Jumaat, 31 Ogos 2012

Islamkan Sambutan Merdeka Raih Nikmat Syurga

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fathu : إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا ﴿١﴾ لِّيَغْفِرَ‌ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ‌ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَ‌اطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿٢﴾ وَيَنصُرَ‌كَ اللَّـهُ نَصْرً‌ا عَزِيزًا Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata, Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya) Kini kita berada dipertengahan bulan Syawal di mana kehangatan sambutan hari raya masih dirasai dengan pelbagai program termasuk rumah terbuka yang silih berganti. Sambutan hari raya lebih bermakna bila disambut mengikut suluhan wahyu dengan mengekang hawa nafsu supaya tarbiah Ramadhan yang dijanjikan dengan pengampunan dosa tidak kembali dicemari dengan kekotoran noda dosa pada bulan Syawal. Peluang kedatangan Syawal juga akan lebih bererti bila proses tarbiah Ramadhan diteruskan dengan sama-sama berpuasa 6 hari di bulan Syawal bagi menyahut seruan nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Selain kehangatan sambutan raya, hari ini kita berada pada 31 Ogos di mana bermula malam tadi dengan sambutan ambang merdeka dan pagi tadi pelbagai acara dalam menunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia seronok kerana dapat menyambut hari kemerdekaan Negara kali ke-55. Sebagaimana laungan kemenangan ketika sambutan raya yang sepatutnya memberi motivasi dan semangat yang tinggi untuk kita sama-sama menjulang wahyu, mengekang hawa nafsu sehingga musuh Islam tidak lagi berani memperkuda dan mempermainkan Islam namun apa yang berlaku adalah sebaliknya akibat umat Islam dihidapi penyakit al-Wahnu iaitu terlalu cinta kepada dunia dan terlalu takut kepada mati sehingga takbir raya bukan sahaja lesu tak bermaya malah tidak membawa perubahan ke arah kebaikan. Begitulah juga sambutan merdeka yang tidak dapat lari daripada unsur hiburan melampau yang menunjukkan bahawa mulut sahaja seronok melaungkan merdeka tetapi jiwa dan cara hidup terus berqiblatkan penjajah. Akhirnya penjajah tersenyum simpul melihat gelagat lucu rakyat di negara bekas jajahannya yang mulutnya berkata merdeka tetapi cara hidupnya terus menjulang system penjajah. Malah system Islam yang dikuburkan oleh penjajah termasuk hukum Hudud begitu ditakuti oleh umat Islam sendiri kerana telah lama memuja system penjajah. Seronokkah kita bila hanya melaungkan merdeka sedangkan selepas merdeka peratus orang Islam ada 82% tetapi setelah 55 tahun merdeka peratus orang Islam tinggal 50% sahaja. Itu belum dikira dengan penghapusan tulisan jawi yang membawa kepada semakin ramai umat Islam buta al-Quran dan agama. Penukaran cuti hari Jumaat kepada Ahad yang tidak pernah berani dibuat oleh penjajah tetapi dilakukan oleh anak didik penjajah. Malah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sehingga bahasa Malaysia dikuburkan menjadi lambang besar bagaimana penjajahan pemikiran dan cara hidup lebih bahaya daripada penjajahan bangsa dan warna kulit. Benarlah kata Ibnu Khaldun bahawa bangsa yang paling bangsat ialah bangsa yang terpaksa menggunakan bahasa penjajahnya untuk mencari kemajuan. Firman Allah S.W.T dalam ayat 34 surah al-Namlu : قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ Ertinya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah , Menyedari betapa pentingnya erti sebuah kemerdekaan dari segi pengisian dan seterusnya menjaganya maka kita umat Islam telah diberi garis panduan berguna bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara ini termasuk pengajaran besar daripada Kemerdekaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun 8H bukan sahaja membersihkan kembali Ka’abah daripada berhala dan amalan syirik yang selama ini mengotorkan kesucian bumi Mekah malah memudahkan lagi umat Islam untuk mengerjakan ibadat umrah dan haji. Bahkan bermula daripada kemerdekaan Kota Mekah telah membolehkan Islam menyebar luaskan lagi dakwah dan sistemnya bukan sahaja dalam Semenanjung Tanah Arab tetapi turut keluar daripada kawasan itu. Kemerdekaan ini diminta oleh Allah agar didahulukan dengan bertasbih dan bertahmid atas nikmat Allah yang telah menjadikan umat Islam sebagai pemegang amanah dan pembela agama Islam dan juga atas rahmat Allah yang mengurniakan kemenangan serta penyertaan umat manusia yang begitu ramai memeluk Islam selepas kemerdekaan bumi Mekah. Allah turut menyuruh agar beristighfar atas pelbagai perasaan bangga dan sombong yang berkecamuk dalam hati di saat kemenangan serta perasaan tidak sabar, terkilan, gentar kerana merasakan begitu lama kemenangan yang dijanjikan Allah ini untuk diraih. Arahan ini sebagaimana diungkapkan oleh Allah dalam ayat 3 surah an-Nasru : فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا Maksudnya : Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunanNya. Sesungguhnya Allah Amat Menerima taubat hambaNya. Sidang Jumaat yang diberkati Allah , Ia jauh berbeza dengan sambutaan kemerdekaan kita yang dipenuhi dengan hiburan melampau sehinga ramai yang terlibat dengan arak, zina yang melahirkan anak luar nikah beberapa bulan selepas sambutan merdeka dan kesan buruk yang lain. Cara sambutan kemerdekaan ini bukan sahaja tidak berterima kasih kepada pejuang kemerdekaan yang sanggup mati untuk menghalau penjajah malah tidak bersyukur kepada Allah dengan melakukan maksiat. Akhirnya laungan merdeka menjadi nyanyian yang melalaikan ketika sistem penjajah terus menguasai jiwa dan negara yang menyaksikan bukan sahaja jenayah bertambah ganas dan parah malah maruah Islam dan umatnya semakin tercalar. Ketika bercakap isu murtad maka tiada undang-undang tegas berdasarkan Islam yang digubalkan. Malah apa yang lebih malang kedudukan Mahkamah Syariah yang dianggap kelas kedua berbanding mahkamah sivil telah meletakkan hak muallaf bagaikan terumbang-ambing tanpa pembelaan sewajarnya. Apa yang lebih teruk apabila undang-undang tukar agama yang diluluskan kabinet pada tahun 2009 yang membenarkan seorang anak kekal dalam agama asalnya iaitu bukan Islam apabila ibubapanya masuk Islam menambahkan penghinaan terhadap Islam. Sempena menyambut kemerdekaan kali ke-55 marilah sama-sama kita berdoa dan membantu seorang Muallaf iaitu Muhammad Riduan bin Abdullah yang memerlukan kos guaman sebanyak RM 60 ribu bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memberi hak penjagaan anak-anaknya yang telah diIslamkan kepada isterinya yang bukan Islam walau pun sebelum itu Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memutuskan hak penjagaan 3 anaknya itu kepada Muhamamd Riduan. Jangan pula akibat pemikiran kita pun telah dijajah menyebabkan kita memandang isu agama anak sebagai suatu yang murah berbanding baju raya dan bendera jalur gemilang. Jangan jadi menang sorak kampung tergadai. Buat pekak walau pun agama dijual Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Sempena menyambut kemerdekaan juga marilah kita hayatilah erti sebenar sebuah kemerdekaan sebagaimana ungkapan Rub’ie bin ‘Amir ketika beliau bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum: نَحْنُ قَوْمٌ انبْعَثَناَ اللهُ لِنُخْرِجَ الناَّسَ مِنْ عِبَادَةِ غَيْرِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللهِ، وَمِنْ جُوْرِ الأَدْياَنِ إِلَى عَدْلِ الإِسْلاَمِ، وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْياَ إِلَى سَعَةِ الآخِرَةِ” Maksudnya : “Kami kaum yang datang untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada menyembah Allah, daripada kezaliman agama-agama sesat kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat” Tarbiah Ramadhan banyak mengajar kita bahawa kita bukan sahaja akan berasa gembira ketika berbuka puasa malah apa yang paling diidamkan ialah bahagia apabila berjumpa dengan Allah di akhirat kelak. Begitu juga tarbiah Ramadhan akan memerdekakan kita daripada api neraka yang merupakan antara kemuncak kepada kelebihan Ramadhan bagi hamba Allah yang Berjaya menghayati tarbiah Ramadhan. Maka suasana sambutan merdeka juga mesti disambut mengikut acuan agama agar jiwa dan cara hidup kita dimerdekakan daripada penjajahan system penjajah samada dari segi pemerintahan, politik, sosial, ekonomi dan lainnya supaya kita bukan sahaja benar-benar merdeka di dunia malah yang lebih penting ialah merdeka daripada api neraka Allah seterusnya meraih Syurga di akhirat nanti. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 15 Ogos 2012

Khutbah Aidil Fitri 1433H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 8 dan 9 surah Ali ‘Imran : رَ‌بَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَ‌حْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ ﴿٨﴾ رَ‌بَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَ‌يْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Keseronokan menyambut hari raya jangan melalaikan kita untuk memohon kepada Allah agar segala amalan soleh kita diterima dan dosa kita pula diampunkan. Kita juga memohon agar Allah menjadikan kita sebagai hambaNya yang dapat meneruskan amal soleh hasil daripada tarbiah Ramadhan pada bulan-bulan yang lain dengan penuh istiqamah. Antara cara untuk memiliki sifat Istiqamah ialah [1] Memahami dan mengamalkan dua kalimat syahadat dengan baik dan benar kerana tanpa mengenali Allah serta taat kepadaNya menyebabkan manusia tidak kenal siapa dirinya dan tujuan dia dijadikan serta ke mana tempat kembalinya selepas ini [2] Sentiasa mengkaji Al Qur’an dengan menghayati dan merenungkannya kerana al-Quran merupakan ubat mujarrab dalam mengubati penyakit zahir dan batin [3] Iltizam atau berterusan dalam menjalankan syari’at Allah termasuk amal ibadat seperti solat berjemaah, puasa, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, menutup aurat, memakmurkan masjid dan sebagainya bukan terus berhenti dengan berlalunya Ramadhan. قال الرسول : أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ Maksudnya : “Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun itu sedikit.” Siti Aisyah sendiri ketika melakukan suatu amalan selalu berkeinginan keras untuk merutinkannya secara berterusan اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Cara untuk memiliki sifat Istiqamah yang ke-[4] Suka membaca kisah-kisah orang soleh sehingga boleh dijadikan ikutan dan teladan di mana Al Qur’an banyak menceritakan kisah-kisah para nabi, rasul dan orang-orang yang beriman terdahulu. Firman Allah dalam ayat 120 surah Hud: وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّ‌سُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَـٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَ‌ىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ Maksudnya : Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menetapkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman [5] Memperbanyak do’a pada Allah agar dianugerahkan sifat istiqamah antaranya يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membalik-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu” اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ Maksudnya: “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu daripada terpesong dari landasan yang benar setelah mendapat hidayah (Iman)”. [6] Sentiasa bergaul dengan orang-orang soleh di mana teman banyak mempengaruhi corak hidup seseorang samada ke arah kebaikan atau terheret kepada kejahatan. Jauhi tempat atau perkara yang mendorong kepada maksiat قال الرسول : مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَ الجَلِيسِ السَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً – رواه البخاري ومسلم Maksudnya: "Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seumpama berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada dia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada dia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Berkumpulnya kita di