أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Jumaat, 18 November 2011

Dunia Bertunjangkan Agama Jamin Bahagai

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 18-19 surah a-Isra’ : مَّن كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَن نُّرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَّدْحُورًا ﴿١٨﴾وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَـٰئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُورًا Maksudnya : Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya Islam mengajar kita bagaimana kehidupan dunia berkait rapat dengan kehidupan akhirat di mana dunia tempat kita beramal manakala akhirat tempat kita menerima pembalasan. Rasulullah s.a.w berulangkali memperingatkan kita tentang bahayanya dunia jika kita gagal menguruskannya berdasarkan panduan agama. Dunia tiada berharga di sisi Allah malah ia dikutuk sekiranya tidak mengaitkannya dengan akhirat. Dunia yang diraih tanpa mengingati Allah akan menyebabkan manusia menjadi hamba dunia. Dunia yang tiada pantang halal haram, dosa pahala disifatkan seumpama bangkai manakala pemburu dunia jenis ini diibaratkan anjing rakus yang tidak mempeduli samada yang dibahamnya itu bangkai atau daging yang halal. Sebaliknya akan berjaya manusia yang mentadbir dunia dengan sentiasa mengingati Allah dengan hati, lidah dan amalan soleh disamping segala gerakgeri dan kerja hariannya berada dalam batas syarak. حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ , قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , وَهُوَ يَقُولُ : " الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ , مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرَ اللَّهِ , وَمَا وَالَاهُ أَوْ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا - رواه ابن ماجه Maksudnya : Ketahuilah bahawa dunia ini dilaknat kecuali zikrullah, barang yang dikasihi Allah daripada ketaatan, orang yang berilmu dan orang yang belajar Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Kita pernah ingat bagaimana nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda berkenaan seorang sahabat yang kaya-raya iaitu Abdul Rahman bin ‘Auf walau pun antara orang yang dijanjikan Syurga tetapi akan memasukinya secara merangkak. Apabila Abdul Rahman bin ‘Auf mendengar kata-kata nabi itu lalu beliau memahami antara sebab beliau memasuki dalam keadaan itu kerana harta yang dimiliki begitu banyak sehingga terpaksa berhenti begitu lama ketika diperiksa di akhirat kelak. Menurut beberapa riwayat antara punca beliau menyerah kesemua hartanya sebanyak 100 ekor unta penuh dengan barang dagangan dan ada riwayat yang mengatakan 700 ekor unta kepada Rasulullah s.a.w disebabkan beliau terlalu bimbang sekiranya harta yang banyak akan menyukarkannya untuk memasuki Syurga Allah sebagaimana yang dikhabarkan oleh nabi kepadanya. Jika kekayaan dengan harta daripada sumber yang halal dan dibelanja pula dengan cara yang halal sudah begitu payah untuk memasuki Syurga apatah lagi jika harta itu didapati daripada sumber yang haram seperti rasuah, riba, pecah amanah dan sebagainya. Kita juga wajib memastikan bagaimana kerja untuk mencari rezeki mesti mengikut kehendak syarak disamping tidak melalaikan kita daripada mengerjakan perkara fardhu ‘ain terutama belajar ilmu agama, solat, puasa dan sebagainya عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ : " يَا ابْنَ آدَمَ تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِي أَمْلَأْ صَدْرَكَ غِنًى وَأَسُدَّ فَقْرَكَ ، وَإِلَّا تَفْعَلْ مَلَأْتُ يَدَيْكَ شُغْلًا وَلَمْ أَسُدَّ فَقْرَكَ " – رواه الترمدي Maksudnya : Sesungguhnya Allah berfirman : Wahai anak Adam! Luangkanlah dirimu untuk beribadat nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan drimu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiranmu Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah , Firman Allah S.W.T dalam ayat 27 surah al-Isra’ : إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. Islam juga mengajar kepada kita tentang betapa buruknya amalan membazir walau pun harta itu milik kita apatah lagi membazir harta rakyat dan orang ramai maka ia suatu perbuatan keji dan hina. Pernah nabi Muhammad s.a.w ketika melintasi sebuah rumah seorang Ansor yang mempunyai kubah lalu bila nabi berselisih dengan pemiliknya maka nabi berpaling ke arah lain dengan wajah yang masam. Apabila sahabat Ansor ini mengetahui antara punca nabi marah kepadanya kerana dia membina kubah iaitu suatu yang bukan keperluan sebaliknya sebagai tanda bermegah-megah lalu dia dengan segera menghancurkannya. Kisah ini mengajar kita supaya tidak membuat binaan secara berlebihan luar daripada keperluan walaupun dengan harta kita apatah lagi dengan berhutang. Jadikanlah diri kita sebagai hamba akhirat dengan menjadikan dunia sebagai tempat menyemai amalan soleh untuk kita tuai pahalanya di akhirat nanti. Jangan jadikan kita hamba dunia sehingga kita bakal diseksa dalam lubang kubur dan merana dengan seksaan yang dahsyat di akhirat kelak. Kita wajib menjadi hamba yang bertaqwa antaranya redha kepada Allah walau menerima nikmat yang sedikit serta tidak mengeluh apabila ditimpa musibah. Jangan jadi hamba dunia yang bukan sahaja tidak bersyukur kepada Allah bila diberi nikmat malah menggunakannya untuk melakukan perderhakaan terhadap Allah dan sentiasa keluh kesah bila ditarik nikmat oleh Allah. عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ ، وَالْقَطِيفَةِ ، وَالْخَمِيصَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ ، لَمْ يَرْضَ " – رواه البخاري Maksudnya : Binasalah hamba kepada dinar dan dirham dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan) sekiranya diberikan kepadanya maka dia redha sebaliknya jika tidak diberikannya maka dia tidak redha Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 65 surah Yaasin : الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ Maksudnya : Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (dosa masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. Kegagalan dalam memahami dan menghayati suruhan dan tegahan Allah kehidupan menyebabkan pelbagai masalah sosial, jenayah dan juga penyelewengan berlaku termasuk dalam menguruskan harta rakyat. Laporan Audit Negara 2010 antara bukti bagaimana penyelewengan dan pembaziran ratusan juta wang rakyat akibat hilangnya penghayatan terhadap kehidupan beragama. Laporang tersebut juga secara jelas membezakan pengurusan kewangan antara 2 buah kerajaan iaitu satu kerajaan lebih suka menambah hutang, membazir dan menyeleweng manakala satu kerajaan lagi menumpu untuk membayar hutang lapok dan memikirkan kebajikan rakyat dengan kekangan kewangan yang terhad. Apabila sesebuah kerajaan merasakan dirinya lebih tinggi dan tidak merasai bahwa mereka sebenarnya berada di bawah kerajaan Allah yang Maha Besar maka penyelewengan yang dilakukan tidak dirasa bersalah malah sanggup merompak harta rakyat dengan pelbagai alasan termasuk rompakan besar terhadap royalti minyak milik rakyat Kelantan yang menjangkau RM 6 bilion. Penyelewengan dan pembaziran yang berlaku terus bertambah dari tahun ke tahun tanpa tindakan diambil disamping negara juga berdepan dengan hutang yang bertambah iaitu dengan purata setiap rakyat Malaysia termasuk yang masih dalam kandungan menanggung hutang negara lebih satu juta seorang. Apa yang lebih malang apabia semua hutang itu berasaskan sistem riba yang pastinya bungan jauh lebih besar daripada pokok. Kita telah menyaksikan dalam masa terdekat bagaimana banyak kerajaan dunia seperi Greece dan terbaru Itali telah muflis akibat hutang. Menteri juga yang dahulunya mempertahankan kenyataannya bahawa negara akan muflis sekiranya subsidi kepada rakyat diteruskan akhirnya menjilat muntahnya semula dengan mengatakan bahawa negara tidak muflis akibat subsidi sebaliknya akan bankrap akibat hutang dan penyelewengan. Betapa malangnya jika rakyat terus dibuai mimpi indah dengan mainan dan penipuan melalui tv, radio, akhbar sehingga tidak menyedari negara hampir digadai, negara hampir dilelong akibat hutang dan penyelewengan disebabkan menyerahkan amanah kepada bukan yang layak. Benarlah kata pujangga شَرَارُ المُلُوْكِ ِ بِشَرارِ الرَّعِيَّةِ Maksudnya : Jahatnya pemimpin kerana ramai rakyatnya yang jahat yang memilihnya Usah salahkan orang lain sekiranya harta Negara kita dirompak akibat kita sendiri yang memilih orang yang tidak amanah, Jangan menuding jari kepada orang lain sekiranya urusan Negara dikhianati akibat kita sendiri yang mencari penyakit dengan memilih orang pecah amanah untuk menguruskannya. Firman Allah dalam ayat 113 surah Hud : وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّـهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ Maksudnya : Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 4 November 2011

Perjuangan nabi Ibrahim a.s DiIkuti Senjata Yahudi DiPerangi

السلام عليكم الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ … Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 133 surah Ali ‘Imran : وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ Maksudnya : Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Kini kita berada antara 10 hari awal daripada bulan Zulhijjah yang mempunyai kelebihan yang begitu besar di sisi Allah bagi hambaNya yang taat melakukan ibadat disamping bersungguh-sunguh dalam menjauhi maksiat. Esok kita akan menyambut kedatangan hari Arafah yang merupakan antara hari yang begitu penting samada bagi jemaah haji yang sedang menunaikan ibadat haji di tanah haram Mekah mahu pun kita yang berada di negara masing-masing. Antara kelebihan hari Arafah dan fadhilat berpuasa sunat padanya sebagaimana dipetik daripada hadis nabi s.a.w قَالَت عَائِشَةُ : إِنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ ، فَيَقُولُ : مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ-رواه مسلم " Maksudnya : Tiada daripada hari yang lebih ramai Allah membebaskan padanya hamba daripada neraka daripada hari Arafah. Dan sesungguhNya akan mengasihani, kemudian Dia bangga depan malaikat maka Dia bertanya : Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu? عن أبي قتادة رضي الله عنه قال سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ - رواه مسلم واللفظ له وأبو داود والنسائي وابن ماجه والترمذي Maksudnya : Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab baginda : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Sebagai hamba Allah yang beriman penuh keyakinan tentang hari kematian dan hari pembalasan maka kita mestilah merebut segala janji benar daripada Allah dalam menambah sebanyak mungkin bekalan akhirat disamping memohon keampunan atas segala dosa kita terhadap Allah dalam keadaan sedar atau tidak. Renungilah maksud suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari bahawa Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah SAW memegang bahuku seraya bersabda: “Jadikanlah diri kamu di atas muka bumi ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan kamu tunggu menjelang waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan kamu tunggu menjelang petang. Gunakanlah peluang beramal ketika kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan ketika hidup untuk persediaan matimu.” Sayyidina Ali pula berpesan : Sesiapa yang menghimpun padanya 6 sifat maka dia tidak membiarkan satu pun tuntutan untuk Syurga dan tidak pula tempat lari daripada Neraka iaitu [1] Siapa yang mengenal Allah lalu mentaatiNya, [2] Mengenal Syaitan lalu melawannya, [3] Mengetahui kebenaran lalu mengikutinya, [4] Mengenal kebatilan lalu menghindarinya, [5] Mengenal dunia lalu menolaknya dan [6] Mengenal akhirat lalu bersungguh mencarinya Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah , Firman Allah S.W.T dalam ayat 16 - 17 surah al-‘Ankabut : وَإِبْرَاهِيمَ إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ اعْبُدُوا اللَّـهَ وَاتَّقُوهُ ۖ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١٦﴾ Maksudnya : Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya; yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan yang baik dari yang buruk). Umat Islam juga bakal menyambut ketibaan hari raya korban pada hari Ahad ini. Setiap kali tibanya Aidil Adha maka kita didedahkan dengan kisah pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s. Al-Quran memberitahu kepada kita bagaimana kekuatan aqidah nabi Ibrahim a.s yang lahir dalam keluarga penyembah berhala di mana dakwah baginda terpaksa berdepan dengan ayahnya sendiri Azar pembuat berhala seterusnya hidup pula dalam suasana masyarakat sekeliling yang syirik kepada Allah. Apa yang lebih mencabar berdepan dengan Raja Namrud yang mengaku berkuasa sebagaimana Allah akibat takabbur atas nikmat kemewahan dan kekuasaan yang diberi. Keadaan yang teruk dan rosak itu tidak menjejaskan aqidah yang ada pada diri nabi Ibrahim a.s sebaliknya dengan pelbagai cara baginda berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan kewajipan berdakwah pada ayahnya, masyarakat dan seterusnya raja yang berkuasa. Kekuatan aqidah dan usaha dakwah yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim a.s wajib kita contohi terutama ketika semakin ramai umat Islam khususnya golongan remaja yang hilang identiti di mana mengikut suatu kajian oleh suatu badan NGO melalui laman sosial di internet termasuk facebook dan twitter menunjukkan lebih 6 juta belia di negara ini didakwa menghadapi krisis kecelaruan identiti disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup Barat. Perkara ini semakin parah apabila adanya suatu kumpulan yang menganjurkan Festival Seksualiti Merdeka bertujuan untuk menyokong dan memperkasa cara hidup bebas golongan lesbian, gay, bisexual and transgender yang jelas merosakkan akhlak. Program ini akhirnya diharamkan oleh pihak keselamatan setelah dibantah di seluruh negara dengan ugutan untuk demontrasi pada hari ini walau pun ia telah pun dianjurkan dengan restu pemerintah sejak tahun 2008 lagi. Tindakan menjemput artis gay dari barat seperti Adam Lambert tahun lepas dan terbaru Elton John artis yang masyhur dengan kahwin sejenis pada pertengahan bulan ini bagaikan adanya agenda tersembunyi dalam menjayakan usaha melahirkan masyarakat yang bebas tanpa akhlak lebih dahsyat daripada binatang. Benarlah kata Mustafa Sobri Mufti terakhir Khilafah Uthmaniah Turki sebelum ditumbangkan oleh bapa sekuler Mustafa Kamal at-Tartuk bahawa sekulerisme merupakan jalan pintas kepada murtad. Pada hari ini akibat kesan pengaruh sekulerisme dan pemikiran liberal dalam diri umat Islam menyebabkan mereka mudah murtad dan mudah terikut dengan budaya yang merosakkan akhlak. Cegah sebelum parah, sekat sebelum melarat, tolak sebelum merebak Sidang Jumaat yang diberkati Allah, Allah telah menganugerahkan kepada umat Islam nikmat 2 hari raya iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha yang menunjukkan bagaimana Islam bersesuaian dengan fitrah manusia yang perlu kepada sesuatu yang boleh menggembirakan hati kita. Namun begitu Islam telah menggariskan adab dan batasan untuk berhari raya agar tidak menjadi hari melampias kehendak nafsu sehingga mengenepikan panduan wahyu. Islam mengajar umagtnya supaya tidak hanyut dengan hiburan melalaikan sehingga meningkatnya kerosakan aqidah dan akhlak termasuk memuja syaitan serta ramai yang terjebak dengan najis arak dan dadah. Begitu juga amalan bersukan bertujuan untuk menyihatkan badan dan pemikiran bukannya sehingga mengabaikan kewajipan agama apatah lagi terjerat dengan senjata musuh Islam. Kita wajib ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi. Sehubungan dengan itu kita berasa kecewa apabila tahun ini sahaja 2 kali negara mengiktiraf Israel atas alasan sukan iaitu ketika membenarkan pemain yahudi Israel dalam pasukan Chelsea beraksi di negara ini dan yang terbaru kemasukan pemain tinju Israel yang mendapat liputan antarabangsa walau pun ia bukan suatu yang pelik kerana negara telah berdagang dengan pembunuh dan penjajah Palestin iaitu Israel ketika mengatakan tiada hubungan diplomatik dengannya. Begitu juga penggunaan puluhan juta wang rakyat untuk menyuap yahudi dalam menasihati kepimpinan negara ketika perut rakyat terpaksa diikat akibat kenaikan harga barang yang melambung tinggi. Kita tidak mahu hanya mendengar perjuangan mempertahankan aqidah yang dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s sehingga sanggup dibakar dalam unggun api yang marak menjulang sedangkan kita tewas cara mudah melalui hiburan dan sukan kepada zionis yahudi. Kita tidak mahu perjuangan Sultan Abdul Hamid II iaitu khalifah yang terakhir Khilafah Uthmaniah Turki yang sanggup menolak mentah-mentah tawaran yahudi berbentuk harta kekayaan dan kemewahan dunia asalkan menyerah Palestin untuk dijadikan negara haram yahudi sehingga baginda digulingkan sedangkan kita terguling bukan dengan tawaran kemewahan sebaliknya mengupah yahudi untuk menjajah negara dan merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam. Pejuang Islam sentiasa berfikir macamana mahu membebaskan negara daripada penjajahan yahudi manakala petualang Islam berfikir macamana cara untuk terus selesa berada bawah tapak kaki yahudi. Ingatlah kita bagaimana yahudi merancang dengan penuh teliti termasuk menjadikan tahun 2012 sebagai antara tahun kemuncak untuk menjayakan pembinaan Israel Raya dengan mewujudkan serangan terbesar terhadap umat Islam dan penentang mereka. Ingat sebelum terjerat, waspada sebelum kena, berhati-hati sebelum rugi Firman Allah dalam ayat 32 surah al-An’am : وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ Maksudnya : Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rabu, 2 November 2011

خطبة عيد الأضحى 1432 هـ

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ..... فرمان الله دالم ايات ١٣٢ سورة البقرة: وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ارتيڽ : دان نبي إبراهيم ڤون بروصية دڠن اوݢام ايت کڤد أنق-أنقڽ , دان (ديميکين جوڬا) نبي يعقوب (بروصية کڤد أنق-أنقڽ) کاتاڽ: "واهاي أنق-أنقكو! سسوڠݢوهڽ الله تله مميليه اوݢام (إسلام) اين منجادي ايکوتن کامو,مك جاڠنله کامو ماتي ملأينکن کامو دالم کأدأن إسلام" سلامت مڽمبوت هاري راي عيدالأضحى دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. انتارا چارا اونتوق کيت بوقتيکن تندا شکور كفد الله أتس نعمة هاري راي قربان اين يڠ مروڤاکن انتارا هاري يڠ ڤاليڠ لبيه دسيسي الله مك ماريله کيت سام٢ ممڤرباڽقکن لأوڠن تکبير, تحميد دان تسبيح سرتا عملن صالح يڠ لأين دسمڤيڠ منجأوهي معصية ترهادڤ الله. نعمة هاري راي اين بوکن برتوجوان اونتوق برسرونوق مڠيکوت هوى نفسو سباليقڽ دسمبوت باوه سولوهن وحي سهيڠݢ کيت لاهير سباݢاي اومة برتقوى يڠ بهاݢيا ددنيا دان اخيرة. کيت دديديق تنتڠ کهيدوڤن دنيا يڠ باکل هنچور برکاءيت راڤت دڠن کهيدوڤن اخيرة يڠ ککل سلاما-لاماڽ . أوليه ايت مروڤاکن سواتو يڠ امت مالڠ جک کيت منجاديکن دنيا سباݢاي متلامت هيدوڤ سهيڠݢ کيت مڠولڠي کݢاݢلن دان کهنچورن اومت سبلوم اين. عاقبة ترڤڠاروه دڠن سواسان ترلالو مڠجر دان مڠاڬوڠکن کبندأن مڽببکن اݢام دکتڤيکن. جدوال کهيدوڤن اومة إسلام سنديري سڤرتي رنچاڠن TV إيأيت ڤد أول کلاهيرن ددڠارکن دڠن لأوڠن أذان دان إقامة دتليڠا نامون سلڤس ايت هاڽوت دڠن مڠجر دنيا سهيڠݢ تڠݢلم دالم نجيس معصية سهيڠݢ بيلا تيباڽ ساعة کماتين باروله دباچاکن سمولا أية القرءان دان دعاء. رامي يڠ ترلالو بيمبڠ تنتڠ اڤ يڠ اکن دماکن اوليه انق سلڤس کماتين ايبوباڤ ننتي بربنديڠ اڤ بکلن اخيرة يڠ باکل دباوا. رامي ايبوباڤ يڠ ترلالو بيمبڠ دڠن ڤرسياڤن دان حاصيل ڤڤريقسأن أنق دسکوله دان يونيبرسيتي تتاڤي تيدق مڠهيراوکن اڤ يڠ باکل دجواب دڠن سوءالن منکر نکير دالم قبور دان هيتوڠن اتس نراچ تيمبڠن الله داخيرة يڠ لبيه دهشت. قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقُولُ ابْنُ آدَمَ : " مَالِي مَالِي ، قَالَ : وَهَلْ لَكَ يَابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ ، فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ - رواه مسلم مقصودڽ : برکاتله أنق ادم : هرتاکو! هرتاکو! مك سبدا نبي : سداڠکن اڠکو سبنرڽ تيدق مميليقكي درڤد هارتامو کچوالي اڤ يڠ تله اڠکو ماکن لالو منجادي نجيس ايسي جمبن, اڤ يڠ اڠکو ڤاکاي مك إي منجادي لوسوه لالو دبواڠ اتاو اڤ يڠ اڠکاو صدقه هاڽ إي يڠ ککل منجادي بکلن مسلمين دان مسلمات يغ درحمتي الله , فرمان الله دالم سورة الأعلى اية 14-17 : قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧﴾ ماکسودڽا : سسوڠݢوهڽ برجايله اورڠ يڠ (ستله منريما ڤرايڠتن ايت ) براوسها ممڤرسيهکن ديريڽ (دڠن طاعة دان عمل صالح) . دان مڽبوت-ڽبوت دڠن ليده دان هاتيڽ اکن نام توهنڽ سرتا مڠرجاکن سمبهيڠ (دڠن خشوع) . (تتاڤي کباڽقكن کامو تيدق ملاکوکن يڠ ديميکين) , بهکن کامو اوتاماکن کهيدوڤن دنيا; ڤدحال کهيدوڤن اخيرة لبيه باءيك دان لبيه ککل. سمڤنا براد ڤد هاري راي قربان اين جوݢ ماريله کيت سام٢ مرنوڠي دان مڠحياتي ببراڤ اية درڤد سورة الأعلى دمان إي انتارا سورة يڠ سلالو دباچ اوليه نبي محمد دالم صلاة هاري راي. انتاراڽ الله ممبنچي مريك يڠ منجاديکن دنيا سباݢاي توجوان أوتام سباليقڽ منچينتأي مريك يڠ مڠمبيل دنيا سقدر کڤرلوان أتاو چارا أنتوق مندافت كريضأنڽ . سسياڤا يڠ منجاديکن عمل ڤربواتنڽ اونتوق مندافت هابوان دنيا دان بوکن منچاري رضى الله دان کهيدوڤن اخيرة, مك دي اکن منداڤت اڤ يڠ دکهندقکيڽ درڤد سبهاݢين کأونتوڠن ددنيا تتاڤي تيدق منداڤت بهاݢين داخيرة. دري کچيل سهيڠݢ توا رامي ماءنسي يڠ منجاديکن تومفوان هيدوڤڽ اداله اونتوق مندافت ݢلاران دان کسناڠن دنيا. تيدق سديکيت دالم کالڠن اومة إسلام سنديري يڠ هيدوڤڽ سيبوق سهيڠݢ لوڤا اونتوق منونتوت علمو سباݢاي بکل ممهمي ارتي ايمان, إسلام دان تقوى . کران ترلالو ‌طمع مڠجر ماس دڤن دنيا, ترلوڤا ڤنتيڠڽ علمو-علمو عقيده اونتوق ماس دڤن اخيرة. عاقبة ترلالو سيبوقڽ بکرجا, سهيڠݢ ترلوڤا اونتوق بلاجر تنتڠ صلاة دان ملقساناکنڽ . کباڽقكن درڤد مريك هاڽ برهنتي دري کسيبوقن ترسبوت ستله أجل يڠ امت دتاکوتي داتڠ تنڤا دسداري. رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : " مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ , فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ , وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ , وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ , جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ " – رواه ابن ماجه مقصودڽ : سسياڤا يڠ منجاديکن دنيا سباݢاي هاراڤنڽ , نسچاي الله اکن منچراي-برايکن اوروسنڽ دان منجاديکن کفقيران براد ددڤن ماتاڽ دان دنيا تيدق اکن داتڠ کڤدڽ ملأينکن سقدر اڤ يڠ تله دتتقکن باڬيڽ . دان سسياڤا يڠ اخيرة منجادي هاراڤنڽ نسچاي الله اکن ممڤرساتوکن باڬيڽ اوروسن سرتا منجاديکن راس چوکوڤ ددالم هاتيڽ دان دنيا اکن داتڠ کڤدڽ دالم کأداءن ڤاتوه دان هينا.