Jumaat, 3 Oktober 2014

Khutbah Aidil Adha 1435H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 37سورة الحج : لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلاَ دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan Allah) tetapi ketaqwaan daripada diri kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban. Jika semasa menyambut hari raya fitrah yang lalu kita disyariatkan dengan ibadat harta iaitu zakat fitrah maka pada hari raya korban ini disyariatkan pula dengan ibadat korban di mana kedua-dua ibadat khusus ini antara tujuan besarnya dalam merapatkan hubungan kita dengan Allah dan juga sesama manusia. Tanpa sikap suka berkorban menyebabkan semakin menebalnya sikap mementing diri sendiri sehingga sanggup merampas dan menzalimi orang lain. Tanpa sikap kasih sayang dan prihatin terhadap kesusahan orang lain menyebabkan membarahnya sikap kedekut dan lebih suka membazir daripada menghulurkan bantuan kepada orang susah. Kita mesti mengambil berat tentang suatu laporan daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) yang menyatakan bahawa Rakyat Malaysia membuang makanan sehingga 8 ribu tan atau 8 juta kilogram sehari di mana jumlah itu mampu menampung bekalan makanan untuk 6 juta orang. Kos pengurusan sisa pepejal termasuk makanan yang dibuang itu juga melibatkan kos berbilion ringgit dengan jumlah peratusan sisa makanan yang dibuang meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus pada musim-musim perayaan. Kita tidak mahu budaya kedekut dan membazir akan terus bertambah sehingga yang kaya mati kekenyangan, yang papa pula mati kelaparan. Ingatlah suatu peringatan keras daripada nabi s.a.w مَا آمَنَ بِي مَنْ بَاتَ شَبْعَان وَجَارُهُ جَائِعٌ إِلَى جَنْبِهِ وَهُوَ يَعْلَمُ بِهِ". رواه الطبراني والبزار، Maksudnya : Tidak beriman kepadaku sesiapa yang tidur dalam keadaan kenyang sedangkan jiran sebelahnya kelaparan sedangkan dia mengetahuinya اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 111 : لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا يُفْتَرَىٰ وَلَـٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿١١١﴾ Maksudnya : Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman Setiap kali menyambut hari raya korban maka kisah nabi-nabi diperdengarkan kepada kita antaranya kisah pengorbanan 2 anak nabi Adam dan pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s. Antara hikmat kita mesti mengetahui dan menghayati kisah hidup para nabi supaya kisah dapat mencontohi kehebatan dan kemuliaan sifat manusia pilihan Allah disamping meniru cara mereka berdakwah, memerintah negara, mengurus ekonomi, membina keluarga bahagia, mewujudkan sosial yang patuh agama dan sebagainya. Kisah nabi juga membawa peringatan jelas supaya menjauhi sikap golongan yang menentang para nabi agar tidak didatangkan dengan bala Allah yang dahsyat di dunia diikuti dengan azab yang menggerunkan di akhirat kelak. Malangnya kisah-kisah al-Quran dan hadis nabi s.a.w tidak dititikberatkan dalam kehidupan kita atau hanya bermusim seperti pada hari raya korban sahaja kerana kita mencari jalan mudah dengan hidangan bukan sahaja kisah dongeng, khayalan malah khurafat yang merosakkan aqidah dan akhlak samada melalui novel, komik, internet, tv, radio dan media yang lain. Antara sebab bahayanya hiburan dan permainan apabila tidak dikawal : [1] merosak atau melemahkan pemahaman terhadap ajaran Islam melalui filem tidak bermoral dan ganas sehingga kanak-kanak dan remaja banyak dipengaruhi dengan unsur negatif termasuk cuba meniru aksi ganas sehingga membahayakan diri sendiri. [2] menjerumuskan pada yang haram seperti cara bercakap, pergaulan bebas, hiburan melampau, pakaian menjolok mata dan sebagainya. Budaya tidak sihat ini menjuruskan anak-anak kepada pergaulan bebas yang merosakkan akhlak sehingga statistik kes rogol menunjukkan pelajar sekolah berumur antara 12 dan 16 tahun mencatatkan angka tertinggi menjadi mangsa rogol di mana hampir 90 peratus daripada kes rogol bawah umur dilaporkan melibatkan orang dikenali termasuk teman lelaki. [3] melalaikan yang wajib seperti tinggal solat, malas belajar ilmu agama akibat sibuk melayan TV dan internet. Lahirnya umat yang lupa kepada Allah akibat asyik dengan kehidupan dunia dan lupa dengan bekalan akhirat. [4], menyia-nyiakan waktu yang sepatutnya digunakan dengan menambah amalan soleh dan kerja yang berfaedah. Akhirnya lahir umat pemalas dan hanyut dalam khayalan [5] membuang harta seperti penonton sanggup habis duit untuk mengundi melalui sms setiap kali stesen TV yang berlumba-lumba melahirkan artis dari anak yang baru tumbuh gigi susu hingga orang tua yang sudah pakai gigi palsu. Akhirnya umat Islam tenggelam dalam hiburan berlebihan sedangkan orang lain sibuk mengejar kemajuan. Orang lain terus tambah hasil sedangkan kita asyik membazir اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam surah ar-Ruum ayat 21 : وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾ Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. Ketika menyoroti kisah nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam berkorban dan tunduk patuh kepada setiap arahan Allah sehingga diberi suatu kejayaan besar termasuk mengubah bumi Mekah yang tandus kepada Kota penuh kemakmuran dan keberkatan yang menjadi tumpuan umat manusia hingga kini. Kejayaan sesebuah keluarga akan memberi kesan yang baik kepada pembangunan masyarakat seterusnya negara. Begitu juga kegagalan sesebuah keluarga akan memberi kesan buruk kepada masyarakat seterusnya negara. Melalui institusi kekeluargaan, kehidupan manusia boleh dikatakan sentiasa berjemaah. Ketua keluarga bukan saja memimpin ahlinya, tetapi juga mengamalkan unsur syura dalam setiap tindak-tanduk membabitkan ahli keluarga. Dalam kehidupan berjemaah, suami, isteri dan anak-anak akan solat bersama, makan, membeli-belah, beriadah serta melakukan aktiviti kekeluargaan tanpa mengetepikan mana-mana ahli keluarga yang lain. Tempat tinggal pula ibarat syurga yang menyempurnakan kehidupan manusia, segala-galanya ada di dalamnya, penghuninya berasa selamat dan dilindungi, apatah lagi dipimpin oleh ketua keluarga yang bertanggungjawab serta sarat dengan kasih sayang. Rumah tangga pincang kerana pemimpinnya tidak berkhidmat untuk ahli yang dipimpin atau ahli tidak menghormati pemimpin pada perkara yang baik. Islam mensyariatkan perkahwinan kerana memenuhi fitrah manusia yang tidak boleh hidup sendirian. Manusia memerlukan perhatian, pertolongan, sokongan dan pasangan untuk berkongsi kelemahan serta kekuatan yang boleh melengkapkan sebuah kehidupan menuju akhirat. Tujuan perkahwinan untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Lumrah yang berpasangan akan mengasihi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi, justeru, mawaddah menjadikan manusia berhemah sesama makhluk Allah SWT dan bertolak ansur sesama insan. Keperluan mawaddah bukan hanya untuk memenuhi keinginan seksual, tetapi juga memenuhi keperluan jiwa nurani manusia yang sentiasa ingin didampingi oleh pasangan. Mawaddah berasaskan nafsu serakah akan menghilangkan rahmah hingga memungkinkan suami atau isteri meninggalkan pasangannya kerana orang lain. Musyawarah pula bermula apabila pasangan saling menghormati, memahami keperluan dan kehendak masing-masing, seterusnya cuba memenuhinya tanpa mengorbankan salah satunya. Tetapi menjadi sebaliknya apabila konsep berjemaah dan syura tidak diterapkan dalam rumah tangga. Jika ketua keluarga tidak menunaikan tanggungjawab kepada ahli yang dipimpin, penghuni rumah tangga akan kehilangan arah dan pedoman terutama anak yang belum mampu memimpin diri sendiri. Suami dan isteri pula membawa haluan sendiri maka tiada lagi pemimpin dan yang dipimpin. Sifat amanah menjadikan pasangan suami dan isteri lebih bertakwa kepada Allah SWT. Anak juga amanah kepada ibu bapa dan sejauh mana mereka berjaya memelihara amanah itu juga berdasarkan ketakwaan yang dibina. Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam Surah Az-Zariyaat ayat 56 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾ Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim." Semoga kita semua dapat menghayati kisah pengorbanan dan ketaatan yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim a.s sekeluarga sehingga kita bukan sahaja taat kepada Allah dalam ibadat khusus seperti solat, puasa, haji malah seluruh aspek kehidupan yang lain termasuk ekonomi, politik, sosial, perundangan, kepimpinan. Al-Quran menjelaskan bagaimana kepimpinan soleh dan adil sahaja yang akan membawa kesejahteraan dunia dan akhirat. Kita rasa terpanggil dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin yang menyatakan kebimbangan berkenaan Data Laporan Model Ekonomi Baru yang menunjukkan agihan tidak seimbang dan jurang pendapatan yang melebar dalam usaha negara mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi akan menyuburkan budaya rasuah dalam kalangan masyarakat. Kegagalan pemimpin dalam memberi fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat terutama dengan kenaikan harga minyak