tempat yang mulia ini pada hari yang mulia bagi menghidupkan sunnah nabi s.a.w untuk dengan sama-sama menunaikan solat sunat hari raya seterusnya mendengar nasihat melalui khutbah. Islam mengajak kita berkasih saying antara satu sama lain serta menyuburkan budaya ilmu termasuk pada hari raya yang mulia ini. Tanpa kasih sayang maka keadaan keluarga porak peranda, masyarakat menjadi huru-hara, dunia dipenuhi peperangan sini sana. Ramadhan tahun ini dikejutkan dengan pembunuhan seorang pekerja sebuah stesen TV swasta disamping jenayah yang lain yang menunjukkan antara contoh bahayanya kehilangan sifat kasih sayang. Begitu juga tanpa ilmu maka pergerakan manusia menjadi sia-sia termasuk dalam menghidupkan hari raya. Bila ada ilmu maka banyak pahala daripada amalan dan adab hari raya dapat diraih sedangkan tanpa ilmu bukan saja pahala tidak dapat malah dikotori pula kesucian hari raya dengan dosa maksiat seperti pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan, pembaziran, pendedahan aurat dan sebagainya. Akibat kecetekan ilmu ramai yang terjebak dengan ajaran sesat dan mudah terpengaruh dengan perkara yang jelas menyeleweng daripada syariat Islam. 2 bulan lepas negara digemparkan dengan tindakan nekad seorang yang mengaku Imam Mahdi menyerang pejabat pentadbiran negara di Putrajaya. Oleh itu kita wajib sedar bahawa proses dalam mendalami ilmu agama berterusan selagi hayat dikandung badan. Ibarat kata syair : “Semua bekas akan menyempit kerana penuh jika sentiasa diisi kecuali bekas ilmu di mana ia semakin meluas”. Semakin banyak kita belajar maka semakin kita merasakan banyak lagi ilmu yang kita belum terokai. Kegagalan dalam menerokai pelbagai bidang ilmu menyebabkan umat Islam terus ketinggalan dalam banyak bidang sehingga banyak bergantung kepada kepakaran orang bukan Islam. Malah pengabaian terhadap ilmu fardhu ‘ain yang dipandang remeh temeh atas alasan memperkasakan ilmu fardhu kifayah turut menjadikan semakin ramai umat Islam sendiri semakin tenggelam dengan mengejar dunia semata-mata. Ia ibarat mahu ke Kuala Lumpur tetapi tiket yang dibeli hanya setakat ke Pahang sahaja. Apa yang paling ditakuti mereka akan kehilangan kedua-duanya sekali sehingga dunia yang dikejar keciciran manakala akhirat yang bakal dilalui penuh penderitaan dan penyesalan. Kita turut merasa hairan apabila Negara telah 55 menyambut kemerdekaan dan semakin banyak tumbuh universiti tetapi banyak hospital kerajaan seolah-olah tidak mempunyai doktor wanita yang boleh mengurus bahagian kelahiran anak sehingga aurat dan maruah perempuan terpaksa didedah kepada doktor lelaki. Jika yang ada duit lebih bolehlah mereka melahirkan anak di klinik swasta yang menyediakan doktor wanita tetapi bagaimana rakyat yang susah. Akhirnya rakyat kembali semula mencari bidan kampung untuk melahirkan anak atau tidak pelik jika ramai muslimat memberi alasan untuk tidak beranak daripada mendedahkan aurat kepada doktor lelaki. Menjadi tanggungjawab besar kepada pemimpin untuk menyelesaikan masalah ini agar tidak dibebankan dengan dosa yang bakal dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di padang Mahsyar nanti. Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian, Duduknya kita di tempat mulia, pada hari raya yang mulia dengan berlainan jantina, umur, pangkat, harta mampu menanamkan rasa kasih sayang antara kita. Didikan puasa Ramadhan dikuti dengan kewajipan berzakat seterusnya nikmat hari raya di mana semuanya ini memupuk rasa kasih sayang. Kasih sayang mampu menambahkan rezeki dan memanjangkan umur kita sebagaimana sabda nabi dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim : قال الرسول : مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ Maksudnya : Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim Imam Ibnu Hajar pernah menyebut bahawa nabi apabila disebut tentang hadis ini dihadapannya lalu baginda menjelaskan dengan hadis lain yang diriwayatkan oleh at-Tabarani yang bermaksud : Ia bukan bermaksud dilewatkan ajal tetapi ia bermaksud seseorang itu diberikan zuriat yang soleh yang sentiasa berdoa untuknya selepas kematiannya. Inilah antara keberkatan umur yang dicari iaitu bukan semata-mata banyak pada kuantiti atau bilangan angka sebaliknya walau pun umurnya pendek namun pahala amalan terus bersambung melalui doa anak yang soleh, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan sebagainya. Malah dari segi hayat hidup umat nabi Muhammad sekitar 60-70 tahun sahaja berbanding umat dahulu yang mencapai ratusan malah ribuan tahun namun dengan penganugerahan Lailatul Qadar sebagai contohnya maka keberkatan umur dengan gandaan pahala melebihi umat dahulu. Oleh itu sebagai ibubapa jangan kita sekali-kali mengabaikan pendidikan agama terhadap anak-anak agar mereka menjadi anak yang soleh yang terus memberi saham selepas kematian kita nanti. Jangan hanya pandai ‘menternak anak’ iaitu hanya tahu memberi makan, pakaian, tempat tinggal sahaja kepada anak sedangkan ilmu dan didikan agama diabaikan sehingga kita tidak mampu menumpang doa anak-anak. Proses tarbiah anak tidak akan terhenti kecuali bila berlaku antara 2 perkara samada ibubapa yang mati dahulu atau anak yang lebih dahulu meninggal dunia. Proses tarbiah anak ibarat menjaga sebuah pohon kayu iaitu bermula dengan mencari benih yang baik iaitu suami soleh dan ditanam pula pada tanah yang subur itu isteri yang solehah. Kemudian ia dibaja dengan baja yang terbaik dan disiram iaitu dengan ilmu agama. Walau pun pohon itu telah besar namun mesti dijaga daripada parasit atau perkara yang boleh merosakannya iaitu maksiat dan unsur negatif yang boleh merosakkan iman dan akhlak anak-anak. Jangan beri alasan umur telah besar panjang, anak telah keluar universiti atau pun telah berumahtangga menyebabkan proses tarbiah terhenti. Terlalu rugi mempunyai anak yang tidak berbudi dan tidak mampu berdoa untuk ibubapanya terutama selepas kematian mereka. Imam Ibnu