Khamis, 19 September 2013

Sistem Islam DiMartabat Penjajahan Moden DiSekat

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 27-28 surah al-Hajj : وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِ‌جَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ‌ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ لِّيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُ‌وا اسْمَ اللَّـهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ عَلَىٰ مَا رَ‌زَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۖ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ‌ Maksudnya : Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. “Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. Kini kita berada pada bulan Zulkaedah yang merupakan bulan ke-2 terakhir dalam taqwim Hijrah. Pada bulan ini ramai di kalangan umat Islam dari seluruh dunia termasuk ibubapa, adik-beradik, sanak saudara mahu pun sahabat handai kita telah dan akan bertolak menuju ke tanah suci Mekah bagi menunaikan Fardhu haji. Kita doakan semoga para jemaah haji diberikan keselamatan sepanjang menunaikan ibadat di Mekah dan dianugerahkan dengan ganjaran haji mabrur yang diidamkan. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُأَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا، وَالحَجُّ المَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الجَنَّةَ – مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. Maksudnya : Antara umrah kepada umrah lainnya itu akan menghapuskan dosa di antara keduanya. Dan haji mabrur tidak ada balasannya melainkan Syurga. Semoga pertemuan dan berkumpulnya umat Islam dari seluruh dunia mampu menanam seterusnya membangkitkan semangat untuk bersatu atas dasar Islam dalam membebaskan kita daripada belenggu penjajahan hawa nafsu dan system ciptaan manusia kepada tunduk patuh kepada Allah dan melaksanakan system Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Jadikan bilangan yang ramai yang bermanfaat dengan membuang penyakit al-Wahnu iaitu takut kepada mati dan terlalu cinta kepada dunia Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 27 surah al-Fathu : لَّقَدْ صَدَقَ اللَّـهُ رَ‌سُولَهُ الرُّ‌ؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَ‌امَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُ‌ءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِ‌ينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِ‌يبًا Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang mukmin ketika mereka berbai’ah (janji setia) kepada engkau di bawah pohon. Maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi ganjaran kepada mereka kemenangan yang dekat waktunya. Bulan Zulkaedah juga turut mencatat beberapa peristiwa besar dan bersejarah antaranya telah berlangsungnya Perjanjian Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara kaum muslimin pimpinan Rasulullah s.a.w dengan kaum Quraisy. Peristiwa ini berlaku apabila umat Islam yang ingin menunaikan ibadat haji telah dihalang oleh kafir Quraisy. Mereka merasa begitu gerun melihat betapa ramainya jumlah umat Islam walau pun kedatangan mereka ke Mekah bertujuan untuk menunaikan ibadat haji bukannya untuk berperang. Akhirnya Rasulullah s.a.w telah menghantar Sayyidina Uthman bin ‘Affan ke Mekah untuk berbincang dengan pihak Quraisy bagi membolehkan umat Islam mengerjakan haji pada tahun itu. Pemergian Sayyidina Uthman yang agak lama tanpa sebarang berita menyebabkan timbulnya cerita bahawa beliau telah dibunuh yang membawa kepada berlangsungnya Bai’ah ar-Ridhuan di bawah sebatang pokok di Hudaibiah bagi menyatakan kesanggupan mereka untuk membela Islam walau pun terpaksa menumpahkan darah. Ketika kaum muslimin sedang berbai’ah, tiba-tiba munculnya Sayyidina Uthman di mana beliau turut sama dalam berbai’ah. Kuffar Quraisy yang mendengar tentang bai’ah yang dilakukan ini mula merasa gerun dan takut lalu mereka segera menghantar wakil bagi mengadakan perdamaian antara mereka dengan umat Islam. Melalui Perjanjian Hudaibiah inilah walau pun dari segi zahir ramai melihat tidak menguntungkan Islam tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila ia menjadi pemangkin sehingga terjadinya Pembukaan Kota Mekah beberapa tahun selepas itu akibat perlanggaran terhadap perjanjian oleh kuffar. Sidang Jumaat yang dikasihi, Firman Allah dalam ayat 56-58 surah al- Anfal : الَّذِينَ عَاهَدتَّ مِنْهُمْ ثُمَّ يَنقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّ‌ةٍ وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ ﴿٥٦﴾ فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِي الْحَرْ‌بِ فَشَرِّ‌دْ بِهِم مَّنْ خَلْفَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُ‌ونَ ﴿٥٧﴾ وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِن قَوْمٍ خِيَانَةً فَانبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ Maksudnya : (Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu). Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang-orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf). Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat. Pada hari ini kita dapat lihat dan rasa sendiri bagaimana banyak perjanjian dengan musuh Islam semakin menghimpit dan mencengkam dengan meneruskan penjajahan baru bermula dengan tergadainya bumi Palestin kepada Israel selepas Peperangan Dunia Ke-2 dengan kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki. Musuh Islam memasang jerat dengan penuh dendam kesumat terhadap umat Islam dengan perjanjian berat sebelah. Antara punca penjajahan baru di Mesir selain gerunnya musuh Islam terhadap usaha mengembalikan system Islam maka ia turut disebabkan rasa bimbang kapatalisme sekiranya Mesir tidak lagi mengimport gandum daripada mereka dengan perancangan menggunakan semaksima mungkin pengeluaran gandum sendiri yang disekat selama ini atas alasan menghormati Perjanjian Camp David. Menyedari bahayanya penjajahan baru yang dulunya dinamakan globalisasi tetapi kini bergerak atas nama tertentu seperti yang bakal dipersetujui oleh pemimpin Negara walau pun banyak bantahan dibuat iaitu Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) dijangka akan dimeterai pada Oktober 2013 ini di Brunei. Ramai menyatakan kebimbangan dengan penjajahan baru ini menyebabkan lebih banyak pengangguran, peniaga tempatan bakal gulung tikar malah hasil Negara akan disedut tanpa batasan kerana kapitalis lebih berkuasa daripada undang-undang Negara malah boleh menggugat isu akhlak dan agama. Belum perjanjian dibuat pun banyak masalah penghinaan terhadap Islam seperti masih ada syarikat yang tidak membenarkan wanita bertudung untuk bekerja di syarikat mereka , larangan solat Jumaat dan sebagainya. Begitu juga penyebaran ajaran sesat Islam Liberal seperti kes pembatalan pengharaman buku Irshad Manji yang jelas mempromosi gaya hidup dan pemikiran yang bertentangan dengan Islam yang sebelum ini disekat oleh KDN. Kita minta supaya Peguam Negara bertindak segera untuk merayu agar keputusan yang boleh menyebarkan racun berbisa kepada umat Islam terutama yang cetek agama ditarik semula. Agama bukan suatu perkara yang boleh main-main atau boleh dipadang ringan kerana rosaknya agama bakal menghancurkan bangsa dan negara. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 41 surah ar-Ruum : ظَهَرَ‌ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ‌ وَالْبَحْرِ‌ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْ‌جِعُونَ Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Kita dilarang sama sekali menyalahkan takdir Allah apabila berlalu sesuatu keburukan kepada kita. Kita wajib berusaha dalam melaksanakan sesuatu perkara yang dibenarkan oleh syarak dan meninggal segala tegahan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Islam telah menggariskan peraturan yang sempurna dalam menguruskan dunia berdasarkan agama seperti Islam menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba, haramkan zina dengan menghalalkan nikah kahwin. Begitu juga masalah kenaikan harga barang tidak boleh dilakukan sesuka hati seperti haram manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, menganggu harga pasaran dan ihtikar iaitu menyimpan barangan asasi agar naik harga kerana mewujudkan suasana paksaan yang direka. Oleh itu apabila rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak yang pasti disertai oleh kenaikan harga barangan keperluan yang lain maka sepatutnya kerajaan menangani terlebih dahulu masalah rasuah, kesenangan kepada golongan koprat, kroni serta pembangunan mewah yang membazir sebelum bertindak mengurangkan subsidi minyak yang sepastinya menyiksa rakyat kebanyakan. Kita masih ingat kisah Imam Nawawi yang sanggup berdepan dengan risiko dibunuh oleh pemimpin kerana meminta supaya seluruh kekayaan pemimpin diambil terlebih dahulu sebelum mengambil cukai daripada rakyat untuk digunakan dalam membeli senjata bagi berdepan dengan musuh yang bersiap sedia menyerang Negara. Begitu juga cadangan yang dikeluarkan oleh Sultan Ulama’ Izzuddin Abdul Salam yang meminta agar seluruh kemewahan pemimpin dan menteri diambil terlebih dahulu sebelum mengambil cukai daripada rakyat untuk membeli senjata bagi berdepan dengan musuh. Oleh itu kita menyeru agar pemimpin wajib bertanggungjawab dengan kesusahan yang sedang dan bakal ditanggung oleh rakyat bukannya dibebankan dengan kenaikan harga minyak dan bakal diperas dengan cukai GST nanti. Selesaikan masalah ini dengan penuh amanah bukannya untuk menjaga kepentingan peribadi. Setiap kita bakal disoal di akhirat nanti di mana golongan yang paling banyak dan besar amanahnya maka semakin banyak soal jawab akan dihadapi di akhirat nanti Firman Allah dalam ayat 36 surah Muhammad: إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ وَإِن تُؤْمِنُوا وَتَتَّقُوا يُؤْتِكُمْ أُجُورَ‌كُمْ وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ Maksudnya : (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 11 September 2013

Sistem Islam DiPerkasa Negara Sentosa

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian Firman Allah dalam ayat 191-192 surah Ali ‘Imran : الَّذِينَ يَذْكُرُ‌ونَ اللَّـهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُ‌ونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ رَ‌بَّنَا مَا خَلَقْتَ هَـٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ‌ ﴿١٩١﴾ رَ‌بَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ‌ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ ۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ‌ Maksudnya : Golongan yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan perkara ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun Kini kita berada pada hari terakhir bulan Syawal di mana bulan baru Zulkaedah bakal menjelma. Perubahan hari, minggu, bulan dan seterusnya tahun yang begitu cepat bersama meningkatnya umur kita sepatutnya dijadikan peringatan berharga untuk kita sama-sama menghitung diri terutama tentang amal ibadat dan taubat atas maksiat yang kita telah dan akan lakukan. Jadikankanlah diri kita sebagai sebaik-baik manusia iaitu diberi panjang umur dengan amalan soleh yang banyak قَالَ الرَسُولُ :خَيْرُ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ ، وَشَرُّ النَّاسِ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ– رواه الترمذي Maksudnya : Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Manakala sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya. Jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yang menghargai nikmat masa dan umur yang dianugerahkan oleh Allah kerana ia bakal ditanya pada hari akhirat nanti قال الرسول: لا تَزُولُ قَدَمَا الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ عُمْرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ , وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ , وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ , وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ فِيهِ - رواه الترمذي Maksudnya : Kedua-dua kaki tidak akan berganjak sedikit pun pada hari kiamat sehingga ditanya tentang 4 perkara iaitu : [1] tentang umur, bagaimana ia habiskan,[2] tentang masa muda ke mana dia pergunakan, [3] tentang hartanya, dari mana diperolehi dan bagaimana dibelanjakan dan [4] tentang ilmunya, apakah yang dibuat dengannya Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 155 – 157 surah al-Baqarah : وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka mengucapkan : إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk Setiap diri kita mahukan ketenangan dan kebahagian dalam kehidupan. Islam mengajar kita cara untuk mendapatkan nikmat berharga ini mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh agama bukan mengikut kehendak hawa nafsu. Akibat membelakangkan panduan agama menyebabkan ketenangan dan kebahagian yang diharapkan tetapi kecelaruan dan kehancuran yang berlaku. Ramai yang mengejar harta tanpa mengira halal haram termasuk dengan menipu, pecah amanah atau rasuah akhirnya mereka diburu oleh kesalahan sehingga harta menyusahkan hidup, rumahtangga kacau bilau. Ramai yang mengejar keseronokan dengan hiburan melampau akhirnya terjebak dengan arak dan dadah yang merosakkan akal dan tubuh badan. Akibat mengambil racun berbisa sebagai ubat maka penyakit bukan sahaja tidak sembuh malah keadaan semakin binasa Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Ketika Negara masih dihantui dengan jenayah menggunakan senjata api yang semakin meningkat ditambah dengan laporan wujudnya 49 kumpulan kongsi gelap dengan keahlian mencecah 50 ribu orang malah yang ada yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Jika sebelum merdeka kongsi gelap terkenal dalam berebut kawasan lombong biji timah dan sebagainya manakala selepas merdeka ia bergerak dalam melakukan pelbagai jenayah. Pemimpin mesti bertanggungjawab dalam kelahiran begitu banyak kongsi gelap setelah 56 tahun menyambut kemerdekaan Negara serta bersungguh dalam menanganinya bukan setakat mengumumkannya untuk menakutkan rakyat ketika Negara dikatakan dalam keadaan aman. Sikap hanya menangkap ikan bilis sedangkan jerung dibiar bebas antara punca suburnya jenayah membahayakan Negara ini. Kita juga tidak mahu isu ini menenggelamkan penderitaan rakyat akibat kenaikan harga minyak minggu ini yang sepastinya akan diikuti dengan kenaikan harga barang yang pasti membebankan rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana. Itu belum lagi tekanan terhadap rakyat dengan kenaikan tarif elektrik, cukai GST dan saman automatic AES yang bakal menyusul. Jangan salahkan siapa jika menderita dengan bebanan hidup sehingga berada dalam keadaan takut dan lapar jika kita sendiri yang menempah penyakit. Ingatlah suatu amaran nabi sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar: يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah: [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Segala amaran nabi itu berlaku satu demi satu di depan kita seperti [1] Wabak Taun yang berjangkit dan kolera serta penyakit kelamin yang begitu banyak merebak sekarang seperti Aids, HIV adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan. Setiap kali sambutan tahun baru, merdeka maka isu zina sentiasa tersiar akibat sambutan dibuat ikut penjajah. Kita begitu bersetuju dengan cadangan orang bukan Islam agar diasingkan antara rumah urut lekaki dengan perempuan bagi mencegah aktiviti pelacuran. Kita juga menyambut baik pembatalan konsert Lamb of God kumpulan muzik barat yang jelas menghina Islam dan tidak sesuai dengan budaya timur setelah banyak desakan dibuat. [2] Keadaan sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan. Lalu terjadilah inflasi, barang naik harga, harga minyak naik, pendapatan tidak mencukupi, banyak pengangguran dan lain-lain kemorosotan ekonomi. Rakayt tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi sedangkan masalah ketirisan dan sikap boros serta pembaziran dalam mengurus harta Negara tidak disekat. Ibnu Khaldun pernah menyebut antara punca kehancuran Negara apabila pemimpin terus seronok dengan cara hidup mewah dan projek mega dengan memeras rakyat dengan cukai yang tidak munasabah [3] Allah balakan dengan kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat di mana ramai umat Islam sendiri menganggap tidak perlu lagi keluar zakat kerana dia telah membayar cukai. Sesetengah tempat, walaupun hujan turut banyak, tetapi air tidak mencukupi untuk kegunaan, iaitu hujan tidak lagi membawa berkat bahkan membawa bala bencana pula. [4] Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa-apa yang dimiliki kaum Muslimin seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada tangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah SWT, tidak mentaati perintah Allah. Atau bagi negara Islam lain mungkin penjajah atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan negeri. Rakyat akan merempat di bumi sendiri. Walau pun telah diberikan kemerdekaan tetapi hakikatnya kebanyakan Negara umat Islam terus dijajah oleh system penjajah malah kuasa kuffar akan segera menyerang atau menggulingkan mana-mana pemimpin yang mahu kembali kepada system Islam antara terbaru di Mesir dan perancangan Amerika Syarikat untuk menyerang Syria. Musuh Islam bukan sahaja akan menyedut hasil mahsul Negara malah membiarkan keadaan huru-hara asalkan Islam tidak dikembali sebagai perundangan Negara. Ancaman ke-[5] iaitu Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin sendiri disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWT dan tidak menjadikan al-Qur’an sebagai undang-undang di dalam kehidupan. Akan berlaku perpecahan dan perbalahan, perperangan dan pembunuhan sesama sendiri berleluasa. Gagalnya Negara kita untuk kembali kepada system Islam antara punca banyak penyakit sosial dan jenayah berlaku. Tepuklah dada kita dan tanyalah iman kita samada mahu kembali kepada system Islam untuk meraih kebahagiaan dunia akhirat atau terus redha dengan system penjajah dan terus melarat di Negara sendiri. Islamlah nescaya kita mulia dan bahagia dunia akhirat Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud : وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَىٰ بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