Jumaat, 26 Mac 2010

Rasulullah s.a.w DiPertahan Hukum Allah DiPerjuang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
Kasih dan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w tidak pernah padam malah terus membara dalam diri. Kita pernah mendengar bagaimana para sahabat nabi sanggup mati demi mempertahankan baginda daripada sebarang penghinaan mahu pun serangan terhadap batang tubuh nabi. Malah ‘Urwah ibn Mas’ud yang diutuskan oleh kaum Quraisy kepada Rasulullah SAW pada Tahun Perjanjian Hudaibiah bila melihat penghormatan para sahabat terhadap nabi lalu memberitahu kafir Quraisy bagaimana jika Nabi SAW berwuduk, air wuduknya menjadi rebutan para sahabat hingga mereka hampir berbunuh-bunuhan kerananya. Tidaklah nabi SAW berludah dan berkahak, melainkan mereka menadahnya dengan telapak tangan mereka, lalu menggosok-gosokkannya ke muka dan badan mereka. Tiada sehelai rambut nabi SAW yang jatuh ke tanah, kecuali mereka berebut-rebut mengambilnya. Apabila nabi mengeluarkan suatu perintah, mereka segera melakukannya. Apabila nabi berbicara, mereka merendahkan suara di hadapannya. Mereka tidak menajamkan pandangan mereka kepada nabi SAW kerana membesarkannya. Pernah tercatat bagaimana telah berjalannnya suatu operasi penghantaran skuad pembunuh untuk membunuh Kaab bin Al Asyraf seorang Yahudi Bani An Nadhir kacukan Arab di mana dia adalah penyair terkenal dan bangsawan. Rasulullah menjatuhi hukuman bunuh keatas kerana Kaab menggubal syair-syairnya menghina Rasulullah, Ummu Mukminin dan para Sahabat. Apabila Rasulullah membuat tawaran untuk sesiapa menjalankan operasi ini, bangunlah Muhammad bin Maslamah bersama beberapa sahabat yang lain di mana mereka bukan sahaja berjaya membunuh Kaab bin Al Asyraf bahkan membawa bersama kepala Kaab dan dicampakkan di hadapan Rasulullah tanda bukti dan kejayaan. Tanda kasih kepada Rasulullah. Tanda sanggup korbankan diri untuk mempertahan dan membela Rasulullah. Kita pada hari ini buat sekian kalinya dituntut untuk mempertahan kemulian nabi apabila 3 buah akhbar Sweden dengan penuh biadap menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w.dengan lakaran tubuh nabi seperti seekor anjing. Tunjukkan tanda kasih kita kepada nabi dengan apa sahaja kemampuan yang ada. Biar nyawa melayang bukti cinta pada nabi untuk meraih Syurga yang tinggi, biar darah merah mengalir bukti kasih pada nabi untuk merasai betapa lazatnya air kolam Kauthar di akhirat nanti.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ ……...(متفق عليه)
Maksudnya : Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi…….
Jika pada 9 Mac lalu menyaksikan pelancaran buku berkaitan Natrah yang diKristian oleh ibubapa asalnya dari Belanda setelah dirampas daripada ibuapa angkatnya melalui mahkamah maka pada 11 Mac sekali lagi negara menyasikan bagaimana kes hampir sama yang melibatkan penjagaan anak kecil apabila Mahkamah Tinggi Ipoh menyerahkan hak penjagaan 3 orang anak bagi seorang muallaf bernama Muhammad Riduan Abdullah, kepada seorang ibu kandung yang bukan beragama Islam walau pun penghakimannya tidak begitu jelas ekoran belum ada lagi penghakiman bertulis dari mahkamah terbabit disamping masih peringkat rayuan untuk menangguh keputusan hakim. Kini masalah Ummu Salamah, 13, dan Abu Bakar, 12, dilaporkan tinggal bersama-sama ibu mereka di Ipoh, manakala Ummu Habibah, 2 masih dijaga oleh Muhammad Ridhuan sendiri masih terumbang-ambing. Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah manusia itu sendiri. Penghakiman ini menuntut kita untuk sama-sama bangkit mempertahan akidah anak kecil ini disamping memberi sokongan moral termasuk doa kita kepada Muhamamd Ridhuan yang begitu tertekan sejak berusaha sedaya mungkin dalam mempertahankan agama anak-anaknya hingga kini. Kes ini juga memberi isyarat jelas kepada kita supaya lebih bersungguh dalam memperkasakan kuasa dan peranan Mahkamah Syariah kerana dalam kes seperti ini ada peruntukan mahkamah syariah dalam melarang seseorang daripada menyerah anak kepada orang bukan Islam memandangkan hukum berkaitan muallaf sepatutnya dibicara di Mahkamah Syariah. Ingatlah bahawa masalah agama lebih penting daripada segala-galanya dan jangan memandang ia suatu masalah kecil

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 32 surah al-Isra’ :
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Ketika negara masih panas dengan isu penderaan terhadap kanak-kanak yang ada membawa kepada pembunuhan ditambah dengan pembuangan bayi yang tidak berdosa disamping isu pengajaran seks di sekolah yang belum selesai. Kini kita dikejutkan pula dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009 iaitu purata 47 orang sehari anak luar nikah ini dilahirkan. Oleh itu semua pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah yang semakin kronik ini. Ibubapa wajib memberi didikan agama dan menjaga pergerakan anak-anak kerana banyak kes hari ini harga diri anak-anak lebih murah daripada anak ayam apabila ibubapa lebih bimbang anak ayam yang tidak pula ke reban daripada anak sendiri terutama anak gadis yang tidak pulang ke rumah walau pun telah lewat malam. Kerajaan pula wajib menutup pintu-pintu zina yan dibuka luas dengan lesen yang diikitiraf seperti kelab malam, pesta hiburan, rancangan tv, majalah tidak senonoh dan sebagainya. Kita boleh mencontohi kerajaan Acheh yang mempunyai polis syariah yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan kepada rakyat yang memakai pakaian yang menyalahi syarak disamping pasangan-pasangan yang belum kahwin boleh ditangkap di tempat terbuka termasuk tepi pantai. Pergaulan antara jantina yang berbeza mesti dibataskan termasuk di sekolah, pejabat, tempat kerja dan majlis umum yang lain. Pendidikan seks yang mahu dilaksanakan juga wajib berteraskan Islam bukannya mengikut acuan barat yang hanya takut pada penyakit AIDS bukannya takut kepada Allah sehingga menggalakkan zina asalkan memakai kondom sebagai contohnya. Pendidikan seks cara Islam contohnya diberi kefahaman dari awal tentang masalah aurat, penjagaan mata dan anggota yang lain daripada pintu zina, pemisahan tempat tidur anak-anak yang berlainan jantina serta penerapan bahawa tidak boleh bergaul bebas apatah lagi berzina dengan menggalakkan perkahwinan serta hukuman yang berat bagi sesiapa yang berzina

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Bumi Palestin buat sekian kalinya kembali bergolak akibat tindakan kejam zionis yahudi yang berusaha untuk meruntuhkan Masjid Aqsa bagi dibina kuil Haikal Sulaiman. Yahudi buat sekian kalinya cuba menipu dunia bagi menghalalkan tindakan jahat mereka dengan alasan bahawa Masjid Aqsa dibina atas kuil purba milik mereka. Kita pernah ingat bagaimana yahudi cuba menjatuhkan kemuliaan nabi Muhammad s.a.w kononnya bangsa arab dilahirkan hasil penzinaan antara nabi Luth a.s dengan anak perempuannya ’Urubah namun pendustaan yahudi jelas ditolak kerana bangsa arab lahir daripada keturunan nabi Ismail a.s yang merupakan anak nabi Ibrahim a.s yang juga sepupu kepada nabi Luth a.s. Oleh itu kita sebagai umat Islam bermaruah wajib bangun menyatakan bahawa Palestin terutama Masjid Aqsa milik umat Islam. Kita tidak akan sama sekali menyerahkan walau pun satu inci tanah wakaf milik seluruh umat Islam itu kepada zionis yahudi walau pun terpaksa melayang nyawa, menumpah darah ke bumi. Ketika kita begitu benci kepada kejahatan dan kezaliman zionis yahudi maka kita begitu sedih dan marah apabila pemimpin negara sanggup bersekongkol dengan syarikat pro zionis yahudi dalam mengurus banyak perkara penting berkaitan negara. Malaysia bagaikan dikawal oleh zionis yahudi atas sikap yang bacul dan tidak bertanggungjawab ini. Tambah sedih lagi apabila lesen judi yang diluluskan semakin bertambah disamping ada laporan agensi berita asing bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini. Dunia terbalik apabila orang bukan Islam lebih bersungguh dalam memerangi judi sedangkan orang Melayu ang majoritinya Islam terus seronok bergelumang dengan najis judi dan hasil haramnya. Apabila musuh dijadikan penasihat utama, racun djadikan ubat penawar maka tunggulah saat kehancuran yang lebih dahsyat jika tidak ditangani dengan segera dan bersungguh. Umat Islam hanya berjaya bila meletakkan sistem al-Quran di hadapan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Sebaliknya umat Islam terus mundur dan terjajah dalam negara mereka sendiri bila membelakangi sistem al-Quran. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat
Firman Allah dalam ayat 101 surah al-Baqarah :
وَلَمَّا جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ نَبَذَ فَرِيقٌ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ كِتَابَ اللَّهِ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ كَأَنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya : Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya).
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 19 Mac 2010

