Jumaat, 18 April 2008

44. Islam DiTegakkan Umat Cemerlang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 1-2 سورة االحج :
يـأيهاالناس اتقوا ربكم إن زلزلة الساعة شيء عظيم. يوم ترونها تذهل كل مرضعة عما أرضعت وتضع كل ذات حمل حملها وترى الناس سكـرى وماهم بسكـرى ولكن عذاب الله شديد
Maksudnya : Wahai umat manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya goncangan hari qiamat itu adalah suatu yang dahsyat. Hari itu kamu dapati goncangan itu menyebabkan lalai semua perempuan yang menyusui anak daripada anak yang disusuinya, gugurlah perempuan yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk sedangkan mereka sebenarnya bukan mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras
Kehidupan dunia ini hanya sementara di mana ia merupakan tempat persinggahan dalam mencari bekalan akhirat. Dunia tempat berladang sebelum mengutip hasil di akhirat, dunia tempat bekerja sebelum menerima gaji di akhirat, dunia tempat beramal sebelum menerima ganjaran daripada Allah di akhirat nanti. Dunia kini sudah sampai ke penghujung usianya sebagaimana umur kita umat manusia yang semakin hari semakin tua yang mendekatkan kita kepada ajal kematian. Kebanyakan ahli sains sendiri sudah mengakui bahawa keadaan dunia semakin teruk pada dewasa ini apatah lagi pada zaman anak cucu kita nanti di mana keadaan cuaca semakin tidak menentu, peredaran alam semakin bercelaru. Ribut yang kuat, banjir yang besar, gunung yang hancur, laut yang ganas bergelora, bumi yang pecah merupakan antara tanda-tanda bahawa kita semakin hampir kepada qiamat. Bersediakah kita untuk diambil nyawa oleh malaikat Izrail. Berapa banyakkah amalan soleh kita dan berapa kalikah kita telah bertaubat kepada Allah di atas dosa yang dilakukan sepanjang kehidupan ini sedangkan malaikat Israfil sudah hampir meniup sangkakala bagi menyaksikan berlakunya qiamat yang amat dahsyat. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi :
قال االرسول  : بَاِدُرْوا بِالأعْمَاِل سَبْعًا هَلْ تَنْتَظِرُوْنَ إِلا فَقْرًا مُنْسِيًا أَوْ غِنًى مُطْغِيًا أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا أَوْ هَرَمًا مُفْنِدًا أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا أَوِ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ أَوِ السَّاعَة َفَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ
Maksudnya : Bersegeralah kamu melakukan amalan kebaikan sebelum menemui 7 perkara. Kamu sebenarnya tidak menanti melainkan tibanya [1] kefakiran yang melalaikan [2] kekayaan yang menyebabkan kezaliman [3] sakit yang merosakkan badan [4] usia tua yang (mentelor) menggagapkan percakapan [5] kematian yang melenyapkan segala sesuatu [6] munculnya dajjal maka ia adalah sejahat-jahat makhluk ghaib yang ditunggu-tunggu atau [7] tibanya hari qiamat maka hari qiamat itu adalah lebih dahsyat dan lebih pahit lagi

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 10-11 surah as-Soff :
يأيها الذين ءامنوا هل أدلكم على تجــرة تنجيكم من عذاب أليم تؤمنون بالله ورسوله وتجــهدون فى سبيل الله بأمولكم وأنفسكم ذلكم خير لكم إن كنتم تعلمون
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Adakah kamu gembira jika Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa ragamu. Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya
Antara bekalan akhirat utama yang membolehkan kita meraih Syurga dan menjauhi azab neraka ialah beriman kepada Allah dan rasulNya serta mempertahankan Islam walau pun terpaksa mengorbankan harta dan jiwa raga. Perjuangan Islam tidak menjanjikan kemenangan yang mudah dan rezeki yang datang bergolek sebaliknya ia memerlukan kepada tumpahnya darah dan bercerainya nyawa dari badan. Kita mesti sentiasa ingat kepada jawapan Rasulullah s.a.w apabila ditanya oleh Hubbab dan rakan-rakannya tentang bila lagi kemenangan Islam akan dapat dicapai sedangkan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam semakin kuat dan dahsyat lalu sabdanya : “ Wahai Hubbab! Sesungguhnya umat dahulu daripada kamu, ada diantara mereka dibelah tubuhnya dengan gergaji sehingga terbelah dua jatuh ke bumi, ada yang disikat tubuhnya dengan sikat besi yang tajam sehingga luruh kulit, daging dan urat mereka, ada yang ditanam hidup-hidup. Kamu ini adalah kaum yang gopoh. Demi Allah! Sesungguhnya Dia menyempurnakan urusan ini dengan memberi kemenangan kepada Islam sehingga orang-orang musafir dari San’a’ ke Hadratul Maut Yaman tidak lagi berasa takut dan bimbang kerana wujudnya keamanan dengan kemenangan Islam melainkan kepada Allah dan bimbang serigala mengganggu kambingnya”.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Menyedari tentang perjuangan Islam yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan, tentangan, cabaran maka kita sebagai umat Islam yang mengaku sebagai pejuang Islam mesti melipat gandakan usaha ke arah memastikan seluruh system Islam termasuk perundangan, ekonomi, sosial dapat dilaksanakan. Ingtlah kita kepada perjalanan sejarah umat Islam sebelum ini di mana pejuang Islam ramai yang terkorban syahid demi menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini barulah kemenangan Islam dapat diraih dan dinikmati oleh umat manusia di seluruh pelusuk dunia termasuk kita. Islam semakin naik dan hampir kepada kemenangan apabila tekanan musuh semakin kuat dan hebat. Kita dapat lihat sendiri melalui peristiwa Hijraturrasul s.a.w di mana semakin kuat penindasan dan pengkhianatan yang dilakukan maka semakin tinggi semangat juang umat Islam sehingga berjaya berdirinya sebuah daulah yang merdeka di Madinah yang mengubah keadaan umat Islam yang selama ini lemah ditindas menjadi gagah memerintah, mangsa dikhianat menjadi warga berdaulat, masyarakat dizalimi kepada mempunyai kerajaan sendiri. Begitu juga semasa awal kewafatan junjungan besar nabi Muhammad s.a.w sehingga umat Islam pada masa itu menghadapi tekanan yang paling berat sehingga ada yang kembali murtad. Ramai yang datang berjumpa dengan Sayyidina Abu Bakar yang menyuruhnya agar hanya duduk ditikar sembahyang menunggu masa untuk mati kerana perjuangan Islam telah pun berakhir. Penghinaan itu tidak menggugat semangat Sayyidina Abu Bakar sebaliknya baginda terus bangkit dalam menyelesaikan perlantikan Khalifah seterusnya memerangi puak yang murtad dan mereka yang mengaku jadi nabi. Akhirnya Islam berjaya bangkit kembali yang membolehkan bukan sahaja bumi Madinah terus berdaulat malah khalifah-khalifah selepas itu bermula dengan Sayyidina Umar berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia pada masa itu iaitu Rom dan Parsi seterusnya Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia tanpa terbatas kepada bahasa dan budaya, adat dan tempat.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Tekanan dan cabaran yang sedang dihadapi oleh umat Islam semakin hari semakin teruk samada berada dalam negara majoriti umat Islam apatah lagi dalam negara minoriti umat Islam. Masalah yang berlaku antaranya disebabkan umat Islam sendiri membuka ruang kepada pihak musuh untuk menjajah dengan mengguna pakai system tajaan kuffar yang bercanggah dengan Islam akibat tidak yakin kepada system Islam. Malah apa yang lebih malang apabila ramai dikalangan umat Islam sendiri sanggup menjadi hamba abdi kepada kuasa besar kuffar seperti yang berlaku di Iraq, Afghanistan dan terbaru di Palestin sehingga sanggup menjadikan saudara seagama sebagai sasaran kepada senjata yang ada. Keadaan umat Islam bertambah celaru apabila hidup di zaman orang yang hanya mengaku benci pada manusia yang rosak akhlak sedangkan dia sendiri yang menganjurkan program hiburan yang melalaikan, kata benci pada judi, arak dan pelacuran sedangkan dia sendiri yang meluluskan lebih banyak lesen kilang dan kedai judi, arak dan kelab malam. Inilah bahayanya bila rakyat memilih pemimpin yang mengundang penyakit, menempah bala dengan kuasa yang ada. Oleh itu berhijrahlah daripada perkara yang ditegah oleh Allah, berhijrah daripada menjadi hamba abdi kepada system ciptaan kuffar, berhijrah daripada takut kepada musuh Islam. Hanya umat yang berhijrah kepada tunduk dan taat kepada Allah sahaja yang mampu berjaya di dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal :
يـأيها النبي حرض المؤمنين على القتال إن يكن منكم عشرون صــبرون يغلبوا مائتين وإن يكن منكم مائة يغلبوا ألفا من الذين كفروا بأنهم قوم لايفقهون
Maksudnya : Wahai nabi! Rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 yang sabar nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang kafir. Dan jika ada di antara kamu seratus orang nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir disebabkan mereka yang kafir itu kaum yang tidak mengerti
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan