Khamis, 29 September 2016
Islam DiRealisasi Umat Harmoni
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 2-3 surah Faatir :
مَّا يَفْتَحِ اللَّـهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِن بَعْدِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٢﴾ يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ ۚ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّـهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖفَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ ﴿٣﴾
Maksudnya : Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?”
Kini kita di minggu terakhir bulan Zulhijjah 1437H yang merupakan bulan terakhir dalam kiraan taqwim hijrah. Ini bermakna lebih kurang seminggu lagi kita akan sama-sama menyambut kedatangan tahun baru 1438H. Oleh kita marilah kita sama-sama mengambil kesempatan dengan peralihan kepada tahun baru ini untuk bermuhasabah menghitung diri berkenaan amal ibadat, dosa maksiat kerana jika hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, bulan bertukar tahun maka begitulah kehidupan kita daripada beralih daripada alam rahim ibu kepada alam dunia seterusnya alam berzakh sebelum menerima pembalasan di alam akhirat nanti. Berbekal sebelum menyesal, bersiap sebelum tempoh beramal soleh tamat, bertaubat sebelum terlambat, tambah ibadat sebelum tibanya Qiamat
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Firman Allah dalam ayat 7 surah Ibrahim :
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya :” Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu berfirman: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
Sempena berada pada saki baki bulan Zulhijjah juga maka tidak terlewat untuk kita terus menghayati 2 badat khusus yang hanya ada pada bulan ini iaitu ibadat haji dan juga ibadat korban di mana kedua-duanya banyak menyentuh tentang perjuangan dan pengorbanan agong nabi Ibrahim a.s. Antara persamaan kepada dua ibadat khusus ialah ialah menanamkan sikap suka bersyukur atas nikmat yang dianugerahkan oleh Allah. Syukur itu dapat direalisasikan melalui 3 aspek iaitu : [1] Syukur dengan hati, dengan menyedari dan menyakini bahawa semua nikmat dan kurnia yang diperoleh merupakan anugerah Allah dan berasal dari-Nya. [2] Syukur dengan lidah dengan memuji Allah sebanyak-banyaknya. [3] Syukur dengan perbuatan dengan taat beribadat kepada Allah dan menggunakan nikmat kurniaan itu untuk kebaikan. Sesungguhnya mereka yang melakukan maksiat itu telah kufur daripada nikmat Allah walaupun maksiat itu dosa kecil seperti seorang lelaki yang melihat kepada perempuan ajnabi maka dia telah kufur dengan nikmat mata, nikmat cahaya matahari dan dia telah kufur kepada semua nikmat yang tidak sempurna dilihat. Orang yang bersyukur kepada Allah akan sentiasa sedar dan merasa cukup dengan apa yang dia ada, manakala orang yang kufur sentiasa tidak nampak dan tidak terasa puas dengan apa yang dimilikinya. Orang yang bersyukur akan menghitung nikmat yang ada sehingga tidak terlafaz dan terbilang. Dia akan melakukan ketaatan untuk membalas nikmat yang ada. Orang yang kufur pula akan sentiasa mengeluh, kecewa dan tidak berpuas hati dengan segala yang tiada di tangannya, sehingga datang pelbagai penyakit jiwa yang boleh merosakkan iman dan agamanya. Benar sekali bahawa syukur nikmat itu membawa berkat, manakala kufur nikmat itu akan mengundang laknat
Sidang Jumaat yang diberkati Allah
Firman Allah dalam ayat 29-30 surah Faatir :
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ
Maksudnya :” Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.
Ketika menyelusuri pengorbanan suci dan hebat nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam meninggikan kalimah Allah atas bumi ini sehingga berdepan dengan pelbagai ujian, cabaran dan halangan samada daripada musuh dalam diri iaitu nafsu syahwat, syaitan dan musuh luaran daripada pembesar dan orang kafir. Semua ujian ini mampu ditangani dengan jayanya apabila memiliki sifat hamba yang dekat dengan rahmat Allah antaranya :
[1] Sentiasa mengerjakan amal Ibadat kepada Allah termasuk solat, puasa, zakat malah melalui doa nabi Ibrahim a.s kita dapati bagaimana doa dalam melahirkan zuriat soleh yang sentiasa mendirikan solat adalah teras kejayaan sebuah keluarga
[2] Bersyukur dan berterima kasih kepada Allah
[3] Cinta kepada Allah iaitu sentiasa berbaik sangka kepada Allah, patuh lagi taat akan segala perintah-Nya lagi meninggalkan segala apa-apa yang dilarang-Nya. Menjauhkan diri akan sekalian perkara kemaksiatan yang dibenci oleh Allah lagi condong dengan sebenar-benar condong kepada syari’at Allah dan menerima segala apa-apa yang Allah tetapkan ke atas dirinya dalam setiap aspek kehidupan samada ibadat, sosial, ekonomi, undang-undang dan sebagainya.
Firman Allah dalam ayat 165 surah al-Baqarah
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللّهِ أَندَاداً يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللّهِ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَشَدُّ حُبّاً لِّلّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلّهِ جَمِيعاً وَأَنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
Maksdnya : Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).
[4] Sentiasa menjalin Silaturrahim iaitu menjalin hubungan yang baik dengan saudara seagama, kerana sesungguhnya seluruh muslim itu adalah bersaudara atas dasar iman yang sentiasa nasihat menasihati dalam kebenaran dan saling tolong menolong apabila dalam kesusahan. Antara hak sesama muslim sebagaimana maksud suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :
''Hak seorang Muslim terhadap sesama Muslim itu ada 6, iaitu [1] apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam, [2] apabila dia mengundangmu maka penuhilah, [3] apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah, [4] apabila dia bersin dan mengucapkan 'Alhamdulillah' maka doakanlah dengan ucapan 'Yarhamukallah' (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu), [5] apabila dia sakit ziarahilah, dan [6] apabila dia meninggal dunia iringilah (jenazahnya).''
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 19 surah Al-Mujaadilah:
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Maksudnya :” Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.
Kita juga wajib menjauhi sifat manusia yang dimurkai oleh Allah antaranya :
[1] Orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah akibat hanyut dengan dunia sehinga lupa akhirat
[2] Menurut kehendak hawa nafsu dan syaitan
[3] Berburuk sangka kepada Allah sehingga mengira bahwa Allah telah memberi mereka keburukan dan menjauhkan daripada mereka kebaikan yang mereka kehendaki, dan itulah seburuk–buruk persangkaan kepada Allah
[4] Mengada-adakan dusta terhadap Allah seumpama pemimpin yang memiliki kekuasaan yang dengan kekuasaannya maka dia berbuat dengan sekehendaknya sehinga mezalimi rakyatnya dengan mendewa-dewakan undang-undang manusia berbanding hukuman Allah akibat di hatinya tidak ada sifat takut kepada Allah
[5] Suka melakukan kezaliman pada diri sendiri dengan melakukan maksiat dosa seperti terlibat dengan riba dan rasuah tanpa rasa takut kepada Allah. Apatah lagi menzalimi orang lain dengan menipu, mencuri, memukul orang sesuka hati dan sebagainya
[6] Percaya pada kebatilan dan ingkar kepada Allah termasuk merasakan hukum Islam tidak sesuai untuk menangani masalah kerosakan aqidah, pertambahan jenayah, keruntuhan akhlak. Menganggap bahawa agama hanya untuk amalan individu bukannya untuk dikuatkuasa dalam mencegah orang Islam daripada melanggar hak Allah dan manusia yang lain.