Hajar turut menjelaskan amalan silaturrahim mampu memberi keberkatan umur dengan diberi taufiq untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan dipelihara daripada melakukan maksiat. Berkat silaturrahim juga menyebabkan kebaikan seseorang itu terus dikenang selepas kematiannya dengan kehendak Allah. Oleh itu gunakanlah kedatangan hari raya ini untuk menghubung kasih sayang اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ قال الرسول : لا تَزُولُ قَدَمَا الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ - رواه الترمذي Maksudnya : Kedua-dua kaki tidak akan berganjak sedikit pun pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu : [1] tentang umur, bagaimana ia habiskan,[2] tentang masa muda ke mana dia pergunakan, [3] tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan dan [4] tentang ilmunya, apakah yang dibuat dengannya Berkumpulnya kita pada hari raya yang mulia ini dapat merapatkan yang jauh di mana ada anak yang sudah lama tidak berjumpa ibubapa, ada yang lama tidak menjenguk sanak saudara dan ada yang sudah lama tidak berjumpa teman lama. Pertemuan ini sepastinya digunakan sebaik mungkin dalam merapatkan hubungan yang semakin renggang. Cuba lihat di kiri kanan kita, lihat depan dan belakang kita. Boleh dikatakan kita dikelilingi oleh datuk nenek, ayah ibu, isteri atau suami, adik-beradik, sanak saudara dan teman-teman kita. Adakah kita boleh bayangkan bagaimana bukan sahaja pada hari ini kita mahu duduk bersama mereka untuk menyambut hari lebaran sebaliknya kita mahu turut bersama dengan mereka untuk menikmati nikmat Syurga Allah di akhirat kelak. Ingatlah bahawa untuk memasuki Syurga Allah tidak cukup setakat angan-angan tetapi mesti dengan ilmu dan pengamalan agama dalam kehidupan seharian. Oleh itu pastikan diri kita, ahli keluarga, jiran tetangga, teman-teman kita melaksanakan kewajipan agama disamping menjauhi tegahan Allah. Tarbiah Ramadhan banyak mendidik kita supaya menjauhi segala yang haram bukan sahaja dari segi makan minum malah mengawal segala anggota yang lain samada tangan, kaki, perut, kemaluan, mata, lidah, telinga daripada melakukan maksiat derhaka terhadap Allah. Kita sebagai rakyat bukan sahaja wajib menegur kemungkaran sekitar kita malah yang melibatkan teguran terhadap pemimpin supaya memerangi secara bersungguh jenayah rasuah, pecah amanah, riba serta tidak menjadikan hasil haram yang merosakkan akhlak sebagai sumber yang terlalu ditagih seperti arak dan judi di mana cukai keduanya bagi tempoh 4 tahun dari 2006-2011 menjangkau RM 24.4 bilion. Begitu juga masalah kekayaan negara hanya berlegar di kalangan ahli keluarga mereka yang berkuasa sahaja sehingga kita rasa gerun bila adanya orang Islam yang bukan sahaja menjadi pemegang saham Syarikat arak paling besar di Filiphina malah mendapat hasil jualan minyak kepada syarikat penerbangan MAS milik negara. Betapa hinanya apabila Malaysia antara pengeluar minyak utama tetapi membeli minyak daripada syarikat Arak untuk kapal terbang sendiri. Malah kita turut bimbang dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik dalam menyaman pesalah trafik bukan membantu dalam mengurangkan kemalangan jalanraya tetapi menjadi jalan pintas untuk syarikat tertentu dalam mengaut keuntungan mudah termasuk memeras wang rakyat yang pulang beraya. Bila pemimpin berniaga dengan rakyat maka rakyat terus menderita di negara sendiri. TV dan akhbar asyik menyiarkan wang ratusan ringgit yang diberi kepada rakyat sedangkan wang ratusan juta malah billion ringgit yang dirompak melalui rasuah dan pecah amanah minta dihalalkan. Sepatutnya 55 tahun merdeka maka pemikiran dalam memberi keselesaan kepada rakyat semakin terbuka bukannya politik balas dendam seperti penjajah terus membara sehingga rakyat Kelantan contohnya yang majorit Islam bukan sahaja dinafikan royalti malah pembinaan lebuhraya untuk kemudahan turut disekat. Bila kerajaan negeri ingin membina lebuhraya rakyat maka bukan sahaja diperlecehkan malah ditekan pula kontraktor yangi ingin membinanya. Begitu juga keselesaan rakyat Selangor yang mengecapi nikmat air percuma ditekan agar air berbayar dapat dijalankan semula. Bila rakyat mahu pendidikan percuma maka ia dikatakan bakal bankrap kan Negara sedangkan rasuah dan pecah amanahlah menjadi punca besar kehancuran Negara. Jadilah mukmin yang sebenar yang tidak mudah dijual beli dan ditipu berkali-kali قال الرسول : لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ - رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Seorang mukmin tidak akan disengat dari lubang yang sama 2 kali بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran : إِن يَنصُرْ‌كُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُ‌كُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. Muslimin/mat yang dirahmati Allah Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Syria yang dilanda peperangan. Begitu juga penderitaan bangsa Ronghiya di Myanmar di mana kampung mereka diserang, kedai dirompak, makanan dirampas, saudara seagama dibunuh tanpa pembelaan. Pemimpin Negara umat Islam wajib berada di sof hadapan dalam membantu suadara seagama yang sedang menderita bukan mengecut di belakang musuh Islam Takbir Allahu Akbar merupakan ikrar yang mengatakan yang lain daripada Allah adalah kecil dan lemah. Semoga semangat menyambut hari raya bersama dengan semangat dalam melaksanakan system al-Quran dalam kehidupan seharian. Jika di sebuah negara di Amerika Syarikat penentangan terhadap pembangunan masjid dan penerapan Syariah Islam di mahkamah menjadi bahan kempen untuk memenangi pilihan raya parlimen maka di Malaysia sepatutnya kita memilih golongan yang ingin melaksanakan hukum Hudud bukan golongan yang memberi amaran agar tidak dilaksanakan Hudud malah bertindak menyaman di Mahkamah. Kita juga berdoa agar tindakan teruk Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara yang 90% rakyatnya muslim untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu atas alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja. Di negara kita sudah banyak aduan umat Islam yang disekat daripada mengerjakan solat Jumaat atas alasan sama oleh majikan. Penjajah tidak berani menukar cuti Jumaat kepada Ahad tetapi anak didiknya yang mengaku pejuang bangsa dan agama berani menukarnya اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan. Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة عيدالفطري 1433 هـ

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 2 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ ..... فرمان الله دالم ايات 8 دان 9 سورة آل عمران : رَ‌بَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَ‌حْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ ﴿٨﴾ رَ‌بَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَّا رَ‌يْبَ فِيهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ مقصودڽ : "واهي توهن كامي! جاڠنله اڠكو مميسوڠکن هاتي كامي سسودە اڠکو بري ڤتونجوق کڤد كامي ، دان کورنياکنله کڤد كامي ليمڤه رحمة دري سيسيمو; سسوڠݢوهڽ اڠکو جواله توهن يڠ مليمڤه-ليمڤه ڤمبرينڽ. "واهي توهن كامي ! سسوڠݢوهڽ اڠکاوله يڠ اکن مڠهيمڤونکن سکالين مأنسي ، اونتوق منريما بالسن ڤد ) سواتو هاري ( هاري قيامة) يڠ تيدق اد شك ڤدڽ ". سسوڠݢوهڽ الله تيدق مموڠکيري جنجيڽ. مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. کيت بارو سهاج ملالوءي تربية رمضان يڠ مروڤاکن سواتو ڤروسيس دالم ملاهيرکن همبا الله يڠ برتقوى. کسرونوقكن مڽمبوت هاري راي جاڠن ملالايکن کيت اونتوق مموهون کڤد الله اݢر سݢالا عملن صالح کيت دتريما دان دوسا کيت ڤولا دأمڤونکن. کيت جوݢ مموهون اݢر الله منجاديکن کيت سبڬـاي همباڽ يڠ داڤت منروسکن عمل صالح حاصيل درڤد تربية رمضان ڤد بولن٢ يڠ لاٴين دڠن ڤنوە استقامة. انتارا ﭼارا أونتوق مميليقکي صفة استقامة إياله [ 1 ] ممهمي دان مڠعملکن دوا کليمة شهادة دڠن باءيك دان بنر کران تنڤا مڠنالي الله سرتا طاعة کڤدڽ مڽببکن مأنسي تيدق کنل سياڤ ديريڽ دان توجوان دي دجاديکن سرتا كمان تمڤت کمباليڽ سلڤس اين [ 2 ] سنتياس مڠکاجي القرءان دڠن مڠحياتي دان مرنوڠکنڽ کران القرءان مروڤاکن اوبت موجراب دالم مڠوباتي ڤڽاکيت ظاهير دان باطين [ 3 ]التزام اتاو برتروسن دالم منجالنکن شريعة الله ترماسوق عمل عبادة سڤرتي صلاة برجماعة ، ڤواسا ، ممباچ القرءان ، برذکر، برصدقة، منوتوڤ عورة ، ممعمورکن مسجد دان سباݢايڽ بوکن تروس برهنتي دڠن برلالوڽ رمضان قال الرسول : أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ مقصودڽ : عملن يڠ ڤاليڠ دچينتاٴي اوليه الله اداله عملن يڠ برتروسن والاوڤون ايت سديکيت. سيتي عائشة سنديري کتيك ملاکوکن سواتو عملن سلالو برکإيڠينن کراس أونتوق مروتينکنڽ سچارا برتروسن اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ ﭼارا أونتوق مميليقکي صفة استقامة يڠ ك-[ 4 ] سوك ممباچ قيصهة اورڠ صالح سهيڠݢ بوليه دجاديکن ايکوتن دان تلادن دمان القرءان باڽق منچريتاکن قيصة٢ ڤارا نبي ، رسول دان اورڠ٢ يڠ برايمان تردهولو. فرمان الله دالم اية 120 سورة هود: َكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنبَاءِ الرُّ‌سُلِ مَا نُثَبِّتُ بِهِ فُؤَادَكَ ۚ وَجَاءَكَ فِي هَـٰذِهِ الْحَقُّ وَمَوْعِظَةٌ وَذِكْرَ‌ىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ مقصودڽ : دان تياڤ٢ بريتا دري بريتا رسول٢ ايت ، كامي چريتاکن کڤدمو ( واهي نبي محمد ) ، اونتوق منتڤکن هاتيمو دڠنڽ. دان تله داتڠ کڤدمو دالم بريتا اين کبنرن دان ڤڠاجران سرتا ڤرايڠتن باݢي اورڠ٢ يڠ برايمان [ 5 ] ممڤرباڽق دعاء ڤد الله اݢر دأنوݢرهکن صفة استقامة انتاراڽ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ مقصودڽ : واهي توهن يڠ ممباليق-باليقکن هاتي ، تتڤکن هاتيکو د اتس اڬام-مو اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْحَوْرِ بَعْدَ الْكَوْرِ مقصودڽ : واهي توهنکو ، اكو برليندوڠ دڠنمو درڤد ترڤيسوڠ دري لنداسن يڠ بنر ستله منداڤت هداية ( ايمان ). [ 6 ] سنتياس برݢاٴول دڠن اورڠ٢ صالح د مان تمن باڽق ممڤڠاروهي چورق هيدوڤ سسأورڠ سامادا كأرە کبأيقکن اتاو ترهيريت کڤد کجاهتن. جاوهي تمڤت اتاو ڤرکارا يڠ مندوروڠ کڤد معصية قال الرسول : مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَ الجَلِيسِ السَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً – رواه البخاري ومسلم مقصودڽ : "برصحابة دڠن اورڠ يڠ صالح دان دڠن اورڠ يڠ جاهت سأومڤاما برکاون دڠن ڤڠيدار ميڽق واڠي دان توکڠ بسي (يڠ مڠهمبوس بار اڤي) . ڤڠيدار ميڽق واڠي سام اد دي ممبري اندا سبهاݢين اتاو اندا ممبلي باٴو-باٴون درڤدڽ اتاو سکورڠ-کورڠڽ اندا منداڤت جوݢ باوڽ. ماناکالا توکڠ بسي ڤولا سمأدا دي مڽببکن باجو اندا ترباکر اتاو اندا منداڤت باٴو يڠ هاڤق." مسلمين دان مسلمات يڠ دحرمتي سکالين، برکومڤولڽ کيت د تمڤت يڠ موليا اين ڤد هاري يڠ موليا باݢي مڠهيدوڤکن سنة نبي  اونتوق دڠن سام٢ منونايکن صلاة سنة هاري راي ستروسڽ مندڠر نصيحة ملالوءي خطبة. إسلام مڠاجق کيت برکاسيه سايڠ انتارا ساتو سام لاٴين سرتا مڽوبورکن بودايا علمو ترماسوق ڤد هاري راي يڠ موليا اين. تنڤا کاسيه سايڠ مك کأداٴن كلوارݢ ڤورق ڤوراندا، مشارکة منجادي هورو-هارا، دنيا دڤنوهي ڤڤراڠن سيني سان. رمضان تاهون اين دکجوتکن دڠن ڤمبونوهن سأورڠ ڤکرجا سبواە ستيسين TV سواستا دسمڤيڠ جنايه يڠ لاٴين يڠ منونجوقکن انتارا چونتوە بهايڽ کهيلڠن صفة کاسيه سايڠ. بݢيتو جوݢ تنڤا علمو مك ڤرݢرقكن مأنسي منجادي سيا٢ ترماسوق دالم مڠهيدوڤکن هاري راي. بيلا اد علمو مك باڽق ڤهالا درڤد عملن دان ادب هاري راي داڤت دراٴيه سدڠکن تنڤا علمو بوکن ساج ڤهالا تيدق داڤت ماله دکوتوري ڤولا کسوچين هاري راي دڠن دوسا معصية سڤرتي ڤرݢاٴولن بباس ، هيبورن يڠ ملالايکن، ڤمبذيرن، ڤنددهن عورة دان سباݢايڽ. عقيبة کچيتيقکن علمو راماي يڠ ترجبق دڠن اجاران سست دان مودە ترڤڠاروە دڠن ڤرکارا يڠ جلس مڽليويڠ درڤد شريعة اسلام. 