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ ڤد هاري اين اومة إسلام سڠݢوڤ برهوتڠ برهابيس هرتا اونتوق مڠجر کميواهن يڠ سمنتارا. دري ساعت دعالم ڤڠاجين سهيڠڬله کعالم کرجاي, مشارکة إسلام تيدق سوده٢ برمأين دڠن هوتڠ. هوتڠ ڤڠاجين, هوتڠ کندراءن, هوتڠ رومه, هوتڠ کاد کريديت, هوتڠ ربا, هوتڠ ڤرنياݢأن, هوتڠ بارڠ کمس دان سباڬايڽ . کران هوتڠ ايت اخيرڽ منجاديکنڽ سيبوق دان دلوڤاکن دڠن جنجي-جنجي اخيرة. کيت دمعلومکن باݢايمان سراماي 38,357 ايديۏيدو براوسيا 25 هيڠݢ 41 تاهون, دإشتيهارکن مفليس دسلوروه نݢارا دالم تيمڤوه 65 بولن سهيڠݢ مي لڤس يڠ برڤونچا درڤد کݢاݢلن مڽلسايکن ڤينجمن سيوا بلي کندراءن, تيدق داڤت مڠاول ڤڠݢونأن کاد کريديت سرتا ڤينجمن ڤريبادي. بودايا برهوتڠ باݢايکن برجڠکيت درڤد سيکڤ ڤميمڤين نݢارا يڠ سوك منمبه هوتڠ دڠن کهيدوڤن ميوه کتيك رعيت سماکين ترسڤيت دڠن کنأيقكن هرݢ بارڠ دان کوس سارا هيدوڤ يڠ سماکين تيڠݢي. اين بوليه کيت سقسيکن ترماسوق ملالوي بلنجاون 2012 يڠ بارو دبنتڠ يڠ منونجوقکن باݢايمان هوتڠ دالم نݢارا يڠ بارو دتمبه سباڽق RM 45.9 billion. منوروت لاڤورن بنك نݢارا مليسيا يڠ ترکيني برتاريخ 30 سيڤتيمبير 2011 , برداسرکن اڠك هوتڠ نݢارا ستاکت سوکو کدوا 2011 منونجوقکن جملة هوتڠ نݢارا تله ڤون منچچه RM437 bilion دان منيڠکت 11.9 ڤراتوس کڤد RM455.75 billion باݢي هوجوڠ تاهون اين. برهوتڠ ايت بوکنله ڤرکارا يڠ صيحة اونتوق دتروسکن تنڤا سبارڠ ڤلن کوکوه اونتوق مڽليسيکنڽ . ايڠتله باݢايمان نبي محمد سنتياس بردعاء اݢر دجأوهي درڤد ببانن دان بهاي عملن سوك برهوتڠ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ، فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ : مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ - رواه البخاري مقصودڽ : يا الله, اکو برليندوڠ کڤدمو دري دوسا دان هوتڠ, لالو بݢيندا دتاڽ : مڠاڤ اڠکو سريڠ ممينتا ڤرليندوڠن دري هوتڠ, واهاي رسول الله ؟ بݢيندا منجواب : " جك سسأورڠ برهوتڠ, بيلا بربيچارا دي بردوستا, بيلا برجنجي دي ميڠيڠکاري " مسلمين دان مسلمات يڠ دبرکتي الله, فرمان الله دالم أية 7 سورة الحشر: مَّا أَفَاءَ اللَّـهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ مقصودڽ : اڤ يڠ الله کورنياکن کڤد رسولڽ (محمد) دري هرتا ڤندودوق نݢري, بندار اتاو ديسا دڠن تيدق برڤراڠ, مك اداله إي ترتنتو باݢي الله, دان باݢي رسول الله, دان باݢي قوم قرابة (رسول الله) , دان أنق٢ يتيم, دان اورڠ٢ مسکين, سرتا اورڠ٢ مسافير (يڠ کڤوتوسن بکالن) . (کتتاڤان يڠ ديميکين) سوڤاي هرتا ايت تيدق هاڽ برايدر دانتارا اورڠ٢ کاي دري کالاڠن کامو. دان اڤ جوا ڤرينته يڠ دباوا اوليه رسول الله کڤد کامو مك تريماله سرتا عملکن , دان اڤ جوا يڠ دلارڠڽ کامو ملاکوکنڽ مك ڤاتوهيله لاراڠنڽ . دان برتقواله کامو کڤد الله سسوڠݢوهڽ الله امتله برات عذاب سيقساڽ (باڬي اورڠ٢ يڠ ملڠݢر ڤرينتهڽ) إسلام مروڤاکن سواتو سيستيم هيدوڤ يڠ لڠکڤ دڠن سنتياس مڠمبيل برات کعاديلن دسمڤيڠ مڠحرامکن سبارڠ بنتوق کظاليمن دان ڤنچابولن ترهادڤ هق اورڠ لاءين. انتاراڽ إسلام سنتياس مماستيکن هرتا ککايأن نݢارا دسالورکن دڠن ڤنوه أمانة دان تيدق هاڽ دكأوت اوليه سستڠه ݢولوڠن سهاج. کيت بݢيتو ماره دان کچيوا اڤابيلا مليهت بوکن سهاج عملن برهوتڠ اونتوق برميواه دالم مڠوروسکن هرتا نݢارا ماله برداسرکن لاڤورن Audit نݢارا 2010 منونجوقکن باݢايمان برلاکوڽ بݢيتو باڽق ڤڽليويڠن, ڤچه أمانة, ڤمبذيرن يڠ مليبتکن راتوسن جوتا دويت رعية. إبوکن ڤرتام کالي برلاکو ماله براولڠ اونتوق سکين کاليڽ تاڤي عاقبة رعية تروس ممبري مندات کڤد ݢولوڠن يڠ تيدق أمانة اونتوق مڠوروس نݢارا مك جاديله سباݢايمان يڠ دبريتاهو اوليه نبي إيأيت هرتا ککيأن نݢارا دبهاݢيکن سأومڤام هرتا رمڤسن ڤرڠ يڠ برليݢر سسام مريك سداڠکن رعية باواهن تروس منڠݢوڠ ببانن سيليه برݢنتي. نݢارا کيت باکل مفليس بوکن دسببکن سوبسيدي يڠ دبري تتاڤي عاقبة ڤڽليويڠن دان ڤمبذيرن يڠ سماکين تيڠݢي. جك سبلوم اين کيت دکجوتکن دڠن اورڠ إسلام ترڤقسا ممينتا سيمڤاتي ݢريجا دان کويل اونتوق مڽارا هيدوڤ مك لاڤورن Audit نݢارا ممبوقتيکن باݢايمان ڤراونتوقكن اونتوق مسکين تݢر تيدق سمڤاي کڤد ساسران سباليقڽ دنعمتي اوليه ݢولوڠن يڠ سوده مميليقكي هرتا. بيلا دنيا منجادي متلامت هيدوڤ مك حلال حرام دکتڤي , دوسا ڤهالا تيدق دهيراو لاݢي, شرݢ نراك سوده تيدق دڤدولي . اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله تعالى دالم أية 103-107 سورة الصافات : فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ مقصودڽ : ستله کدواڽ برسره بولت٢ ( منجونجوڠ ڤرينته الله) دان نبي إبراهيم مربهکن انقڽ دڠن ملتقکن ايريڠن موكاڽ أتس تومڤوق تانه ( اونتوق دسمبليه) سرتا کامي مڽروڽ :”واهاي نبي إبراهيم! سسوڠݢوهڽ کامو تله ممبنرکن ميمڤي ايت” . سسوڠݢوهڽ اين بنر٢ سواتو اوجين يڠ ڽات. دان کامي تبوسکن أنق ايت دڠن سمبليهن يڠ بسر. ستياڤ کالي براد ڤد هاري راي قربان مك کيت سنتياس دڤرإيڠتکن تنتڠ ڤڠوربانن بسر يڠ دلاکوکن اوليه نبي إبراهيم دان نبي إسماعيل برداسرکن کڤد أراهن الله ملالوي ميمڤي. قيصة اين تيدق ممبري معنى سکيراڽ کيت ݢاݢل ملقساناکن ڤرينته وحى الله يڠ ڽات إيأيت القرءان ترماسوق دالم ملقساناکن حکوم حدود يڠ ڤرنه دلقساناکن دنݢارا کيت سبلوم کداتڠن ڤنجاجه. نبي إبراهيم دسوروه سمبليه انق ترسايڠ سباليقڽ کيت دسوروه مڠرات تاڠن ڤنچوري کتيك مسئلة اين سماکين مرونچيڠ, بونوه اورڠ مرتد يڠ اڠݢن برتوبة کتيك ايسو اين سماکين ڤاره عاقبة فهمن سيکوليريسمي يڠ دتانم, سبت ڤنزينا کتيك کاجين ايسو ڤمبواڠن بايي اوليه اينستيتوت ڤڽليديقكن ڤمباڠونن بليا مليسيا (IPPBM) ڤد سيڤتيمبير هيڠݢ نۏيمبير 2010 يڠ مليبتکن سراماي 5,016 responden يڠ دڤيليه سچارا راوق دمان سراماي 2,260 responden مڠاکوي ڤرنه برزنا. ماناکالا 1,922 درڤد مريك مڠتاهوي راکن مريك ممڤوڽأي سجاره هيتم مڠندوڠ انق لوار نکاح. ستياڤ 3 درڤد 6 رماج برعمور انتارا 15 هيڠݢ 28 تاهون د نݢارا اين ممڤوڽأي ريکود هوبوڠن زنا دان يڠ لبيه مڠچيواکن رامي ڤلاجر يونيۏرسيتي يڠ توروت ترليبت سام دڠن جناية يڠ دهشة اين. ألسن رعية تيدق فهم سڤاتوتڽ دسوسولي دڠن أوسها ممبري فهم تتاڤي اڤ يڠ برلاکو اداله سباليقڽ ترماسوق بلنجاون 2012 تيدق دتکن بنتوان کڤد ڤڠاجين اݢام دان ڤروݢريم مناڠني مسئلة کروسقكن اخلاق. اڤ يڠ لبيه مڽديهکن ڤروݢرم هيبورن يڠ مروسقکن سماکين سوبور ترماسوق لمبقكن فيلم سرام يڠ مڽوبورکن عملن خرافة دان تحيول سداڠکن إي مروڤاکن انتارا ڤرکارا يڠ بوليه مروسقکن عقيدة قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً -رواه مسلم مقصودڽ : سسياڤا يڠ منداتڠي دوکون يڠ مرامل اتاو مندعوا تاهو(سسوات يڠ غائب) مك تيدق دتريما صلاتڽ سلاما ٤٠ مالم بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 24 سورة الأنفال : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ مقصودڽ : واهاي اورڠ٢ يڠ برايمان, ساهوت دان سمبوتله سروان الله دان سروان رسولڽ اڤبيلا اي مڽرو کامو کڤد ڤرکارا-ڤرکارا يڠ منجاديکن کامو هيدوڤ سمڤورنا; دان کتهويله بهاوا سسوڠݢوهڽ الله برکواس مڠوبه اتاو مڽکت دانتارا سسأورڠ ايت دڠن (ڤکرجأن) هاتيڽ , دان سسوڠݢوهڽ کڤدڽاله کامو اکن دهيمڤونکن. مسلمين/ مسلمات يڠ درحمتي الله, إسلام منانم کوکوه دالم ديري اوماتڽ سيکڤ سوك برقربان دالم مڠهادڤي سبارڠ ڤرکارا د مان تنڤا ڤڠوربانن مك سسوات کجايأن تيدق ممڤو دچافي. الله منجنجيکن کهيدوڤن بيلا سماڠت جهاد دالم ديري اومة إسلام تروس ممبارا سهيڠݢ مڠݢرونکن موسوه درڤد تروس منيندس دان منچابول حق اومة إسلام سسوك هاتي. سباليقڽ بيلا اومة إسلام دهيداڤي ڤڽاکيت ترلالو چينتا کڤد دنيا دان تاکوت کڤد کماتين مك سلاݢي ايت کيت اکن دجاجه دان دهينا دالم نݢارا کيت سنديري. موسوه إسلام سنتياس مڠمبيل برات تنتڠ ڤرتوکران کڤيمڤينن يڠ برلاکو د نݢارا اومة إسلام اݢر اي برتڤتن دڠن چيتاراسا موسوه إسلام. اوليه ايت منجادي کواجيڤن اومت إسلام منوکر درڤد سيستيم جاهلية کڤد إسلام, کݢلاڤن کفور کڤد تراڠڽ ايمان. سکيراڽ اومت إسلام تيدق براني منوکر سيستيم ترسبوت مك کأدأن نݢارا هاڽ برتوکر ڤميمڤين يڠ اکن منروسکن کظاليمن دان ڤنينداسن. کيت دعاءکن سموݢ ڤرتوکرن کڤيمڤينن دمصر, تربارو دليبيا سرتا تيدق کتيڠݢلن کمناڠن ڤارتي إسلام د تونيسيا اکن ممڤري سينر کڤد إسلام دان أومتڽ بوکن منروسکن ڤندريتأن سڤرتي د أفغانستان دان عراق سبلوم اين مسلمين/ مسلمات يڠ درحمتي الله, سمڤنا براد ڤد هاري راي قربان جوݢ کيت مڠمبيل اعتبار درڤد تيندقكن کراجأن بلندا يڠ مڠحرامکن سمبليهن چارا إسلام دان يهودي اتس السن مڽاکيتکن بيناتڠ. مريك سفرت منوتوڤ مات تنتڠ کاجين ساينستيس بارت سنديري باݢايمان ڤڽمبليهن دالم إسلام تربوقتي جلس مماتيکن حيوان دڠن چارا يڠ مڠوراڠکن کساکيتن. کاجين saintifik دکتوأي أوليهProfesor Wilhelm Schulze دري جرمان منداڤتي قاعدة سمبليهن دالم إسلام تربأيك کران حيوان تيدق مڠالمي کساکيتن سوقتو دسمبليه بربنديڠ قاعدة کجوتن ايليکتريك يڠ دݢوناکن د ببراڤ نݢارا بارت. حاصيل ڤمرهاتين Profesor Temple Grandin دري Universiti Negeri Colorado ڤولا منداڤتي حيوان يڠ دسمبليه مڠݢوناکن ڤيسو يڠ تاجم دڠن قاعدة بتول ممبريکن تيندق بالس يغ تنڠ دان براد دالم کأدأن تيدق سدار کتيك سداڠ دسمبليه. Dr Aisha El-Awady ڤولا مڠاتاکن ڤرݢرقكن دان ککجاڠن يڠ برلاکو سلڤس حيوان ايت دسمبليه, بوکن عاقبة کساکيتن تتاڤي عاقبة دڽوتن دإيکوتي کأدأن تنڠ. ڤروسيس ايت مڽببکن داره دکلوارکن دري بادن سڤنوهڽ. قاعدة إسلام جوڬ مماستيکن سالورن أودارا, کروڠکوڠ دان دوا أورت ليهير دڤوتوڠ تنڤا منججسکن سارف تونجڠ. قاعدة اين ممبوليهکن داره کلوار ممبواق-بواق دري بادن حيوان دان مڠحاصيلکن داݢيڠ يڠ برسيه. اينيله کإينداهن إسلام يڠ سنتياس منانمکن صفة احسان ترماسوق کتيك مڽمبليه بيناتڠ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إِنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُل ِّ شَيءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِبْحَة وَلْيُحِد أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ ولْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ ” (رواه مسلم) مقصودڽ : رسول الله برسبدا: سسوڠݢوهڽ الله مواجبکن بربوات احسان کأتس تياڤ٢ سسواتو دان اڤابيلا کامو مڽمبليه, سمبليهله دڠن چارا ڤاليڠ سمڤورنا, تاجمکن ڤيساو کامو سوڤاي حيوان ايت چڤت دان موده ماتي اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ سلام عيد الأضحى دأوچڤکن کڤد سلوروه مسلمين دان مسلمات. باݢي يڠ برکممڤوان دسارنکن اݢر مڠهيدوڤکن سمبوتن عيد الأضحى إين دڠن عبادة قربان سباݢايمان يڠ دݢالقکن اوليه نبي انتارا سبداڽ : مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ . وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا . وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ . فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً مقصودڽ : “تيدق أدا عملن يڠ دلاکوکن اوليه مأنسي ڤد هاري راي قربان يڠ لبيه دسوکأي الله دري مڠاليرکن داره (يعني مڽمبليه قربان) . سسوڠݢوهڽ إاکن داتڠ ڤد هاري قيامة ننتي دڠن تندوق-تندوقڽ , کوکو-کوکو دان بولو-بولوڽ (دان دلتقکن دأتس تيمباڠن) . دان سسوڠݢوهڽ داره بيناتڠ قربان ايت منداڤت کدودوقكن دسيسي الله دسواتو تمڤت يڠ تيڠݢي سبلوم إي جاتوه دأتس بومي.اوليه ايت, إخلاصكنله هاتي کامو کتيك برقربان ايت” . (رواية امام ترمذي , ابن ماجه دان الحاكم) اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah Aidil Adha 1432H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ Firman Allah dalam ayat 132 surah al-Baqarah : وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ Ertinya : Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu,maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam" Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Antara cara untuk kita buktikan tanda syukur ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban ini yang merupakan antara hari yang paling lebih di sisi Allah maka marilah kita sama-sama memperbanyakkan laungan takbir, tahmid dan tasbih serta amalan soleh yang lain disamping menjauhi maksiat terhadap Allah. Nikmat hari raya ini bukan bertujuan untuk berseronok mengikut hawa nafsu sebaliknya disambut bawah suluhan wahyu sehingga kita lahir sebagai umat bertaqwa yang bahagia di dunia dan akhirat. Kita dididik tentang kehidupan dunia yang bakal hancur berkait rapat dengan kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya. Oleh itu merupakan suatu yang amat malang jika kita menjadikan dunia sebagai matlamat hidup sehingga kita mengulangi kegagalan dan kehancuran umat sebelum ini. Akibat terpengaruh dengan suasana terlalu mengejar dan mengagongkan kebendaan menyebabkan agama diketepikan. Jadual kehidupan umat Islam sendiri seperti rancangan TV iaitu pada awal kelahiran didengarkan dengan laungan azan dan iqamat di telinga namun selepas itu hanyut dengan mengejar dunia sehingga tenggelam dalam najis maksiat sehingga bila tibanya saat kematian barulah dibacakan semula ayat-ayat al-Quran dan doa. Ramai yang terlalu bimbang tentang apa yang akan dimakan oleh anak selepas kematian ibubapa berbanding apa bekalan akhirat yang bakal di bawa. Ramai ibubapa yang terlalu bimbang dengan persiapan dan hasil peperiksaan anak di sekolah dan universiti tetapi tidak menghiraukan apa yang bakal dijawab dengan soalan mungkar nakir dalam kubur