UJIAN DITEMPUH IMAN UTUH

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.



Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 144 surah Ali ‘Imran :

وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل , أفإن مات أو قتل انقلبتم على أعقبكم , ومن ينقلب على عقبيه فلن يضر الله شيئا , وسيجزي الله الشكرين .

Maksudnya : Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur

Kita baru sahaja meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang telah banyak mencatatkan peristiwa besar kepada sejarah Islam terutama yang berlaku ke atas diri Rasulullah s.a.w sendiri antaranya peristiwa Maulidurrasul , Hijraturrasul ke Madinah dan kewafatan nabi s.a.w. Ketiga-tiga peristiwa ini telah membawa kesan yang besar kepada umat manusia sebagai umat akhir zaman di mana kelahiran nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada umat manusia yang ketika itu tenggelam dalam kelam jahiliah dan kekufuran setelah begitu lama terhenti penurunan wahyu dengan tiadanya pengutusan nabi atau rasul. Selaku makhluk yang ditugaskan dalam memimpin urusan dunia sebagai khalifah maka manusia begitu memerlukan petunjuk daripada Allah agar tidak terus hanyut dengan kesesatan maka Allah telah mengutuskan nabi Muhammad s.a.w bersama wahyu al-Quran. Manakala peristiwa Hijraturrasul s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah bukan untuk lari daripada penyiksaan yang diterima sepanjang berada di Mekah dalam mengembangkan dakwah Islam tetapi sebagai meluaskan lagi peranan Islam yang bukan sahaja berkait tentang aqidah,akhlak dan ibadat khusus sahaja sebaliknya meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk pemerintahan, ekonomi dan sosial. Peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w pula sebagai memberi isyarat bahawa telah lengkapnya ajaran Islam yang diturunkan kepada nabi serta telah selesainya tugas nabi dalam memberi tunjuk ajar agar umat manusia dapat membezakan antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah. Walau bagaimana tinggi menggunungnya rasa kasih dan sayang umat Islam terhadap nabi tetapi Allah Maha Berkuasa di atas segala-galanya di mana setelah selesainya segala tugas kenabian dan kerasulannya maka nabi Muhammad s.a.w mesti dikembalikan kepada Allah tetapi dakwah dan tugas dalam mengembangkan Islam mesti diteruskan oleh umat Islam berdasarkan 2 panduan yang berterusan iaitu al-Quran dan Sunnah nabi.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya peristiwa kelahiran nabi Muhammad s.a.w telah menguji keimanan umat manusia terutama golongan ahli Kitab di kalangan Kristian dan yahudi di mana ada di antara mereka yang cuba membunuh nabi walau pun mengenalinya melalui kita Taurat dan Injil tetapi disebabkan nabi berbangsa arab bukannya sebangsa dengan mereka lalu ia dijadikan sebab utama untuk membunuh dan menolak kenabiannya. Begitu juga peristiwa Hijraturrasul yang disebabkan usaha dalam melaksanakan Islam secara menyeluruh di Mekah bagaikan tiada peluang akibat penentangan begitu kuat bermula daripada keluarga nabi yang terdekat. Lanjutan kepada ujian keimanan terutama kepada umat Islam sendiri terus berlangsung dengan kewafatan Rasulullah s.a.w sehingga ada yang kembali murtad kerana tidak dapat menerima berita yang begitu menyedihkan hati itu. Malah para sahabat yang terdekat turut menafikan berita ini termasuk Sayyidina Umar al-Khottab yang memberi amaran akan membunuh sesiapa yang mengatakan nabi Muhammad s.a.w telah wafat kerana baginya Rasulullah s.a.w tidak akan wafat melainkan setelah kaum munafik dihancurkan. Dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq berdiri gagah dihadapan para muslimin lalu mengeluarkan kata-katanya yang tegas :

أيها الناس ! من كان يعبد محمدا فإن محمدا قد مات , ومن كان يعبد الله فإن الله حي لا يموت
Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati

Kemudian Sayyidina Abu Bakar membaca ayat 144 surah Ali ‘Imran yang mengingatkan para sahabat agar dapat menerima tentang kewafatan nabi walau pun perasaan kasih sayang terhadap nabi begitu mendalam. Bahkan dakwah dan perjuangan Islam mesti diteruskan dalam mengembangkan Islam ke seluruh pelusuk dunia memandangkan kewafatan nabi hanya sebagai isyarat bahawa ajaran Islam telah sempurna dan tugas nabi telah selesai bukannya dijadikan isyarat bahawa dakwah Islam sudah terhenti. Para sahabat dan generasi akan datang termasuk kita pada hari ini mestilah meneruskan tugas suci dan mulia ini walau pun nabi sudah tiada di sisi dan wahyu dari langit sudah terhenti dengan kewafatan nabi.



Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Kasih dan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w mestilah tinggi dan mendalam bersesuaian dengan ingatan dan betapa kasihnya nabi kepada generasi yang terus beriman dan memperjuangkan Islam walau pun tidak pernah hidup bersama nabi dan tidak pernah melihat wajahnya yang mulia sebagaimana yang pernah dirasai oleh generasi awal terutama para sahabatnya. Kita beriman dan sayang kepada nabi Muhammad s.a.w bukanlah disebabkan mempunyai tali persaudaraan dengan nabi atau sebangsa dengannya sebaliknya kerana atas dasar iman yang mendalam dan perakuan yang tidak berbelah bahagi bahawa baginda adalah nabi lagi rasul akhir zaman. Jika para sahabat nabi dan generasi awal mempunyai kelebihan kerana dapat hidup bersama nabi dan beriman kepadanya serta dapat menyaksikan penurunan wahyu terbaru kepada nabi namun umat Islam yang terus beriman dan memperjuangkan Islam serta kasih kepada nabi walau pun tidak pernah menatap wajahnya tetap mempunyai kelebihannya sendiri. Ini dapat kita fahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Jum’ah al-Ansori :

قَالَ قُلْتُ يَا رَسُوْلَ الله ِهَلْ مِنْ قَوْمٍ أَعْظَمَ أَجْرًا مِنَّا آمَنَّابِكَ وَاتَّبَعْنَاكَ؟ . مَا يَمْنَعُكُمْ مِنْ ذلِكَ وَرَسُوْلُ اللهِ بَيْنَ أَظْهَرَكُمْ يَأْتِيْكُمْ بِالوَحْيِ مِنَ السَّمَاءِ بَلْ قَوْمٌ يَأْتُوْنَ مِنْ بَعْدِكُمْ يَأْتِيْهِمْ كِتَابُ اللهِ بَيْنَ لَوْحَيْنِ فَيُؤْمِنُوْنَ بِيْ وَيَعْمَلُوْنَ بِمَا فِيْهَ أُولئِكَ أَعْظَمُ مِنْكُمْ أَجْرًا

( رواه أحمد والدارمي والباقوردي وابن قانع فى مجمع الصحابة والبخاري فى تاريخه والطبراني والحاكم عن أبي جمعة الأنصاري )

Maksudnya : Telah berkata Abu Jum’ah al-Ansori bahawa aku telah bertanya : Wahai Rasulullah! Adakah suatu kaum yang lebih besar pahalanya daripada kami sedangkan kami beriman kepada engkau dan kami mengikuti engkau?. Lalu nabi bersabda yang bermaksud : Apakah yang menghalang kamu untuk beriman kepadaku sedangkan diri Rasulullah s.a.w ada di sisi kamu dan wahyu datang kepadamu langsung dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang kepada mereka Kitab Allah (al-Quran) yang ditulis di antara dua Luh maka mereka lantas beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itulah merupakan golongan yang mendapat pahala yang besar daripada kamu.

