh orang bukan Islam termasuk dalam penghasilan makanan halal. Negara kita dianugerahkan oleh Allah dan tanah yang subur dan hasil mahsul termasuk minyak yang banyak. Negara kita dikelilingi laut tetapi harga ikan mahal. Tanah kita subur tapi kita import makanan dari luar sebanyak RM 22 bilion, tanah rumput menghijau tapi lembu kita import dari Thailand dan Kemboja. Harga makanan terus meningkat kerana kita bergantung kepada negara luar, imbangan dagang kita tidak seimbang. Food security kita tidak terjamin [2] Musuh Umat Menguasai Aset Negara sehingga kekayaan negara dikuasai pihak asing. Aset negara digadai untuk bayar hutang akibat kegagalan mengurus dengan cekap dan bertanggungjawab. Malah Laporan Indeks Persepsi Rasuah 2016, kedudukan Malaysia terus merosot ke kedudukan yang ke 55 daripada 176 negara. [3] Penguasaan Kekayaan Alam termasuk perniagaan, pengeluaran, pertanian, perikanan, perternakan dan selainnya oleh pihak Asing sehingga rakyat menjadi kuli di negara sendiri. [4] Penguasaan musuh terhadap media massa sehingga menguasai cara hidup, berpakaian dan berfikir umat Islam ke arah berqiblatkan cara hidup yang bercanggah dengan agama melalui filem, berita dan maklumat yang diputar belit. Akhirnya umat sendiri begitu berbangga dengan fesyen yang mendedah aurat dan hidup bebas Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mu’minun : وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْ‌ضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِ‌هِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِ‌هِم مُّعْرِ‌ضُونَ Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; Cara musuh Islam yang ke-[5] Menguasai Sistem Politik dan sistem negara supaya terus berqiblatkan ideology sekuler, liberal, kapitalis, sosialis dan sebagainya. Akhirnya system Islam dianggap ketinggalan zaman dan mengancam cara hidup moden. Umat Islam sendiri ragu kepada system Islam malah lebih mendewakan system ciptaan manusia walau pun lemah dan zalim. Mereka mendewakan system riba yang dianggap penting dalam memajukan negara sedangkan orang yahudi sendiri mengharamkan riba sesama yahudi walau pun yahudi mempolopori system riba dengan selain yahudi. Dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj nabi s.a.w diperlihatkan bagaimana azab kepada mereka yang terlibat dengan riba iaitu berenang dalam sungai darah dan dilemparkan batu [6] ialah menghancurkan akhlak umat Islam dengan perkara yang memabukkan terutama arak, dadah, bahan lucah. Ketika dibawa melawat Neraka maka nabi s.a.w diperlihatkan bagaimana dahsyatnya azab kepada peminum arak dan yang berzina. Negara menyaksikan bagaimana suatu Statistik jumlah penagih dadah tahun 2016 ialah seramai 30,847 orang, kadar purata kes buang bayi 10 orang setiap bulan [7] Menyebarkan ajaran sesat termasuk anti hadis, Islam Liberal dalam memastikan keadaan umat Islam semakin tenat Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 60 surah al-ِAnfal : وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّـهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّـهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠﴾ Maksudnya : Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. Menyedari tentang betapa bahaya dan bersungguhnya musuh Islam dalam menghancurkan umat Islam siang dan malam maka kita wajib bangkit menentang dengan membina jatidiri dalam diri kita, keluarga seterusnya masyarakat. Antara perkara yang mesti dititikberatkan dalam membina jatidiri ialah : a. Iman yang mendalam. b. Aqidah yang teguh. c. Amalan fardhu dan nawafil atau sunat yang istiqamah serta terjaga. d. Jauhi Maksiat banyakkan bertaubat kepada Allah e. Ketekunan dan kerja keras f. Ta’awun atau tolong menolong dalam urusan dunia dan akhirat g. Penguasan ilmu ukhrawi dan duniawi h. Mengambil manfaat dari semua pihak asal tidak bercanggah dengan syara’. i. Sentiasa kembali kepada Allah terhadap semua kejayaan Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Munafiqun : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُ‌ونَ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan