أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 23 Ogos 2013

Islam DiJulang Kezaliman Tentera Ahzab Moden DiHalang

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 8-10 surah al-Syamsu : فَأَلْهَمَهَا فُجُورَ‌هَا وَتَقْوَاهَا ﴿٨﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا Maksudnya : Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). Kini kita telah memasuki minggu ketiga daripada bulan Syawal di mana kehangatan sambutan hari raya masih terasa. Kenikmatan sebenar berhari raya tidak mampu dirasai kecuali oleh golongan yang benar-benar berjaya menunaikan kewajipan yang diperintah oleh Allah disamping berjaya mengawal diri daripada segala laranganNya bukan sahaja pada bulan Ramadhan yang baru lalu malah pada 11 bulan selepasnya. Sesuai dengan hakikat fitrah itu sendiri yang menyuburkan rasa cinta kepada amalan soleh dan membenci sebarang bentuk maksiat. Perkara ini gagal dirasai kecuali dengan mengekalkan segala tarbiah Ramadhan pada bulan-bulan yang lain sehingga kebersihan diri daripada najis noda dosa terus dijaga bukannya pembersihan diri hanya dibuat secara secara bermusim iaitu pada bulan Ramadhan sahaja sehingga bila berlalunya Ramadhan maka diri kita kembali bergelumang dengan maksiat. Antara hikmat galakan berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal adalah bagi mendidik diri kita untuk tidak meninggal terus ibadat puasa dengan berlalunya Ramadhan. Amat malang diri yang telah bersih kembali dikotori dengan najis maksiat. Amat rugi apabila amalan soleh yang mendekatkan diri kita kepada Allah ditinggal terus sehingga kita kembali jauh daripada Allah. Semangat mengekali amal soleh serta menjauhi maksiat tidak akan berjaya kecuali adanya kesungguhan dalam diri disamping sentiasa memastikan suasana sekitar sentiasa mendorong kita ke arah itu termasuk sentiasa berada dalam majlis ilmu, bersahabat dengan orang soleh, menyediakan jadual khas untuk ibadat dan zikir harian. Kita tidak mahu menyambut hari raya secara zahir sahaja iaitu pakaian, rumah, kereta, perabut sentiasa bertukar baru sedangkan perangai buruk tidak ditukar baru dan hubungan dengan Allah semakin jauh akibat mengotori hari raya dengan maksiat Sidang Jumaat yang dikasihi, Firman Allah dalam ayat 19-21 surah al- Ma’arij : إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا ﴿١٩﴾ إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ‌ جَزُوعًا ﴿٢٠﴾ وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ‌ مَنُوعًا Maksudnya : Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); - Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; Kita doakan semoga tarbiah Ramadhan yang sama-sama dilalui telah mengembalikan kita dalam keadaan fitrah yang sentiasa ingat dan syukur kepada Allah sepanjang masa bukannya bermusim. Amat malang bila kita hanya mencari agama bila keadaan tersepit seperti masalah jerebu maka sibuk meminta ahli masjid untuk solat sunat Istisqa’ minta hujan tetapi bila bala Allah reda maka dijemput pula kumpulan muzik rock barat Metallica 2 malam lepas untuk merosakkan budaya dan akhlak rakyat. Ia ibarat memberi dadah atau arak supaya rakyat mabuk hingga lupa kepada kenaikan harga barang, tarif elektrik, jenayah dan sebagainya Suasana yang tidak sihat ini juga ibarat menjemput lebih banyak bala Allah termasuk rasa hormat kepada Islam terhakis seperti surau di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor dijadikan tempat ibadat penganut Budha sehingga kerakyatan pemilik resort ditarik balik dan surau diroboh. Kita minta agar pihak berwajib mengambil iktibar dalam usaha yang lebih bersungguh ke arah meningkatkan kesedaran dalam menjaga hubungan kaum dan agama. Begitu juga masalah jenayah menggunakan senjata api bagaikan pesta sehingga timbul dakwaan pembunuh upahan dalam negara ini begitu mudah dan murah di mana 35 kes tembakan dicatat sejak Mei lalu dengan 22 kematian. Suasana pembunuhan yang menggila ini juga mengingatkan kita tentang betapa hampirnya dunia ini kepada qiamat عنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ يَوْمٌ لَا يَدْرِي الْقَاتِلُ فِيمَ قَتَلَ ، وَلَا الْمَقْتُولُ فِيمَ قُتِلَ ، فَقِيلَ : كَيْفَ يَكُونُ ذَلِكَ ؟ قَالَ : الْهَرْجُ ، الْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ – رواه مسلم Demi jiwaku di bawah kekuasaanNya, tidak akan berlalunya dunia sehingga datang pada manusia tidak tahu si pembunuh sebab apa dia membunuh, dan tidak tahu yang kena bunuh kenapa dia dibunuh, Lalu ditanya: Bagaimana ini boleh berlaku? Sabda nabi: Pembunuhan, si pembunuh dan mangsa bunuh dalam api neraka Dalam hadis yang lain nabi s.a.w menerangkan sebab orang yang dibunuh turut masuk neraka kerana dia juga berniat untuk membunuh pembunuhnya jika ada kesempatan. Nabi s.a.w juga menjelaskan bagaimana umat akhir zaman ibarat orang hilang akal sehingga melakukan pembunuhan tanpa rasa takut عن أبي موسى الأشعري قال : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ  يُحَدِّثُنَا أَنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ الْهَرْجَ . قِيلَ : وَمَا الْهَرْجُ ؟ قَال : الْكَذِبُ وَالْقَتْلُ . قَالُوا : أَكْثَرَ مِمَّا نَقْتُلُ الْآنَ ؟ قَالَ : إِنَّهُ لَيْسَ بِقَتْلِكُمْ الْكُفَّارَ ، وَلَكِنَّهُ قَتْلُ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ، حَتَّى يَقْتُلَ الرَّجُلُ جَارَهُ ، وَيَقْتُلَ أَخَاهُ ، وَيَقْتُلَ عَمَّهُ ، وَيَقْتُلَ ابْنَ عَمِّهِ . قَالُوا : سُبْحَانَ اللَّهِ ! وَمَعَنَا عُقُولُنَا ؟ قالَ : لَا ، إِلَّا أَنَّهُ يَنْزِعُ عُقُولَ أَهْلِ ذَاكَ الزَّمَانِ ، حَتَّى يَحْسَبَ أَحَدُكُمْ أَنَّهُ عَلَى شَيْءٍ وَلَيْسَ عَلَى شَيْءٍ - رواه أحمد Maksudnya : Sesungguhnya menjelang datangnya hari kiamat, akan terjadi banyak sekali Al Haraj.