Begitu juga dengan sebuah lagi hadis daripada Abu Said al-Khudri di mana dia berkata :

أَنَّ رَجُلا قَالَ : يَارَسُوْلَ اللهِ طُوْبَى لِمَنْ رَآكَ وَآمَنَ بِكَ قَالَ : طُوْبَى لِمَنْ رَآنِي وَآمَنَ بِي وَ طُوْبَى ثُمَّ طُوْبَى ثُمَّ طُوْبَى لِمَنْ آمَنَ بِيْ وَلَمْ يَرَنِيْ ( أخرجه أحمد وابن حبان عن أبي سعيد الخدري )

Maksudnya : Bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat engkau dan beriman kepada engkau. Lalu baginda bersabda yang bermaksud : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat aku dan beriman kepadaku. Dan berbahagialah kemudian berbahagialah kemudian berbahagialah bagi sesiapa yang beriman kepadaku sedangkan dia tidak pernah melihatku.



Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Kedatangan Rabiul Akhir kali ini bersama dengan berterusannya jenayah terbaru yahudi di bumi Palestin pada hari ini terutama dalam memastikan seluruh bumi umat Islam di Asia Barat terus tunduk dan mengiktiraf negara haram Israel selepas penjajahan baru di Iraq telah mengingatkan kita bahawa betapa lemahnya umat Islam hari ini akibat perpecah dan menjauhi ajaran Islam yang menyeluruh berbanding umat Islam dahulu yang begitu kuat dalam membebaskan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin. Kita ingat bagaimana Peperangan Hittin yang berlaku pada bulan Rabiul Akhir tahun 583 Hijrah bersamaan bulan Julai tahun 1187 Masihi di mana tentera Islam telah berkumpul dalam melancarkan serangan secara besar-besaran di persisiran pantai berhampiran dengan Tasik Tiberias di Palestin di bawah pimpinan panglima Salahuddin Al-Ayubi. Manakala tentera musuh yang terdiri dari tentera Salib pula berkumpul di sebelah Barat Tasik Tiberias dan terus berada di sana pada malam tersebut. Pasukan tentera perisik dari angkatan tentera Islam telah berjaya mengikuti perjalanan tentera dan tempat-tempat perkhemahan musuh. Lalu angkatan tentera Salahuddin membuat kepungan terhadap tentera Salib pada waktu malam sehinggalah terbit cahaya pagi di mana pada pagi tersebut memang ternyata berlakunya peperangan yang sangat besar berhampiran dengan kampung Hittin di sebelah barat Tasik Tiberias dan di sebelah timur bandar Akko dan Haifa. Pada masa tersebut tentera Salib yang begitu ramai berjaya ditumpaskan kesemuanya di mana tentera Salib yang tinggal hanyalah seramai 150 orang sahaja di mana mereka kemudiannya dijadikan tawanan termasuk pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin mereka. Peperangan Hittin adalah merupakan mercu tanda kemenangan Islam yang sangat gemilang sejak zaman berzaman yang membawa kepada pembebasan Masjid Aqsa dan seluruh bumi Palestin daripada cengkaman tentera Salib. Semoga kejayaan ini dapat berulang kembali dalam menghentikan darah umat Islam Palestin daripada terus dihirup oleh zionis yahudi serta bangsa pengganas yahudi yang banyak melakukan kerosakan di atas muka bumi ini dapat dihancurkan segera. Jika yahudi terus berada di bumi Palestin maka bukan sahaja kedudukan Qiblat pertama umat Islam iaitu Baitul Maqdis terus terancam malah Masjid Nabawi di Madinah serta Ka’abah di Mekah turut tergugat terutama bangsa yahudi pengganas ini telah beberapa kali mencadangkan agar Ka’abah dibom. Takutlah kepada Allah nescaya manusia akan hormat kepada kita. Sebaliknya jika kita tidak takut kepada Allah maka semestinya kita akan takut kepada manusia.

Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah

لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم . فإن تولوا فقل حسبي الله لاإله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم .

Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : “Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