2 بولن لڤس نݢرا دݢمڤرکن دڠن تيندقكن نيکاد سأورڠ يڠ مڠاکو إمام مهدي مڽرڠ ڤجابت ڤنتدبيرن نݢرا د ڤوتراجاي. اوليه ايت کيت واجب سدر بهاوا ڤروسيس دالم مندالمي علمو اڬام برتروسن سلاݢي حياة دکندوڠ بادن. عبارة کات شعير : سموا بکس اکن مڽمڤيت کران ڤنوە جيك سنتياس دأيسي کچوالي بکس علمو د مان إي سماکين ملواس. سماکين باڽق کيت بلاجر مك سماکين کيت مراساکن باڽق لاݢي علمو يڠ کيت بلوم تروکاي. کݢاݢلن دالم منروکاٴي ڤلباݢاي بيدڠ علمو مڽببکن اومة إسلام تروس کتيڠݢالن دالم باڽق بيدڠ سهيڠݢ باڽق برݢنتوڠ کڤد کڤاکرن اورڠ بوکن اسلام. ماله ڤڠاباين ترهادڤ علمو فرض العين يڠ دڤندڠ ريميه تيميه اتس السن ممڤرکاساکن علمو فرض الکفاية توروت منجاديکن سماکين رامي اومة إسلام سنديري سماکين تڠݢلم دڠن مڠجر دنيا سمات-مات. اي عبارة ماهو ککوالا لومڤور تتاڤي تيکيت يڠ دبلي هاڽ ستاکت كفهغ سهاج. اڤ يڠ ڤاليڠ دتاکوتي مريك اکن کهيلڠن کدوا-دواڽ سکالي سهيڠݢ دنيا يڠ دکجر کچيچيرن ماناکالا اخيرة يڠ باکل دلالوٴي ڤنوە ڤندريتاٴن دان ڤڽسالن. کيت توروت مراسا حيران اڤابيلا نݢرا تله 55 تاهون مڽمبوت کمرديکأن دان سماکين باڽق تومبوە يونيۏرسيتي تتاڤي ماسيه باڽق هوسڤيتل کراجاٴن سأوله-اٴوله تيدق ممڤوڽاٴي دوکتور وانيتا يڠ بوليه مڠوروس بهاݢين کلاهيرن انق سهيڠݢ عورة دان مروة ڤرمڤوان ترڤقسا دددە کڤد دوکتور للاکي. جيك يڠ اد دويت لبيه بوليهله مريك ملاهيرکن انق د کلينيك سواستا يڠ مڽدياکن دوکتور وانيتا تتاڤي باݢايمان رعية يڠ سوسه. اخيرڽ رعية کمبلي سمولا منچاري بيدان كمفوغ اونتوق ملاهيرکن انق اتاو تيدق ڤليق جيك رامي مسلمات ممبري ألسن اونتوق تيدق برانق درڤد منددهکن عورة کڤد دوکتور للاکي. منجادي تڠݢوڠجواب بسر کڤد ڤميمڤين اونتوق مڽلسايکن مسئلة اين اݢر تيدق دببنکن دڠن دوسا يڠ باکل دڤرتڠݢوڠجوابکن د هادڤن الله د ڤادڠ محشر ننتي. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ دودوقڽ کيت د تمڤت موليا ، ڤد هاري راي يڠ موليا دڠن برلاٴينن جنتينا، عمور ، ڤڠکت، هرتا ممڤو منانمکن راس کاسيه سايڠ انتارا کيت. ديديقكن ڤواسا رمضان دإيکوتي دڠن کواجيڤن برزکاة ستروسڽ نعمة هاري راي د مان سمواڽ اين مموفوق راس کاسيه سايڠ. کاسيه سايڠ ممڤو منمبهکن رزقي دان ممنجڠکن عمور کيت سباݢايمان سبدا نبي  دالم سواتو حديث قال الرسول : مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ -رواه البخاري ومسلم مقصودڽ : سسياڤا يڠ ماهو دلواسکن رزقيڽ دان دڤنجڠکن عمورڽ مك هندقله دي مڠهوبوڠکن صلة الرحم إمام ابن حجر ڤرنه مڽبوت بهاوا نبي اڤابيلا دسبوت تنتڠ حديث اين دهادڤنڽ لالو. بݢيندا منجلسکن دڠن حديث لاٴين يڠ دروايتکن اوليه الطبراني يڠ برمقصود : اي بوکن برمقصود دليواتکن أجل تتاڤي اي برمقصود سسأورڠ ايت دبريکن ذرية يڠ صالح يڠ سنتياس بردعاء اونتوقڽ سلڤس کماتينڽ. اينله انتارا کبرکاتن عمور يڠ دچاري ياٴيت بوکن سمات-مات باڽق ڤد کوانتيتي اتاو بيلڠن اڠك عمور سباليقڽ والاو ڤون عمورڽ ڤنديق نامون ڤهالا عملن تروس برسمبوڠ ملالوءي دعاء انق يڠ صالح، صدقه جارية، علمو يڠ منبري منفعة دان سباݢايڽ. ماله دري سݢي حياة هيدوڤ اومة نبي محمد سکيتر 60-70 تاهون سهاج بربنديڠ اومة دهولو يڠ منچاڤاي راتوسن ماله ريبوان تاهون نامون دڠن ڤڠانوݢرهن ليلة القدر سبڬـاي چونتوهڽ مك کبرکاتن عمور دڠن ݢنداٴن ڤهالا ملبيهي اومة دهولو. اوليه ايت سباڬـاي ايبوباڤ جاڠن کيت سکالي-کالي مڠابايکن ڤنديديقن اڬام ترهادڤ انق٢ اݢر مريك منجادي انق يڠ صالح يڠ تروس ممبري ساهم سلڤس کماتين کيت ننتي. جاڠن هاڽ ڤنداي منترنق انق ياٴيت هاڽ تاهو ممبري ماکن ، ڤاکاين ، تمڤت تيڠݢل سهاج کڤد انق سدڠکن علمو دان ديديقكن اڬام دأبايکن سهيڠݢ کيت تيدق ممڤو منومڤڠ دعاء انق-انق. ڤروسيس تربية انق تيدق اکن ترهنتي کچوالي بيلا برلاکو انتارا 2 ڤرکارا سمأدا ايبوباڤ يڠ ماتي دهولو. اتاو انق يڠ لبيه دهولو منيغكال دنيا. ڤروسيس تربية انق عبارة منجاݢ سبواە ڤوهون کايو ياٴيت برمولا دڠن منچاري بنيه يڠ باءيك ياٴيت سوامي صالح دان دتانم ڤولا ڤد تانه يڠ سوبور ياٴيت استري يڠ صالحة. کمودين إي دباج دڠن باج يڠ ترباٴيك دان دسيرام ياٴيت دڠن علمو اݢام.دان نصيحة يغ برݢونا والاو ڤون ڤوهون ايت تله بسر نامون مستي دجاݢا درڤد ڤاراسيت اتاو ڤرکارا يڠ بوليه مروسقکنڽ ياٴيت معصية دان عنصور نيݢاتيف يڠ بوليه مروساقن ايمان دان اخلاق انق-انق. جاڠن بري السن عمور تله بسر ڤنجڠ ، انق تله کلوار يونيۏرسيتي اتاو ڤون تله برومهتڠݢ مڽببکن ڤروسيس تربية ترهنتي. ترلالو روݢي ممڤوڽاٴي انق يڠ تيدق بربودي دان تيدق ممڤو بردعاء اونتوق ايبوباڤاڽ تراوتام سلڤس کماتين كيت ننتي. إمام ابن حجر توروت منجلسکن عملن صلة الرحم ممڤو ممبري کبرکاتن عمور دڠن دبري توفيق اونتوق ملاکوکن کطاعتن کڤد الله دان دڤليهارا درڤد ملاکوکن معصية. بركة صلة الرحم جوݢ مڽببکن کبأيقكن سسأورڠ ايت تروس دکنڠ سلڤس کماتينڽ دڠن کهندق الله. اوليه ايت ݢوناکنله کداتڠن هاري راي اين اونتوق مڠهوبوڠ کاسيه سايڠ أنتارا كيت مسلمين دان مسلمات يڠ دبرکتي الله، قال الرسول : لا تَزُولُ قَدَمَا الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ - رواه الترمذي مقصودڽ : کدوا-دوا کاکي سأورغ همب تيدق اکن برݢنجق سديکيت ڤون ڤد هاري قيامة سهيڠݢ دتاڽ تنتڠ 4 ڤرکارا ياٴيت : [ 1 ] تنتڠ عمور ، باݢايمان اي هابيسکن، [ 2 ] تنتڠ ماس مودا کمان دي ڤرݢوناکن، [ 3 ] تنتڠ هرتاڽ ، دري مان دڤراوليهي دان باݢايمان دبلنجاکن دان [ 4 ] تنتڠ علموڽ ، اڤاکه يڠ دبوات دڠنڽ برکومڤولڽ کيت ڤد هاري راي يڠ موليا اين داڤت مراڤتکن يڠ جاٴوە د مان اد انق يڠ سوده لام تيدق برجومڤا ايبوباڤ ، اد يڠ لام تيدق منجڠوق سانق ساودارا دان اد يڠ سوده لام تيدق برجومڤا تمن لاما. ڤرتموان اين سڤاستيڽ دݢوناكن سباٴيك موڠکين دالم مراڤتکن هوبوڠن يڠ سماکين ريڠݢڠ. چوبا ليهت د کيري کانن کيت ، ليهت دڤن دان بلاکڠ کيت. بوليه دکاتاکن کيت دکليليڠ اوليه داتوق نينيق ، ايه ايبو ، استري اتاو سوامي، اديق-براديق، سانق ساودارا دان تمن٢ کيت. اداکه کيت بوليه بايڠکن باݢايمان بوکن سهاج ڤد هاري اين کيت ماهو دودوق برسام مريك باݢي سام-سام مڽمبوت هاري لبارن سباليقڽ کيت ماهو توروت برسام دڠن مريك يغ كيت سايغي اونتوق منعمتي نعمة شورݢ الله د اخيرة کلق. ايڠتله بهاوا اونتوق مماسوقي شورݢ الله تيدق چوکوڤ ستاکت دغن اڠن٢ سهاج تتاڤي مستي دڠن علمو دان ڤڠعملن اڬام دالم کهيدوڤن سهارين. اوليه ايت ڤاستيکن ديري کيت ، اهلي كلوارݢ ، جيران تتڠݢ ، تمن٢ کيت ملقساناکن کواجيڤن اڬام دسمڤيڠ منجاوهي تݢاهن الله. تربية رمضان باڽق منديديق کيت سوڤاي منجأوهي سݢالا يڠ حرام بوکن سهاج دري سݢي ماکن مينوم ماله مڠاول سݢالا اڠݢوتا يڠ لاٴين سمأدا تاڠن ، کاکي، ڤروت، کمالوان، مات ، ليدە، تليڠا درڤد ملاکوکن معصية درهاك ترهادڤ الله. کيت سبڬـاي رعية بوکن سهاج واجب منݢور کموڠکرن سکيتر کيت ماله يڠ مليبتکن تݢوران ترهادڤ ڤميمڤين سوڤاي ممراڠي سچارا برسوڠݢوه جناية رشوە، ڤچه امانة ، ربا سرتا تيدق منجاديکن حاصيل حرام يڠ مروسقکن اخلاق سباڬاي سومبر يڠ ترلالو دتاݢيه سڤرتي ارق دان جودي د مان چوکاي کدواڽ باݢي تيمڤوە 4 تاهون دري 2006-2011 منجڠکاو RM 24.4 بيليون. بݢيتو جوݢ مسئلة ککاياٴن نݢارا هاڽ برليݢر د کالڠن اهلي كلوارݢ مريك يڠ برکواس سهاج سهيڠݢ کيت راس ݢرون بيلا اداڽ اورڠ إسلام يڠ بوکن سهاج منجادي ڤمݢڠ ساهم شريکة ارق ڤاليڠ بسر د فيليفينا ماله منداڤت حاصيل جوالن ميڽق کڤد شريکة ڤنربڠن MAS ميليك نݢارا. بتاڤ هينا اڤابيلا مليسيا انتارا ڤڠلوار ميڽق اوتام تتاڤي ممبلي ميڽق درڤد شريکة ارق اونتوق کاڤل تربڠ سنديري. ماله کيت توروت بيمبڠ دڠن ڤلقساناٴن سيستم ڤڠواتکواساٴن Automatik دالم مڽامن ڤساله trafik بوکن ممبنتو دالم مڠورڠکن کمالڠن جالنراي تتاڤي منجادي جالن ڤينتس اونتوق شريکة ترتنتو دالم مڠاٴوت کأونتوڠن مودە ترماسوق ممراس واڠ رعية يڠ ڤولڠ براي. بيلا ڤميمڤين برنياݢ دڠن رعية مك رعية تروس مندريتا د نݢارا سنديري TV دان اخبار عاشيق مڽيارکن واڠ راتوسن ريڠݢيت يڠ دبري کڤد رعية سداڠکن واڠ راتوسن جوتا ماله بيليون ريڠݢيت يڠ درومڤق ملالوي رشوة دان ڤچه امانة مينتا دحلالکن. سڤاتوتڽ 55 تاهون نݢارا مرديکا مك ڤميکيرن دالم ممبري کسليساٴن کڤد رعية سماکين تربوك بوکنڽ ڤوليتيق بالس دندام سڤرتي ڤنجاجة تروس ممبارا سهيڠݢ رعية کلنتن چونتوهڽ يڠ ماجوريتي إسلام بوکن سهاج دنافيکن royalti ميڽق ماله ڤمبيناٴن لبوهراي اونتوق کمودهن رعية توروت دسکت. بيلا کراجاٴن نكري ايڠين ممبينا لبوهراي رعية مك بوکن سهاج دڤرليچيهکن ماله دتکن ڤولا kontraktor يڠ ايڠين ممبيناڽ. بݢيتو جوݢ کسليساٴن رعية سلاڠور يڠ مڠچاڤي نعمة اير ڤرچوما دتکن اݢر أير برباير داڤت دجالنکن سمولا. بيلا رعية ماهو ڤنديديقكن ڤرچوما مك اي دکاتاکن باکل bankrap کن نݢارا سداڠکن رشوة دان ڤچه أمانهله منجادي ڤونچا بسر کهنچوران نݢارا. چوبا بايڠکن باݢايمان سواتو هاري ننتي کيت باکل منجادي نݢارا هوتڠ د مان نݢارا سنديري دبباني هوتڠ يڠ بسر ماناکالا رعية د باوە اکن منموٴي الله دالم کأداٴن هوتڠ يڠ بݢيتو باڽق. مڠاڤ تيدق دأمبيل چونتوە درڤد لبيه 20 بواە نݢارا د دنيا يڠ برجاي ممبري ڤنديديقكن ڤرچوما کڤد رعيتڽ . جاديله مؤمن يڠ سبنر يڠ تيدق مودە دجوال بلي دان دتيڤو برکالي-کالي ....قال الرسول : لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ - رواه البخاري ومسلم مقصودڽ : سأورڠ مؤمن تيدق اکن دسڠت دري لوبڠ يڠ سام 2 کالي بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ فرمان الله دالم ايات 160 سوره آل عمران : إِن يَنصُرْ‌كُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُ‌كُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ مقصودڽ : جيك الله منولوڠ کامو منچاڤاي کمناڠن مك تيدق اد سسياڤا ڤون يڠ اکن داڤت مڠالهکن کامو ; دان جيك اي مڠالهکن کامو ، مك سياڤکه يڠ اکن داڤت منولوڠ کامو سسودە الله ( منتڤکن يڠ دميکين ) دان ايڠتله ، کڤد الله جواله هندقڽ اورڠ٢ يڠ برايمان ايت برسرە ديري مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله تکبير کمناڠن يڠ دلأوڠکن اداله تندا کجايأن دالم تربية رمضان يڠ تله کيت سام-سام لالوي اونتوق لاهير سباݢاي اومت يڠ بݢيتو يقين دڠن سيستيم القرءان دسمڤيڠ تربية ملالوي عبادة ڤواسا دان زکاة فطرة مڽوبورکن لاݢي ڤراسأن مڠمبيل برت تنتڠ ڤندريتأن سودارا سأݢام يڠ لأين تراوتام د فلسطين، عراق، شريا يڠ دلندا ڤڤراڠن. بݢيتو جوݢ ڤندريتاٴن بڠسا Ronghiya د Myanmar دمان كمفوغ مريك دسراڠ، کداي درومڤق، ماکنن درمڤس، ساودارا سأݢام دبونوە تنڤا ڤمبيلأن. ڤميمڤين نݢارا اومة إسلام واجب براد دصف هادڤن دالم ممبنتو سوادارا سأݢام يڠ سداڠ مندريتا بوکن مڠچوت د بلاکڠ موسوە إسلام تکبيرالله اکبر مروڤاکن اقرار يڠ مڠاتاکن يڠ لاٴين درڤد الله اداله کچيل دان لمه. سموݢ سماڠت مڽمبوت هاري راي برسام دڠن سماڠت دالم ملقساناکن سيستيم القرءان دالم کهيدوڤن سهارين. جيك د سبواە نݢارا د اميريکا شريکة ڤننتاڠن ترهادڤ ڤمباڠونن مسجد دان ڤنراڤن شريعة إسلام د محکمة منجادي باهن کيمڤين اونتوق ممناڠي ڤيليهنراي ڤرليمن مك د مليسيا سڤاتوتڽ کيت مميليه ݢولوڠن يڠ ايڠين ملقساناکن حکوم حدود بوکن ݢولوڠن يڠ ممبري امارن اݢر تيدق دلقساناکن حدود ماله برتيندق مڽامن دمحکمة دسمڤيڠ ڤلباݢاي ڤڠهينأن سفرت حدود مڽببكن أومة إسلام موندور كران كودوڠ تاڠن دان كاكي. باتو أكن هابيس دݢوناكن أونتوق رجم ڤنزنا دان لأين-لأين کيت جوݢ بردعاء اݢر تيندقكن تروق جاوتنکواس کبڠساٴن بهاݢين اوروسن اݢام Republik Azarbaijan ممرينتهکن کڤد ڤارا خطيب مسجد دسلوروە نݢارا يڠ 90% رعيتڽ مسلم اونتوق ملقساناکن صلاة جمعة ڤد هاري سبت أتس ألسن ڤميندهن ترسبوت کران دنيلاي مڠݢڠݢو جم کرجا. د نݢارا کيت سوده باڽق أدوان اومة إسلام يڠ دسکت درڤد مڠرجاکن صلاة جمعة أتس ألسن سام اوليه ماجيقکن. ڤنجاجه تيدق براني منوکر. چوتي جمعة کڤد احد تتاڤي انق ديديقڽ يڠ مڠاکو ڤجواڠ بڠسا دان اݢام براني منوکرڽ اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ سلامت هاري راي عيد الفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات.باڽقكن برصدقه اڬر مريك يڠ ممرلوكن بنتوان توروت برڬمبيرا دان زيارهيله سانق سودارا ڤد هاري يڠ مليا اين باڬي مراڤتكن لاڬي تالي ڤرسودارأن.ربوتله ڤلواڠ اونتوق منمبهكن ساهم اخيرة دڠن برڤواس انم هاري دبولن شوال باڬي مڽاهوت سبدا نبي : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ﴿ رواه مسلم ﴾ مقصودڽ : سسياڤ يڠ تله برڤواس فرض رمضان كمودين دايكوتي ڤولا دڠن برڤواس انم هاري د بولن شوال مك اداله ڤهلاڽ سڤرتي دي برڤواس سڤنجڠ تاهون. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وفي سورياوَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Lailatul Qadar DiGapai Kebahagiaan DiCapai

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar : إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan tahukah engkau apakah itu Lailatul-Qadar?. Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! Kini kita telah berada pada hari yang ke-21 daripada bulan Ramadhan 1433H yang mengingatkan kita bahawa Ramadhan tahun ini telah memasuki fasa ketiga iaitu dijanjikan dengan kebebasan daripada api neraka bagi hamba Allah yang berjaya menghidupkan Ramadhan dengan amal soleh penuh keikhlasan kepada Allah. Beradanya kita pada 10 hari dan malam terakhir bulan Ramadhan ini juga memberi isyarat yang jelas supaya kita semakin bersemangat dalam menambahkan bekalan akhirat pada saat yang begitu berharga ini terutama salah suatu malamnya akan ada Lailatul Qadar yang beribadat padanya lebih baik daripada 1000 bulan atau 83 tahun 3 bulan. Sebahagian ulama berpendapat al-Qadar bermaksud pengagungan. Lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana telah diturunkan al-Quran pada malam berkenaan, turunnya malaikat termasuk Jibril, melimpah rahmat dan keampunan serta pada malam itu Allah SWT menganugerahkan keagungan dan kemuliaan kepada mereka yang melakukan ibadah kepadaNya. Banyak hadis nabi yang menyebut tentang kelebihan dan malam berlakunya Lailatul Qadar antaranya قال الرسول : مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ -– رواه البخاري ومسلم. Maksudnya : Sesiapa yang bangun beribadat pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu قال الرسول : ”تحََرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فيِ العَْشِر الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ” - رواه البخاري ومسلم. Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir daripada Ramadhan قال الرسول : “تحََرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فيِ الوِتْرِ مِنَ العَْشِر الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ” - رواه البخاري ومسلم Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar pada bilangan ganjil pada 10 malam terakhir daripada Ramadhan Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah , Firman Allah dalam ayat 133 surah Ali ‘Imran : وَسَارِ‌عُوا إِلَىٰ مَغْفِرَ‌ةٍ مِّن رَّ‌بِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْ‌ضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْ‌ضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ Maksudnya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Antara amalan terbaik dalam menghidupkan 10 malam terkahir Ramadhan terutama dalammengejar Lailatul Qadar ialah mandi antara Maghrib dan Isyak, memakai pakaian yang paling baik dan memakai haruma. Para sahabat seperti Anas ibn Malik dan ulama pada masa tabi’en menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian apabila berada pada akhir Ramadan. Memperbanyakkan solat sunat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Nabi s.a.w sendiri tidak akan melalui bacaan ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui bacaan ayat azab kecuali memohon perlindungan Allah daripada azab itu. Menjaga Solat berjemaah sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Banyak beriktikaf di masjid kerana nabi s.a.w beriktikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah di mana sunnah iktikaf diteruskan oleh para isterinya. Kita turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa di mana doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Tidak ketinggalan dengan amalan mulia iaitu banyak bersedekah Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Kita tidak mempunyai alasan untuk mensia-siakan kehadiran Ramadhan terutama untuk merebut kelebihan Lailatul Qadar. Gunakanlah Ramadhan sebagai saat keemasan dalam menambah kekuatan jiwa yang mampu mengawal hawa nafsu dalam diri. Renungilah keadaan saudara kita yang berada dalam kangcah peperangan seperti di bumi Palestin, Syria, bangsa Ronghiya di Myanmar dan beberapa negara lagi yang berdepan dengan senjata musuh yang menunggu masa untuk merobek dan memamah tubuh mereka ketika mahu menyempurnakan ibadat puasa apatah lagi untuk ke masjid. Begitu juga tekanan terhadap amalan berpuasa seperti kes pemecatan empat orang Muslim Perancis daripada pekerjaannya sebagai pengajar kem musim panas kerana melaksanakan ibadah puasa telah mencetuskan kemarahan umat Islam di Perancis. Hakim memutuskan amalan puasa menyebabkan tumpuan terhadap penjagaan pelajar terabai. Begitu juga penerusan kepada penderitaan umat Islam di sebuah negeri di China apabila para pegawai Islam dan pelajar di wilayah barat laut Xinjiang telah dilarang berpuasa selama bulan Ramadhan ini malah adanya larangan pelajar daripada memasuki masjid sepanjang Ramadhan. Itu belum dikira dengan beberapa sikap anti Islam yang lain seperti penentangan terhadap pembangunan masjid dan penerapan Syariah Islam di mahkamah menjadi bahan kempen untuk memenangi pilihan raya parlimen di sebuah negara di Amerika Syarikat. Apa yang lebih teruk apabila Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu. Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu di mana pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah. Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah penduduk muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya. Hubungan rapat regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung di negara itu. Malangnya apa yang berlaku di Negara kita adalah sebaliknya apabila umat Islam bebas berpuasa tetapi ramai yang tidak berpuasa akibat tewas kepada hawa nafsu. Umat Islam bebas untuk solat Jumaat tetapi ramai mengabaikannya. Umat Islam bebas memakai tudung tetapi ramai yang memilih untuk mendedah aurat. Ingatlah amaran keras daripada Allah dan rasulNya kepada golongan yang tidak bersyukur atas nikmat Allah di mana Allah akan memberi nikmat yang banyak sehingga mereka lalai lalu didatangkan azab yang dahsyat dalam keadaan mengejut sehingga tidak guna lagi penyesalan Firman Allah dalam ayat 44 surah al-An’am : فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُ‌وا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِ‌حُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ Maksudnya : Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan) Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah , Sempena berada pada bulan Ramadhan yang merupakan bulan diturunkan al-Quran maka marilah kita sama-sama memperbanyakkan untuk membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya seterusnya melaksanakannya dalam kehidupan kita. Kegagalan dalam melaksanakan sistem al-Quran menyebabkan banyak masalah jenayah, sosial yang berlaku. Kita jangan menjadi golongan yang hanya setakat membaca al-Quran tetapi tidak memahami apatah lagi menghayati sistem al-Quran dalam kehidupan seharian. Ingatlah kita kepada suatu amaran nabi yang bermaksud : “ Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman, orang yang membaca al-Quran tetapi al-Quran hanya sampai ke halkumnya sahaja tetapi tidak sampai ke dalam hati.” Sempena berada pada bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran marilah kita sama-sama menghidupkan al-Quran dalam diri kita, keluarga kita seterusnya masyarakat sekeliling, negeri dan negara. Beruntunglah bagi orang yang menjadikan al-Quran sebagai teman hidup sehingga al-Quran mampu memberi ketenangan dalam kehidupan di dunia, membantunya ketika berada dalam alam kubur seterusnya padang mahsyar nanti. Betapa ruginya manusia yang menjauhi al-Quran sehingga hidupnya penuh kekosongan jiwa, dalam kubur melolong seorang diri mencari penolong dan di akhirat tercari-cari sesuatu yang mampu membantunya untuk lari daripada azab yang dahsyat Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’: وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