Oleh itu jauhi diri kita daripada termasuk perangkap golongan yang meremeh temehkan kewajipan agama. Sebaliknya kita wajib lebih bersungguh dalam memperkasakan undang-undang Islam. Adalah amat malang dengan keadaan yang berlaku hari ini setelah 59 tahun menyambut kemerdekaan tetapi kuasa Mahkamah Syariah jauh lebih rendah daripada mahkamah sivil seperti hukum seludup binatang boleh didenda hingga RM50 ribu sedangkan hukuman terhadap orang yang terlibat dengan ajaran sesat, berzina hanya berapa ribu sahaja. Kita juga wajib yakin bahawa hukum Islam ada jaminan pencegahan daripada Allah sehingga adanya persatuan bukan Islam mengakui antara sebab menentang hukum Islam kerana bimbang orang bukan Islam akan berlumba-lumba mahu dihukumkan mengikut undang-undang Islam kerana lebih adil. Perkara ini pernah berlaku di Acheh apabila seorang bukan Islam memilih untuk dijatuhkan hukuman cara lslam kerana lebih adil dan memudahkan urusan kehidupannya. Ada juga persatuan bukan Islam mengakui undang-undang Islam bukan zalim tetapi bimbang jika ia diperkasakan akan menjejaskan perniagaan arak, judi misalnya kerana orang Islam tidak lagi berani untuk terlibat dengan dosa besar tersebut akibat gerun kepada hukuman Islam tidak sebagaimana undang-undang yang sedia ada. Adakah kita sanggup melihat orang Islam terus rosak akhlak demi menjaga kepentingan perniagaan perkara haram. Oleh itu yakinlah kepada sistem Islam dan bersungguhlah dalam meruntuhkan system jahiliah. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat
Firman Allah dalam ayat 38 surah al-Maidah :
وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Sabtu, 17 September 2016
Zulhijjah DiRai Korban DiHayati Kejayaan DiMiliki
السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1-3 surah al-Fajr :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
Maksudnya : Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
Kita kini berada pada hari-hari 10 terawal daripada bulan Zulhijjah yang mempunyai keistimewaan yang mesti sama-sama kita rebut dalam menambahkan lagi bekalan akhirat disamping memohon keampunan atas dosa-dosa kita terhadap Allah. Jadilah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur di mana jangan kita hanya memandang remeh terhadap rezeki walau pun sedikit sebaliknya kita wajib sentiasa sedar tentang siapakah yang memberi rezeki tersebut yang wajib kita perbesarkanNya iaitu Allah yang Maha Agong. Kita juga jangan menjadi manusia derhaka dengan memandang dosa kecil itu sebagai perkara biasa sebaliknya fikirlah bersungguh-sungguh bagaimana kita telah menderhaka kepada Allah yang begitu dahsyat seksaanNya. Sempena berada pada hari-hari yang mulia ini marilah kita sama merebut kelebihan yang dijanjikan oleh Allah sebagaimana yang disebut oleh Allah pada awal surah al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري
Maksudnya : Tiada hari-hari yang amalan soleh dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah). Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, termasuk jihad di jalan Allah?” Baginda menjawab: “Ya, tidak juga jihad di jalan Allah kecuali orang yang mengorbankan jiwa dan hartanya dan dia tidak kembali setelah itu (mati syahid).”
Jelas menerusi hadis ini amalan pada 10 hari pertama Zulhijjah begitu besar. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani: “Jika seseorang melakukan hal seperti itu iaitu berjihad sehingga mengorbankan diri dan harta, maka dia lebih baik atau sedarjat dengan mereka yang melakukan ibadat pada 10 hari pertama pada Zulhijjah.”
Selanjutnya al-Hafiz Ibn Hajar memperjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat (secara serentak) pada bulan-bulan lain.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah ini ialah puasa sunat terutama puasa hari Arafah atau 9 Zulhijjah
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : …. صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ، وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ” – رواه مسلم
Maksudnya : …… Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya
Kita juga digalakkan untuk melaungkan takbir raya bermula Subuh hari ke-9 Zulhijjah sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu hari ke-13 daripada bulan Zulhijjah. Begitu juga amalan khusus yang tiada pada bulan lain iaitu ibadat korban bagi yang berkemampuan sehingga nabi s.a.w begitu menekankannya kepada kita semua
قَالَ الرَّسُوْل: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجهُ
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami
Antara matlamat utama ibadat korban ialah untuk melahirkan umat yang bertaqwa yang sanggup mengorbankan segalanya kerana Allah. Betapa ramai umat Islam yang boleh berkorban pada hari ini dengan menyembelih binatang korban dan membawa pulang dagingnya, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sampai pahala taqwanya kepada Allah SWT?. Semoga kita tidak tergolong di kalangan golongan yang menyembelih binatang korban namun ditolak ibadah korban kerana tiadanya nilai taqwa dan keikhlasan kepada Allah.
Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fajr :
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖقَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّـهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ ﴿٢٧﴾
Maksudnya : Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
Ketika menyoroti tentang ibadat korban maka kita tidak boleh lari daripada menghayati korban yang pernah dilakukan oleh 2 orang anak nabi Adam dan juga pengorbanan agong nabi Ibrahim bersama anaknya nabi Ismail di mana syarat utama dalam memastikan korban kita diterima oleh Allah adalah ikhlas dan taqwa. Malah Iblis sendiri ketika berikrar di depan Allah ketika dikeluarkan daripada Syurga untuk menggoda seluruh anak Adam kecuali kalangan hamba Allah yang ikhlas sahaja yang ampuh daripada godaan syaitan.
Tanpa pengorbanan maka kehidupan individu, keluarga, masyarakat seterusnya Negara tidak akan menemui kejayaan dan kebahagiaan. Contohnya bila seseorang tidak mahu mengorbankan rasa ketagihnya pada maksiat maka dia akan hilang rasa semangat untuk ibadat dan zikrullah. Begitu juga bila seorang suami tidak mahu mengorbankan rasa ego menyebabkan dia gagal menunaikan nafkah kepada isteri malah bertindak memukul isteri. Bila seorang isteri tidak mahu mengorbankan rasa pentingkan diri menyebabkan dia menderhakai suami dengan mendedah aurat dan tidak menunaikan tugas dalam rumahtangga. Bila seorang anak tidak mengorbankan sikap pentingkan kawan-kawan dan kerjaya menyebabkan dia tidak mendengar nasihat ibubapa malah menjadikan ibubapa sebagai hamba abdi bila sudah dewasa. Bila ibubapa lebih mementingkan tugasan luar sehingga tidak sanggup mengorbankan masa untuk memberi kasih sayang dan perhatian sepatutna pada anak-anak menyebabkan anak mudah terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat. Bila seorang pemimpin tidak mahu mengorbankan rasa kasih pada harta dan takhta menyebabkan rakyat menderita akibat terpaksa menanggung pembaziran dan sikap boros pemimpin. Bila rakyat tidak mampu mengorbankan rasa suka bermewah menyebabkan mudah terjebak dengan rasuah,pecah amanah, mudah digula-gulakan oleh pemimpin yang suka mengambil kesempatan di atas kealpaan rakyat
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Antara matlamat ibadat korban yang lain ialah untuk menghilangkan sifat mazmumah terlalu cintakan dunia hingga lupa akhirat. Antara bahayanya cinta dunia ialah : [1] Miealaikan diri dari mencintai Allah dan berzikir kepada-Nya menyebabkan hatinya akan ditempati oleh syaitan. [2] Pandangan dan pemikirannya berkaitan dosa pahala, haram haram bercanggah dengan syarak [3] dunia sudah dilaknat, dimurkai, dan dibenci oleh Allah, kecuali bahagian yang digunakan oleh seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesiapa yang mencintai sesuatu yang sudah dilaknat, dimurkai, dan dibenci, sama saja mempersembahkan dirinya untuk dilaknat, dimurkai, dan dibenci. Rasulullah saw bersabda,
أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ
Masudnya :“Ketahuilah, dunia ini terlaknat dan terlaknat pula apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikrullah dan amalan-amalan yang dekat dengannya, orang yang berilmu, dan orang yang mencari ilmu.” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
[4] Menjadikan dunia sebagai matlamat yang diburunya dan menjadikan setiap perbuatan tanpa mengira halal haram asalkan memperolehi dunia yang dikehendaki
[5] Terhalang dari melakukan sesuatu yang bermanfaat di akhirat. Kadar kecintaan seseorang terhadap dunia beragam. Ada yang cintanya kepada dunia menyebabkannya sibuk dari iman kepada Allah dan menunaikan syariat-Nya. Ada yang cintanya kepada dunia menyibukkannya dari mengerjakan banyak kewajban. Ada yang cintanya kepada dunia menyibukkannya dari mengerjakan kewajiban pada waktunya. Ada yang menyibukkannya dari amal hati sehingga ia mengerjakan kewajiban secara lahir, namun batinnya entah ke mana. [6] orang yang mencintai dunia adalah orang yang sejatinya mendapatkan siksa terberat. Dia disiksa di tiga tempat. Di dunia ia disiksa dengan kesulitannya meraihnya. Di alam barzakh ia akan kehilangan semua dunianya dan dihalangi darinya. Sebab dunianya harus ditinggalkannya untuk ahli warisnya, tidak mungkin ia membawanya. Di alam akhirat ia akan dimintai pertanggungjawaban atas semua harta yang dihasilkannya dan dalam hal apa saja ia memanfaatkannya.
[7] orang yang mendahulukan dunia daripada akhirat adalah orang yang paling bodoh dan tolol di dunia. Bagaimana boleh seorang pandai merelakan sesuatu yang pasti demi mendapatkan mimpi atau khayalan sahaja. Kenikmatan dunia adalah indahnya mimpi dan kenikmatan akhirat adalah kenikmatan yang sejati
Firman Allah dalam ayat 134 surah an-Nisa’:
مَّن كَانَ يُرِيدُ ثَوَابَ الدُّنْيَا فَعِندَ اللَّـهِ ثَوَابُ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ سَمِيعًا بَصِيرًا ﴿١٣٤﴾
Maksudnya : Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
Jumaat, 9 September 2016
خطبة عيد الأضحى 1437 هـ
KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ....
فرمان الله تعالى دالم أية 24 سورة الأنفال
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ﴿٢٤﴾
مقصودڽ : واهاي اورڠ٢ يڠ برايمان، ساهوت دان سمبوتله سروان الله دان سروان رسولڽ اڤابيلا اي مڽرو کامو کڤد ڤرکارا٢ يڠ منجاديکن کامو هيدوڤ سمڤورنا; دان کتاهويله بهاوا سسوڠݢوهڽ الله برکواس مڠوبه اتاو مڽکت د انتارا سسأورڠ ايت دڠن ﴿ڤکرجأن﴾ هاتيڽ، دان سسوڠݢوهڽ کڤداڽله کامو اکن دهيمڤونکن
سلامت مڽمبوت عيدالأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. كشكورن يڠ تيدق ترهيڠڬ كيت ڤنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي حاج اتاو قربان اين . سمڤنا براد ڤد هاري راي حاج اين ماريله كيت کيت سام -سام مندعاءکن سموݢ ڤارا جماعه حاج دري سلوروه دنيا يڠ سدڠ مڠرجاکن عبادة حاج د کوتا مکة دبريکن کصيحتن دان کسلامتن دان يڠ ڤاليڠ بسر دأنوݢرهکن دڠن حاج مبرور يڠ تياد بالسن کچوالي شرݢ . جيك ڤارا جماعه حاج برکومڤول د بومي مکة مك کيت ڤد هاري اين دکومڤولکن د مسجد اتاو سوراو دالم منونايکن صلاة سنة هاري راي. ڤنشريعاتن اونتوق کيت سام٢ برکومڤول اين ممڤوڽاٴي حکمة يڠ ترسنديري تراوتام دالم مراڤتکن ڤرسوداراٴن إسلام دان يڠ ڤاليڠ ڤنتيڠ اونتوق ممڤرسياڤکن ديري دڠن بکلن احيرة سبلوم کيت دکومڤولکن د ڤادڠ محشر ننتي. جيك ڤد هاري اين کيت ماسيه بوليه مميليه اونتوق داتڠ اتاو تيدق کمسجد اتاو سوراو تتاڤي ڤد هاري اخيرة ننتي کيت تياد لاݢي ڤيليهن ملاٴينکن مستي برکومڤول د ڤادڠ محشر.
سباݢايمان جماعة حاج دري ڤلوسوق دنيا دڠن ڤلباݢاي لاتر بلاکڠ دري سݢي نݢارا، بڠسا، تختا دان هرتا بݢيتوله جوݢ کيت ڤد هاري اين دڠن ڤلباݢاي کأداٴن سمادا دري سودوت ڤاکاين، کندراٴن دان سلاٴينڽ برکومڤول اتس ڤرينته الله.جيك د دنيا ڤون کيت تله مراساٴي باݢايمان وجودڽ ڤربيذاٴن انتارا کيت مك د ڤادڠ محشر ننتي ڤربيذاٴن يڠ لبيه دهشة اکن دراساٴي برداسرکن کإيمانن دان عملن ماسيڠ٢ بوکن برداسرکن تختا دان هرتا سباݢايمان د دنيا اين.
مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى،
فرمان الله دالم أية 41-44 سورة ق :
وَاسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِ الْمُنَادِ مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ ﴿٤١﴾ يَوْمَ يَسْمَعُونَ الصَّيْحَةَ بِالْحَقِّ ۚذَٰلِكَ يَوْمُ الْخُرُوجِ ﴿٤٢﴾ إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي وَنُمِيتُ وَإِلَيْنَا الْمَصِيرُ﴿٤٣﴾ يَوْمَ تَشَقَّقُ الْأَرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ۚ ذَٰلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ﴿٤٤﴾
مقصودڽ : دان دڠارله ﴿اڤ يڠ دتراڠکن کڤدمو سکارڠ اين مڠناٴي هاري قيامة﴾، هاري ﴿ملائکة يڠ منجادي﴾ ڤڽرو، مڽرو ﴿مخلوق-مخلوق يڠ تله ماتي﴾ دري تمڤت يڠ دکت يڠ داڤت ددڠار اوليه سمواڽ﴾، ياٴيت هاري مريك مندڠر ڤکيقكن سروان يڠ مڽاتاکن ڤرکارا يڠ بنر; هاري سروان ايت اياله هاري ماسيڠ٢ کلوار دري قبور.سسوڠݢوهڽ کامي مڠهيدوڤکن دان مماتيکن، دان کڤد کاميله سهاج تمڤت کمبالي ﴿سکالين مخلوق﴾. ڤد هاري بومي تربله-بله اونتوق مريك سݢرا کلوار ﴿درڤدڽ﴾. ڤربواتن ﴿مڠهيدوڤکن دان﴾ مڠهيمڤونکن مريك د ڤادڠ محشر ايت، مودە باݢي کامي ملقساناکنڽ.
کأداٴن اومة مانسي د ڤادڠ محشر باڽق دݢمبرکن اوليه القرءان دان جوݢ حديث نبي صلى الله عليه وسلم .مأنسي دباوا کڤادڠ محشر دڠن برباݢاي کأداٴن يڠ بربيذا سسواي دڠن عملڽ. اد يڠ دباوا دڠن برجالن کاکي
إِنَّكُمْ مُلاَقُو اللهِ حُفَاةً عُرَاةً مُشَاةً غُرْلاً – رواه البخاري
مقصودڽ : “سسوڠݢوهڽ کالين اکن منجومڤاٴي الله دالم کأداٴن تيدق برالس کاکي، تيدق برڤاکاين، برجالن کاکي، دان بلوم دخِتان .“
أدا جوݢ يڠ برکندرأن. نامون تيدق سديکيت يڠ دسيريت د اتس موك مريك.
قال النبي: إِنَّكُمْ تُحْشَرُوْنَ رِجَالاً وَرُكْبَانًا وَتُجَرُّوْنَ عَلَى وُجُوْهِكُمْ - رواه الترمذي
مقصودڽ : “سسوڠݢوهڽ کالين اکن دکومڤولکن ﴿کڤادڠ محشر﴾ دالم کأداٴن برجالن، دان ﴿اد جوݢ يڠ﴾ برکندرأن، سرتا ﴿اد جوݢ يڠ﴾ دسيريت د اتس موك کالين.“
أداڤون ڤاکاين يڠ دکناکنڽ کتيك ايت اداله ڤاکاين يڠ دڤاکاي کتيك ماتي.
أبو سعيد الخُدْرِي مڠاتاکن، “اکو مندڠار رسول اللە صلى الله عليه وسلم برسبدا
اَلْمَيِّتُ يُبْعَثُ فِيْ ثِيَابِهِ الَّتِيْ يَمُوْتُ فِيْهَا - رواه أبو داود و ابن حبان
مقصودڽ: ميت اکن دبڠکيتکن دڠن ڤاکاين يڠ دکناکنڽ کتيك ماتي.“
مُعاذ بن جَبَل کتيك هندق مڠوبورکن جنازة ايبوڽ، بلياو ممينتا اݢر جنازة ايبوڽ دکاڤن دڠن ڤاکاين يڠ بارو. بلياو مڠاتکن، “ڤرباݢوسکنله کافن جنازة کالين، کران سسوڠݢوهڽ مريك اکن دبڠکيتکن دڠن ﴿مماکاي﴾ ڤاکاين ايت.“ ﴿فتح الباري شرح صحيح البخاري﴾.
مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى،
فرمان الله دالم أية 107 سورة الصافات : وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾
مقصودڽ: دان کامي تبوس أنقڽ ايت دڠن سإيکور بيناتڠ سمبليهن يڠ بسر
سمبوتن عيدالاضحى تيدق لڠکڤ تنڤا مڽبوت تنتڠ ڤڠوربانن اݢوڠ نبي ابراهيم سکلوارݢ دالم منطاعتي ڤرينته الله. ترداڤت 2 dimensi ڤڠوربانن يڠ بوليه دجاديکن اعتبار اونتوق رنوڠن کيت برسام. [1] ڤڠوربانن سأورڠ ايه يڠ بݢيتو لام مننتيکن كلاهيران سأورڠ انق، کمودين اڤابيلا سودە مميليقكيڽ ترڤقسا ڤولا مڠوربانکن ڤراساٴن چينتا دان کاسيه ترسبوت، دمي کڤاتوهن دان کريضاانڽ ترهادڤ ڤرينته الله.[2]کطاعتن دان کيقينن ڤنوە نبي اسماعيل ترهادڤ ڤڠوربانن يڠ دتونتوت اوليه ايهڽ اونتوق دلاکوکن. سباݢاي سأورڠ انق، بݢيندا سڠݢوڤ ڤولا مڠوربانکن کاسيهڽ کڤد ايبو دان ايهڽ دان زمان کسرونوقكطن رماجاڽ، ماله کتاهڤ سڠݢوڤ مڠوربانکن ڽاواڽ سنديري، سمات-مات کران کطاعتن بݢيندا ترهادڤ ڤرينته الله دان ڤرينته سأورڠ ايه
کدوا-دوا ڤڠربانن اين سبنرڽ برڤوسة درڤد هوبوڠن چينتا سجاتي مريك کڤد الله يڠ تيدق بربله بهاݢي. سسوڠݢوهڽ سأندايڽ سأورڠ مسلم ايت اڤابيلا مريك منداهولوکن چينتا الله درڤد چينتا مخلوق، مريك ڤاستي اکن بروليه کجاياٴن بسر دنيا دان اخيرة.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم أية 9 سورة المنافقون :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ ﴿٩﴾
مقصودڽ : واهي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان! جاڠنله كامو دلالايكن اوليه ﴿اوروسن﴾ هرتا بندا كامو دان انق-ڤينق كامو درڤد مڠيڠاتي الله ﴿دڠن منجالنكن ڤرينتهڽ﴾. دان ﴿ايڠتله﴾، سسياڤ يڠ ملاكوكن دمكين، مك مريك ايتوله اورڠ-اورڠ يڠ روڬي.
سمڤنا برادا ڤد هاري راي قربان اين مك كيت يڠ بركممڤوان هندقله مڠڬوناكن ڤلواڠ اونتوق ملاكوكن عبادة قربان سباڬايمان يڠ دانجوركن اوليه اسلام برمولا هاري اين سهيڠڬ براخيرڽ هاري تشريق ايأيت 13 ذوالحجة ننتي. انتارا حكمة درڤد عبادة قربان اين اداله اونتوق ملاهيركن كيت سباڬاي اومة يڠ برشكور. انتارا چيري همبا الله يڠ برشكور اياله :
[1] مڠاكوي بهاوا سڬالا يڠ دڤراوليهڽ برأصل دري الله جيكالاو الله بركهندق، الله بوليه مڠمبيلڽ كمبالي. [2] بيجق مڠڬونا نعمة يڠ دبري الله ايأيت اونتوق منيڠكتكن كطاعتن دان تَقَرُّب﴿مندكتكن ديري﴾ كڤد الله. دان دي مڠڬوناكنڽ اداله اونتوق كڤنتيڠن اڬام دان منفعة اورڠ رامي تراوتما جيك دي اداله ڤميمڤين. كيت تيدق ماهو كتيك نڬارا سداڠ مڠهادڤي كريسيس ايكونومي تراوتما هوتڠ نڬارا ماكين برتمبه، ريڠڬيت مليسيا يڠ سماكين رنده نيلايڽ بربنديڠ مات واڠ اسيڠ، اد بڠك دان شريكة يڠ دتوتوڤ تتاڤي ڤميمڤين ماسيه برنفسو بسر اونتوق ممبينا ڤروجيق تامن توڬو بركلواس66 ايكار يڠ باكل منلن بلنجا RM650 جوتا [3] مموجي الله اتس نعمة يڠ دبريكن [4] مماتوهي سڬالا ڤرينته دان منجاوهي لارڠن الله سڤرتي منجأوهي ربا دان رشواة [5] منمڤتكن سڬالا سسواتو ڤد تمڤتڽ بوكن مڠڬوناكن نعمت الله اونتوق بربوات معصية
مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى،
فرمان الله دالم أية 268 سورة البقرة :
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّـهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦٨﴾
مقصودڽ : شيطان ايت منجنجيكن ﴿مناكوت-ناكوتكن﴾ كامو دڠن كميسكينن دان كڤاڤأن ﴿جيك كامو برصدقة اتاو مندرما﴾، دان اي مڽوروه كامو ملاكوكن ڤربواتن يڠ كجي ﴿برصفة بخيل كدكوت﴾; سداڠ الله منجنجيكن كامو ﴿دڠن﴾ كأمڤونن درڤدڽ سرتا كلبيهن كورنياڽ دان ﴿ايڠتله﴾، الله مها لواس ليمڤه رحمتڽ، لاڬي سنتياس مليڤوتي ڤڠتاهوانڽ
متلامت عبادة قربان جوڬ اداله اونتوق مڠيكيس صفة بخيل دان كدكوت د مان صفة مذمومة اتاو ترچلا اين ممڤو داوباتي دڠن ببراڤ چارا انتاراڽ : [1] ميقيني بهاوا سموا يڠ دڤراوليهي اداله ميليك الله يڠ بوكن سهاج بوليه دتاريق باليق بيلا-بيلا ماس اوليه الله ماله اكن دڤرسؤالكن د اخيرة ننتي. [2] سنتياس مڠحاضركن كماهوان دان motivasi اونتوق برصدقه كران يقين اي بوكن سواتو يڠ روڬي ماله مڠونتوڠكن.[3]ميقيني اڤ يڠ دصدقهكن ڤاستي اكن دڬنتي اوليه الله دڠن يڠ لبيه باءيك دان برليڤت ڬندا [4] سنتياس وسڤادا بيسيقكن شيطان دان نفسو يڠ مناكوتكن دڠن كفقيران. شيطان سلالو مناكوتكن مأنسي دڠن كفقيران دان مڽوروه اونتوق برصفة كدكوت دان بخيل [5] سلالو بردعاءسفاي دهينداركن دري صفة بخيل
« اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ ، وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَاْلبُخْلِ ، وأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ » - رواه البخاري و مسلم
مقصودڽ : “يا الله، اكو برليندوڠ كڤد-مو دري لمه، راس مالس، راس تاكوت، ڽاڽوق د وقتو توا، دان صفة بخيل. دان اكو جوڬ برليندوڠ كڤد-مو دري سيقسا قبور سرتا بنچان كهيدوڤن دان كماتين
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم أية 31-32 سورة العنكبوت :
وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَىٰ قَالُوا إِنَّا مُهْلِكُو أَهْلِ هَـٰذِهِ الْقَرْيَةِ ۖ إِنَّ أَهْلَهَا كَانُوا ظَالِمِينَ ﴿٣١﴾ قَالَ إِنَّ فِيهَا لُوطًا ۚ قَالُوا نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَن فِيهَا ۖ لَنُنَجِّيَنَّهُ وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ
مقصودڽ : دان كتيك داتڠ ﴿ملائكة﴾ اوتوسن كامي كڤد نبي إبراهيم دڠن ممباوا بريتا يڠ مڠمبيراكن﴾، مريك بركات: "سبنرڽ كامي هندق ممبيناساكن ڤندودوق بندار اين﴾، سسوڠڬوهڽ ڤندودوقڽ اداله اورڠ-اورڠ يڠ ظاليم". نبي إبراهيم بركات: "سبنرڽ لوط ادا د بندار ايت". مريك منجواب: "كامي مڠتاهوي اكن اورڠ-اورڠ يڠ تيڠڬل د سيتو. سسوڠڬوهڽ كامي اكن مڽلامتكن نبي لوط دان كلوارڬاڽ ﴿سرتا ڤڠيكوت-ڤڠيكوتڽ﴾ - كچوالي استريڽ،دي اداله دري اورڠ-اورڠ يڠ دبيناسكن".
كتيك مڽوروتي قصة نبي إبراهيم جوڬ مك كيت اكن تموي قصة كداتاڠن ملائكة يڠ بوكن سهاج داتڠ اونتوق ممبريتاهو تنتڠ بريتا ڬمبيرا بركأيتن بڬيندا اكن منداڤت انق والاو ڤون تله توا مانكالا استريڽ سيتي سارة مندول تتاڤي توروت ممعلومكن بهاوا قوم نبي لوط اكن دهنچوركن عقيبة بودايا سوڠسڠ. اوليه ايت كيت بڬيتو بيمبڠ دڠن ايسو LGBT اين يڠ ممباوا كڤد فهمن بودايا سوڠسڠ سرتا ملاوان اروس يڠ جلس تله ملاكوكن سسواتو يڠ تيدق normal سرتا تيدق مڠحورمتي institusi كلوارڬ، اڬام دان اسڤيق مورال ماله اي مڠهالڠ ڤمبنتوقكن كتورونن يڠ بأيك. كيت بارو سهاج دكجوتكن دڠن كڤوتوسن محكمة رايوان كوالا لومڤور يڠ ممبنركن سأورڠ وانيتا منوكركن ستاتوس جنتيناڽ كڤد للاكي. ڤرمينتأن توكر جنتينا اين بوكن كالي ڤرتام دموهون د محكمة. انتارا كيس يڠ سام ڤرنه دبيچاراكن محمد أشرف حفيظ ڤد 2011 دان Vasudevan a/l Ramoo تاهون 2015 جوڬ ببراڤ كيس لأين يڠ محكمة مموتوسكن منولق ڤرموهونن مريك. ايسو اين ڬيات دڤرجواڠكن اوليه ڤڠعمال LGBT اتس حجة كبيباسن حق اساسي مأنسي. ماله ڬولوڠن اين توروت مڠهينا مفتي يڠ منراڠكن ايسو روڬول دالم رومهتڠڬ دڠن ڬلاران يڠ بيادڤ. جيك كيت برديم ديري دالم ايسو اين مك ڤرمينتأن ڬولوڠن اين لبيه تروق دان مربهاي. كيت جوڬ مستي لبيه برسوڠڬوه دالم منچڬه دان مراوات بودايا هيدوڤ سوڠسڠ درڤد تروس ممباره دالم نڬارا.
مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى،
فرمان الله دالم أية 27 سورة النساء :
وَاللَّـهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَن تَمِيلُوا مَيْلًا عَظِيمًا ﴿٢٧﴾
مقصودڽ : دان الله هندق ﴿ممبرسيهكن كامو دري دوسا دڠن﴾ منريما توبة كامو، سداڠ اورڠ-اورڠ ﴿يڠ فاسق﴾ يڠ منوروت كايڠينن هوى نفسو هندق مندوروڠ كامو سوڤاي كامو مڽلويڠ ﴿دري كبناران﴾ دڠن ڤڽليويڠن يڠ بسر بهايڽ
سماڠت بر قربان نبي إبراهيم سكلوارڬ دالم ملقساناكن ڤرينته الله واجب دچونتوهي ترماسوق دالم ممڤركاسكن بيداڠ كواس محكمة شربعة دڠن ڤيندأن RUU 355 تراوتما دالم منچڬه مسئلة مرتد، اجاران سست، زنا، بودايا سوڠسڠ .ستله 59 تاهون مليسيا مرديك چابران اونتوق كلوار درڤد ڤميكيرن دان سيستيم ڤنجاجه بوكنله موده تتاڤي مستي دڤرجواڠكن اڬر اوندڠ-اوندڠ اسلام يڠ ڤرنه دڬوناڤاكاي سبلوم داتڠڽ ڤنجاجه برجاي دمرتبة. سام-سام كيت رنوڠي مقدمة اوندڠ-اوندڠ سمبيلن ڤولوه سمبيلن ڤراق إيأيت ساله ساتو ڤرونداڠن اسلام يڠ دلقسان سبلوم كداتاڠن ڤنجاجه : “جيك دديريكن حكوم قرءان دڠن حكوم اوندڠ-اوندڠ د دالم سبواه نڬري نسچاي امانله ايسي نڬري ايت. مك بارڠسياڤ تياد مڠيكوت حكوم سڤرتي يڠ ترسبوت د دالم اوندڠ-اوندڠ، مك اورڠ ايت دودوق د لوار نڬري، ديم دالم هوتن مك امانله .اورڠ ممرينته نڬري جيك تياد ماهو مماكاي اوندڠ-اوندڠ دان حكوم قرءان، مك ترسبوت د دالم اوندڠ-اوندڠ اورڠ ايت تياد بوليه ممڬڠ ڤرينته د دالم نڬري.“
اوليه ايت سام٢ کيت دعاءکن ڤد هاري يڠ موليا اين اݢر کيت دان انق چوچو کيت ترماسوق دالم ݢولوڠن يڠ ممڤرجواڠکن إسلام يڠ سمڤورنا بوکن سباݢاي ڤڠهالڠ دالم ممرتابتکن سيستيم اسلام. اسلامله نسچاي کيت سلامت دان برجاي دنيا اخيرة
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية فرمان الله تعالى دالم أية 57سورة القصص :
وَقَالُوا إِن نَّتَّبِعِ الْهُدَىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّفْ مِنْ أَرْضِنَا ۚ أَوَلَمْ نُمَكِّن لَّهُمْ حَرَمًا آمِنًا يُجْبَىٰ إِلَيْهِ ثَمَرَاتُ كُلِّ شَيْءٍ رِّزْقًا مِّن لَّدُنَّا وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٥٧﴾
مقصودڽ: مقصودڽ : دان مريك ﴿يڠ كافر﴾ بركات:"كالاو كامي مڽرتأيمو منوروت ڤتونجوق يڠ اڠكاو باوا ايت، نسچاي كامي دڠن سرتا مرتا دتڠكڤ دان داوسير دري نڬري كامي ﴿اوليه ڬولوڠن يڠ مننتڠ﴾". مڠاڤ مريك ﴿بركات دمكين﴾؟ بوكنكه كامي تله مليندوڠي مريك دان منجاديكن ﴿نڬري مكة﴾ تمڤت تيڠڬل مريك سباڬاي تانه سوچي يڠ امان، يڠ دباوا كڤداڽ حاصيل تانمن دري سڬالا جنيس، سباڬاي رزقي ڤمبرين دري سيسي كامي؟ ﴿بنر، كامي تله منجاديكن سمواڽ ايت﴾، تتاڤي كباڽقكن مريك تيدق مميكيركن ڤركارا ايت اونتوق مڠتاهويڽ ﴿سرتا برشكور﴾.
مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله،
كتيك مڠحياتي معنى ڤڠوربانن مك اسلام ممرلوكن ڤڠوربانن درڤد كيت سموا دالم ممڤرجواڠكن سلوروه سيستيمڽ دالم كهيدوڤن اڬر رحمة الله داڤت دراسا اوليه سموا لاڤيسن اومة مأنسي تنڤا مڠيرا بڠسا، نڬارا، اڬام، تختا دان هرتا. بڬيتوله جوڬ دشريعتكن جهاد دالم اسلام بوكن ملمبڠكن اسلام اداله اڬام ڤڠڬانس سباليقڽ جهاد ممڤوڽاي ببراڤ متلامت سوچي انتاراڽ : [1] ممڤرتاهنكن اسلام دان اجارانڽ. اي مرڠكومي اوسها اومة اسلام اونتوق ممبنتراس سبارڠ اكتيۏيتي اتاو ڬرقكن يڠ دليهت ممڤو مڠڬوڬت دان منچمركن نام بأيك اسلام. سباڬاي اومة اسلام يڠ چليق دان intelek ، كيت ڤرلوله ڤيكا اكن propaganda موسوه تراوتماڽ دري بارت يڠ چوبا اونتوق ملمهكن دان مروسقكن عقيدة اومة اسلام. ڬولوڠن اين داڤت ممڤڠاروهي اومة اسلام دڠن ڤلباڬاي چارا سام اد ملالوءي بيدڠ ڤنوليسن، سراڠن ڤميكيرن، چارا هيدوڤ يڠ ددعوا لبيه برتمدون دان ايكونومي. اداله منجادي تڠڬوڠجواب اومة اسلام اونتوق مڠمباليكن كڬميلڠن دان كأوتوهن اسلام سباڬاي اڬام يڠ بنر دان منتوحيدكن الله.اين داڤت دلقسانكن ملالوءي جهاد دري سڬي كات-كات، ڤنوليسن،چارا هيدوڤ دان جوڬ كإيكونوميان. [2] ممبيلا ديري دان نصيب اومة اسلام درڤد كظاليمن دان ڤنينداسن ڤيهق موسوه. چونتوه ڤمبيلأن ديري يڠ دمقصودكن اين اياله مڠوسير ڤنچروبوه يڠ مرمڤس كاوسن اتاو تانه ميليك مسلمين دان مڠهالاو مريك كلوار دري كاوسن مريك سنديري. [3] ملواسكن شعار اسلام د مان جهاد جوڬ اداله ساتو medium اونتوق ملواسكن شعار اسلام.رسول الله صلى الله عليه وسلم برجهاد د اتس 2 ڤركارا إيأيت: (أ). ممڤرتاهنكن ديري درڤد موسوه. (ب. )منجامين دعوة اسلام داڤت دجالنكن دڠن بأيك دان بركسن تنڤا سبارڠ ڤقسأن اتاو ككجامن.
ساله فهم ترهادڤ جهاد دان ساله ڬونا مريك يڠ جاهل اتس نام اسلام دتمبه دڠن propaganda موسوه تله مڽببكن اسلام دتودوه سباڬاي اڬام يڠ مڠڬالقكن كڬانسان
قال النبي:لَا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ - رواه البخاري
مقصودڽ : “جاڠنله كالين سڤنيڠڬلنكو كمبالي كڤد ككافيران، سبهاڬين كامو ممڠڬل ليهير سبهاڬين يڠ لاينڽ“.
الله أكبر ! ألله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد
سمڤنا برادا ڤد هاري يڠ مليا ماريله كيت راڤتكن كمبالي صف اومة اسلام اتس داسر إيمان دالم منجولڠ تيڠڬي اسلام دان اومتڽ يڠ تروس دهينا دان دتينداس. موسوه اسلام تيدق اكن سام سكالي برهنتي دالم ممراڠي كيت دان تروس بروسها اونتوق ممچه بلهكن اومة اسلام. ڤنجاجاهن مودين تروس برلاكو ترماسوق كظاليمن zionis يهودي د فلسطين سرتا ممبياركن ككجامن ترهادڤ اومة اسلام د سريا، عراق، أفغانستان، ميانمار دان سباڬايڽ. ماله اوسها ملاكوكن رامڤاسن كواس د توركي ملالوءي تنترا ڤد ڤرتڠهن بولن جولي لالو همڤير سام دڠن اڤ يڠ برلاكو د مصر د مان تله دلاكوكن سچارا ترانچڠ اوليه موسوه اسلام تراوتما zionis يهودي. كڬاڬالن رمڤاسن ترسبوت مڽببكن موسوه اسلام سنادا مڠچم تيندقكن تيدق برتمدون ترسبوت سداڠكن مريك سبنرڽ ڤاستي برسورق ڬمبيرا جيك ڤرانچڠن جاهت مريك ايت برجاي.
حياتيله كات-كات سأورڠ ڤمودا يڠ لومڤوه كران ترچدرا عقيبة ڤرتمڤوران سماس رمڤاسن كواس كتيك بروچڤ د هيمڤونن raksasa د توركي:، “ساي سڠڬوڤ ماتي كران هندق باليق كڤد اسلام دان كامي لبيه ريلا دتانم د دالم تانه كران ماتي يڠ مليا منڬقكن اسلام درڤد هيدوڤ د اتس بومي، هيدوڤ يڠ هينا. كيت بوكن هندق مڠڬالقكن ككراسن تتاڤي كيت ماهو مڠاجر كڤد موسوه جاڠن اڠڬڤ اورڠ اسلام اين لمه. چهاي اڬام الله تيدق اكن داڤت دڤادمكن اوليه سسياڤ سهاج والاو دڠن اڤ جوا چارا سكاليڤون.
فرمان الله دالم سورة الصف اية 8 :"
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾
مقصودڽ : مريك سنتياس بروسها هندق ممادمكن چهاي الله ﴿اسلام﴾ دڠن مولوت مريك، سداڠ الله تتڤ مڽمڤورناكن چهايڽ، سكاليڤون اورڠ-اورڠ كافير تيدق سوك ﴿اكن يڠ دمكين﴾.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِوَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْإِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Khutbah Aidil Adha 1437H
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ......
فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 24 surah al-Anfal :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ﴿٢٤﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan
Selamat menyambut Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya haji atau korban ini. Sempena berada pada hari raya haji ini marilah kita sama-sama mendoakan semoga para Jemaah haji dari seluruh dunia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Kota Mekah diberikan kesihatan dan keselamatan dan yang paling besar dianugerahkan dengan haji mabrur yang tiada balasan kecuali Syurga. Jika para Jemaah haji berkumpul di bumi Mekah maka kita pada hari ini dikumpulkan di masjid atau surau dalam menunaikan solat sunat hari raya. Pensyariatan untuk kita sama-sama berkumpul ini mempunyai hikmah yang tersendiri terutama dalam merapatkan persaudaraan Islam dan yang paling penting untuk mempersiapkan diri dengan bekalan akhirat sebelum kita dikumpulkan di Padang Mahsyar nanti. Jika pada hari ini kita masih boleh memilih untuk datang atau tidak ke masjid atau surau tetapi pada hari akhirat nanti kita tiada lagi pilihan melainkan mesti berkumpul di Padang Mahsyar. Sebagaimana Jemaah haji dari pelusuk dunia dengan pelbagai latar belakang dari segi Negara, bangsa, takhta dan harta begitulah juga kita pada hari ini dengan pelbagai keadaan samada dari sudut pakaian, kenderaan dan selainnya berkumpul atas perintah Allah. Jika di dunia pun kita telah merasai bagaimana wujudnya perbezaan antara kita maka di Padang Mahsyar nanti perbezaan yang lebih dahsyat akan dirasai berdasarkan keimanan dan amalan masing-masing bukan berdasarkan takhta dan harta sebagaimana di dunia ini.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 41-44 surah Qaf :
وَاسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِ الْمُنَادِ مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ ﴿٤١﴾ يَوْمَ يَسْمَعُونَ الصَّيْحَةَ بِالْحَقِّ ۚذَٰلِكَ يَوْمُ الْخُرُوجِ ﴿٤٢﴾ إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي وَنُمِيتُ وَإِلَيْنَا الْمَصِيرُ﴿٤٣﴾ يَوْمَ تَشَقَّقُ الْأَرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ۚ ذَٰلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ﴿٤٤﴾
Maksudnya : Dan dengarlah (apa yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya), Iaitu hari mereka mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu ialah hari masing-masing keluar dari kubur. Sesungguhnya Kami menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk). Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.
