Jumaat, 14 Disember 2012

Qiamat DiYakini Yahudi DiPerangi

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 187 surah al-A’araf: يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْ‌سَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَ‌بِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّـهِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ‌ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" Bulan Muharram telah berada dipenghujungnya yang mengingatkan kita bahawa telah sebulan kita sama-sama berada pada tahun baru 1434H manakala tahun baru Masihi bakal datang tidak lama lagi. Perjalanan masa yang begitu pantas sepatutnya mengetuk hati kita untuk sama-sama bermuhasabah menghitung diri tentang persiapan bekalan akhirat kita dan usaha dalam memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang dilakukan. Beradanya kita pada bulan Disember turut menghangatkan kembali tentang ramalan Qiamat mengikut kepercayaan Kalendar kaum Mayan yang dijangka berlaku pada hari Jumaat depan 21 Disember disamping ramalan berlakunya fenomena alam yang menyebabkan bumi bakal bergelap selama 3 hari pada 23 hingga 25 Disember ini yang turut cuba dikaitkan dengan tarikh Qiamat. Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan hari Qiamat sewajibnya tidak merasa panik dan takut dengan ramalan ini kerana kita yakin bahawa tarikh Qiamat yang sebenar hanya diketahui oleh Allah. Sebaliknya kita mesti berebut-rebut untuk menambahkan bekalan akhirat bukannya sibuk mencari tarikh Qiamat kerana banyak tanda-tanda Qiamat samada besar atau kecil telah berlaku pada zaman kita. Ikutlah arahan Allah dan rasulNya dalam berdepan dengan Qiamat dan jauhi segala larangannya serta jangan termasuk dalam golongan yang menjadi tanda Qiamat iaitu pemimpin yang khianat, anak yang derhaka ibubapa, peniaga yang menipu dan sebagainya. Jadikan nabi s.a.w sebagai ikutan dan orang soleh sebagai teman agar kita dibangkitkan di akhirat nanti bersama dengan mereka. عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ السَّاعَةِ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ ( رواه البخاري ومسلم ( Maksudnya : Anas bin Malik berkata bahawa ada seorang arab badwi bertanya : “Bilakah berlakunya Kiamat?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Apakah persiapan engkau untuk menghadapinya?” Lelaki itu menjawab, “Tiada sesuatu amalan pun kecuali aku mencintai Allah dan RasulNya.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Engkau akan tetap bersama orang yang engkau cintai. Anas telah berkata : Maka tiada apa yang lebih menggembirakan kami dengan suatu yang diucapkan oleh nabi iaitu engkau akan tetap bersama orang yang kamu cintai. Seterusnya Anas berkata : Maka aku mencintai nabi s.a.w, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan aku berharap agar dapat bersama-sama mereka semata-mata perasaan cinta terhadap mereka walaupun aku tidak beramal sebagaimana amalan mereka Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 48-49: وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٨﴾ مَا يَنظُرُ‌ونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ Maksudnya : Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): " Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!", Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang - (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). Kita jangan menjadi umat yang sibuk mencari tarikh Qiamat dan hanya melihat sahaja tanda-tanda Qiamat berlaku di depan mata tanpa mengambil iktibar apatah lagi berlumba-lumba untuk menambah bekalan akhirat disamping menjauhi larangan Allah. Kedahsyatan tentang Qiamat banyak disebut dalam al-Quran dan hadis nabi antaranya pekikan kuat yang menyebabkan semua hancur musnah. Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Ibnu Umar yang berkata: “Sebenarnya sangkakala akan ditiup ketika manusia berada di jalan, majlis-majlis dan pasar-pasar. Ketika itu sehelai kain masih berada di tangan dua orang yang sedang tawar-menawar, tiba-tiba mereka terkejut.” Ibnu Kathir berkata: “Mereka tidak menunggu kecuali satu teriakan sahaja. Ketika ditiupkan sangkakala, manusia masih lagi bertengkar, tawar-menawar di pasar-pasar. Malaikat Israfil diperintahkan Allah SWT meniup dengan kuat dan berterusan, tidak satu makhluk yang terkecuali mendengarnya lantas semuanya dibangkitkan dan berkumpul di hari kiamat.” Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Qiamat akan berlaku ketika dua orang masih merentang sehelai kain dalam proses tawar-menawar hingga kedua-duanya tidak sempat lagi meneruskan urusan jual belinya, apatah lagi melipat semula kainnya itu. Qiamat juga akan berlaku ketika seseorang baru menyimen kolahnya sebelum sempat mengisi air di dalamnya, seseorang membawa susu kambingnya tanpa sempat meminumnya, seseorang baru menyuap makanan ke dalam mulutnya sebelum sempat dia mengunyahnya. Ketika itu mereka tidak lagi berpeluang membuat pesanan wasiat kepada seseorang di kalangan ahli keluarganya. Begitu juga dengan seseorang yang berpisah dengan keluarga tidak sempat lagi untuk berkumpul semula. Pekikan itu datang dengan mendadak sehingga mereka akan mati kelaparan di mana sahaja ketika itu. Marilah sama-sama kita menginsafi betapa kerdilnya kita yang akan melalui peringkat perjalanan yang jauh, bermula daripada kehidupan dunia menuju ke alam kubur seterusnya dibangkitkan menjadi hamba Allah yang perlu taat dan patuh kepada perintah-Nya. Ini kerana kebahagiaan yang hakiki ialah apabila seseorang selamat dari neraka Allah dan dapat menghuni syurga-Nya Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ " Maksudnya : Tidak berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam Wahai hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi. Antara tanda qiamat juga apabila para pejuang Islam akan memerangi yahudi habis-habisan sehingga musuh terpaksa sembunyi di sebalik pokok dan batu di mana batu dan pokok turut memberitahu tentang kedudukan musuh untuk dibunuh oleh umat Islam. Keyakinan yang diberitahu oleh nabi s.a.w ini pasti berlaku bukan dengan hanya menunggu sebagai penonton sebaliknya meneruskan perjuangan dan memberi sokongan kepada perjuangan umat Islam di bumi Palestin. Kita begitu kecewa bila ada orang yang mendakwa bahawa tidak berlaku jihad di bumi Palestin hari ini kerana jumlah pejuang Islam sedikit dan keadaan senjata yang lemah. Orang ini juga meminta agar umat Islam Palestin berhijrah sebagaimana hijrah nabi s.a.w dengan menyerahkan secara percuma bumi Isra’ dan Masjid Aqsa kepada zionis yahudi. Ingatlah kita bagaimana pertempuran dengan kafir termasuk zaman nabi s.a.w membuktikan bagaimana bilangan sedikit bukan penghalang besar kepada kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Malah kita ingat dalam Peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun 8H antara tentera Islam berjumlah 3 ribu orang sahaja berdepan dengan tentera Rom seramai 200 ribu orang sehingga ramai di kalangan tentera Islam telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi panglima perang iaitu Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan : Demi Allah! Adakah kita benci kepada sebab keluarnya kita ke sini iaitu memburu syahid.Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan kekuatan dan bukan kerana bilangan tetapi kerana agama Islam yang telah Allah memuliakan kita dengannya. Maka maralah kamu sesungguhnya salah satu daripada 2 kebaikan akan kamu perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama keredhaan Allah. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّ‌ضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُ‌ونَ صَابِرُ‌ونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ Maksudnya: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia marilah kita terus mengecam dan mengutuk kekejaman zionis Yahudi dan sekutunya dalam membunuh dan menindas umat Islam di bumi Palestin. Perbanyakkan doa kepada Allah dalam menghancurkan musuh dan memberikan kemengan yang besar kepada pejuang Islam disamping hulurkan bantuan berbentuk kewangan dan sebagainya. Kita juga mesti berusaha dalam memboikot syarikat yang jelas memberi sumbangan besar kepada zionis yahudi seperti Coca-cola, McDonald’s agar dapat memberi tekanan supaya mereka menghentikan bantuan kepada kezaliman yahudi Israel. Kita berasa kecewa apabila ramai yang bukan sahaja makan makanan segera ini malah melekatkan logo di kenderaan dengan penuh bangga. Dunia telah menyaksikan bagaimana boikot telah menyebabkan banyak syarikat dan barangan yang sebelum ini memberi sumbangan kepada zionis yahudi dalam membunuh umat Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa telah menarik balik sokongan dan sumbangan. Amerika Syarikat sendiri terpaksa membuat undang-undang bagi mendenda syarikat yang memboikot Israel kerana bimbang sekutunya akan lenyap dari muka bumi. Bangkitlah wahai umat Islam. Jangan terus membiarkan saudara kita menangis hiba ketika kita bergelak ketawa, saudara kita memekik kesakitan ketika kita menjerit kegembiraan. Berambus berambus wahai Yahudi! Tentera nabi Muhammad akan kembali untuk memerdeka bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang tercinta بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 22 November 2012

Hijrah Martabat Islam Tolak Jahiliah

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Anfal : وَإِذْ يَمْكُرُ‌ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِ‌جُوكَ ۚ وَيَمْكُرُ‌ونَ وَيَمْكُرُ‌ اللَّـهُ ۖ وَاللَّـهُ خَيْرُ‌ الْمَاكِرِ‌ينَ Maksudnya : Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Mekah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya Kita baru sahaja menyambut tahun baru 1434H di mana ia sepatutnya memberi makna yang besar dalam mengorak langkah kepada kehidupan yang lebih baik berasaskan Islam. Malangnya jika sambutan tahun baru hijrah terus disambut hambar tidak sebagaimana tahun baru Masihi. Kita sepatutnya berasa sedih bila penggunaan Taqwim Hijrah yang hanya untuk melihat waktu solat, tarikh puasa, hari raya dan beberapa perkara sahaja berbanding penggunaan Kalendar Masihi yang lebih menyeluruh. Oleh itu sempena tahun baru Hijrah marilah kita sama-sama dalam memperkasakan penggunaan Taqwim Hijrah agar umat Islam lebih dekat dengan agama dalam setiap perkara. Marilah kita berhijrah daripada penjajahan ini untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Sempena berada pada bulan Muharram juga marilah kita sama-sama meningkat amalan soleh disamping memohon keampunan daripada Allah di mana kita digalakkan untuk banyak melakukan amalan puasa sunat terutama pada hari Kesembilan atau Tasua’ dan Kesepuluh atau hari ‘Asyura’ daripada bulan Muharram قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” ثَلَاثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ ، فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ ، صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ” - رواه مسلم Maksudnya : Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 24-25 surah As-Sajadah : وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِ‌نَا لَمَّا صَبَرُ‌وا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ ﴿٢٤﴾ إِنَّ رَ‌بَّكَ هُوَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ Maksudnya : Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya. Puasa hari ‘Asyura’ mengingatkan kita tentang suatu peristiwa besar di mana nabi Musa a.s bersama bani Israel diselamatkan daripada dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Begitu juga setiap kali berada pada awal tahun baru hijrah maka peristiwa hijrah nabi Muhammad s.a.w dan penubuhan daulah Islamiah di bumi Madinah sentiasa diperkatakan. 2 peristiwa besar yang berlaku kepada 2 orang nabi pada 2 zaman yang berbeza dan berdepan dengan 2 kepimpinan jahiliah yang berlainan telah banyak mengajar kita tentang betapa pentingnya kepimpinan dalam mencorak hidup samada dengan cara Islam yang diredhai oleh Allah atau cara jahiliah yang dimurkai oleh Allah. Cara kepimpinan yang pertama di bawah pimpinan nabi Musa a.s dan nabi Muhammad s.a.w ialah kepimpinan yang berteraskan kepada wahyu Allah di mana ia bukan sahaja menunjuk kepada umat manusia bagaimana menguruskan dunia berdasarkan agama malah menitikberatkan tentang kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat agar kepimpinan tidak tergelincir daripada garisan yang telah ditetapkan oleh syarak. Kepimpinan yang adil dan hebat ini memerlukan kepada kesabaran dan keyakinan yang tinggi dalam mencapainya seterusnya mempertahankannya kerana ia dibenci oleh manusia yang dihasut oleh hawa nafsu dan syaitan. Kepimpinan ini bukan sahaja memberi keamanan kepada rakyat jelata di dunia malah sentiasa bersungguh dalam menyelamatkan umat daripada azab bakaran api neraka di akhirat nanti. Kepimpinan Islam akan sentiasa dicabar dan dimusuhi oleh manusia yang bertuhankan hawa nafsu dan syaitan yang mencorak cara pemerintahan kedua iaitu cara jahiliah seperti Firaun, Abu Lahab dan manusia bongkak yang lain. Kepimpinan jahiliah ini sepastinya hanya menjadi dunia sebagai matlamat utama dengan menolak keimanan terhadap balasan akhirat sehingga tidak mempedulikan lagi masalah sesat, zalim, dosa, khianat dalam kamus pemerintahan mereka. Inilah yang digambarkan oleh Allah dalam ayat 41-42 surah al-Qasas : وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ‌ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنصَرُ‌ونَ ﴿٤١﴾ وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَـٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُم مِّنَ الْمَقْبُوحِينَ Maksudnya : Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya. Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Firman Allah dalam ayat 74 surah al-Anfal : وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia Ketika menyoroti tentang peristiwa hijrah nabi yang bersejarah maka ia bukan berlaku secara spontan sebaliknya penuh perancangan termasuk didahului dengan Bai’ah Aqabah pertama dan kedua bagi menjamin hijrah kepada berdirinya Daulah bukan setakat mendapat perlindungan daripada penindasan. Seterusnya ia menuntut kepada pengorbanan dan keyakinan yang tinggi di mana kita lihat bagaimana Sayyidina Abu Bakar begitu gembira bila dia dipilih untuk menemani nabi Muhammad s.a.w untuk berhijrah. Begitu juga Sayyidina Ali yang masih kecil sanggup mati untuk duduk di bawah selimut nabi dalam rumah yang sedang dikepung oleh pembunuh. Tidak ketinggalan peranan besar yang dimainkan oleh anak Sayyidina Abu Bakar iaitu Abdullah dan Asma’ dalam menjayakan misi hijrah. Tidak lupa pengorbanan para sahabat yang lain seperti Suhaib ar-Rumi dan Abdul Rahman bin ‘Auf yang sanggup meninggalkan seluruh kekayaan dan kemewahan asalkan dapat berhijrah bersama nabi. Kisah-kisah manusia hebat ini wajib dicontohi dan diteladani di mana dalam memperjuangkan Islam perlu melibatkan semua peringkat samada tua dan muda, miskin dan kaya, lelaki dan perempuan, berpangkat atau rakyat biasa Proses hijrah kepimpinan dalam Negara tidak akan berlaku tanpa kesedaran dan pengorbanan. Musuh-musuh Islam sentiasa berusaha dalam menjauhkan umat Islam daripada al-Quran dan cara hidup Islam serta mencanangkan bagaimana pemerintahan bukan urusan agama. Akhirnya lahir golongan kaya yang kedekut untuk membelanjakan harta mereka untuk memperjuangkan Islam, ramai rakyat biasa pula lebih terpesona dengan habuan ratusan ringgit sehingga lupa kepada pecah amanah terhadap wang rakyat yang bukan sahaja ratusan juta malah billion ringgit, anak-anak muda hanyut dalam hiburan melampau, najis arak dan dadah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, قال الرسول : المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللهُ عَنْهُ – رواه البخاري وأبو دأود والنسائي Maksudnya: Seorang muslim ialah orang yang menyelamatkan saudaranya muslim yang lain melalui lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah daripadanya Sempena berada pada tahun baru hijrah marilah kita sama-sama berhijrah daripada system jahiliah kepada melaksanakan seluruh system Islam dalam kehidupan samada politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kita juga wajib menegur dan menutup mulut umat Islam sendiri dan orang bukan Islam daripada memperlekeh system Islam termasuk Hudud. Ambillah pengajaran daripada bala Allah antaranya taufan Sandy yang melanda New York, Amerika Syarikat yang menyaksikan banyak nyawa terkorban, banyak bangunan musnah yang dianggar kerugian lebih 30 bilion dalam masa sekejap sahaja di mana musibah ini datang lebih kurang 2 bulan selepas tersiarnya filem pendek yang menghina nabi Muhammad s.a.w di Amerika Syarikat. Kita tidak mahu bala yang dahsyat ini melanda Negara kita akibat membiarkan manusia bacul untuk menghina system Islam. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Sempena berada pada tahun baru hijrah pada hari Jumaat yang mulia dan dalam rumah Allah yang mulia maka kami umat Islam bermaruah mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas yahudi Israel terhadap Gaza, Palestin buat sekian kalinya. Marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kepada Allah agar menghancurkan musuh yang kejam ini. Ya Allah Tuhan yang Menurunkan al-Quran, Tuhan yang Menggerakkan awan, Tuhan yang menewaskan Tentera Ahzab menangkan kami dan kalahkan yahudi durjana. Hancurkan kesatuan mereka, gagalkan serangan mereka, patahkan perancangan jahat mereka, tumbangkan musuh Islam sehingga menyembam bumi buat selama-lamanya ya Allah. Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Sof : يُرِ‌يدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ‌ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِ‌هِ وَلَوْ كَرِ‌هَ الْكَافِرُ‌ونَ Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 8 November 2012

Berkorban Julang Islam Hancurkan Jahiliah

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 37 surah al-Hajj : لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَ‌هَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُ‌وا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ‌ الْمُحْسِنِينَ Maksudnya : Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. Kita masih berada pada bulan Zulhijjah di mana ia merupakan bulan terakhir dalam susunan bulan dalam taqwim hijrah. Umat Islam baru sahaja menyambut ketibaan hari raya korban di mana ramai di kalangan kita yang sama-sama menyahut seruan junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w untuk melakukan ibadat korban. Ibadat korban bukan sahaja mengingatkan kita tentang pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail malah menyuburkan rasa taat dan syukur kepada Allah disamping menyemarakkan lagi rasa kasih sayang kepada saudara yang memerlukan bantuan. Ibadat korban dalam Islam begitu berbeza dengan agama lain di mana matlamat ibadat korban dalam Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang kemudian diagihkan kepada insan yang memerlukan. Sedangkan agama lain mengajar penganutnya supaya menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada berhala atau bahan sembahan yang lain atas alasan mempersembahkan korban kepada Tuhan itu sendiri sehingga daging korban dibazirkan tanpa dapat dirasai oleh manusia yang memerlukan. Inilah antara keindahan Islam di mana sentiasa menekankan hubungan manusia dengan Penciptanya iaitu Allah dan hubungan sesama manusia di mana tanpa 2 hubungan utama ini menyebabkan porak perandanya dunia. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Hajj : يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَ‌بَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾ يَوْمَ تَرَ‌وْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْ‌ضِعَةٍ عَمَّا أَرْ‌ضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَ‌ى النَّاسَ سُكَارَ‌ىٰ وَمَا هُم بِسُكَارَ‌ىٰ وَلَـٰكِنَّ عَذَابَ اللَّـهِ شَدِيدٌ ﴿٢﴾ Maksudnya : Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan Buat masa ini juga telah ramai saudara mara kita yang baru selesai menunaikan ibadat haji di Kota Mekah mula kembali ke tanahair. Kita sama-sama berdoa kepada Allah agar para jemaah haji dikurniakan dengan haji yang mabrur yang dijanjikan ganjaran yang hebat di sisi Allah sebagaimana yang disebut melalui nabi s.a.w عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga. Ibadat haji sebagaimana permulaan surah al-Hajj yang memperingatkan kita semua tentang kedahsyatan hari qiamat dan gambaran tentang perhimpunan di padang Mahsyar nanti. Perhimpunan agong umat Islam di Kota suci Mekah sepatutnya digunakan sebaik yang mungkin dalam menyatukan umat Islam ke arah memperkasakan lagi dakwah dan gerak-kerja dalam mengembalikan kegemilangan Islam dan kehebatan system Islam di atas muka bumi ini. Para jemaah haji diterapkan tentang tiada bezanya antara warna kulit samada putih atau hitam, bahasa, budaya, bangsa, pangkat, darjat, miskin kaya di mana yang paling mulia adalah golongan yang paling taqwa kepada Allah. Titik kepada kesatuan kita adalah Islam bukannya cara atau system yang bercanggah daripada Islam samada sosialis, komunis, sekulerisme, kapitalisme, nasionalisme dan sebagainya. Selagi umat Islam tidak mahu kembali kepada system Islam yang pernah menjulang umat Islam sebelum ini maka selagi itu kita akan dihina dan dijajah di Negara sendiri dan ramai lagi menjadi mangsa kezaliman dan penindasan musuh Islam tanpa pembelaan sewajarnya sebagaimana yang berlaku di Palestin, Iraq, Syria, bangsa Ronghiya di Myanmar dan sebagainya Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَ‌سُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِ‌يحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُ‌وا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِ‌ينَ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Firman Allah dalam ayat 42-45 surah al-Hajj : وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَعَادٌ وَثَمُودُ ﴿٤٢﴾ وَقَوْمُ إِبْرَ‌اهِيمَ وَقَوْمُ لُوطٍ ﴿٤٣﴾ وَأَصْحَابُ مَدْيَنَ ۖ وَكُذِّبَ مُوسَىٰ فَأَمْلَيْتُ لِلْكَافِرِ‌ينَ ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ ۖ فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ‌ ﴿٤٤﴾ فَكَأَيِّن مِّن قَرْ‌يَةٍ أَهْلَكْنَاهَا وَهِيَ ظَالِمَةٌ فَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُ‌وشِهَا وَبِئْرٍ‌ مُّعَطَّلَةٍ وَقَصْرٍ‌ مَّشِيدٍ ﴿٤٥﴾ Maksudnya : Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana sesungguhnya sebelum mereka: Kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Thamud (kaum Nabi Soleh) telah juga mendustakan Rasul masing-masing; Dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut; Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). Keadaan yang berlaku disekeliling kita wajib diambil iktibar sewajarnya dalam melahirkan rasa takut dan gerun kepada Allah. Antara musibah terbaru yang kita dapat saksikan ialah bagaimana beberapa buah negeri terutama NewYork, Amerika Syarikat dilanda taufan Sandy yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban, bangunan musnah malah terancamnya reaktor nukelar di mana nilaian awal kerugian yang ditanggung melebihi 30 bilion. Taufan yang dahsyat ini berlaku selepas 2 bulan tersiarnya filem yang menghina nabi Muhammad s.a.w di Amerika Syarikat. Keangkuhan manusia dan sebuah kerajaan mampu diranapkan sekelip mata oleh Allah Maha Kuasa tanpa ada kuasa lain yang mampu menghalangnya. Oleh itu ia sewajarnya dijadikan pengajaran berharga kepada kita dalam mendesak pemimpin Negara supaya menyekat penghinaan terhadap Islam dan sistemnya samada daripada orang Islam sendiri mahu pun orang bukan Islam agar kita terdedah kepada balasan Allah yang begitu dahsyat. Walau pun telah banyak filem, karikatur dan tulisan yang memberi gambaran serong mengenai Islam namun ia telah membuka mata masyarakat Barat lain untuk mengetahui ajaran Islam sebenar. Mitos yang dicanang Amerika Syarikat sebagai contoh sebenarnya memakan diri kerana pada 1970, terdapat 100,000 Muslim sahaja di negara itu tetapi pada 2008 terdapat 9 juta Muslim dan dijangka terus meningkat. Peningkatan ini berterusan terutama selepas publisiti meluas mengenai Islam rentetan daripada peristiwa 11 September. Fenomena ini dibantu oleh pendakwah Muslim yang komited menjelaskan ajaran sebenar Islam yang sesuai dengan fitrah manusia. Seperti kata seorang Novelis dan ahli politik, George Bernard Shaw yang menegaskan: “Agama yang akan menjadi pilihan golongan terpelajar, bertamadun dan yang sedar pada masa hadapan hanyalah Islam.” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Pada zaman kita jarang berlaku umat Islam yang mengubah atau mereka ayat al-Quran sebagaimana tindakan jahat golongan Kristian dan yahudi yang mengubah isi kandungan Injil dan Taurat tetapi apa yang berlaku ialah semakin ramai umat Islam yang mencipta dan tunduk kepada system yang bercanggah dengan Islam meliputi banyak aspek samada perundangan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Perkara ini berlaku akibat kejahilan sehingga merasakan bahawa akal mereka mengatasi kebijaksaan Allah. Akhirnya mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu yang jahat dan syaitan laknat. Betapa mulia dan bahagia manusia yang taat kepada Allah dan menerima tunjuk ajar daripada Rasulullah s.a.w. Betapa hina dan deritanya manusia yang bangkit menentang system Allah dan bersikap kurang ajar terhadap nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini mengajar kita supaya bersungguh dalam memperkasakan pendidikan agama bagi menjadi benteng daripada mudah ditipu dengan sebarang bentuk pemikiran dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam. Mimbar Jumaat pada hari ini untuk sekian kalinya mendesak pemimpin agar meneruskan peruntukan untuk sekolah agama rakyat (SAR) yang tidak dimasukkan dalam belanjawan 2013 dengan alasan tidak berdaftar dengan kementerian terbabit sedangkan dalam masa yang sama boleh menyumbang puluhan juta kepada sekolah jenis kebangsaan dalam suatu majlis yang penuh sarat dengan penghinaan terhadap hukum Islam termasuk Hudud. Mengapa pemimpin perlu banyak berkira dalam memperkasakan pendidikan Islam sedangkan boleh buat pekak dengan tindakan dan usaha dalam melemahkan umat Islam dan menghina Islam. Oleh itu lahirlah sebagai pejuang Islam bukan penentang Islam. Lahirlah sebagai pembela Islam bukannya penghina Islam. Islamlah nescaya kita bahagia dan mulia dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 5-6 surah al-Faatir : يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّ‌نَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّ‌نَّكُم بِاللَّـهِ الْغَرُ‌ورُ‌ ﴿٥﴾ إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ‌ Maksudnya : Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). (5) Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 26 Oktober 2012

Kepimpinan nabi Ibrahim a.s DiContohi Kebahagiaan DiRai

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Mumtahinah : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْ‌جُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ‌ ۚ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّـهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ Maksudnya : Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim a.s dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. Kita baru sahaja menyambut ketibaan hari raya korban di mana pagi tadi kita sama-sama solat sunat hari raya secara berjemaah dan mengambil manfaat daripada khutbah hari raya. Ada antara kita telah pun selesai melakukan ibadat korban sebagaimana yang digalakkan oleh nabi Muhammad s.a.w dan ramai lagi akan turut berbuat amalan sunat ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti. Kedatangan hari raya korban begitu banyak meninggalkan kesan dalam membentuk diri ke arah yang lebih cemerlang dan hampir kepada Allah. Antaranya melalui kisah nabi Ibrahim a.s yang begitu banyak mendidik kita di mana nabi yang mulia ini bukan sahaja tidak terpengaruh dengan suasana jahiliah pada zaman remajanya malah bangkit mempertahankan iman disamping begitu bersungguh menjalankan kerja-kerja dakwah dalam menghancurkan jahiliah. Kekuatan hujah nabi Ibrahim a.s terpaksa berdepan dengan tindakan menggunakan kekuatan kuasa oleh Raja Namrud sehingga nabi Ibrahim a.s dibakar hidup-hidup sebagaimana yang dikisahkan oleh Allah dalam ayat 68-69 surah al-Anbiya’ : قَالُوا حَرِّ‌قُوهُ وَانصُرُ‌وا آلِهَتَكُمْ إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ ﴿٦٨﴾ قُلْنَا يَا نَارُ‌ كُونِي بَرْ‌دًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَ‌اهِيمَ Maksudnya : (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!" . Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada nabi Ibrahim! ". Kisah ini mengajar kita supaya bersungguh dalam memperkasakan pendidikan agama bagi menjadi benteng daripada mudah ditipu dengan sebarang bentuk pemikiran dan cara hidup yang bertentangan dengan Islam. Kita begitu kecewa apabila peruntukan untuk sekolah agama rakyat (SAR) tidak dimasukkan dalam belanjawan 2013 dengan alasan tidak berdaftar dengan kementerian terbabit sedangkan dalam masa yang sama boleh menyumbang puluhan juta kepada sekolah jenis kebangsaan dalam suatu majlis yang penuh sarat dengan penghinaan terhadap hukum Islam termasuk Hudud. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 24-25 surah As-Sajadah : وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِ‌نَا لَمَّا صَبَرُ‌وا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ ﴿٢٤﴾ إِنَّ رَ‌بَّكَ هُوَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ Maksudnya : Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya. Pertembungan antara iman dan kufur, perlawanan antara Islam dan jahiliah, pertentangan antara hak dan batil terus berlangsung hingga hari qiamat. Al-Quran membawa banyak kisah pemimpin yang mesti kita contohi untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat seperti kepimpinan nabi Ibrahim, nabi Musa dan nabi Muhammad s.a.w. Kepimpinan yang berteraskan kepada wahyu Allah ini bukan sahaja menunjuk kepada umat manusia bagaimana menguruskan dunia berdasarkan agama malah menitikberatkan tentang kehidupan dunia berkait rapat dengan akhirat agar kepimpinan tidak tergelincir daripada garisan yang telah ditetapkan oleh syarak. Kepimpinan yang adil dan hebat ini memerlukan kepada kesabaran dan keyakinan yang tinggi dalam mencapainya seterusnya mempertahankannya kerana ia dibenci oleh manusia yang dihasut oleh hawa nafsu dan syaitan. Kepimpinan ini bukan sahaja memberi keamanan kepada rakyat jelata di dunia malah sentiasa bersungguh dalam menyelamatkan umat daripada daripada api neraka di akhirat. Kepimpinan ini akan sentiasa dicabar dan dimusuhi oleh manusia yang bertuhankan hawa nafsu dan syaitan seperti pemerintahan Raja Namrud, Firaun, Abu Lahab dan manusia bongkak yang lain. Kepimpinan jahiliah ini sepastinya hanya menjadi dunia sebagai matlamat utama dengan menolak keimanan terhadap balasan akhirat sehingga tidak mempedulikan lagi masalah sesat, zalim, dosa, khianat dalam kamus pemerintahan mereka. Inilah yang digambarkan oleh Allah dalam ayat 41-42 surah al-Qasas : وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ‌ ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنصَرُ‌ونَ ﴿٤١﴾ وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَـٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُم مِّنَ الْمَقْبُوحِينَ Maksudnya : Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya), dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan sehina-hinanya. Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Menyedari tentang betapa pentingnya kepimpinan Islam dalam meruntuhkan pemerintahan jahiliah maka menjadi kewajipan kita bersama untuk memilih pemimpin yang benar-benar berjuang dalam menegakkan Islam agar kita bahagia dunia dan tidak menyesal di akhirat sana. Jika pemimpin dalam rumahtangga banyak mencorakkan cara hidup anak isteri samada taat kepada Allah atau lebih banyak menderhakaiNya apatah dalam negara. Kita telah menyaksikan semakin banyak berlakunya pertukaran kepada kepimpinan di beberapa negara terutama di negara arab dan Afrika akibat kebangkitan rakyat di atas kezaliman dan penindasan yang berlaku. Oleh itu kita juga mesti memastikan sebarang pemilihan pemimpin berdasarkan Islam bukan seperti yahudi yang meletakkan matlamat dunia semata-mata dalam menentukan kepimpinan Negara seperti calon Presiden Amerika mesti mesra yahudi barulah mendapat sokongan tertinggi. Melalui ibadat korban juga sepatutnya banyak mengajar para pemimpin untuk berkorban demi kebahagiaan rakyat bukannya mengorbankan rakyat untuk kepentingan diri sendiri. Akhirnya banyak alasan diberi bila kos sara hidup semakin tinggi seperti kenaikan harga gula supaya rakyat hidup sihat dengan mengurangkan penggunaan gula, bil elektrik dan air naik supaya rakyat lebih jimat dalam penggunaan elektrik dan air sedangkan pembaziran, rasuah dan pecah amanah terus berlaku tanpa sebarang usaha bersungguh dalam mengubatinya. Kini ditambah dengan pelaksanaan saman melalui Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) atas alasan mendidik rakyat ketika di jalanraya sedangkan apa yang kita nampak saman ini akan mencekik rakyat untuk keuntungan berapa kerat pihak yang berkepentingan. Jangan dek habuan ratusan ringgit kita lupa penyelewengan dan pembaziran wang Negara berjuta malah berbilion ringgit. Jadilah mukmin yang sebenar yang tidak mudah dijual beli dan ditipu berkali-kali قال الرسول: لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ – رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Seorang mukmin tidak akan disengat dari lubang yang sama 2 kali Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Tidak lupa pada hari mulia ini untuk sama-sama berdoa kepada para jemaah haji yang sedang berada di Mina pada hari ini untuk sama melontar di Jumratul Aqabah agar mereka dikurniakan dengan haji yang mabrur yang dijanjikan ganjaran yang hebat di sisi Allah sebagaimana yang disebut melalui nabi s.a.w عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga. Melalui amalan melontar ini kita dapat mengambil pengajaran bagaimana bahayanya godaan syaitan dalam menyekat hasrat murni nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail untuk menunaikan pengorbanan suci yang diperintahkan oleh Allah sehingga terpaksa dilontar dengan batu supaya gangguan syaitan itu dapat dipatahkan. Keadaan godaan dan gangguan syaitan ini terus berlaku dalam menghancurkan anak Adam supaya dapat menjadi teman kepada Syaitan dalam neraka Allah di akhirat kelak. Oleh itu kita wajib beriman bahawa syaitan adalah musuh yang nyata yang mesti dilawan dan ditentang sepanjang masa agar dia tidak merosakkan aqidah dan amalan kita. Jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan sebarang seruan sesat yang menyatakan syaitan boleh dijadikan rakan. Jangan biarkan hati kita menjadi mati akibat mudah terpengaruh dengan hasutan hawa nafsu dan syaitan sehingga lupa kepada peringatan Allah sebagaimana kata Syeikh Ibrahim Adham antara tanda hati mati ialah mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya apatah lagi menjadikan syaitan sebagai rakan Firman Allah dalam ayat 5-6 surah al-Faatir : يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّ‌نَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّ‌نَّكُم بِاللَّـهِ الْغَرُ‌ورُ‌ ﴿٥﴾ إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ‌ Maksudnya : Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). (5) Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 23 Oktober 2012

خطبة عيد الأضحى 1433 هـ

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ..... فرمان الله دالم ايات 28 سورة الرعد: الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ مقصودڽ : ياٴيت اورڠ٢ يڠ برايمان دان تنڠ تنترم هاتي مريک دڠن ذکرالله". کتاهويله دڠن "ذکرالله" ايت ، تنڠ تنترامله هاتي مأنسي سلامت مڽمبوت عيدالأضحى دأوچڤکن کڤد سلوروە قوم مسلمين دان مسلمات. ماريله کيت سام٢ ممڤرباڽقکن لاٴوڠن تکبير ، تحميد دان تسبيح سرتا عملن صالح يڠ لأين دسمڤيڠ منجأوهي معصية ترهادڤ الله ڤد هاري يڠ بݢيتو بسر کلبيهنڽ دسيسي الله سباݢايمان يڠ دأنجورکن اوليه شرع عن ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ : مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَ التَّحْمِيدِ - رواه أحمد مقصودڽ : تياد سواتو هاري ڤون دالم ستاهون يڠ عملن كبايقن ڤدڽ ممڤوڽاٴي کلبيهن ملاٴينکن ڤد سڤولوە هاري ڤرتام بولن ذوالحجه. اوليه ايت ، هندقله کامو ممڤرباڽقکن ذكر ، تهليل، تکبير دان تحميد مسلمين دان مسلمات يغ درحمتي الله , فرمان الله دالم سورة البقرة اية 124 : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَ‌اهِيمَ رَ‌بُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّ‌يَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ مقصودڽ : دان ايڠتله ، کتيك نبي ابراهيم دأوجي اوليه توهنڽ دڠن ببراڤ کلمة سوروهن دان لارڠن ، مك نبي ابراهيم ڤون مڽمڤورناکنڽ. ستله ايت الله برفرمان: "سسوڠݢوهڽ اكو ملنتيقمو منجادي إمام ڤميمڤين ايکوتن باݢي اومت مأنسي ". نبي ابراهيم ڤون مموهون دڠن برکات: يا توهنکو ! ) جاديکنله جوݢ ( اڤله جوا کيراڽ) دري کتوروننکو ( ڤميمڤين٢ ايکوتن) ". الله برفرمان: "( ڤرموهوننمو دتريما ، تتاڤي جنجيکو اين تيدق اکن دداڤتي اوليه اورڠ٢ يڠ ظاليم " سمڤنا براد ڤد هاري راي قربان اين جوݢ ماريله کيت سام٢ مرنوڠي دان مڠحياتي تنتڠ ڤروسيس ڤنديديقكن دان تربية يڠ دلالوٴي اوليه نبي ابراهيم دان انقڽ نبي اسماعيل عليهما السلام . نبي ابراهيم عليه السلام والاوڤون هيدوڤ دالم سواسان جاهلية نامون تيدق تريکوت دڠن ﭼارا هيدوڤ سست ترماسوق ڤڽمبهن برهالا ماله بڠکيت مننتڠڽ سهيڠݢ دباکر اوليه راج نمرود. کهيبتن دان ککنتلن ايمان نبي ابراهيم عليه السلام دسوبورکن دالم ديري انقڽ نبي اسماعيل عليه السلام ترماسوق منريما دڠن ڤنوە ڤسرە أراهن أونتوق مڽمبليهڽ ملالوءي ميمڤي بنر ايهنداڽ نبي ابراهيم عليه السلام . ڤريستيوا بسر اين ممبري کسدارن کڤد کيت باݢايمان ڤروسيس ڤنديديقكن دان تربية بوکن سواتو ڤرکارا يڠ بوليه دڤادڠ ريميە-تيميە سباليقڽ اي مستي دلتقکن انتارا اݢيندا اوتام دالم رومهتڠݢ دان نکارا اݢر جنراسي ڤلاڤيس يڠ ممڤو مميکول امانة دالم منراجوٴي نکارا برداسرکن اݢام تروس دلاهيرکن دمي مماستيکن کلڠسوڠن کڤد کبهاݢياٴن هيدوڤ د دنيا دان اخيرة. کتيك اين .