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Apa maksud Al Haraj?” Baginda menjawab: “Pendustaan dan pembunuhan.” Mereka bertanya: “Apakah lebih banyak dari yang kami lakukan sekarang?.” Baginda bersabda: “Bukan seperti yang kalian lakukan iaitu (memerangi) Kuffar. Akan tetapi (pembunuhan yang terjadi) antara sebahagian kalian dengan sebagian yang lain (peperangan sesama muslimin) sehingga seseorang membunuh jirannya, adik beradiknya, bapa saudaranya dan sepupunya sendiri.” Mereka bertanya lagi, Subhanallah! Apakah pada hari itu, kami masih bersama dengan orang-orang yang berakal?” Baginda menjawab: “Tidak! Kecuali Dia telah menghilangkan akal manusia pada masa itu sehingga menyangka di kalangan kamu bahawa dia mempunyai dasar yang kuat, padahal dia tidak mempunyai pegangan apa-apa Oleh itu usaha dalam menanamkan rasa takut kepada Allah melalui pemerkasaan ilmu agama di semua peringkat disamping kembali kepada system Islam merupakan cara terbaik untuk menangani masalah yang semakin kronik bukannya memberi alasan seperti tidak mampu menambah anggota keselamatan dan alat canggih dalam masa terdekat sedangkan permohonan kerajaan Selangor untuk menubuh polis bantuan bagaikan tidak dilayan dengan sewajarnya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 55 surah an-Nuur : وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka Suasana Syawal tahun ini turut mencatatkan peristiwa berdarah yang menyayat hati di mana penerusan kekejaman kerajaan Syria yang terus membunuh rakyat yang tidak berdosa sehingga yang terbaru menggunakan senjata kimia yang mengorbankan lebih 1200 orang rakyat. Mimbar Jumaat hari ini juga mengutuk tindakan tidak bertamadun kerajaan haram Mesir yang membunuh ribuan serta mencederakan puluhan ribu rakyatnya sendiri yang tidak bersenjata termasuk wanita dan kanak-kanak sehingga ada yang dibakar dalam masa 2 hari sahaja. Masjid dan hospital turut menjadi sasaran untuk ditembak dan dibakar. Sebelum ini kita bercakap tentang kekejaman zionis Yahudi dalam menyembelih, membedil dan mengebom umat Islam tetapi kini orang yang mengaku manusia tetapi berhati binatang menghalakan senjata kepada saudara seagama. Jika pada bulan Syawal tahun 5H nabi Muhammad s.a.w bersama tentera Islam terpaksa berdepan tentera Ahzab atau bersekutu Kuffar tetapi pada ini ada Negara umat Islam sendiri bersekongkol dengan zionis yahudi Israel, Amerika Syarikat seperti Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang menjanjikan AS12 billion dolar kepada tentera yang menggulingkan kerajaan sah di Mesir. Adakah kita boleh menghalalkan darah saudara seagama untuk dibunuh sesuka hati sedangkan mereka bangkit bukan sebagai pemberontak sebagaimana didakwa oleh musuh Islam sebaliknya untuk menuntut hak mereka yang dirampas. Apa yang berlaku di bumi Mesir dan sekitar tanah Arab mengingatkan kita tentang perancangan licik zionis yahudi dalam membina Israel Raya sebagaimana dicita-citakan iaitu memanjang dari Syria hingga ke Iraq dan Mesir berpusat di Palestin di mana rancangan awal ianya berjaya dibentuk pada tahun 1995 yang lalu tetapi masih tersasar hingga hari ini. Begitu juga peperangan saudara yang diletuskan ini bertujuan untuk kapitalisme mengaut keuntungan daripada jualan senjata. Adakah kita mahu melihat lahirnya Firaun moden yang membunuh sesiapa sahaja yang ingin kembali kepada system Islam. Adakah kita rela melihat lahirnya Haman moden yang menasihat pemimpin termasuk untuk membunuh rakyat sendiri asalkan kekal berkuasa. Adakah kita sanggup memerhati lahirnya Qarun moden yang sanggup gunakan harta kekayaan untuk memadam kebangkitan Islam. Semoga laungan launganوأعز جنده وهزم الأحزاب وحده yang bermaksud Dan Dia (Allah) yang memulia dengan memberi kemenangan kepada tenteraNya dan mengalahkan tentera bersekutu kuffar (Ahzab) dapat kita laksanakan dalam kehidupan seharian dalam meraih kemenangan daripada Allah dengan sama-sama kembali bersatu atas landasan Islam dan menolak sebarang ideology dan system ciptaan manusia. Bangkitlah membantu saudara seagama yang ditindas termasuk di bumi Mesir, Syria, Palestin, Ronghiya dan seluruh dunia termasuk melalui harta dan doa. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Firman Allah dalam ayat 153 surah al-An’am: وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَ‌اطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّ‌قَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya : Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ahad, 4 Ogos 2013

خطبة عيد الفطري1434 هـ

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 2 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ ..... فرمان الله دالم اية 30 سورة الروم: فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَ‌تَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ‌ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ‌ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ مقصودڽ : ﴿ستله جلس کسساتن شرک ايت﴾ مک هادڤکنله ديريمو ﴿اڠکاو دان ڤڠيکوت-ڤڠيکوتمو، واهاي محمد﴾ کأرە اݢام يڠ جاٴوە دري کسساتن; ﴿توروتله تروس﴾ اݢام الله، ياٴيت اݢام يڠ الله منچيڤتاکن مانسي ﴿دڠن کأداٴن برسديا دري سمولاجاديڽ﴾ اونتوق منريماڽ; تيدکله ڤاتوت اد سبارڠ ڤروبهن ڤد چيڤتاٴن الله ايت; ايتوله اݢام يڠ بتول لوروس، تتاڤي کباڽقكن مأنسي تيدق مڠتاهوي مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله, سلام عيدالفطري دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. شکور يڠ تيدق ترهيڠݢ کيت فنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي فطرة يڠ مروڤاکن هاري کݢمبيرأن کران داڤت ملقساناکن کواجيڤن برڤواسا رمضان دڠن بݢيتو برهارڤ ممڤيروليهي ڤهالا يڠ بسر دسيسي الله. کيت دعاءکن سموݢ تربيه رمضان داڤت ملاهيرکن کيت سباݢاي همبا الله يڠ تروس استقامة دڠن عملن صالح والاو ڤون دلوار رمضان. کيت تيدق ماهو هاڽ منجادي ستاکت همبا رمضان سهاج يأيت باڽق برعبادة هاڽ کتيک رمضان سدڠکن بيلا برلالوڽ رمضان مسجد کمبالي سڤي, القرءان ترسيمڤن کمس دالم ألماري, کدکوت اونتوق ممبري, معصية جادي کڤرلوان ديري. همبا الله مڽمبوت هاري راي دالم دوا ڤراسأن يأيت ݢمبيرا کران داڤت منونايکن عبادة يڠ دڤرينته اوليه الله دان راس سديه کران برڤيسه دڠن رمضان يڠ بݢيتو باڽق کلبيهن سهيڠݢ ݢولوڠن اين سنتياس مڠهارڤکن اݢر رمضان برلڠسوڠ سڤنجڠ تاهون بوکنڽ سبولن سهاج. سدڠکن همبا رمضان بݢيتو ݢمبيرا دڠن برلالوڽ رمضان يڠ دأڠݢڤ ممببنکن سهيڠݢ ممنوهي سمبوتن هاري راي دڠن معصية ترماسوق مندده عورة, هيبورن ملمڤاو, ڤرݢأولن بيباس, ڤمبذيرن. عيدالفطري جوݢ ڤونچق کمناڠن مأنسي دالم ڤرتنتڠن انتارا عقل دان نفسو , کران ڤواسا اداله کأوڤايأن مأنسي اونتوق منوندوقکن دوروڠن نفسو يڠ سنتياس چندروڠ کڤد ڤلڠݢارن اجارن إسلام. عيدالفطري جوݢ برارتي کمبالي کڤد جاتي ديري مأنسي سباݢاي همبا الله, کڤد فطرة کجادين ماءنسي. د عالم روح لاݢي کيت تله مڠاکوي کأسأن الله دان برجنجي اونتوق منطاعتيث سباݢايمان دݢمبرکن دالم ايات 172 سورة الأعراف : وَإِذْ أَخَذَ رَ‌بُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِ‌هِمْ ذُرِّ‌يَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَ‌بِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ مقصودڽ : دان (إيڠتلهواهاي محمد) کتيک توهانمو مڠلوارکن ذرية انق٢ ادم (تورون-تمورون) دري (تولاڠ) بلاکڠ مريک, دان دي جاديکن مريک سقسي ترهادڤ ديري مريک سنديري, (سمبيل دي برتاڽ دڠن فرمانڽ): "بوکنکه اکو توهن کامو? " مريک سموا منجاواب: "بنر (إڠکاوله توهن کامي) , کامي منجادي سقسي". يڠ دمکين سوڤاي کامو تيدق برکات ڤد هاري قيامة كلق: "سسوڠݢوهڽ کامي اداله لالي (تيدق دبري ڤريڠاتن) تنتڠ (حقيقة توحيد) اين" اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم ايات ١٦١-١٦٢ سورة الأنعام : قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَ‌بِّي إِلَىٰ صِرَ‌اطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرَ‌اهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِ‌كِينَ ﴿١٦١﴾ قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَ‌بِّ الْعَالَمِينَ مقصودڽ : کاتاکنله (واهاي محمد): "سسوڠݢوهڽ اکو تله دبريکن ڤتونجوق هداية اوليه توهنکو کجالن يڠ بتول لوروس, (کڤد) اوݢام يڠ تتڤ تݢوه, يأيت اوݢام نبي إبراهيم يڠ اخلاص, دان تياداله دي دري اورڠ٢ مشرک". کاتاکنله: "سسوڠݢوهڽ سمبهيڠکو دان عباداتکو , هيدوڤکو دان ماتيکو , هاڽله اونتوق الله توهن يڠ ممليهارا دان منتدبيرکن سکالين عالم. فطرة جو برکاءيت دڠن حنيف يڠ برارتي سواتو صفة دالم ديري کيت يڠ چندروڠ مميهق کڤد کبأيقكن دان کبنارن. عيدالفطري سجاتي مروڤاکن سواتو کمناڠن سچارا باطينية اتاو روحانية دمان إي هاري ڤرتام اومة إسلام ڤولڠ دري ڤڠمبارأن کروحانين ستله سبولن برڤواسا دالم بولن رمضان . دالم ڤڠمبارأن ايت, کيت تله منيڠݢلکن سموا ڤرکارا يڠ دڬماري اوليه هوى نفسو کران الله دان ممبنتوق دالم ديري کيت سواتو ڤراسأن يڠ سنتياس ممرهاتي دان منجاديکن هاتي دان ايمان سباݢاي ڤڠاول يڠ سنتياس منجا ݢ تيڠکه لاکو کيت. کمونچولن عيدالفطري اين مڠاخيري سواتو ڤرجالنن کروحانين يڠ ممرلوکن کصبران دان ليمڤه رحمة دري الله دان دسينيله برمولاڽ ڤرجالنن بارو يڠ مڠݢابوڠکن روح دان جسد يڠ بنر٢ توندوق ڤاتوه کڤد أراهن الله دسمڤيڠ منجأوهي لاراڠنڽ کيت بوکن سهاج ماهو کمبالي کڤد فطره دري سݢي اخلاق دان عبادة خصوص سهاج سباليقڽ دالم ستياڤ اسڤيک کهيدوڤن ترماسوق ڤوليتيق, سوسيال, ايکونومي دان سيباڬايڽ. القرءان مڠݢمبرکن باݢايمان ڤرجالنن دعوة نبي إبراهيم ترماسوق دالم ممبيناكعبة دبومي مکة يڠ اصلڽ برتوجوان اونتوق برعبادة کڤد الله نامون اخيرڽ دسليويڠکن دڠن ڤڽمبهن برهالا يڠ دلتق سکيتركعبة . ڤربواتن شرک ايت تروس برلاکو سهيڠڬله برلڠسوڠڽ ڤمبوکأن کوتا مکة ڤد بولن رمضان تاهون8 هجرة مک رسول الله تله برتيندق مڠهنچورکن سݢالا برهالا يڠ اد باݢي مڠمباليکن ڤرانن كعبة سباݢايمان اصل. ڤريستيوا برسجاره اين مڠاجر کيت بهاوا کݢاݢلن کمبالي کڤد اݢام فطره يأيت إسلام اکن مڽببکن کهنچورن دان ڤندريتأن. راماي مأنسي مڠڠݢڤ بهاوا ککايأن بوليه ممباوا بهاݢيا تتاڤي راماي مان جوتاون دهيمڤيت تکنن جيوا, مراساکن کمشهورن بوليه باوا کتناڠن تتاڤي راماي أرتيس يڠ ماتي بونوه ديري, برڤݢڠ بهاوا ڤڠکت بوليه جامين کسناڠن تتاڤي راماي ڤميمڤين يڠ هيدوڤ دبورو مسئلة. بݢيتو جو ݢکݢاݢلن سيستيم چيڤتأن مأنسي دالم مڽلسيکن مسئلة اومت ترماسوق ڤوليتيق, ايکونومي, سوسيال کتيک إسلام ممباوا اوبت مجراب سباݢاي چارا ترباءيك اونتوق مڽمبوهڽ نامون عاقبة جاهيل دان واس-واس د کالڠن اومة إسلام سنديري کڤد سيستيم القرءان مڽببکن راچون دجاديکن اوبت ماناکالا اوبت دأڠݢڤ راچون بربيسا مسلمين دان مسلمات يڠ دحورماتي سکالين, فرمان الله دالم ايات ٤٩-٥٠ سورة المائدة : وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْ‌هُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِ‌يدُ اللَّـهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرً‌ا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ﴿٤٩﴾ أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ مقصودڽ : دان هندقله اڠکاو منجالنکن حکوم دانتارا مريک دڠن اڤ يڠ تله دتورونکن اوليه الله دان جاڠنله اڠکاو منوروت کهندق هوى نفسو مريک, دان برجاڬا-جاڬاله سوڤايا مريک تيدق مميسوڠکانمو دري سسواتو حکوم يڠ تله دتورونکن اوليه الله کڤدمو . کمودين جيک مريک برڤاليڠ (إڠڬن منريما حکوم الله ايت) , مک کتاهويله , هاڽاساڽ الله ماهو مڽيقسا مريک دڠن سبب ستڠه دري دوسا-دوسا مريک دان سسوڠݢوهڽ کباڽقكن دري اومة مأنسي ايت اداله اورڠ٢ يڠ فاسق. سسوده ايت, ڤاتوتکه مريک برکهندق لاݢي کڤد حوکوم-حکوم جاهلية? ڤدحال تيدق اد سسياڤا يڠ بوليه ممبوات حکوم يڠ لبيه ڤد درڤد الله. القرءان يڠ کيت تدروس سڤنجڠ رمضان بوکن ستاکت اونتوق منداڤت ڤهالا دري سݢي ڤمباچأن تتاڤي واجب دفهمي ستروسڽ دعملکن دالم کهيدوڤن سهارين. کݢاݢلن دالم مڠيکوت القرءان ترماسوق کمبالي کڤد اݢام فطره ياءيت إسلام دالم ستياڤ اسڤيک کهيدوڤن مڽببکن کيت دبلڠݢو دڠن ڤلباݢاي مسئلة. بارو٢ اين باڽق نݢري يڠ ترڤقسا دإشتهاركن ضرورة دسببکن جربو عاقبة ڤمباکرن هوتن سچارا تربوک يڠ اخيرڽ ردا دڠن تورونڽ هوجن سلڤس باڽق تمڤت مڠاداکن صلاة استسقاء مينتا هوجن. کيت تيدق ماهو هاڽ کمبالي کڤد اݢام بيلا کأدأن ترسڤيت دان ڤاره سدڠکن کتيک دبري دڠن نعمت کسناڠن دان کميواهن بتاڤ راماي يڠ مڠاباي ڤرينته الله. بݢيتو جوݢ ستياڤ کالي مڽمبوت رمضان دان هاري راي سنتياس منيڠکت کيس مڠسا مرچون دان کمالاڠن جالنراي . تله اد چادڠن سوڤايا کمبالي کڤد سيستيم إسلام تراوتام دالم مناڠني مسئله کمالاڠن موت کران سيستيم إسلام ممبري کعاديلن دڠن ڤمڤاسن کڤد مڠسا اتاو کلوارݢ بربنديڠ اوندڠ‌٢ سديا اد دبري کڤد نݢارا. ڤمندو يڠ چواي اکن انصاف اتس تيندقكن تݢس يڠ دکناکن سرتا ممبري ڤڠاجرن کڤد اورڠ لأين. مالڠڽ اي دڤندڠ سڤي دڠن لبيه مڠوتاماکن سيستيم يڠ بربنتوق مڠأوت کأونتوڠن بوکنڽ منديديق