Sabtu, 12 Oktober 2024
Khutbah Jumaat : Taufan Aqsa Pemangkin Palestin Merdeka
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 139 surah Ali Imran :
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩﴾
Maksudnya : Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman
Kita umat Islam yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang layak untuk menerima tampuk kepemimpinan umat manusia. Oleh sebab itu, ada para pemikir Barat ada yang menyedari akan peranan ini. Mungkin di antara tulisan yang paling tepat dalam memberikan gambaran tentang unsur-unsur kekuatan Islam adalah tulisan, “Powell Schamtaz” dalam bukunya (Islam adalah kuasa dunia masa depan), yang bertujuan memberikan pencerahan dan peringatan kepada bangsanya sendiri terhadap unsur -unsur kekuatan Islam. Beliau menyatakan unsur kekuatan asasi yang dimiliki umat Islam adalah:
[1] Kedudukan strategik yang dimiliki umat Islam di dunia.
[2] Pertumbuhan manusia yang begitu pesat di kalangan umat Islam, yang menjadikan pertumbuhan mereka unggul berbanding orang lain.
[3] Kekayaan sumber alam dan bahan mentah. Melalui sumber alam yang besar yang dimiliki umat Islam menyebabkan mereka mampu membangun kuasa industry yang terhebat di peringkat dunia.
Islam adalah unsur kekuatan paling penting di tengah masyarakat Islam. Menurut “Schamtaz” adalah: “Demikianlah agama yang memiliki kekuatan bagaikan ‘sihir’ untuk menghimpunkan perbagai jenis manusia di bawah satu bendera setelah menghilangkan perbezaan bangsa dan keturunan dari jiwa mereka, memiliki tenaga ruh yang mampu mendorong orang beriman mempertahankan tanahairnya dan sumber kekayaannya sehingga sanggup mengorbankan apa jua yang dimiliki hatta nyawa mereka sendiri”.
Dia juga berkata: “Sejarah akan berulang kembali, bermula dari daerah kuasa Islam dunia pertama diraih. Kuasa ini akan muncul apabila berpegang teguh pada Islam dan bersatunya pasukan tentera. Kuasa ini akan kukuh dan wujud apabila umat Islam menyedari bagaimana mengeluarkannya dan mengambil manfaat darinya, dan seterusnya mampu mengimbangi kuasa dunia lainnya”.
Seorang lagi penulis Inggeris (Heller Block) berkata: “Sesuatu peradaban yang mana tonggak-tonggaknya terikat dengan ikatan yang kukuh, bahagian tepinya saling berpegangan dengan kuat dan membawa bersamanya ideologi seperti Islam, tidak sekadar sedang menunggu masa depan yang cerah saja namun juga akan menjadi bahaya bagi musuh-musuhnya. ”
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 4-6 surah al-Isra’ :
﴿وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا ٤ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡكُمۡ عِبَادٗا لَّنَآ أُوْلِي بَأۡسٖ شَدِيدٖ فَجَاسُواْ خِلَٰلَ ٱلدِّيَارِۚ وَكَانَ وَعۡدٗا مَّفۡعُولٗا ٥ ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَيۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَٰكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِيرًا ٦
Maksudnya : “Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Isra’il dalam Kitab itu, ‘Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan sesungguhnya kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’ (4) Maka, apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama daripada dua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka menjelajah di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. (5) Kemudian, Kami berikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantu kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. (6)
Tanggal 7 Oktober 2024, genap setahun operasi Taufan al-Aqsa yang telah menarik perhatian dunia terhadap apa yang berlaku ke atas penduduk Palestin terutama di bumi Gaza. Tarikh ini membuka mata semua pihak daripada pelbagai agama dan warna kulit tentang kekejaman zionis laknatullah. Selama satu tahun ini, dunia luar dapat melihat satu krisis kemanusiaan yang paling buruk pada abad ini. Dalam serangan genosid yang dilakukan oleh penjenayah dunia rejim yahudi Israel dan sekutunya ke atas Palestin telah mengorbankan lebih 41,870 orang. Kementerian Pendidikan Palestin pula melaporkan lebih daripada 10,888 murid dan 529 guru serta kakitangan pentadbiran telah terbunuh. Sementara itu, 17,224 orang kanak-kanak dan 3,686 guru mengalami kecederaan. Manakala 45,000 para pelajar telah terkandas dengan sesi persekolahan telah ditangguhkan bagi tahun kedua. Di samping itu, setakat September 2024, sekurang-kurangya 297,000 unit rumah di Gaza mengalami kerosakan teruk, manakala 87,000 kediaman musnah.
Zionis yahudi Israel melanggar Konvensyen Geneva, juga melanggar protokol keselamatan PBB. Jumlah tan metrik bom yang digugurkan menimpa bumi Gaza, berlipat kali ganda daripada bom atom yang digugurkan di Nagasaki dan Hiroshima pada tahun 1945. Inilah fakta yang memperlihatkan betapa kejinya Israel dan sekutunya melakukan pembantaian terhadap rakyat Palestin, kekejaman ini pasti kekal dalam ingatan kita dan wajib dihentikan segera dengan apa saja usaha
Nyatakan sokongan dan solidariti kita bersama pejuang dan saudara segama di Palestin. Umat Islam yang memiliki kemanisan iman dengan berpegang teguh kepada semangat persaudaraan Islam yang disifatkan oleh Rasulullah SAW:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى - رواه البخاري ومسلم
Maksudnya : “Perumpamaan orang-orang beriman dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan mengadu sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam.”
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Ma’idah :
۞لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ٨٢
“Demi sesungguhnya, engkau (wahai Muhammad) akan mendapati manusia yang keras sekali permusuhan mereka kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik. Dan demi sesungguhnya, engkau akan mendapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesra mereka kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata, ‘Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani.’ Yang demikian itu disebabkan ada antara mereka pendeta-pendeta dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.”
Memerangi Yahudi adalah lebih penting daripada mengharungi perselisihan dalaman umat Islam, kerana golongan Yahudi ialah orang yang paling memusuhi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya, dasar penjajah Zionis dan Tentera Salib serta rancangan mereka untuk menghapuskan dunia Islam telah gagal dan tumbang walaupun terdapat juga kerajaan yang zalim menghalang manusia dari jalan Allah.
Namun, penyebaran agama Allah dan dakwah masih berterusan selagi adanya malam dan siang. Gerakan jihad terus tidak berhenti, menepati janji Allah SWT
Jika musuh menyerang melepasi sempadan negara dan lebih jauh ke tanah air yang terdapat tempat-tempat suci bagi umat Islam, bahayanya lebih besar dan kewajipan mempertahankannya juga lebih besar. Namun orang-orang yang lemah iman mereka, orang-orang yang jahil, dan orang-orang munafiq akan memandang remeh akan perkara ini.
Teknologi moden telah mengubah lakaran sejarah dalam bentuk hubungan antarabangsa yang telah menjadikan negara-negara tanpa sempadan, begitu juga dalam hal ehwal peperangan, politik, ekonomi, dan media.
Kini, setiap orang perlu memainkan peranan dalam medan ini dan terlibat secara fizikal dan rohani, terutamanya dalam menghadapi kekejaman perang dan pencerobohan yang memilukan serta tidak membezakan antara sasaran tentera dengan masyarakat awam, di samping meranapkan masjid, gereja, sekolah, dan hospital, termasuk pembunuhan kanak-kanak, wanita, dan orang tua. Semua itu dilakukan dengan propaganda demi menjaga keselamatan negara Israel dan kesejahteraan warganya yang zalim.
Terdapat perbezaan antara berjihad menegakkan agama Allah dengan melakukan kerosakan di muka bumi sebagaimana tindakan orang-orang yang dimurkai oleh Allah. Taufan al-Aqsa yang dicetuskan oleh pejuang Islam yang hanya melaksanakan kewajipan besar ini untuk melaksanakan perintah jihad dalam batas-batas yang ditentukan Allah SWT. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 190 :
وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠
Maksudnya : “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya, Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.”
Pejuang-pejuang Islam hanya menyasarkan pihak tentera musuh dan tidak melebihi had ketetapan syariat yang adil dalam melaksanakan operasi ketenteraan mereka. Perkara ini disebarkan oleh media massa di serata dunia sehingga masyarakat dunia mula menolak Zionis dan demonstrasi mula meledak di seluruh dunia.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Seluruh kekuatan ummat Islam sewajibnya dikerah untuk menggalang dana, melantunkan munajat serta doa, menggerakkan kempen kesedaran peduli Gaza serta membantu umat Islam Palestin yang sedang berkubang darah mempertahankan kiblat pertama ummat Islam. Penduduk Gaza membayar harga yang mahal, kerana merekalah benteng kepada keselamatan Masjid al Aqsa.
Teruskan boikot barangan dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel disamping kita perkasakan pembelian barangan dan syarikat umat Islam. Pemimpin negara umat Islam mesti lebih berani dan tegas dalam menghentikan kerakusan dan keganasan zionis yahudi dan sekutu penjenayahnya. Kita dimuliakan kerana memperjuangkan Islam. Kita dihina kerana meninggalkan perjuangan Islam
Yakinlah kita dengan janji kemenangan daripada Allah
قَالَ الرَّسُوْلُ : لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ، وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ-رواه أحمد
Maksudnya :“Akan sentiasa ada daripada kalangan umatku suatu kumpulan yang nyata menegakkan agamanya (Islam) dengan gagah perkasa menghadapi musuh mereka. Mereka tidak boleh dimudaratkan oleh orang yang menentang mereka (atau mengecewakan), melainkan mereka hanya menghadapi sedikit kesusahan. Sehinggalah datang ketentuan (kemenangan dan pertolongan) Allah, sedang mereka masih tetap dalam keadaan begitu.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka? Baginda menjawab, “Di Bait al-Maqdis dan sekitar Bait al-Maqdis.”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khamis, 19 September 2024
Khutbah Jumaat : Syariat Nabi Muhammad s.a.w DiLaksana Sijil Halal DiPerkasa
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya
Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Hadirnya bersama misi dan visi yang besar iaitu yang pertama memastikan umat manusia yang tenggelam dalam cara hidup jahiliah terutama syirik menyembah berhala kepada kembali MengEsakan Allah, membersihkan kepercayaan khurafat dan tahyul kepada memandu akal berlandaskan wahyu . Misi kedua membentuk akhlak mulia daripada mengikut hawa nafsu, bersikap kebinatangan seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup dan berbunuhan kepada akhlak yang mulia. Misi dakwah Rasulullah Saw. yang ketiga adalah membawa rahmat kepada sekalian alam. Turunnya wahyu al-Quran. menegakkan hujjah untuk umat manusia dalam menjelaskan kepada kita mana jalan ke Syurga Allah dan mana jalan yang mengheret manusia ke Neraka Allah. Jalannya sudah terang benderang di mana Allah menciptakan kita dan memberikan panduan yang jelas. Sesungguhnya pengutusan Nabi s.a.w merupakan kasih sayang Allah kepada umat manusia agar mereka mampu memilih jalan terbaik untuk berjaya
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali ‘Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sempena berada di bulan Maulidurrasul s.a.w ini marilah kita sama-sama bermuhasabah menghitung diri berkaitan sejauh mana rasa cinta dan kasih kita kepada nabi Muhammad s.a.w, sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengamalkan sunnah nabi s.a.w dalam kehidupan seharian. Antara amalan yang sepatutnya kita laksanakan sebagai bukti cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w :
[1] Memperbanyakkan membaca al-Quran kerana ia merupakan mukjizat terbesar Rasulullah SAW.
[2] Memperbanyakkan selawat
أولى النَّاس بي يوم القيامة أكثرُهم عليَّ صلاةً – رواه الترمذي
Maksudnya: “Manusia yang paling utama di sisiku di hari akhirat kelak adalah yang paling banyak berselawat ke atas ku.”
[3] Mendalami sirah Nabi bersama ahli keluarga di mana kita wajib mengajarkan kepada anak-anak tentang kisah perjuangan, cabaran dan kejayaan Rasulullah s.a.w dan para sahabat agar anak-anak terus bersemangat untuk mewarisi perjuangan Baginda.
[4] Mewarisi dan menyambung perjuangan Rasulullah di mana Sunnah terbesar yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah mendirikan negara Islam. Oleh itu, kita mesti bertekad dan bersungguh-sungguh menyambung kerja dakwah Rasulullah agar Islam terus kuat dan kukuh.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 88 surah al-Maidah:
وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ ﴿٨٨﴾
Maksudnya : Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
Antara ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w ialah dengan memperbanyakkan ibadat, zikrullah, doa dan menjauhi maksiat. Punca doa ditolak antaranya akibat terlibat dengan perkara yang haram samada sumber dapatan atau makanan itu sendiri yang haram . Dalam kitab Minhajul Abidin, Imam al-Ghazali menjelaskan ada 3 alasan mengapa kita wajib menjauhkan diri dari memakan makanan yang haram dan syubhat:
[1] Takut pada neraka Jahannam
قال النبي : لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ ، النَّارُ أَوْلَى بِهِ – رواه أحمد
Maksudnya : Tidak masuk syurga daging yang tumbuh dari yang haram, neraka lebih baik untuknya.
[2] orang yang memakan makanan haram dan syubhat tidak pantas beribadah, sebab ibadah yang dikerjakannya ditolak Allah SWT. Hanya orang-orang yang bersih dan suci yang berhak beribadah kepada-Nya.
[3] orang yang makan barang haram dan syubhat, maka ia terhalang untuk melakukan kebaikan, meskipun ia melakukan kebaikan, namun perbuatannya ditolak Allah SWT. Semua yang dilakukannya hanyalah kepayahan, kesedihan, dan mengisi waktu luang belaka saja, tidak lebih daripada itu.
Umat wajib mengambil berat tentang hukum halal haram samada pada makan minum itu sendiri dan sumber dapatan untuk berkat dunia dan selamat di akhirat
أَرْبَعٌ إِذَا كُنَّ فِيكَ، فَلاَ عَلَيْكَ مَا فَاتَكَ مِنَ الدُّنْيَا: حِفْظُ أَمَانَةٍ، وَصِدْقُ حَدِيثٍ، وَحُسْنُ خَلِيقَةٍ، وَعِفَّةٌ فِى طُعْمة – رواه أحمد
Maksudnya : Ada 4 perkara apabila keempatnya ada pada dirimu, maka segala urusan dunia yang luput darimu tidak akan membahayakanmu : menjaga amanah, berkata benar, akhlak baik dan menjaga urusan makanan
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
قال النبي : لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ – رواه البخاري
Maksudnya : Sungguh akan datang kepada manusia suatu zaman, yang saat itu seseorang tidak peduli lagi dari mana dia mendapatkan harta, apakah dari jalan halal ataukah yang haram.
KIta umat Islam wajib memastikan sebarang produk yang gagal mempamerkan logo halal yang boleh menimbulkan keraguan adalah wajar dijauhi. Ini selaras dengan sabda Rasulullah yang menyebutkan:
دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ – رواه الترمذي
“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan.”
Al-Imam Ibn Rajab menjelaskan bahawa jiwa orang beriman berupaya untuk merasai keraguan atau syubhat sesuatu perkara. “Dan adapun perkara yang syubhat itu boleh diketahui oleh hati melalui perasan tidak tenteram.”
Sekiranya kita berasa tidak tenteram dengan sesuatu produk atau restoran, maka tinggalkanlah produk atau restoran tersebut. Ini kerana menjaga makan ini juga adalah sebahagian dari urusan agama juga. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata al-Imam Ahmad: “Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh”.
Berhati-hati dalam menyuapkan makanan yang menjadi darah daging kita. Seorang Tabi’i yang masyhur Yusuf ibn Asbat pernah memberikan perumpamaan yang menarik berkenaan penjagaan makanan ini. Kata beliau: “Sekiranya seorang pemuda sibuk beribadah, maka Iblis akan berkata: “Cuba perhatikan apa yang dia makan? Sekiranya dia makan dari makanan yang jahat (kotor), maka tidak perlu kita ganggu dia. Biarlah dia beribadah (dan dalam badannya penuh dengan makanan kotor), kerana makanan yang kotor itu telah memadai buat kita.”
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Firman Allah dalam ayat 188 surah al-Baqarah:
﴿وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ﴾
Maksudnya : “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.”
Rasulullah SAW juga bersabda berkait dengan bahaya rasuah:
الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِيْ النَّارِ- رواه الطبراني
Maksudnya : “Penerima rasuah dan pemberi rasuah kedua-duanya ke neraka.”
Kita dapat lihat syariat yang menyeluruh hanya dapat dilaksanakan oleh nabi Muhammad s.a.w apabila berjaya mendirikan Daulah Islamiah di Madinah selepas peristiwa Hijraturrasul. Antaranya pengharaman arak, judi, riba dan rasuah. Oleh itu antara kewajipan pemimpin yang diberikan amanah untuk menjaga negeri atau negara wajib mencontohi nabi s.a.w dalam melaksanakan syariat Islam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Antara sifat yang mesti ada dalam diri umat yang kasih kepada Allah dan rasulNya ialah : [1] Cinta kepada Allah dan rasulNya sehingga sanggup mati demi mempertahankan agar Allah tidak dicela dan nabi Muhammad s.a.w tidak dicela
قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه
Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia
Sifat ke-[2] sentiasa kasih dan berlemah lembut dengan saudara seagama serta sentiasa mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama di negara lain terutama yang sedang berdepan dengan pembunuhan dan peperangan termasuk di bumi Palestin
Sifat ke-[3] bertegas terhadap orang kafir yang memusuhi Islam. Namun Islam tidak memaksa orang kafir untuk memeluk Islam.
Sifat ke-[4] sentiasa bersungguh-sungguh dalam menegakkan system Islam yang menyeluruh atas muka bumi ini.
Sifat ke-[5] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah tidak takut dan tidak mudah putus asa apabila dicela dan dimaki kerana mahu memperkasakan Islam sehingga dituduh sebagai pengganas, pelampau dan sebagainya. Kita mesti ingat bahawa nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul pilihan Allah lebih teruk dilempar cacian dan makian daripada musuh Islam termasuk dituduh pemecah belah umat, tukang sihir, orang gila, pembawa ajaran sesat dan sebagainya
Yakinlah kita bahawa kita berjuang bukan untuk mencari pujian manusia, bukan mencari pangkat dan harta dunia sebaliknya kita mencari keredhaan Allah walau pun manusia membenci. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat.
Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran:
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١﴾
Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Jumaat, 30 Ogos 2024
Khutbah Jumaat : Ulama’ DiJulang, Kemerdekaan DiPertahan
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 34 surah al-Namlu :
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ
Ertinya : Ratu Balqis berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia kepada hina-dina; dan demikian itulah mereka akan lakukan
Pada tahun ini kita sama-sama menyambut hari kemerdekaan negara kali ke-67 di mana hakikat sebuah kemerdekaan sebagaimana ungkapan Rub’ie bin ‘Amir ketika beliau bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:
نَحْنُ قَوْمٌ انبْعَثَناَ اللهُ لِنُخْرِجَ الناَّسَ مِنْ عِبَادَةِ الْعِبَادِ إِلَى عِبَادَةِ اللهِ، وَمِنْ جُوْرِ الأَدْياَنِ إِلَى عَدْلِ الإِسْلاَمِ، وَمِنْ ضِيْقِ الدُّنْياَ إِلَى سَعَةِ الآخِرَةِ”
Maksudnya : “Kami kaum yang datang untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada menyembah Allah, daripada kezaliman agama-agama sesat kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat”
Kemerdekaan juga ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin. Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Za’aba, memberi erti kemerdekaan ialah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesolehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.”
Sidang Jumaat yang diberkati Allah ,
Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ ﴿٤١﴾
Maksudnya : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Bila kita faham bagaimana erti merdeka maka bersungguhlah kita dalam mempertahankan kemerdekaan Negara dengan bersungguh berhijrah daripada terus memuja system kuffar kepada Islam, cara hidup yang bercanggah dengan agama kepada patuh kepada syarak. Kita sedar bagaimana setiap penjajahan kuffar terhadap negara umat Islam akan membawa 3G yang menjadi matlamat utama penjajahan iaitu [1] God iaitu Tuhan atau agama penjajah untuk disebarkan, [2] Glory iaitu kemasyhuran dengan kejayaan penjajah terhadap negara jajahannya diperbesarkan dan [3] Gold iaitu mengaut keuntungan daripada hasil mahsul yang didapati di negara jajahan.
Kemerdekaan yang sedang kita pertahan dan idamkan sekarang ialah Merdeka dari belenggu penjajah. Merdeka dari serangan pemikiran penjajah (al-ghazw al-fikri). Merdeka dari penjajahan ekonomi. Merdeka dari belenggu keberhutangan yang melampau. Merdeka dari budaya ciplak yang songsang, yang tiada kena mengena dengan adat resam ketimuran dan Malaysia. Merdeka dari akhlak yang buruk dan keji serta nafsu serakah yang buruk dan hina. Merdeka dari akal yang terbelenggu dengan kemabukan sama ada disebabkan oleh arak ataupun dadah dengan pelbagai jenis dan bentuk. Merdeka dari kemalasan, kealpaan, ketakutan, kelalaian, kemiskinan, kepapaan, kebodohan, kelemahan dan pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Merdeka dari kemurungan, kedukacitaan, kesedihan, perasaan yang lemah dan pemikiran yang lemah. Merdeka dari perpecahan, pergaduhan, permusuhan, perseteruan serta peperangan saudara. Merdeka dari kelemahan pembinaan institusi kekeluargaan seperti rapuhnya rumahtangga, ketidakbertanggungjawaban terhadap anak-anak dan remaja, kurangnya kasih sayang, simpati dan empati dari kalangan keluarga. Merdeka dari sifat dan sikap ekstrem, taksub, perkauman yang melampau serta mengeruhkan hubungan etnik, bangsa sekalipun semuanya warganegara Malaysia.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 11 surah al-Mujadilah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ﴿١١﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
Perjuangan golongan ulama dalam membebaskan negara daripada belenggu penjajahan mungkin tidak begitu didendangkan, malah mereka sebaliknya pernah dilabel penderhaka dan pemberontak. Namun, sejarah membuktikan betapa tokoh ulama tanah air turut tersenarai sebagai individu penting dalam meniup semangat jihad dan Perang Sabil sehingga masyarakat bangkit menentang penjajahan dan kezaliman. Lebih daripada itu, mereka juga berjaya mendidik masyarakat dengan pendidikan agama bagi mengamalkan ajaran Islam sebenar dan membenteng diri daripada belenggu noda dan nista.
Di Kelantan, Haji Mat Hassan Panglima Mat Munas atau Tok Janggut kerana janggutnya sampai paras dada adalah ulama memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu susulan campur tangan British di Kelantan menerusi Perjanjian Bangkok pada 1909. Pada 24 Mei 1915, Tok Janggut bersama kira-kira 1,000 pengikut menyerang kedudukan British di Pasir Puteh, namun beliau terkorban bersama Tok Abas dan Tok Hussein serta beberapa pengikut.
Di Terengganu pula, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong adalah tokoh ulama tersohor yang terbabit secara langsung dalam gerakan menentang penjajahan British apabila Penasihat British di Terengganu mengenakan pelbagai cukai menindas rakyat. Tindakan British menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat dan seterusnya mencetuskan kebangkitan menentang British pada 1919. Akibatnya, Abdul Rahman dibuang negeri ke Makkah dan meninggal dunia di Tanah Suci.
Nama Tok Ku Paloh atau Sayid Abdul Rahman Muhammad al-Idrus juga tidak asing dalam sejarah penentangan British di Tanah Melayu. Pembabitan Tok Ku Paloh dalam meniup semangat jihad dan perjuangan dapat dilihat dalam Pemberontakan Pahang. Ketika itu, orang Melayu di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur dan hampir menyerah diri setelah menghadapi serangan British.
Di samping itu, Tok Ku Paloh memberi bantuan seramai 200 orang dari Terengganu dan Kelantan untuk menggempur kedudukan British hingga berjaya menawan kubu British di Jeram Ampai, Pahang. Dikatakan juga, British berundur dalam suatu pertempuran di Terengganu selepas melihat ribuan pahlawan lengkap bersenjata bersedia menyerang kapal mereka. Tok Ku Paloh meninggal pada usia 100 tahun, namun jasa dan perjuangannya tetap dikenang hingga kini.
Ramai lagi tokoh ulama pejuang kemerdekaan seluruh negara yang memainkan peranan penting dalam memerdekakan negara dari penjajah
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
لَيْسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ لَمْ يُجِلَّ كَبِيرَنَا وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيَعْرِفْ لِعَالِمِنَا حَقَّهُ - رواه أبو دأود
Maksudnya : Bukan termasuk ummatku, siapa yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, menyayangi orang yang lebih muda dan mengetahui hak-hak orang alim.
Jika pada zaman penjajah mereka melabelkan ulama pejuang kemerdekaan sebagai pemberontak, penderhaka dan sebagainya. Maka pada zaman selepas merdeka ini ulama yang bersungguh dalam melaksanakan tuntutan sunnah nabi dan berusaha memperjuangkan sistem Islam yang lengkap dalam kehidupan termasuk politik, ekonomi, sosial dilabelkan dengan pelampau, jumud, anti kebebasan dan sebagainya.
kewajiban setiap muslim terhadap para ulama dan orang-orang soleh adalah mencintai dan menyukai mereka, menghormati dan memuliakan mereka, tanpa berlebih-lebihan atau merendahkan mereka. Mengolok-olok ulama dan orang-orang solehh, mengejek atau melecehkan mereka, tentu saja bertentangan dengan perintah untuk mencintai dan memuliakan mereka. Memperleceh ulama dan orang soleh, sama artinya dengan menghina dan merendahkan mereka. Memperolok-olok dan memandang rendah ulama dan orang soleh, termasuk sifat orang kafir dan salah satu cabang kemunafikan
Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan Nasrani serta orang-orang munafik yang mengikuti mereka, sentiasa berusaha memperleceh ulama Islam, berusaha meruntuhkan kepercayaan umat kepada para ulama dengan sindiran-sindiran dan komentar-komentar negatif tentang ulama. Dalam Protokol 27 Yahudi disebutkan sebagai berikut: “Kami telah berusaha sekuat tenaga untuk menjatuhkan martabat tokoh-tokoh agama dari kalangan selain Yahudi dalam pandangan manusia. Oleh kerana itu, kami berhasil merosak agama mereka yang memudahkan perjalanan kami. Sesungguhnya pengaruh tokoh-tokoh agama terhadap manusia mulai melemah hari demi hari”.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia dan memperingati kemerdekaan negara maka tidak lupa untuk terus kita membantu pejuang Islam Palestin dengan pelbagai cara samada kewangan dan doa serta boikot. Semoga kemerdekaan Palestin dan Masjid Aqsa dapat dicapai dengan usaha kita bersama. Jangan biarkan musuh terus membunuh saudara kita dan merampas bumi Palestin tanpa pembelaan daripada kita. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur walau selangkah. Biar nyawa melayang namun bumi Aqsa tetap kita pertahankan.
Firman Allah dalam ayat 139 surah Ali ‘Imran :
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿١٣٩﴾
Maksudnya : Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Jumaat, 2 Ogos 2024
Khutbah Jumaat : Mati Syahid DiTagih, Arak dan Judi DiSisih
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 256 surah al-Baqarah:
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّـهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗوَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٥٦﴾
Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Hakikat peperangan dan kemenangan dalam Islam adalah jauh berbeza dengan misi dan cara peperangan yang dilakukan oleh manusia yang melanggar agama. Islam tidak membenar peperangan dengan tujuan untuk memaksa orang lain masuk Islam dengan secara paksa. Islam melarang berperang dengan tujuan agar suatu bangsa atau manusia berkuasa mahu menguasai bangsa atau manusia lemah yang lain. Manusia telah dijadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling mengenal, bukan untuk saling berbunuhan, bukan untuk saling menguasai. Islam tidak menjadikan matlamat peperangan untuk mencari keuntungan material atau kebendaan. Oleh itu, Islam mengenepikan semua bentuk kemenangan yang di belakangnya tersembunyi kerakusan ekonomi seperti memperluas pasaran untuk memasarkan hasil pengeluaran pihak yang menang atau untuk mendapatkan bahan mentah Negara yang dijajah atau untuk menyedut hasil mahsul sumber alam, atau untuk mendapatkan tempat strategik untuk kepentingan pihak yang menang. Islam juga melarang peperangan untuk memperolehi kemegahan peribadi untuk raja dan para pemimpin atau untuk memuaskan nafsu untuk mencapai ketinggian pangkat dan kekuasaan.
Memahami hakikat peperangan dan kemenangan Islam yang telah menyebarluaskan Islam adalah untuk menegakkan kalimat Allah. Peperangan dan kemenangan itu didahului oleh dakwah Islam. Peperangan baru terjadi sekiranya terdapat 2 keadaan yang memaksa iaitu: [1] Jika ada kekuatan kebendaan terutama ketenteraan musuh yang menghalang dakwah yang bersifat damai. [2] Apabila terjadi serangan terhadap kebebasan beragama dan godaan agar kaum Muslimin keluar dari agamanya, baik secara perseorangan atau secara berkelompok.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 169 :
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (١٦٩)
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan
Pemergian asy Syahid Ismail Haniyeh yang menggemparkan dunia Islam beberapa hari lepas. Beliau menyelusuri jalan syuhada’ yang telah dilalui oleh pimpinan pejuang Islam Palestin Syeikh Ahmad Yassin dan Dr Rantisi yang syahid dengan ledakan peluru berpandu Israel.
Sasaran zionis Yahudi terhadap pimpinan pejuang Islam tidak akan berakhir malah terus berlangsung sehingga hari qiamat. Perjuangan umat Islam dalam memedekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa terus berlangsung dan tidak sekali-kali terhenti dengan gugur syahid mana-mana pemimpinnya. JIka umat Palestin tidak pernah penat dan jemu dalam berdepan senjata musuh yang kejam dan ganas maka mengapa kita pula berasa letih dan tidak bermaya untuk terus menyumbang sumbangan dan doa serta boikot barangan musuh Islam. Alangkah lemahnya iman seseorang yang mengaku Islam tapi membiarkan saudara agama bermandi darah dan ditindas oleh pengganas dunia tanpa pembelaan sewajarnya
Pejuang Islam tidak pernah takut dengan musuh malah mereka terus bersemangat dalam menunggu giliran untuk mati syahid yang besar ganjarannya
Daripada al-Miqdam RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللَّهِ سِتُّ خِصَالٍ: يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دَفْعَةٍ، وَيَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الجَنَّةِ، وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَيَأْمَنُ مِنَ الفَزَعِ الأَكْبَرِ، وَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ تَاجُ الوَقَارِ، اليَاقُوتَةُ مِنْهَا خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، وَيُزَوَّجُ اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ زَوْجَةً مِنَ الحُورِ العِينِ، وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِينَ مِنْ أَقَارِبِهِ - رواه الترمذي
Maksudnya: “Orang yang mati syahid di sisi Allah SWT mempunyai enam keutamaan: diampunkan dosanya ketika darahnya tertumpah untuk pertama kalinya (pertempuran), diperlihatkan tempatnya di dalam Syurga, diselamatkan daripada azab kubur, diberi ketenangan daripada ketakutan ketika dibangkitkan dari kubur, diletakkan di atas kepalanya makhkota daripada permata yang mana permata itu lebih baik daripada dunia dan isinya, dikahwinkan dengan 72 isteri daripada bidadari dan diberi hak untuk memberi syafaat kepada 70 orang daripada ahli keluarganya”
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩﴾
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
Ketika ada pihak yang memberi hujah yang dangkal atas alasan hak kebebasan dan agama selain Islam membenarkan judi maka kita datangkan kajian di mana didapati bukan Islam sahaja mengharamkan judi malah agama lain turut meletakkan judi sebagai perbuatan buruk.
Ajaran lama Budha Hinayana, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”.
Namun ajaran baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama Budha kisah masyhur ‘Ratapan si Penjudi’ (Gambler’s Lament) yang menjadi pengajaran berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak dan isteri.
Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang. Majoriti gereja bersepakat menyatakan keburukan judi dan menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya ‘seorang dalam sejuta sahaja’ yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.
Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan.
Di Amerika Syarikat sendiri, walaupun di peringat Pusat membenarkan aktiviti judi, namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya di mana kebanyakan negeri masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Adakah Amerika Syarikat dituduh diskriminasi agama kerana melarang judi di kebanyakan negerinya. Oleh itu kita sebagai negara yang Islam adalah tunggak agama rasmi sewajibnya membanteras amalan judi bukan menyuburkannya agar dijauhi daripada laknat dan kemurkaan Allah
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ
Maksudnya : “Allah melaknat arak, orang yang meminumnya, orang yang menuangkannya, penjualnya, pembelinya, yang memerahnya, yang mengambil hasilnya, penghantarnya dan orang yang meminta dihantarkan. (HR Abu Daud)
Tindakan kerajaan mengawal unsur promosi arak di premis pendidikan adalah tindakan yang seharusnya disokong. Ia bertepatan dengan saranan hadis malah langkah ini pernah dilaksanakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz dahulu. Umat Islam dilarang keras terlibat dengan arak. Ia selaras dengan saranan Rasulullah yang melaknat penyebaran arak. Rasulullah ﷺ pernah mengingatkan sahabat supaya menjauhi tempat yang dihidangkan arak. Sabda Rasulullah ﷺ:
مَن كان يؤمن بالله واليوم الآخِر، فلا يقعُد على مائدةٍ يُشرب عليْها الخمْر
Maksudnya : Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul, hendaklah dia menjauhi tempat yang dihidangkan minuman arak” (Riwayat Ahmad)
Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa tidak seharusnya bagi seorang Muslim berada ditempat yang terzahir perlakuan yang dilarang oleh Allah. Ini kerana keberadaan mereka ditempat tersebut seolah bersetuju dengan kemungkaran yang berlaku. Malah dibimbangi ia akan memberikan imej negatif kepada diri Muslim itu sendiri. Dengan sebab itu Umar Abdul Aziz pernah mengarahkan satu kumpulan peminum arak untuk dihukum sebat. Tiba-tiba beliau dimaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki yang berpuasa dikalangan kumpulan tersebut. Umar Abdul Aziz bertegas untuk turut mengenakan hukuman adab (hukuman lain) terhadap lelaki tersebut lalu berkata: “Kamu adalah sebahagian dari mereka”.
Imam Malik pernah ditanya berkenaan seorang lelaki yang dijemput ke satu majlis yang menghidangkan arak secara jelas. Apakah boleh dia menghadiri majlis tersebut? Imam Malik menjawab: Tidak! Kerana majlis tersebut telah menzahirkan (mempamerkan) kemungkaran yang jelas.
Oleh itu syarikat yang terlibat dengan aktiviti dikategorikan memudaratkan seperti arak dan judi tidak wajar dijadikan sumber sumbangan bagi mana-mana pusat pendidikan negara. Tindakan tersebut merupakan normalisasi terhadap aktiviti yang sepatutnya dijauhi oleh anak-anak, pelajar dan juga masyarakat sivil yang baik. Sewajibnya surat pekeliling KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) yang menyatakan di dalam perkara 7.3 bahawa tata cara penerimaan sumbangan adalah tidak melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya kerana boleh menjejaskan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Sikap terlalu lembut dalam masalah ini akan mudharatkan negara. Jangan kerana ingin mencari sumbangan banyak yang segera maka keselamatan rakyat dan negara tergadai
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Jumaat, 21 Jun 2024
Khutbah Jumaat : Berkorban Julang Islam Palestin DiMerdekakan
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Mumtahinah :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ ۚ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّـهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ
Maksudnya : Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim a.s dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Kita baru sahaja selesai menyambut hari raya korban atau hari raya haji di mana sempena hari Jumaat yang mulia ini kita mendoakan agar Allah menerima segala ibadat korban yang telah kita laksanakan serta tidak lupa untuk mendoakan kesihatan, keselamatan dan apa yang lebih penting agar para jemaah haji dikurniakan haji yang mabrur yang balasannya adalah Syuga
Melalui ibadat korban dan haji maka kita diajak untuk mencontohi perjuangan dan pengorbanan besar yang telah ditunjukkan oleh nabi Ibrahim a.s sekeluarga yang bukan sahaja untuk contoh dalam membina keluarga bahagia malah membentuk umat sejagat yang tunduk patuh kepada Allah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 132 surah Al-Baqarah :
وَوَصَّىٰ بِهَاۤ إِبۡرَاهِـۧمُ بَنِیهِ وَیَعۡقُوبُ یَـٰبَنِیَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّینَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
Maksudnya : “Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Ya’qub (berwasiat kepada anak-anaknya): ‘Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam’.”
Pembinaan keluarga yang tunduk patuh kepada agama adalah penting. Keluargalah yang mencorakkan persekitaran kehidupan anak-anak. Kepincangan keluarga adalah faktor terbesar yang menyumbang kepada peningkatan masalah akhlak anak-anak. Salah satu faktor penyebab tingkah laku anak-anak yang bermasalah ialah ikatan dan kawalan ibu bapa yang lemah dan ketidaksejahteraan keluarga tersebut. Dalam hal ini, peranan ibubapa amat penting dalam memastikan isu gejala sosial anak-anak dapat dielakkan. Tidak dinafikan juga bahawa peranan ibubapa kini amat mencabar terutama sekali dengan ledakan teknologi maklumat yang banyak mempengaruhi masa dan pendekatan dalam mendidik anak-anak di mana nak-anak sibuk dengan telefon bimbit, komputer, televisyen sehingga hubungan mesra antara ahli keluarga menjadi renggang. Beberapa cara yang boleh dilakukan oleh bapa dalam memastikan hubungan kekeluargaan kekal sejahtera adalah dengan mengamalkan aktiviti bersama keluarga seperti solat berjemaah, membaca al-Quran, bersukan dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah pembelajaran ilmu agama yang berterusan. Bila kita melihat bagaimana 26 000 calon SPM gagal dalam mata pelajaran Pendidikan Islam maka itu merupakan suatu amaran penting agar kita kembali perkasakan ilmu agama dalam kehidupan. Belajar ilmu Fardhu Ain tidak terhenti setakat di alam sekolah malah wajib diteruskan peringkat universiti walau apa fakulti yang diikuti malah selagi nyawa dikandung badan, selagi kita masih bernafas. Pesan Imam Syafie : "Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan sepanjang hidup"
Semoga pengorbanan harta, masa dan keringat ibubapa dalam melahirkan anak yang soleh akan diberikan kejayaan oleh Allah.
Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat tentang persoalan mandul.
مَا تَعُدُّونَ الرَّقُوبَ فِيكُمْ؟ قَالَ قُلْنَا: الَّذِي لَا يُولَدُ لَهُ، قَالَ: «لَيْسَ ذَاكَ بِالرَّقُوبِ وَلَكِنَّهُ الرَّجُلُ الَّذِي لَمْ يُقَدِّمْ مِنْ وَلَدِهِ شَيْئًا - رواه أحمد
Maksudnya : “Apa yang kamu faham tentang mandul? Sahabat lalu menjawab: Mandul adalah mereka yang tidak memiliki anak. Lalu Rasulullah bersabda: Mandul yang sebenar adalah mereka yang memiliki anak, tetapi anaknya tidak memberi manfaat buatnya.”
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Firman Allah dalam ayat 100 surah as-Sooffat :
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ ﴿١٠٠﴾
Maksudnya : " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
Pengorbanan kita sebagai anak pula dalam memastikan kita berada atas landasan agama sebagai anak soleh yang sentiasa berbakti kepada kedua ibubapa antaranya [1] berkata-kata dengan sopan dan penuh kelembutan, dan jauhi perkataan yang menyakiti hati ibubapa, [2] Bersikap tawadhu’ rendah diri kepada ibubapa dan bergaul dengan penuh kasih sayang, [3] Tidak memandang ibubapa dengan pandangan yang tajam, tidak bermuka masam atau wajah yang tidak menyenangkan, [4] Tidak meninggikan suara ketika berbicara dengan ibubapa [5] Tidak mendahului ibubapa dalam berkata-kata [6] Lebih mengutamakan ibubapa daripada diri sendiri dalam perkara duniawi [7] Jagalah kehormatan ibubapa [8] Berikan layanan terbaik kepada ibubapa dan bantulah urusan-urusannya [9] Jawablah panggilan ibubapa dengan segera [10] Jangan berdebat dengan ibubapa, jangan mudah menyalah-nyalahkan mereka sebaliknya jelaskan dengan penuh adab [11]Segera bangkit menyambut ibubapa ketika mereka masuk rumah, dan ciumlah tangan mereka [12] Jangan menganggu ibubapa di waktu mereka istirahat [13 ]Jangan berbohong kepada mereka [14] Jangan kedekut untuk memberi nafkah atau sumbangan kepada ibubapa [15] sering mengunjungi ibubapa atau berhubung melalui telefon jika berjauhan [16] Jika ingin meminta sesuatu kepada ibubapa, mintalah dengan lemah lembut [17] Bermusyarawahlah dengan ibubapa dalam urusan-urusanmu [18] Sentiasa berdoa untuk ibubapa
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Firman Allah dalam ayat 124 surah al-Baqarah :
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾
Maksudnya : Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim."
Seterusnya usaha memakmurkan negara yang dicintai, unsur pengorbanan tidak boleh diketepikan sama sekali. Malah kita semua- baik yang berkedudukan mahupun tidak, sama ada golongan atasan atau orang biasa- perlu berkorban untuk kesejahteraan negara. Dengan kata lain, pengorbanan setiap anggota masyarakat membolehkan sesebuah negara memperolehi kesejahteraan, keharmornian dan kemakmuran dalam pelbagai bidang, baik dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, siasah, kebudayaan dan sebagainya. Kita perlu mengorbankan sikap angkuh dan mementingkan diri sendiri agar kita dapat bekerjasama dengan semua pihak dalam suasana yang makmur tanpa ada rasa ingin memperkecilkan antara satu sama lain.
Apa yang penting ialah, apabila kita melakukan apa saja tanggungjawab yang diamanahkan , kita perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh dengan niat tulus ikhlas semata-mata ingin mendapat keredhaan Allah s.w.t. Jadi apabila setiap anggota masyarakat melakukan yang terbaik, maka apa yang kita semua hasilkan, yang kemudiannya kita kongsi bersama tadi adalah yang terbaik juga.
Bermula daripada pemimpin mesti amanah dan adil mengikut agama. Ini kerana pemerintah yang adil mustahil akan mengorbankan kepentingan rakyat untuk kepentingan peribadi. Pemimpin juga tidak sepatutnya menyalahgunakan peruntukan rakyat dan tiada penyalahgunaan kuasa. Peniaga pula tidak harus mementingkan keuntungan semata-mata. Tadbir urus korporat yang baik serta kepekaan terhadap hak-hak pengguna, alam sekitar, masyarakat awam dan sebagainya harus menjadi tumpuan utama dalam urusan memajukan perniagaan syarikat. Bukan setakat itu sahaja, malah dalam masyarakat yang memahami erti pengorbanan yang sebenar, kalau kita ke pasar pun, kita harus mendapat barangan dan hasil tanaman yang bermutu, hasil pengorbanan yang dilakukan oleh para pekebun, petani, penternak dan nelayan.
Hakikatnya, pengertian korban bukan bermaksud sekadar menyerahkan apa–apa yang kita sayangi untuk kepentingan orang lain yang lebih memerlukan. Ia sebenarnya menuntut lebih daripada itu di mana selain daripada harta, nyawa dan masa, pengorbanan juga memerlukan keazaman dan keihlasan yang tulin.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Menyebut tentang pengorbanan juga maka kita sebagai umat beriman tidak boleh melupakan pengorbanan saudara kita di Palestin. Ketika kita di sini boleh menyembelih binatang korban sedangkan rakyat Palestin bukan sahaja tiada binatang untuk dikorbankan malah batang tubuh mereka sendiri dikorbankan untuk memerdekakan bumi Aqsa. Kekejaman Yahudi Zionis yang berusaha untuk menubuhkan sebuah negara Israel Raya yang lebih besar wilayahnya, termasuk wilayah di Mesir, Syria dan Iraq, bahkan sehingga wilayah Arab Saudi termasuk kawasan Khaybar dan Kota Suci Madinah. Kuasa besar dunia bersekongkol dalam membekalkan semua jenis senjata, termasuk senjata pemusnah yang kononnya diharamkan, tetapi dihalalkan kepada mereka khususnya kepada Israel atas nama menjaga keselamatan dan keamanannya
Teruskan berdoa dan nyatakan kebersamaan kita bersama rakyat dan mujahidin di Palestin. Teruskan boikot barangan dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel disamping kita perkasakan pembelian barangan dan syarikat umat Islam. Pemimpin negara umat Islam mesti lebih berani dan tegas dalam menghentikan kerakusan dan keganasan zionis yahudi dan sekutu penjenayahnya. Kita dimuliakan kerana memperjuangkan Islam. Kita dihina kerana meninggalkan perjuangan Islam
Yakinlah kita dengan janji kemenangan daripada Allah
قَالَ الرَّسُوْلُ : لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ، وَهُمْ كَذَلِكَ قَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ-رواه أحمد
Maksudnya :“Akan sentiasa ada daripada kalangan umatku suatu kumpulan yang nyata menegakkan agamanya (Islam) dengan gagah perkasa menghadapi musuh mereka. Mereka tidak boleh dimudaratkan oleh orang yang menentang mereka (atau mengecewakan), melainkan mereka hanya menghadapi sedikit kesusahan. Sehinggalah datang ketentuan (kemenangan dan pertolongan) Allah, sedang mereka masih tetap dalam keadaan begitu.”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, di manakah mereka? Baginda menjawab, “Di Bait al-Maqdis dan sekitar Bait al-Maqdis.”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Sabtu, 15 Jun 2024
Khutbah Aidil Adha 1445H
Khutbah Pertama
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم سورةالكوثر :
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ﴿١﴾ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴿٢﴾ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ﴿٣﴾
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Ketika menyambut hari raya korban ini juga marilah kita yang berkemampuan untuk melakukan ibadat korban pada hari ini sehingga berakhirnya hari tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti bagi membuang sifat bakhil dan juga menyebarkan kasih sayang kepada saudara yang memerlukan sumbangan serta tujuan paling besar ialah untuk membuang sifat cinta kepada dunia hingga lupa bekalan akhirat
Rasulullah berpesan kepada kita bahawa akan ada dikalangan manusia ini yang jiwanya semakin terpaut kepada dunia sekalipun sudah semakin tua.
قَالَ الرَّسُوْلُ : لاَ يَزَالُ قَلْبُ الكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ: فِي حُبِّ الدُّنْيَا وَطُولِ الأَمَلِ – رواه البخاري
Maksudnya : Hati orang tua itu akan sentiasa merasa muda dalam dua perkara: (1) Cintakan Dunia, (2) Panjang angan-angan.
Rasulullah menggambarkan bagaimana ada sebahagian manusia apabila semakin tua, dia semakin cintakan harta dan berharap agar dipanjangkan lagi umurnya, ditambahkan lagi pelbagai nikmat dunia
قَالَ الرَّسُوْلُ : يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ: حُبُّ المَالِ، وَطُولُ العُمُرِ – رواه البخاري
Maksudnya :Semakin tua usia anak Adam itu, semakin besar (cintanya) kepada dua perkara: (1) Cintakan harta dan (2) berharap agar dipanjangkan usianya.
Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa pada hakikatnya tidak salah berusaha untuk dunia dan mempunyai cita-cita. Namun, yang dilarang adalah kerana pautan terhadap dunia menggelamkan persediaan kita untuk akhirat
قَالَ الرَّسُوْلُ : لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَبْتَغَى ثَالِثًا، وَلاَ يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ – رواه البخاري
Maksudnya : Sekiranya anak Adam itu mempunyai dua lembah yang dipenuhi dengan harta, nescaya dia akan mencari (lembah) yang lain, dan tiada yang dapat memenuhkan perut anak Adam (sehingga puas) melainkan tanah kubur (iaitu mati), namun Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 40 surah :
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾
Maksudnya : Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku
Ketika menyoroti proses melahirkan zuriat keturunan yang soleh oleh nabi Ibrahim a.s maka kita lihat bagaimana pentingnya usaha ikatan kita dengan Allah melalui doa dan tarbiah yang berterusan. Zuriat soleh ini merupakan matlamat penting hidup berkeluarga kerana kita manusia memikul amanah kepimpinan yang berat di mana nabi s.a.w bukan hanya berbangga dengan jumlah yang ramai tetapi yang paling penting iaitu kualiti zuriat keturunan dari segi keimanan, akhlak dan amal soleh.
Ketika menyoroti keputusan SPM baru-baru ini terutama melihat 26 000 calon SPM yang gagal dalam mata pelajaran Pendidikan Islam maka ia merupakan suatu isyarat yang jelas agar wajib kembali memperkasakan pengajian agama bukan sahaja peringkat sekolah malah hingga Universiti. Kita mengakui pada masa kini secara majoritinya umat Islam masih keliru terhadap kedudukan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah ini. Secara umumnya umat Islam lebih memberikan keutamaan terhadap ilmu fardu kifayah sedangkan ilmu fardu ain dikesampingkan atau diremehkan. Menurut Profesor Syed Naquib al-Attas, kekeliruan terhadap ilmu berlaku pada strategi pembelajaran iaitu menekankan pembelajaran fardu kifayah secara total, tetapi dalam masa sama melepaskan pembelajaran ilmu fardu ain. Ini bermaksud ilmu yang berhubung dengan matematik, biologi, kimia, geografi, sejarah dan lain-lainnya misalnya diajar secara serius dan bersungguh dengan sukatan yang jelas dan tahap yang tertentu serta perakuan yang tertentu sedangkan ilmu fardhu ain diremehkan
Perkara ini mempunyai kebaikan kepada umat Islam tetapi tidak bernilai positif jika ilmu agama tidak dipelajari dengan mendalam dan menyeluruh. Keadaan yang berlaku ialah kesibukan dan kesungguhan mendalami atau menekuni ilmu matematik, biologi, kimia dan geografi tetapi masih gagal untuk memahami solat, zakat, haji, puasa dan ilmu berkaitan fardu ain yang lain. Kita dapat melihat bahawa terdapatnya segolongan ibu bapa yang sangat menekankan anak-anaknya untuk belajar bahasa-bahasa lain atau sebagainya dengan perbelanjaan yang tinggi tetapi lupa anaknya masih belum menguasai al-Quran, ibadah sembahyang yang merangkumi kaedah serta bacaannya serta tidak tahu apa itu rukun iman dan rukun Islam.
Menurut statistik agensi dadah bahawa semakin tinggi tahap pengajian seseorang maka semakin rendah peratus yang terlibat dengan dadah. Begitulah betapa pentingnya ilmu Fardhu ain dan fardhu kifayah dalam kehidupan umat Islam agar terhindar daripada perkara haram seperti pecah amanah, rasuah, menipu, riba dan sebagainya.
قَالَ الرَّسُوْلُ : لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِى الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ – رواه البخاري
Maksudnya : Akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi peduli dari mana mereka mendapatkan harta, apakah dari usaha yang halal atau yang haram.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 102 surah as-Soffaat:
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ﴿١٠٢﴾
Maksudnya : Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”
Melalui kisah nabi Ibrahim a.s sekeluarga maka kita dapati betapa pentingnya proses tarbiah bermula dari kecil hingga dewasa. Terdapat pelbagai cabaran ibu bapa dalam berkomunikasi dengan anak-anak. Antaranya ialah: [1] Maklumat Tidak Dapat Difahami di mana ramai ibu bapa yang bercakap dengan anaknya namun tidak bermakna kerana mesej yang disampaikan tidak sampai pada sasaran, mereka tidak fokus dan tidak memahami apa yang diperkatakan.
[2] Sikap Ibu Bapa bersikap kasar, terlalu tegas, diktaktor yang menyebabkan anak membesar menjadi seorang yang egois, agresif dan sukar bergaul. Sikap ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya menyebabkan kualiti kebajikan keluarga menurun dan menjadi tidak kukuh. Selain daripada itu, sikap terlalu memanjakan dengan cara memenuhi segala keperluan dan kehendak anak-anak sehingga menyebabkan anak- anak berasa selesa tanpa perlu berusaha untuk mendapat sesuatu perkara
[3] Ibu bapa kurang mengambil berat di mana suatu kajian menunjukkan penglibatan ibu dalam kehidupan anak-anak adalah elemen utama dalam mempengaruhi kemajuan dalam bidang pendidikan. Apabila ibu bapa kurang mengambil berat tentang anak-anak menyebabkan anak-anak terlibat dengan pelbagai masalah sosial dan pencapaian akademik yang rendah
[4] Kurang Penerapan Ilmu Agama Dalam Keluarga yang merangkumi akidah, syariah dan akhlak. [5] Kurang Kasih Sayang di mana anak-anak kekurangan kasih dan perhatian ibu bapa menyebabkan menyebabkan mereka merasakan diri tersisih, tidak disayangi dan tidak dihargai
[6] Kurang Kemahiran Komunikasi di mana wujud jurang di antara ibubapa dan anak akibat kurang kemahiran komunikasi antara mereka. Ini mendorong kepada wujudnya konflik dan hubungan yang renggang. Anak-anak sukar untuk meluahkan masalah mereka secara terbuka. Faktor masa di mana ibubapa lebih tumpu pada perkara lain juga mempengaruhi komunikasi ibu bapa dan anak-anak.
[7] Pengaruh Media Dalam Institusi Keluarga di mana penggunaan internet dari pelbagai peranti teknologi (gadget) telah digunakan secara meluas oleh semua lapisan masyarakat menyebabkan pengguna lebih mengutamakan gadjet daripada interaksi sosial secara fizikal. Hilangnya masa berhubungan antara ibubapa dan anak
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Kisah nabi Ibrahim a.s turut mengajar kita agar sentiasa menjaga batas agama dalam berkeluarga. Selesaikan segala masalah dalam keluarga secara baik berdasarkan agama bukannya mengikut hawa nafsu termasuk membuka aib masalah rumahtangga melalui media sosial yang bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malah menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Ibarat menyiram garam di tempat luka yang menambah sakit bukan mengubatinya. Menyiram petrol atas unggun api yang lebih memarakkan lagi api bukan memadamkan kebakaran
Daripada Abu Sa’id al-Khudriy, beliau berkata bahawa Baginda Rasulullah bersabda:
إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِندَ الله مَنزِلَةً يَومَ القِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفضِي إِلَى المَرْأَةِ وَتُفْضِي إِلَيه، ثُمَّ يَنشُرُ سِرَّهَا
Maksudnya: “Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seorang lelaki (suami) yang bergaul (bersetubuh) dengan isterinya, kemudian menyebarkan rahsia isterinya tersebut.(HR Muslim)
Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW bersabda:
قَالَ الرَّسُوْلُ :مَنْ قَعَدَ عَلَى فِرَاشِ مُغِيبَةٍ قَيَّضَ اللَّهُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُعْبَانًا -رواه أحمد
Maksudnya: “Orang yang membuka aib pasangannya, Allah akan mengikatnya dengan ular besar pada hari kiamat nanti
Bersama memperkasakan Islam dalam kehidupan untuk kejayaan dunia akhirat. Kita hidup berkeluarga bukan sahaja di sini tetapi hingga ke Syurga dengan syarat mematuhi panduan agama dengan penuh kesabaran dan istiqamah
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 190 سورة البفرة :
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ﴿١٩٠﴾
Maksudnya : Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Ketika menyingkap kisah perjuangan nabi Ibrahim a.s maka tidak boleh dipisahkan dengan usaha baginda dalam membina Masjid Aqsa di bumi Palestin. Tarikh penting yang mesti diambil perhatian oleh seluruh umat Islam iaitu tarikh 15 Mei 1948 yang merupakan tanggal hitam dalam sejarah umat Islam era moden kerana hampir 700,000 warga Palestin diusir serta ratusan buah kampung asal yang diduduki orang Palestin dibakar dan dihancurkan, berpuluh ribu nyawa menjadi korban serta puluhan episod pembunuhan besar-besar dilakukan dengan cukup kejam oleh pengganas Yahudi Zionis yang ketika itu. Kini telah 76 tahun berlalunya detik hitam itu. Ditambah pula bermula tarikh 7 Oktober 2023 yang lalu menyaksikan serangan balas oleh mujahidin Palestin dalam usaha bagi membuka mata dunia, sehingga 200 hari kemudian pula masyarakat dunia disajikan dengan peristiwa Nakbah era moden apabila hampir 1.5 juta rakyat Palestin kini terusir dan terperangkap di Rafah, di selatan Gaza manakala lebih 37,232 rakyat yang tidak bersalah termasuk majoritinya kanak-kanak dan wanita lemah dibunuh kejam tanpa perikemanusiaan
Kekejaman zionis yahudi bersama sekutunya telah menyebabkan rakyat seluruh dunia tanpa mengira agama dan bangsa terutama di Amerika Syarikat sendiri dan Eropah bangkit menentang. Golongan mahasiswa Universiti melakukan pelbagai protes tindakan pemimpin mereka yang bersekongkol dengan zionis yahudi penjenayah utama dunia
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Cadangan penyelesaian dua negara bagi isu Palestin yang ditaja oleh negara-negara yang menubuhkan negara haram Israel bagi memberi sedikit keselesaan kepada rakyat Palestin, pada masa yang sama memberi peluang kepada kaum Yahudi yang datang menubuhkan negara haram itu. Sokongan persenjataan yang bertali arus dari negara tersebut kepada Israel. Dibekalkan dengan semua jenis senjata, termasuk senjata pemusnah yang kononnya diharamkan, tetapi dihalalkan kepada mereka khususnya kepada Israel atas nama menjaga keselamatan dan keamanannya. Penyelesaian dua negara, satu bahagian untuk Israel yang telah diisytiharkan sejak tahun 1948 dan satu lagi bahagian negara untuk penduduk asal Palestin yang telah dihalau, belum diketahui di manakah sempadannya. Cadangan tersebut merupakan langkah sementara waktu kepada rakyat Palestin yang menderita ditimpa kezaliman yang paling ganas dalam sejarah kemanusiaan. Penduduk Palestin dihalau dari tanah air mereka, dirampas rumah kediaman, kedai dan kebun atau dimusnahkannya bagi menempatkan kaum Yahudi atas nama perjuangan menegakkan negara impian Israel Agung (Israel Kubra) bermula dari Sungai Nil di Mesir sehingga Sungai Furat di Iraq, daripada laut ke laut.
Israel tidak menerima cadangan penyelesaian dua negara kerana idea tersebut bercanggah dengan perjuangan Yahudi Zionis yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara yang lebih besar wilayahnya, termasuk wilayah di Mesir, Syria dan Iraq, bahkan sehingga wilayah Arab Saudi termasuk kawasan Khaybar dan Kota Suci Madinah.
Teruskan berdoa dan nyatakan kebersamaan kita bersama rakyat dan mujahidin di Palestin. Teruskan boikot barangan dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel dan perkasakan pembelian barangan dan syarikat umat Islam. Pemimpin negara umat Islam mesti lebih berani dan tegas dalam menghentikan kerakusan dan keganasan zionis yahudi dan sekutu penjenayahnya. Kita dimuliakan kerana memperjuangkan Islam. Kita dihina kerana meninggalkan perjuangan Islam
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ,اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ,
Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka,Ya Allah hancurkan kumpulan mereka,Ya Allah pecahkan pakatan mereka,Ya Allah leburkan pendirian mereka,Ya Allah musnahkan langkah mereka,Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka,Ya Allah yang Maha Memaksa,Ya Allah yang Maha Perkasa,Ya Allah yang Maha Membalas,Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah,Yang turunkan kitab,Yang gerakkan awan,Yang tewaskan tentera Ahzab,Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan berilah kemenangan untuk kami.
اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ
Ya Muqallibal Quluub, Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami. Sebagaimana Engkau kumpulkan kami pada hari raya ini maka kumpulkanlah kami untuk kebahagiaan yang berkekalan dalam SyurgaMu di akhirat nanti
. اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
خطبة عيدالأضحى 1445 هـ
خطبة فرتام
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم سورةالكوثر :
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ﴿١﴾ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴿٢﴾ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ﴿٣﴾
مقصودڽ : سسوڠڬوهڽ كامي تله مڠورنياكن كڤدمو ﴿واهاي محمد﴾ كبأيقكن يڠ باڽق ﴿د دنيا دان د اخيرة﴾. اوليه ايت، كرجاكنله سمبهيڠ كران توهنمو سمات-مات، دان سمبليهله قربان ﴿سباڬاي برشكور﴾. سسوڠڬوهڽ اورڠ يڠ بنچيكن اڠكاو، ديا له يڠ ترڤوتوس ﴿دري منداڤت سبارڠ ڤركارا يڠ دايڠينيڽ﴾.
سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكوران يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين. سمڤنا برادا ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت سام-سام مندعاءكن سموڬ ڤارا جماعة حاج دري سلوروه دنيا يڠ سداڠ مڠرجاكن عبادة حاج دكوتامكة دبريكن كصيحتن دان كسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوڬرهكن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن كچوالي شرڬ.
كتيك مڽمبوت هاري راي قربان اين جوڬ ماريله كيت يڠ بركممڤوان اونتوق ملاكوكن عبادة قربان ڤد هاري راي اين سهيڠڬ براخيرڽ هاري تشريق ايأيت 13 ذوالحجة ننتي باڬي ممبواڠ صفة بخيل دان جوڬ مڽيباركن كاسيه سايڠ كڤد سودارا يڠ ممرلوكن سومباڠن سرتا توجوان ڤاليڠ بسر اياله اونتوق ممبواڠ صفة چينتا كڤد دنيا هيڠڬ لوڤا بكلن اخيرة. رسول الله صلى الله عليه وسلم برڤسن كڤد كيت بهاوا اكن اد دكالڠن مأنسي اين يڠ جيواڽ سماكين ترڤأوت كڤد دنيا سكاليڤون سوده سماكين توا.
قَالَ الرَّسُوْلُ صلى الله عليه وسلم: لاَ يَزَالُ قَلْبُ الكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ: فِي حُبِّ الدُّنْيَا وَطُولِ الأَمَلِ - رواه البخاري
مقصودڽ : هاتي اورڠ توا ايت اكن سنتياس مراسا مودا دالم دوا ڤركارا: ﴿1﴾ چينتاكن دنيا، ﴿2﴾ ڤنجڠ اڠن-اڠن.
رسول الله صلى الله عليه وسلم مڠڬمبركن باڬايمانا اد سباهاڬين مأنسي اڤابيلا سماكين توا، دي سماكين چينتاكن هرتا دان برهارڤ اڬر دڤنجڠكن لاڬي عمورڽ، دتمبهكن لاڬي ڤلباڬاي نعمة دنيا
قَالَ الرَّسُوْلُ صلى الله عليه وسلم : يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ: حُبُّ المَالِ، وَطُولُ العُمُرِ - رواه البخاري
مقصودڽ :سماكين توا اوسيا انق آدم ايت، سماكين بسر ﴿چينتاڽ﴾ كڤد دوا ڤركارا: ﴿1﴾ چينتاكن هرتا دان ﴿2﴾ برهارڤ اڬر دڤنجڠكن اوسياڽ.
إمام ابنُ حَجَر منجلسكن بهاوا ڤد حقيقتڽ تيدق ساله بروسها اونتوق دنيا دان ممڤوڽأي چيتا-چيتا. نامون، يڠ دلارڠ اداله كران ڤأوتن ترهادڤ دنيا مڠڬلمكن ڤرسديأن كيت اونتوق اخيرة
قَالَ الرَّسُوْلُ صلى الله عليه وسلم: لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَبْتَغَى ثَالِثًا، وَلاَ يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ - رواه البخاري
مقصودڽ : سكيراڽ انق آدم ايت ممڤوڽأي دوا لمبه يڠ دڤنوهي دڠن هرتا، نسچاي دي اكن منچاري ﴿لمبه﴾ يڠ لأين، دان تياد يڠ داڤت ممنوهكن ڤروت انق آدم ﴿سهيڠڬ ڤواس﴾ ملاءينكن تانه قبور ﴿ايأيت ماتي﴾، نامون الله منريما توبة سسياڤا يڠ برتوبة
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم سورة إبراهيم اية 40 :
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ﴿٤٠﴾
مقصودڽ : واهاي توهنكو! جاديكنله داكو اورڠ يڠ منديريكن سمبهيڠ دان دمكينله جوڬ ذورية كتوروننكو. واهاي توهن كامي، ڤركننكنله دعاء ڤرموهوننكو
كتيك مڽوروتي ڤروسيس ملاهيركن ذورية كتورونن يڠ صالح اوليه نبي إبراهيم عليه السلام مك كيت ليهت باڬايمانا ڤنتيڠڽ اوسها ايكاتن كيت دڠن الله ملالوءي دعاء دان تربية يڠ برتروسن. ذورية صالح اين مروڤاكن متلامت ڤنتيڠ هيدوڤ بركلوارڬ كران كيت مأنسي مميكول أمانه كڤيمڤينن يڠ برات دمان نبي صلى الله عليه وسلم بوكن هاڽ بربڠڬ دڠن جملة يڠ راماي تتاڤي يڠ ڤاليڠ ڤنتيڠ ايأيت كواليتي ذورية كتورونن دري سڬي كايمانن، اخلاق دان عمل صالح.
كتيك مڽوروتي كڤوتوسن SPM بارو-بارو اين تراوتما مليهت 26 000 چالون SPM يڠ ڬاڬل دالم مات ڤلاجرن ڤنديديقكن إسلام مك اي مروڤاكن سواتو إشارة يڠ جلس اڬر واجب كمبالي ممڤركاساكن ڤڠاجين أڬام بوكن سهاج دڤريڠكت سكوله ماله هيڠڬ بونيۏرسيتي. كيت مڠاكوي ڤد ماس كيني سچارا ماجوريتيڽ أومة إسلام ماسيه كليرو ترهادڤ كدودوقكن علمو فرض عين دان علمو فرض كفاية اين. سچارا عمومڽ اومة اسلام لبيه ممبريكن كأوتامأن ترهادڤ علمو فرض كفاية سداڠكن علمو فرض عين دكسمڤيڠكن اتاو دريميهكن. منوروت Profesor Syed Naquib al-Attas ، ككليروان ترهادڤ علمو برلاكو ڤد ستراتيڬي ڤمبلاجرن ايأيت منكنكن ڤمبلاجرن فرض كفاية سچارا تُوتَل، تتاڤي دالم ماس سام ملڤسكن ڤمبلاجرن علمو فرض عين. اين برمقصود علمو يڠ برهوبوڠ دڠن ماتيماتيك، بيولوڬي، كيميا، ڬيوڬرافي، سجاره دان لأين-لأينڽ مثالڽ دأجر سچارا سريوس دان برسوڠڬوه دڠن سوكاتن يڠ جلس دان تاهڤ يڠ ترتنتو سرتا ڤراكوان يڠ ترتنتو سداڠكن علمو فرض عين دريميهكن
ڤركارا اين ممڤوڽأي كبأيقكن كڤد اومة اسلام تتاڤي تيدق برنيلاي ڤوسيتيف جيك علمو اڬام تيدق دڤلاجري دڠن مندالم دان مڽلوروه. كأدأن يڠ برلاكو إياله كسيبوقكن دان كسوڠڬوهن مندالمي اتاو منكوني علمو ماتيماتيك، بيولوڬي، كيميا دان ڬيوڬرافي تتاڤي ماسيه ڬاڬل اونتوق ممهمي صلاة، زكاة، حاج، ڤواسا دان علمو بركأيتن فرض عين يڠ لأين. كيت داڤت مليهت بهاوا ترداڤتڽ سڬولوڠن ايبو باڤ يڠ ساڠت منكنكن انق-انقڽ اونتوق بلاجر بهاس-بهاس لأين اتاو سباڬايڽ دڠن ڤربلنجأن يڠ تيڠڬي تتاڤي لوڤا انقڽ ماسيه بلوم مڠواسأي القرءان، عبادة سمبهيڠ يڠ مرڠكومي قاعدة سرتا باچأنڽ سرتا تيدق تاهو اڤ ايت روكون ايمان دان روكون اسلام.
منوروت ستاتيستيك اڬينسي داده بهاوا سماكين تيڠڬي تاهڤ ڤڠاجين سسأورڠ مك سماكين رنده ڤراتوس يڠ ترليبت دڠن داده. بڬيتوله بتاڤ ڤنتيڠڽ علمو فرض عين دان فرض كفاية دالم كهيدوڤن اومة اسلام اڬر ترهيندار درڤد ڤركارا حرام سڤرتي ڤچه أمانة، رشوة، منيڤو، ربا دان سباڬايڽ.
قَالَ الرَّسُوْلُ : لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِى الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ - رواه البخاري
مقصودڽ : اكن داتڠ سواتو زمان د مان مأنسي تيدق لاڬي ڤدولي دري مان مريك منداڤتكن هرتا، اڤاكه دري اوسها يڠ حلال اتاو يڠ حرام.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم ايات 102 سورة الصافات:
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ﴿١٠٢﴾
مقصودڽ : مك كتيك انقڽ ايت سمڤأي ﴿كڤريڠكت عمور يڠ ممبوليهكن دي﴾ بروسها برسام-سام دڠنڽ، نبي إبراهيم بركات: "واهاي انق كسايڠنكو! سسوڠڬوهڽ اكو مليهت دالم ميمڤي بهاوا اكو اكن مڽمبليهمو; مك فيكيركنله اڤ ڤنداڤتمو؟". انقڽ منجواب: "واهاي ايه، جالنكنله اڤ يڠ دڤراينتهكن كڤدامو; إن شاء الله، ايه اكن منداڤتي داكو دري اورڠ-اورڠ يڠ صبر"
ملالوءي قصة نبي إبراهيم عليه السلام سكلوارڬ مك كيت داڤتي بتاڤ ڤنتيڠڽ ڤروسيس تربية برمولا دري كچيل هيڠڬ ديواسا. ترداڤت ڤلباڬاي چابرن ايبو باڤ دالم بركومونيكاسي دڠن انق-انق. انتاراڽ اياله: [1] معلومت تيدق داڤت دفهمي د مان راماي ايبو باڤ يڠ برچاكڤ دڠن انقڽ نامون تيدق برمعنى كران ميسيج يڠ دسمڤايكن تيدق سمڤي ڤد ساسرن، مريك تيدق فوكوس دان تيدق ممهمي اڤ يڠ دڤركاتاكن.
[2] سيكڤ ايبو باڤ برسيكڤ كاسر، ترلالو تڬس، diktaktor يڠ مڽببكن انق ممبسر منجادي سأورڠ يڠ egois, agresif دان سوكر برڬاول. سيكڤ ايبو باڤ يڠ لبيه ممنتيڠكن كرجاي مڽببكن كواليتي كباجيقكن كلوارڬ منورون دان منجادي تيدق كوكوه. سلأين درڤد ايت، سيكڤ ترلالو ممنجاكن دڠن چارا ممنوهي سڬالا كڤرلوان دان كهندق انق-انق سهيڠڬ مڽببكن انق- انق براس سليسا تنڤا ڤرلو بروسها اونتوق منداڤت سسواتو ڤركارا
[3] ايبو باڤ كورڠ مڠمبيل برات د مان سواتو كاجين منونجوقكن ڤڠليبتن ايبو دالم كهيدوڤن انق-انق اداله ايليمن اوتام دالم ممڤڠاروهي كماجوان دالم بيدڠ ڤنديديقكن. اڤابيلا ايبو باڤ كورڠ مڠمبيل برات تنتڠ انق-انق مڽببكن انق-انق ترليبت دڠن ڤلباڬاي مسئلة سوسيال دان ڤنچڤاين اكادميك يڠ رنده
[4] كورڠ ڤنراڤن علمو اڬام دالم كلوارڬ يڠ مرڠكومي عقيدة، شرعية دان اخلاق.
[5] كورڠ كاسيه سايڠ د مان انق-انق ككوراڠن كاسيه دان ڤرهاتين ايبو باڤ مڽببكن مريك مراساكن ديري ترسيسيه، تيدق دسايڠي دان تيدق دهرڬاي
[6] كورڠ كماهيرن كومونيكاسي د مان وجود جوراڠ د انتارا ايبوباڤ دان انق عقيبة كوراڠ كماهيرن كومونيكاسي انتارا مريك. اين مندوروڠ كڤد وجودڽ konflik دان هوبوڠن يڠ رڠڬڠ. انق-انق سوكر اونتوق ملواهكن مسئلة مريك سچارا تربوك. فكتور ماس د مان ايبوباڤ لبيه تومڤو ڤد ڤركارا لأين جوڬ ممڤڠاروهي كومونيكاسي ايبو باڤ دان انق-انق.
[7] ڤڠاروه ميديا دالم اينستيتوسي كلوارڬ د مان ڤڠڬونأن اينترنيت دري ڤلباڬاي ڤرانتي تيكنولوڬي ﴿ gadget ﴾ تله دڬوناكن سچارا ملواس اوليه سموا لاڤيسن مشاركة مڽببكن ڤڠڬونا لبيه مڠوتاماكن gadget درڤد هوبوڠن سوسيال سچارا فيزيكل. هيلڠڽ ماس برهوبوڠن انتارا ايبوباڤ دان انق
مسلمين دان مسلمات يڠ دبركتي الله سبحانه وتعالى،
قصة نبي إبراهيم عليه السلام توروت مڠاجر كيت اڬر سنتياس منجاڬ باتس اڬام دالم بركلوارڬ. سلسايكن سڬالا مسئلة دالم كلوارڬ سچارا بأيك برداسركن اڬام بوكنڽ مڠيكوت هوى نفسو ترماسوق ممبوك عيب مسئلة رومهتڠڬ ملالوءي ميديا سوسيال يڠ بوكن سهاج تيدق مڽلسيكن مسئلة ماله منمبهكن لاڬي مسئلة يڠ سديا ادا. عبارة مڽيرام ڬارام د تمڤت لوك يڠ منمبه ساكيت بوكن مڠوباتيڽ. مڽيرام ڤيترول اتس اوڠڬون اڤي يڠ لبيه ممارقكن لاڬي اڤي بوكن ممادمكن كباكران
درڤد ابو سعيد الخدريي، بلياو بركات بهاوا بڬيندا رسول الله صلى الله عليه وسلم برسبدا:
إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِندَ الله مَنزِلَةً يَومَ القِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفضِي إِلَى المَرْأَةِ وَتُفْضِي إِلَيه، ثُمَّ يَنشُرُ سِرَّهَا
مقصودڽ: “سسوڠڬوهڽ مأنسي يڠ ڤاليڠ بوروق كدودوكنڽ د سيسي الله ڤد هاري قيامة اداله سأورڠ للاكي ﴿سوامي﴾ يڠ برڬاول ﴿برستوبوه﴾ دڠن استريڽ، كمودين مڽيباركن رهسيا استريڽ ترسبوت.﴿هر مسلم﴾
درڤد أبو قَتادة بهاوا نبي صلى الله عليه وسلم برسبدا:
قَالَ الرَّسُوْلُ صلى الله عليه وسلم :مَنْ قَعَدَ عَلَى فِرَاشِ مُغِيبَةٍ قَيَّضَ اللَّهُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُعْبَانًا -رواه أحمد
مقصودڽ: “اورڠ يڠ ممبوك عيب ڤاسڠنڽ، الله اكن مڠيكتڽ دڠن اولر بسر ڤد هاري قيامة ننتي
برسام ممڤركاسكن اسلام دالم كهيدوڤن اونتوق كجايأن دنيا اخيرة. كيت هيدوڤ بركلوارڬ بوكن سهاج د سيني تتاڤي هيڠڬ كشرڬا دڠن شرط مماتوهي ڤندوان اڬام دڠن ڤنوه كصبران دان استقامة
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ فرمان الله تعالى دالم أية 190 سورة البقرة :
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
مقصودڽ : دان ڤراڠيله كران ﴿منڬقكن دان ممڤرتاهنكن﴾ أڬام الله اكن اورڠ-اورڠ يڠ ممراڠي كامو، دان جاڠنله كامو منچروبوه ﴿دڠن ممولاكن ڤڤراڠن﴾; كران سسوڠڬوهڽ الله تيدق سوك كڤد اورڠ-اورڠ يڠ منچروبوه
مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله،
كتيك مڽيڠكڤ قيصه ڤرجواڠن نبي إبراهيم عليه السلام مك تيدق بوليه دڤيسهكن دڠن اوسها بڬيندا دالم ممبينا مسجد الأقصى د بومي فلسطين. تاريخ ڤنتيڠ يڠ مستي دأمبيل ڤرهاتين اوليه سلوروه اومة اسلام ايأيت تاريخ 15 مي 1948 يڠ مروڤاكن تڠڬل هيتم دالم سجاره اومة اسلام ايرا مودين كران همڤير 700،000 ورڬ فلسطين داوسير سرتا راتوسن بواه كامڤوڠ اصل يڠ ددودوقكي اورڠ فلسطين دباكر دان دهنچوركن، برڤولوه ريبو ڽاوا منجادي قربان سرتا ڤولوهن سيري ڤمبونوهن بسر-بسران دلاكوكن دڠن چوكوڤ كجم اوليه ڤڠڬانس يهودي زياونيس ي كتيك ايت. كيني تله 76 تاهون برلالوڽ دتيق هيتم ايت. دتمبه ڤولا برمولا تاريخ 7 اوكتوبر 2023 يڠ لالو مڽقسيكن سراڠن بالس اوليه مجاهدين فلسطين دالم اوسها باڬي ممبوك مات دنيا، سهيڠڬ 200 هاري كمودين ڤولا مشاركة دنيا دساجيكن دڠن ڤريستيوا نخبة ايرا مودين اڤابيلا همڤير 1.5 جوتا رعية فلسطين كيني تروسير دان ترڤراڠكڤ د رفة، د سلاتن غزة مانكالا لبيه 37،232 رعية يڠ تيدق برساله ترماسوق ماجوريتيڽ كانق-كانق دان وانيتا لمه دبونوه كجم تنڤا ڤريكمأنسيأن
ككجامن زيونيس يهودي برسام سكوتوڽ تله مڽببكن رعية سلوروه دنيا تنڤا مڠيرا اڬام دان بڠسا تراوتما د اميريكا شريكة سنديري دان ايروڤه بڠكيت مننتڠ. ڬولوڠن مهاسيسوا يونيۏرسيتي ملاكوكن ڤلباڬاي ڤروتس تيندقكن ڤميمڤين مريك يڠ برسكوڠكول دڠن زيونيس يهودي ڤنجناية اوتام دنيا
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
يهودي زيونيس يڠ برجواڠ اونتوق منوبوهكن سبواه نڬارا يڠ لبيه بسر ولايهڽ، ترماسوق مصر، سريا دان عراق، بهكن سهيڠڬ ولاية عرب سعودي ترماسوق كاوسن خَيبَر دان كوتا سوچي مدينة. كواس بسر دنيا برسكوڠكول دالم ممبكلكن سموا جنيس سنجات، ترماسوق سنجات ڤموسنه يڠ كونونڽ دحرامكن، تتاڤي دحلالكن كڤد مريك خصوصڽ كڤد إسرائيل اتس نام منجاڬ كسلامتن دان كاماننڽ
تروسكن بردعاء دان ڽاتاكن كبرسمأن كيت برسام رعية دان مجاهدين دفلسطين. تروسكن بويكوت باراڠن دان شريكة يڠ اد كڤنتيڠن دڠن إسرائيل دان ڤركاساكن ڤمبلين باراڠن دان شريكة اومة اسلام. ڤميمڤين نڬارا اومة اسلام مستي لبيه براني دان تڬس دالم مڠهنتيكن كراكوسن دان كڬانسان زيونيس يهودي دان سكوتو ڤنجنايهڽ. كيت دملياكن كران ممڤرجواڠكن اسلام. كيت دهينا كران منيڠڬلكن ڤرجواڠن اسلام
يقينله كيت دڠن جنجي كمناڠن درڤد الله
قَالَ الرَّسُوْلُ : لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الدِّينِ ظَاهِرِينَ، لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللهِ، وَهُمْ كَذَلِكَ
مقصودڽ :“اكن سنتياس اد درڤد كالڠن اومتكو سواتو كومڤولن يڠ ڽات منڬقكن اڬامڽ ﴿اسلام﴾ دڠن ڬاڬه ڤركاس مڠهادڤي موسوه مريك. مريك تيدق بوليه دمضرةكن اوليه اورڠ يڠ مننتڠ مريك ﴿اتاو مڠچيواكن﴾، ملاءينكن مريك هاڽ مڠهادڤي سديكيت كسوسهن. سهيڠڬاله داتڠ كتنتوان ﴿كمناڠن دان ڤرتولوڠن﴾ الله، سداڠ مريك ماسيه تتڤ دالم كادأن بڬيتو.“
قَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ-رواه أحمد
ڤارا صحابة برتاڽ، “واهاي رسول الله، د مانكه مريك؟ بڬيندا منجواب، “د بيت المقدس دان سكيتر بيت المقدس.“
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ ، اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا، اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي يَمَن وَفِى كُلّ َمَكَانٍ. اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ،اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
يا الله، كامي لتقكن كامو د باتڠ ليهير موسوه-موسوه كامي دان كامي برليندوڠ دڠنمو دري كجاهتن مريك،يا الله هنچوركن كومڤولن مريك،يا الله ڤچهكن ڤاكتن مريك،يا الله لبوركن ڤنديرين مريك،يا الله موسنهكن لڠكه مريك،چڠكمكن انجيڠ-انجيڠمو كڤد مريك،يا الله يڠ مها ممقسا،يا الله يڠ مها ڤركاس،يا الله يڠ مها ممبالس،يا الله، يا الله، يا الله،يڠ منورونكن كتاب،يڠ مغڬرقكن اوان،يڠ تيواسكن تنترا أحزاب،كالهكن مريك، كالهكن مريك، كالهكن مريك دان بريله كمناڠن اونتوق كامي.
اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ، اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ ، اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ
اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Jumaat, 24 Mei 2024
Khutbah Jumaat : Jihad Sultan Muhammad al-Fateh DiJulang, Palestin Berdaulat DiPerjuang
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah :
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui
Sempena kita berada di penghujung bulan Mei maka marilah kita sama-sama mengambil pengajaran yang berguna daripada kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh memasuki bandar Constantinople atau Istanbul Turki untuk membukanya pada hari Selasa 29 Mei 1453 Masihi bersamaan 20 Jamadilawal tahun 857 Hijrah. Janji nabi s.a.w tentang kehebatan panglima tentera dan pasukan tentera yang bakal menawan kota Constantinople ini telah disahut sejak dari zaman sahabat nabi RH lagi termasuk Abu Ayyub Al-Anshari sehingga kuburannya yang ditemukan dekat kubu Constantinople. 800 tahun selepas itu barulah apa yang dijanjikan oleh nabi s.a.w dicapai
قال النبي : لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ، وَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا، وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ- رواه أحمد
Maksudnya : Sungguh Constantinople akan dibuka, maka sebaik – baik panglima tenteranya adalah panglimanya dan sebaik – baik pasukan tentera adalah pasukan tersebut (yang membukanya)
Kejayaan besar Sultan Muhammad al-Fateh membuka Constantinople yang diubah nama kepada Islambol yang bererti Bandaraya Islam yang kemudian diubah kepada nama Istanbul. Sebalik kebesaran namanya maka di sana ada nilai-nilai tarbiyah yang dapat menjadi pelajaran berharga bagi pendidikan kita saat ini antaranya : [1] Kurikulum Pendidikan di mana dalam usia yang masih muda, Muhammad Al-Fateh sudah menghafal Al-Quran 30 Juz, menguasai Ilmu Hadits, memahami Ilmu feqah, matematik, ilmu falak, strategi perang, menguasai 6 bahasa. Ini membuktikan bahawa dalam konsep kurikulum haruslah dibangun di atas landasan Al-Quran. Belajar dan menghafalnya merupakan pelajaran yang terbaik dari semua pelajaran yang lain. Sangat sulit dibayangkan jika generasi Islam saat ini tidak mampu membaca al-Quran dan memahaminya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali Imran :
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ ﴿٧٩﴾
Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
[2] Peranan Guru di mana awalnya Muhammad Al-Fateh sulit untuk dikawal oleh ayahnya yang saat itu sebagai khalifah ke 6. Kebiasaan hidup mewah di istana sehingga menjadi anak yang manja, dia selalu berlindung di balik kebesaran ayah sehingga menyulitkan para ulama yang didatangkan ke istana untuk mendidiknya. Hingga akhirnya kelembutan dan ketegasan 2 ulama besar berhasil menundukkannya iaitu Syeikh Aaq Samsuddin dan Muhammad Ismail Al-Qurani. Diusianya yang 14 Tahun Muhamad Al Fatih menjadi pemuda yang cerdas dan taat beragama. Muhammad Al Fatih berkata tentang gurunya: “Penghormatanku kepada Syeikh mulia ini tanpa aku sedari. Aku bisa menjadi emosional di hadapannya. Aku bergetar di hadapannya. Adapun para syeikh yang lain, ketika mereka datang menghadapku. Justeru mereka yang bergetar dihadapanku.”
Hal yang menarik adalah pada saat Muhammad Al-Fateh meminta agar gurunya turut ikut berperang bersamanya. Setelah beberapa kali percubaan perang melawan pasukan musuh belum membuahkan hasil. Akhirnya utusan datang 2 kali ke khemah gurunya lalu berpesan bahawa “Allah akan memberi kemenangan.” Sebuah motivasi yang sangat luar biasa. Tidak berhenti disitu, karena Muhammad Al Fateh yang tidak puas dengan jawapan gurunya akhirnya baginda sendiri pergi berjumpa gurunya di mana baginda mendapati gurunya sedang sujud cukup lama kemudian bangun dan berkata kepada Muhammad Al Fatih : “Aku selalu mendoakanmu semoga Allah menganugerahkan dengan kemenangan yang dijanjikan”.
Begitulah seharusnya seorang guru terus mendoakan kebaikan bagi murid-muridnya. Mengajar dengan penuh keikhlasan dengan jiwa yang bersih, berwibawa dan terus memberikan motivasi.
[3] Pendidikan Akhlak dan kerohanian di mana keunikan dan sifat peradaban Islam asasnya adalah tauhid. Muhammad Al-Fateh adalah seorang yang selalu mendekatkan diri kepada Allah, puasa sunat, tidak pernah masbuk solat berjema’ah, membaca al-Quran, qiamullail. Ini merupakan pelajaran penting bagi dunia pendidikan kita saat ini iaitu dengan orientasi duniawi semata-mata membuat lupa mendidik dan membina rohani anak. Perlu lahir seorang yang menghargai ilmu, menghormati Guru, tidak sombong dan adil. Bahkan setelah selesai membuka Kota Constantinopel, Muhammad Al-Fateh menemui gurunya untuk ikut berkhalwat di khemah dengan tujuan agar terhindar dari kehidupan dunia, jawatan dan harta yang melenakan yang akan membuatkannya lupa kepada Allah. Namun gurunya menolak dan meminta agar baginda tetap memimpin rakyatnya. Gurunya menasihatinya : “Jika engkau ikut bersamaku lalu mendapatkan kerohanian yang hanya untuk dirimu sendiri. Namun jika engkau memimpin dengan adil dan amanah maka kamu kebaikanmu bukan hanya untuk dirimu tapi bermanfaat untuk orang ramai”.
Apa yang lebih penting ialah setiap pembukaan Negara adalah mahu meruntuhkan jahiliah dan dibangunkan system Islam bukannya menukar jahiliah kepada jahiliah yang baru, bukan menukar system zalim kepada system zalim yang baru, bukan menukar pemimpin sahaja tanpa menukar system penjajah kepada Islam
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali ‘Imran :
إِن يَنصُرْكُمُ اللَّـهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِن يَخْذُلْكُمْ فَمَن ذَا الَّذِي يَنصُرُكُم مِّن بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١٦٠﴾
Maksudnya : Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri
Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Seterusnya beliau menakluk Serbia pada tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Kemudian Sultan Muhamad al Fateh menakluk Itali, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Sebelum beliau meniggal dunia, beliau menyampaikan wasiat seperti berikut: “Tidak lama lagi aku akan mati, tetapi aku tidak pernah menyesal kerana aku telah meninggalkan calon pengganti dan penerus seperti kamu. Jadilah orang yang adil, soleh dan penyayang. Lindungilah seluruh rakyatmu tanpa membeza-bezakan dan bekerjalah untuk menyebar agama Islam. Ini adalah kewajipan seluruh raja di atas muka bumi ini, dahulukan perhatianmu kepada urusan agama berbanding urusan yang lain. Jangan berhenti untuk terus melaksanakannya.
Jangan memilih orang yang tidak mengutamakan urusan agama, tidak menjauhi dosa besar dan tenggelam dalam maksiat. Jauhilah juga bidaah yang buruk yang merosakkan. Jauhilah orang yang mengajak kamu melakukan bidaah yang buruk. Perluaskanlah negeri kamu dengan berjihad dan janganlah sampai harta baitulmal itu dibazirkan. Jangan mengambil harta seorang pun dari rakyat kamu kecuali dengan mengikut aturan Islam. Berikanlah jaminan makanan dan keselamatan bagi orang yang lemah. Muliakan orang yang berhak dengan sebaik-baiknya.
Ketahuilah bahawa ulama adalah satu kekuatan yang ada dalam tubuh negara kamu, maka muliakanlah kehormatan mereka dan motivasikanlah mereka dengan sumber kekuatan dan kekuasaan yang kamu miliki. Jika engkau mendengar ada ulama di negeri yang jauh, maka jemputlah ia datang dan muliakannya. Waspada dan berhati-hatilah, jangan sampai engkau terlena dan terpesona dengan harta dan kekuatan yang banyak. Jangan sampai engkau menjauhi ulama syariat dan jangan sampai engkau cenderung melakukan amalan yang menyalahi syariat. Agama adalah tujuan kita, hidayah adalah jalan hidup kita dan dengan keduanya kita akan menang.
Ambillah pengajaran daripada diriku. Aku datang ke negeri ini seperti semut yang kecil, lalu Allah memberikan aku semua nikmat yang besar ini. Oleh itu, ikutilah dan jejaklah apa yang aku lakukan. Bekerjalah untuk meneguhkan agama ini dan muliakan pengikutnya. Jangan menggunakan wang negara untuk kemewahan dan sia-sia atau membelanjakan lebih daripada sepatutnya kerana ia penyebab terbesar kebinasaan.”
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 190 surah al-Baqarah :
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ﴿١٩٠﴾
Maksudnya : Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.
Tarikh penting yang mesti diambil perhatian oleh seluruh umat Islam tiap kali berada pada bulan Mei juga ialah tarikh 15 Mei 1948 yang merupakan tanggal hitam dalam sejarah umat Islam era moden kerana hampir 700,000 warga Palestin diusir serta ratusan buah kampung asal yang diduduki orang Palestin dibakar dan dihancurkan, berpuluh ribu nyawa menjadi korban serta puluhan episod pembunuhan besar-besar dilakukan dengan cukup kejam oleh pengganas Yahudi Zionis yang ketika itu. Kini telah 76 tahun berlalunya detik hitam itu.
Mala petaka kejahatan tentera Zionis Israel dengan bantuan pasukan Ahzab daripada Amerika Syarikat dan Eropah menyerang dengan cara yang paling melampau terus berlaku. Bukan sahaja berperang, malah membunuh dengan cara yang paling melampau terhadap mereka yang tidak terlibat dengan peperangan seperti membunuh lebih 40 ribu warga tua, kanak-kanak, dan para pesakit di hospital, rumah ibadat, sekolah, dan khemah penempatan, termasuk para sukarelawan daripada semua bangsa dan agama sehinggalah tanah perkuburan; semuanya menjadi mangsa serangan. Kejahatan melampau Zionis Israel menggegarkan seluruh manusia yang berperikemanusiaan untuk bangkit menentang Zionis tanpa mengira agama, bangsa, dan ideologi yang dianut mendahului kerajaan masing-masing menentang Zionis Israel, termasuk di dalam negara Israel sendiri. Mereka melakukan demonstrasi serta pemulauan ekonomi dan media, sehinggalah beberapa negara terus memutuskan hubungan diplomatik dan menyeret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Teruskan berdoa keselamatan dan kemenangan umat Islam yang terus mempertahankan bumi Aqsa dengan darah dan nyawa mereka. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur walau selangkah. Biar nyawa melayang namun perjuangan memerdekakan Palestin tetap diteruskan. Biar nyawa bercerai dari badan namun kezaliman zionis Yahudi dan sekutunya terus dilawan. Yakinlah pertolongan dan kemenangan dari Allah
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