أهلا وسهلا ومرحبا بكم

Kandungan Blog

Selasa, 23 Ogos 2011

Khutbah Aidil Fitri 1432H

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ .... فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 7 dan 10 surah as-Syamsi : وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا﴿٧﴾فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴿٨﴾قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا Maksudnya : Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Antara ciri hamba Allah yang bertaqwa sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Mas’ud ialah sentiasa mentaati Allah dan tidak mengengkari perintahNya termasuk ketika menyambut hari raya. Tanda taat marilah kita penuhi hari raya kita dengan amal ibadat disamping menjauhi larangan Allah seperti membuka aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, hiburan melampau dan sebagainya. Ciri hamba Allah yang taqwa juga sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya. Buktikan diri kita sebagai hamba Allah bukannya hamba Ramadhan iaitu jangan pada bulan Ramadhan sahaja kita melawan hawa nafsu sedangkan bila menyambut hari raya maka kita menjadi hamba kepada nafsu yang menyuruh kepada kejahatan. Ciri hamba Allah yang bertaqwa seterusnya ialah sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri nikmatNya. Tidakkah kita berasa malu menyambut hari raya dengan amalan maksiat sedangkan hari raya adalah anugerah Allah. Ia umpama kita menyertai majlis jemputan orang tetapi melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuan rumah. Sempena menyambut hari raya juga marilah kita sama-sama berdoa agar dapat meraih tawaran Allah yang dijanjikan sepanjang Ramadhan baru lalu iaitu rahmat, keampunan dosa dan dijauhkan daripada azab neraka. Kita tidak mahu termasuk dalam golongan yang jauh daripada rahmat Allah sebagaimana yang diberitahu oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu golongan yang keluar daripada Ramadhan dalam keadaan dosanya belum lagi diampuni oleh Allah. Ingatlah bahawa kita bukan mahu menyambut hari raya di dunia sahaja sebaliknya apa yang lebih kita idamkan ialah menyambut hari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Renungilah suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim : قال الرسول : مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ Maksudnya : Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam hati sanubari bukan setakat disebut di mulut sahaja. Pastikan laungan hari raya itu dijadikan ikrar taat setia kepada Allah dalam setiap tindak tanduk kita termasuk menyambut hari raya yang merupakan hari gembira. Nikmat hari raya ini mesti digunakan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama kita. Hubungan ini semakin renggang walau pun kemudahan perhubungan dan system maklumat semakin canggih. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing sehingga suasana kasih sayang terabai yang memberi kesan bukan sahaja dalam keluarga malah melarat kepada masyarakat sekitar. Kes perceraian yang semakin meningkat ketika masyarakat semakin terpelajar disebabkan suami atau isteri gagal menjalankan tanggungjawab rumahtangga, harapan untuk hidup mewah tidak tercapai, akhlak pasangan yang tidak baik, mengutamakan kawan lebih daripada pasangan disamping campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut termasuk ahli keluarga terdekat dan faktor lain. Begitu juga penderaan terhadap anak-anak ditambah dengan masalah penderhakaan terhadap kedua ibubapa yang semakin menjadi-jadi. Oleh itu jadikanlah hari raya di dalam menyuburkan kembali kasih sayang supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang memutuskan silaturrahim apatah lagi menjadi golongan yang dijauhkan daripada rahmat Allah sebagaimana yang pernah diperingatkan oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu anak yang sempat hidup bersama kedua ibubapa atau salah seorang daripada keduanya namun tidak berusaha berbuat baik kepada ibubapa dengan pelbagai alasan. Betapa ramai ibubapa yang sanggup mati demi memastikan anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibubapanya lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam meletakkan ibubapa di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibubapa. Sekiranya ibubapa kita telah meninggal dunia jangan lupa untuk kita doakan kesejahteraan mereka ketika berada di alam barzakh dan akhirat nanti. Jangan hanya tahu makan harta pusaka jerih penat lelah ibubapa sedangkan sepotong doakan pun susah dipanjatkan ke hadrat Allah buat ibubapa. Laksanakanlah perintah Allah sebagaimana tersebut dalam ayat 24 surah al-Isra’ : وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا Maksdunya : Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." Muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian, Tarbiah Ramadhan yang bukan sahaja menahan perut daripada lapar dahaga malah daripada sumber haram disamping mengawal seluruh pancaindera iaitu tangan, kaki, mata, telinga, lidah, kemaluan termasuk hati daripada melakukan maksiat kepada Allah di mana tarbiah ini sekiranya dihayati betul-betul dalam kehidupan sudah pasti lahir lebih ramai pemimpin sebaik Sayyidina Abu Bakar yang sentiasa mengeluh bimbang sekiranya masih ada walau pun seekor kambing yang tersepit di hujung negara akibat beliau tidak sempat membantunya. Pasti lahir pemimpin sehebat Sayyidina Umar al-Khottab yang pernah mengungkap sekiranya rakyat lapar maka aku ingin menjadi orang pertama yang merasai lapar itu dan sekiranya rakyat telah kenyang biarlah aku orang terakhir yang merasainya. Semakin ramai lahir pemimpin seadil Umar bin Abdul Aziz yang sentiasa menekankan sekiranya pemimpin hidup dalam kemewahan maka rakyat terus menderita dalam kemiskinan sebaliknya sekiranya pemimpin sanggup membuang segala kekayaan maka rakyat pasti merasai nikmat kekayaan. Kita tidak mahu terus mendengar seruan agar rakyat berjimat cermat termasuk arahan terbaru agar suhu alat pendingin udara di semua bangunan kerajaan akan ditetapkan tidak kurang daripada 24 darjah celsius sedangkan kediaman rasmi 2 pemimpin utama Negara mencecah RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air untuk 5 tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2010 di mana jika jumlah itu dibahagikan mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air sebulan. Betapa tingginya kos wang negara dihabiskan begitu sahaja ketika rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan tarif elektrik. Itu belum dikira lagi dengan projek mega untuk menunjuk-nunjuk bukan untuk kepentingan awam disamping pecah amanah dan rasuah yang melibatkan berbilion-bilion harta rakyat. Akhirnya yang papa makin papa, yang kaya makin kaya. Kita jangan menjadi orang yang menyebabkan semakin jelas timbulnya tanda qiamat antaranya tidak mengambil berat tentang pemilihan pemimpin sebagaimana amaran nabi Muhammad s.a.w dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari : فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَة فَانْتَظِرِ السَّاعَة قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ Maksudnya: Maka apabila telah jelas penyelewengan terhadap amanah maka tunggulah kebinasaan. Tanya sahabat : Bagaimanakah berlakunya penyelewengan. Sabdanya : Apabila diserahkan urusan memikul amanah kepada bukan orang yang berkelayakan maka tunggulah saat kehancuran اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 32 surah Faatir : ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ Maksudnya: Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri sendiri, ada yang bersederhana dan ada yang berlumba-lumba berbuat kebaikan dengan izin Allah, yang demikian itu adalah kurniaan yang amat besar Berlalunya Ramadhan bukan bererti berpisahnya kita daripada hidup bersama al-Quran bukan sahaja dari sudut pembacaan malah meliputi pemahaman seterusnya pelaksanaan system al-Quran dalam setiap aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Ayat 32 surah Faatir contohnya menggambarkan 3 kelompok manusia yang berbeza pendirian terhadap al-Quran iaitu [1] Golongan yang menganiayai diri sendiri iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak daripada pahala kebaikan. Sebabnya, mereka tidak membaca al-Quran, memahami apatah lagi beramal dengan perintah Allah di dalamnya. Akibat jahil tentang agama sendiri maka mereka mudah terikut dengan cara hidup barat yang negatif termasuk masalah lelaki berpakaian dan bersikap seperti perempuan yang dinamakan pondan atau perempuan berpakaian dan berperangai seperti lelaki yang dinamakan tomboy semakin bertambah. Kadang-kadang sikap masyarakat yang suka menggunakan khidmat pondan dalam menghias pengantin perempuan sedangkan ia adalah haram menyebabkan penyakit ini semakin merebak. Apa yang lebih teruk bila masalah penukaran jantina melalui pembedahan alat kelamin sudah berleluasa sehingga ada tuntutan mahkamah untuk mengiktiraf penukaran jantina di kalangan umat Islam sendiri. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Ibnu Abbas katanya لَعَنَ النَّبِيُّ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ Maksudnya: Nabi telah melaknat para pondan dari kalangan lelaki dan para perempuan yang menyerupai lelaki iaitu dari segi pemakaian dan tutur kata [2] Golongan yang bersederhana iaitu golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak dengan pahala. Mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia melaksanakan isi kandungannya yang terdiri daripada hukum hakam Allah. Ingatlah kita kepada suatu amaran nabi yang bermaksud : Akan zahir di kalangan umatku di akhir zaman, orang yang membaca al-Quran tetapi al-Quran hanya sampai ke halkumnya sahaja tetapi tidak sampai ke dalam hati [3] Golongan yang berlumba-lumba berbuat kebaikan. Mereka amat banyak melakukan kebaikan dan jarang membuat kesalahan. Mereka adalah golongan yang bersedia melaksanakan hukum al-Quran dalam kehidupan seharian. Inilah golongan yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat Muslimit dan muslimat yang diberkati Allah, Firman Allah dalam ayat 64 surah Ali ‘Imran: قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam" Kita menyambut hari raya tahun ini dalam suasana sambutan kemerdekaan negara kali ke-54 namun hubungan antara kaum dan agama bagaikan terus dilanda masalah besar terutama isu kaum dan agama dijadikan modal politik demi kepentingan diri bukannya mahu diselesaikan sebagaimana yang diajar oleh Islam. Api perkauman dan perbalahan agama dihangat melalui tv, radio, akhbar, internet agar rakyat menjadi risau dan mencari jalan singkat untuk terus mengekalkan kezaliman pemimpin. Masalah murtad yang kembali hangat dibicara tahun ini bermula dengan jawapan menteri dalam parlimen bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 di mana 168 diluluskan walau pun selepas itu pelbagai alasan diberikan samada yang diluluskan bukan murtad tetapi disahkan tidak Islam sejak awal lagi dan alasan kesilapan nama seperti nama orang Islam sehingga ditulis beragama Islam tetapi apabila dirujuk semula maka ditukar status kepada bukan Islam. Adanya umat Islam yang terpaksa menerima bantuan gereja dan kuil atas alasan payah mendapat bantuan kebajikan dan zakat di mana ia dibimbangi dimurtadkan dengan cara halus. Begitu juga dakwaan ada guru tuisyen mengajar muridnya beragama Islam menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa. Sebuah pusat tuisyen dan sekolah yang telah mengajar murid-murid Islam Tahun 1 tentang perkara-perkara yang membabitkan agama Kristian. Dilaporkan juga, murid yang belajar secara percuma daripada sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu, telah diajar menyanyikan lagu memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan, mampu bercerita kisah Nabi Isa, termasuk Nabi Isa disalib dan diterapkan ajaran Kristian secara halus ketika belajar. Berita-berita ini semua wajib diberi perhatian dengan beberapa tindakan segera iaitu [1] undang-undang murtad wajib digubal segera dan penguatkuasaan undang-undang menyekat orang bukan Islam daripada memurtadkan umat Islam [2] apa yang lebih penting ialah ilmu agar umat Islam bukan sahaja tidak mudah diperdaya malah mampu memberi penjelasan Islam terhadap bukan Islam [3] dari segi kebajikan umat Islam mesti diambil tahu oleh semua pihak terutama pemimpin agar mereka tidak menagih simpati daripada bukan Islam [4] Pemerkasaan dakwah Islam kerana kita sepatutnya berasa malu dengan keadaan perkembangan Islam di Eropah di mana mengikut suatu kajian dalam setiap 4 warga barat seorang daripadanya adalah Muslim dan peneliti Barat menganggarkan dalam 50 tahun ke hadapan Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam. Paderi melahirkan kebimbangan apabila gereja seluruh dunia semakin lengang dan banyak yang bertukar menjadi masjid. [5] Perlu diperbanyakkan lagi dialog antara ulama’ Islam dengan orang bukan Islam agar api perbalahan antara agama dapat diredakan. Isu agama mesti diselesaikan cara agama bukan melalui hawa nafsu kerana ia boleh membawa kerugian dan kerosakan. Perundangan, ilmu dan dakwah mesti bergerak selari agar dakwah Islam kembali berkembang pesat dan permusuhan terhadap Islam dapat ditangani dengan penuh bijaksana. Kita tahu bahawa yahudi dan Kristian sentiasa memusuhi kita tetapi dengan kebijaksanaan kita berdepan dengan jarum dan senjata mereka sepastinya akan terserlah bahawa Islam itu agama yang tertinggi tiada agama dan sistem lain yang dapat menandingi Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 22 surah ar-Ra’du : وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ Maksudnya : Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Muslimin/mat yang dirahmati Allah Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran disamping tarbiah melalui ibadah puasa dan zakat fitrah menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan. Tidak ketinggalan krisis kebuluran dan perang saudara di Somalia yang memerlukan perhatian dan bantuan yang sewajarnya daripada kita semua. Beberapa Negara umat Islam yang lain sedang menghadapi perang saudara kerana mahu menggantikan pemimpin yang zalim seperti di Syria setelah musuh Islam memainkan peranan besar melalui NATO dalam menggulingkan Gaddafi di Libya. Tumbangnya pemimpin diktator satu demi satu terutama di bumi Arab dan Afrika bermula di Tunisia diikuti Mesir merebak ke Yaman menyedarkan semua pihak bahawa tiada kerajaan yang mampu kekal terutama jika diperintah secara zalim. Kita doakan semoga pertukaran pemimpin baru lebih menguntungkan Islam dan umatnya bukannya meneruskan lagi kezaliman dan jahiliah pemimpin sebelum ini. Pemimpin Negara kita sewajarnya belajar daripada apa yang berlaku agar tidak terus kemaruk untuk mempertahan kuasa dengan cara yang bercanggah dengan sistem demokrasi apatah lagi Islam. Ketika mahu meruntuhkan penguasaan Yahudi terhadap dunia juga maka kita wajib menyokong usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan yang sedang berusaha memperkasakan semula penggunaan dinar emas dan dirham perak termasuk mulai tahun ini melancar pembayaran zakat dengan dinar dan dirham. Oleh itu marilah kita sama-sama memiliki dinar dan dirham yang sememangnya lebih stabil berbanding wang kertas yang terbuka kepada penipuan dan kerugian yang ketara. Nilai wang kertas yang hanya bersandar kepada kepercayaan pengguna semata-mata sepastinya suatu hari nanti nilainya tidak lebih daripada kertas buruk. Kita hari ini ditipu dengan istilah infilasi yang menyebabkan harga barang naik sedangkan yang sebenarnya harga barang tidak naik sebaliknya nilai wang kertas yang jatuh merudum. Sama-sama kita berfikir bagaimana Amerika Syarikat yang dikuasai oleh yahudi yang memiliki jumlah hutang paling tinggi di dunia tapi mampu menguasai kita. Sistem yahudi meletakkan orang berhutang lebih kaya daripada orang berharta melalui penipuan yang dicipta. Tanyalah diri kita samada yahudi yang hebat atau kita yang bodoh kerana terus menjadi hamba kepada system yahudi. Yahudi akan terus berada di atas jika kita terus rela diperbodohkan selama-lamanya untuk berada di bawah اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة عيد الفطري 1432

KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 2 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ ..... فرمان الله دالم ايات 7 دان 10 سورة الشمس : وَنَفْسٍ وَمَاسَوَّاهَا﴿٧﴾فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا﴿٨﴾قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا مقصودڽ : دمي ديري مأنسي دان يڠ مڽمڤورناکن کجادينڽ ﴿دڠن کلڠکاڤن يڠ سسواي دڠن کادأنڽ﴾; سرتا مڠإلهمکنڽ ﴿اونتوق مڠنل﴾ جالن يڠ ممباواڽ کڤد کجاهتن، دان يڠ ممباواڽ کڤد برتقوى; سسوڠݢوهڽ برجاياله اورڠ يڠ منجاديکن ديريڽ - يڠ سديا برسيه - برتمبه-تمبه برسيه ﴿دڠن ايمان دان عمل کباجيقکن﴾، دان سسوڠݢوهڽ همڤاله اورڠ يڠ منجاديکن ديريڽ - يڠ سديا برسيه - ايت سوسوت دان تربنم کبرسيهنڽ ﴿دڠن سبب ککوتورن معصية﴾. مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله، سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. کيت بارو سهاج ملالوءي تربية رمضان يڠ مروڤاکن سواتو ڤروسيس دالم ملاهيرکن همبا الله يڠ برتقوى. انتارا چيري همبا الله يڠ برتقوى سباݢايمان يڠ دسبوت اوليه ابن مسعود اياله سنتياس منطاعتي الله دان تيدق مڠيڠکاري ڤرينتهڽ ترماسوق کتيك مڽمبوت هاري راي. تندا طاعة ماريله کيت ڤنوهي هاري راي کيت دڠن عمل عبادة دسمڤيڠ منجأوهي لارڠن الله سڤرتي ممبوك عورة، ڤرݢاولن بيبس انتارا للاکي دان ڤرمڤوان، هيبورن ملمڤاو دان سباݢايڽ. چيري همبا الله يڠ تقوى جوݢ سنتياس مڠيڠاتي الله دان تيدق ملوڤأيڽ. بوقتيکن ديري کيت سباݢاي همبا الله بوکنڽ همبا رمضان ايأيت جاڠن ڤد بولن رمضان سهاج کيت ملاوان هوى نفسو سداڠکن بيلا مڽمبوت هاري راي مك کيت منجادي همبا کڤد نفسو يڠ مڽوروه کڤد کجاهتن. چيري همبا الله يڠ برتقوى ستروسڽ اياله سنتياس برشکور کڤد الله دان تيدق مڠکوفوري نعمتڽ. تيدقکه کيت براس مالو مڽمبوت هاري راي دڠن عمالن معصية سداڠکن هاري راي اداله انوݢره الله. إي عبارة کيت مڽرتاي مجليس جمڤوتن اورڠ تتاڤي ملاکوکن ڤرکارا يڠ تيدق دسوکأي اوليه توان رومه. سمڤنا مڽمبوت هاري راي جوݢ ماريله کيت سام-سام بردعاء اݢر داڤت منچاڤي تاورن الله يڠ دجنجيکن سڤنجڠ رمضان بارو لالو ايأيت رحمة، کأمڤونن دوسا دان دجأوهکن درڤد عذاب نراك. کيت تيدق ماهو ترماسوق دالم ݢولوڠن يڠ جأوه درڤد رحمة الله سباݢايمان يڠ دبريتاهو اوليه نبي محمد  ايأيت ݢولوڠن يڠ کلوار درڤد رمضان دالم کادأن دوساڽ بلوم لاݢي دأمڤوني اوليه الله. ايڠتله بهاوا کيت بوکن ماهو مڽمبوت هاري راي ددنيا سهاج سباليقڽ أڤ يڠ لبيه کيت إيغينکن اياله مڽمبوت هاري راي دالم شرݢ الله د اخيرة ننتي. اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ رنوڠيله سواتو حديث يڠ دروايتکن اوليه امام بخاري دان مسلم : قال الرسول  : مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ مقصودڽ : سسياڤا يڠ ماهو دلواسکن رزقيڽ دان دڤنجڠکن عمورڽ مك هندقله دي مڠهوبوڠکن صلة الرحم ݢما تکبير ممبسرکن الله دان تحميد مموجي الله يڠ برکومنداڠ ستياڤ کالي تيباڽ هاري راي مستيله مرسڤ کدالم هاتي سانوباري بوکن ستاکت دسبوت دمولوت سهاج. ڤاستيکن لأوڠن هاري راي ايت دجاديکن إقرار طاعة ستيا کڤد الله دالم ستياڤ تيندق تندوق کيت ترماسوق مڽمبوت هاري راي يڠ مروڤاکن هاري ݢمبيرا. نعمة هاري راي اين مستي دݢوناکن اونتوق مراڤتکن لاݢي هوبوڠن ککلوارݢأن دان صلة الرحم سسام کيت. هوبوڠن اين سماکين رڠݢڠ والاو ڤون کموداهن ڤرهوبوڠن دان سيستيم معلومت سماکين چڠݢيه. ماسيڠ-ماسيڠ سيبوق دڠن اوروسن سهيڠݢ سواسان کاسيه سايڠ تراباي يڠ ممبري کسن بوکن سهاج دالم کلوارݢ ماله ملارت کڤد مشارکة سکيتر. کيس ڤرچراين يڠ سماکين منيڠکت کتيك مشارکة سماکين ترڤلاجر دسببکن سوامي اتاو استري ݢاݢل منجالنکن تڠݢوڠجواب رومهتڠݢ، هارڤن اونتوق هيدوڤ ميواه تيدق ترچاڤاي، اخلاق ڤاسڠن يڠ تيدق باءيك، مڠوتاماکن کاون لبيه درڤد ڤاسڠن دسمڤيڠ چمڤور تاڠن ڤيهق کتيݢ سباݢاي ڤڠهاسوت ترماسوق اهلي کلوارݢ تردکت دان فکتور لاين. بݢيتو جوݢ ڤندرأن ترهادڤ أنق-أنق دتمبه دڠن مسئلة ڤندرهاکأن ترهادڤ کدوا ايبوباڤ يڠ سماکين منجادي-جادي. اوليه ايت ݢوناكنله ڤلواڠ هاري راي إين ددالم مڽوبورکن کمبالي کاسيه سايڠ سوڤاي کيت تيدق ترماسوق دالم ݢولوڠن يڠ مموتوسکن صلة الرحيم اڤاته لاݢي منجادي ݢولوڠن يڠ دجأوهکن درڤد رحمة الله سباݢايمان يڠ ڤرنه دڤرايڠتکن اوليه نبي محمد  ايأيت انق يڠ سمڤت هيدوڤ برسام کدوا ايبوباڤ اتاو ساله سأورڠ درڤد کدواڽ نامون تيدق بروسها بربوات باءيك کڤد ايبوباڤ دڠن ڤلباݢاي ألسن. بتاڤ راماي ايبوباڤ يڠ سڠݢوڤ ماتي دمي مماستيکن انقڽ تروس هيدوڤ سداڠکن بتاڤ راماي انق يڠ مڠيڠينکن ايبوباڤاڽ لکس ماتي سوڤاي تيدق لاݢي منجادي ببانن هيدوڤڽ. ايڠتله اسلام ملتقکن ايبوباڤ دتمڤت يڠ مليا. کريضأن الله ترلتق کڤد کريضأن ايبوباڤ، کمورکأن الله ترلتق کڤد کمورکأن ايبوباڤ. سکيراڽ ايبوباڤ کيت تله منيڠݢل دنيا جاڠن لوڤا اونتوق کيت دعاءکن کسجهترأن مريك کتيك برادا د عالم برزخ دان اخيرة ننتي. جاڠن هاڽ تاهو ماکن هرتا ڤوساك جريه ڤنت لتيه ايبوباڤ سداڠکن سڤوتوڠ دعاءکن ڤون سوسه أنتوق دڤنجتکن کحضرة الله بوات ايبوباڤ. لقسانکنله ڤرينته الله سباݢايمان ترسبوت دالم ايات 24 سوره الإسراء : وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا مقصودڽ : دان هندقله اڠکاو مرنداه ديري کڤد کدواڽ کران بلس کاسيهن دان کاسيه سايڠمو، دان دعاءکنله (اونتوق مريك، دڠن برکات): واهاي توهنکو! چوچوريله رحمة کڤد مريك بردوا سباݢايمان مريك تله منچورهکن کاسيه سايڠڽ ممليهارا دان منديديقکو سمنجق کچيل لاݢي. مسلمين دان مسلمات يڠ دحرمتي سکالين، تربية رمضان يڠ بوکن سهاج مناهن ڤروت درڤد لاڤر داهݢ ماله درڤد سومبر حرام دسمڤيڠ مڠاول سلوروه ڤنچاإيندرا إيايت تاڠن، کاکي، مات، تليڠا، ليده، کمالوان ترماسوق هاتي درڤد ملاکوکن معصية کڤد الله دمان تربية اين سکيراڽ دحياتي بتول-بتول دالم کهيدوڤن سوده ڤاستي لاهير لبيه راماي ڤميمڤين سبايك سيدنا ابو بکر يڠ سنتياس مڠلوه بيمبڠ سکيراڽ ماسيه أدا والاو ڤون سإيکور کمبيڠ يڠ ترسڤيت د هوجوڠ نݢارا عقيبة بلياو تيدق سمڤت ممبنتوڽ. ڤاستي لاهير رامي ڤميمڤين سيهيبت سيدنا عمر الخطاب يڠ ڤرنه مڠوڠکڤ كات-كات سکيراڽ رعيت لاڤر مك اکو ايڠين منجادي اورڠ ڤرتام يڠ مراسأي لاڤر ايت دان سکيراڽ رعيت تله کڽڠ بيارله اکو اورڠ تراخير يڠ مراسأيڽ. سماکين راماي لاهير ڤميمڤين سعادل عمر بن عبدالعزيز يڠ سنتياس منکنکن سکيراڽ ڤميمڤين هيدوڤ دالم کميواهن مك رعيت تروس مندريتا دالم کميسکينن سباليقڽ سکيراڽ ڤميمڤين سڠݢوڤ ممبواڠ سݢالا ککايأن مك رعيت ڤاستي مراسأي نعمة ککايأن. کيت تيدق ماهو تروس مندڠر سروان اݢر رعيت برجيمت چرمت ترماسوق اراهن تربارو اݢر سوهو ألة ڤنديڠين اودارا د سموا باڠونن کراجأن اکن دتتڤکن تيدق کورڠ درڤد 24 درجه celsius سداڠکن کديامان راسمي 2 ڤميمڤين اوتام نݢارا منچچه RM10.2 جوتا باݢي بيل ايليکتريك دان RM1.9 جوتا اونتوق بيل اير اونتوق 5 تاهون إيأيت دري تاهون 2006 هيڠݢ 2010 د مان جك جملة ايت دبهاݢيکن مڠيکوت بولن، کراجأن ممبلنجاکن RM160,000 اونتوق بيل ايليکتريك دان RM33,000 اونتوق بيل اير سبولن. بتاڤ تيڠݢيڽ کوس واڠ نݢارا دهابيسکن بݢيتو سهاج کتيك رعيت دببنکن دڠن کنأيقكن هرݢ بارڠ دان تاريف ايليکتريك. ايت بلوم دکيرا لاݢي دڠن ڤروجيق ميݢا اونتوق منونجوق-نونجوق بوکن اونتوق کڤنتيڠن عوام دسمڤيڠ ڤچه أمانه دان رشوة يڠ مليبتکن berbilion-bilion هرتا رعية. اخيرڽ يڠ ڤاڤا ماکين ڤاڤا، يڠ کاي ماکين کاي. کيت جاڠن منجادي اورڠ يڠ مڽببکن سماکين جلس تيمبولڽ تندا قيامة انتاراڽ تيدق مڠمبيل برات تنتڠ ڤميليهن ڤميمڤين سباݢايمان اماران نبي محمد  دالم سواتو حديث يڠ دروايتکن اوليه امام بخاري : فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَة فَانْتَظِرِ السَّاعَة قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ مقصودڽ: مك اڤابيلا تله جلس ڤڽليويڠن ترهادڤ أمانة مك توڠݢوله کبيناسأن. تاڽ صحابة : باݢايماناکه برلاکوڽ ڤڽليويڠن. سبداڽ : اڤابيلا دسرهکن اوروسن مميکول أمانة کڤد بوکن اورڠ يڠ برکلايقکن مك توڠݢوله ساعة کهنچورن اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم ايات 32 سورة فاطر : ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ مقصودڽ: کمودين کتاب ايت کامي واريثکن کڤد اورڠ-اورڠ يڠ کامي ڤيليه د انتارا همبا-همبا کامي، لالو د انتارا مريك ادا يڠ مڠانيايا ديري سنديري، اد يڠ برسدرهان دان اد يڠ برلومبا-لومبا بربوات کبأيقکن دڠن إذن الله، يڠ دمکين ايت اداله کورنيأن يڠ امت بسر برلالوڽ رمضان بوکن برارتي برڤيسهڽ کيت درڤد هيدوڤ برسام القرءان بوکن سهاج دري سودوت ڤمباچأن ماله مليڤوتي ڤماهمن ستروسڽ ڤلقسانأن سيستيم القرءان دالم ستياڤ اسڤيق کهيدوڤن ترماسوق عبادة خصوص، ايکونومي، ڤوليتيق، سوسيال دان سباݢايڽ. ايات 32 سورة فاطر چونتوهڽ مڠݢمبرکن 3 کلومڤوق مأنسي يڠ بربيذا ڤنديرين ترهادڤ القرءان ايأيت [1] ݢولوڠن يڠ مڠانيايأي ديري سنديري ايأيت ݢولوڠن يڠ کسالهن دوسا مريك لبيه باڽق درڤد ڤاهلا کبايقکن. سببڽ، مريك تيدق ممباچ القرءان، ممهمي اڤاته لاݢي برعمل دڠن ڤرينته الله ددالمڽ. عقيبة جاهل تنتڠ اݢام سنديري مك مريك موده تريکوت دڠن چارا هيدوڤ بارت يڠ بوروق ترماسوق مسئلة للاکي برڤاکاين دان برسيکڤ سڤرتي ڤرمڤوان يڠ دناماکن ڤوندان اتاو ڤرمڤوان برڤاکاين دان برڤراڠاي سڤرتي للاکي يڠ ديناماکن tomboy سماکين برتمبه. کادڠ-کادڠ سيکڤ مشارکة يڠ سوك مڠݢوناکن خدمة ڤوندان دالم مڠهياس ڤڠنتين ڤرمڤوان سداڠکن اي اداله حرام مڽببکن ڤڽاکيت اين سماکين مريبق. اڤ يڠ لبيه تروق بيلا مسئلة ڤنوکران جنتينا ملالوءي ڤمبداهن الة کلامين سوده برللواسا سهيڠݢ ادا تونتوتن محکمة اونتوق مڠإعتراف ڤنوکران جنتينا د کالڠن اومة اسلام سنديري. ايڠتله اماران نبي  ملالوءي سواتو حديث يڠ دروايتکن اوليه امام بخاري درڤد ابن عباس کاتڽ : لَعَنَ النَّبِيُّ  الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ مقصودڽ: نبي  تله ملعنة ڤارا ڤوندان دري کالاڠن للاکي دان ڤارا ڤرمڤوان يڠ مڽروڤأي للاکي ايأيت دري سݢي ڤماکاين دان توتور کات [2] ݢولوڠن يڠ برسدرهان ايايت ݢولوڠن د مان کسالهن دوسا مريك سام باڽق دڠن ڤاهلا. مريك اداله ݢولوڠن يڠ ممباچ القرءان تتاڤي بلوم برسديا ملقساناکن ايسي کندوڠنڽ يڠ ترديري درڤد حکوم حکام الله. ايڠتله کيت کڤد سواتو اماران نبي يڠ برمقصود : اکن ظاهير د کالڠن اومتکو د اخير زمان، اورڠ يڠ ممباچ القرءان تتاڤي القرءان هاڽ سمڤأي کحلقومڽ سهاج تتاڤي تيدق سمڤي کدالم هاتي [3] ݢولوڠن يڠ برلومبا-لومبا بربوات کبأيقکن. مريك امت باڽق ملاکوکن کبأيقکن دان جارڠ ممبوات کسالهن. مريك اداله ݢولوڠن يڠ برسديا ملقساناکن حکوم القرءان دالم کهيدوڤن سهارين. اينله ݢولوڠن يڠ منداڤت کجايأن ددنيا دان اخيرة مسلمين دان مسلمات يڠ دبرکتي الله، فرمان الله دالم ايات 64 سورة آل عمران: قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّـهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّـهِ ۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ مقصودڽ : کاتاکنله ﴿واهاي محمد﴾: "واهاي اهلي کتاب، ماريله کڤد ساتو کلمة يڠ برسمأن انتارا کامي دڠن کامو، ايأيت کيت سموا تيدق مڽمبه ملأينکن الله، دان کيت تيدق سکوتوکن دڠنڽ سسواتو جوا ڤون; دان جاڠن ڤولا سباهاݢين دري کيت مڠمبيل اکن سباهاݢين يڠ لاين اونتوق دجاديکن اورڠ-اورڠ يڠ دڤوجا دان دديوا-ديواکن سلاين دري الله". کمودين جك مريك ﴿اهلي کتاب ايت﴾ برڤاليڠ ﴿اڠݢن منريما﴾ مك کاتاکنله کڤد مريك: "سقسيکنله کامو بهاوا سسوڠݢوهڽ کامي اداله اورڠ-اورڠ اسلام" کيت مڽمبوت هاري راي تاهون اين دالم سواسان سمبوتن کمرديکأن نݢارا کالي ك-54 نامون هوبوڠن انتارا قوم دان اݢام باݢايکن تروس دلندا مسئلة بسر تراوتما ايسو قوم دان اݢام دجاديکن مودال ڤوليتيق دمي کڤنتيڠن ديري بوکنڽ ماهو دسلسايکن سباݢايمان يڠ دأجر اوليه اسلام. اڤي ڤرقومن دان ڤربالهن اݢام دهاڠت ملالوءي tv، راديو، اخبار، اينترنيت اݢر رعية منجادي ريساو دان منچاري جالن سيڠکت اونتوق تروس مڠکلکن کظاليمن ڤميمڤين. مسئلة مرتد يڠ کمبالي هاڠت دبيچارا تاهون اين برمولا دڠن جواڤن منتري دالم ڤرليمين بهاوا محکمة شرعية منريما 863 کيس ڤرموهونن اونتوق منوکر ستاتوس اݢام اسلام دري تاهون 2000 هيڠݢ 2010 دمان 168 دلولوسکن والاو ڤون سلڤس ايت ڤلباݢاي ألسن دبريکن سمأدا يڠ دلولوسکن بوکن مرتد تتاڤي دصحکن تيدق اسلام سجق اول لاݢي دان السن کسيلاڤن نام فموهون سڤرتي نام اورڠ اسلام سهيڠݢ دتوليس براݢام اسلام تتاڤي اڤابيلا درجوع سمولا مك دتوکر ستاتوس کڤد بوکن اسلام. اداڽ اومة اسلام يڠ ترڤقسا منريما بنتوان ݢريجا دان کويل اتس السن ڤايه منداڤت بنتوان کباجيقکن دان زکاة د مان إي دبيمباڠي دمرتدکن دڠن چارا هالوس. بݢيتو جوݢ دعوأن اد ݢورو tuisyen مڠاجر موريدڽ براݢام اسلام مڽاڽيکن لاݢو مموجي کبسرن نبي عيسى. سبواه ڤوسة tuisyen دان سکوله يڠ تله مڠاجر موريد-موريد اسلام تاهون 1 تنتڠ ڤرکارا-ڤرکارا يڠ ممبابيتکن اݢام کريستيان. دلاڤورکن جوݢ، موريد يڠ بلاجر سچارا ڤرچوما درڤد سکومڤولن ڤمودا-ڤمودا بوکن بربڠسا ملايو تله دأجر مڽاڽيکن لاݢو مموجي نبي عيسى سمبيل منونجوقکن إشارة تاڠن سيمبول صليب. سلأين ايت، موريد-موريد ايت جوݢ دکاتاکن، ممڤو برچريتا قيصه نبي عيسى، ترماسوق نبي عيسى دصليب دان دتراڤکن اجارن کريستيان سچارا هالوس کتيك بلاجر. بريتا-بريتا اين سموا واجب دبري ڤرهاتين دڠن ببراڤ تيندقكن سݢرا ايأيت [1] اوندڠ-اوندڠ مرتد واجب دݢوبل سݢرا دسمڤيڠ ڤڠواتکواسان اوندڠ-اوندڠ مڽکت اورڠ بوکن اسلام درڤد ممرتدکن اومت اسلام [2] اڤ يڠ لبيه ڤنتيڠ اياله علمو اݢر اومت اسلام بوکن سهاج تيدق موده دڤرداي ماله ممڤو ممبري ڤنجلسن اسلام ترهادڤ بوکن اسلام [3] دري سݢي کباجيقکن اومة اسلام مستي دأمبيل تاهو اوليه سموا ڤيهق تراوتما ڤميمڤين اݢر مريك تيدق مناݢيه سيمڤاتي درڤد بوکن اسلام [4] ڤمرکاسأن دعوة اسلام کران کيت سڤاتوتڽ براس مالو دڠن کادأن ڤرکمبڠن اسلام د ايروڤه د مان مڠيکوت سواتو کاجين دالم ستياڤ 4 ورݢ بارت سأورڠ درڤدڽ اداله مسلم دان ڤنليتي بارت مڠڠݢرکن دالم 50 تاهون کهادڤن ايروڤه اکن منجادي ساله ساتو ڤوست اوتام ڤرکمبڠن اسلام. ڤادري ملاهيرکن کبيمبڠن اڤابيلا ݢريجا سلوروه دنيا سماکين لڠڠ دان باڽق يڠ برتوکر منجادي مسجد. [5] ڤرلو دڤرباڽقکن لاݢي dialog انتارا علماء اسلام دڠن اورڠ بوکن اسلام اݢر اڤي ڤربالهن انتارا اݢام داڤت دڤادمكن. ايسو اݢام مستي دسلسايکن چارا اݢام بوکن ملالوي هوى نفسو کران اي بوليه ممباوا کروݢين دان کروسقکن. ڤرونداڠن، علمو دان دعوة مستي برݢرق سلاري اݢر دعوة اسلام کمبالي برکمبڠ ڤست دان ڤرموسوهن ترهادڤ اسلام داڤت دتاڠني دڠن ڤنوه بيجقسان. کيت تاهو بهاوا يهودي دان کريستيان سنتياس مموسوهي اسلام تتاڤي دڠن کبيجقسنأن کيت بردڤن دڠن جاروم دان سنجات مريك سڤاستيڽ اکن ترسرله بهاوا اسلام ايت اݢام يڠ ترتيڠݢي تياد اݢام دان سيستيم لاين يڠ داڤت مننديڠي اسلام. اسلامله نسچاي کيت سلامت دنيا اخيرة. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ فرمان الله دالم ايات 22 سوره الرعد : وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ مقصودڽ : دان اورڠ-اورڠ يڠ صبر کران مڠهارڤکن کريضأن توهن مريك سمات-مات، دان منديريکن سمبهيڠ، سرتا مندرماکن دري اڤ يڠ کامي کورنياکن کڤد مريك، سچارا برسمبوڽي اتاو سچارا تربوك; دان مريك ڤولا منولق کجاهتن دڠن چارا يڠ باءيك; مريك ايت سمواڽ اداله دسدياکن باݢيڽ بالسن يڠ سبايك-بأيكڽ ڤد هاري اخيرة; مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله تکبير کمناڠن يڠ دلأوڠکن اداله تندا کجايأن دالم تربية رمضان يڠ تله کيت سام-سام لالوي اونتوق لاهير سباݢاي اومت يڠ بݢيتو يقين دڠن سيستيم القرءان دسمڤيڠ تربية ملالوي عبادة ڤواسا دان زکاة فطرة مڽوبورکن لاݢي ڤراسأن مڠمبيل برت تنتڠ ڤندريتأن سودارا سأݢام يڠ لأين تراوتما د فلسطين، عراق، أفغانستان، سلاتن تايلاند يڠ دلندا ڤڤراڠن. تيدق کتيڠݢالن کريسيس کبولورن دان ڤراڠ سودارا د صوماليا يڠ ممرلوکن ڤرهاتين دان بنتوان يڠ سواجرڽ درڤد کيت سموا. ببراڤ نݢارا اومة اسلام يڠ لأين سداڠ مڠهادڤي ڤراڠ سودارا کران ماهو مڠݢنتيکن ڤميمڤين يڠ ظاليم سڤرتي د شريا ستله موسوه اسلام ممأينکن ڤرانن بسر ملالوي NATO دالم مڠݢوليڠکن غضافي د ليبيا. تومبڠڽ ڤميمڤين diktator ساتو دمي ساتو تراوتما دبومي عرب دان افريکا برمولا د تونيسيا دايکوتي مصر مربق کيمن مڽدارکن سموا ڤيهق بهاوا تياد کراجأن يڠ ممڤو ککل تراوتما جك دڤرينته سچارا ظاليم. کيت دعاءکن سموݢ ڤرتوکران ڤميمڤين بارو لبيه مڠونتوڠکن اسلام دان اومتڽ بوکنڽ منروسکن لاݢي کظاليمن دان جاهلية ڤميمڤين سبلوم اين. ڤميمڤين نݢارا کيت سواجرڽ بلاجر درڤد اڤ يڠ برلاکو اݢر تيدق تروس کماروق اونتوق ممڤرتاهن کواس دڠن چارا يڠ برچڠݢه دڠن سيستم demokrasi اڤاته لاݢي اسلام. کتيك ماهو مرونتوهکن ڤڠواسأن يهودي ترهادڤ دنيا جوݢ مك کيت واجب مڽوکوڠ اوسها مورني کراجأن نݢري کلنتن يڠ سداڠ بروسها ممڤرکاسکن سمولا ڤڠݢونأن دينار امس دان درهم ڤيراق ترماسوق مولأي تاهون اين ملنچر ڤمبايرن زکاة دڠن دينار دان درهم. اوليه ايت ماريله کيت سام-سام مميليقي دان مڠݢونا دينار دان درهم يڠ سميمڠڽ لبيه ستابيل بربنديڠ واڠ کرتس يڠ تربوك کڤد ڤنيڤوان دان کروݢين يڠ کتارا. نيلاي واڠ کرتس يڠ هاڽ برسندار کڤد کڤرچايأن ڤڠݢونا سمات-مات سڤاستيڽ سواتو هاري ننتي نيلايڽ تيدق لبيه درڤد کرتس بوروق سهاج. کيت هاري اين دتيڤو دڠن اصطلاح infilasi يڠ مڽببکن هرݢ بارڠ نأيك سداڠکن يڠ سبنرڽ هرݢ بارڠ تيدق نأيك سباليقڽ نيلاي واڠ کرتس يڠ جاتوه مرودوم. سام-سام کيت برفيکير باݢايمانا اميريکا شريکة يڠ دکواسأي اوليه يهودي يڠ مميليقكي جملة هوتڠ ڤاليڠ تيڠݢي ددنيا تتاڤي ممڤو مڠواسأي کيت. سيستيم يهودي ملتقکن اورڠ برهوتڠ لبيه کاي درڤد اورڠ برهرتا ملالوي ڤنيڤوان يڠ دچيڤتا. تاڽله ديري کيت سمأدا يهودي يڠ هيبت اتاو کيت يڠ بودوه کران تروس منجادي همبا کڤد سيستيم يهودي. يهودي اکن تروس برادا دأتس جك کيت تروس ريلا دڤربودوهکن سلاما-لاماڽ اونتوق برادا د باوه اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ سلامت هاري راي عيد الفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات.باڽقكن برصدقه اڬر مريك يڠ ممرلوكن بنتوان توروت برڬمبيرا دان زيارهيله سانق سودارا ڤد هاري يڠ مليا اين باڬي مراڤتكن لاڬي تالي ڤرسودارأن.ربوتله ڤلواڠ اونتوق منمبهكن ساهم اخيرة دڠن برڤواس انم هاري دبولن شوال باڬي مڽاهوت سبدا نبي : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ﴿ رواه مسلم ﴾ مقصودڽ : سسياڤ يڠ تله برڤواس فرض رمضان كمودين دايكوتي ڤولا دڠن برڤواس انم هاري د بولن شوال مك اداله ڤهلاڽ سڤرتي دي برڤواس سڤنجڠ تاهون. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Selasa, 9 Ogos 2011

Taqwa Bertambah Berkat Melimpah

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Renungilah firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah yang masih memberi peluang kepada kita untuk sama-sama merebut tawaran dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah pada bulan Ramadhan ini dengan gandaan pahala padanya serta pengampunan dosa. Gunakanlah kedatangan Ramadhan untuk mencapai beberapa hikmat kebaikan berpuasa antaranya dapat menjaga kesihatan dengan memberi ruang kepada tempat penghadam di dalam perut kita untuk berehat sehingga kesihatan kita dapat dijaga. Bila kita dapat mengurangkan jumlah pemakanan maka ia dapat menjimatkan perbelanjaan harian terutama pada suasana ekonomi yang tidak menentu ini. Jadikanlah bulan Ramadhan sebagai bulan menambah pahala ibadat bukannya bulan menambah berat badan kerana berpesta makanan lazat. Tarbiah Ramadhan turut mengajar kita mejadi umat yang berdisiplin yang sentiasa menjaga makan minum agar sentiasa menjauhi perkara syubhat apatah lagi yang haram. Gunakanlah sebaik mungkin kelebihan Ramadhan yang tidak didapati pada bulan-bulan lain dalam mendidik hawa nafsu kita agar tunduk dan patuh kepada Allah bukannya kita pula menjadi hamba kepada nafsu jahat yang sentiasa bergelora dalam diri. Kawal pergerakan nafsu jahat ketika penggodanya iaitu Syaitan dirantai pada bulan yang mulia ini. Tingkatkanlah amalan soleh agar sentiasa suburnya sifat ahli Syurga pada diri kita di bulan yang terbuka luas pintu Syurga. Pada masa yang sama jauhilah segala sifat ahli Neraka dengan menjauhi sebarang maksiat ketika ditutup segala pintu Neraka dengan kedatangan Ramadhan. Hayatilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Hurairah :
قال النبي  : إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ - رواه مسلم
Maksudnya : Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka segala pintu syurga, ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Ramadhan juga bulan pengikat kasih sayang terutama sesama umat Islam. Kedatangan Ramadhan membolehkan sebuah keluarga yang besar duduk semeja semasa berbuka puasa yang payah dirasai pada bulan lain. Ketika kenyang maka kita jarang berfikir tentang kesusahan dan kelaparan orang lain tetapi bila ditarbiah dengan lapar lalu datangnya keinsafan dalam diri tentang masih ramai saudara kita yang kebuluran, kesusahan, kemelaratan terutama yang berada di negara yang terlibat dengan peperangan seperti Afghanistan, Iraq, Palestin dan sebagainya. Sempena berada dibulan yang dilipat gandakan pahala ini maka jangan kedekut untuk kita mengadakan majlis berbuka atau menghulurkan bantuan semampunya kepada saudara kita yang lebih susah untuk sama-sama merasai nikmat berbuka. Ingatlah pesanan Sayyidina Ali Karramallahu wajhah bahawa harta yang diguna untuk membeli makanan diri kita akan lenyap menjadi najis, harta yang diguna untuk membeli pakaian maka pakaian itu akan lusuh dan seterusnya dibuang. Hanya harta yang digunakan untuk sedekah sahaja yang dapat menjamin pahala berkekalan. Ingat juga saranan nabi melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi :
قال النبي  : مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ
Maksudnya : Sesiapa yang memberi makan kepada seseorang untuk berbuka puasa nescaya dia mendapat ganjaran pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Universiti Ramadhan turut melahirkan umat yang sentiasa bersifat dengan segala sifat terpuji dan menjauhi sifat keji dengan syarat umat Islam memang benar-benar berpuasa sebagaimana yang dituntut oleh agama iaitu bukan setakat puasa perut daripada lapar dan dahaga sahaja malah kaki, tangan, mulut, telinga, faraj termasuk hati turut berpuasa. Bila lahirnya sifat sabar dalam diri hasil tarbiah puasa maka banyak sifat keji seperti suka bergaduh, gemar mengeluar perkataan yang keji, suka bersumpah bohong dapat dihindar sebagaimana disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Abu Hurairah :
قال النبي  : الصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلاَ يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ : إِنِّيْ امْرُؤٌ صَائِمٌ
Maksudnya : Puasa adalah pelindung daripada neraka. Sekiranya seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya maka katakanlah : “ Sesungguhnya aku berpuasa”.
Bila hati bersih dan segala pancaindera yang lain dapat dikawal maka lahirlah umat yang bertaqwa sebagaimana dikehendaki oleh Allah. Antara kelebihan orang yang berpuasa penuh ikhlas ialah doanya dimaqbulkan oleh Allah sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Abu Hurairah :
قال النبي  : ثَلاَثَةٌ لاَتُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ وَالإِمَامُ العَادِلُ وَدَعْوَةُ المَظْلُوْمِ يَرْفَعُهَا اللهُ فَوْقَ الغَمَامِ وَ يَفْتَحُ لَهَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ وَ يَقُوْلُ الرَّبُّ : وَعِزَّتِيْ َلأَنْصُرَنَّكَ وَلَوْ بَعْدَ حِيْنٍ
Maksudnya : 3 orang di mana doa mereka tidak akan ditolak. Pertama orang puasa ketika berbuka, kedua pemimpin yang adil dan ketiga doa orang yang kena zalim. Maka Allah akan mengangkatkan doa mereka ke atas awan dan membuka bagi mereka akan pintu langit dan Dia berfirman : Demi kebesaranKu maka pasti dia akan Aku tolong walau pun setelah beberapa masa nanti

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Ramadhan turut melatih umat yang sebelum ini agak liar dan jauh daripada masjid untuk menjadi jinak dan dekat dengan masjid. Tidak rugi malah beruntung bagi umat yang cinta dan memakmurkan masjid ketika ramai lagi saudara seagama yang sukar ke masjid akibat peperangan atau larangan seperti di sebuah bandar di Itali sehingga terpaksa menunaikan solat Jumaat di stadium. Solat berjemaah dan aktiviti ilmu di masjid dapat menyuburkan semangat perpaduan dan pengukuhan aqidah dalam mempertahan dan memperjuangkan Islam. Keberkataan hidup turut dapat diraih oleh umat Islam yang sentiasa menjaga solat 5 waktu secara berjemaah. Kini banyak pihak termasuk orang bukan Islam yang mengakui bahawa umat yang sentiasa menjaga ibadatnya akan menjauhi sebarang perbuatan yang merosakkan akhlak dan jenayah. Inilah matlamat utama kepada setiap ibadat dalam Islam termasuk puasa iaitu melahirkan umat yang bertaqwa yang sentiasa takut kepada Allah sepanjang masa setiap tempat. Bila lahirnya pemimpin yang taqwa maka tiada lagi berlakunya kezaliman terhadap rakyat dan penyalahgunaan kuasa dalam mengaut keuntungan peribadi. Bila lahirnya pegawai kerajaan dan kakitangan syarikat bertaqwa maka tidak berlakunya pecah amanah dan rasuah. Bila lahirnya peniaga yang bertaqwa maka tiada lagi amalan tipu dan monopoli harga barangan demi mencari keuntungan melampau. Bila lahirnya anggota masyarakat yang bertaqwa maka tiada lagi kes kecurian, ketagih dadah, rogol dan sebagainya. Bila lahirnya suami yang bertaqwa maka tiada lagi kes penderaan dan pengabaian rumahtangga. Bila lahir isteri yang bertaqwa maka tiada lagi kes penderhakaan. Bila lahir anak yang bertaqwa maka tiada lagi kes melawan ibubapa. Bila lahir pelajar yang bertaqwa maka tiada lagi kes buli dan jenayah di tempat belajar. Alangkah indahnya bila setiap anggota masyarakat bermula daripada pemimpin hingga anak kecil bertaqwa kepada Allah sehingga keberkatan dan nikmat hidup melimpah-limpah datangnya daripada Allah. Inilah ia kelebihan dan kepentingan taqwa yang mudah dikata tapi payah untuk dikota. Taqwa menjadikan kita bahagia di dunia manakala di akhirat pula taqwalah yang menjadi bekalan yang paling berharga kepada setiap diri kita. Jadikanlah Ramadhan medan tarbiah yang melahirkan diri sebagai umat bertaqwa.Taqwa dimiliki negara harmoni,dunia sentosa akhirat bahagia
Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Nuzul al-Quran DiHayati Tamadun Islam DiRaih Kembali

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 1 -5 surah al-‘Alaq :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Maksudnya : Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Hari ini kita berada pada tanggal 17 Ramadhan yang merupakan tarikh keramat yang pernah menyaksikan turunnya wahyu pertama kepada nabi Muhammad s.a.w ketika sedang berkhalwat munajat kepada Allah di gua Hira’. Penurunan wahyu ini sebagai tanda pengiktirafan nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul yang akan mengermbangkan dakwah Islam ke seluruh alam. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar untuk nabi Muhammad s.a.w yang kekal hingga hari qiamat di mana ia memperlihatkan bagaimana kehebatan dan kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w yang terkenal sebagai seorang ummi tidak tahu membaca dan menulis tetapi mampu mengingati al-Quran setiap kali ia diturunkan dengan baik. Sifat tidak tahu membaca dan menulis yang ada pada nabi Muhammad s.a.w bukan untuk melemah dan merendahkan martabat nabi sebaliknya sebagai bukti jelas bahawa al-Quran bukannya kitab rekaan dan hasil penulisan nabi sendiri sebagaimana yang didakwa oleh penentangnya. Malah pada zaman jahiliah setiap penyair hebat akan menyembunyikan tentang status pembelajarannya bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa kehebatannya menulis syair adalah kerana kepintarannya sendiri bukan disebabkan dia belajar dari mana-mana guru sebelum ini. Mukjizat al-Quran akan lebih terserlah kehebatannya apabila umat Islam kembali membacanya serta menjadikannya sebagai rujukan utama dalam kehidupan seharian.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Umat Islam kian ketinggalan dalam serba-serbi khususnya aspek ilmu pengetahuan sedangkan umat Islam dulu yang menjadi pelopor dan peneroka menggali pelbagai ilmu sehingga mencetuskan era keemasan dunia Islam. Seruan iqra sudah longgar daripada penghayatan sanubari Mukmin. Yang tinggal hanya semangat mengejar ilmu ketika di bangku sekolah atau di universiti. Penekanan pula berlegar kepada hendak lulus peperiksaan dan mendapat segulung ijazah. Jika melihat kembali sejarah tamadun Islam peringkat awal, aktiviti mencari ilmu sama ada melalui pembacaan buku atau penyelidikan menjadi sebati dan satu kemestian. Masa banyak dijuruskan kepada bagaimana merungkai sesuatu permasalahan hidup sehingga menemui ilmu pengetahuan baru sekali gus menerbitkan semangat mengkaji yang tinggi. Keupayaan daya kreativiti dan amalan budaya inovasi juga adalah senario umat Islam terdahulu. Kini, minda umat Islam seakan-akan lumpuh. Mereka tidak berupaya bangun menggilap kembali semangat mencari ilmu pengetahuan. Sebagai umat terbaik dan dilingkungi seruan iqra seharusnya kelesuan budaya mencintai ilmu tidak ditenggelamkan begitu saja. Generasi muda Islam banyak menghabiskan masa dengan aktiviti tidak bermanfaat. Ramai hanyut dengan anasir hiburan melampau, aktiviti merempit sehingga merimaskan masyarakat awam, penyalahgunaan dadah terlarang dan pelbagai gejala buruk lain. Keadaan ini akan merencatkan pembangunan minda umat Islam. Tidak mustahil kita akan terus-terusan ketinggalan dalam arus pembangunan moden dunia. Kadar pembacaan yang rendah akan membeku tahap pemikiran untuk membina suatu umat perkasa daripada segi kehebatan tamadun. Malah statistik kadar celik huruf dan buta huruf di negara umat Islam masih begitu menyedihkan tidak setanding dengan negara bukan Islam. Kelemahan ini membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk mendakwa negara Islam adalah lambang kemunduran, tempat membiak masalah sosial yang banyak dan tuduhan liar yang lain. Sempena berada pada bulan Ramadhan di mana dalamnya mula diturunkan al-Quran maka marilah kita sama-sama kembali memperkasakan budaya ilmu di dalam mengembalikan semula tamadun rohani dan kebendaan yang pernah diraih oleh generasi emas sebelum ini. Ingatlah pesan Saidina Ali bin Abi Talib: “Bukanlah suatu kebaikan jika milikmu hanyalah anak dan harta saja, tetapi kebaikan yang sebenarnya ialah banyak ilmu pengetahuan.”Pesan beliau lagi: “Orang berilmu lebih utama daripada orang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang berilmu maka terjadi suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh penggantinya (yang berilmu juga).” Tidak lupa pesanan Imam Syafie : “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan nabi, rasul dan orang soleh.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan:
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”
Selagi sistem al-Quran disisih daripada menjadi ubat mujarab yang menyembuh masalah kronik dalam masyarakat maka selama itulah masalah semakin bertambah parah. Masalah pembuangan bayi misalnya yang terus meningkat akibat pintu zina yang terbuka luas terutama menadpat lesen dan kebenaran daripada kerajaan sendiri seperti kelab malam, program hiburan melampau, majalah menjolok mata perosak akhlak. Malah banyak hari sambutan sesuatu peristiwa besar seperti malam merdeka, tahun baru, hari kekasih seolah-olah menjadi ‘malam mengawan’ untuk melahirkan anak luar nikah 9 bulan selepas itu. Malah program Latihan Khidmat Negara yang dikatakan mula menerapkan cara menjauhi masalah sosial belum tentu akan berjaya sekiranya masalah pergaulan bebas antara peserta terus berlaku malah digalakkan lagi. Akhirnya anak-anak remaja yang selama ini terjaga akhlaknya dirosakkan pemikiran dan cara pergaulan dalam masa 3 bulan sahaja. Kita bimbang sekiranya sebelum ini tumbuhnya universiti sama naik dengan terpaksa dibina pusat serenti. Selepas ini dibina sekolah pelajar hamil sama banyak dengan kelab malam yang berlesen sekiranya ia digubal berdasarkan fahaman sekuler yang memisahkan antara agama dan kehidupan. Oleh itu kembalilah kepada panduan al-Quran di mana jika orang bukan Islam tidak faham malah menentang hukum al-Quran bukan suatu yang pelik. Apa yang pelik dan menyedihkan ialah apabila umat Islam sendiri jahil tentang hukum Islam dan bangkit menentang pelaksanaannya. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. Jahiliah bukan ubat sebaliknya racun berbisa yang merbahaya

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tarbiah Ramadhan yang sedang kita lalui sepatutnya melahirkan kita sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran. Tarbiah Ramadhan sepatutnya menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan dan Pakistan yang dilanda banjir besar di samping negara-negara yang lain. Ketika berdepan dengan kekejaman musuh terutama Yahudi maka umat Islam mesti bergerak bersama dalam setiap sudut termasuk ekonomi. Kita wajib menyokong usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan yang melangkah yakin memperkenalkan mata wang syariah dinar dan dirham yang sepastinya suatu yang disuruh oleh al-Quran. Yahudi terus dapat menjajah dan memperbodohkan kita sekiranya kita terus yakin dan menggunakan wang kertas ciptaan mereka. Ramai pakar ekonomi dunia berhujah sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan termasuk kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran, pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Kapitalis begitu bimbang sekiranya dunia kembali kepada Dinar Emas yang stabil berbanding duit kertas yang kita simpan akan menyusut dengan teruk pada suatu ketika nanti sehingga nilai seribu ringgit selepas ini mungkin tidak dapat membeli apa-apa lagi. Inilah kehebatan sistem al-Quran yang bertujuan untuk kebaikan manusia sedangkan sistem Yahudi dari dulu lagi diperkenalkan untuk memeras dan menindas manusia. Pilihlah sama ada cara hidup Islam yang hendak diguna atau terus berseronok untuk menjadi hamba Yahudi seumur hidup. Islam membawa kebahagiaan dunia akhirat manakala cara lain tidak mampu memberi sesuatu kepada kita melainkan kerugian
Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun:
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ
Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ramadhan Dirai al-Quran DiSanjungi

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Kini kita berada pada bulan Ramadhan yang mempunyai banyak keistimewaan yang ditawarkan oleh Allah antaranya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah, para malaikat memohon keampunan untuk orang berpuasa sehingga berbuka, Syurga dihias setiap hari sepanjang Ramadhan, syaitan dibelenggu, pintu syurga terbuka luas, pintu neraka tertutup kemas, terdapat malam Lailatur Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan, keampunan pada malam terakhir Ramadhan dan setiap malam Ramadhan tersenarai di sisi Allah nama-nama hambaNya yang bebas daripada api neraka. Betapa beruntungnya kita jika segala tawaran Allah ini dapat diraih hasil kesungguhan kita yang sentiasa menambahkan kualiti amal ibadat kita bukan setakat puasa adat sekadar menahan diri daripada lapar dahaga sahaja. Semoga kedatangan Ramadhan ini tahun ini lebih bermakna dalam melahirkan diri sebagai umat bertaqwa hasil daripada tarbiah Ramadhan. Kita berdoa kepada Allah agar dapat mencapai 4 ciri utama taqwa melalui tarbiah madrasah Ramadhan sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah :
التَّقْوَى هُوَ الخَوْفُ مِنَ الجَلِيْلِ وَالرِّضَا بِالقَلِيْلِ وَالعَمَلُ بِالتَّنْزِيْلِ وَالاسْتِعْدَادِ لِيَوْمِ الرَّحِيْلِ
Maksudnya : Taqwa ialah : [1] takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Renungilah firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ …….
Maksudnya: Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil........
Beradanya kita pada bulan Ramadhan yang merupakan bulan turunnya al-Quran turut meminta kita agar mendekati al-Quran dengan membacanya, memahami isi kandungannya seterusnya mematuhi segala arahan dan larangan Allah yang tertera di dalamnya. Setelah seminggu berada pada bulan Ramadhan maka tanyalah diri kita samada kita sudah mampu membaca al-Quran. Jika sudah mampu maka sudah berapa juzu’ yang telah kita baca al-Quran. Takkan pada bulan lain susah untuk membaca al-Quran maka pada bulan Ramadhan pun kita lebih banyak membaca akhbar, majalah dan menonton tv sahaja. Nabi Muhamamd s.a.w menceritakan bagaimana malaikat Jibril membacakannya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadhan dan pada tahun kewafatan baginda sebanyak 2 kali. Ramai ulama’ silam mengkhatamkan al-Quran samada dalam solat atau luarnya dalam masa 3 hari, satu minggu mahu pun 10 hari. Imam Syafie akan mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali sepanjang Ramadhan. Kita bagaimana pula. Jangan biarkan nafsu malas menguasai kita ketika syaitan telah digari sehingga gagal khatam al-Quran walau pun sekali sepanjang Ramadhan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sempena berada pada bulan Ramadhan, perbanyakkanlah amal soleh seperti solat terawih, qiamullail, sedekah dan menjamu orang berpuasa. Nabi Muhammad s.a.w pernah memberitahu tentang kelebihannya melalui suatu hadis riwayat Tirmizi :
إِنَّ فِى الجَنَّةِ غُرَفًا تُرَى ظُهُوْرُهَا مِنْ بُطُوْنِهَا وَبُطُوْنُهَا مِنْ ظُهُوْرِهَا فَقَامَ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ : لِمَنْ هِيَ يَارَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : ِلمَنْ أَطَابَ الكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى ِللهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ
Maksudnya : Di dalam Syurga terdapat bilik-bilik, nampak dari dalam barang-barang di luarnya dan sebaliknya. Bangun seorang badwi bertanya : Untuk siapakan bilik-bilik itu wahai Rasulullah?. Sabda nabi : Bagi mereka yang baik percakapannya, menjamu makan, sentiasa berpuasa dan bersolat kerana Allah pada waktu malam ketika orang lain sedang tidur.
Bila kita membaca kisah ulama’ silam maka kita dapati bagaimana Hasan Basri dan Ibnu Mubarak memberi makan para sahabatnya sedangkan mereka sendiri berpuasa disamping melayani dan berkhidmat untuk tetamu. Hammad bin Sulaiman pula akan menghidangkan juadah berbuka puasa untuk 500 orang ketika Ramadhan dan memberikan 100 dirham setiap tetamu pada hari raya. Kita sendiri bagaimana. Berapa banyak wang yang telah kita gunakan untuk bersedekah dan berapa ramai tetamu yang kita telah jamu dengan jamuan berbuka puasa

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan:
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا
Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”
Ramadhan dan al-Quran suatu yang berkait rapat terutama kewajipan berpuasa Ramadhan itu sendiri datang melalui al-Quran. Al-Quran merupakan pedoman yang berharga yang berkait dengan individu, masyarakat, negara, pemimpin, rakyat. Sistem Al-Quran merangkumi seluruh aspek kehidupan samada ibadat khusus, sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Sempena berada pada bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran marilah kita sama-sama bersatu ke arah memartabatkan semula seluruh system Islam dalam kehidupan agar lahirnya masyarakat bertaqwa. Kita tidak mahu terus lahirnya masyarakat hari ini hanya takut kepada penyakit seperti selsema babi bukannya takut kepada Allah yang mencipta penyakit tersebut. Bila tidak takut kepada Allah maka lahirlah masyarakat yang mempermainkan kuasa Allah seperti sambutan ambang merdeka tidak dibuat manakala sambutan kemerdekaan kali ke-52 tahun ini hanya dibuat sederhana kerana bimbang jangkitan selsema babi yang telah meragut 71 nyawa. Sebelum ini berapa kali sambutan tahun baru dan merdeka hanya dibuat sederhana kerana tsunami dan banjir besar bukannya kerana takut kepada Allah disamping kononnya hormati Ramadhan sedangkan jika tiada bala Allah ini sudah kerap kali sambutan tahun baru dan merdeka walaupun jatuh pada bulan Ramadhan dicemari dengan program maksiat. Adakah pada bulan Ramadhan sahaja takut kepada Allah tetapi pada bulan lain bebas menyembah nafsu dan syaitan. Adakah bila ada bala Allah sahaja takut buat maksiat tetapi bila tiada maka hukum Allah dilanggar sesuka hati

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Semoga Ramadhan kali ini akan melahirkan pemimpin bertaqwa agar tidak lagi berlaku pecah amanah, rasuah serta tindakan yang bercanggah dengan agama dalam mentadbir negara. Apabila peniaga bertaqwa maka tidak berlaku lagi sorok barang seperti gula bagi mengaut keuntungan berganda. Malah di tengah kekalutan selsema babi ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan daripada penjualan penutup muka dan ubat virus sehingga timbul dakwaan bahawa selsema babi dicipta oleh golongan kapiltalis untuk mengaut keuntungan daripada ubat yang dijual. Namun kita yakin bahawa setiap apa yang berlaku adalah antara tanda kekuasaan Allah. Malah kita mendoakan agar kes sebat ke atas seorang model yang mengaku salah minum arak yang ditangguh dengan pelbagai alasan sebagai membuka ruang kepada terlaksananya hukum hudud yang jauh berbeza daripada hukum sivil termasuk cara, alat dan kesan sebat. Kita membantah hasrat Majlis Peguam yang menggesa kerajaan supaya menghapuskan hukuman sebat bagi apa jua kesalahan jenayah. Kita bimbang usaha untuk memastikan hukum sebat tidak dilaksanakan bertujuan supaya hukum hudud tidak dilaksanakan. Kita begitu bimbang melihat umat Islam yang ketagih dan terlibat dengan industri arak terutama jerung bukan setakat anak bilis semakin hari semakin bertambah akibat lesen yang terus diberi tanpa had disamping negara sendiri bergantung kepada cukai arak dan judi. Sejarah dunia yang membuktikan bagaimana hanya Islam sahaja mampu menangani masalah ketagihan arak sedangkan hukum manusia sebagaimana pernah dibuat di Amerika Syarikat tidak mampu menyelesaikan masalah arak. Sudah tibanya masanya Islam dijadikan ubat penawar dengan membuang undang-undang lapuk peninggalan penjajah. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.
Firman Allah dalam ayat 36 surah ar-Ruum :
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Maksudnya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

39. 5 SIKAP UMAT JAUHI AL-QURAN

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu :
ونزلنا عليك الكتب تبيـنا لكل شيء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين
Maksudnya : Dan Kami telah turunkan kepada engkau (wahai Muhammad) al-Quran sebagai penjelas setiap sesuatu sebagai petunjuk, rahmat dan berita gembira bagi orang-orang beriman.
Sempena kita berada pada bulan Ramadhan yang dijanjikan dengan rahmat pada awal kedatangannya diikuti dengan pengampunan dosa pada pertengahannya serta dibebaskan daripada api neraka pada penghujungnya bagi hamba-hamba Allah yang benar-benar menghidupkan Ramadhan maka kita mestilah mengambil peluang sebaik mungkin dalam menghidupkan Ramadhan dengan amal ibadat seperti bersedekah, menjamu orang berbuka puasa, tadarrus al-Quran, solat terawih, qiamullail dan sebagainya. Sempena berada pada bulan Ramadhan yang dibuka seluasnya pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka, diganda pahala, diampunkan dosa, dimakbul doa, dirantai segala syaitan derhaka ditambah pula dengan ada pada salah suatu malamnya laillatul qadar di mana kelebihan beribadat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan mestilah sama-sama kita rebut bukan setakat disebut dimulut tanpa berusaha menghidupkannya. Raikanlah kehadiran Ramadhan kali ini untuk menambah amal ibadat untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Antara hikmat puasa ialah sihat tubuh badan bila alat penghadam direhatkan tetapi jika Ramadhan dijadikan bulan pesta makanan lazat maka kesihatan bukan sahaja tidak terjaga malah berat badan dan penyakit pula makin bertambah.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan:
وقال الرسول يــرب إن قومي اتخذوا هذا القرءان مهجورا
Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”
Sempena berada pada bulan Ramadhan, bulan turunnya al-Quran maka kita bukan sahaja mesti bersungguh dalam membaca al-Quran tetapi apa yang paling penting ialah mengamal dan melaksanakan segala ajaran al-Quran. Kita mestilah berusaha menghindari sikap golongan yang menjauhi al-Quran di mana seorang ulama’ mengatakan bahawa 5 orang yang dianggap berhijrah atau menjauhi al-Quran ialah apabila : [1] dia tidak mahu mendengar dan beriman kepada al-Quran [2] dia hanya beriman dan membaca al-Quran sahaja tetapi tidak mengamalkan isi kandungannya [3] dia tidak mahu mendalami dan memahami maksud al-Quran [4] dia tidak menjadikan al-Quran sebagi ubat penyembuh terhadap pelbagai penyakit hati [5] dia tidak mahu menggunakan hukum al-Quran dalam kehidupan seharian
Kita mesti ingat bahawa musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menjauhkan umat Islam daripada al-Quran. Lihatlah apa yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini di mana betapa ramai umat Islam yang buta al-Quran dan agama. Ketika ramai umat Islam yang tidak pandai membaca al-Quran maka pihak Kristian mengambil peluang dengan menyebar terjemahan Bible dalam Bahasa Melayu dan Al-kitab dalam Bahasa Arab bukan sahaja melalui internet malah secara luaran. Jika sebelum ini, Kristian telah lama meletakkan Bible di bilik-bilik hotel dalam menyebar ajaran mereka. Begitu juga dengan penyebaran secara percuma komik bertajuk 'Kisah Paling Menarik Yang Pernah Diceritakan' yang memuatkan kisah yang bertentangan dengan kepercayaan orang Islam di beberapa tempat tertentu. Apabila musuh Islam sedang giat bergerak adakah kita hanya mampu melihat. Bangkitlah umat Islam!. Cegah sebelum parah, sekat sebelum merebak
Firman Allah dalam ayat 26 surah al-Fussilat :
وقال الذين كفروا لا تسمعوا لهذا القرءان والغوا فيه لعلكم تغلبون
Maksudnya : Dan berkatalah orang-orang kafir itu : “ Janganlah kamu mendengar al-Quran itu dengan bersungguh-sungguh. Buatlah hiruk pikuk terhadapnya agar kalian dapat mengalahkan orang-orang yang beriman”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Rasulullah s.a.w telah berpesan tentang cara terbaik bagi menyelamatlkan diri daripada kekacauan dan bala bencana yang besar iaitu berpegang teguh dengan al-Quran. Baginda turut menyatakan keistimewaan al-Quran antaranya ialah [1] al-Quran menjadi pemutus antara yang hak dan batil bukannya keterangan yang olok-olok [2] Golongan sombong dan angkuh yang meninggalkan al-Quran akan dibinasakan dan sesiapa yang mencari petunjuk selain al-Quran akan disesatkan oleh Allah [3] Al-Quran merupakan tali Allah yang teguh kukuh dan jalan yang lurus di mana berpegang teguh kepada ajarannya maka hawa nafsu tidak akan menyeleweng atau terpesong [4] Kalimah-kalimah al-Quran tidak akan bercampur aduk atau kesamaran dengan kata-kata makhluk sehingga para ulama’ tidak merasa jemu daripada mengkaji isi kandungannya [5] Keindahan, kemanisan dan kelazatan membaca al-Quran tidak akan susut dan hilang sekalipun ia dibaca berulangkali [6] Kandungannya yang menakjubkan tidak berkesudahan [7] sesiapa yang memperkatakan sesuatu berdasarkan al-Quran maka benarlah perkataannya. [8] Sesiapa yang beramal dengan ajaran al-Quran maka dianugerahkan pahala. [9] Sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hakam al-Quran maka adillah keputusannya. [10] Sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menuruti ajaran al-Quran sudah tentu dia dan mereka akan beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus.
Kita mesti ingat bahawa kita sekarang ini berada zaman yang penuh dengan fitnah dan ujian terhadap iman kita. Oleh itu rapatkan diri kita dengan al-Quran dari segi pembacaan dan pengamalannya. Tiada ubat yang paling mujarab dalam mengubati hati dan anggota zahir melainkan al-Quran. Umat Islam punah aqidahnya dan musnah akhlaknya bila jauh daripada ajaran al-Quran. Musuh Islam telah lama sedar dan tahu bahawa bila umat Islam menjauhi al-Quran maka penjajahan terhadap pemikiran dan system kehidupan umat Islam akan terus berlangsung dengan mudah. Sebaliknya jika umat Islam kembali sedar seterusnya berusaha bersungguh-sungguh dalam mengembalikan pelaksanaan al-Quran dalam kehidupan maka sebarang system yang bercanggah dengan Islam akan terhapus serta umat Islam kembali memiliki jatidiri sebagai umat yang memperolehi kemerdekaan yang hakiki. Bila hati jauh daripada siraman al-Quran menyebabkan umat Islam mencari perkara yang bercanggah daripada Islam bagi menenangkan hati yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam terlibat dengan najis dadah, arak serta hiburan yang merupakan antara senjata musuh Islam dalam merosakkan umat Islam.



Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Musuh Islam juga terus berusaha dalam menjauhkan umat Islam daripada masjid serta mengurangkan peranan masjid sebagaimana gereja. Musuh Islam tahu bahawa jika umat Islam semakin jinak dengan masjid dan pelbagai program berjaya disusun dalam menghidupkan kembali peranan masjid maka akan melahirkan umat yang akan melaksanakan al-Quran serta mengenepikan segala system ciptaan kuffar. Jika ini berlaku bermakna penguasaan kuffar ke atas umat Islam semakin lama semakin lemah dan akhirnya umat Islam akan kembali menguasai dunia sebagaimana yang pernah dicapai dan dikecapi oleh beberapa generasi umat Islam sebelum ini.
Umat Islam adalah golongan majority tetapi kebanyakan kita terjajah dan mundur dalam negara sendiri dari segi pembangunan kebendaan dan modal insan. Umat Islam lemah bukan sahaja kerana malas dan tidak tahu membaca al-Quran tetapi juga kerana tidak mengamalkan saranan dan arahan yang telah ditunjukkan oleh Allah melalui al-Quran. Umat Islam tidak menghasilkan ilmu, gagal menyebar dan memanfaatkan ilmu sehingga kita gagal menguasai pendidikan. Menurut suatu data kajian menunjukkan perbezaan yang jelas berkenaan kadar celik huruf antara umat Islam dengan Kristian. Kadar celik huruf dalam dunia Kristian berada hampir 90 peratus dengan 15 buah negara yang majority penduduknya Kristian memiliki kadar celik huruf sebanyak 100 peratus. Sedangkan negara yang majority Islam hanya memiliki kadar celik huruf sebanyak 40 peratus sahaja dengan tiada langsung data yang mencatatkan kadar celik huruf 100 peratus. Mundurnya umat Islam bila lemah ulama’nya dan masyarakatnya ditimpa penyakit jahil serta malas yang merbahaya. Ubahlah diri kita kerana Allah tidak akan mengubah kedudukan sesuatu bangsa sehingga mereka sendiri bangun mengubahnya.
Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun:
ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموت والأرض ومن فيهن بل أتينـهم بذكرهم فهم عن ذكرهم معرضون
Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

37. AL-QURAN DIJULANG UMAT GEMILANG

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 89 سورة النحل :
ونزلنا عليك الكتب تبيـنا لكل شيء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين
Maksudnya : Dan Kami telah turunkan kepada engkau (wahai Muhammad) al-Quran sebagai penjelas setiap sesuatu sebagai petunjuk, rahmat dan berita gembira bagi orang-orang beriman.
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dianugerahkan oleh Allah kepada nabi Muhammad  di mana ia terus dapat dilihat dan diguna oleh umat akhir zaman. Kemenangan dan kemuliaan umat Islam sentiasa berkait rapat dengan al-Quran di mana semenjak diturunkan kepada nabi Muhammad  sehinggalah hari ini maka kita dapat lihat apabila al-Quran dilaksanakan sepenuhnya maka datangnya pertolongan dan kemuliaan daripada Allah kepada umat Islam manakala apabila al-Quran diketepikan maka turunnya kehancuran dan penghinaan terhadap umat Islam. Ketika al-Quran dijadikan tunjang dan rujukan utama dalam menggerakkan urusan agama dan juga urusan dunia yang melibatkan pemerintahan, ekonomi, sosial dan sebagainya maka kegemilangan umat Islam dapat dilihat begitu terserlah sedangkan apabila al-Quran tidak lagi menjadi ikutan dan rujukan utama dalam kehidupan seharian maka umat Islam berada ditahap yang begitu lemah dan terjajah dalam tanahair sendiri. Keyakinan yang tinggi bersama dengan pelaksanaan yang bersungguh-sungguh terhadap apa yang didatangkan oleh al-Quran telah mengubah keadaan dunia jahiliah yang kelam dan penuh kezaliman kepada dunia Islam yang terang bercahaya diliputi dengan keadilan. Sedangkan apabila umat Islam sendiri memilih jalan jahiliah dengan meninggalkan al-Quran maka keadaan mereka menjadi hamba kepada nafsu sehingga hilang arah tujuan hidup. Betapa berjaya dan beruntungnya umat yang dibekalkan ubat mujarrab iaitu al-Quran dalam menyembuh segala masalah yang dihadapi lalu menggunanya tanpa keraguan sehingga penyakit dapat diubat dan racun berbisa dapat disekat. Betapa ruginya umat yang hanya tahu tentang betapa mujarrabnya al-Quran dalam mencegah dan merawat segala masalah yang berlaku tetapi mereka bukan sahaja tidak yakin malah secara terang-terangan menolak al-Quran daripada digunakan sehingga mereka bukan sahaja tidak mampu menyembuh penyakit sedia ada malah menambah racun yang membinasa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,
Kita pada hari ini diuji dengan pelbagai ujian berbentuk musibah dan juga penyakit-penyakit yang pelik akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri yang cuba melawan kehebatan dan kebijaksanaan Allah. Kita umat Islam yang telah dibekalkan ubat mujarrab iaitu al-Quran sepatutnya menggunanya dengan penuh yakin dan bersungguh bukannya meragui serta menolaknya akibat tidak mampu melawan kehendak nafsu. Betapa ruginya umat Islam apabila kita yang telah dibekalkan dengan ubat mujarrab tetapi tidak mahu menggunakan sebaliknya mencari racun berbisa dengan menggunakan system ciptaan manusia yang bukan sahaja tidak mampu menyembuh penyakit malah membinasakan kita. Ingatlah kita tentang kehebatan al-Quran apabila diguna dan bahayanya kita apabila menjauhi al-Quran sebagaimana yang pernah disebut oleh Rasulullah  melalui sebuah hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Darimi:
عن علي كرم الله وجهه قال : أَمَا إِنِّي سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ  يَقُوْلُ : أَلا إِنَّهَا سَتَكُوْنُ فِتْنَةٌ. قُلْتُ : مَا المَخْرَجُ مِنْهَا يَا رَسُوْلَ اللهِ ؟. قَالَ : كِتَابُ اللهِ فِيْهِ نَبَأُ مَا قَبْلَكُمْ وَخَبَرُ مَا بَعْدَكُمْ وَحُكْمُ مَا بَيْنَكُمْ هُوَ الفَصْلُ لَيْسَ بِالهَزْلِ مَنْ تَرَكَهُ مِنْ جَبَّاٍر قَصَمَهُ اللهُ وَمَنِ ابتْغَىَ الهُدَى فِى غَيْرِهِ أَضَلَّهُ اللهُ وَهُوَ حَبْلُ اللهِ المَتِيْنُ وَهُوَ الذِّكْرُ الحَكِيْمُ وَهُوَ الصِّرَاطُ المُسْتَقِيْمُ هُوَ الَّذِى لاتَزِيْغُ بِهِ الأهْوَاءُ وَلاتَلْتَبِسُ بِهِ الألْسِنَةُ وَلا يَشْبَعُ مِنْهُ العُلَمَاءُ وَلا يَخْلَقُ عَنْ كَثْرَةِ الرَّدِّ وَلا تَنْقَضِى عَجَائِبُهُ هُوَ الَّذِى لمَ ْتنَتْهَ ِالجِنُّ إَذْ سَمِعَتْهُ حَتَّى قَالُوْا : إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِى اِلىَ الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ مَنْ قَالَ بِهِ صَدَقَ وَ مَنْ عَمِلَ بِهِ أُجِرَ وَ مَنْ حَكَمَ بِهِ عَدَلَ وَ مَنْ دَعَا إِلَيْهِ هُدِىَ إلى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ
Maksudnya : Daripada Sayyidina Ali Karramallahu wajhah telah berkata : Ingatlah bahawa aku telah mendengar Rasulullah bersabda : “Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar”. Aku bertanya : “ Apakah caranya untuk menyelamatlkan diri daripada bencana itu wahai Rasulullah ?”. Baginda menjawab : “ (Caranya ialah berpegang teguh dengan ajaran) Kitab Allah di mana ia mengandungi kisah-kisah tentang umat yang terdahulu daripada kamu dan berita mengenai perkara yang akan datang sesudah kamu serta hukum-hakam mengenai apa yang berlaku di antara kamu. Ialah (al-Quran) yang menjadi pemutus (antara yang hak dan batil) bukannya keterangan yang olok-olok. Sesiapa jua daripada golongan sombong dan angkuh yang meninggalkan al-Quran akan dibinasakan dan sesiapa yang mencari petunjuk yang lain daripada al-Quran akan disesatkan oleh Allah. Al-Quran merupakan tali Allah yang teguh kukuh dan ialah juga jalan yang lurus. Ialah Kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya maka hawa nafsu seseorang itu tidak akan menyeleweng atau terpesong. Ialah Kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau kesamaran dengan kata-kata makhluk. Dan para ulama’ pula tidak merasa jemu daripada mengkaji isi kandungannya. Keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut dan hilang sekalipun ia dibaca berulangkali. Kandungannya yang menakjubkan tidak berkesudahan. Ialah Kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata : “ Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan yang memimpin ke jalan yang benar lalu kami beriman kepadanya”. Demikian juga sesiapa yang memperkatakan sesuatu berdasarkan kitab itu (al-Quran) maka benarlah perkataannya. Sesiapa yang beramal dengan ajarannya maka dianugerahkan pahala. Sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hakamnya maka adillah keputusannya. Sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menuruti ajarannya sudah tentu dia dan mereka akan beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Firman Allah dalam ayat 186 surah Ali ‘Imran :
لتبلون فى أمولكم وأنفسكم ولتسمعن من الذين أوتوا الكتب من قبلكم ومن الذين أشركوا أذى كثيرا وإن تصبروا وتتقوا فإن ذلك من عزم الأمور
Maksudnya : Kamu benar-benar akan diuji pada hartamu dan dirimu. Dan juga kamu benar-benar akan mendengar daripada mereka yang diberikan Kitab sebelum kamu dan daripada mereka yang menyekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.
Kita dapat lihat pada hari ini bagaimana musuh Islam sentiada gerun dan benci kepada al-Quran sehingga mereka memusuhinya. Jika sebelum ini mereka bertindak menjauhkan umat Islam daripada al-Quran maka pada hari ini mereka bertindak biadap menghina al-Quran di mana antara kes terbaru di Amerika Syarikat ialah al-Quran dibakar dan dilumurkan najis. Kita peringatkan kepada mereka agar jangan bermain api dengan umat Islam. Umat yang bertaqwa kepada Allah S.W.T tdak pernah takut kepada mana-mana kuasa besar di mana betapa banyak banyak kuasa besar yang runtuh dan jatuh ke tangan umat Islam yang dipandang rendah dan lemah. Ingatlah bahawa kebangkitan umat Islam semakin hampir apabila tekanan terhadap kita semakin kuat. Islam semakin ditekan semakin melawan, semakin dihimpit semakin bangkit, semakin ditindas semakin bertunas.
Kita begitu kecewa apabila system dan cara kuffar yang belum tentu berjaya malah banyak yang gagal terus diikut oleh umat Islam sehingga sanggup mengenepikan al-Quran. Antara terbaru ialah pembahagian kondom dan jarum percuma bagi mengangani penularan virus HIV sedangkan perkara ini masih hangat dibincangkan di Amerika Syarikat itu sendiri. Ia boleh menggalakkan penagihan dadah dan seks bebas sedangkan usaha ke arah menutup pintu-pintu tempat merebaknya AIDS tidak dititiberatkan. Inilah bahayanya apabila merawat didahulukan daripada mencegah. Wang rakyat akan dihabiskan lebih daripada 2oo juta setahun untuk menangani masalah HIV termasuk 1 juta bagi menyediakan jarum dan kondom percuma ini disamping pembaziran lain seperti pembiayaian terhadap program hiburan yang merosakkan rakyat sedangkan keperluan rakyat seperti subsidi diesel dicadang pula untuk ditarik balik. Akhirnya golongan rosak akhlak dipuja dan dijaga sedangkan rakyat yang tidak berdosa menanggung bebanan yang bertambah sepanjang masa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Menyedari tentang betapa pentingnya hubungan yang rapat antara kita dan al-Quran dalam mencapai kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat maka kita wajib menunaikan kewajipan kita terhadap al-Quran. Pertamanya kita mesti membaca al-Quran sehingga pandai. Keduanya kita mesti membaca al-Quran sehingga memahami isi kandungannya. Ketiganya kita mesti membaca al-Quran sehingga mampu menghafaz keseluruhan atau setakat yang termampu oleh kita. Keempatnya kita mesti membaca al-Quran sehingga dapat mengamalnya dalam kehidupan seharian. Kelimanya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu dimasyarakatkan. Keenamnya kita mesti membaca al-Quran sehingga ia mampu didaulatkan. Apabila umat Islam mampu melaksanakan segala tanggungjawab terhadap al-Quran maka kemenangan yang dijanjikan oleh Allah semakin dekat. Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun:
ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموت والأرض ومن فيهن بل أتينـهم بذكرهم فهم عن ذكرهم معرضون
Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Sabtu, 6 Ogos 2011

65. RAMADHAN PENYUBUR JIWA MULIA

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
فرمان الله تعالى دالم أية 66 سورة الأنفال :
الئن خفف الله عنكم وعلم أن فيكم ضعفا فإن يكن منكم مائة صابرة يغلبوا مائتين وإن يكن منكم ألف يغلبوا ألفين بإذن الله والله مع الصــبرين
Maksudnya : Sekarang Allah telah meringankan kepadamu(wahai Muhammad) dan Dia telah mengetahui bahawa padamu ada kelemahan. Maka jika ada di antaramu seratus orang yang sabar nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh dan jika ada di antaramu seribu orang yang sabar nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang musuh dengan izin Allah. Dan Allah bersama dengan orang-orang yang sabar
Kini lebih seminggu kita umat Islam sama-sama menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak dengan penuh rasa kesyukuran dan kegembiraan. Umat Islam seluruh dunia tanpa mengira batas sempadan bangsa dan negara, bahasa dan budaya sama-sama menyambut kehadiran bulan yang penuh dengan pengampunan dosa bersama penggandaan pahala, terbuka luasnya pintu syurga bersama tertutupnya pintu neraka disamping terantainya syaitan penggoda yang selama ini sentiasa menjadi teman karib kepada nafsu dalam diri kita. Semoga kehadiran Ramadhan dapat menyemarakkan semangat jihad yang baru dalam diri kita dalam melawan godaan nafsu terutama ketika teman rapatnya sedang dirantai daripada kalangan iblis dan syaitan. Amat malang jika pada bulan Ramadhan ketika hanya bertarung dengan nafsu maka kita bukan sahaja tewas dengan godaannya malah lebih teruk daripada sebelum datangnya Ramadhan. Bulan Ramadhan sepatutnya dijadikan bulan untuk melemahkan nafsu sebaliknya dijadikan bulan pesta makanan dan bulan untuk membazir kerana terpedaya dengan nafsu. Ketika nafsu dikekang sehingga hampir tumpas sepanjang siang hari ketika menunaikan ibadat puasa sebaliknya pada malam hari diri kita pula tewas kerana terlalu menurut kehendak nafsu ketika berbuka. Akhirnya salah satu hikmat kewajipan puasa iaitu melatih diri dalam melawan godaan nafsu tidak berjaya dan puasa kita tidak memberi kesan yang mendalam ke arah melahirkan diri sebagai insan yang bertaqwa. Kita juga gagal mencapai apa disabdakan oleh Rasulullah s.a.w : صوموا تصحوا yang bererti : Berpuasalah nescaya kamu sihat.
Sepatutnya dengan mengerjakan ibadat puasa dapat memberi ruang kepada tempat penghadam di dalam perut kita untuk berehat sehingga kesihatan kita dapat dijaga sebaliknya kita hanya memberi masa kepadanya pada siang hari sahaja untuk berehat sedangkan pada malam hari kita menggunakannya untuk menghadam makanan yang kita makan kadang-kadang lebih teruk daripada bulan selain Ramadhan. Makanan halal ibarat ubat tetapi jika makan terlalu banyak maka ia bukan boleh memberi banyak manfaat sebaliknya akan membawa mudharat.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
فرمان الله تعالى دالم أية 183 سورة البقرة :
يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa
Antara matlamat Allah mewajibkan kita untuk menunaikan ibadat puasa sebulan Ramadhan ialah untuk melahirkan diri sebagai manusia yang bertaqwa dengan hatinya sentiasa ingat dan takut kepada Allah, mulutnya sentiasa mengucap syukur dan berkata perkataan yang disukai oleh Allah dan seluruh anggota badannya sentiasa melakukan apa yang disuruh oleh Allah serta menjauhi segala tegahanNya sepanjang masa. Apabila telah timbulnya sifat taqwa dalam diri seseorang maka tiada lagi erti perkataan takut kepada sebarang serangan samada godaan nafsu, syaitan, kemewahan dunia, anak-pinak malah kuffar yang memeranginya. Apa yang menjadi masalah kepada umat Islam pada hari ini ialah jumlah mereka terlalu ramai tetapi kebanyakannya mereka terikut dengan sikap pemimpin mereka iaitu dijangkiti penyakit takut mati dan cinta kepada kemewahan dunia sehingga tarbiah Ramadhan dalam melahirkan sikap jatidiri dalam diri umat Islam gagal dimanfaatkan sebaik mungkin. Ini ditambah dengan serangan pemikiran oleh musuh Islam sehingga ibadat puasa dianggap oleh umat Islam sebagai ibadat untuk mendapatkan ganjaran akhirat semata-mata bukannya bertujuan membaiki diri umat Islam ke arah mewujudkan masyarakat yang tunduk kepada semua sistem Islam dalam kehidupan seharian mereka. Apabila puasa dianggap untuk balasan akhirat semata-mata tanpa merasai bahawa ia juga untuk mendidik jiwa ke arah melahirkan masyarakat yang takut untuk berbuat dosa dalam urusan dunia maka ibadat puasa hanya dijaga agar tidak kurang pahalanya sedangkan dalam masa yang sama tidak timbul perasaan berdosa apabila mereka menguruskan urusan dunia berdasarkan sistem ciptaan manusia sehingga ramai yang berpuasa tetapi terlibat dengan rasuah dan riba, ramai yang berpuasa tetapi melarang umat Islam daripada menyampaikan tazkirah di masjid dan surau sedangkan dalam masa yang sama mereka membiarkan hiburan yang melalaikan terus berkumadang mencemari kesucian Ramadhan. Akhirnya timbul sebuah masyarakat umat Islam yang mencampur-adukkan antara ibadat dan maksiat yang menyebabkan sikap taqwa dalam diri semakin lama semakin tipis dan mereka menjadi sebuah masyarakat Islam yang mahu kepada pahala untuk masuk syurga Allah sahaja tetapi dalam masa yang sama terus berseronok dengan dosa kerana lupa bahawa adanya neraka serta lupa bahawa setiap amalan mereka di dunia akan dihisab oleh Allah di akhirat sana bukannya dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa kiraan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tanpa sifat taqwa juga maka umat Islam mudah kalah kepada musuh kerana sesiapa takut kepada Allah maka manusia akan hormat kepadanya sebaliknya jika dia tidak takut kepada Allah maka dia pasti akan takut kepada manusia. Bergerak atas asas taqwalah maka Daulah Islamiah dapat ditegak di Madinah oleh Rasulullah s.a.w seterusnya daulah ini bertambah luas sehingga runtuhnya Empayar Rom Kristian dan Parsi Majusi ditambah pula dengan tunduknya Empayar Hindu India dan Budha China serta berjayanya pejuang Islam yang benar-benar taqwa dan yakin kepada janji kemenangan daripada Allah untuk menguasai bumi Eropah dengan kejayaan panglima Toriq bin Ziyad menawan Andalus atau Sepanyol. Tetapi kini umat Islam walau pun dengan jumlah yang ramai tetapi dijadikan bahan ejekan dan mainan kuffar durjana kerana umat Islam tiada kuasa tempat mengadu setelah hilangnya sistem khilafah apabila jatuhnya Khilafah Uthmaniah Turki 1924 akibat semangat perkauman hasil tipu daya kuffar yang menyebabkan umat Islam sendiri terutama bangsa arab bangun meruntuhkan sistem khilafah atas alasan bahawa Khilafah Uthmaniah untuk orang Turki bukan orang arab. Penderitaan umat Islam ditambah lagi dengan jatuhnya bumi Palestin pada 1948 ke tangan yahudi.
Umat Islam hari ini kalah sebelum berperang kerana terlalu hebatnya serangan pemikiran yang dilancar oleh kuffar yang menyebabkan semangat jihad dalam diri semakin lemah. Kebanyakan umat Islam bukan sahaja terikut dengan kemajuan kebendaan yang dibawa oleh barat tetapi turut berpengaruh dengan cara hidup yang tidak berpedoman. Ini mengingatkan kita kepada kata-kata seorang orientalis barat Honoto iaitu penasihat kepada Kementerian Tanah Jajahan Perancis di akhir kurun ke-19 di mana katanya:
“ Dahulu tujuan peperangan salib adalah untuk merebut kembali Baitul Maqdis daripada tangan umat Islam yang tidak bertamadun. Namun apa yang mengejutkan Kristian barat ialah kemampuan Islam terus kekal sepanjang kehidupan manusia. Oleh itu sudah tiba masanya untuk kita berusaha memindahkan umat Islam kepada tamadun barat bertujuan untuk menghapuskan bahaya yang tersembunyi dalam perpaduan Islam. Cara terbaik bagi meneguhkan kedudukan wilayah jajahan orang Eropah di dunia Islam ialah melahirkan keraguan terhadap agama Islam dan meresapkannya ke dalam jiwa umat Islam dengan menonjolkan isu perbezaan di samping menerangkan prinsip Islam dengan syarahan yang meragukan dan menyimpang daripada nilai-nilainya yang sebenar. Seterusnya kita memuliakan nilai-nilai barat, sistem politik dan moral individu yang terdapat pada bangsa Eropah”.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Tarbiah Ramadhan juga menambahkan lagi semangat jihad dan kesabaran di dalam menghadapi sebarang cabaran samada dalaman mahu pun luaran. Kini pertembungan sengit antara Islam dan kuffar tidak dapat dinafikan lagi. Seluruh umat Islam dianggap pengganas yang mahu dihapuskan oleh pengganas kuffar dari muka bumi ini. Kuffar semain menekan Iraq disamping memberi bayangan untuk lebih mengganas di Asia Tenggara. Selain cadangan untuk membina pusat anti-pengganas untuk memerangi pengganas mengikut takrif pengganas Amerika di negara ini maka kuffar juga memberi amaran untuk menggunakan pesawat perang tanpa pemandu untuk memerangi umat Islam di sebelah sini. Dunia menjadi kacau bilau apabila pengganas ingin memerangi keganasan. Ketika tekanan pengganas kuffar begitu kuat maka Allah memberikan kemenangan melalui pilihanraya kepada gerakan pro Islam di Pakistan dan Turki. Semoga kemenangan ini menjadi suatu isyarat kepada dunia bahawa seluruh umat Islam kini sedang kembali bersatu di bawah panji Islam dalam melawan keganasan kuffar yang tidak berperi kemanusiaan. Kuffar terus menjadi raja jika umat Islam terus berpecah dan meninggalkan ajaran Islam yang menyeluruh sebaliknya jika kita kembali bersatu dalam melaksanakan seluruh system Islam maka kemuliaan dan kegemilangan umat Islam sebagaimana yang dikecapi sebelum ini akan kembali semula.
Renungilah Firman Allah dalam ayat 60 surah al-Anfal :
وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل ترهبون به عدو الله وعدوكم وءاخرين من دونهم لاتعلمونهم الله يعلمهم وما تنفقوا من شيء فى سبيل الله يوف إليكم وأنتم لاتظلمون
Maksudnya : Dan siapkanlah untuk mernghadapi musuh dengan apa sahaja kekuatan yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang terikat untuk berperang kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu serta orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan secukupnya kepadamu dan kamu tidak sekali-kali akan dizalimi
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