beberapa hari lepas akan menyebabkan kadar pendapatan tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin tinggi sehingga kakitangan awam dan swasta mencari jalan mudah dengan rasuah dan pecah amanah. Sikap boros dalam mengurus harta negara sehingga meningkatnya bebanan hutang yang hampir kepada tahap muflis menjadi masalah tambahan kepada negara. Bila sifat taqwa dan amanah hilang maka banyak kerosakan akan berlaku termasuk isu-isu terbaru seperti isu kebocoran soalan UPSR yang menyusahkan pelbagai pihak. Jika sebelum ini banyak rompakan dengan melarikan mesin ATM kini ditambah dengan kes penjenayah menggodam mesin ATM bank untuk mencuri wang. Selagi hawa nafsu tidak mampu dikorbankan untuk tunduk patuh kepada Allah maka selagi itulah manusia akan menjadi kuda tunggangan kepada hawa nafsunya sendiri dan syaitan yang membawa ke jalan kehancuran dunia akhirat. Berusahalah dalam mengawal nafsu agar tunduk kepada Allah. Gunalah ubat mujarrab iaitu undang-undang Islam dalam membanteras kes jenayah walau pun ramai umat Islam sendiri merasakan pelaksanaan perundangan Islam dalam negara seperti arahan menyembelih anak kepada nabi Ibrahim a.s iaitu suatu yang terlalu sukar dan di luar kemampuan. Apa yang penting ialah perkasakan ilmu Islam kepada umat Islam sendiri sehingga aqidah kita utuh, amalan kita kukuh sehingga keyakinan terhadap sistem Islam semakin terserlah dan perasaan mendewakan undang-undang penjajah dapat dicegah. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 50 : أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ﴿٥٠﴾ Maksudnya : Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 27-28 سورة الحج : وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِ‌جَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ‌ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُ‌وا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَ‌زَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ‌ Maksudnya : Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Hari raya ini juga dipanggil hari raya haji kerana ramai umat Islam dari seluruh pelusuk dunia sedang berhimpun di Mekah dalam menunaikan ibadat haji. Sama-sama kita berdoa agar para jemaah haji diberikan kemudahan dalam menunaikan ibadat dan dikurniakan haji yang mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Doakan juga dari kalangan kita yang masih belum menunaikan ibadat haji supaya diberikan peluang oleh Allah untuk menunaikannya. Antara hikmat haji ialah melahirkan rasa kesatuan atas dasar iman dalam mengembang dan menjaga kebajikan umat Islam secara bersama. Setelah umat Islam kehilangan Khilafah selama 100 tahun dari tahun 1924 hingga kini di mana penjajah membahagi Negara umat Islam seperti kita membahagi daging korban. Malah apa yang lebih malang musuh Islam lebih berani melakukan pembunuhan dan penindasan termasuk dalam Negara umat Islam sendiri sehingga mereka bertindak kejam mencincang tubuh umat Islam seumpama kita mencincang daging korban. Rasa takut dan gentar musuh Islam kepada umat Islam telah tiada akibat ramai di kalangan kita sendiri yang dihidapi penyakit ‘al-Wahnu’ iaitu terlalu cinta kepada dunia dan terlalu benci kepada kematian. Oleh itu sempena berada pada hari raya korban yang mengetuk hati kita supaya mengorbankan rasa cinta pada dunia dalam memastikan Islam berada dipuncak jaya. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam mengembalikan system Islam dalam merajai dunia agar kemerdekaan Palestin daripada cengkaman zionis Yahudi dapat diraih, kezaliman di Syria, Iraq, Mesir dapat dihentikan, pembunuhan etnik Ronghiya oleh pelampau Budha di Myanmar dapat disekat, penindasan oleh pelampau Kristian di Afrika dicegah, keganasan terhadap umat Islam Thailand dapat perhatian, nasib umat Islam seluruh dunia dapat dibantu di bawah satu bendera iaitu Islam yang mulia. Yakinlah kita dengan janji kemenangan daripada Allah termasuk amaran Allah bahawa musuh Islam yang mahu melihat Islam hancur lebih baik mereka membunuh diri mereka sendiri dengan cara gantung diri kerana cahaya Islam semakin bersinar bukan semakin pudar. Buktikan kemenangan Islam semakin dekat dengan memenuhi segala syarat kemenangan dan menjauhi syarat kekalahan اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam bermula hari ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti. Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Siti Aisyah : مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim ) اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan