Khamis, 27 Disember 2018

Bala Allah DiIngat Hukum Allah DiMartabat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 40 surah al-Ankabut : فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ ۖفَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّـهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَـٰكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ ﴿٤٠﴾ Maksudnya : Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Kini kita berada dipenghujung tahun 2018 di mana beberapa hari lagi bakal menyambut tahun baru 2019 Masihi. Perubahan hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan dan bulan bertukar tahun mengingatkan kita bahawa semakin hampirnya kita kepada saat kematian dan semakin dekatnya dunia dengan qiamat. Beradanya kita pada bulan terakhir iaitu Disember turut mengetuk hati kita tentang banyak peristiwa besar berkaitan musibah yang menguji umat manusia seperti Tsunami Acheh 2004, banjir besar pantai Timur 2014 dan terbaru beberapa hari lepas berlaku tsunami gunung berapi yang sudah meragut lebih 400 nyawa di Anak Krakatau yang berada di tengah Selat Sunda antara kepulauan Jawa dan Sumatera, Indonesia Alam berbicara dengan berlakunya bencana atas arahan Allah bukan perkara baru kerana umat manusia sebelum ini pernah menghadapinya terutama umat yang kufur dan melawan Allah dan rasulNya termasuk Raja Namrud, Firaun, Qarun, kaum Ad, kaum Thamud, kaum Saba’ dan lain-lain. Jadilah ia sebagai pengajaran menginsafkan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 19 surah Yaasin : قَالُوا طَائِرُكُم مَّعَكُمْ ۚ أَئِن ذُكِّرْتُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ ﴿١٩﴾ Maksudnya : Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau" Al-Quran dan hadis nabi banyak membicarakan tentang punca atau sebab datangnya bala bencana daripada Allah ke atas umat manusia antaranya : [1] akibat kekufuran dan keengkaran mereka kepada Allah dan rasulNya. Kita dapat saksikan banyak berlaku bencana alam termasuk tsunami akibat adanya perbuatan syirik termasuk melakukan amalan memuja pantai dan sebagainya Begitu juga merebaknya penyakit merbahaya seperti hiv Aids akibat LGBT, zina. Oleh itu kita menentang sekerasnya cadangan untuk mengedar kondom percuma atas alasan golongan remaja hari ini susah untuk disekat daripada berzina. Kerajaan sepatutnya lebih bersungguh menutup pintu zina dari segi pergaulan bebas dan memperkasakan Mahkamah Syariah termasuk menghukum penzina dengan hukum Islam. Kita juga menyokong hasrat kerajaan Kelantan untuk mengawal remaja perempuan agar tidak berpeleseran pada waktu malam bagi menjaga maruah dan keselamatan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 59 surah al-Qosas : وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهْلِكَ الْقُرَىٰ حَتَّىٰ يَبْعَثَ فِي أُمِّهَا رَسُولًا يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۚ وَمَا كُنَّا مُهْلِكِي الْقُرَىٰ إِلَّا وَأَهْلُهَا ظَالِمُونَ﴿٥٩﴾ Maksudnya : Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim. [2] Turunnya bala Allah akibat manusia melakukan kezaliman dengan melakukan maksiat termasuk hanyut dengan hiburan yang melampau, pesta arak, pendedahan aurat, meninggal solat, suburnya amalan riba, rompakan, pembunuhan. Kejahatan akan bertambah akibat kejahilan apatah lagi dirasuk dengan fahaman liberal yang menganggap bahawa agama untuk amalan peribadi semata-mata bukannya tugas kerajaan sehingga timbul golongan yang mengeluarkan suara sumbang membantah usaha kerajaan Terengganu yang mahu mengambil tindakan kepada rakyat yang meninggalkan solat. Sebagaimana suara sumbang yang menentang tindakan kerajaan Kelantan yang mengambil tindakan kepada terutama peniaga beragama Islam yang mendedah aurat قال: فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ . فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَتَى ذَاكَ ؟ قَالَ : إِذَا ظَهَرَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ – رواه الترمذي Maksudnya: Berlaku pada umat ini, gempa bumi, diubah menjadi rupa makhluk lain dan fitnah. “Seorang laki-laki dari kaum muslimin bertanya :” Wahai Rasulullah ! bila berlaku perkara itu? Sabda nabi: “Apabila semakin banyak nyanyian dan alat-alat muzik dan minum arak. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 16 surah al-Isra’ : وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦﴾ Maksudnya : Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. [3] Turunnya bala Allah akibat kezaliman yang dilakukan oleh golongan yang berkuasa terutama pemimpin yang menipu rakyat, rasuah, pecah amanah. Golongan kaya yang menipu dalam perniagaan demi mengejar keuntungan tanpa mengira halal haram. Golongan kaya yang tidak mahu mengeluarkan zakat yang dianggap membebankan. Tidak terlepas golongan Ulama yang bisu dalam menegur perkara yang hak akibat mengejar habuan dunia. Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal : وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥﴾ Maksudnya : Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. [4] Turunnya bala Allah akibat orang soleh hanya berdiam diri melihat kemungkaran yang berlaku. Kerja amar makruf nahi mungkar diabaikan sehingga masalah aqidah termasuk isu pendakyah Kristian yang menjalankan dakyah terus berjalan tanpa tindakan tegas. Masalah sosial dipandang sepi. Oleh itu kerja penting ini mesti diperkasakan di semua peringkat termasuk dengan memperkasakan pendidikan Islam di sekolah dan university agar masyarakat Islam yang buta agama dapat diubati. Suara yang ingin mengurangkan pengajian Islam di sekolah wajib ditentang habis-habisan. Kita tidak mahu lagi mendengar ramai pelajar sekolah walau pun sudah baligh tetapi tidak pandai solat, tidak tahu mengucap 2 kalimah syahadah dan bacaan wajib dalam solat. Jangan tiru perangai penjajah yang sengaja menghalang lepasan pengajian agama daripada memegang jawatan penting قال الرسول : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ - رواه البخاري Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 41 surah ar-Ruum : ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤١﴾ Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). 4] Turunnya bala Allah akibat kerosakan akibat maksiat dan juga pengkhianatan terhadap alam termasuk memusnahkan hutan simpan, tempat tadahan hujan, pembangunan di lereng bukit yang membahayakan, pencemaran sungai dan laut serta banyak lagi kerosakan terhadap alam yang dilakukan oleh umat manusia yang menyebabkan berlakunya bencana alam Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 155-157 surah al-Baqarah : وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ ﴿١٥٥﴾ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿١٥٦﴾أُولَـٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ﴿١٥٧﴾ Maksudnya : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. Namun begitu ada juga bala yang diturunkan oleh Allah bukan disebabkan kekufuran, maksiat atau perbuatan khianat sebaliknya ia bagi meningkatkan keimanan orang beriman serta sebagai menambah pahala atas kesabaran Begitulah juga bila kita perhatikan betapa ramai manusia yang kufur dan bergelumang dengan maksiat tetapi Allah tidak turunkan bala bencana kepada mereka bukan disebabkan Allah sayang kepada mereka sebaliknya ia adalah ‘istidraj’ iaitu pemberian untuk melalaikan diri mereka sehingga mereka dimatikan dalam keadaan kufur dan tidak bertaubat kepada Allah. Mereka diberikan kesenangan dunia sebelum diazab oleh Allah di alam kubur dan seterusnya akhirat nanti Firman Allah dalam ayat 15-16 surah Hud : مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ ﴿١٥﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ إِلَّا النَّارُ ۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُوا فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١٦﴾ Maksudnya : Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. (15)Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sifat Munafiq DiJauhi Islam DiJulang Tinggi Kemuliaan DiMiliki

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ!!! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Munafiqun : إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّـهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ ﴿١﴾ اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ﴿٢﴾ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ ﴿٣﴾ ‌ Maksudnya : Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah) Antara surah yang nabi Muhammad s.a.w gemar membacanya dalam solat Jumaat ialah surah al-Munafiqun. Surah ini banyak membongkarkan tentang sifat dan perancangan jahat golongan munafiq dalam mengkhianati Islam dan umatnya. Oleh itu kita semua wajib menjauhkan diri kita daripada memiliki sifat golongan munafiq agar kita berjaya dunia dan akhirat. Kita wajib yakin dengan Islam serta sanggup mempertahankan Islam dan umatnya daripada dinodai, dihina apatah lagi dikhianati. Kita juga diminta supaya berdoa agar dijauhkan daripada sifat munafiknya قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو : " اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ النِّفَاقِ ، وَسُوءِ الأَخْلاقِ Maksudnya : Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau daripada sifat munafik dan akhlak buruk ( HR Abu Nu’aim) Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Ketika kita membaca surah al-Baqarah lagi maka didapati pada awal surah al-Baqarah di mana Allah menyebutkan 3 golongan manusia iaitu: [1] Golongan Mukmin [2] Golongan Kafir dan [3] Golongan Munafik Allah menjelaskan pada ayat-ayat dalam permulaan surah al-Baqarah tentang busuknya hati orang-orang munafik dan permusuhan mereka kepada golongan Mukmin. Berikut adalah antara sifat-sifat golongan munafik: [1] Suka berbuat kerosakkan tetapi mendakwa sebagai orang yang melakukan perkara baik sebagaimana Firman Allah dalam ayat 11-12 surah al-Baqarah: وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (١١) أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ Maksudnya : Apabila dikatakan kepada mereka : “Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi.” Maka mereka berkata : “Kami hanyalah orang-orang yang melakukan kebaikan.” Ketahuilah, mereka adalah golongan yang melakukan kerosakan tetapi mereka tidak menyedarinya." [2] Orang-orang yang sangat bodoh tetapi mengaku pandai sebaliknya menuduh orang yang mahu menegakkan Islam sebagai bodoh sebagaimana ayat Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Baqarah: وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ ءَامِنُوا كَمَا ءَامَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا ءَامَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُونَ Maksudnya : Apabila dikatakan kepada mereka : “Berimanlah kamu (yakni percayalah kamu kepada janji Allah dan agama Islam) sebagaimana orang-orang lain telah beriman.” Mereka menjawab : “Adakah kami perlu percaya sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah percaya?” Jawab Allah : Ingatlah sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu.” [3] Orang-orang yang menipu Allah sebagaimana ayat Firman Allah dalam ayat 15 surah al-Baqarah: اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ Maksudnya : Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka itu.” [4] Orang yang Islam hanya pada zahirnya tetapi tidak pada hatinya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 64 – 66 Surah at-Taubah: يَحْذَرُ الْمُنَافِقُونَ أَن تُنَزَّلَ عَلَيْهِمْ سُورَةٌ تُنَبِّئُهُم بِمَا فِي قُلُوبِهِمْ ۚ قُلِ اسْتَهْزِئُوا إِنَّ اللَّهَ مُخْرِجٌ مَّا تَحْذَرُونَ • وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ Maksudnya : Golongan munafiqin itu takut akan diturunkan ke atas mereka suatu surah yang mendedahkan apa yang tersembunyi di dalam hati mereka. Katakanlah "Teruskan ejekan-ejekanmu. Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu" • Dan jika kamu nyatakan kepada mereka (berkenaan ejekan mereka), tentulah mereka akan menjawab "Sesungguhnya kami hanyalah bergurau dan main-main sahaja" Katakanlah apakah dengan Allah dan RasulNya pun kamu buat gurauan? • Tidak perlu kamu meminta maaf kerana kamu telah pun kafir setelah beriman Surah lain yang menyebut sifat munafik ialah Surah at-Taubah terutama melalui ayat 64 hingga ayat 66 di mana Allah menjelaskan berkaitan dengan perilaku golongan munafiq yang menghina Nabi SAW. Golongan munafiq sewenang-wenangnya memperlekeh Nabi SAW. Allah melancarkan cabaran supaya mereka meneruskan tabiat jelek mereka hingga isi hati mereka yang bencikan Islam itu terdedah. Golongan munafiq suka bermain-main dengan agama. Apabila ditanya mengapa mulut mereka lancang memperlekeh urusan agama? Lantas dengan selamba mereka menjawab kononnya perlekehan tersebut hanyalah senda gurau. Allah mengancam bahawa gurauan seumpama itu menyebabkan iman mereka terbatal. Malah golongan munafiq menuduh Nabi menabur Janji Palsu. Antaranya Allah merakamkan dialog golongan munafiq melalui ayat 12 surah al-Ahzab: وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا Maksudnya : Dan ketika golongan munafiqin & orang yang hatinya berpenyakit berkata "Apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya kepada kami, hanyalah tipu daya belaka" Nabi SAW yang bersifat benar dan amanah, tiba-tiba didakwa kononnya sebagai orang yang memungkiri janjinya. Ternyata, ia merupakan tabiat golongan munafiqin seperti yang telah didedahkan oleh al-Quran. Kita sebagai umat beriman wajib berpegang bahawa Sifat Wajib Bagi Nabi iaitu [1] Sidiq iaitu Benar maka Mustahil Nabi menipu apatah lagi memungkiri janji. [2]Amanah iaitu Jujur maka Mustahil Nabi mengkhianati hak Allah dan hak manusia. [3] Fathonah iaitu Cerdik maka Mustahil Nabi berperilaku bodoh kerana panduan wahyu mencerdikkan sesiapa yang mengikutinya. [4] Tabligh iaitu Menyampaikan maka Mustahil Nabi menyembunyikan ajaran Islam atau mewariskan ajaran Islam secara tidak sempurna. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 93 surah an-Nisa’ : وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّـهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا ﴿٩٣﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. Ketika berbicara dengan isu kajian terhadap hukum bunuh maka Islam telah menjelaskan bagaimana tujuan hukum qisas maka keluarga mangsa boleh mendapat ganti rugi untuk meneruskan kehidupan kerana yang telah mati itu tidak akan hidup kembali tetapi kehidupan keluarga mangsa tetap perlu diteruskan. Qisas adalah satu-satunya bentuk hukuman yang boleh menyelamatkan manusia seluruhnya daripada bahaya pembunuhan yang bertambah-tambah dari semasa ke semasa. Suatu pembunuhan tidak diikuti oleh pembunuhan lain atau ganti rugi akan menyebabkan timbulnya perasaan dendam. Pembunuhan terbaru dengan pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa dalam tragedi rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang yang soleh. Kita menjadi saksi pengakhiran hidupnya yang baik sehingga terkorban nyawa demi menyelamatkan dan menjaga keharmonian negara. Namun Allah lebih menyayangi dirinya dan lebih mengetahui hikmah disebaliknya. Kepada kaum keluarga dan sahabat sepasukan, banyakkan bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang perit ini. Ingatlah, dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga penjenayah yang melakukan perbuatan kejam ini diadili dengan segera Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 109 surah an-Nisa’ : وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٠٩﴾ Maksudnya : Ramai di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Pada hari Jumaat yang mulia ini, di atas mimbar yang mulia ini maka marilah kita sama-sama mengutuk kekejaman terhadap umat Islam Uighur menjangkau 10 juta orang berbanding 22 juta rakyat di Xinjiang. Pemimpin negara China melancarkan dakyah propaganda ‘membanteras keganasan’ untuk menghukum umat Islam Uighur. Laporan PBB mendedahkan kira-kira sejuta umat Islam Uighur telah ditahan di sebuah kem tahanan rahsia dan masjid-masjid di Xinjiang telah dimusnahkan. Umat Islam ditahan dikem dianggap sebagai pesakit mental, dipaksa murtad dan didoktrin dengan ideologi komunis. Inilah baru betul diskriminasi yang berlaku. Angkatlah tangan-tangan kita untuk berdoa kepada Allah agar kekejaman terhadap saudara seagama kita yang sedang ditindas dapat dihentikan segera dan keadilan dapat dikembalikan. Hidupkah hati kita yang masih boleh bergelak ketawa ketika saudara kita dibunuh sesuka hati. Boleh tidur nyenyakkah kita ketika rumah saudara kita dibakar dan dimusnah. Selesakah untuk menjamu selera ketika tubuh saudara kita dimamah peluru musuh Islam. Sempurnakah iman kita tidak merasa apa-apa dengan penderitaan saudara yang sedang menjerit derita. Tepuklah dada tanyalah iman kita بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 19 Disember 2018

Hak Allah DiNobat Negara Berkat Umat Selamat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 11 surah at-Taghabun : مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۗوَمَن يُؤْمِن بِاللَّـهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١١﴾ ‌ Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu Kini kita di negeri sebelah Pantai Timur sedang memasuki musim tengkujuh di mana sudah ada beberapa tempat yang sedang dilanda banjir. Hujan itu adalah suatu rahmat daripada Allah. Namun, apabila ia turun terlalu lebat dan banyak atau turun terus menerus sehingga mengakibatkan banjir besar, maka sudah tentu ianya suatu bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan daripada Allah. Jika yang terjadi adalah hujan yang begitu lebat atau hujan yang tidak kunjung henti di tempat kita, maka kita boleh meminta pada Allah untuk mengalihkan hujan tersebut ke tempat yang lebih manfaat dengan mengamalkan doa yang terdapat di dalam Al-Quran dan diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya pernah nabi s.a.w berdoa: اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ- رواه البخاري ومسلم . Maksudnya : “Ya Allah!, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura: وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Antara tindakan kita sebagai umat yang beriman apabila diuji dengan sesuatu musibah iaitu : [1] Segera ambil tindakan disertai muhasabah seperti jika sakit segera berubat [2] Tetap berfikiran positif dan jangan sama sekali berburuk sangka kepada Allah dengan musibah apapun yang dialami apatah lagi menyalahkan takdir [3] Jangan mengeluh dan mencela Musibah sebab musibah dalam banyak keadaan menjadi pilihan Allah dalam menjadikan diri kita menjadi hamba yang lebih baik dan ia juga suatu cara pengampunan dosa dan membawa kebaikan-kebaikan lainnya. قال النبي : عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ – رواه مسلم Maksudnya : Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya adalah baik baginya. Hal ini tidak didapatkan kecuali pada diri seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sebaliknya apabila tertimpa kesusahan, dia pun bersabar, maka yang demikian itu merupakan kebaikan baginya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 12-13 surah ar-Ra’du : هُوَ الَّذِي يُرِيكُمُ الْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنشِئُ السَّحَابَ الثِّقَالَ ﴿١٢﴾ وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَن يَشَاءُ وَهُمْ يُجَادِلُونَ فِي اللَّـهِ وَهُوَ شَدِيدُ الْمِحَالِ ﴿١٣﴾ Maksudnya : Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air). Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Dia Amat keras azab seksanya. Umat yang beriman kepada Allah pasti yakin bagaimana setiap apa yang berlaku telah diatur oleh Allah dengan kuasa dan kehendakNya. Allah telah melantik malaikat untuk menjalankan tugas dengan teratur samada berbentuk membawa nikmat atau azab. Ini dijelas lagi oleh nabi s.a.w dalam banyak hadis antaranya قال النبي : ِإذَا قَضَى اللَّهُ الأَمْرَ فِي السَّمَاءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ، كَأَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ-رواه البخاري Maksudnya: “Apabila Allah menetapkan suatu arahan di langit, para malaikat mengibas-ngibaskan sayapnya, kerana patuh akan arahan tersebut, firman yang didengarnya itu bagaikan gemerincing rantai besi (yang ditarik) di atas batu rata. Perkara ini memekakkan mereka (sehingga jatuh pengsan kerana ketakutan). Mereka patuh pada arahan Allah, melakukan apa yang diarahkan kepada mereka. Dalam akidah Islam, jumhur ulama menegaskan bahawa malaikat tidak melakukan kesilapan. Pandangan ini dinyatakan oleh al-Qadi Iyyad dan al-Imam al-Suyuti. Mereka berhujah dengan 2 ayat daripada al-Quran iaitu ayat 6 Surah al-Tahrim dan ayat 27 Surah al-Anbiya’ yang menggambarkan sifat malaikat itu menerima arahan dan tidak melakukan kesilapan. Malaikat itu disifatkan sebagai makhluk yang sangat taat pada Allah serta tidak melakukan kesilapan dan dosa. Sekiranya malaikat melakukan kesilapan, barangkali berlaku kesilapan mengambil nyawa orang yang belum tiba ajalnya, wahyu barangkali diutus pada orang yang salah, bahkan catatan amalan kita juga mungkin boleh tersilap. Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 178-179 surah al-Baqarah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى ۖ الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنثَىٰ بِالْأُنثَىٰ ۚ فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ ۗ فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿١٧٨﴾ وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٧٩﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. Umat Islam yang tidak terpengaruh dengan fahaman sekuler atau liberal pasti akan mengakui bahawa tiada system politik, ekonomi, social yang lebih baik dan adil daripada Islam. Agama dalam Islam ialah panduan hidup berdasarkan wahyu Allah. Kebenaran membabitkan kewujudan rohani dan ukhrawi yang disampaikan oleh Rasul. Islam juga menawarkan sistem kehidupan dan hukum-hakam yang sesuai untuk individu serta awam. Dengan kata lain, agama dalam Islam bukan sekadar masalah peribadi seperti dipegang sebahagian tradisi agama lain, tetapi merangkumi soal kemasyarakatan. Kesan negatif akibat keutamaan diberikan terhadap kebebasan individu berbanding komuniti hanya melahirkan masyarakat yang mementingkan diri dan mengabaikan perasaan orang lain. Terlalu menjaga hak kebebasan seperti kebebasan bersuara menyebabkan timbul pelbagai masalah yang menjurus kepada sikap tidak bertoleransi terhadap bangsa dan agama hingga berlaku fitnah agama. Ketika berbicara dengan isu kajian terhadap hukum bunuh dan sebat maka Islam telah menjelaskan bagaimana tujuan hukum qisas maka keluarga mangsa boleh mendapat ganti rugi untuk meneruskan kehidupan kerana yang telah mati itu tidak akan hidup kembali tetapi kehidupan keluarga mangsa tetap perlu diteruskan. Qisas adalah satu-satunya bentuk hukuman yang boleh menyelamatkan manusia seluruhnya daripada bahaya pembunuhan yang bertambah-tambah dari semasa ke semasa. Suatu pembunuhan tidak diikuti oleh pembunuhan lain atau ganti rugi akan menyebabkan timbulnya perasaan dendam. Pembunuhan terbaru dengan pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa dalam tragedi rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan orang yang soleh. Kita menjadi saksi pengakhiran hidupnya yang baik sehingga terkorban nyawa demi menyelamatkan dan menjaga keharmonian negara. Namun Allah lebih menyayangi dirinya dan lebih mengetahui hikmah disebaliknya. Kepada kaum keluarga dan sahabat sepasukan, banyakkan bersabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang perit ini. Ingatlah, dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga penjenayah yang melakukan perbuatan kejam ini diadili dengan segera Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 109 surah an-Nisa’ : وَدَّ كَثِيرٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُم مِّن بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِّنْ عِندِ أَنفُسِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّـهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٠٩﴾ Maksudnya : Ramai di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sikap musuh Islam tidak akan berpuas hati dengan umat Islam sehingga kita sanggup menjadi kuda tunggangan kepada mereka. Renungi kenyataan Sultan Brunei ketika ditekan oleh barat kerana melaksanakan hukum Islam : "Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang yang tertuduh, kadar ketinggian jenayah, kadar bunuh diri dan pengguguran bayi yang tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan di sana. Banyak agama yang menentang LGBT sedangkan kamu membiakkannya. Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?. Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di Brunei sedangkan kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbunuh di sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunuh di sini di bawah Undang-undang Syariah dan kamu kecoh menggembar-gemburkannya, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya, menerimanya dengan aman”. Pada hari Jumaat yang mulia ini, di atas mimbar yang mulia ini maka marilah kita sama-sama mengutuk kekejaman terhadap umat Islam Uighur menjangkau 10 juta orang berbanding 22 juta rakyat di Xinjiang. Pemimpin negara China melancarkan dakyah propaganda ‘membanteras keganasan’ untuk menghukum umat Islam Uighur. Laporan PBB mendedahkan kira-kira sejuta umat Islam Uighur telah ditahan di sebuah kem tahanan rahsia dan masjid-masjid di Xinjiang telah dimusnahkan. Umat Islam ditahan dikem dianggap sebagai pesakit mental, dipaksa murtad dan didoktrin dengan ideologi komunis. Inilah baru betul diskriminasi yang berlaku. Angkatlah tangan-tangan kita untuk berdoa agar kekejaman terhadap saudara seagama kita yang sedang ditindas dapat dihentikan segera dan keadilan dapat dikembalikan. Hidupkah hati kita yang masih boleh bergelak ketawa ketika saudara kita dibunuh sesuka hati. Boleh tidur nyenyakkah kita ketika rumah saudara kita dibakar dan dimusnah. Selesakah untuk menjamu selera ketika tubuh saudara kita dimamah peluru musuh Islam. Sempurnakah iman kita tidak merasa apa-apa dengan penderitaan saudara yang sedang menjerit derita. Tepuklah dada tanyalah iman kita بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 12 Disember 2018

ICERD DiTentang Islam DiJulang Ummah Gemilang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 103-106 Surah Al-Kahfi : قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا (103) الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا (104) أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا (105) ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا (106) Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?”; “(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".; “Merekalah orang-orang yang kufur (ingkar) akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya (adanya Hari Akhirat). Oleh itu gugurlah amal-amal mereka, maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada Hari Kiamat kelak”.); “(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam disebabkan mereka kufur (ingkar), dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan”. Al-Quran, Sunnah dan sepakat para ulama bahawa Islam menjadi syarat sah kepada semua amalan agama dan juga amalan kehidupan dunia yang tidak terpisah daripadanya. Ketegasan diterima amalan di sisi Allah bersyaratkan Islam ketika berlakunya hisab di Hari Akhirat nanti, yang menjadi kemuncak wawasan kepada setiap orang yang beriman. Bermakna menolak dengan tegas ungkapan secara mudah: “Asalkan dia baik, walaupun tanpa Islamnya”. Tidak dinafikan betapa Islam menilai juga kebaikan seseorang walaupun dia bukan Islam kerana Rasulullah S.A.W menghargai tokoh jahiliah yang berakhlak dan memberi penghormatan kepada keluarganya. Tetapi dalam hubungan sekadar urusan dunia sahaja. Adapun perhitungan Allah berlangsung sehingga Hari Akhirat yang tidak ada lagi perhitungan manusia, mewajibkan Islam menjadi syarat diterima di sisi Allah. Islam itu wajib menjadi dasar dan matlamat serta caranya juga menepati ajaran Islam. Islam menegaskan bahawa perjalanan seseorang manusia itu tidak tamat di Alam Dunia dan tidak berakhir dengan kematian. Selepas ini adanya Alam Barzakh yang lebih panjang daripada kehidupan dunia dan selepas alam kubur pula passti kita bakal menempuh Alam Akhirat yang kekal abadi. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran : وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾ Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Atas keyakinan inilah maka kita umat Islam wajib menjaga kesucian agama Islam daripada dilanggar dan hak umat Islam dicabul. Islam sentiasa membuka pintu perbincangan antara agama dan perdamaian tetapi bukanlah sehingga dasar Islam digadai. Kenyataan terbaru UNESCO telah mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama paling aman di dunia. Oleh itu bila umat Islam terus dituding sebagai penceroboh kepada sebuah kuil di Selangor minggu lepas ditambah dengan tuduhan melampau oleh pihak tidak bertanggungjawab di India bahawa orang Islam telah membunuh penganut Hindu dalam isu ini mesti ditentang dan dibersihkan segera. Semoga kes yang melibatkan pihak yang tertentu maka selesailah dengan cara yang baik bukannya dengan mengapikan api perkauman dan kebencian agama. Islam mengharamkan pencerobohan kuil atau gereja samada ketika aman atau perang Kita juga mahu isu pengedaran risalah Kristian kepada umat Islam dibanteras dengan tegas bukan kes didakwa separuh jalan apabila Pejabat Peguam Negara mengarah kes ini ditarik balik dan pendakyah Kristian dari luar negara dihantar pulang tanpa sebarang tindakan yang sepatutnya. Kebebasan beragama ada batas bukan boleh diceroboh sesuka hati sehingga membelakangkan perundangan negara Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 58-59 surah an-Nahlu : وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِالْأُنثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ﴿٥٨﴾ يَتَوَارَىٰ مِنَ الْقَوْمِ مِن سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ ۚ أَيُمْسِكُهُ عَلَىٰ هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ ۗ أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ ﴿٥٩﴾ Maksudnya : Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil dia berfikir): adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu. Kehadiran nabi Muhammad s.a.w bersama mukjizat terbesar al-Quran telah mengubah cara hidup mengikut hawa nafsu kepada berpandu wahyu termasuk dalam mengembalikan kemulian wanita yang dizalimi dan ditindas oleh masyarakat jahiliah. Orang Yunani menganggap wanita sebagai bahan seronok sahaja. Orang Romawi memberikan hak atas seorang ayah atau suami menjual anak perempuan atau isterinya. Orang Arab memberikan hak atas seorang anak untuk mewarisi isteri ayahnya. Wanita tidak mendapat hak waris dan tidak berhak memiliki harta benda dan ramai anak perempuan dibunuh hidup-hidup. Pada hari ini kita melihat kesan daripada tandatangan pengesahan kepada beberapa undang-undang antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berkait dengan wanita dan kanak-kanak sebelum ini menyebabkan negara kita sedang ditekan oleh masyarakat antarabangsa berdasarkan laporan pihak anti Islam dalam negara sehingga isu perkahwinan bawah umur cuba disekat sedangkan di Amerika Syarikat sendiri tiada had umur untuk perkahwinan dikekalkan. Begitu juga mahu mengkaji masalah khitan anak perempuan sedangkan sebagaimana maklum balas dari Menteri Kesihatan sendiri bahawa khitan yang dilaksana di Malaysia berbeza jauh dengan khitan masyarakat wanita di Afrika yang melampau daripada suruhan agama. Kita yakin bahawa khitan bukan adat tradisi tetapi ia adalah suruhan agama. Menurut Mazhab Syafei dan Hambali hukum khitan wajib bagi lelaki dan perempuan. Manakala mazhab Hanafi dan Maliki pula berpendapat adalah sunat bagi lelaki dan perkara yang elok bagi perempuan. Rasulullah SAW pernah bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah RA: اخْفِضِي وَلَا تَنْهَكي فإِنَّهُ أنْضَرُ لِلوَجْهِ وأحْظى عنْدَ الزَّوْجِ - رواه الحاكم Maksudnya : Apabila engkau mengkhitan perempuan, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit kelentit) semuanya, kerana ia boleh meceriakan wajah dan lebih disenangi oleh suami. Apa yang lebih membimbangkan selepas tandangan Konvensyen Antarabangsa akan menyebabkan hak samarata yang dilaungkan termasuk dalam pembahagian pusaka yang bukan sahaja tidak mahu ikut al-Quran iaitu 2 bahagian anak lelaki untuk 1 bahagian anak perempuan malah waris bukan Islam boleh menerima harta pusaka dari keluarganya yang Islam. Kedudukan Amanah Raya turut terancam apabila harta pusaka yang bernilai ratusan juta yang tidak dituntut sebelum ini akan turut boleh dituntut oleh orang bukan Islam. Begitu juga masalah isteri akan diberikan hak untuk mencerai suami akibat pengesahan konvensyen sebelum ini. Islam hanya membenarkan suami sahaja melafazkan talak namun isteri yang menghadapi pelbagai masalah dalam rumahtangga berhak berpisah dengan cara tertentu seperti tebus talak dan sebagainya. Akibat kejahilan dan menjadi ‘pak turut’ golongan anti Islam maka kemuliaan Islam dinodai dan hak umat Islam bakal diceroboh sesuka hati Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun: وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١﴾ Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; Sabtu 8 Disember lalu telah mencatat sejarah negara apabila setengah juta majoritinya umat Islam sama-sama berhimpun di Dataran Merdeka bagi menunjukkan kejayaan menekan Kerajaan agar tidak mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) . Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah untuk merampas hak orang lain. Adakah kita, dengan rela, akan menyerahkan hak kita? Kita bukan hendak mengambil hak orang lain. Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Pelampaukah kita? Rasiskah kita? Kita turut bimbang dengan cadangan supaya dibuang agama dan bangsa pada kad pengenalan kononnya bagi memelihara perpaduan mengandungi maksud jahat tersirat iaitu secara halus dan perlahan menghakis keistimewaan Islam dan Melayu yang menjadi identiti negara bernama Malaysia. Agama dan bangsa adalah identiti diri yang menjadi punca perpaduan sebuah masyarakat seperti Malaysia bukannya punca pertembungan dan perpecahan. Sejarah negara membuktikan bagaimana usaha pejuang kemerdekaan membolehkan kontrak sosial antara kaum berjalan baik mengikut lunas perlembagaan. Kita pada hari ini merasai bagaimana hasil yang telah diperjuangkan oleh datuk moyang kita. Oleh itu jangan sama sekali kita menjadi pengkhianat sehingga anak cucu kita bakal melarat dan merempat dalam negara sendiri. Bak pesanan Pak Hamka : “Sekiranya engkau tidak berbuat apa-apa ketika Islam dipijak dan dihina maka lebih baik tukarkan bajumu dengan kain kafan”. Islamlah necaya kita selamat dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 29 November 2018

Ajaran nabi Muhammad s.a.w DiHayati Kedamaian DiRasai

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 128-129 surah at-Taubah : لَقَدْ جَاءَكُمْ رَ‌سُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِ‌يصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَ‌ءُوفٌ رَّ‌حِيمٌ ﴿١٢٨﴾ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَ‌بُّ الْعَرْ‌شِ الْعَظِيمِ ﴿١٢٩﴾ Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang agong.” Rabiul Awwal merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam dapat dirasa di mana dalam rumahtangga Rasulullah s.a.w adalah suami dan bapa yang bukan sahaja memelihara kebajikan kebendaan yang sementara bahkan membelai dan menyubur jiwa dan ruh ahli keluarga agar berjaya di dunia dan akhirat. Sebagai pemimpin maka nabi s.a.w bukan sahaja mahu melihat rakyat maju di dunia malah meraih kebahagiaan di akhirat dengan memastikan setiap tamadun kebendaan dan rohani berjalan serentak. Kasih sayang baginda kepadanya umatnya begitu mendalam sehingga sanggup mati dalam mengembangkan system Islam agar seramai mungkin umatnya memasuki Syurga dan terselamat daripada Neraka Allah. Ini tergambar dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud : Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 54 surah al-Maidah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkanNya; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sambutan maulidurrasul tidak sempurna hanya dengan mengisahkan perjalanan dan perjuangan hidup nabi Muhammad s.a.w tanpa ada kesungguhan dalam mengamalkan Sunnah nabi s.a.w dalam setiap aspek kehidupan termasuk akhlak peribadi yang baik, cara berkeluarga, cara bermasyarakat, cara berdakwah, cara berekonomi, cara pelaksanaan undang-undang, cara bernegara dan sebagainya. Antara sifat yang mesti ada dalam diri umat yang kasih kepada Allah dan rasulNya ialah : [1] Cinta kepada Allah dan rasulNya sehingga sanggup mati demi mempertahankan agar Allah tidak dicela dan nabi Muhammad s.a.w tidak dicela قال الرسول: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ – متفق عليه Maksudnya:Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia Baru-baru ini kita dapat saksikan bagaimana suatu deklarasi Mahkamah Eropah 2018 yang berlangsung di Austria mengambil suatu ketetapan bahawa sesiapa sahaja yang menghina nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk perkataan atau media maka ia bukan lagi menjadi kebebasan sebaliknya menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum termasuk penjara. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 4 surah as-Soff : إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ ﴿٤﴾ Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh Sifat ke-[2] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah sentiasa kasih dan berlemah lembut dengan saudara seagama serta sentiasa mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama di negara lain terutama yang sedang berdepan dengan pembunuhan dan peperangan. Apa yang terbaru ialah ketegangan antara Israel dan pejuang Islam di Gazza memuncak sejak awal bulan ini apabila 10 pejuang Palestin dan seorang pegawai tentera Israel terbunuh dalam pertempuran membabitkan kedua-dua pihak. Pesawat perang Israel turut memusnahkan 3 buah rumah milik pemimpin Hamas dan kawasan pembinaan saluran TV al-Aqsa milik Hamas di Gazza. Umat Islam yang bermaruah mengutuk kekejaman zionis Yahudi yang turut merampas tanah milik umat Islam untuk didirikan penempatan haram yahudi Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran: الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِم بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّـهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّـهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ اللَّـهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠﴾ Maksudnya : Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; Sifat ke-[3] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah bertegas terhadap orang kafir yang memusuhi Islam. Namun Islam tidak memaksa orang kafir untuk memeluk Islam. Malah bila negara dikejutkan dengan pencerobohan sebuah kuil di Selangor minggu ini maka Islam sentiasa menekankan bahawa umat Islam dilarang daripada menceroboh dan menganggu rumah ibadat agama lain. Kita tidak mahu isu ini dijadikan bahan untuk mengapikan permusuhan bangsa dan agama. Kerajaan wajib mengangani masalah ini dengan cermat dan cepat agar ia tidak merebak Kita yakin bahawa Islam agama perdamaian di mana yang terbaru UNESCO telah mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama paling aman di dunia, Semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis, Khalifah Umar bin al-Khattab memberikan jaminan keamanan kepada penduduk Baitul Maqdis yang beragama Kristian dengan ucapannya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang; inilah apa yang telah diberikan hamba Allah Umar, Amirul Mukminin keamanan kepada penduduk Iliya (Baitul Maqdis)’. Dia (Allah) telah memberikan keamanan untuk diri mereka, harta benda mereka, gereja-gereja mereka dan rumah-rumah ibadah mereka sama ada yang elok atau rosak dan kepada seluruh penganut bahawa tidak sekali-kali gereja-gereja mereka dihuni (rampas) dan tidak sekali-kali dimusnahkan dan sekali-kali dilakukan kekerasan terhadap mereka sama ada pada tubuh badan atau harta benda. Dan mereka sekali-kali tidak dipaksa untuk meninggalkan agama mereka dan tidak sekali orang Yahudi menghuni bersama mereka di Iliya atau Baitul Maqdis” Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran: وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ ﴿٧١﴾ Maksudnya : Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya; Sifat ke-[4] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah sentiasa bersungguh-sungguh dalam menegakkan system Islam yang menyeluruh atas muka bumi ini. Oleh itu apabila timbulnya isu kerajaan bercadang mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum atau International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) maka kita bangkit menentang sekeras-kerasnya dengan menyatakan bahawa Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah untuk merampas hak orang lain. Adakah kita, dengan rela, akan menyerahkan hak kita? Kita bukan hendak mengambil hak orang lain. Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Pelampaukah kita? Rasiskah kita? Tidak dinafikan kepentingan dominasi kaum untuk menegakkan Islam, sebagaimana ibrah pemilihan Khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah. Golongan Ansar mencalonkan Sa’ad bin Ubadah. Ahlil Bait keluarga Nabi mencalonkan Ali R.A. Muhajirin mencalonkan Abu Bakar. Bila mereka mendengar, “Pemimpin daripada Quraisy”, Quraisy ialah yang mendominasi orang Islam di masa itu. Jadi kaum yang mendominasi ini sangat penting, kita tak boleh nafikan. Tetapi bukan kaum itu menjadi dasar. Kaum satu perasaan saja. Tetapi dasarnya ialah Islam. Islam yang membentuk jati diri manusia, bukan semangat bangsa dan perkauman yang sempit sehingga meminggirkan agama Malah Sayyidina Umar al-Khottab pernah melarang orang kaya Arab daripada membeli tanah milik penduduk Parsi yang kebanyakannya miskin pada masa itu bagi melindungi hak keistimewaan anak watan Parsi daripada dikhianati. Ibnu Khaldun turut menukil dalam Muqaddimah bahawa sesuatu bangsa akan berjaya bila mengikut lunas Islam dalam mengurus negara bersama bangsanya tetapi apabila pemimpin mengkhianati bangsanya sendiri kerana mempertahankan kroninya walaupun menyeleweng daripada Islam menyebabkan runtuhnya sesebuah negara. Sifat ke-[5] umat yang cintakan Allah dan rasulNya ialah tidak takut dan tidak mudah putus asa apabila dicela dan dimaki kerana mahu memperkasakan Islam sehingga dituduh sebagai pengganas, pelampau dan sebagainya. Kita mesti ingat bahawa nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul pilihan Allah lebih teruk dilempar cacian dan makian daripada musuh Islam termasuk dituduh pemecah belah umat, tukang sihir, orang gila, pembawa ajaran sesat dan sebagainya Yakinlah kita bahawa kita berjuang bukan untuk mencari pujian manusia, bukan mencari pangkat dan harta dunia sebaliknya kita mencari keredhaan Allah walau pun manusia membenci. Islamlah nescaya kita berjaya dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 9 November 2018

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w DiJulang Sistem Jahiliah DiTentang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 107-108 surah al-Anbiya’: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ قُلْ إِنَّمَا يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku?” Kini kita pada bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman pembawa rahmat kepada seluruh alam. Kelahiran nabi s.a.w telah merubah keadaan dunia yang selama ini berada dalam kelam kufur kepada terangnya iman, daripada kezaliman jahiliah kepada keadilan Islam, daripada akal dan nafsu serakah menjadi asas pertimbangan kepada tunduk patuh pada wahyu al-Quran. Sesuai dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam di mana cara penyampaian risalah Islam adalah untuk memberikan kelembutan dan perlindungan kepada alam sejagat bukannya membawa keresahan dan bencana. Makna rahmat sebagaimana yang diungkap dalam tafsir al-Baidhowi dari sudut bahasanya iaitu : kelembutan hati dan perasaan melindungi yang mendorong untuk memberi dan berbuat baik. Dari sini diambil kata rahim ibu kerana ia melindungi apa yang ada dalam kandungannya. Antara rahmat kedatangan nabi Muhammad s.a.w kepada manusia ialah menukar cara hidup jahiliah seperti membunuh anak perempuan hidup-hidup kepada meletakkan kaum wanita ditempat yang mulia, mengharamkan perempuan daripada berkahwin lebih daripada seorang suami bagi memastikan zuriat terjaga tidak seperti amalan jahiliah yang menisbahkan anak hasil perkahwinan dengan ramai lelaki mengikut rupa lelaki mana yang serupa dengan anak yang baru dilahirkan. Rahmat kepada haiwan contohnya wajib kita menggunakan alat yang tajam ketika menyembelih dan diharamkan membunuh binatang sesuka hati. Begitu juga rahmat kepada tumbuh-tumbuhan yang dilarang daripada dicabut, ditebang sesuka hati walau pun dalam peperangan. Akibat manusia rakus merosakkan hutan dengan menebang tumbuh-tumbuhan secara melampau antara penyebab yang membawa kepada kepanasan global yang semakin tinggi bukan sahaja membahayakan kesihatan malah mengancam nyawa Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 29 surah al-Fathu: مُحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖتَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٢٩﴾ Maksudnya : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar Melalui ayat 29 surah al-Fathu ini kita fahami antara ciri-ciri golongan yang mengaku beriman dan mengasihi Nabi Muhammad s.a.w iaitu : [1] Tegas terhadap orang kafir apabila mengancam aqidah umat Islam. Islam melarang kita berlembut dengan sebarang usaha mereka yang cuba memurtadkan umat Islam terutama yang melibatkan perlembagaan negara. Sebab itu kita menentang habis-habisan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang didakwa akan dipersetujui oleh kerajaan yang dilihat oleh pakar dalam bahagian ini bakal menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan termasuk halalnya murtad. Malah ketika usaha pendakyah Kristian termasuk dari Luar negara yang mengedar Bible kepada pelajar sekolah dan awam terutama yang beragama Islam di Pulau Pinang merupakan suatu yang bertentangan dengan Perkara 11 (4) dalam perlembagaan Malaysia yang memberi peruntukan bahawa Undang-undang Negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. Suatu tindakan yang tegas dan bersungguh mesti diambil agar ia tidak berulang Kita ambil pengajaran daripada suatu kisah sahabat yang mulia bernama Jabir bin Abdillah RA memberitahu أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكِتَابٍ أَصَابَهُ مِنْ بَعْضِ أَهْلِ الْكُتُبِ .فَقَرَأَهُ النَّبِيُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَغَضِبَ فَقَالَ: أَمُتَهَوِّكُوْنَ فِيْهَا يَا ابْنَ الْخَطَّابِ؟ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَقَدْ جِئْتُكُمِ بِهَا بَيْضَاءَ نَقِيَّةً، لاَ تَسْأَلُوْهُمْ عَنْ شَيْءٍ فَيُخْبِرُوكُمْ بِحَقٍّ فَتُكَذِّبُوْا بِهِ أَوْ بِبَاطِلٍ فَتُصَدِّقُوْا بِهِ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ مُوْسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ كَانَ حَيًّا مَا وَسِعَهُ إِلاَّ أَنْ يَتَّبِعَنِي – رواه أحمد Maksudnya : Sesungguhnya Sayyidina Umar al-Khottab RA datang kepada Nabi s.a.w membawa sebuah kitab yang diperolehnya dari sebahagian ahli kitab. Nabi s.a.w membacanya lalu baginda marah seraya bersabda, “Apakah engkau termasuk orang yang kebingungan, wahai Ibnul Khottab? Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh aku telah datang kepada kalian membawa agama yang putih bersih. Janganlah kalian menanyakan sesuatu kepada mereka (ahli kitab), sehingga mereka mengabarkan al-haq (kebenaran) kepada kalian lantas kalian mendustakannya. Atau mereka mengabarkan suatu kebatilan lantas kalian membenarkannya. Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya nabi Musa a.s masih hidup, nescaya tidaklah boleh baginya kecuali mengikuti aku.” Teguran nabi s.a.w bukan menunjukkan iman Umar terlalu lemah sehingga membaca Bible atau Taurat pun dilarang tetapi nabi s.a.w bersikap tegas dalam perkara ini supaya Muslim menumpukan fokus mereka kepada al-Quran. Sebarang tindakan yang melarikan tumpuan Muslim, bahkan meragukan Muslim dari al-Quran mestilah dijauhi. Kebimbangan Rasulullah ini menjadi asas kepada ulama’ dalam menentukan pendirian seseorang yang ingin membaca kitab nabi-nabi terdahulu. Bagi al-Imam Ibn Hajar, orang awam yang tidak mahir dalam bidang ini haruslah menjauhkan diri dari membacanya. Kata beliau dalam kitab Fath al-Bari, 13/525: “Dan (pendekatan) yang terbaik dalam perkara ini adalah dibezakan antara mereka yang tidak mahir dalam perkara ini, (iaitu) yang bukan dikalangan mereka yang tinggi dalam urusan keimanan, maka tidak harus bagi mereka melihat (membaca) sesuatu daripadanya (Taurat dan Bible).” Manakala Al-Imam al-Nawawi pula memberikan alasan bahawa penyelewengan maklumat serta perubahan kandungan kitab- kitab terdahulu ini menjadi punca mengapa Muslim seharusnya mengelakkan diri dari membacanya. Kata beliau dalam kitab Raudah al-Talibin, 10/259: “Dan kitab-kitab Taurat dan Injil, adalah sesuatu yang tidak boleh seseorang itu mendapat manfaat daripadanya kerana kandungannya telah diubah dan diseleweng” Kerajaan wajib memperkasakan penyebaran Islam dan memberi kefahaman tentang keindahan Islam kepada non muslim di mana kita ambil contoh daripada Kerajaan Brunei yang mewajibkan non muslim untuk belajar ilmu asas berkaitan Islam agar nos muslim bukan sahaja tahu tentang Islam malah tidak menentang Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 34-35 surah al-Ankabut : إِنَّا مُنزِلُونَ عَلَىٰ أَهْلِ هَـٰذِهِ الْقَرْيَةِ رِجْزًا مِّنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ ﴿٣٤﴾ وَلَقَد تَّرَكْنَا مِنْهَا آيَةً بَيِّنَةً لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿٣٥﴾ Maksudnya : “Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini (kaum nabi Luth) azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)”. Dan demi sesungguhnya, Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya. Kita juga bimbang dengan pengiktirafan apa yang dikehendaki konvensyen antarabangsa juga akan menyebabkan kawalan kepada masalah akhlak termasuk zina yang masih meruncing di mana laporan Jabatan Pendaftaran Negara sejumlah 4999 anak zina lahir pada 2017 oleh ibu berumur 18 tahun ke bawah dengan 120 kes buang bayi pada tahun yang sama. Manakala dari Januari – Jun 2018 mencatat 1664 anak zina dilahirkan oleh ibu bawah 18 tahun. Begitu juga laporan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Jumlah pengamal hubungan seks sejenis terutama gay di negara ini berada pada tahap membimbangkan apabila lebih 300,000 individu dikesan terlibat dengan perbuatan songsang itu ketika ini berbanding hanya 173,000 individu yang direkodkan terlibat dengan aktiviti LGBT yang sama kira-kira 5 tahun lalu. Oleh itu perlu kepada kesungguhan pemimpin dalam menangani masalah ini termasuk mencari penganjur kepada program yang sebelum ini berusaha dalam menjemput 2 pelakon LGBT dari Thailand dan terbaru ikon gay antarabangsa yang berasal dari Filiphina. Ini bagi membendung gejala LGBT yang rosak akhlak dan mengundang laknat Allah dapat dibanteras. Kita juga mahu agar kerajaan memperkasakan Mahkamah Syariah dalam memastikan masalah murtad, zina, LGBT dan maksiat yang lain dapat dicegah. Ini sesuai dengan semangat cintakan nabi Muhammad s.a.w di mana antara Sunnah terbesar ialah melaksanakan semua system Islam termasuk poltik, ekonomi, social dan sebagainya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal : وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦﴾ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar Ciri ke[2] umat yang mencontohi nabi s.a.w ialah berkasih sayang dan lembut kepada sesama muslim. Kita diminta untuk bersatu seperti sebatang tubuh atau susunan batu bata yang mengukuhkan sesuatu binaan. Akibat perpecahan apatah lagi perang saudara menyebabkan musuh Islam menguasai dan menjajah di Negara umat Islam sendiri Ciri ke[3] Mantap Beribadah di mana hubungan dengan Allah memastikan hubungan kita sesama manusia semakin baik. Pengabaian terhadap ibadat menyebabkan jiwa seseorang gersang dan akan mengganggu kehidupan dalam masyarakat Ciri ke[4] Ibadah yang berkualiti dan ikhlas yang mampu mempengaruhi diri dalam membentuk peribadi soleh serta mampu mengislah atau memperbaiki orang lain. Akhirnya lahir umpama singa di siang hari dan ahli ibadat di malam hari yang bersungguh memperjuang dan mempertahankan Islam بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khamis, 25 Oktober 2018

Islam DiLaksana Rahmat Allah DiRasa

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 57-58 surah Yunus : يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾ قُلْ بِفَضْلِ اللَّـهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ ﴿٥٨﴾ Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)". Islam dan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. pada akhir zaman adalah rahmat Allah kepada seluruh alam (manusia dan makhluk yang lain). Ia telah dibuktikan betapa hebat dan sempurnanya rahmat Allah yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna. Seluruh ajaran Islam adalah rahmat, merangkumi segala nikmat ruh dan jasad. Pelaksanaan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya mengikut kemampuan adalah rahmat jua. Bahkan menghukum mereka yang melakukan larangan juga adalah rahmat. Umat Nabi Muhammad S.A.W. merangkumi seluruh manusia sama ada penganut Islam dinamakan umat ijabah dan bukan Islam dinamakan umat dakwah. Para ulama mentafsirkan rahmat itu meliputi seluruh manusia dan alam yang lain termasuk mereka yang beriman, kafir, munafik, zalim dan fasiq dalam kehidupan dunia ini. Rahmat Allah terhadap yang kafir, munafik, zalim dan fasiq adalah diberi rezeki jasad dan akal kepada semua dalam kehidupan dunia. Rahmat Allah juga ditangguhkan bala bencana yang pernah memusnahkan semua umat yang terdahulu daripada ditimpa ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W. dengan sebab maksiat. Rahmat juga dibuka pintu taubat seluas-luasnya kepada mereka yang berdosa sama ada besar atau kecil. Rahmat Allah bukan sahaja dalam perkara nikmat kehidupan jasad dan akal, bahkan termasuk perkara rohani (dosa dan pahala) daripada semua perintah dan larangan Allah yang menjadi sempadan kehidupan manusia dalam segala aspeknya. Rahmat Allah juga dinyatakan dalam aspek pencegahan terhadap kemungkaran dan dosa, kerana semua yang diharamkan itu membawa mudharat. Pencegahannya melalui pelbagai pendekatan seperti nasihat, amaran dan hukuman terhadap pelakunya kerana rahmat Allah menyelamatkan orang yang baik dengan cegahan sehinggalah menghukum dengan sekeras-kerasnya. Selain itu, menyelamatkan orang yang jahat dan penjenayah dengan menghalang dan mendidik mereka melalui hukuman Qisas, Hudud dan Takzir, yang dikatakan sangat keras tetapi dengan syarat-syarat yang sukar dijatuhkan. Menunjukkan kehebatannya menakutkan dan mendidik. Rahmat Allah juga menggalakkan taubat dan kemaafan daripada dosa-dosa, hanya sedikit sahaja yang tidak boleh dimaafkan iaitu syirik kerana sangat besar mudharatnya yang menjadi punca segala kejahatan dan jenayah moral yang dihukum dengan Hudud yang menjadi hak Allah setelah dihukum di mahkamah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 29 surah al-Fathu: مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖتَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٢٩﴾ Maksudnya : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. Kebanyakan ahli tafsir, seperti Al-Qurtubi dan As-Syaukani, menjelaskan dengan menggunakan penafsiran Ibn ‘Abbas, mengatakan: sikap keras terhadap kuffar, umpama singa garang terhadap mangsa buruannya Secara umum, imam As-Suyuthi, menjelaskan maksud bahawa orang Islam bersikap keras dan tegas terhadap siapa saja yang menyimpang dari agamanya, dan saling kasih-mengasihi di antara sesama Muslim. Ketika menyoroti sirah nabi s.a.w maka kita dapati golongan musykirin Mekah cuba melakukan tawar menawar dengan Nabi s.a.w. Mereka cuba memujuk nabi untuk bertoleransi dengan mereka agar meninggalkan sedikit dakwah atau tidak terus mengajak kepada Islam dan mereka juga akan turut meninggalkan jahiliyyah sedikit. Malah mereka juga bersedia untuk mengikut ajaran nabi Muhammad tetapi golongan Muslimin juga perlu cuba untuk menyembah berhala mereka. Nabi s.a.w merupakan insan yang paling lembut akhlak di dalam mualamat pergaulan, paling mengambil berat terhadap saudara dan ahli keluarga baginda, dan paling mudah untuk dibawa bincang demi memudahkan sesuatu urusan. Tetapi apabila bercakap dalam bab aqidah dan prinsip agama, maka Islam adalah Islam. Tiada padanya toleransi dan ruang bicara untuk mencairkan prinsip agama ini. Dalam masa yang sama Islam melarang sama sekali kita memaksa orang bukan Islam untuk memeluk Islam Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 54 surah Al-Maidah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤﴾ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya Ketika negara masih pening dengan isu Pesta Arak sehingga umat Islam yang bangun menentang dianggap sebagai penyekat kebebasan beragama sedangkan bila isu pekerja Islam yang enggan pegang botol arak di sebuah kedai 24 jam serta isu larangan pemakaian menutup aurat untuk pekerja Islam termasuk pramugari disamping campur tangan orang bukan Islam dalam menyekat kemahuan umat Islam untuk memperkasakan Mahkamah Syariah tidak pula dikatakan menyekat kebebasan beragama. Sepatutnya masalah arak yang merupakan minuman haram dan terlarang dalam semua agama dihad penjualan bukannya dibuat pesta yang mengundang pelbagai masalah termasuk jenayah, kemalangan, penyakit kronik yang sepastinya bukan sahaja menghabiskan duit negara malah mengancam nyawa. Minggu ini melalui seorang ahli parlimen menyuarakan agar Malaysia tunduk kepada kehendak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu supaya mengikut Hak Asasi Manusia yang dikendalikan oleh UNCHR. Tuntutan COMANGO kembali bergema dalam menekan Kerajaan di mana antara tuntutan itu adalah : [1] Menghalalkan Zina dengan suara agar dihapuskan kuasa Mahkamah Syariah lebih jelas kedengaran malah tunduk kepada slogan yahudi bahawa agama hanya urusan peribadi samada seseorang itu mahu beribadat atau buat maksiat maka tiada campurtangan orang lain apatah lagi pemerintah. Kita bimbang dengan laporan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang mendedahkan bagaimana Kuala Lumpur kini berada di tempat ke-8 kota pelacuran dunia dengan iaitu lebih tinggi berbanding Thailand yang kini berada di tangga ke-10. Industri pelacuran di Malaysia kini bernilai lebih RM3.6 bilion. Satu angka yang memalukan bagi sebuah negara majoriti Islam dan meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan. [2] Pengiktirafan kepada budaya songsang LGBT di mana golongan ini semakin berani mengumumkan aktiviti yang rosak akhlak. Yang terbaru apabila cuba menjemput 2 pelakon filem LGBT dari Thailand untuk datang ke negara ini tetapi apabila dibantah oleh umat yang berakhlak maka ia dibatalkan. Kita harapkan ia dibatal terus bukannya ditukar ke tempat lain atas alasan duit tiket telah dijual [3] Kebebasan Beragama dalam erti kata lain bebas untuk murtad dan halalkan semua ajarat sesat untuk disebarkan. Kita begitu bimbang apabila masalah anak muallaf kembali panas di mana jika pada bulan Januari lalu seorang bapa terpaksa menyerahkan anaknya kepada bekas isteri yang masih Hindu maka yang terbaru seorang ibu terpaksa menyerahkan anaknya kepada bekas suaminya yang bukan Islam. Kuasa mahkamah sivil lebih tinggi daripada Mahkamah Syariah yang diwarisi daripada penjajah mesti dicarikan jalan penyelesaian dengan segera agar hak muallaf lebih terbela terutama dalam mempertahankan agama anak mereka. Umat Islam wajib bangkit menentang sebarang cubaan dalam menghancur dan mengubur system Islam. Jangan kerana asyik bermimpi untuk melihat tol dihapuskan, harga minyak dan kos barang turun, pinjaman PTPTN dihapuskan menyebabkan kita membiarkan Islam dipijak. Kita sanggup bermandi darah daripada membiarkan Islam disanggah. Biar nyawa melayang asalkan kesucian Islam kita pertahankan. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لَتُنْقَضَنَّ عُرَى الْإِسْلَامِ عُرْوَةً عُرْوَةً، فَكُلَّمَا انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ النَّاسُ بِالَّتِي تَلِيهَا، وَأَوَّلُهُنَّ نَقْضًا الْحُكْمُ وَآخِرُهُنَّ الصَّلَاةُ. مسند أحمد مخرجا Maksudnya : “Demi sesungguhnya akan berlaku, di mana simpulan-simpulan yang mengikat ajaran Islam akan dirungkai satu demi satu. Setiap satu simpulan dirungkai, menjadikan manusia (yang muslim) terpaksa berpegang dengan simpulan berikutnya yang masih ada. Pertama-pertama dirungkai ialah hukum hakam (Syariat) dan yang terakhirnya Solat (Sembahyang).” بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 8 Oktober 2018

Ibadat DiTingkat Maksiat DiSekat Negara Berkat

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !!الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 78 surah an-Nisaa’ : أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِككُّمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنتُمْ فِي بُرُوجٍ مُّشَيَّدَةٍ ۗ وَإِن تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَـٰذِهِ مِنْ عِندِ اللَّـهِ ۖ وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَـٰذِهِ مِنْ عِندِكَ ۚ قُلْ كُلٌّ مِّنْ عِندِ اللَّـهِ ۖفَمَالِ هَـٰؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا ﴿٧٨﴾ ‌ Maksudnya : Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? Kita sebagai umat yang beriman kepada hari akhirat sepastinya meyakini bahawa kita adalah calon jenazah yang sedang menunggu saat kematian. Kita telah menyaksikan kematian orang lain sekeliling kita. Ada yang mati setelah terlantar beberapa hari di hospital, ada yang mati dengan terjatuh dari bangunan yang tinggi, ada yang mati kerana lemas di dalam air, ada yang mati secara tiba-tiba, tanpa disangka-sangka dan banyak pula yang mati akibat terlibat dengan nahas kemalangan jalan raya dan bermacam-macam lagi jenis kematian yang dapat disaksikan. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui nasib seseorang di akhir hayatnya. Sebab itulah, bagi kita orang yang beriman kepada Allah, hendaklah sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan husnul khatimah dan dijauhkan daripada dimatikan dalam su’ul khatimah. 2 hari lepas negara dikejutkan dengan kematian 6 anggota Bomba ketika usaha menyelamatkan mangsa lemas berakhir dengan mereka sendiri terkorban mati lemas yang menginsafkan kita semua. Ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa termasuk 2 dari Kelantan dan kita doakan agar dianugerahkan syahid akhirat قال النبي : الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ - رواه البخاري Maksudnya: Orang yang mati syahid 5 golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura: وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ ﴿٣٠﴾ Maksudnya : Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. Peringatan demi peringatan disampaikan Allah buat manusia menerusi pelbagai kejadian di bumi sepatutnya membuatkan manusia kembali memperkukuhkan keperibadian diri dengan pengisian takwa dan iman. Banyak fenomena dahsyat yang sudah dan sedang berlaku di muka bumi ini seharusnya mendidik manusia memahami dunia ini tidak akan kekal buat selamanya. Selama ini kita mungkin ghairah mengecapi nikmat dunia dengan memperlakukan sumber alam sewenang-wenangnya. Bukan sedikit perilaku ‘mengkhianati’ amanah Allah dilakukan manusia. Sikap ‘mendewakan’ dunia dan melupakan kehidupan akhirat semakin menonjol dalam diri manusia hari ini. Seolah-olah kehadiran manusia untuk mengaut segala nikmat duniawi tanpa memikirkan satu masa yang ditetapkan Allah kelak, manusia akan beralih ke alam barzakh seterusnya alam akhirat. Bencana alam yang berlaku juga boleh kita tafsirkan sebagai ‘teguran’ Allah ke atas sikap manusia yang lupa diri dan tidak mahu kembali mengikut ajaran-Nya yang sebenar. Negara jiran iaitu Indonesia diuji dengan gempa bumi di Lombok awal Ogos yang mengorbankan ratusan nyawa dan minggu ini berlaku pula gempa bumi dan tsunami di Pulau Palu, Sulawesi yang mengorbankan lebih 1500 nyawa setakat ini dan ada kampung yang tenggelam. Antara amalan yang dianjurkan kepada kita bila berlakunya ujian musibah iaitu : [1] Banyak berzikir, do’a, dan istighfar kepada Allah sebagaimana firman Allah dalam ayat 33 surah al-Anfal : وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ ۚ وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿٣٣﴾ Maksudnya : Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang engkau (Wahai Muhammad) berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengadab mereka, sedang mereka meminta ampun Imam Syafi’e mengatakan,: “Ubat yang paling mujarab untuk mengubati bencana adalah memperbanyak tasbih”. Imam as-Sayuti menjelaskan, “Hal itu kerana zikir dapat mengangkat bencana dan azab [2] Membantu mangsa bencana di mana kita sekarang berada dalam kenikmatan dan kesenangan, kita boleh makan, minum, dan memiliki rumah, maka ingatlah saudara-saudaramu yang terkena bencana. Saat ini mereka sedang kesusahan dan kesulitan. Maka hulurkanlah tanganmu untuk membantu mereka semampu mungkin. قال النبي : مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ – رواه مسلم Maksudnya : Sesiapa yang membantu menghilangkan kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan menghilangkan kesusahan darinya besok di hari kiamat Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, قال النبي : يَكُونُ فِي آخِرِ الأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ قَالَتْ: قُلْتُ، يَا رَسُولَ اللهِ! أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ؟ قَالَ: نَعَمْ، إِذَا ظَهَرَ الْخُبْثُ. – رواه الترمذي Maksudnya : Akan ada pada akhir umatku (orang-orang) yang ditenggelamkan ke dalam bumi, dirubah raut wajahnya dan dilempari (batu).” ‘Aisyah berkata, “Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah kami akan dibinasakan sementara masih ada orang-orang soleh di tengah-tengah kami?’ Baginda s.a.w menjawab, ‘Betul, ketika kemaksiatan telah bermaharajalela. قال النبي : فِي هَذِهِ اْلأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللهِ! وَمَتَى ذَاكَ؟ قَالَ: إِذَا ظَهَرَتِ الْقَيَانِ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتِ الْخُمُورُ. – رواه الترمذي Maksudnya : Di akhir zaman nanti akan ada (peristiwa) di mana orang-orang ditenggelamkan (ke dalam bumi), dilempari batu dan dirubah rupanya,” lalu seorang lelaki dari kalangan kaum muslimin bertanya, “Bilakah hal itu terjadi.” Baginda s.a.w menjawab, “Ketika para penyanyi dan alat-alat muzik telah zahir secara terang-terangan dan telah diminum arak. Amalan ke- [3] Menegakkan Amar Ma’ruf Nahi Munkar kerana termasuk faktor terjadinya gempa bumi dan benacana alam yang lain adalah dosa umat manusia maka hendaknya hal itu dihilangkan, salah satu caranya dengan menegakkan kerja dakwah, saling menasihati, dan amar ma’ruf nahi munkar sehingga mengecillah kemungkaran. Bila kita acuh tak acuh dan mendiamkan kemungkaran maka bencana tersebut akan kembali menimpa kita. Bermula daripada pemimpin dengan kuasanya, ulama’ dengan ilmu kepakarannya, rakyat jelata dengan kerjasama dan sokongannya Sejarah Islam pernah mencatatkan bagaimana ketika Madinah sebagai pusat pemerintahan kembali bergoncang lalu Sayyidina Umar al-Khattob meletakkan tangannya ke tanah dan berkata kepada bumi, “Ada apa denganmu?” seterusnya beliau menyeru :“Wahai masyarakat, tidaklah gempa ini terjadi kecuali kerana ada sesuatu yang kalian lakukan. Alangkah cepatnya kalian melakukan dosa. Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya, jika terjadi gempa susulan, aku tidak lagi mahu tinggal bersama kalian selamanya!” Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 13-16 surah al-Haqqah : فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ نَفْخَةٌ وَاحِدَةٌ ﴿١٣﴾ وَحُمِلَتِ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَاحِدَةً ﴿١٤﴾ فَيَوْمَئِذٍ وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ ﴿١٥﴾ وَانشَقَّتِ السَّمَاءُ فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ ﴿١٦﴾ Maksudnya : Kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup Sangkakala dengan sekali tiup, - Dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, - Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, - Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh) Kejadian gempa bumi dan tsunami silih berganti turut mengingatkan kita semua bahawa dunia ini sudah terlalu tua dan hampir kepada saat kehancurannya iaitu qiamat sebagaimana peringatan nabi s.a.w antaranya. قال النبي : لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَكْثُرَ الزَّلاَزِلُ - رواه البخاري Maksudnya :‘Tidak akan berlaku Qiamat hingga banyak terjadi gempa bumi.” Sama-sama kita renungi dengan kekuatan gempa bumi dan tsunami pun telah banyak nyawa terkorban, bangunan hancur, kampung tenggelam maka kedahsyatan hari Qiamat jauh lebih dahsyat daripada itu lagi. Semoga kejadian bencana yang berlaku silih berganti akan menambahkan lagi iman seorang mukmin, memperkuat hubungannya dengan Allah. Kita wajib sedar bahawa musibah-musibah ini tidak lain dan tidak bukan antaranya akibat dosa-dosa anak manusia berupa kesyirikan dan kemaksiatan. Bersungguhlah dalam bertaubat, perbanyakkan ibadat, jauhi maksiat. Islamkan kehidupan dalam keluarga, masyarakat seterusnya negara dalam tunduk patuh kepada Allah sehingga terbina negara berkat dan kita semua bahagia dunia akhirat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 3 Oktober 2018

Islam DiJulang Maksiat DiTentang Umat Gemilang

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ !! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 55 surah an-Nuur : وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (55)‌ Maksudnya : Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa memerintah negara (yang memegang kuasa pemerintahan) di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka sebagai khalifah-khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka. Dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka Peristiwa Hijraturrasul s.a.w begitu banyak mengajar dan memberi petunjuk secara praktikal kepada umat Islam bagaimana strategi yang rapi dan tersusun ke arah membina sebuah Daulah Islamiah yang hebat dan berkat. Pelaksanaan system Islam yang menyeluruh bukan sahaja dalam membersih aqidah yang benar, ibadat khusus malah ke arah pelaksanaan system dalam negara termasuk politik, sosial, ekonomi dan sebagainya setelah tertegaknya negara yang mendaulatkan Islam. Setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki 1924M yang menyaksikan sebuah daulah yang besar dan luas dipecah belahkan oleh penjajah dalam bentuk negara-negara kecil dengan memastikan kebanyakan system Islam dihancurkan. Kini dalam mengembalikan semula system Islam yang dinafikan oleh penjajah selepas kemerdekaan negara masing-masing masih menjadi suatu perkara yang sukar akibat kefahaman dan keyakinan umat Islam sendiri yang telah sebati dengan system penjajah sehingga rasa ragu-ragu tentang keadilan dan kesempurnaan system Islam. Oleh itu menjadi kewajipan kita bersama bermula daripada kerajaan, alim ulama dan rakyat jelata untuk mengembalikan system Islam dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat serta membangunkan negara yang berkat yang Berjaya membina tamadun sepadu antara rohani dan jasmani, pembangunan fizikal dan kemanusiaan. Usaha ini mesti dilakukan secara berterusan tanpa memberi alasan bahawa ia suatu yang payah dan sukar dicapai. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ ، فَاجْتَنِبُوهُ ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ . - رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ . Maksudnya : Apa yang aku tegahkan daripadanya wajib kamu jahuhi, dan apa-apa yang Aku perintahkan kepadamu maka buatlah sekadar kemampuan kamu. Sesusugguhnya telah dihancurkan banyak kaum sebelum kami akibat mereka menyalahi dan menyanggah nabi-nabi mereka Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali ‘Imran: مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادٗا لِّي مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن كُونُواْ رَبَّٰنِيِّۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyyin (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya Kejayaan Islam dalam sejarahnya menguasi 3 benua besar daripada Timur Jauh sehingga Afrika Utara dan Selatan Eropah dalam masa yang cepat kerana 2 prinsip: [1] Beriman kepada Allah dan Beriman kepada Hari Akhirat. Aqidah tauhid mengesakan Allah sahaja, tuhan yang diibadatkan kepada-Nya dengan jasad, roh dan akal. Aqidah ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi tuhan apabila berkuasa memerintah negara, diberi nikmat kehidupan berpangkat atau berharta. Dengan tegas, aqidah tauhid menolak kesyirikan secara menyeluruh. Bukan sahaja diharamkan beribadat menyembah berhala atau patung, termasuk juga diharamkan menyembah makhluk yang lain dan sesama manusia serta tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah. Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan pemimpin individu atau bertuhankan kelompok. Islam menolak bertuhankan rakyat tanpa hidayah yang bertopengkan demokrasi yang kononnya suara rakyat adalah suara keramat, seperti tuhan yang diwarisi daripada demokrasi purba tetapi rakyat yang ditipu. Islam juga menolak teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama. Semuanya menjadikan dirinya seperti tuhan atau memilih wakil rakyat secara menipu rakyat dan menjadikan rakyat sebagai hamba. Islam juga menolak ideologi yang bertuhankan harta, tiba-tiba segala khazanah negara menjadi miliknya, boleh diambil dengan apa jua cara sekalipun dan menggunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram, sama ada secara liberal kapitalis atau komunis dan sosialis. Aqidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang boleh mengatasi undang-undang termasuk raja-raja atau ketua negara sehingga mengharamkan mereka berlagak menjadi tuhan, walaupun dia seorang rasul. Adapun aqidah beriman kepada Hari Akhirat menjadikan semua tindak tanduk manusia tanpa mengira sesiapa, tetap ada perhitungan dosa dan pahala, yang menentukannya mengikut hisab amalannya. Maka yang terlepas daripada dihukum di dunia kerana kedudukannya yang bijak menipu atau dapat mengatasi undang-undang kerana kuasanya, menjadikan imannya tetap percaya adalah tidak terlepas dari hukuman di Hari Akhirat yang lebih berat. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 8 surah Al-Maidah: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan Prinsip ke –[2] kejayaan negara Islam : Taqwa, Adil dan Rahmat terhadap semua di mana konsep taqwa menggantikan kebanggaan terhadap asabiyah bangsa, kaum, jantina, warna kulit, pangkat dan harta. Taqwa menjadikan manusia bermasyarakat madani secara istiqamah dan tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya kerana perbezaan bangsa, agama, harta, keturunan, pangkat dan jantina. Manakala konsep adil dan rahmat dalam Islam yang lahir daripada konsep taqwa adalah mutlak terhadap semua dan segala aspek kehidupan manusia, termasuk adil terhadap musuh sehingga dikaitkan dengan konsep taqwa. Inilah konsep dan falsafah bernegara yang menjadi idaman untuk kita capai sebagai satu wawasan yang berterusan hingga ke Hari Kiamat Oleh itu amat malang sekiranya ketika masalah aqidah dan akhlak umat Islam masih terumbang ambing tiba-tiba pusat pengajian agama terus menjadi sasaran termasuk cadangan supaya ditutup setiap kali berlaku kebakaran atau guru liwat murid atau tidak berdaftar. Ketika bangsa dan agama lain sibuk membuka sekolah yang baru berteraskan bangsa masing-masing tiba-tiba umat Islam mundur ke belakang untuk menutup pusat pengajian Islam bukannya lebih memperkasa dan memperbanyakkannya serta membantu dalam mengatasi kekurangan yang ada. Mengapa tempat maksiat dan pusat keruntuhan akhlak tidak dibanteras seperti laporan Ketua Penyelaras Benteras Aktiviti Haram Azman Mahmood pada 11 Nov 2017 terdapat 1,086 pusat hiburan tidak berdaftar. Kementerian Wilayah Persekutuan pernah melaporkan pada 2017 terdapat 3 000 premis perjudian online beroperasi di Lembah Kelang. Begitu juga wujud pusat pelacuran Jalan Petaling menawarkan ratusan pelacur warga asing. Malah terbaru kes keracunan arak yang menyebabkan 30 orang mati yang kedengaran hanya straw yang diharamkan sedangkan kilang arak, kedai arak, lesen arak tidak pun ada arahan untuk ditutup atau dikurangkan. Bila negara mementingkan untuk atas kerosakan akhlak rakyat maka tunggulah saat kebinasaan dan kehancuran Oleh itu marilah kita bersatu dalam mengukuhkan kekuatan umat Islam termasuk memperkasakan pusat pengajian Islam dan membanteras pusat dan aktiviti kemungkaran dalam meraih negara berkat dan selamat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