Ahad, 21 Disember 2008

Islam DiSanggah Alam Musnah

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 1 dan 2 surah al-Hajj:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُمْ بِسُكَارَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ
Maksudnya : Wahai umat manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya goncangan hari qiamat itu adalah suatu yang dahsyat. Hari itu kamu dapati goncangan itu menyebabkan lalai semua perempuan yang menyusui anak daripada anak yang disusuinya, gugurlah perempuan yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk sedangkan mereka sebenanrnya bukan mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras
Kita baru sahaja menyambut kedatangan Eidil Adha buat sekian kalinya dalam hidup kita. Bersyukur kepada Allah atas nikmat hari raya ini yang dihidupkan dengan amalan soleh terutama ibadat korban bagi yang berkemampuan. Ibadat korban bukan sahaja mengingatkan kita kepada pengorbanan besar yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail tetapi turut mengimbas kembali arahan untuk mengorbankan harta yang paling disayangi terhadap dua anak nabi Adam iaitu Qabil dan Habil daripada hasil pekerjaan mereka sendiri iaitu tanaman dan ternakan. Ini semua jelas mengajar kita bahawa untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam dan umatnya mestilah melalui pengorbanan kerana Islam bukan menjanjikan kemenangan yang mudah sebaliknya perlu kepada penat lelah. Pejuang Islam tidak ditawarkan dengan janji kemewahan sebaliknya diminta untuk berkorban tenaga, masa dan harta kesayangan. Pejuang Islam tidak dihamparkan dengan permaidani merah sebaliknya terpaksa menumpahkan darah. Sebalik kesusahan datangnya kesenangan, selepas berkorban datangnya kemenangan.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Ayat 1 dan 2 surah al-Haj yang dibaca pada awal khutbah tadi memberikan kepada kita seribu pengajaran penting terutama tentang hikmat Allah memulakan surah Haji dengan keadaan hari Qiamat bukannya terus menerangkan berkenaan ibadat haji. Bagi kita yang pernah menunaikan ibadat haji maka kita dapat rasai bagaimana suasana perhimpunan di padang Arafah semasa wukuf yang mengingatkan tentang perhimpunan seluruh umat bermula daripada umat nabi Adam hinggalah kepada umat nabi Muhammad s.a.w di padang Mahsyar nanti untuk menerima balasan di atas segala amalan baik dan buruk, pahala dan dosa semasa hidup di dunia fana ini.
Allah juga mengingatkan kita tentang dahsyatnya hari qiamat yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja. Kita sekarang sudah berada dipenghujung umur dunia yang hampir musnah di mana hampir kesemua alamat atau tanda-tanda qiamat yang diberitahu oleh Allah melalui nabi Muhammad s.a.w telah pun berlaku antaranya sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Anas:
قال الرسول  : مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَقِلَّ العِلْمُ وَيَظْهَرَ الجَهْلُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا وَتَكْثُرَ النِّسَاء ُوَيَقِلَّ الرِّجَالُ حَتَّى يَكُوْنََ لِخَمْسِيْنَ امْرَأَةً القَيِّمُ الوَاحِدُ
Maksudnya : Antara tanda qiamat itu ialah ilmu agama sedikit, kejahilan semakin jelas, perbuatan zina dilakukan terang-terang, jumlah perempuan cukup ramai manakala jumlah lelaki berkurangan sehingga bandingan 50 orang perempuan dijaga oleh seorang lelaki
Oleh itu sebelum pintu taubat tertutup iaitu apabila nyawa berada dihujung halkum dan matahari naik disebelah barat maka kita mestilah segera bertaubat kepada Allah. Sebelum ini heboh diperkatakan bagaimana telahpun berlaku peristiwa matahari naik dari sebelah barat tetapi ia berlaku di planet Marikh bukannya di bumi kita lagi. Ini menunjukkan peristiwa yang sama sudah tidak lama lagi pasti terjadi di bumi kita pula. Insafi diri, perbanyakkan ibadat jauhi maksiat. Banyakkah bekalan akhirat jangan terpedaya dengan tipuan dunia. Jangan asyik membina mahligai mewah di dunia sedangkan mahligai di akhirat belum difikirkan lagi. Jangan asyik menghimpun harta bertimbun di dunia sedangkan pahala akhirat belum tersedia

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 8-10 surah al-Mursalat :
فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ فُرِجَتْ وَإِذَا الْجِبَالُ نُسِفَتْ
Maksudnya : Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap; Dan apabila langit terbelah; Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan
Peristiwa Tsunami diikuti dengan beberapa siri banjir besar dan pelbagai peristiwa yang lain dan yang terbaru kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang hujung minggu lalu yang mengorbankan 4 nyawa setakat ini apabila 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama tertimbus. Runtuhan ini berlaku 15 tahun selepas 48 orang terkorban akibat sebuah daripada tiga blok kondominium Highland Towers yang terletak 1.5 kilometer sahaja dari tempat runtuhan terbaru ini runtuh dalam kejadian yang berlaku pada 11 Disember 1993.
Kejadian ini semua perlu diambil pengajaran yang penting oleh kita semua tentang kekuasaan Allah. Kita juga boleh bayangkan bagaimana dengan kejadian yang sebegini pun manusia tidak mampu berbuat apa-apa apatah lagi bila berlakunya qiamat yang jauh lebih dahsyat daripada kejadian tersebut. Kita berasa kecewa apabila setiap kejadian yang berlaku dikatakan hanya bencana alam yang perlu dicari punca kejadian sahaja seperti air yang bergolak di bawah tanah, hujan yang terlalu banyak dan sebagainya sehingga menyembunyikan kekuasaan dan kehebatan Allah dalam melakukan setiap sesuatu. Kita mesti mengakui bahawa setiap bencana yang berlaku merupakan ujian Allah bagi menguji tahap keimanan umat manusia atau pun pembalasan daripada Allah bagi menimbulkan kesedaran dan pengajaran kepada umat manusia yang selama ini sering melakukan penderhakaan terhadap Allah disamping amaran bagi segelintir manusia yang merosakkan bumi Allah tanpa memikirkan keselamatan orang lain supaya segera menghentikannya.
Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia tidak terlambat untuk mengucapkan sekalung takziah kepada semua mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kejadian ngeri ini. Banyaklah bersabar kerana ujian Allah ada hikmatnya sekiranya kita tenang melaluinya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim :
قال الرسول  : عَجَبًا ِلأَمْرِ المُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Maksudnya: Begitu beruntung nasib orang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tiada habuan yang baik kecuali bagi orang yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka dia bersyukur maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa sesuatu kesusahan maka dia bersabar maka sabar itu baik baginya

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Ketika merenungi kemusnahan alam yang berlaku akibat tangan manusia sendiri yang tidak pernah mengambil pengajaran daripada peristiwa lepas termasuk projek pembangunan dicerun bukit yang memang membahayakan maka kita turut memikirkan bagaimana kejadian jenayah yang membimbangkan dalam negara akibat mengenepikan system Islam termasuk jenayah rasuah yang bertambah parah. Kes pembunuhan mencatatkan 2.12 kes daripada setiap 100 ribu penduduk, kes rogol pula berlaku 11.47 kes bagi setiap 100 ribu penduduk manakala kes rompakan mencatatkan setinggi 90.49 kes bagi setiap 100 ribu penduduk di negara kita. Bila ubat mujarrab iaitu Islam diketepikan maka kehancuran yang dihadapi, bila racun berbisa iaitu system ciptaan manusia dijadikan ubat maka kemusnahan yang ditanggung. Julanglah Islam Buang Jahiliah, Laksanakan Islam ketepikan system ciptaan manusia maka kita pasti berjaya dunia akhirat
Firman Allah dalam ayat 155 – 157 surah al-Baqarah :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أولئك عليهم صلوتٌ من ربهم ورحمةٌ وأولئك هم المهتدون
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka mengucapkan : إنا لله وإنا إليه رجعون . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 15 Disember 2008

74. BAI’AH AQABAH PEMANGKIN TERDIRINYA DAULAH

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 70 surah al-An’am :
وذر الذين اتخذوا دينهم لعبا ولهوا وغرتهم الحيــوة الدنيا وذكر به إن تبسل نفس بما كسبت ليس لها من دون الله ولى ولاشفيع وإن تعدل كل عدل لايؤخذ منها أولئك الذين ابسلوا بما كسبوا لهم شراب من حميم وعذاب أليم بما كانوا يكفرون
Maksudnya : Dan tinggalkanlah mereka yang menjadikan agama mereka sebagai mainan dan senda gurau. Dan mereka telah ditipu dengan kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka dengan al-Quran agar mereka tidak dijerumuskan ke dalam neraka kerana perbuatan mereka sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak ada pula pemberi syafaat selain daripada Allah S.W.T. Dan jika dia menebus dengan segala macam tebusan pun nescaya tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah mereka yang dijerumuskan ke dalam neraka disebabkan perbuatan mereka sendiri. Bagi mereka disediakan minuman daripada air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekufuran mereka dahulu
Kedatangan bulan Zulhijjah amat dirasai kegembiraan oleh umat Islam terutama para jemaah haji di Kota Mekah. Esok adalah 9 Zulhijjah atau hari Arafah di mana kita yang tidak mengerjakan ibadat haji disunatkan untuk berpuasa di mana antara kelebihan berpuasa hari Arafah ialah diampuni dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Rebutlah peluang yang datang sebelum ia hilang. Setelah itu umat Islam akan menyambut Eidil Adha dengan sama-sama memperbanyakkan takbir seterusnya melakukan ibadat korban bagi yang mampu. Sepatutnya kemeriahan Eidil Adha lebih terasa kerana kita disunatkan untuk memperbanyakkan takbir sebelum hari raya lagi dan berakhir pula pada hari terakhir bagi hari Tasyriq iaitu 13 Zulhijjah.
Setiap kali menyambut hari raya maka umat Islam sentiasa melaungkan kalimah yang membuktikan bagaimana tentera Islam telah mengalahkan tentera bersekutu kuffar dalam Peperangan Ahzab atau Khandak. Ia dilaungkan bagi membangkitkan semangat serta peringatan kepada umat Islam bahawa penentangan tentera bersekutu kuffar sentiasa berlangsung dalam memerangi umat Islam. Jika kita lihat kepada sejarah sebelum serangan Ahzab ini maka kita dapati bagaimana jahatnya yahudi yang sepatutnya bersama Rasulullah s.a.w dan umat Islam tetapi bertindak menghasut kuffar yang lain terutama Quraisy agar meruntuhkan Daulah Islamiah Madinah. Walau pun yahudi mengetahui bahawa negara Islam pimpinan Rasulullah s.a.w adalah negara yang adil terhadap semua agama namun atas rasa dendam serta benci kepada Islam yang berjaya menghapuskan sistem riba serta beberapa lagi bentuk penindasan yang mereka lakukan sebelum ini maka yahudi melakukan pengkhianatan yang besar ini. Sikap yahudi ini kadang-kadang ditiru oleh umat Islam sendiri akibat gila kuasa dan harta sehingga mereka sanggup melawan golongan yang telah mengharamkan arak dan judi serta hiburan yang melalaikan. Mereka terpengaruh dengan makna Islam mengikut tafsiran Lord Reid iaitu untuk adat dan ibadat khusus sahaja serta berkaitan individu bukannya agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Mereka menganggap Islam sebahagian daripada negara bukannya negara sebahagian daripada Islam. Mereka faham bahawa Islam agama yang diperintah sehingga boleh diambil apa yang berkenan dan ditolak apa yang bercanggah dengan nafsu sedangkan Islam agama memerintah yang memastikan kita tunduk kepada semua kehendak wahyu dengan menolak segala hasutan nafsu.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Apabila menyebut tentang Daulah Islamiah maka kita perlu tekankan bagaimana usaha dalam mendirikannya seterusnya peranan dalam mengisi segala tuntutannya serta kewajipan dalam mempertahankannya. Sempena kedatangan bulan Zulhijjah maka amat sesuai untuk kita menyentuh bagaimana usaha Rasulullah s.a.w ke arah mendirikan Daulah Islamiah dalam memastikan segala aspek kehidupan yang telah digariskan oleh Islam dapat dilaksanakan di mana pada bulan Zulhijjah tahun ke 13 selepas kenabian telah berlangsungnya Bai’ah Aqabah Kedua antara nabi dengan rombongan Aus dan Khazraj dari Madinah. Jika dalam Bai’ah Aqabah Pertama yang berlangsung setahun sebelum itu di mana isi kandungan taat setia lebih banyak menyebut tentang pembinaan peribadi dan masyarakat muslim yang berkaitan aqidah dan akhlak antaranya mengenai ikrar untuk menjauhi mencuri, zina, membunuh anak-anak, berbohong serta perlaksanaan Islam dalam semua bidang. Manakala dalam Bai’ah Aqabah Kedua mula disebut tentang kesanggupan dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w setelah berhijrah ke Madinah nanti disamping sanggup memerangi siapa sahaja yang memusuhi Islam termasuk yahudi yang merupakan rakan kongsi Aus dan Khazraj selama ini.
Jika melalui Bai’ah Aqabah Pertama telah menyaksikan begitu ramai penduduk Madinah memeluk Islam maka Bai’ah Aqabah Kedua pula menambahkan lagi keyakinan penduduk Madinah untuk menerima nabi sebagai pemimpin yang wajib dipertahankan. Melalui kedua-dua Bai’ah inilah yang memudahkan tugas Rasulullah s.a.w dalam mendirikan Daulah Islamiah di Madinah selepas hijrah.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa besar dan bersejarah ini ialah persiapan ke arah mendirikan Daulah Islamiah adalah penting antaranya usaha dalam memberi penjelasan kepada rakyat tentang keperluan dan kebaikan yang ada pada Daulah Islamiah untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Umat Islam juga perlu diberi keyakinan bahawa tugas mendirikan Daulah Islamiah merupakan antara perkara yang wajib dilaksanakan bagi membolehkan kesemua system Islam dapat dilaksanakan. Umat Islam juga mesti berani dalam menegakkan Daulah Islamiah dan bersungguh dalam mengisi segala tuntutannya serta mempertahankannya daripada sebarang ancaman.
Daulah Islamiah yang mempunyai roh agama yang memastikan pembinaan tamadun kemanusiaan dan kebendaan dapat berjalan serentak merupakan suatu yang diakui oleh umat manusia termasuk bukan Islam tentang keadilannya. Namun akibat telah lama tidak didirikan maka di sana banyak persoalan dan pertanyaan yang timbul disamping sikap permusuhan terhadap Islam yang begitu menebal dalam hati musuh Islam yang memandang bahawa terbinanya Daulah Islamiah akan menggugat kepentingan agama masing-masing apabila manusia sudah pasti akan menerima Islam sebagai cara hidup. Sebab itulah pelbagai usaha yang dilakukan bagi memastikan Daulah Islamiah tidak ditegakkan. Musuh Islam menanamkan pelbagai tuduhan buruk terhadap Daulah Islamiah agar usaha dalam membinanya terbantut.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Umat Islam sendiri yang kurang yakin terhadap Qadha’ dan Qadar serta hari akhirat kadang-kadang mempertikaikan hukum Islam. Mereka boleh terima bahawa orang Islam sahaja yang wajib sembahyang dan puasa bulan Ramadhan sedangkan orang kafir tidak wajib tetapi mereka tidak boleh terima orang Islam dikenakan hudud contohnya dalam kes zina tetapi orang bukan Islam tidak kena akibat tidak faham agama dan juga tidak yakin bahawa orang Islam yang dikenakan hudud akan dilepaskan daripada hukuman neraka di akhirat sedangkan orang bukan Islam yang tidak dikenakan hudud tidak terlepas daripada siksaan akhirat. Mereka turut menuduh bahawa hukuman ini akan menggalakkan orang bukan Islam untuk melakukan jenayah terhadap orang Islam. Kita mesti yakin terhadap janji Allah S.W.T yang menjanjikan pencegahan melalui perundangan Islam kerana jika kita lihat kepada kes rogol dan bunuh yang berlaku pada hari ini maka didapati hampir kesemua pelakunya adalah orang Melayu. Mengapa tidak dipersoalkan bagaimana perundangan sekuler yang sedia ada bukan sahaja tidak mampu menjaga orang bukan Islam malah umat Islam sendiri. Inilah yang dikatakan pandangan berat sebelah di mana apabila sebut sahaja Islam maka ada saja alasannya tetapi bila disebut ideology dan perundangan ciptaan manusia maka boleh ditelan bulat-bulat tanpa banyak soal.
Jika manusia boleh menerima pemimpin sebuah negara komunis adalah komunis, negara sosialis adalah sosialis dan sekuler adalah pemimpin sekuler sendiri bukan penentangnya maka mengapakah dipersoalkan negara Islam mesti melantik pemimpin beragama Islam. Jika rakyat negara ini boleh terima perundangan penjajah yang tidak bersangkut paut dengan agama mereka maka mengapa mereka mesti benci kepada perundangan Islam sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini. Mengapakah kegagalan demi kegagalan perundangan manusia dalam menangani masalah jenayah tetapi ia diteruskan juga. Hukuman terbaru iaitu gantung sampai mati ke atas perogol yang membunuh pada zahirnya adil tetapi hakikatnya zalim kerana tiada jaminan daripada Allah S.W.T sebagai pencegah malah di akhirat nanti pesalah tersebut akan disiksa oleh Allah S.W.T. Sedangkan jika dijatuhkan hukum Qisas iaitu bunuh balas maka pesalah ini dilepaskan daripada siksaan di akhirat dan ada pula jaminan pencegahan daripada Allah S.W.T. Begitu juga baru-baru ini banyak cadangan agar perogol tanpa membunuh disebat depan orang ramai di mana ini juga zalim kerana di akhirat nanti sekali lagi akan dihukum oleh Allah S.W.T dan tiada jaminan pencegahan oleh Allah S.W.T. Sedangkan jika dijatuhkan hukuman rotan depan khalayak ramai mengikut hudud maka ia ada jaminan pencegahan daripada Allah S.W.T dan di akhirat nanti akan terlepas daripada siksaan. Hukum bunuh dalam perundangan dunia tidak sama dengan hukum bunuh dalam Qisas. Begitu juga hukum sebat perundangan manusia tidak sama dengan hukum rotan perundangan hudud. Mengapa ada umat Islam yang boleh terima hukum bunuh perundangan manusia sedangkan mereka tidak boleh menerima hukum bunuh balas mengikut Qisas. Mengapa mereka boleh terima hukuman sebat perundangan manusia sedangkan tidak dapat menerima hukuman rotan Hudud. Ingatlah bahawa manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T di mana tidak boleh sama sekali kita menzalimi mereka walau pun mereka adalah penjenayah dengan menjatuhkan hukuman yang bercanggah dengan perundangan Allah S.W.T. Setiap pemerintah akan dipertanggungjawab dengan setiap hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah samada bertepatan dengan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T atau sebaliknya. Setiap rakyat akan ditanya tentang sebab mengekalkan pemimpin yang melaksanakan hukuman yang bercanggah dengan Islam pada hari akhirat nanti. Oleh itu kembalilah kepada ajaran Islam yang menyeluruh agar kita tidak dibangkitkan di hadapan Allah S.W.T sebagai orang yang zalim dan bersalah samada sebagai pemimpin atau pengikut.
Firman Allah dalam ayat 57 surah al-Qosas :
وقالوا إن نتبع الهدى معك نتخطف من أرضنا أولم نمكن لهم حرما ءامنا يجبى إليه ثمرت كل شيء رزقا من لدنا ولكن أكثرهم لايعلمون
Maksudnya : Dan mereka yang kufur berkata : “ Jika kami mengikut petunjuk bersama engkau nescaya kami akan diusir dari negeri kami”. Bukankah Kami telah melindungi mereka dan menjadikan tempat tinggal mereka sebagai tanah suci yang aman lalu dibawa hasil tanaman dari segala jenis rezeki sebagai pemberian dari Kami. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jumaat, 5 Disember 2008

خطبة عيد الأضحى 1429 هـ

KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية 89 – 83 سورة الشعراء :
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الآخِرِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ وَاغْفِرْ ِلأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ وَلاَ تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ لاَ يَنْفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ إِلاَّ مَنْ أَتَى اللهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
مقصودڽ : "واهاي توهنكو، بريكنله داكو علمو ڤڠتاهوان أڬام، دان هوبوڠكنله داكو دڠن اورڠ-اورڠ يڠ صالح; "دان جاديكنله باڬيكو سبوتن يڠ باءيق ﴿نام يڠ هاروم﴾ دالم كالڠن اورڠ-اورڠ يڠ داتڠ كمودين; "دان جاديكنله داكو دري اورڠ-اورڠ يڠ مورايسي شرڬ جنة النعيم; "دان امڤونكنله باڬي باڤكو، كران سسوڠڬوهڽ دي اداله دري اورڠ-اورڠ يڠ سست; "دان جاڠنله اڠكاو هيناكن داكو ڤد هاري مخلوق- مخلوق دبڠكيتكن هيدوڤ سمولا - "هاري يڠ ڤدڽ هرتا بندا دان انق- ڤينق تيدق داڤت ممبريكن ڤرتولوڠن سسواتو اڤڤون، "كچوالي اورڠ-اورڠ يڠ داتڠ مڠادڤ الله دڠن هاتي يڠ سلامت سجهترا ﴿دري شرك دان منافق﴾;

مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحان وتعالى،
سلامت مڽمبوت هاري راي ايدل اضحى داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. سموڬ انوڬره هاري راي يڠ امت برمعنى اين داڤت كيت ڤنوهي دڠن عمل عبادت دالم مندكتكن ديري كيت كڤد الله دان شرڬاڽ دسمڤيڠ دالم ماس يڠ سام منجاوهكن درڤد معصية يڠ بوليه مڠهمڤيركن كيت كڤد جورڠ نراك. نعمت هاري راي اين مستيله دڬوناكن سمكسيم موڠكين دالم مڠمباليقن سمولا كموليأن دان كجايأن اومت اسلام برمولا درڤد ڤمبينأن رومهتڠڬ، ديديقن ترهادڤ اهلي كلوارڬ ستروسڽ ڤڠوروسن مشاركت دان نڬارا برداسركن سيستيم اسلام يڠ جلس ممباوا كبهاڬياءن دان كسلامتن هيدوڤ د دنيا دان اخيرة. ملالوءي قصه ڤرجواڠن دان ڤڠوربانن نبي إبراهيم سكلوارڬ يڠ سنتياس كيت سبوت ستياڤ كالي تيباڽ بولن ذوالحجه مڠيڠتكن كڤد كيت بتاڤ ڤنتيڠڽ ڤنديديقن دان تربية براسسكن اڬام دالم سسبواه كلوارڬ باڬي ملاهيركن سوامي يڠ برتڠڬوڠجواب، استري يڠ طاعة دان انق-انق يڠ براخلاق مليا. كڬاڬالن دالم ملاهيركن كلوارڬ سَكِيْنَه مڽببكن برلاكوڽ ڤرچراين يڠ بياساڽ انق-انقله منجادي مڠسا. بڬيتو جوڬ كڤنتيڠن سيستيم ڤنديديقن يڠ بتول- بتول برسڤادو انتارا دنيا دان اخيرة سهيڠڬ لاهيرڽ ڬولوڠن علماء يڠ ممڤو مڠوروس اوروسن اڬام دان دنيا دڠن باءيك دان ڬولوڠن ڤاكر يڠ فهم سرتا عمل تونتوتن اڬام دالم كهيدوڤن. سيدنا عمر الخطاب ڤرنه بروصية : اكو ساڠت كچيوا دان بنچي كڤد اورڠ يغ ڤينتر تتاڤي تيدق برتقوى. كران تنڤا تقوى مك كڤينتران اكن ممباوا باڽق كروسقكن كڤد اومت. اكو جوڬ ساڠت كچيوا كڤد اورڠ تقوى تتاڤي دوڠو كران ايت ديريڽ باءيك تتاڤي تيدق تاهو ملقساناكن اوروسن اومت سچارا تراتور دان سمڤورنا.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم ايات 103-107 سورة الصافات :
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
مقصودڽ : ستله كدواڽ برسره بولت- بولت ﴿ منجونجوڠ ڤرينته الله﴾ دان نبي إبراهيم مربهكن انقڽ دڠن ملتقكن ايريڠن موكاڽ اتس تومڤوقكن تانه ﴿ اونتوق دسمبليه﴾ سرتا كامي مڽروڽ :“واهاي نبي إبراهيم! سسوڠڬوهڽ كامو تله ممبنركن ميمڤي ايت“. سسوڠڬوهڽ اين بنر- بنر سواتو اوجين يڠ ڽات. دان كامي تبوسكن انق ايت دڠن سمبليهن يڠ بسر.
كتيك مڠيڠاتي اوجين بسر نبي إبراهيم دان انقڽ نبي اسماعيل كتيك ماهو ملقساناكن اراهن الله ترماسوقله ڬڠڬوان شيطان كتيك ماهو مڽمبليه انق كسايڠنڽ ايت مك داڤتله كيت فهم بهاوا دالم مڠهاروڠي كهيدوڤن دنيا اين ترڤقسا مڠهادڤي ڤلباڬاي چابرن، هلاڠن، اوجين، رينتاڠن، ڬڠڬوان د دالم مڠوجي كايمانن كيت كڤد الله. اورڠ مؤمين اكن داوجي دڠن ليما ڤركارا ايأيت [1] سودارا ساڬام يڠ سنتياس دڠكي ترهادڤڽ، [2] اورڠ منافق يڠ سنتياس ممبنچيڽ، [3] اورڠ كافير يڠ سنتياس ممراڠيڽ، [4] شيطان يڠ سنتياس بروسها مڽستكنڽ دان [5] بيسيقكن هوى نفسو يڠ سنتياس مڠڬونچڠ كايماننڽ.
موسوه اسلام تيدق ڤرنه ممادمكن ڤرموسوهنڽ ترهادڤ اسلام دان اومتڽ سمأدا ملالوي سراڠن فيزيكل اتاو ڤون ڤنجاجاهن ڤميكيرن. سأورڠ توكوه علماء تركنل، دكتور عبدالله نَاصِحْ عُلْوَان دالم سبواه بوكوڽ منڬسكن بهاوا موسوه- موسوه اسلام بروسها ڬيڬيه باڬي مماستيكن 4 ڤركارا يڠ برادا ڤد تاڠن اومت اسلام مستي دهنچوركن ايأيت [1] القرءان يڠ تله ببراڤ كالي چوبا دسليويڠكن تتاڤي اي تروس دجاڬ اوليه الله، [2] يونيۏرسيتي الازهر مصر د مان موسوه اسلام چوبا مڠهنچوركنڽ اتاو مميندا سوكاتن دان سيستيم ڤڠاجينڽ اڬر سلاري دڠن كهندق مريك، [3] كايستيميوأن هاري جمعة يڠ چوبا دڤادمكن دڠن مڽيبوقكن اومت اسلام دڠن توڬس هارين سهيڠڬ راماي يڠ منيڠڬلكن صلاة جمعة سداڠكن ڤڠانوت كريستيان دڠن تنڠ ممنوهي ڬريجا ڤد هاري احد دان [4] مسجد الحرام، مكة د مان تله ببراڤ كالي چادڠن تراوتما دري ڤرليمين بريطان دان إسرائيل اڬر كعببة دهنچوركن اتاو دبوم باڬي مڠهالڠ اومت اسلام درڤد تروس بركونجوڠ تراوتما ڤد موسيم حاج يڠ دبيمباڠي داڤت مڽاتوكن هاتي اومت اسلام سلوروه دنيا. سكيراڽ كامڤت-امڤت ڤركارا برجاي دهاڤوسكن مك موسوه اسلام تروس داڤت منجاجه اومت اسلام دڠن موده تنڤا ڤننتاڠن.