ترماسوق سامن automatik يڠ ببراڤ کالي دتڠڬوه اتس السن دکاجي سمولا بوکن دباطل تروس. بݢيتو جوݢ کݢاݢلن کراجأن مناڠني مسئلة کنأيقكن هرݢ بارڠ ترماسوق ايم, کڤرلوان داڤور, ݢاس مماسق, تيکيت بس دسمڤيڠ رعية مولا بيمبڠ دڠن أورا٢ کنأيقن تاريف ايليکتريک دان ميڽق. إسلام تله ممبري جالن کلوار ملالوءي ڤڠحرامن سيستيم manopoli , سوروق بارڠن سوڤايا نأيك هرݢ, ڤنيڤوان دان ڤنيندسن دالم مڠأوت کأونتوڠن. عاقبة مڠنڤيکن إسلام مک جورڠ انتارا ݢولوڠن کاي دان مسکين سماکين تيڠݢي يڠ منجادي انتارا فکتور کڤد منيڠکتڽ مسئلة سوسيال دان جناية دالم نݢارا اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم ايات ١٢٢ سورة الأنعام : أَوَمَن كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورً‌ا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِ‌جٍ مِّنْهَا ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِ‌ينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ماکسودڽا : دان اداکه اورڠ يڠ ماتي (هاتيڽ دڠن کفر) , کمودين کامي هيدوڤکن دي سمولا (دڠن هداية ڤتونجوق) , دان کامي جاديکن باڬيڽ چهاي (إيمان) يڠ منراڠي (سهيڠڬا داڤتله دي ممبيذاکن انتارا يڠ بنر دڠن يڠ ساله, دان داڤتله) دي برجالن دڠن سولوهن چهاي ايت دالم مشارکة مأنسي, (اداکه اورڠ يڠ دمکين کأدأنڽ) سام سڤرتي يڠ تيڠݢل تتڤ ددالم ݢلڤ-‌ݢليتا (کفر) , يڠ تيدق داڤت کلوار سام سکالي درڤدڽ? ديميکينله, دڤرليهتکن ڤولا ڤد ڤنداڠن اورڠ٢ يڠ کافير ايت اکن کإيلوقكن اڤ يڠ مريک تله لاکوکن (دري ڤربواتن کفر دان سݢالا جنيس معصية) انتارا ڤونچا ڬاڬلڽ اومة إسلام اونتوق کمبالي کڤد اݢام فطرة يأيت إسلام سچارا کسلوروهن کران تياد چهاي علمو اݢام سهيڠݢ مريک تيدق کنل انتارا حلال دان حرام, دوسا ڤهالا دان جوݢ عاقبة هاتي ماتي کران ديري برݢلومڠ دڠن دوسا يڠ مڽببکن هاتي کراس دان ڤايه منريما کبنران. اوليه ايت ماريله کيت سام٢ ڤرکاساکن علمو اݢام دان مڠعملڽ دالم کهيدوڤن سهارين اݢر کيت بنر٢ دبريکن کتناڠن دان کبهاݢيأن د دنيا دان اخيرة. عاقبة کجاهيلن مڽببکن ماسيه أدا وانيتا إسلام مڽرتاءي ڤرتنديڠن راتو چنتيق دان براني ڤولا مڽڠݢه فتوى. کيت جو ݢ ممينتا اݢر کراجأن ممبري ڤرهاتين سريوس کڤد ڤماکاين أتليت رنڠ, gimnastik, بينا بادن يڠ جلس منلنجڠکن مأنسي. بݢيتو جوݢ ڤڽديأن ستاديوم ترتوتوڤ خصوص اونتوق وانيتا اݢر مروة ترجاݢ ديمان باڽق کيس ڤنچابولن برلاکو سبلوم اين دتمبه لاݢي دڠن کيس ڤݢاواي ڤڠيريڠ وانيتا دروݢول کتيک برلڠسوڠڽ سوکن مليسيا (SUKMA) ك-16 بارو٢ اين. بݢيتو جوݢ إعلان منجولوق مات داخبار, مجلة, Tv دان ڤاڤن تندا يڠ منجاتوهکن مروة وانيتا. ڤميمڤين ڤاتوت مالو کڤد ڤردانا منتري کمبوجا يڠ بوکن إسلام يڠ ملارڠ أرتيس مماکاي ڤاکاين منجولوق مات مونچول د کاچ Tv دسمڤيڠ مماستيکن سامي بودا مونچول د Tv اونتوق ممبري نصيحة اݢر رعية سنتياس منجاݢ اسڤيک مورال دان تاتاسوسيلا. کيت جوݢ بݢيتو بيمبڠ دڠن ڤنيڠکتن کيس جناية تيمبقكن مڠݢوناکن سنجات اڤي د مان ڤورات جملة 2 کيس برلاکو ستياڤ ميڠݢو سڤنجڠ 7 بولن تاهون اين دري جنواري هيڠݢ جولي. ميڠݢو لڤس سهاج 5 کيس تيمبقكن دلاڤورکن. ماله دعوأن سبواه لامن web ڤد جون لالو يڠ مڽاتاکن بهاوا کوالا لومڤور اداله بنداراي يڠ ك-6 ڤاليڠ بربهاي د دنيا عاقبة قدر جناية يڠ منيڠکت 70 ڤراتوس دالم تيمڤوه 3 تاهون سڤاتوتڽ دأمبيل ڤرهاتين بوکنڽ دتولق منته٢. رعيت بݢيتو بيمبڠ اڤابيلا کأدأن منونجوقکن سأوله-اوله باݢايمان سنجات اڤي بݢيتو موده دميليقي سهيڠݢ جامينن کسلامتن رعيت ترانچم. جيک بنر اي برلاکو اتس السن ککورڠن اڠݢوتا کسلامتن دان سنجات مک اي مستي دتاڠني سݢرا. کيت اومة إسلام يڠ برڤݢڠ تݢوه کڤد القرءان برتمبه يقين بهاوا کيس جناية دان سوسيال يڠ برلاکو دالم نݢارا ممڤو دتاڠني دڠن کمبالي ملقساناکن سيستيم القرءان دالم نݢارا. کݢاݢلن دمي کݢاݢلن سيستيم چيڤتأن ماءنسي سماکين مڠنچم ڽاوا دان کأمانن نݢارا. إسلامله نسچاي کيت سلامت دنيا اخيرة. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ ...فرمان الله دالم ايات ٢٢ سورة الأحزاب : وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا مقصودڽ : دان ڤد ماس اورڠ٢ يڠ برايمان مليهت تنترا أحزاب, برکاتله مريک: " اينيله يڠ تله دجنجيکن الله دان رسولڽ کڤد کامي دان بنرله (اڤا يڠ تله دجنجيکن) الله دان رسولڽ ". دان (اڠکاتن تنترا موسوه يڠ مريک ليهت) ايت تيدق ممبري سبارڠ کسن کڤد مريک سلأين درڤد منمبهکن ايمان دان ڤڽرهن ديري مريک بولت٢ کڤد الله مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله ستياڤ کالي مڽمبوت هاري راي, اومة إسلام سلوروه دنيا اکن ملأوڠکن کلمة يڠ مڠيڠتکن تنتڠ کمناڠن ݢميلڠ تنترا إسلام كأتس تنترا أحزاب اتاو برسکوتو کفار . ڤد هاري اين کيت تروس بردڤن دڠن تنترا سکوتو کفار سمأدا دڠن سنجات ماهو ڤون ديموقراسي. کفار ݢرون دان تاکوت کڤد إسلام کران 4 سبب اوتام يأيت [1]: ڤڠݢانس کفار تاکوتکن إسلام کران إسلام ممبنتوق کساتوان اومة سباݢايمان اوچڤن ڤريسيق إسرائيل بهاوا ڤڠڬوليڠن کراجأن ڤيليهن رعية کران بيمبڠ مصر اکن ملقساناکن شريعة إسلام دان مڠمباليکن سيستيم خلافة إسلام يڠ سڤاستيڽ اکن مڠݢوݢت کڤنتيڠن موسوهإسلام تراوتام يهودي إسرائيل فرمان الله دالم ايات ٩٢ سورة الأنبياء : إِنَّ هَـٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَ‌بُّكُمْ فَاعْبُدُونِ مقصودڽ: سسوڠݢوهڽ اين, اومة کامو واهاي موءمنين اومة يڠ ساتو دان اکو اداله توهنمو مک سمبهله اکو. [2]کفار تاکوتکن إسلام کران ڤمرينتهن ربّاني د مان سموا سيستيم هيدوڤ براساسکن اڤ يڠ تله دتورونکن اوليه الله ملالوي رسولڽ بوکنڽ برداسرکن سيستيم چيڤتأن مأنسي. يهودي براس بيمبڠ جک سيستيم ربا تيدق لاݢي دݢوناکن اوليه اومة إسلام مڽببکن ايکونومي مريک مرودوم [3] کفار تاکوتکن إسلام کران ڤميمڤين يڠ دلاهيرکن اوليهإسلام مروڤاکن ڤميمڤين يڠ بنر٢ لايق ممرينته دڠن صفة دان أخلاقڽ يڠ بأيك سرتا کڤاتوهنڽ دالم ملقساناکن سݢالا حکوم إسلام. بيلا تياد لاݢي ڤميمڤين رشوة, ڤچه امانة دان ݢيلا کواس ممبوليهکن ککايأن نݢارا مڠالير دڠن عاديل کڤد رعية جلات يڠ مڽببکن کفارسوسه اونتوق ممچهبلهکن کساتوان اومة إسلام [4] كفار تاکوتکن إسلام کران سسأورڠ إسلام هاڽ ممبري ولأ اتاو توندوق ڤاتوه هاڽ کڤد الله. اين مڽببکن تياد لاݢي ڤميمڤين إسلام يڠ منجادي کودا توڠݢڠن کڤد يهودي دان سکوتوڽ سهيڠݢ ڤنجاجهن ترهادڤ اومت إسلام براخير سمو ݢ براداڽ کيت د بولن شوال يڠ مروڤاکن بولن کساتوان دان کاسيه سايڠ اکن ممبوک ڤلواڠ يڠ ترباءيك اونتوق سلوروه اومت إسلام کمبالي برساتو اتس داسرإسلام دالم مڠهنتيکن ڤمبونوهن ترهادڤ رعيت سنديري دشريا , مڠمباليکن کراجأن ڤيليهن رعيت دمصر, مڠوبورکن کظاليمن يهودي دفلسطين , مڽکت ڤنينداسن ترهادڤ بڠساRonghiya د Myanmar. سمو ݢ کداتڠن شوال ممبري سينر کبهاݢيأن کڤد سلوروه اومة إسلام اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ سلام عيد الفطري دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات.باڽقکن برصدقه اݢر مريک يڠ ممرلوکن بنتوان توروت برݢمبيرا دان زياراهيله سانق ساودارا ڤد هاري يڠ موليا اين باݢي مراڤتکن لاݢي تالي ڤرساودارأن.ربوتله ڤلواڠ اونتوق منمبهکن ساهم اخيرة دڠن برڤواسا انم هاري دبولن شوال باݢي مڽاهوت سبدا نبي صلى الله عليه وسلم : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) ماقصودڽ : سسياڤا يڠ تله برڤواسا فرض رمضان کمودين دإيکوتي ڤولا دڠن برڤواسا انم هاري د بولن شوال مک اداله ڤاهالاڽ سڤرتي دي برڤواسا سڤنجڠ تاهون. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى مصر وَفِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وَفِى Myanmar وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ . اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah Aidil Fitri 1434H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 30 surah ar-Ruum : فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَ‌تَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ‌ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ‌ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ Maksudnya : (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Salam Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Syukur yang tidak terhingga kita rafakkan ke hadrat Allah atas nikmat Hari Raya Fitrah yang merupakan hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan berpuasa Ramadhan dengan begitu berharap memperolehi pahala yang besar di sisi Allah. Kita doakan semoga tarbiah Ramadhan dapat melahirkan kita sebagai hamba Allah yang terus istiqamah dengan amalan soleh walau pun di luar Ramadhan. Kita tidak mahu hanya menjaga setakat hamba Ramadhan sahaja iaitu banyak beribadat hanya ketika Ramadhan sedangkan bila berlalunya Ramadhan masjid kembali sepi, al-Quran tersimpan kemas dalam almari, kedekut untuk memberi, maksiat jadi keperluan diri. Hamba Allah menyambut hari raya dalam 2 perasaan iaitu gembira kerana dapat menunaikan ibadat yang diperintah oleh Allah dan rasa sedih kerana berpisah dengan Ramadhan yang begitu banyak kelebihan sehingga golongan ini sentiasa mengharapkan agar Ramadhan berlangsung sepanjang tahun bukannya sebulan sahaja. Sedangkan hamba Ramadhan begitu gembira dengan berlalunya Ramdhan yang dianggap membebankan sehingga memenuhi sambutan hari raya dengan maksiat termasuk mendedah aurat, hiburan melampau, pergaulan bebas, pembaziran. Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam. Aidilfitri juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam alam ruh lagi kita telah mengakui keEsaan Allah dan berjanji untuk mentaatiNya sebagaimana digambarkan dalam ayat 172 surah al-A’araf : وَإِذْ أَخَذَ رَ‌بُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِ‌هِمْ ذُرِّ‌يَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَ‌بِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ Maksudnya : Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini" اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 161-162 surah al-An’am : قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَ‌بِّي إِلَىٰ صِرَ‌اطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرَ‌اهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِ‌كِينَ ﴿١٦١﴾ قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَ‌بِّ الْعَالَمِينَ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik". Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Fitrah juga berkait dengan hanif yang bererti suatu sifat dalam diri kita yang cenderung memihak kepada kebaikan dan kebenaran. Aidilfitri sejati merupakan suatu kemenangan secara batiniah atau rohaniah di mana ia hari pertama umat Islam pulang dari pengembaraan kerohanian setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Dalam pengembaraan itu, kita telah meninggalkan semua perkara yang digemari oleh hawa nafsu kerana Allah dan membentuk dalam diri kita suatu perasaan yang sentiasa memerhati dan menjadikan hati dan iman sebagai pengawal yang sentiasa menjaga tingkah laku kita. Kemunculan Aidilfitri ini mengakhiri suatu perjalanan kerohanian yang memerlukan kesabaran dan limpah rahmat dari Allah dan di sinilah bermulanya perjalanan baru yang menggabungkan roh dan jasad yang benar-benar tunduk patuh kepada arahan Allah disamping menjauhi laranganNya Kita bukan sahaja mahu kembali kepada fitrah dari segi akhlak dan ibadat khusus sahaja sebaliknya dalam setiap aspek kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Al-Quran menggambarkan bagaimana perjalanan dakwah nabi Ibrahim a.s termasuk dalam membina Ka’abah di bumi Mekah yang asalnya bertujuan untuk beribadat kepada Allah namun akhirnya diselewengkan dengan penyembahan berhala yang diletak sekitar Ka’abah. Perbuatan syirik itu terus berlaku sehinggalah berlangsungnya pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun 8H maka Rasulullah s.a.w telah bertindak menghancurkan segala berhala yang ada bagi mengembalikan peranan Ka’abah sebagaimana asal. Peristiwa bersejarah ini mengajar kita bahawa kegagalan kembali kepada agama Fitrah iaitu Islam akan menyebabkan kehancuran dan penderitaan. Ramai manusia menganggap bahawa kekayaan boleh membawa bahagia tetapi ramai mana jutawan dihimpit tekanan jiwa, merasakan kemasyhuran boleh bawa ketenangan tetapi ramai artis yang mati bunuh diri, berpegang bahawa pangkat boleh jamin kesenangan tetapi ramai pemimpin yang hidup diburu masalah. Begitu juga kegagalan system ciptaan manusia dalam menyelesaikan masalah umat termasuk politik, ekonomi, sosial ketika Islam membawa ubat mujarrab sebagai cara terbaik untuk menyembuhnya namun akibat jahil dan was-was di kalangan umat Islam sendiri kepada system al-Quran menyebabkan racun dijadikan ubat manakala ubat dianggap racun berbisa Muslimin/mat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 