dan hitungan atas neraca timbangan Allah di akhirat yang lebih dahsyat. قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقُولُ ابْنُ آدَمَ : " مَالِي مَالِي ، قَالَ : وَهَلْ لَكَ يَابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ ، فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ - رواه مسلم Maksudnya : Berkatalah anak Adam : Hartaku! Hartaku! Maka sabda nabi : Sedangkan engkau sebenarnya tidak memiliki daripada hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu menjadi najis isi jamban, apa yang engkau pakai maka ia menjadi lusuh lalu dibuang atau apa yang engkau sedekah hanya ia yang kekal menjadi bekalan Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T, Firman Allah dalam surah al-A’ala ayat 14-17 : قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧﴾ Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu ) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sempena berada pada hari raya korban ini juga marilah kita sama-sama merenungi dan menghayati beberapa ayat daripada surah al-A’ala di mana ia antara surah yang selalu dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w dalam solat hari raya. Antaranya Allah membenci mereka yang menjadikan dunia sebagai tujuan, sebaliknya mencintai mereka yang mengambil dunia sekadar keperluan atau cara meraih keredhaan-Nya. Sesiapa yang menjadikan amal perbuatannya untuk meraih habuan dunia dan bukan mencari redha Allah dan kehidupan akhirat, maka dia akan mendapat apa yang dikehendakinya daripada sebahagian keuntungan di dunia tetapi tidak mendapat bahagian di akhirat. Dari kecil sehingga tua ramai manusia yang menjadikan fokus hidupnya adalah untuk meraih gelaran dan kesenangan dunia. Tidak sedikit dalam kalangan umat Islam sendiri yang hidupnya sibuk sehingga lupa untuk menuntut ilmu sebagai bekal memahami erti iman, Islam dan taqwa. Kerana terlalu ghairah mengejar masa depan dunia, terlupa pentingnya ilmu-ilmu aqidah untuk masa depan akhirat. Akibat terlalu sibuknya bekerja, sehingga terlupa untuk belajar tentang solat dan melaksanakannya. Kebanyakan daripada mereka hanya berhenti dari kesibukan tersebut setelah ajal yang amat ditakuti datang tanpa disedari. رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : " مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ , فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ , وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ , وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ , جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ " – رواه ابن ماجه Maksudnya : Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefaqiran berada di depan matanya dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya. Dan sesiapa yang akhirat menjadi harapannya nescaya Allah akan mempersatukan baginya urusan serta menjadikan rasa cukup di dalam hatinya dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan patuh dan hina.” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Pada hari ini umat Islam sanggup berhutang berhabis harta untuk mengejar kemewahan yang sementara. Dari saat di alam pengajian sehinggalah ke alam kerjaya, masyarakat Islam tidak sudah-sudah bermain dengan hutang. Hutang pengajian, hutang kenderaan, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang riba, hutang perniagaan, hutang barang kemas dan sebagainya. Kerana hutang itu akhirnya menjadikannya sibuk dan dilupakan dengan janji-janji akhirat. Kita dimaklumkan bagaimana seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 41 tahun, diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lepas yang berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit serta pinjaman peribadi. Budaya berhutang bagaikan berjangkit daripada sikap pemimpin negara yang suka menimbun hutang dengan kehidupan mewah ketika rakyat semakin tersepit dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Ini boleh kita saksikan termasuk melalui Belanjawan 2012 yang baru dibentang yang menunjukkan bagaimana hutang dalam negara yang baru ditambah sebanyak RM 45.9 billion. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini. Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang pelan kukuh untuk menyelesaikannya. Ingatlah bagaimana nabi Muhammad s.a.w sentiasa berdoa agar dijauhi daripada bebanan dan bahaya amalan suka berhutang اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ، فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ : مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ - رواه البخاري Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengengkari" Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T, Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru: مَّا أَفَاءَ اللَّـهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ Maksudnya : Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan bekalan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). Islam merupakan suatu system hidup yang lengkap dengan sentiasa menitikberatkan keadilan disamping mengharamkan sebarang bentuk kezaliman dan pencabulan terhadap hak orang lain. Antaranya Islam sentiasa memastikan harta kekayaan Negara disalurkan dengan penuh amanah dan tidak hanya dikaut oleh sesetengah golongan sahaja. Kita begitu marah dan kecewa apabila melihat bukan sahaja amalan berhutang untuk bermewah dalam menguruskan harta Negara malah berdasarkan Laporan Audit Negara 2010 menunjukkan bagaimana berlakunya begitu banyak penyelewengan, pecah amanah, pembaziran yang melibatkan ratusan juta duit rakyat. Ia bukan pertama kali berlaku malah berulang untuk sekian kalinya tapi akibat rakyat terus memberi mandat kepada golongan yang tidak amanah untuk mengurus Negara maka jadilah sebagaimana yang diberitahu oleh nabi iaitu harta kekayaan Negara dibahagikan seumpama harta rampasan perang yang berlegar sesama mereka sedangkan rakyat bawahan terus menanggung bebanan silih berganti. Negara kita bakal muflis bukan disebabkan subsidi yang diberi tetapi akibat penyelewengan dan pembaziran yang semakin tinggi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan orang Islam terpaksa meminta simpati gereja dan kuil untuk menyara hidup maka laporan audit membuktikan bagaimana peruntukan untuk miskin tegar tidak sampai kepada sasaran sebaliknya dinikmati oleh golongan yang sudah memiliki harta. Bila dunia menjadi matlamat hidup maka halal haram diketepi, dosa pahala tidak dihirau lagi, syurga neraka sudah tidak dipeduli. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات : فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar. Setiap kali berada pada hari raya korban maka kita sentiasa diperingatkan tentang pengorbanan besar yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail berdasarkan kepada arahan Allah melalui mimpi. Kisah ini tidak memberi makna sekiranya kita gagal melaksanakan perintah wahyu Allah yang nyata iaitu al-Quran termasuk dalam melaksanakan hukum hudud yang pernah dilaksanakan di Negara kita sebelum kedatangan penjajah. Nabi Ibrahim a.s disuruh sembelih anak tersayang sebaliknya kita disuruh mengerat tangan pencuri ketika masalah ini semakin meruncing, bunuh orang murtad yang enggan bertaubat ketika isu ini semakin parah akibat fahaman sekulerisme yang disemai, sebat penzina ketika Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010 yang melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak di mana seramai 2,260 responden mengakui pernah berzina. Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah. Setiap 3 daripada 6 remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan zina dan yang lebih mengecewakan ramai pelajar universiti yang turut terlibat sama dengan jenayah yang dahsyat ini. Alasan rakyat tidak faham sepatutnya disusuli dengan usaha memberi faham tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya termasuk Belanjawan 2012 tidak ditekan bantuan kepada pengajian agama dan program menangani masalah kerosakan akhlak. Apa yang lebih menyedihkan program hiburan yang merosakkan semakin subur termasuk lambakan filem seram yang menyuburkan amalan khurafat dan tahyul sedangkan ia merupakan antara perkara yang boleh merosakkan aqidah قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً -رواه مسلم Ertinya : Sesiapa yang mendatangi dukun yang meramal atau mendakwa tahu(sesuatu yang ghaib) maka tidak diterima solatnya selama 40 malam بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبة كدوا اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 24 سورة الأنفال : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Islam menanam kukuh dalam diri umatnya sikap suka berkorban dalam menghadapi sebarang perkara di mana tanpa pengorbanan maka sesuatu kejayaan tidak mampu diraih. Allah menjanjikan kehidupan bila semangat jihad dalam diri umat Islam terus membara sehingga menggerunkan musuh daripada terus menindas dan mencabul hak umat Islam sesuka hati. Sebaliknya bila umat Islam dihidapi penyakit terlalu cinta kepada dunia dan takut kepada kematian maka selagi itu kita akan dijajah dan dihina dalam negara kita sendiri. Musuh Islam sentiasa mengambil berat tentang pertukaran kepimpinan yang berlaku di Negara umat Islam agar ia bertepatan dengan citarasa mereka. Oleh itu menjadi kewajipan umat Islam menukar daripada system jahiliah kepada Islam, kegelapan kufur kepada terangnya iman. Sekiranya umat Islam tidak berani menukar system tersebut maka keadaan Negara hanya bertukar pemimpin yang akan meneruskan kezaliman dan penindasan. Kita doakan semoga pertukaran kepimpinan di Mesir, terbaru di Libya serta tidak ketinggalan kemenangan Parti Islam di Tunisia akan memberi sinar kepada Islam dan umatnya bukan meneruskan penderitaan seperti di Afghanistan dan Iraq sebelum ini Muslimin/mat yang dirahmati Allah, Sempena berada pada hari raya korban juga kita mengambil iktibar daripada tindakan kerajaan Belanda yang mengharamkan sembelihan cara Islam dan Yahudi atas alasan menyakitkan binatang. Mereka seolah menutup mata tentang kajian sainstis barat sendiri bagaimana penyembelihan dalam Islam terbukti jelas mematikan haiwan dengan cara yang mengurangkan kesakitan. Kajian saintifik diketuai oleh Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah kejutan elektrik yang digunakan di beberapa negara Barat. Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado pula mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih. Dr Aisha El-Awady pula mengatakan pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya. Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Inilah keindahan Islam yang sentiasa menanamkan sifat ihsan termasuk ketika menyembelih binatang قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إِنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُل ِّ شَيءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِبْحَة وَلْيُحِد أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ ولْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ ” (رواه مسلم( Maksudnya : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Salam Aidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Aidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang digalakkan oleh nabi antara sabdanya : مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim) اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