Keadaan umat manusia di Padang Mahsyar banyak digambarkan oleh al-Quran dan juga hadis nabi s.a.w. Manusia dibawa ke Padang Mahsyar dengan berbagai keadaan yang berbeza sesuai dengan amalnya. Ada yang dibawa dengan berjalan kaki
إِنَّكُمْ مُلاَقُو اللهِ حُفَاةً عُرَاةً مُشَاةً غُرْلاً
Maksudnya : “Sesungguhnya kalian akan menjumpai Allah dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian, berjalan kaki, dan belum dikhitan.” (HR al-Bukhari)
Ada juga yang berkenderaan. Namun tidak sedikit yang diseret di atas wajah-wajah mereka. Rasulullah s.a.w bersabda:
إِنَّكُمْ تُحْشَرُوْنَ رِجَالاً وَرُكْبَانًا وَتُجَرُّوْنَ عَلَى وُجُوْهِكُمْ
Maksudnya : “Sesungguhnya kalian akan dikumpulkan (ke Padang Mahsyar) dalam keadaan berjalan, dan (ada juga yang) berkenderaan, serta (ada juga yang) diseret di atas wajah-wajah kalian.” (HR at-Tirmidzi).
Adapun pakaian yang dikenakannya ketika itu adalah pakaian yang dipakai ketika mati. Abu Sa’id al-Khudri RH mengatakan, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: اَلْمَيِّتُ يُبْعَثُ فِيْ ثِيَابِهِ الَّتِيْ يَمُوْتُ فِيْهَا
“Mayat akan dibangkitkan dengan pakaian yang dikenakannya ketika mati.” (HR Abu Daud dan Ibnu Hibban)
Mu’adz bin Jabal RH ketika hendak menguburkan jenazah ibunya, beliau meminta agar jenazah ibunya dikapan dengan pakaian yang baru. Beliau mengatakan, “Perbaguskanlah kafan jenazah kalian, kerana sesungguhnya mereka akan dibangkitkan dengan (memakai) pakaian itu.” (Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari).
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam Surah as-Soffaat ayat 107 :
وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ ﴿١٠٧﴾
Ertinya : Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
Sambutan Aidil Adha tidak lengkap tanpa menyebut tentang pengorbanan agong nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam mentaati perintah Allah. Terdapat 2 dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar untuk renungan kita bersama. [1] pengorbanan seorang ayah yang begitu lama menantikan seorang anak, kemudian apabila sudah memilikinya terpaksa pula mengorbankan perasaan cinta dan kasih tersebut, demi kepatuhan dan keredhaannya terhadap perintah Allah. [2] ketaatan dan keyakinan penuh Nabi Ismail a.s terhadap pengorbanan yang dituntut oleh ayahnya untuk dilakukan. Sebagai seorang anak, baginda sanggup pula mengorbankan kasihnya kepada ibu dan ayahnya dan zaman keseronokan remajanya, malah ke tahap sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, semata-mata kerana ketaatan baginda terhadap perintah Allah dan perintah seorang ayah. Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah yang tidak berbelah bahagi. Sesungguhnya seandainya seorang Muslim itu apabila mereka mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh kejayaan besar dunia dan akhirat.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Munafiqun :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّـهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ ﴿٩﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
Sempena berada pada hari raya koban ini maka kita yang berkemampuan hendaklah menggunakan peluang untuk melakukan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam bermula hari ini sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah nanti. Antara hikmah daripada ibadat korban ini adalah untuk melahirkan kita sebagai umat yang bersyukur. Antara ciri hamba Allah yang bersyukur ialah : [1] Mengakui bahawa segala yang diperolehnya berasal dari Allah jikalau Allah berkehendak, Allah boleh mengambilnya kembali. [2] Bijak mengguna nikmat yang diberi Allah iaitu untuk meningkatkan ketaatan dan taqorrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Dan dia menggunakannya adalah untuk kepentingan agama dan manfaat orang ramai terutama jika dia adalah pemimpin. Kita tidak mahu ketika Negara sedang menghadapi krisis ekonomi terutama hutang negara makin bertambah, Ringgit Malaysia yang semakin rendah nilainya berbanding mata wang asing, ada bank dan syarikat yang ditutup tetapi pemimpin masih bernafsu untuk membina Projek Taman Tugu berkeluasan 66 ekar yang bakal menelan belanja RM650 juta [3] Memuji Allah atas nikmat yang diberikan [4] Mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan Allah seperti menjauhi riba dan rasuah [5] Menempatkan segala sesuatu pada tempatnya bukan menggunakan nikmat Allah untuk berbuat maksiat
Muslimin/mat yang dikasihi Allah S.W.T,
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 268 :
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُم بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللَّـهُ يَعِدُكُم مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦٨﴾
Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya Matlamat ibadat korban juga adalah untuk mengikis sifat bakhil dan kedekut di mana sifat mazmumah atau tercela ini mampu diubati dengan beberapa cara antaranya : [1] Meyakini bahawa semua yang diperolehi adalah milik Allah yang bukan sahaja boleh ditarik balik bila-bila masa oleh Allah malah akan dipersoalkan di akhirat nanti. [2] Sentiasa menghadirkan kemahuan dan motivasi untuk bersedekah kerana yakin ia bukan suatu yang rugi malah menguntungkan. [3] Meyakini apa yang disedekahkan pasti akan diganti oleh Allah dengan yang lebih baik dan berlipat ganda [4] Sentiasa waspada bisikan syaitan dan nafsu yang menakutkan dengan kefakiran. Syaitan selalu menakutkan manusia dengan kefakiran dan menyuruh untuk bersifat kedekut dan bakhil [5] Selalu berdoa untuk dihindarkan dari sifat bakhil
« اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ ، وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَاْلبُخْلِ ، وأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ »
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari lemah, rasa malas, rasa takut, nyanyuk di waktu tua, dan sifat bakhil. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian (HR Bukhari dan Muslim)
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 31-32 surah al-Ankabut :
وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَىٰ قَالُوا إِنَّا مُهْلِكُو أَهْلِ هَـٰذِهِ الْقَرْيَةِ ۖ إِنَّ أَهْلَهَا كَانُوا ظَالِمِينَ ﴿٣١﴾ قَالَ إِنَّ فِيهَا لُوطًا ۚ قَالُوا نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَن فِيهَا ۖ لَنُنَجِّيَنَّهُ وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ
Maksudnya : Dan ketika datang (malaikat) utusan kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang mengembirakan), mereka berkata: "Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini), sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zalim". Nabi Ibrahim berkata: "Sebenarnya Luth ada di bandar itu". Mereka menjawab: "Kami mengetahui akan orang-orang yang tinggal di situ. Sesungguhnya kami akan menyelamatkan nabi Luth dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) - kecuali isterinya,dia adalah dari orang-orang yang dibinasakan".
Ketika menyoroti kisah nabi Ibrahim a.s juga maka kita akan temui kisah kedatangan malaikat yang bukan sahaja datang untuk memberitahu tentang berita gembira berkaitan baginda akan mendapat anak walau pun telah tua manakala isterinya Siti Sarah mandul tetapi turut memaklumkan bahawa kaum nabi Luth a.s akan dihancurkan akibat budaya songsang. Oleh itu kita begitu bimbang dengan isu LGBT ini yang membawa kepada fahaman budaya songsang serta melawan arus yang jelas telah melakukan sesuatu yang tidak normal serta tidak menghormati institusi keluarga, agama dan aspek moral malah ia menghalang pembentukan keturunan yang baik. Kita baru sahaja dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur yang membenarkan seorang wanita menukarkan status jantinanya kepada lelaki. Permintaan tukar jantina ini bukan kali pertama dimohon di mahkamah. Antara kes yang sama pernah dibicarakan Mohd Ashraf Hafiz pada 2011 dan Vasudevan a/l Ramoo tahun 2015 juga beberapa kes lain yang mahkamah memutuskan menolak permohanan mereka. Isu ini giat diperjuangkan oleh pengamal LGBT atas hujah kebebasan hak asasi manusia. Malah golongan ini turut menghina mufti yang menerangkan isu rogol dalam rumahtangga dengan gelaran yang biadap. Jika kita berdiam diri dalam isu ini maka permintaan golongan ini lebih teruk dan merbahaya. Kita juga mesti lebih bersungguh dalam mencegah dan merawat budaya hidup songsang daripada terus membarah dalam Negara.
Muslimin/mat yang dikasihi Allah S.W.T,
Firman Allah dalam Surah an-Nisa’ ayat 27 :
وَاللَّـهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَن تَمِيلُوا مَيْلًا عَظِيمًا ﴿٢٧﴾
Maksudnya : Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya
Semangat berkorban nabi Ibrahim a.s sekeluarga dalam melaksanakan perintah Allah wajib dicontohi termasuk dalam memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan pindaan RUU 355 terutama dalam mencegah masalah murtad, ajaran sesat, zina, budaya songsang dan lainnya. Setelah 59 tahun Malaysia merdeka cabaran untuk keluar daripada pemikiran dan sistem penjajah bukanlah mudah tetapi mesti diperjuangkan agar undang-undang Islam yang pernah digunapakai sebelum datangnya penjajah berjaya dimartabat. Sama-sama kita renungi muqaddimah Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan Perak iaitu salah satu perundangan Islam yang dilaksana sebelum kedatangan penjajah : “Jika didirikan hukum Quran dengan hukum undang-undang di dalam sebuah negeri nescaya amanlah isi negeri itu. Maka barangsiapa tiada mengikut hukum seperti yang tersebut di dalam undang-undang, maka orang itu duduk di luar negeri, diam dalam hutan maka amanlah. Orang memerintah negeri jika tiada mau memakai undang-undang dan hukum Quran, maka tersebut di dalam undang-undang orang itu tiada boleh memegang perintah di dalam negeri.”
Oleh itu sama-sama kita doakan pada hari yang mulia ini agar kita dan anak cucu kita termasuk dalam golongan yang memperjuangkan Islam yang sempurna bukan sebagai penghalang dalam memartabatkan system Islam. Islamlah nescaya kita selamat dan berjaya dunia akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 57سورة القصص :
وَقَالُوا إِن نَّتَّبِعِ الْهُدَىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّفْ مِنْ أَرْضِنَا ۚ أَوَلَمْ نُمَكِّن لَّهُمْ حَرَمًا آمِنًا يُجْبَىٰ إِلَيْهِ ثَمَرَاتُ كُلِّ شَيْءٍ رِّزْقًا مِّن لَّدُنَّا وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٥٧﴾
Maksudnya : Dan mereka (yang kafir) berkata: "Kalau kami menyertaimu menurut petunjuk yang engkau bawa itu, nescaya kami dengan serta merta ditangkap dan diusir dari negeri kami (oleh golongan yang menentang)". Mengapa mereka (berkata demikian)? Bukankah kami telah melindungi mereka dan menjadikan (negeri Makkah) tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa kepadanya hasil tanaman dari segala jenis, sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? (Benar, Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi kebanyakan mereka tidak memikirkan perkara itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur).
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Ketika menghayati makna pengorbanan maka Islam memerlukan pengorbanan daripada kita semua dalam memperjuangkan seluruh sistemnya dalam kehidupan agar rahmat Allah dapat dirasai oleh semua lapisan umat manusia tanpa mengira bangsa, Negara, agama, takhta dan harta. Begitulah juga penyariatan Jihad dalam Islam bukan melambangkan Islam adalah agama pengganas sebaliknya Jihad mempunyai beberapa matlamat suci antara : [1] Mempertahankan Islam dan ajarannya. Ia merangkumi usaha umat Islam untuk membanteras sebarang aktiviti atau gerakan yang dilihat mampu menggugat dan mencemarkan nama baik Islam. Sebagai umat Islam yang celik dan intelek, kita perlulah peka akan propaganda musuh terutamanya dari barat yang cuba untuk melemahkan dan merosakkan akidah umat Islam. Golongan ini dapat mempengaruhi umat Islam dengan pelbagai cara sama ada melalui bidang penulisan, serangan pemikiran, cara hidupyang didakwa lebih bertamadun dan ekonomi. Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mengembalikan kegemilangan dan keutuhan Islam sebagai agama yang benar dan mentauhidkan Allah.Ini dapat dilaksanakan melalui jihad dari segi kata-kata, penulisan,cara hidup dan juga keekonomian. [2] Membela diri dan nasib Umat Islam daripada kezaliman dan penganiayaan pihak musuh. Contoh pembelaan diri yang dimaksudkan ini ialah mengusir penceroboh yang merampas kawasan atau tanah milik Muslimin dan menghalau mereka keluar dari kawasan mereka sendiri. [3] Meluaskan syiar Islam di mana Jihad juga adalah satu medium untuk meluaskan syiar Islam.Rasullulah s.a.w berjihad di atas 2 perkara iaitu: A. mempertahankan diri daripada musuh. B. menjamin dakwah Islam dapat dijalankan dengan baik dan berkesan tanpa sebarang paksaan atau kekejaman.
Salah faham terhadap Jihad dan salahguna mereka yang jahil atas nama Islam ditambah dengan propaganda musuh telah menyebabkan Islam dituduh sebagai agama yang menggalakkan keganasan
لَا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ
Maksudnya : “Janganlah kalian sepeninggalku kembali kepada kekafiran, sebahagian kamu memenggal leher sebahagian yang lainnya”. [HR Bukhari]
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Sempena berada pada hari yang mulia marilah kita rapatkan kembali saf umat Islam atas dasar iman dalam menjulang tinggi Islam dan umatnya yang terus dihina dan ditindas. Musuh Islam tidak akan sama sekali berhenti dalam memerangi kita dan terus berusaha untuk memecahbelahkan umat Islam. Penjajahan moden terus berlaku termasuk kezaliman zionis Yahudi di Palestin serta membiarkan kekejaman terhadap umat Islam di Syria, Iraq, Afghanistan, Myanmar dan sebagainya. Malah usaha melakukan rampasan kuasa di Turki melalui tentera pada pertengahan Julai lalu hampir sama dengan apa yang berlaku di Mesir di mana telah dilakukan secara terancang oleh musuh Islam terutama zionis Yahudi. Kegagalan rampasan tersebut menyebabkan musuh Islam senada mengecam tindakan tersebut sedangkan mereka sebenarnya pasti bersorak gembira jika perancangan jahat mereka itu berjaya.
Hayatilah kata-kata seorang pemuda yang lumpuh kerana tercedera akibat pertempuran semasa rampasan kuasa ketika berucap di himpunan raksasa di Turki :, “Saya sanggup mati kerana hendak balik kepada Islam dan kami lebih rela ditanam di dalam tanah kerana mati yang mulia menegakkan Islam daripada hidup di atas bumi, hidup yang hina. Kita bukan hendak menggalakkan kekerasan tetapi kita mahu mengajar kepada musuh jangan anggap orang Islam ini lemah. Cahaya agama Allah tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja walau dengan apa jua cara sekalipun.
Firman Allah dalam Surah as-Soof ayat 8 :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾
Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِوَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْإِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وفي مصر وفي أفْرِيْقِي وَفِى Myanmar وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَأَضْحِيَتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