49-50 surah al-Maidah : وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْ‌هُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِ‌يدُ اللَّـهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرً‌ا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ﴿٤٩﴾ أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ Maksudnya : Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Al-Quran yang kita tadarrus sepanjang Ramadhan bukan setakat untuk mendapat pahala dari segi pembacaan tetapi wajib difahami seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Kegagalan dalam mengikut al-Quran termasuk kembali kepada agama Fitrah iaitu Islam dalam setiap aspek kehidupan menyebabkan kita dibelenggu dengan pelbagai masalah. Baru-baru ini banyak negeri yang terpaksa diisytihar darurat disebabkan jerebu akibat pembakaran hutan secara terbuka yang akhirnya reda dengan turunnya hujan selepas banyak tempat mengadakan solat Istisqa’ minta hujan. Kita tidak mahu hanya kembali kepada agama bila keadaan tersepit dan parah sedangkan ketika diberi dengan nikmat kesenangan dan kemewahan betapa ramai yang mengabai perintah Allah. Begitu juga setiap kali menyambut Ramadhan dan hari raya sentiasa meningkat kes mangsa mercun dan kemalangan jalanraya. Telah ada cadangan supaya kembali kepada system Islam terutama dalam menangani masalah kemalangan maut kerana system Islam memberi keadilan dengan pampasan kepada mangsa atau keluarga berbanding undang-undang sedia ada diberi kepada Negara. Pemandu yang cuai akan insaf atas tindakan tegas yang dikenakan serta memberi pengajaran kepada orang lain. Malangnya ia dipandang sepi dengan lebih mengutamakan system yang berbentuk mengaut keuntungan bukannya mendidik termasuk saman automatik yang beberapa kali ditangguh atas alasan dikaji semula bukan dibatal terus. Begitu juga kegagalan kerajaan menangani masalah kenaikan harga barang termasuk ayam, keperluan dapur, gas memasak, tiket bas disamping rakyat mula bimbang dengan ura-ura kenaikan tarif elektrik dan minyak. Islam telah memberi jalan keluar melalui pengharaman system manopoli, sorok barangan supaya naik harga, penipuan dan penindasan dalam mengaut keuntungan. Akibat mengenepikan Islam maka jurang antara golongan kaya dan miskin semakin tinggi yang menjadi antara faktor kepada meningkatnya masalah sosial dan jenayah dalam negara اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 122 surah al-An’am : أَوَمَن كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورً‌ا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِ‌جٍ مِّنْهَا ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِ‌ينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ Maksudnya : Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah, diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat) Antara punca gagalnya umat Islam untuk kembali kepada agama Fitrah iaitu Islam secara keseluruhan kerana tiada cahaya ilmu agama sehingga mereka tidak kenal antara halal dan haram, dosa pahala dan juga akibat hati mati kerana diri bergelumang dengan dosa yang menyebabkan hati keras dan payah menerima kebenaran. Oleh itu marilah kita sama-sama perkasakan ilmu agama dan pengamalannya dalam kehidupan seharian agar kita benar-benar diberikan ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Akibat kejahilan menyebabkan masih ada wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik dan berani pula menyanggah fatwa. Kita juga meminta agar kerajaan memberi perhatian serius kepada pemakaian atlit renang, gimnastik, bina badan yang jelas menelanjangkan manusia. Begitu juga penyediaan stadium tertutup khusus untuk wanita agar maruah terjaga di mana banyak kes pencabulan berlaku sebelum ini ditambah lagi dengan kes pegawai pengiring wanita dirogol ketika berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 baru-baru ini. Begitu juga iklan seksi di akhbar, majalah, TV dan papan tanda yang menjatuhkan maruah wanita. Pemimpin patut malu kepada Perdana Menteri Kemboja yang bukan Islam yang melarang artis memakai pakaian menjolok mata muncul di kaca TV disamping memastikan sami Budha muncul di TV untuk memberi nasihat agar rakyat sentiasa menjaga aspek moral dan tatasusila. Kita juga begitu bimbang dengan peningkatan kes jenayah tembakan menggunakan senjata api di mana purata sejumlah 2 kes berlaku setiap minggu sepanjang 7 bulan tahun ini dari Januari hingga Julai. Minggu lepas sahaja 5 kes tembakan dilaporkan. Malah dakwaan sebuah laman web pada Jun lalu yang menyatakan bahawa Kuala Lumpur adalah bandaraya yang ke-6 paling berbahaya di dunia akibat kadar jenayah yang meningkat 70 peratus dalam tempoh 3 tahun sepatutnya diambil perhatian bukannya ditolak mentah-mentah. Rakyat begitu bimbang apabila keadaan menunjukkan seolah-olah bagaimana senjata api begitu mudah dimiliki sehingga jaminan keselamatan rakyat terancam. Jika benar ia berlaku atas alasan kekurangan anggota keselamatan dan senjata maka ia mesti ditangani segera. Kita umat Islam yang berpegang teguh kepada al-Quran bertambah yakin bahawa kes jenayah dan social yang berlaku dalam Negara mampu ditangani dengan kembali melaksanakan system al-Quran dalam Negara. Kegagalan demi kegagalan system ciptaan manusia semakin mengancam nyawa dan keamanan negara. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab : وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah Muslimin/mat yang dirahmati Allah Setiap kali menyambut hari raya, umat Islam seluruh dunia akan melaungkan kalimah yang mengingatkan tentang kemenangan gemilang tentera Islam ke atas tentera Ahzah atau bersekutu Kuffar. Pada hari ini kita terus berdepan dengan tentera sekutu kuffar samada dengan senjata mahu pun demokrasi. Kuffar gerun dan takut kepada Islam kerana 4 sebab utama iaitu [1] : Pengganas Kuffar takutkan Islam kerana Islam membentuk kesatuan ummah sebagaimana ucapan perisik Israel bahawa penggulingan kerajaan pilihan rakyat kerana bimbang Mesir akan melaksanakan syariat Islam dan mengembalikan system Khilafah Islam yang sepastinya akan menggugat kepentingan musuh Islam terutama zionis yahudi Israel Firman Allah dalam ayat 92 surah al-Anbiya’ : إِنَّ هَـٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَ‌بُّكُمْ فَاعْبُدُونِ Maksudnya : Sesungguhnya ini, umat kamu wahai mukminin umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu maka sembahlah Aku. [2] kuffar takutkan Islam kerana pemerintahan Rabbani di mana semua system hidup berasaskan apa yang telah diturunkan oleh Allah melalui rasulNya bukannya berdasarkan system ciptaan manusia. Yahudi berasa bimbang jika system riba tidak lagi digunakan oleh umat Islam menyebabkan ekonomi mereka merudum [3] kuffar takutkan Islam kerana pemimpin yang dilahirkan oleh Islam merupakan pemimpin yang benar-benar layak memerintah dengan sifat dan akhlaknya yang baik serta kepatuhannya dalam melaksanakan segala hukum Islam. Bila tiada lagi pemimpin rasuah, pecah amanah dan gila kuasa membolehkan kekayaan Negara mengalir dengan adil kepada rakyat jelata yang menyebabkan kuffar susah untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam [4] Kuffar takutkan Islam kerana seseorang Islam hanya memberi wala’ atau tunduk patuh hanya kepada Allah. Ini menyebabkan tiada lagi pemimpin Islam yang menjadi kuda tunggangan kepada yahudi dan sekutunya sehingga penjajahan terhadap umat Islam berakhir Semoga beradanya kita di bulan Syawal yang merupakan bulan kesatuan dan kasih sayang akan membuka peluang yang terbaik untuk seluruh umat Islam kembali bersatu atas dasar Islam dalam menghentikan pembunuhan terhadap rakyat sendiri di Syria, mengembalikan kerajaan pilihan rakyat di Mesir, menguburkan kezaliman zionis yahudi di Palestin, menyekat penindasan terhadap bangsa Ronghiya di Myanmar. Semoga kedatangan Syawal memberi sinar kebahagiaan kepada seluruh umat Islam اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Salam Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى مصر وَفِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وَفِى Myanmar وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Jumaat, 2 Ogos 2013

Lailatul Qadar DiRebut Sistem Islam DiIkut

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 133 surah Ali ‘Imran : وَسَارِ‌عُوا إِلَىٰ مَغْفِرَ‌ةٍ مِّن رَّ‌بِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْ‌ضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْ‌ضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ Maksudnya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Kini kita telah berada pada fasa ketiga daripada Ramadhan yang dijanjikan dengan kebebasan daripada api neraka bagi hamba Allah yang berjaya menghidupkan Ramadhan dengan amal soleh penuh keikhlasan kepada Allah. Beradanya kita pada 10 hari dan malam terakhir bulan Ramadhan ini juga memberi isyarat yang jelas supaya kita semakin bersemangat dalam menambahkan bekalan akhirat pada saat yang begitu berharga ini terutama salah suatu malamnya akan ada Lailatul Qadar yang beribadat padanya lebih baik daripada 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan. Antara hadis nabi sa.w yang menyebut tentang kelebihan Lailatul Qadar ialah قال الرسول : مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ -– رواه البخاري ومسلم. Maksudnya : Sesiapa yang bangun beribadat pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu Antara amalan terbaik dalam mengejar Lailatul Qadar ialah sebagaimana yang pernah diamalkan oleh para sahabat nabi seperti Anas ibn Malik dan ulama tabi’en iaitu mandi antara Maghrib dan Isya’, memakai baju yang paling baik dan memakai haruman atau wangian. Memperbanyakkan solat sunat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib. Nabi s.a.w sendiri tidak akan melalui bacaan ayat rahmat kecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui bacaan ayat azab kecuali memohon perlindungan Allah daripada azab itu. Menjaga Solat berjemaah sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan. Banyak beriktikaf di masjid kerana nabi s.a.w beriktikaf pada 10 akhir daripada Ramadan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah di mana sunnah iktikaf diteruskan oleh para isterinya. Kita turut dianjurkan untuk memperbanyakkan doa di mana doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa memohon keampunan atau maghfirah daripada Allah SWT. Tidak ketinggalan dengan amalan mulia iaitu banyak bersedekah Sidang Jumaat yang dikasihi, Firman Allah dalam ayat 18 surah al-Hasyru: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ وَلْتَنظُرْ‌ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ‌ بِمَا تَعْمَلُونَ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Sempena berada pada hari-hari terkahir bulan Ramadhan juga marilah kita bermusabah menghitung diri dengan amalan soleh yang telah kita lakukan disamping istighfar dan taubat yang telah kita pohonkan kepada Allah samada semakin banyak atau sebaliknya. Adakah telah ada perubahan dalam diri kita ke arah merasai kelazatan dan keseronokan beribadat kepada Allah serta merasa benci dan takut kepada maksiat. Adakah nafsu kita telah berjaya dijinakkan untuk tunduk patuh kepada Allah atau terus ganas menguasai jiwa kita. Ingatlah bahawa seganas-ganas binatang buas seperti harimau hanya mampu menerkam dan membunuh kita sahaja namun ia boleh ditembak atau ditangkap kerana ia musuh luaran. Sedangkan seganas-ganas nafsu yang bergerak sebati dalam diri jika tidak mampu dijinakkan boleh membawa kita terhumban ke dalam seksa Neraka Allah yang amat dahsyat. Pastikan kita tidak masuk dalam golongan yang sentiasa memberi alasan bila disebut berkaitan