راماي ايبوباڤ سداڠ ممبري تومڤوان کڤد انق٢ يڠ تله ، سدڠ دان اکن مڠمبيل ڤلباكاي ڤريڠکت ڤڤريقساٴن سمأدا د سكوله اتاو اونيۏرسيتي د مان سموا کيت مڠهارڤکن انق٢ اين منداڤت کڤوتوسن چمرلڠ دالم اکادميك مريك. باݢايمان ڤولا دڠن أخلاق انق٢ کيت اداکه سلاري دڠن ڤنچاڤاين اکادميك اتاو سباليقڽ. جاڠن کيت مراساکن بهاوا انق يڠ هاڽ ڤنچاڤاين ڤڤريقسأنڽ سهاج تيڠݢي سداڠکن اخلاقڽ مرودوم اداله انق بيجق سهيڠݢ ممنداڠ كفد انق يڠ كفوتوسن ڤڤريقسأنڽ رنده سداڠکن دي تاکوت کڤد الله دڠن براخلاق موليا سباڬـاي انق بودوه. اداکه جنراسي يڠ کيت لاهيرکن اين ممڤو منجادي انق صالح يڠ سنتياس بردعاء اونتوق کدوا ايبوباڤاڽ. ادکه مريك بݢيتو چمرلڠ منجواب سوٴالن دالم کرتس ڤڤريقساٴن د سكوله دان اونيۏرسيتي دان باکل چمرلڠ ڤولا دالم مڠهادڤي سوٴالن منکر نکير دالم قبور دان ڤرسوٴالن د ڤادڠ محشر ننتي. سام-سامله کيت مڠهيتوڠ ديري ستياڤ ماس اݢر کيت تيدق کسل د اخيرة يغ ككل سلامڽ. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم ايات 6 سورة التحريم: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارً‌ا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَ‌ةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَ‌هُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُ‌ونَ مقصودڽ : وهاي اورڠ٢ يڠ برايمان ! ڤليهاراله ديري کامو دان كلوارݢ کامو دري نراك يڠ باهن٢ باکرانڽ: مأنسي دان باتو برهالا ; نراك ايت دجاݢا دان دکاول اوليه ملائکة٢ يڠ کرس کاسر لايننڽ ; مريك تيدق مندرهاك کڤد الله دالم سݢالا يڠ دڤرينتهکنڽ کڤد مريك ، دان مريك ڤولا تتڤ ملاکوکن سݢالا يڠ دڤرينتهکن. سام-سامله کيت امبيل ڤرهاتين دالم کرج منديديق دان تربية انق٢ تراوتام کتيك سواسان جاهلية يڠ مڠݢوݢت عقيدة ، مروسق اخلاق سماکين مڠنچم جنراسي مودا ڤد هاري اين. جاڠن هاڽ مندڠر قيصة نبي ابراهيم مڽمبليه انقڽ نبي اسماعيل کران ڤاتوە کڤد الله سداڠکن رامي أومة إسلام هاري إين مڽمبليه ماس دڤن مريك سنديري دان انق٢ دڠن ممندڠ علمو اݢام تيدق ڤنتيڠ، مسئلة صلاة ، توتوڤ عورة ، ڤرݢاولن بباس ، هيبورن ملمڤاو مروفاكن ڤرکارا کچيل سهيڠݢ هرگ ديري انق٢ لبيه موره درڤد بسي بوروق د مان بسي بوروق باڽق کيلڠ يڠ بربوت اونتوق ممبليڽ سدڠکن انق٢ يڠ روسق تيدق دڤدولي دان ستڠهڽ توڠݢو ماس اونتوق ماتي سهاج اداکه کيت هاڽ ماهو منجادي ڤمرهاتي دان ڤنونتون ستيا داتس ڤڽاکيت يڠ تيمبول سڤرتي لاڤورن دالم ساتو کاجين، مڠصحکن کومڤولن رماج دان بليا اداله ݢولوڠن ڤريڠکت عمور کيس ترکومڤول جاڠکيتن HIV ترتيڠݢي دلاڤورکن دالم نݢارا. لبيه 76 ڤراتوس اتاو 69 747 درڤد جومله کسلوروهن کيس HIV سهيڠݢ اخير 2010 اداله د کالڠن بليا براوسيا انتارا 20 دان 39 تاهون. ماناکالا، ڤد 2011 ، باݢي ستياڤ 4 کيس بارو جڠکيتن HIV ، ساتو دلاڤورکن د کالاڠن اورڠ مودا دان بليا دالم ليڠکوڠن 13 هيڠݢ 29 تاهون. ستياڤ ڤڽاکيت بياسا اد ڤونچاڽ انتاراڽ بيلا ڤينتو معصية سڤرتي هيبورن ملمڤاو، ڤرݢاٴولن بباس ، ݢالقکن ممبوک عورة دسوبورکن تراوتام اوليه کراجاٴن ملالوءي Tv ، اخبار، مجلة دان سباݢايڽ مڽببکن ڤڽاکيت سوسيال سماکين ڤارە دان ممباره. اسلام باڽق مڠاجر کيت ﭼارا منچݢه ڤڽاکيت اين دڠن منوتوڤ سبارڠ ڤينتو معصية بوکنڽ ترکيال-کيال منچاري ﭼارا اونتوق مڠوبتڽ سداڠکن اوسها منجمڤوت بلأ الله سنتياس دلاكوكن دتمبه مڠݢوناکن راچون ياٴيت سيستيم جاهلية باݢي مڠوباتيڽ. کيت مندسق کراجاٴن اݢر منوتوڤ ڤينتو معصية دان ݢوناله سيستيم اسلام يڠ مجرب دالم مڠوباتي ڤڽاکيت اين. کيت منولق حجة دڠکل يڠ مڽاتاکن حکوم حدود کجم تراوتام کڤد قوم وانيتا ، مليسيا اکن کهيلڠن ڤلابور دان نکارا اکن موسنه جيك لقسان حدود دان کيني دعواٴن بهاوا سرامي 1.2 جوتا رعية مليسيا اکن ترججس جيك حدود دلقسانکن. اڠک ترسبوت مليڤوتي ڤکرجاٴن ݢنتيڠ برحد ، کداي ڤرجودين، اينترنيت چف، رومه اوروت دان سيکتور ڤلنچوڠن. ماله کتيك مشارکة چينا سنديري يڠ دکاتاکن تاكزت دڠن چادڠن ڤلقساناٴن حدود دمان حاصيل تينجاوان ڤوست کاجين ديموقراسي دان ڤيليهن راي اونيۏرسيتي مليسيا (UMCEDEL) منداڤتي سباڽق 42 ڤراتوس مشارکة چينا، 26 ڤراتوس مشارکة اينديا دان 62 ڤراتوس مشارکة ملايو ڤرچاي حدود ممڤو منجنجيکن كعاديلن کڤد سموا. أوليه إيت منجادي کواجيڤأن برسام برمولا درڤد ڤميمڤين ، علماٴ دان اومة اسلام اونتوق فهم ستروسڽ مڽمڤايکن تنتڠ كعاديلن سيستيم اسلام ملالوءي تيوري دان ڤراکتيکل. بتاڤ مالڠڽ جيك اومة اسلام سنديري جاهل دان ملاون سيستيم اسلام اڤاته لاݢي اورڠ بوکن اسلام. جاڠن کيت منجادي دينديڠ يڠ منوتوڤ تنتڠ كعاديلن اسلام مسلمين دان مسلمات يڠ دبرکتي الله, فرمان الله دالم أية 27 سورة المائدة: وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّ‌بَا قُرْ‌بَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ‌ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّـهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ مقصودڽ : دان باچکنله وهاي محمد ) کڤد مريك قصة ( مڠناٴي ) دوا اورڠ انق آدم ( حابيل دان قابيل) يڠ برلاکو دڠن سبنرڽ، ياٴيت کتيك مريك بردوا ممڤرسمبهکن ساتو ڤرسمبهن قربان اونتوق مندمڤيڠکن ديري کڤد الله. لالو دتريما قربان ساله سأورڠ د انتاراڽ (حابيل) ، دان تيدق دتريما قربان دري يڠ لاءين ( قابيل)) . برکات ( قابيل) : " سسوڠݢوهڽ اكو اکن ممبونوهمو ". حابيل) منجواب: "هاڽ ساڽ الله منريما قرباندري اورڠ٢ يڠ برتقوى سکيراڽ سماس مڽمبوت عيدالفطري يڠ لڤس کيت دواجبکن منونايکن زکاة فطرة ماناکالا کتيك مراعيکن راي قربان مك باݢي ݢولوڠن يڠ برکممڤوان دسنتکن اونتوق ملاکوکن عبادة قربان. اين سموا منديديق جيوا کيت سوڤايا برشکور اتس نعمة هرتا يڠ الله انوݢرهکن، ممبواڠ صفة کدکوت دالم ديري دسمڤيڠ مراڤتکن ديري کڤد الله سرتا مڠمبيل برت تنتڠ کباجيقن ساودارا کيت يڠ لاءين. ماريله کيت سام٢ مڠمبيل چونتوە تلادن درڤد ڤڠوربانن ٢‎ اورڠ انق نبي آدم عليه السلام د مان ساتو دتريما ماناکالا يڠ ساتو لاݢي دتولق اکيابت تيدق اخلاص دان برماٴين- ماٴين دڠن ڤرينته الله. الله تله ممبريکن امارن کڤد اورڠ٢ يڠ برايمان سوڤاي برهاتي-هاتي دڠن هرتا کران اي داڤت ملالايکن مريك درڤد ڤرايڠتن الله د مان الله ممبريکن کأيذينن کڤد مأنسي اونتوق بروسها ممڤراوليهي هرتا دڠن ﭼارا يڠ تله دبنرکن اوليه شرع. نامون مريك ڤرلو مڠاوسي ديري مريك درڤد ترلالاي دان ترليكا. ݢولوڠن يڠ دلالايکن دڠن هرتا بوليه دليهت درڤد ببراڤ سودوت [ 1 ] هرتا بوليه ملالايکن مأنسي دري سودوت هوبوڠن دڠن الله د مان ݢولوڠن اين تله مڽيبوقکن ديري مڠجر هرتا سهيڠݢ تيدق سمڤت اونتوق منونايکن کواجيڤن کڤد الله سڤرتي مريميه-تيميهکن صلاة. اد ڤولا يڠ عاشيق منڠݢوهکن فرض حاج والاوڤون ديريڽ سوده لام ممنوهي شرط واجب ملاکوکن حاج کران مميکيرکن کأونتوڠن ڤرنياݢأن يڠ اکن ترلڤس سکيراڽ ڤرݢي منونايکن حاج. تيدق کورڠ يڠ تيدق مڠلوارکن زکاة دڠن السن تله ممباير چوکاي يڠ لبيه ڤنتيڠ. اد جوݢ يڠ ممبري السن تيدق ماهو بوات عبادة قربان کران ممبذير واڠ سهاج فرمان الله دالم اية 9 سورة المنافقون : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُ‌ونَ مقصودڽ : وهاي اورڠ٢ يڠ برايمان ! جاڠنله کامو دلالايکن اوليه ( اوروسن ) هرتا بندا کامو دان انق-ڤينق کامو درڤد مڠيڠتي الله ( دڠن منجالنکن ڤرينتهڽ) . دان ( ايڠتله ) ، سسياڤا يڠ ملاکوکن دميکين ، مک مريک ايتوله اورڠ٢ يڠ روݢي. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ ݢولوڠن کدوا يڠ دلالايکن دڠن هرتا اياله دري سݢي هوبوڠن دڠن مأنسي. ݢولوڠن اين سڠݢوڤ اونتوق منظاليمي اورڠ لاءين دڠن ملاکوکن ڤنيڤوان دان ڤڠخيانتن سمات-مات اونتوق مڠجر کأونتوڠن دنياوي. سداڠکن الله ممرينتهکن مأنسي منجاݢ هرتا اورڠ لاءين سباݢايمان دي منجاݢ دان ممليهارا هرتاڽ سنديري. سکيراڽ دي تيدق ريلا دان تيدق سڠݢوڤ هرتاڽ دأمبيل سچارا ظاليم، بݢيتو جوݢ سهاروسڽ ڤراسانڽ ترهادڤ هرتا اورڠ لاءين. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِبًا، وَإِنَّ اللهَ تَعَالَى أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ : ﴿يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ﴾، وَقَالَ تَعَالَى ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ﴾، ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبُّ يَا رَبُّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَكْسَبُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ". رواه مسلم مقصودڽ : سسوڠݢوهڽ الله ايت بأيك دان دي تيدق اکن منريما ملاٴينکن يڠ بأيك سهاج. دان سسوڠݢوهڽ الله تله ممرينتهکن قوم مؤمنين سام سباݢايمان دي ممرينتهکن ڤارا مرسلين ( ڤارا رسول) . الله برفرمان : وهاي ڤارا رسول ، ماکنله دري يڠ باٴيك٢ دان کرجکنله عملن يڠ صالح. دان الله برفرمان لاݢي : وهاي اورڠ٢ يڠ برايمان ، ماکنله دري ماکنن يڠ بأيك يڠ كامي بريکن کڤد کامو. کمودين رسول اللە صلى الله عليه وسلم مڠيصهکن تنتڠ سأورڠ للاكي يڠ تله بلاير جأوه. رمبوتڽ کوسوت، بردبو، مڠڠکت کدوا بله تاڤق تاڠنڽ کلاڠيت سرتا مموهون : يا توهنکو ! يا توهنکو ! سدڠکن ماکننڽ دري يڠ حرام، مينومنڽ دري يڠ حرام دان ڤاکاينڽ دري يڠ حرام، دان دي تله دکيڠکن دري سومبر يڠ حرام. باݢايماکه دعاڽ اکن دتريما اوليه ايت جاݢله ديري دان انق استري درڤد ترليبت دڠن ڤرکارا حرام اݢر د دنيا کيت تيدق هينا دان اخيرة ڤولا تيدق دسيقسا دالم اڤي نراك. بݢيتو جوݢ کواجيڤن کيت اونتوق مڽدارکن ڤميمڤين دان سياڤ سهاج يڠ ترليبت دالم مڠوروس هرتا نکارا دان عموم اݢر منجأوهي عملن رشوة، ڤچه امانة ، ممبذير د مان لاڤورن Audit 2011 تله منچاتتکن کروݢين لبيه RM 42 bilion عقيبة سيکڤ بوروق اين. ايت بلوم لاݢي دکيرا دڠن هوتڠ نکارا يڠ ملبيهي RM 500 bilion يڠ مڠهمڤيرکن کڤد منجادي نکارا مفليس جيك تيدق دأوروس دڠن بأيك. جاڠن کران دبوتاکن دڠن هبوان راتوسن ريڠݢيت مڽببکن کيت لوڤا بهاوا دويت ڤوکيت رعية دسدوت سمولا دڠن کناٴيقكن هرگ بارڠ ترماسوق ݢولا دسمڤيڠ ڤلقساناٴن سامن ملالوءي سيستم کاميرا ڤڠواتکواساٴن اٴوتوماتيك (AES) يڠ دجڠکا مڠهيسڤ دارە رعية جلات اونتوق کأونتوڠن براڤ کرت ڤيهق يڠ برکڤنتيڠن. اوليه ايت کيت مندسق اݢر کراجاٴن مڠکاجي سمولا ڤلقساناٴن سامن اين يڠ باکل منظاليمي رعية بيلا اي دلقساناکن تنڤا کاجين لبيه مندالم. جاڠن بيارکن کظاليمن سامن ايکور برولڠ کمبلي دڠن جنام دان الت يڠ بارو مسلمين دان مسلمات يڠ دبرکتي الله , فرمان الله دالم اية 76 سورة القصص : إِنَّ قَارُ‌ونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَ‌حْ ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِ‌حِين مقصودڽ :مريك ; دان كامي تله مڠورنياکنڽ دري برباكاي جنيس ککاياٴن يڠ انق٢ کونچيڽ منجادي ببن يڠ سڠݢوه برات اونتوق دڤيکول اوليه سبيلاڠن اورڠ يڠ قوة، ساس. اي برلاکو سومبوڠ کتيك قومڽ برکات کڤدڽ : "جاڠنله اڠاکو برمݢه-مݢه ( دڠن ککايأنمو) ، سسوڠݢوهڽ الله تيدق سوك کڤد اورڠ٢ يڠ برمݢه-مݢه. ݢولوڠن کتيݢ يڠ دلالايکن اوليه هرتا اياله دري سݢي ديريڽ سنديري. مريك ݢاݢل مڠاول ديري مريك درڤد ڤڽاکيت هاتي سڤرتي طمع، حسد دڠکي، دندم دان سباݢايڽ. بهکن، مريك منجادي سومبوڠ دان تكبور سهيڠݢ مڠڠݢڤکن ديريڽ ملبيهي اورڠ لاءين درڤد سݢالا سݢي. لالو مريك برمݢه-مݢه دڠن هرتاڽ سهيڠݢ ممبلنجاکن هرتاڽ بوکن اونتوق کڤرلوان، سباليقڽ اي اداله اونتوق منونجوق-نونجوق برکناٴن ستاتوس دان ککاياٴن مريک. اوليه ايت اوسها دالم ممڤرکاسکن علمو اݢام مستي دتکن اݢر لاهيرڽ رعية يڠ بوکن هاڽ مڠجر هرتا بندا سباليقڽ ممنتيڠکن هرتا intelektual تراوتام علمو اݢام دان هرتا spiritual ياٴيت کروحانين يڠ منتڤ. تنڤا مميليقکي 3 هرتا برنيلاي اين مك نکارا اکن دڤنوهي مأنسي يڠ برتوهنکن هوى نفسو ، مربقڽ جناية، ملارتڽ کرونتوهن اخلاق يڠ سڤاستيڽ مڠݢوݢت کأمانن دان کسلامتن نݢارا. مقصودڽ : بوکنله يڠ دناماکن کاي ايت لنترن باڽقڽ هرتا بندا، تتاڤي ککاياٴن سبنرڽ اداله کاي جيوا بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 1-3 سورة الكوثر : ِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ‌ ﴿١﴾ فَصَلِّ لِرَ‌بِّكَ وَانْحَرْ‌ ﴿٢﴾ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ‌ ﴿٣﴾ مقصودڽ : سسوڠݢوهڽ كامي تله مڠورنياکن کڤدمو ( وهاي محمد ) كبأيقكن يڠ باڽق ( د دنيا دان د اخيرة ) . اوليه ايت ، کرجکنله سمبهيڠ کران توهنمو سمات-مات، دان سمبليهله قربان سبڬـاي برشکور ) . سسوڠݢوهڽ اورڠ يڠ بنچيکن اڠکو ، دي له يڠ ترڤوتوس دري منداڤت سبارڠ ڤرکارا يڠ دايڠينيڽ مسلمين /مت يڠ درحمتي الله ، سمڤنا براد ڤد هاري راي قربان اين ماريله کيت سام٢ منيڠکتکن راس کاسيه ڤد الله ، چينتا ڤد نبي محمد صلى الله عليه وسلم دسمڤيڠ منيڠکتکن لاݢي سماڠت برقربان اڤا شجا دالم منجولڠ تيڠݢي ڤنجي اسلام. کيت واجب برصفة لمه لمبوت سسام اسلام دان برتݢس ترهادڤ موسوە اسلام ترماسوق دالم ايسو ڤڠهيناٴن نبي محمد صلى الله عليه وسلم ملالوءي فيلم د اميريك شريکة دان لوکيسن کاريکاتور دالم مجلة ڤرانچيس. ڤربواتن جاهت اين مروفاكن سراڠن صرف موسوە اسلام يڠ دجالنکن ڤنوە ڤرنچاڠن هالوس د دالم منيمبولکن ڤراساٴن بنچي کڤد نبي محمد صلى الله عليه وسلم دان اسلام. اوليه ايت کيت مستي تاڠني ايسو اين سچارا بيجقسان دڠن مڠيکوت لونس شرع دالم مڽاتاکن کماراهن کيت اݢر توجوان موسوە اونتوق مموموقکن کڤد دنيا بهاوا اومت اسلام اداله ݢانس دان جاهت تيدق ترچاڤاي. کيت مستي ايڠت کتيك برلاکوڽ ڤمبوکاٴن کوتا مکة ڤد تاهون 8ه د مان اد د کالڠن اومت اسلام يڠ مڽاتاکن ياٴيت هاري اين مروفاكن هاري بالس دندم هَذَا يَوْمُ المَلْحَمَة ترهادڤ تيندقكن جاهت کافر قريش يڠ مڠوسير نبي دان اومت اسلام کلوار دري بومي مکة سبلوم اين. بيلا مندڠر کات٢ ايت لالو نبي منݢور سوڤاي مناماکن هاري ايت سباڬـاي هَذَا يَوْمُ المَرْحَمَة ياٴيت هاري اين مروفاكن هاري برکاسيه سايڠ. تيندقكن بيجق نبي اين تله مڽقسيکن بربوندوڠ-بوندوڠ مأنسي يڠ مملوق اسلام دالم ڤريستيوا يڠ ڤنوە برسجارە اين. مسلمين/ مسلمات يڠ درحمتي الله, سمڤنا براد ڤد هاري راي قربان جوݢق ماريله کيت سام٢ منونجوقکن کاسيه سايڠ کڤد ساودارا سأݢام کيت يڠ لاءين تراوتام مڠسا ڤڤراڠن د بومي فلسطين، عراق، سوريا دان سباݢايڽ. کيت جوݢ بردعاء اݢر ڤرجنجين داماي انتارا کراجاٴن فيليفينا دڠن کومڤولن ڤجواڠ اسلام اکن ممبري سينر کڤد اومة اسلام دسان ستله بݢيتو لام دتينداس. سموݢ اي توروت ممبوك جالن اونتوق منداڤت رواڠ يڠ سام کڤد سودارا کيت د سلاتن تايلاند دان جوݢ بڠسا Ronghiya د Myanmar اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ سلام عيد الأضحى دأوچڤکن کڤد سلوروه مسلمين دان مسلمات. باݢي يڠ برکممڤوان دسارنکن اݢر مڠهيدوڤکن سمبوتن عيد الأضحى إين دڠن عبادة قربان سباݢايمان يڠ دݢالقکن اوليه نبي انتارا سبداڽ : مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ . وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا . وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ . فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً مقصودڽ : “تيدق أدا عملن يڠ دلاکوکن اوليه مأنسي ڤد هاري راي قربان يڠ لبيه دسوکأي الله دري مڠاليرکن داره (يعني مڽمبليه قربان) . سسوڠݢوهڽ إاکن داتڠ ڤد هاري قيامة ننتي دڠن تندوق-تندوقڽ , کوکو-کوکو دان بولو-بولوڽ (دان دلتقکن دأتس تيمباڠن) . دان سسوڠݢوهڽ داره بيناتڠ قربان ايت منداڤت کدودوقكن دسيسي الله دسواتو تمڤت يڠ تيڠݢي سبلوم إي جاتوه دأتس بومي.اوليه ايت, إخلاصكنله هاتي کامو کتيك برقربان ايت” . (رواية امام ترمذي , ابن ماجه دان الحاكم) تيدق لوڤا ڤد هاري يڠ موليا اين کيت سام-سام مندعاءکن کسلامتن دان سموݢ دأنوݢرهکن دڠن حاج يڠ مبرور کڤد سودارا مارا کيت يڠ سداڠ منونايکن عبادة حاج دکوتا مکة اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Ahad, 21 Oktober 2012

Khutbah Aidil Adha 1433H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ Firman Allah dalam ayat 28 surah ar-Ra’adu : الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ‌ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ Maksudnya : "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan laungan takbir, tahmid dan tasbih serta amalan soleh yang lain disamping menjauhi maksiat terhadap Allah pada hari yang begitu besar kelebihannya disisi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak عن ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ : مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَ التَّحْمِيدِ - رواه أحمد Maksudnya : Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 124 surah al-Baqarah : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَ‌اهِيمَ رَ‌بُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّ‌يَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim." Sempena berada pada hari raya korban ini juga marilah kita sama-sama merenungi dan menghayati tentang proses pendidikan dan tarbiah yang dilalui oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim a.s walaupun hidup dalam suasana jahiliah namun tidak terikut dengan cara hidup sesat termasuk penyembahan berhala malah bangkit menentangnya sehingga dibakar oleh Raja Namrud. Kehebatan dan kekentalan iman nabi Ibrahim a.s disuburkan dalam diri anaknya nabi Ismail termasuk menerima dengan penuh pasrah arahan untuk menyembelihnya melalui mimpi benar ayahandanya nabi Ibrahim a.s. Peristiwa besar ini memberi kesedaran kepada kita bagaimana proses pendidikan dan tarbiah bukan suatu perkara yang boleh dipadang remeh-temeh sebaliknya ia mesti diletakkan antara agenda utama dalam rumahtangga dan Negara agar generasi pelapis yang mampu memikul amanah dalam menerajui Negara berdasarkan agama terus dilahirkan demi memastikan kelangsungan kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ketika ini ramai ibubapa sedang memberi tumpuan kepada anak-anak yang telah, sedang dan akan mengambil pelbagai peringkat peperiksaan samada di sekolah atau universiti di mana semua kita mengharapkan anak-anak ini mendapat keputusan cemerlang dalam akademik mereka. Adakah dalam masa yang sama kita turut memberi perhatian agar anak-anak cemerlang dalam faham dan amal agama seperti kenal Allah, menjaga solat, menutup aurat, tahu halal haram, jaga dosa pahala. Bagaimana pula dengan akhlak anak-anak kita adakah selari dengan pencapaian akademik atau sebaliknya. Jangan kita merasakan bahawa anak yang hanya pencapaian peperiksaannya sahaja tinggi sedangkan akhlaknya merudum adalah anak bijak sehingga memandang anak yang peperiksaannya rendah sedangkan dia takut kepada Allah dengan berakhlak mulia sebagai anak bodoh. Adakah generasi yang kita lahirkan ini mampu menjadi anak soleh yang sentiasa berdoa untuk kedua ibubapanya. Adakah mereka begitu cemerlang menjawab soalan dalam kertas peperiksaan di sekolah dan universiti dan bakal cemerlang pula dalam menghadapi soalan mungkar nakir dalam kubur dan persoalan di padang mahsyar nanti. Sama-samalah kita menghitung diri setiap masa agar kita tidak kesal di akhirat nanti. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 6 surah at-Tahrim: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارً‌ا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَ‌ةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّـهَ مَا أَمَرَ‌هُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُ‌ونَ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. Sama-samalah kita ambil perhatian dalam kerja mendidik dan tarbiah anak-anak terutama ketika suasana jahiliah yang menggugat aqidah, merosak akhlak semakin hebat mengancam generasi muda pada hari ini. Jangan hanya mendengar kisah nabi Ibrahim menyembelih anaknya nabi Ismail kerana patuh kepada Allah sedangkan kita menyembelih masa depan kita dan anak-anak dengan memandang ilmu agama tidak penting, masalah solat, tutup aurat, pergalan bebas, hiburan melampau merupakan perkara kecil sehingga harga diri anak-anak lebih murah daripada besi buruk di mana besi buruk banyak kilang yang berebut untuk membelinya sedangkan anak-anak yang rosak tidak dipeduli dan setengahnya tunggu masa untuk mati. Adakah kita hanya mahu menjadi pemerhati dan penonton setia di atas penyakit yang timbul seperti laporan dalam satu kajian, mengesahkan kumpulan remaja dan belia adalah golongan peringkat umur kes terkumpul jangkitan HIV tertinggi dilaporkan dalam negara. Lebih 76 peratus atau 69,747 daripada jumlah keseluruhan kes HIV sehingga akhir 2010 adalah di kalangan belia berusia antara 20 dan 39 tahun. Manakala, pada 2011, bagi setiap 4 kes baru jangkitan HIV, satu dilaporkan di kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan 13 hingga 29 tahun. Setiap penyakit biasa ada puncanya antaranya bila pintu maksiat seperti hiburan melampau, pergaulan bebas, galakan membuka aurat disuburkan terutama oleh kerajaan melalui Tv, akhbar, majalah dan sebagainya menyebabkan penyakit sosial semakin parah dan membarah. Islam banyak mengajar kita cara mencegah penyakit ini dengan menutup sebarang pintu maksiat bukannya terkial-kial mencari cara untuk mengubatnya sedangkan usaha menjemput bala Allah sentiasa dilakukan kemudian menggunakan racun iaitu system jahiliah untuk mengubatinya. Kita mendesak kerajaan agar menutup pintu maksiat dan gunalah system Islam yang mujarab dalam mengubati penyakit ini. Kita menolak hujah dangkal yang menyatakan hukum Hudud kejam terutama kepada kaum wanita, Malaysia akan kehilangan pelabur dan Negara akan musnah jika laksana Hudud dan kini dakwaan bahawa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan. Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan. Malah ketika masyarakat Cina sendiri yang dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud di mana tinjauan Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) mendapati sebanyak 42 peratus masyarakat Cina, 26 peratus masyarakat India dan 62 peratus Melayu percaya Hudud mampu menjanjikan keadilan kepada semua. Menjadi kewajipaan bersama bermula daripada pemimpin, Ulama’ dan umat Islam untuk faham seterusnya menyampaikan tentang keadilan system Islam melalui teori dan praktikal. Betapa malangnya jika umat Islam sendiri jahil dan melawan system Islam apatah lagi orang bukan Islam. Jangan kita menjadi dinding yang menutup tentang keadilan Islam Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Maidah: وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّ‌بَا قُرْ‌بَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ‌ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّـهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ Maksudnya : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; Sekiranya semasa menyambut Aidil Fitri yang lepas kita diwajibkan menunaikan zakat fitrah manakala ketika meraikan raya korban maka bagi golongan yang berkemampuan disunatkan untuk melakukan ibadat korban. Ini semua mendidik jiwa kita supaya bersyukur atas nikmat harta yang Allah anugerahkan, membuang sifat kedekut dalam diri disamping merapatkan diri kepada Allah serta mengambil berat tentang kebajikan saudara kita yang lain. Marilah kita sama-sama mengambil contoh teladan daripada pengorbanan 2 orang anak nabi Adam a.s di mana satu diterima manakala yang satu lagi ditolak akibat tidak ikhlas dan bermain-main dengan perintah Allah. Allah telah memberikan amaran kepada orang-orang yang beriman supaya berhati-hati dengan harta kerana ia dapat melalaikan mereka daripada peringatan Allah di mana Allah memberikan keizinan kepada manusia untuk berusaha memperolehi harta dengan cara yang telah dibenarkan oleh syarak. Namun mereka perlu mengawasi diri mereka daripada terlalai dan terleka. Golongan yang dilalaikan dengan harta boleh dilihat daripada beberapa sudut [1] Harta boleh melalaikan manusia dari sudut hubungan dengan Allah di mana golongan ini telah menyibukkan diri mengejar harta sehingga tidak sempat untuk menunaikan kewajipan kepada Allah seperti meremeh-temehkan solat. Ada pula yang asyik menangguhkan Fardhu haji walaupun dirinya sudah lama memenuhi syarat wajib melakukan haji kerana memikirkan keuntungan perniagaan yang akan terlepas sekiranya pergi menunaikan haji. Tidak kurang yang tidak mengeluarkan zakat dengan alasan telah bayar cukai yang lebih penting. Ada juga yang memberi alasan tidak mahu buat ibadat korban kerana membazir wang sahaja Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Munafiqun: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ‌ اللَّـهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُ‌ونَ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Golongan kedua yang dilalaikan dengan harta ialah dari segi hubungan dengan manusia. Golongan ini sanggup untuk menganiaya orang lain dengan melakukan penipuan dan pengkhianatan semata-mata untuk mengejar keuntungan duniawi. Sedangkan Allah memerintahkan manusia menjaga harta orang lain sebagaimana dia menjaga dan memelihara hartanya sendiri. Sekiranya dia tidak rela dan tidak sanggup hartanya diambil secara zalim, begitu juga seharusnya perasaannya terhadap harta orang lain. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِبًا، وَإِنَّ اللهَ تَعَالَى أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ : ﴿يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ﴾، وَقَالَ تَعَالَى ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ﴾، ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبُّ يَا رَبُّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَكْسَبُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ". رواه مسلم Maksudnya : Sesungguhnya Allah Ta’ala itu baik dan Dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ‘ Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh. ‘ Dan Allah berfirman lagi : ‘ Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ‘ Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Bagaimakah doanya akan diterima Oleh itu jagalah diri dan anak isteri daripada terlibat dengan perkara haram agar di dunia kita tidak hina dan akhirat pula tidak diseksa dalam api neraka. Begitu juga kewajipan kita untuk menyedarkan pemimpin dan siapa sahaja yang terlibat dalam mengurus harta Negara dan umum agar menjauhi amalan rasuah, pecah amanah, membazir di mana laporan Audit 2011 telah mencatatkan kerugian lebih RM 42 bilion akibat sikap buruk ini. Itu belum lagi dikira dengan hutang Negara yang melebihi RM 500 bilion yang menghampirkan kepada menjadi Negara muflis jika tidak diurus dengan baik. Jangan dek kerana dibutakan dengan habuan ratusan ringgit menyebabkan kita lupa bahawa duit poket rakyat disedut semula dengan kenaikan harga barang termasuk gula disamping pelaksanaan saman melalui Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dijangka menghisap darah rakyat jelata untuk keuntungan berapa kerat pihak yang berkepentingan. Oleh itu kita mendesak agar kerajaan mengkaji semula pelaksanaan saman ini yang bakal menzalimi rakyat bila ia dilaksanakan tanpa kajian lebih mendalam. Jangan biarkan kezaliman saman ekor berulang kembali dengan jenama dan alat yang baru Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 76 surah al-Qosas: إِنَّ قَارُ‌ونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَ‌حْ ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِ‌حِي Maksudnya : Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu) Golongan ketiga yang dilalaikan oleh harta ialah dari segi dirinya sendiri. Mereka gagal mengawal diri mereka daripada penyakit hati seperti tamak, hasad dengki, dendam dan sebagainya. Bahkan, mereka menjadi sombong dan ego sehingga menganggap dirinya melebihi orang lain daripada segala segi. Lalu mereka bermegah-megah dengan hartanya sehingga membelanjakan hartanya bukan untuk keperluan, sebaliknya ia adalah untuk menunjuk-nunjuk berkenaan status dan kekayaan mereka. Oleh itu usaha dalam memperkasakan ilmu agama mesti ditekan agar lahirnya rakyat yang bukan hanya mengejar harta benda sebaliknya mementingkan harta intelektual terutama ilmu agama dan harta spiritual iaitu kerohanian yang mantap. Tanpa memiliki 3 harta bernilai ini maka negara akan dipenuhi manusia bertuhankan nafsu, merebaknya jenayah, melaratnya keruntuhan akhlak yang sepastinya menggugat keamanan dan keselamatan negara. قال الرسول : لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ - رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Bukanlah yang dinamakan kaya itu lantaran banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenarnya adalah kaya jiwa.” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 1-3 سورة الكوثر : إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ‌ ﴿١﴾ فَصَلِّ لِرَ‌بِّكَ وَانْحَرْ‌ ﴿٢﴾ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ‌ ﴿٣﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Sempena berada pada hari raya korban ini marilah kita sama-sama meningkatkan rasa kasih pada Allah, cinta pada nabi Muhammad s.a.w disamping meningkatkan lagi semangat berkorban apa sahaja dalam menjulang tinggi panji Islam. Kita wajib bersifat lemah lembut sesama Islam dan bertegas terhadap musuh Islam termasuk dalam isu penghinaan nabi Muhammad s.a.w melalui filem di Amerika Syarikat dan lukisan karikatur dalam majalah Perancis. Perbuatan jahat ini merupakan serangan saraf musuh Islam yang dijalankan penuh perancangan halus di dalam menimbulkan perasaan benci kepada nabi Muhammad s.a.w dan Islam. Oleh itu kita mesti tangani isu ini secara bijaksana dengan mengikut lunas syarak dalam menyatakan kemarahan kita agar tujuan musuh untuk memomokkan kepada dunia bahawa umat Islam adalah ganas dan jahat tidak tercapai. Kita mesti ingat ketika berlakunya Pembukaan Kota Mekah pada tahun 8H di mana ada di kalangan umat Islam yang menyatakan هَذَا يَوْمُ المَلْحَمَة iaitu hari ini merupakan hari balas dendam terhadap tindakan jahat kafir Quraisy yang mengusir nabi dan umat Islam keluar dari bumi Mekah sebelum ini. Bila mendengar kata-kata itu lalu nabi menegur supaya menamakan hari itu sebagai هَذَا يَوْمُ المَرْحَمَة iaitu hari ini merupakan hari berkasih sayang. Tindakan bijak nabi ini telah menyaksikan berbondong-bondong manusia yang memeluk Islam dalam peristiwa yang penuh bersejarah ini. Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Sempena berada pada hari raya korban juga marilah kita sama-sama menunjukkan kasih sayang kepada saudara seagama kita yang lain terutama mangsa peperangan di bumi Palestin, Iraq, Syria dan sebagainya. Kita juga berdoa agar perjanjian damai antara Kerajaan Filiphina dengan kumpulan pejuang Islam akan memberi sinar kepada umat Islam setelah begitu lama ditindas. Semoga ia turut membuka jalan untuk mendapat ruang yang sama kepada saudara kita di Selatan Thailand dan juga bangsa Ronghiya di Myanmar اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Salam Aidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Aidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang digalakkan oleh nabi antara sabdanya : مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim) Tidak lupa pada hari yang mulia ini kita sama-sama mendoakan keselamatan dan semoga dianugerahkan dengan haji yang mabrur kepada saudara mara kita yang sedang menunaikan ibadat haji di Kota Mekah اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Jumaat, 19 Oktober 2012

