Khamis, 16 November 2023
Khutbah Jumaat : Kemerdekaan Palestin DiMartabat Penjajahan Zionis Yahudi DiSekat
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Palestin dan Masjid Aqsa mempunyai kedudukan yang istimewa di hati umat Islam. Terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan bumi Palestin yang telah dinyatakan oleh al-Quran dan dikhabarkan oleh Baginda S.A.W. Palestin menjadi tempat tinggal para Nabi dan Rasul antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Luth, Nabi Ya’qub, Nabi Musa, Nabi Isa serta ramai lagi dan akhirnya Allah S.W.T menjadikannya sebagai milik umat Islam setelah bangsa Yahudi menempuh jalan kesesatan. Allah S.W.T memberkati bumi Palestin dan telah turut menyucikannya
Di bumi Palestin inilah terletaknya Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama bagi umat Islam untuk mendirikan solat. Selama hampir 17 bulan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat melakukan ibadat solat berkiblatkan Masjid al-Aqsa maka turunlah ayat memerintahkan supaya dialihkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Makkah. Allah S.W.T berfirman dalam Surat Al-Baqarah ayat 144:
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
Maksudnya : “Sungguh Kami (sering) melihat mukamu mendongak ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.”
Dalam pada itu, Masjid al-Aqsa juga adalah masjid yang kedua didirikan dalam sejarah peradaban manusia. Sebagaimana yang dinukilkan dalam sebuah Hadis:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ مَسْجِدٍ وُضِعَ فِي الْأَرْضِ أَوَّلُ قَالَ الْمَسْجِدُ الْحَرَامُ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيُّ قَالَ ثُمَّ الْمَسْجِدُ الْأَقْصَى قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ يَعْنِي بَيْتَ الْمَقْدِسِ قَالَ قُلْتُ كَمْ بَيْنَهُمَا قَالَ أَرْبَعُونَ سَنَةً – رواه البخاري
“Wahai Rasulullah, masjid apakah yang pertama diletakkan oleh Allah di muka bumi? Beliau bersabda, ‘Al-Masjid Al-Haram’. Abu Dzar bertanya lagi, kemudian apa? Beliau bersabda, ‘kemudian Al-Masjid Al-Aqsa’. Berkata Abu Mu’awiyah ‘iaitu Baitul Maqdis’ Abu Dzar bertanya lagi, berapa lama antara keduanya? Beliau menjawab, empat puluh tahun.”
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Selain daripada itu ganjaran yang besar sekiranya bersolat di Masjid al-Aqsa iaitu 500 kali ganda daripada solat dari masjid lain,
صَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ مِائَةُ أَلْفِ صَلَاةٍ، وَصَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي أَلْفُ صَلاةٍ، وَفِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَمْسُمِائَةٍ صَلَاةٌ
Maksudnya: “Melaksanakan solat di Masjidilharam (pahalanya) sebanding dengan 100.000 kali sholat (di masjid yang lain), solat di masjidku (Masjid Nabawi) pahalanya sebanding dengan 1.000 kali solat (di masjid yang lain), sedangkan solat di Baitul Maqdis (Masjid Aqsa) pahalanya sebanding dengan 500 kali solat (di masjid yang lain).” (HR Bazar, Ibnu Khuzaimah, & Thabrani dari Jabir bin Abdullah)
Rasulullah S.A.W juga menggalakkan umat Islam bermusafir ke sana seperti yang dinyatakan dalam sebuah Hadis:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى
Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa”. [Riwayat al-Bukhari ]
Dari sudut geografi pula, kedudukan Palestin terletak di bumi Syam. Rasulullah S.A.W telah mendoakan bumi Syam dengan keberkatan dan para malaikat membentangkan sayapnya ke atas bumi bertuah ini. Sabda Nabi S.A.W:
طُوبَى لِلشَّامِ فَقُلْنَا لِأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا
Maksudnya : “Beruntunglah bagi penduduk Syam, maka kami bertanya: Mengapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kerana para malaikat membentangkan sayap-sayapnya kepada mereka.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Bumi Syam juga dikhabarkan oleh Baginda S.A.W sebagai tempat berlakunya padang mahsyar yang akan menghimpunkan manusia keseluruhannya selepas berlakunya qiamat. Nabi S.A.W bersabda:
عن مَيمونةَ مَوْلاةِ النَّبيِّ عليه السَّلامُ، عنِ النَّبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّها سألتْهُ فقالت: أَفْتِنا في بيتِ المَقدِسِ، فقال: أرضُ المَحشَرِ، والمَنشَرِ،
“Nabi S.A.W ditanya oleh Maimunah mengenai Baitul Maqdis, Baginda bersabda: Bumi tempat berkumpul (mahsyar) dan penyebaran.”(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Demikianlah istimewanya Palestin di hati kita semua. Sokongan kita tidak bermusim kerana kita semua pencinta bumi Palestin yang penuh keberkatan. Kita wajib bersama dengan umat Islam di Palestin untuk membebaskan tanah wakaf milik seluruh umat Islam daripada penjajahan zionis Yahudi dan sekutunya
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 4-7 surah al-Isra’ :
﴿وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا ٤ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡكُمۡ عِبَادٗا لَّنَآ أُوْلِي بَأۡسٖ شَدِيدٖ فَجَاسُواْ خِلَٰلَ ٱلدِّيَارِۚ وَكَانَ وَعۡدٗا مَّفۡعُولٗا ٥ ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَيۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَٰكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِيرًا ٦ إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأٓخِرَةِ لِيَسُُٔواْ وُجُوهَكُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٖ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا ٧﴾
Maksudnya : “Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Isra’il dalam Kitab itu, ‘Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan sesungguhnya kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.’ (4) Maka, apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama daripada dua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka menjelajah di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. (5) Kemudian, Kami berikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantu kamu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. (6) Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi diri kamu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi diri kamu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuh kamu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai. (7)”
Allah SWT mendedahkan senario sejarah bangsa Yahudi yang melakukan kejahatan dan akhirnya mereka akan dimusnahkan. Kini, mereka melakukan kejahatan kali kedua yang akan menempah kemusnahan pada akhir zaman dengan kemenangan umat Islam. Mereka menguasai politik, ekonomi dan kemajuan teknologi persenjataan yang membunuh hidupan dan merosakkan alam sekitar, tanpa mempedulikan amaran daripada kalangan agamawan mereka sendiri. Inilah yang berlaku apabila kalangan sekular yang melampau menguasai pemerintahan negara Israel.
Kemuncaknya terkini, mereka mengganas membunuh rakyat Palestin dan menceroboh Masjid al-Aqsa. Mereka juga sudah bersedia melakukan upacara korban lembu betina berwarna merah mengikut kepercayaan mereka, bagi merasmikan asas Haikal Sulaiman (kuil Yahudi) terbesar menggantikan Masjid al-Aqsa. Pendatang Yahudi dibawa mencurah-curah dengan latihan senjata untuk melakukan keganasan dengan bantuan Amerika Syarikat dan sekutunya negara Eropah dalam gabungan tentera Ahzab yang pernah dimusnahkan pada zaman Rasulullah SAW.
Daripada yahudi, lahirnya pula pencipta ideologi dan teori sesat yang merosakkan politik, ekonomi dan akhlak. Seterusnya, puak Zionis berjuang supaya dapat menguasai politik negara kuasa besar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ekonomi antarabangsa, serta media yang mempengaruhi pemikiran dan kehidupan manusia yang dilemahkan supaya semuanya berada di bawah kuasa negara besar Israel. Antara pendekatannya ialah mencetuskan huru-hara dan peperangan yang menghancurkan negara dan bangsa lain. Jika dilihat pada sejarah, penglibatan Zionis yang telah mencetuskan dua perang dunia tidak boleh dinafikan sekali-kali.
Dalam aspek ekonomi pula, mereka menyebarkan muamalat riba yang diharamkan oleh Allah SWT. Kini, mereka menguasai Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Melalui kekayaan ekonomi dan pengaruh media, mereka menentukan supaya calon yang menang menjadi ketua kerajaan mestilah menyokong Israel dan melindunginya, sekali gus menjadikan semua calon yang dipilih menang dengan sokongan Zionis. Melalui negara-negara tersebut, ahli-ahli Zionis berjaya berada dalam pentadbiran PBB dan cawangannya, seperti Majlis Keselamatan dan lain-lain. Oleh sebab itu, semua negara kuasa besar terlibat dalam menubuhkan negara haram Israel
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Setelah lebih sebulan serangan besar-besaran oleh pengganas dunia zionis Yahudi ke atas bumi wakaf milik umat Islam iaitu Palestin di mana Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain. Jumlah korban itu, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita. Warga Palestin yang cedera pula gagal mendapat bantuan perubatan yang sepatutnya akibat hospital turut dibom manakala bekalan air, elektrik dan minyak dipotong. Inilah lambang kekejaman yang sedang berlaku terhadap saudara seagama kita di bumi Palestin. Situasi ini benar-benar memberikan kesan dalam jiwa dan merasakan bahawa masih ada ruang lagi bagi membantu rakyat Palestin secara langsung pada waktu ini.
Orang mukmin dengan mukmin yang lain ibarat sebatang tubuh. Apabila satu anggota sakit, maka anggota badan lain akan merasai kesakitan tersebut. Kita sebagai umat Islam boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan untuk membantu saudara seakidah di bumi Palestin. Bantuan ini akan meringankan penderitaan ditanggung penduduk Palestin. Semua pihak perlu bertindak dengan memberi bantuan dan desakan supaya peperangan dan keganasan Zionis Israel ini diberhentikan segera. Kita sebagai umat Islam yang bersaudara perlu membantu perjuangan rakyat Palestin. Kita perlu tunjukkan solidariti bersama perjuangan rakyat Palestin. Sebagai umat Islam, kita perlu mengangkat tangan memohon pertolongan daripada Allah SWT. Pada saat ini doa ke hadrat Ilahi oleh seluruh umat Islam dari segenap pelusok dunia sangat ditagih rakyat Palestin. Semua pihak perlu berganding bahu membantu saudara kita di bumi Palestin. Yakinlah, kemenangan yang menjadi milik rakyat Palestin semakin hampir. Mereka berjuang dengan cara bertempur untuk pertahan diri, keluarga dan tanah air tercinta yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam. Berbahagialah pejuang-pejuang yang mati syahid. Mereka bakal mendapat rezeki yang tidak putus-putus daripada Allah
Firman Allah dalam ayat 169 surah Ali Imran :
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ﴿١٦٩﴾
Maksudnya : dan janganlah sama sekali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah telah mati. Bahkan mereka hidup dan dikurniakan rezeki di sisi Tuhan mereka.”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Jumaat : Jihad Islam DiSemarak Kejahatan Zionis Yahudi DiSekat
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 21-22 surah Ali Imran:
إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ﴿٢١﴾ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ ﴿٢٢﴾
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang mengembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (21) Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan
Kisah jatuh dan bangunnya sesebuah bangsa begitu banyak menghiasi helaian al-Quran al-Karim sebagai salah satu unsur pengajaran dan pendidikan kepada umat Islam. Yang lebih menariknya, ada juga kisah tersebut diulang-ulang di beberapa surah yang berlainan sebagai memperkuatkan dan melengkapkan lagi unsur-unsur pengajaran supaya ia diterjemahkan ke dalam realiti kehidupan yang serba mencabar ini. Kisah kaum Saba’, kaum ‘Ad, kaum Thamud dan sebagainya adalah antara cebisan nostalgia silam yang mengungkapkan rahsia tersendiri yang hanya dapat difahami oleh individu Muslim yang berfikir.
Salah satu kisah yang perlu diberi perhatian dan menjadi bahan renungan umat Islam dewasa ini ialah kisah kaum Yahudi Bani Israil banyak dirakamkan Allah Taala dalam kitab suci al-Quran bagi mendedahkan tembelang sebenar kaum Yahudi terhadap isu keagamaan dan kemanusiaan sejagat.
Perkataan Israel pada asalnya bererti pilihan adalah satu sebutan khusus bagi Nabi Yaakub AS. Jadi Bani Israil adalah susur galur keturunan Nabi Yaakub AS. Tetapi sekarang Bani Israil lebih dikenali dengan sebutan Yahudi atau Zionis.
Sebagai bangsa pilihan, mereka telah dianugerahkan limpahan nikmat Allah Taala yang tidak diberikan kepada bangsa-bangsa lain. Antara nikmat tersebut ialah diutuskan ramai nabi dan rasul yang berasal daripada kalangan mereka, mereka telah diselamatkan daripada kezaliman Firaun dan bala tenteranya, mereka dilindungi awan ketika berjalan di bawah terik mentari dan diturunkan makanan dari syurga iaitu manna dan salwa serta dua belas mata air dan banyak lagi nikmat Ilahi yang tiada terhitung.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah:
وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٠٩﴾
Maksudnya : Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Biarpun kenikmatan demi kenikmatan Allah Taala limpahkan kepada bangsa Yahudi tersebut namun mereka telah berubah menjadi bangsa yang lupa diri, sombong takbur, mempermainkan ayat-ayat Allah Taala dan ajaran agama, bahkan mereka juga tergamak membunuh dai dan nabi mereka sendiri yang sentiasa menyeru mereka ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup. Demikianlah pula perilaku kaum Yahudi di zaman Rasulullah SAW yang hampir relatif sama dengan jejak langkah nenek moyang mereka yang terdahulu. Mereka sangat membenci dan berhasad dengki terhadap Rasulullah SAW dan sahabatnya. Maka, mereka telah berusaha dengan pelbagai cara dan helah sama ada secara terang-terangan mahu pun secara sulit supaya kaum Muslimin meninggalkan ajaran agama mereka dan kembali menjadi kufur semula seperti mereka.
Perilaku jahat kaum Yahudi ini Allah telah rakamkan dalam al-Quran sebagai satu pengajaran kepada umat Islam selepasnya berkenaan sikap dan perilaku sebenar kaum Yahudi tersebut
Sejarah Islam juga mencatatkan bahawa kaum Yahudi terkenal dengan sifat khianat dan mungkir janjinya di mana hampir semua perjanjian yang termeterai antara mereka dengan Rasulullah SAW dikhianati mereka. Kerana itu, tidak menghairankan jika sekarang pun rejim Yahudi di Israel tetap mengulangi perbuatan khianat dan mungkir janji sebagaimana yang dilakukan oleh nenek moyang mereka yang terdahulu. Mereka bukan sahaja mengkhianati seluruh isi perjanjian damai dengan bangsa Palestin, malahan mereka dengan bongkaknya tidak mahu tunduk kepada resolusi yang telah diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang isu perdamaian Timur Tengah.
Kisah pengkhianatan kaum Yahudi dahulu dan sekarang sekali gus membuktikan kebenaran wahyu Ilahi yang telah mendedahkan tembelang dan sikap kaum Yahudi sebenarnya terhadap isu keagamaan, kemanusiaan dan keamanan sejagat. Oleh kerana itu, mereka merupakan golongan yang tidak boleh dipercayai sama sekali, maka tidak perlu lagi diusahakan sebarang rundingan ataupun perjanjian damai, apatah lagi diadakan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan mereka, bahkan umat Islam di bumi Palestin yang dizalimi dan ditindas oleh rejim Zionis itu wajib berjihad demi mempertahankan maruah, harta benda, tanah air dan agama mereka.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 77-79 surah al-Maidah :
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِن قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ ﴿٧٧﴾ لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ﴿٧٨﴾ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ ﴿٧٩﴾
Maksudnya : Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul” (77) Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. (78) Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
Kebangkitan Palestin melalui Operasi Taufan Al-Aqsa mampu menjadi titik tolak kepada perubahan menyeluruh umat Islam dalam membela nasib umat Islam yang tertindas di seluruh dunia, khususnya di Palestin. Sebagai respons segera umat Islam bagi menekan Zionis-Israel, ada lima langkah utama yang perlu segera dilaksanakan iaitu:
[1] Kempen pemboikotan produk keluaran Israel dan sekutunya perlu digerakkan semula secara besar-besaran. Memang diakui, kempen sebegini dilihat lebih bersifat bermusim, namun sekiranya ia digerakkan secara berstrategi dan menyeluruh, pastinya memberi kesan lebih kuat. Dengan strategi pemboikotan yang bersasar, ia mampu melumpuhkan ekonomi konglomerat Israel, sekali gus menghapuskan penguasaan ekonomi mereka.
[2] kempen media sosial amat penting dan sangat berkesan. Walaupun media sosial utama dunia dikuasai Israel seperti Twitter, Instagram dan Facebook, namun dengan kekuatan solidariti umat Islam berjumlah 1.9 billion ini, ia mampu menggegar dunia serta mendedahkan kezaliman Israel kepada penduduk Palestin. Pihak Zionis-Israel sentiasa memadamkan maklumat dan berita berkaitan Palestin daripada rangkaian media sosial yang dikuasai mereka. Oleh itu, strategi dan kreativiti umat Islam seluruh dunia amat diperlukan bagi menembusi kepungan maklumat mereka. Maklumat berkaitan Palestin boleh dikongsi secara reverse psychology iaitu dengan memulakan perkongsian maklumat berkaitan pelancongan di Israel, kemudian diikuti dengan realiti penindasan yang berlaku di Palestin serta sejarah asal kewujudannya.
[3] Penyaluran dana kewangan adalah keperluan mendesak bagi pejuang Palestin dalam usaha perjuangan ini. Umat Islam wajib menyalurkan bantuan semampu mungkin kepada badan yang menguruskan sumbangan terus kepada pejuang Palestin. Pelbagai NGO di Malaysia yang mempunyai akses terus ke Palestin. Sumbangan kewangan adalah bukti solidariti umat Islam dan kesaksian di hadapan Allah SWT penyertaan kita dalam perjuangan suci ini.
[4] Momentum solidariti kebajikan umat Islam perlu digerakkan sepenuhnya di seluruh dunia bagi membantu rakyat Palestin. Tindakan sokongan kebajikan ini perlu segera dilaksanakan di peringkat domestik negara Islam dan antarabangsa. Peranan ini boleh dimainkan ketua negara Islam dengan duduk semeja dan menetapkan tindakan segera mewakili dunia Islam. Bantuan makanan, perubatan, kemanusiaan dan sokongan moral perlu segera digerakkan di seluruh dunia Islam tanpa bertangguh. Setiap nyawa saudara kita di Palestin dipertanggungjawabkan kepada kita umat Islam seluruh dunia. Kepentingan diri dan negara masing-masing perlu diketepikan demi tanah suci Islam tercinta. Negara Islam tidak perlu takut, malah seharusnya berasa kuat dengan solidariti yang ada serta penguasaan ‘Emas Hitam’ yang dimiliki negara Islam. Kekuatan umat Islam terserlah sekiranya seluruh umatnya bersatu, bak kata pepatah ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.’
[5] Doa ialah senjata bagi orang Mukmin. Sempena keberkatan bulan Rabiul Awal bulan kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah SAW, umat Islam seluruh dunia diseru untuk bermunajat dan memanjatkan doa setulus ikhlas memohon bantuan kepada Allah SWT Yang Maha Perkasa untuk membantu perjuangan Mujahidin di Palestin. Umat Islam juga diseru melazimi Qunut Nazilah dalam setiap solat supaya Allah SWT memberikan kekuatan dan kemenangan kepada perjuangan Islam di Palestin.
Yakinlah kita tentang janji Allah berkenaan kemenangan Islam di Palestin dalam memerangi kezaliman zionis Yahudi. Islam dijulang tinggi, kejahatan zionis yahudi dihenti. Biar nyawa melayang asalkan tanah wakaf Palestin milik umat Islam dapat dimerrdekakan. Biar bermandi darah asalkan Masjid Aqsa dibebaskan dari cengkaman zionis yahudi yang menjajah.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Khutbah Jumaat : Contohi Nabi Muhammad s.a.w Menjadi Peniaga Hebat Jauhi Laknat
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?”
Kita masih berada pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Kelahiran nabi s.a.w telah merubah keadaan dunia yang selama ini berada dalam kelam kufur kepada terangnya iman, daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada akal dan nafsu serakah menjadi asas pertimbangan kepada tunduk patuh pada wahyu al-Quran. Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam di mana cara penyampaian risalah Islam adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada alam sejagat bukannya membawa keresahan dan bencana.
Antara rahmat kedatangan nabi Muhammad s.a.w kepada manusia ialah menukar cara hidup jahiliah seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup kepada meletakkan kaum wanita ditempat yang mulia, mengharamkan perempuan daripada berkahwin lebih daripada seorang suami bagi memastikan zuriat terjaga tidak seperti amalan jahiliah yang menisbahkan anak hasil perkahwinan dengan ramai lelaki mengikut rupa lelaki mana yang serupa dengan anak yang baru dilahirkan. Rahmat kepada haiwan contohnya wajib kita menggunakan alat yang tajam ketika menyembelih dan diharamkan membunuh binatang sesuka hati. Begitu juga rahmat kepada tumbuh-tumbuhan yang dilarang daripada dicabut, ditebang sesuka hati walau pun dalam peperangan. Akibat manusia rakus merosakkan hutan dengan menebang tumbuh-tumbuhan secara melampau antara penyebab yang membawa kepada kepanasan global yang semakin tinggi bukan sahaja membahayakan kesihatan malah mengancam nyawa
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1-6 surah al-Muthaffifiin:
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ ﴿١﴾ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ ﴿٢﴾ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ ﴿٣﴾ أَلَا يَظُنُّ أُولَٰئِكَ أَنَّهُم مَّبْعُوثُونَ ﴿٤﴾ لِيَوْمٍ عَظِيمٍ ﴿٥﴾ يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٦﴾
Maksudnya : Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?
Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai khatamul Anbiya wal Mursalin yang membawa rahmat kepada seluruh alam maka syariat yang dibawa bukan hanya berlegar dalam hal masalah ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji sahaja malah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja menjadi contoh kepada pendakwah yang tabah dan hebat malah baginda s.a.w menjadi contoh sebagai ayah dan suami yang penyayang, ketua negara yang adil dan saksama. Begitu juga baginda s.a.w menjadi suri teladan yang terbaik dalam mengurus ekonomi.
Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah
التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ – رواه الترمذي
Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang mati syahid.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
إِنَّ التُّجَّارَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ فُجَّارًا، إِلَّا مَنْ اتَّقَى اللَّهَ، وَبَرَّ، وَصَدَقَ- رواه الترمذي
Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.”
Peniaga yang berjaya dunia dan akhirat adalah yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak, yang juga disertai dengan sifat benar dan amanah. Sifat-sifat sedemikian adalah merupakan ciri-ciri yang akan menempatkan peniaga bersama-sama dengan para nabi dan rasul. Rasulullah SAW telah menghalang orang yang melakukan jual beli daripada bersumpah dan mengatakan sesuatu yang tidak benar.
الْحَلِفُ مُنَفِّقَةٌ لِلسِّلْعَةِ مُمْحِقَةٌ لِلْبَرَكَةِ
Maksudnya: “Sumpah itu melariskan barang dagangan akan tetapi menghapuskan keberkatannya”
Di samping itu para peniaga hendaklah sentiasa bersedia memberi kemudahan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Mereka perlu ingat bahawa tujuan perniagaan bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata tetapi juga terselit konsep memberi kemudahan dan membantu pihak lain, khasnya pembeli. Bagi peniaga Muslim inilah peluang yang boleh direbut kerana sesiapa yang memberi hutang dan melanjutkan tempoh bayaran balik hutang tersebut, Allah SWT telah berjanji akan memberinya bayangan arasy di akhirat kelak. Ini menunjukkan peluang untuk mendapat keredhaan Allah SWT melalui perniagaan.
Firman Allah dalam ayat 280 surah al-Baqarah :
وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَن تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).”
Imam al-Maraghi menjelaskan ayat ini: “Sekiranya penghutang sedang mengalami kesulitan, hendaklah pemiutang menunggu atau memberi tempoh sampai ada kelapangan sehingga memungkinkan dia melunaskan hutang. Namun begitu, bersedekah kepada orang yang berhutang yang sedang menanggung kesulitan dengan membebaskan sebahagian atau seluruh hutangnya adalah lebih baik bagi pemiutang dan lebih besar pahalanya di sisi Allah SWT daripada menunda masa pembayaran mereka.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
لاَ يَحتَكِرُ إِلاَّ خَاطِئٌ
Maksudnya: “Monopoli hanya dilakukan oleh orang yang bersalah.”
Monopoli ialah membeli barangan yang disenaraikan sebagai makanan asasi daripada pasaran, apatah lagi jika dilakukan ketika barangan tersebut amat diperlukan oleh pengguna. Barangan tersebut dihimpun dan disorok dengan tujuan menaikkan harganya berlipat kali ganda dan kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan mengeksploitasi keperluan orang ramai. Imam al-Nawawi mendefinisikan monopoli barang (al-ihtikar) sebagai: “Seseorang membeli makanan ketika harganya tinggi untuk dijualbelikan, tetapi dia tidak menjualnya pada waktu itu, malah disorokkannya agar dapat menjualkan barang dengan harga yang lebih tinggi.” Menurut Imam al-Syairazi, monopoli barang adalah: “Seseorang membeli barang pada waktu harganya tinggi dan menahannya bagi tujuan menaikkan harganya.” Manakala Imam al-Ghazali menyatakan bahawa monopoli barang adalah: “Penjual barangan menyimpan barangan (kerana) menunggu harga dinaikan.”
Imam Al-Kasani menyatakan pengharaman monopoli barang adalah kerana dilihat kepada kemudaratan yang boleh berlaku kepada pihak masyarakat ramai . Jika orang ramai amat memerlukan makanan asasi tersebut atau keadaan menjadi dharurat, orang yang memonopoli tadi boleh dipaksa menjual barangan tersebut dengan harga yang munasabah. Jika dia ingkar, hakim boleh menjual barangan tersebut bagi pihaknya dan hasil jualan diserahkan kepadanya.
Ini sebagai bukti bahawa Islam mengambil berat tentang hal kehidupan manusia agar sebarang bentuk penipuan dan penindasan dapat dihindarkan. Islam sentiasa memberi panduan kepada kita untuk membentuk masyarakat yang sentiasa dalam keharmonian, ketenangan dan selamat daripada sebarang bentuk kerisauan dan kebimbangan. Semoga negara kita ini sentiasa aman, harmoni, tenteram seterusnya dikurniakan keberkatan rezeki dan kemewahan yang akhirnya menatijahnya negara yang disebutkan sebagai Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya. Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.
Kewajipan kita bersama untuk mencontohi nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya agar kita berjaya dunia akhirat. Kegagalan mematuhi syariat Islam menyebabkan kita hina didunia dan merana di akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