amal soleh. Jangan beri alasan tiada masa untuk solat berjemaah dan solat sunat sedangkan masa menonton tv, berbual dan berehat sentiasa ada luang. Jangan beri alasan tiada masa untuk membaca al-Quran sedangkan masa membaca akhbar, majalah, layari internet sentiasa ada kelapangan. Jangan beri alasan tiada wang untuk bersedekah sedangkan banyak wang dihabiskan untuk perkara tidak berfaedah seperti berbalas pesanan ringkas telefon (sms) pada perkara melalaikan dan membeli sesuatu yang tidak bermanfaat. Akhirnya ramai umat Islam lebih mementingkan kehidupan dunia yang bakal ditinggal berbanding bersiap dengan bekalan akhirat yang bakal kita hidup di sana selama-lamanya. Hitunglah diri kita di dunia ini sebelum kita dihitung atas neraca Allah di padang Mahsyar nanti Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Isra’: إِنَّ هَـٰذَا الْقُرْ‌آنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ‌ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرً‌ا كَبِيرً‌ا Maksudnya : Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar Setiap kali tibanya Ramadhan dan hari raya kita sering berhadapan dengan kenaikan harga barang yang begitu membebankan terutama golongan susah dan sederhana. Sikap kerajaan yang lebih mendahulukan kehendak peniaga, pembekal dan pemborong antara sebab utama kenaikan harga barangan disamping membiarkan keperluan rakyat dimanopoli oleh segelintir pihak tertentu sahaja. Dasar kapitalisme yang mementingkan pengusaha besar walau pun dengan mengorbankan rakyat ramai turut menjadi antara faktor kepada kenaikan harga barang tidak tidak terkawal. Tahun ini kita tertekan dengan harga ayam dan barangan keperluan dapur yang lain disamping tambang bas ditambah pula dengan kebimbangan kepada ramalan naiknya harga minyak terutama diesel dan tarif elektrik. Akhirnya gula-gula bonus gaji yang dapat sedikit tetapi disedut semula dengan harga barangan melambung. Apatah lagi rakyat yang bekerja sendiri. Jurang antara golongan kaya dengan miskin semakin tinggi yang bukan sahaja boleh menambah masalah sosial malah meningkat kes jenayah dalam negara Sistem al-Quran sentiasa menganjurkan umatnya agar menjauhi sifat tamak serta menindas orang lain disamping melarang penipuan, sorok barang dan system manopoli yang menyusahkan rakyat. Islam bukan sahaja menghalalkan jual beli malah menggalakkan umatnya berkecimpung dalam bidang perniagaan dengan syarat menjaga halal haram serta menerapkan kasih sayang bukannya permusuhan dan penindasan dalam mengaut keuntungan. Malah kewajipan zakat termasuk zakat fitrah adalah bertujuan untuk memastikan aliran kekayaan tidak hanya berlegar di kalangan orang kaya tetapi turut dirasai nikmatnya oleh asnaf atau penerima zakat yang berkelayakan. Islam juga mengharamkan system riba yang menindas manusia Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’: وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua Ketika kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat turut tertekan dengan peningkatan kes jenayah di mana daripada data sampel yang dikumpul dari paparan media sejak 1 April hingga 30 Julai tahun ini, sebanyak 15 kes jenayah melibatkan senjata api, pedang dan parang melibatkan pelbagai kelas masyarakat. Malah dakwaan sebuah laman web pada Jun lalu yang menyatakan bahawa Kuala Lumpur adalah bandaraya yang ke-6 paling berbahaya di dunia akibat kadar jenayah yang meningkat 70 peratus dalam tempoh 3 tahun sepatutnya diambil perhatian bukannya ditolak mentah-mentah. Rakyat begitu bimbang apabila keadaan menunjukkan seolah-olah bagaimana senjata api begitu mudah dimiliki sehingga jaminan keselamatan rakyat terancam. Jika benar ia berlaku atas alasan kekurangan anggota keselamatan dan senjata maka ia mesti ditangani segera. Kita umat Islam yang berpegang teguh kepada al-Quran bertambah yakin bahawa kes jenayah dan social yang berlaku dalam Negara mampu ditangani dengan kembali melaksanakan system al-Quran dalam Negara. Kegagalan demi kegagalan system ciptaan manusia semakin mengancam nyawa dan keamanan negara. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Semoga tarbiah Ramadhan yang sedang kita lalui ini dengan ibadat puasa disamping kewajipan zakat fitrah mampu melahirkan kita sebagai umat yang sentiasa kasih kepada saudara Islam yang lain disamping sentiasa membantu setakat termampu samada melalui harta benda mahu pun doa berharga. Mimbar Jumaat pada hari yang mulia di bulan Ramadhan yang mulia buat sekian kalinya menyeru untuk kita semua bersatu atas dasar Islam dalam menghentikan keganasan di Syria. Begitu juga mengembalikan semula keamanan di Mesir di mana kita melihat arahan kerajaan sementara agar pihak anggota keselamatan mengambil tindakan kepada penyokong bekas Perdana Menteri yang digulingkan akan menambahkan masalah setelah tindakan pembunuhan beramai-ramai yang mencatat 480 angka korban disamping 8000 yang cedera sejak rampasan kuasa dilakukan oleh pihak tentera. Kita begitu sedih apabila umat Islam dilagakan oleh musuh Islam akibat ada pihak yang mengikut telunjuk zionis yahudi sebagaimana dipetik daripada ucapan perisik Israel bahawa penggulingan kerajaan pilihan rakyat kerana bimbang Mesir akan melaksanakan syariat Islam dan mengembalikan system Khilafah Islam yang sepastinya akan menggugat kepentingan musuh Islam terutama zionis yahudi Israel. Semoga semangat Ramadhan mampu digunakan sebaik mungkin dalam mengembalikan kesatuan umat ke arah mencapai kemenangan gemilang dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal: وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَ‌سُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِ‌يحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُ‌وا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِ‌ينَ Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