Zulhijjah DiHayati Islam DiJulang Tinggi

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr : وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Kini kita berada pada 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah yang dijanjikan dengan kelebihan yang begitu besar oleh Allah sebagaimana yang disebut dalam al-Quran pada awal surah al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري Maksudnya : Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari (ayyam) ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).” Jelas menerusi hadis ini amalan pada 10 hari pertama Zulhijjah begitu besar. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani: “Jika seseorang melakukan hal seperti itu iaitu berjihad sehingga mengorbankan diri dan harta, maka dia lebih baik atau sedarjat dengan mereka yang melakukan ibadat pada 10 hari pertama pada Zulhijjah.” Selanjutnya al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat (secara serentak) pada bulan-bulan lain. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Menyedari tentang kelebihan 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah yang sedang kita berada sekarang maka marilah kita sama-sama mengisinya dengan amalan soleh yang dianjurkan oleh nabi Muhammad s.a.w antara puasa sunat terutama pada hari Arafah iaitu hari yang ke-9 daripada bulan Zulhijjah عن أبي قتادة رضي الله عنه قال سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ - رواه مسلم واللفظ له وأبو داود والنسائي وابن ماجه والترمذي Maksudnya : Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab baginda : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang Amalan mulia yang lain ialah bagi yang berkemampuan maka digalakkan untuk melakukan ibadat korban bermula pada hari raya hinggalah berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah قَالَ الرَّسُوْلُ: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواه ابن ماجه Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami Selain itu perbanyakkan amalan sedekah sebagai menambah saham akhirat kita disamping mengikis sikap kedekut serta menyuburkan sifat suka membantu saudara seagama yang lain terutama yang sedang menderita akibat peperangan seperti di Palestin, Iraq, Syria, bangsa Ronghiya dan lain-lain. Ingatlah bahawa harta dunia tidak akan memberi manfaat kepada akhirat kita kecuali dihasil melalui sumber halal kemudian dilaburkan dengan cara halal terutama sedekah قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقُولُ ابْنُ آدَمَ : ” مَالِي مَالِي ، قَالَ : وَهَلْ لَكَ يَابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ ، فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ - رواه مسلم Maksudnya : Berkatalah anak Adam : Hartaku! Hartaku! Maka sabda nabi : Sedangkan engkau sebenarnya tidak memiliki daripada hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu menjadi najis isi jamban, apa yang engkau pakai maka ia menjadi lusuh lalu dibuang atau apa yang engkau sedekah hanya ia yang kekal menjadi bekalan Seterusnya perbanyakkanlah bertaubat dan istighfar kepada Allah pada hari-hari yang mulia ini disamping memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid bermula pagi hari Arafah sehingga berakhirnya hari Tasyriq عن ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ : مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ، وَالتَّكْبِيرِ، وَ التَّحْمِيدِ - رواه أحمد Tiada suatu hari pun dalam setahun yang amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Oleh itu, hendaklah kamu memperbanyakkan zikir, tahlil, takbir dan tahmid Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah , Kita ingat kata-kata seorang yahudi kepada Sayyidina Umar al-Khottab : Wahai Amirul Mukminin! Sekiranya turun ayat ini kepada kami golongan yahudi nescaya kami akan menjadikan hari tersebut sebagai hari raya iaitu ayat 3 dari surah al-Maidah : …..الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا…… Maksudnya : Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu Mendengar kata-kata yahudi itu lalu Sayydina Umar mengatakan bahawa kami tahu bahawa ayat ini turun pada hari Jumaat ketika berada di padang Arafah. Begitu juga ungkapan Saiyidina Omar bin Al-Khattab : “Sesungguhnya Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, lalu ia disambut dengan Aidil Fitri. Manakala hari penurunan terakhir Al-Quran pula ialah pada bulan Zulhijjah ketika Rasulullah s.a.w. menunaikan ibadah haji yang terakhir (Haji Wada’), maka ia disambut dengan Aidil Adha ” . Maka jelaslah Aidil Adha adalah hari merayakan kesyumulan Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang mengatur, menyusun segala aspek kehidupan manusia, akidah, syariat, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya. Oleh itu kita sebagai umat Islam bermaruah begitu marah dan kecewa bila ada pihak yang mempertikaikan tentang keadilan dan kehebatan system Islam termasuk Hudud. Dakwaan yang terbaru apabila orang yang sama yang sebelum ini pernah menyatakan hukum Hudud kejam terutama kepada kaum wanita, Malaysia akan kehilangan pelabur dan Negara akan musnah jika laksana Hudud dan kini dakwaan bahawa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan. Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan. Kita mendesak agar pemimpin beragama Islam segera merawat orang ini yang terus memperlecehkan Islam ketika masyarakat Cina sendiri yang dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud di mana tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus masyarakat Cina percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua. Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus masyarakat India dan 62 peratus Melayu berkongsi pandangan sama. Menjadi kewajipaan bersama bermula daripada pemimpin, Ulama’ dan umat Islam untuk faham seterusnya menyampaikan tentang keadilan system Islam melalui teori dan praktikal. Betapa malangnya jika umat Islam sendiri jahil dan melawan system Islam apatah lagi orang bukan Islam Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 124 surah al-Baqarah : وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَ‌اهِيمَ رَ‌بُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّ‌يَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim." Setiap kali tibanya bulan Zulhijjah terutama ketika menyambut hari raya korban maka umat Islam sentiasa diperingatkan tentang kisah nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail a.s. Kerja dakwah dan memimpin umat yang dilaksanakan menjadi simbol kepada betapa pentingnya usaha dalam melahirkan generasi pelapis yang akan meneruskan dakwah dan kerja-kerja Islam dalam masyarakat dan negara. Generasi remaja hari ini bakal menggambarkan corak pemerintahan negara pada masa akan datang. Oleh itu kesungguhan pelbagai pihak dituntut terutama dalam melahirkan remaja yang faham dan amal agama sehingga Allah ditakut, nabi Muhammad s.a.w diikut, ibubapa dihormati, guru dikasihi, solat dijaga, aurat dipelihara, pahala dikejar, dosa dihindar. Kita bimbang kegagalan dalam mendidik golongan remaja menyebabkan pelbagai penyakit sosial timbul satu demi satu. Contohnya dalam satu kajian, mengesahkan kumpulan remaja dan belia adalah golongan peringkat umur kes terkumpul jangkitan HIV tertinggi dilaporkan. Lebih 76 peratus atau 69,747 daripada jumlah keseluruhan kes HIV sehingga akhir 2010 adalah di kalangan belia berusia antara 20 dan 39 tahun. Manakala, pada 2011, bagi setiap 4 kes baru jangkitan HIV, satu dilaporkan di kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan 13 hingga 29 tahun. Adakah laporan ini hanya dipandang sepi tanpa tindakan sewajarnya dalam menyekat daripada merebak disamping merawat daripada terus melarat. Islamlah semua system dalam Negara samada politik, perundangan, ekonomi, social dan sebagainya untuk melahirkan umat yang taat, mencapai Negara yang berkat dan memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat Firman Allah dalam ayat 32 surah al-An’am : وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ Maksudnya : Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