مسلمين/ مسلمات يڠ دبركتي الله سبحان وتعالى،
الله تله مڠانوڬرهكن كڤد اومت اسلام 3 كايستيميوأن دان كقواتن يڠ منجادي ڤونچا اوتام دالم منچاڤأي كمناڠن دان كبهاڬيأن هيدوڤ د دنيا دان اخرة سكيراڽ كيت برجاي مڠڬوناكنڽ سبأيك موڠكين. كايستيميوأن ايت اياله [1] كقواتن عقيدة يڠ ڤرلو دڤرتاهن دان دكمبڠكن. بتاڤ مالڠڽ بيلا اداڽ اومت اسلام يڠ تيدق مڠهرڬأي نعمة يڠ ڤاليڠ برهرڬ اين سهيڠڬ اد يڠ مرتد. [2] كقواتن سومبر تناڬ مأنسي دڠن جملة يڠ رامي يڠ ڤرلو كڤد اوسها برسوڠڬوه دالم مڠڬوناكنڽ تتاڤي بتاڤ مالڠڽ اومت اسلام برڤچه اتس داسر بڠسا دان نڬارا سباڬايمان يڠ درانچڠكن اوليه موسوه اسلام دان [3] كقواتن دڠن انوڬره بومي يڠ سوبور دڠن تانمن دان حاصيل بومي سڤرتي ميڽق، ڬاس، بسي دان سباڬايڽ يڠ ڤرلو كڤد اوسها يڠ برسوڠڬوه دالم مڠمبيل منفعة سباڽق موڠكين درڤدڽ. بتاڤ مالڠڽ عقيبة ككوراڠن ڤاكر دان ڤڽليويڠن ترهادڤ حاصيل اين مڽببكن اي تيدق ممڤو دڬوناكن سبأيك موڠكين دالم ممبنتو اومت اسلام سلوروه دنيا.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم ايات 109 سوره البقرة:
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
مقصودڽ : رامي د انتارا اهلي كتاب ﴿يهودي دان نصراني﴾ سوك سكيراڽ مريك داڤت مڠمباليقن كامو منجادي كافر ستله كامو برايمان، كران دڠكي يڠ تيمبول دري ديري مريك سنديري، سسوده ڽات كڤد مريك كبنارن ﴿نبي محمد صلى الله عليه وسلم﴾. اوليه ايت، معافكنله دان بياركنله اوليه كامو، سهيڠڬ الله داتڠكن ڤرينتهڽ. سسوڠڬوهڽ الله مها كواس اتس تياڤ- تياڤ سسواتو
كيني كدڠارن سوارا سومبڠ دالم نڬارا كيت تراوتما درڤد NGO بوكن اسلام يڠ لنتڠ منچمڤوري اوروسن اومت اسلام سڤرتي مسئله فتوى يڠ دكلواركن اوليه مجليس فتوى كبڠسأن دالم مسئله ڤڠحرامن Pengkid ايأيت ڤرمڤوان يڠ مڽروڤأي ڬاي هيدوڤ للاكي دان تربارو سنامن Yoga يڠ دداڤتي مڠندوڠي عنصور-عنصور كأڬامأن، منترا دان ڤموجأن. كيت بيمبڠ سكيراڽ كلنتڠن اورڠ بوكن اسلام دالم مننتڠ فتوى عقيبة منيرو ڤربواتن ڤميمڤين اسلام سنديري يڠ باڽق مڽڠڬه فتوى يڠ دكلواركن سبلوم اين. كيت مڽوكوڠ ڤنوه دان مماتوهي فتوى يڠ دكلواركن كران سوده باڽق عمالن دان كڤرچايأن اڬام لاين يڠ تروس دعمالكن اوليه مشاركت كيت سڤرتي برسنديڠ دان مرنجيس اير كڤد ڤڠنتين بارو يڠ منجادي عمالن كڤرچايأن اڬام هيندو.
كيت جوڬ جاڠن عاشيق برچاكڤ تنتڠ مسئله هرڬ ميڽق دان هرڬ بارڠ سهيڠڬ لوڤا كڤد سراڠن عقيدة يڠ سداڠ برلاكو. كيت بڬيتو بيمبڠ اڤبيلا دبنتڠ د ڤرليمين بهاوا جملة انق لوار نكاح اياله 250 ريبو اورڠ دان رامي د كالڠن انق- انق يڠ تيدق بردوسا اين ترماسوق اورڠ اسلام دجاڬ اوليه ڤوست اسوهن يڠ دكنداليكن اوليه كريستيان. بڬيتو جوڬ وجود ڤنمڤتن ڤساكيت يڠ مڠهيدڤي ڤڽاكيت HIV يڠ دتمڤتكن د رومه مُبَلَّغ كريستيان يڠ سڤاستيڽ بوليه مڠڬوڬت عقيدة اومت اسلام. سكارڠ كيت مستي برساتو هاتي دان ڬرق كرجا دالم مڽلامتكن ڬولوڠن اين دڠن چارا يڠ ترانچڠ، برسوڠڬوه دان استقامه. كيت ڤرنه ايڠت اوڠكاڤن ڤندعيه كريستيانRaid : كريستيان اكن چوبا مميندهكن اورڠ اسلام درڤد اڬام نبي محمد كڤد كريستيان. سبنرڽ كريستيان تيدقله سوك كڤد اورڠ اسلام ايت سنديري اڤ لاڬي مڠڠڬڤ اورڠ اسلام سباڬاي ساودارا كريستيان اتس نام كمأنسيأن. جك تيدق ممندڠ توڬس ايڠين مميندهكن اورڠ اسلام درڤد اسلام كڤد كريستيان مك سوده ڤاستي كريستيان تيدق اكن ممبنتو اورڠ اسلام باءيك دري سودوت ڤروباتن ماهوڤون لاين-لاين بنتوان.

مسلمين / مسلمات يڠ دبركاتي الله،
كتيك برچاكڤ تنتڠ مسئله ايكونومي دنيا يڠ مرودوم نامون منوروت كڽاتأن ڬابنور بيڠك نڬارا مليسيا باڬايمانا كأواڠن اسلام تروس تومبوه ماجو بوكن سهاج د اسيا ماله سلوروه دنيا. بڬيتو جوڬ اوسها سيڠاڤورا ماهو منوبوهكن أ اسلام د نڬارا ترسبوت. خرافة يهودي بهاوا ايكونومي دنيا اكن منجادي بكو دان موندور تنڤا ربا كيني مماكن ديري سنديري. كيت ممڤو مروبهڽ جك كيت سايڠكن اسلام دان چينتاكن كبهاڬيأن اخرة د مان سباڬاي چونتوهڽ اڤبيلا تيندقكن كراجأن كلنتن مڽيمڤن سومبر كأواڠنڽ دالم ڤربنكن اسلام تله مڽببكن لبيه باڽق بيڠك يڠ مڽدياكن سيستيم كأواڠن اسلام دبوك د كلنتن دان سلوروه نڬارا. بڬيتو جوڬ ڤلقسانأن الرَّهْنُ اتاو سيستيم ڤاجق ڬاداي اسلام يڠ منجامين كعاديلن يڠ تروس بركمبڠ ڤست. تيندقكن ڤڠحرامن جودي دان ڤڠوراڠن ڤريميس ارق درڤد 86 بواه سبلوم 1990 د بندر كوتا بهارو كڤد 8 بواه سهاج سكارڠ تيدق ڤرنه منجاديكن نڬري اين مُفْلِس ماله لبيه باڽق ڤروڬريم كباجيقكن داڤت دسدياكن كڤد رعية جلاتا. اسلامله نسچاي كيت سلامت سجهترا د دنيا سمنتارا دان اخرة يڠ ككال سلامڽ
فرمان الله دالم ايات 268 سوره البقرة :
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلاً ۗ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
مقصودڽ : شيطان مناكوت-ناكوتكن كامو دڠن كميسكينن دان مڠڬالقكن كامو بربوات كجاهتن سداڠكن الله منجنجيكن اونتوقمو كامڤونن درڤدڽ دان كورنياان. دان الله مها لواس كورنياان لاڬي مها مڠتاهوي
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ











خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 37سورة الحج :
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلاَ دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
مقصودڽ : داڬيڠ- داڬيڠ اونتا دان دارهڽ ايت سكالي- كالي تيدق داڤت منچاڤاي ﴿كريضأن الله﴾ تتاڤي كتقوأن درڤد ديري كاموله يڠ داڤت منچاڤايڽ. دمكينله الله تله منوندوقكنڽ اونتوق كامو سوڤاي كامو مڠاڬوڠكن الله ترهادڤ هدايهڽ كڤد كامو. دان بريله بريتا ڬمبيرا كڤد اورڠ-اورڠ يڠ بربوات باءيك

مسلمين/ مسلمات يڠ درحمتي الله،
كيت باكل مڽمبوت كتيبأن تاهون بارو 1430 هجرة دان 2009 مسيحي تيدق لام لاڬي. كيت مندعاكن اڬر كداتاڠن تاهون بارو اين داڤت مڠوبه كادأن اومت اسلام كأره يڠ لبيه باءيك. سواسان ڤوليتيق دان ايكونومي دنيا يڠ تيدق مننتو منونتوت كڤد سلوروه اومت اسلام اونتوق كمبالي برساتو اتس داسر اسلام. ڤندريتأن اومت اسلام يڠ سداڠ دكڤوڠ د Gaza، فلسطين دسمڤيڠ منجادي مڠسا كڤد سنجات موسوه د Mindanao، عراق، أفغانستان دان سباڬايڽ منونتوت ڤمبيلأن سواجرڽ درڤد كيت. سماڠت برقوربن يڠ دحياتي ملالوي قصة نبي إبراهيم سكلوارڬ سڤاتوتڽ دسوبوركن سهيڠڬ اومت اسلام داڤت بڠكيت درڤد تروس منجادي مڠسا كظاليمن دان ككجامن موسوه. كمناڠن Obama سباڬاي ڤريسيدين اميريكا شريكة بلوم تنتو منجنجيكن هارڤن يڠ چره كڤد اومت اسلام اونتوق منداڤت ڤمبيلأن يڠ سواجرڽ كران ستياڤ ڤميمڤين اميريكا مستي منجادي ڤڠمڤو zionis يهودي سرتا منجاڬ كڤنتيڠن إسرائيل باروله داڤت منچاڤي كمناڠن. اومت اسلام مستي بڠكيت دڠن كقواتن سنديري بوكنڽ مڠهارڤ سيمڤاتي موسوه يڠ سابن هاري مميكيركن اونتوق مڠهنچوركن كيت. سلاڬي اومت اسلام تيدق مڠهيندري ڤڽاكيت ترلالو چينتا كڤد دنيا دان بنچي كڤد كماتين مك سلاڬي ايتوله كيت اكن برڤچه ستروسڽ منجادي بونيكا دان همب عبدي كڤد موسوه اسلام. هنتيكنله كڬانسان دڠن اسلام، بيناله كقواتن دڠن اسلام، سكت ڤنينداسن دڠن اسلام، تڬقكن كعاديلن دڠن اسلام. نصيب اومت اسلام تيدق ممڤو بروبه تنڤا اوسها دان كسوڠڬوهن درڤد ديري كيت سنديري

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
سلام عيد الأضحى داوچڤكن كڤد سلوروه مسلمين دان مسلمات. باڬي يڠ بركممڤوان دسارنكن اڬر مڠهيدوڤكن سمبوتن عيد الأضحى اين دڠن عبادت كوربن سباڬايمان يڠ دانجوركن اوليه اسلام.
قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
مقصودڽ : سسياڤ يڠ ممڤوڽاءي كممڤوان سداڠكن دي تيدق ملاكوكن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندكاتي تمڤت صلاة كامي
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah Eidil Adha 1429H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ...... فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية 89 – 83 سورة الشعراء :
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الآخِرِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ وَاغْفِرْ ِلأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ وَلاَ تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ يَوْمَ لاَ يَنْفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ إِلاَّ مَنْ أَتَى اللهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang sesat; "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula - "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan munafik);

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,
Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga anugerah hari raya yang amat bermakna ini dapat kita penuhi dengan amal ibadat dalam mendekatkan diri kita kepada Allah dan syurgaNya disamping dalam masa yang sama menjauhkan daripada maksiat yang boleh menghampirkan kita kepada jurang neraka. Nikmat hari raya ini mestilah digunakan semaksima mungkin dalam mengembalikan semula kemuliaan dan kejayaan umat Islam bermula daripada pembinaan rumahtangga, didikan terhadap ahli keluarga seterusnya pengurusan masyarakat dan negara berdasarkan system Islam yang jelas membawa kebahagiaan dan keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Melalui kisah perjuangan dan pengorbanan nabi Ibrahim sekeluarga yang sentiasa kita sebut setiap kali tibanya bulan Zulhijjah mengingatkan kepada kita betapa pentingnya pendidikan dan tarbiah berasaskan agama dalam sesebuah keluarga bagi melahirkan suami yang bertanggungjawab, isteri yang taat dan anak-anak yang berakhlak mulia. Kegagalan dalam melahirkan keluarga sakinah menyebabkan berlakunya perceraian yang biasanya anak-anaklah menjadi mangsa. Begitu juga kepentingan system pendidikan yang betul-betul bersepadu antara dunia dan akhirat sehingga lahirnya golongan ulama’ yang mampu mengurus urusan agama dan dunia dengan baik dan golongan pakar yang faham serta amal tuntutan agama dalam kehidupan. Sayyidina Umar al-Khattab pernah berwasiat : Aku sangat kecewa dan benci kepada orang yg pintar tetapi tidak bertaqwa. Kerana tanpa taqwa maka kepintaran akan membawa banyak kerosakan kepada umat. Aku juga sangat kecewa kepada orang taqwa tetapi dungu kerana itu dirinya baik tetapi tidak tahu melaksanakan urusan umat secara teratur dan sempurna.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 103-107 surah as-Sooffat :
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.
Ketika mengingati ujian besar nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail ketika mahu melaksanakan arahan Allah termasuklah gangguan syaitan ketika mahu menyembelih anak kesayangannya itu maka dapatlah kita faham bahawa dalam mengharungi kehidupan dunia ini terpaksa menghadapi pelbagai cabaran, halangan, ujian, rintangan, gangguan di dalam menguji keimanan kita kepada Allah. Orang mukmin akan diuji dengan lima perkara iaitu [1] saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, [2] orang munafiq yang sentiasa membencinya, [3] orang kafir yang sentiasa memeranginya, [4] syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan [5] bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.
Musuh Islam tidak pernah memadamkan permusuhannya terhadap Islam dan umatnya samada melalui serangan fizikal atau pun penjajahan pemikiran. Seorang tokoh ulama terkenal, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa musuh-musuh Islam berusaha gigih bagi memastikan 4 perkara yang berada pada tangan umat Islam mesti dihancurkan iaitu [1] Al-Quran yang telah beberapa kali cuba diselewengkan tetapi ia terus dijaga oleh Allah, [2] Universiti al-Azhar Mesir di mana musuh Islam cuba menghancurkannya atau meminda sukatan dam system pengajiannya agar selari dengan kehendak mereka, [3] Keistimewaan hari Jumaat yang cuba dipadamkan dengan menyibukkan umat Islam dengan tugas harian sehingga ramai yang meninggalkan solat Jumaat sedangkan penganut Kristian dengan tenang memenuhi gereja pada hari Ahad dan [4] Masjidil Haram, Mekah di mana telah beberapa cadangan terutama dari Parlimen Britain dan Israel agar Ka’abah dihancurkan atau dibom bagi menghalang umat Islam daripada terus berkunjung terutama pada musim haji yang dibimbangi dapat menyatukan hati umat Islam seluruh dunia. Sekiranya keempat-empat perkara berjaya dihapuskan maka musuh Islam terus dapat menjajah umat Islam dengan mudah tanpa penentangan.

Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Allah telah menganugerahkan kepada umat Islam 3 keistimewaan dan kekuatan yang menjadi punca utama dalam mencapai kemenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat sekiranya kita berjaya menggunakannya sebaik mungkin. Keistimewaan itu ialah [1] kekuatan aqidah yang perlu dipertahan dan dikembangkan. Betapa malangnya bila adanya umat Islam yang tidak menghargai nikmat yang paling berharga ini sehingga ada yang murtad. [2] kekuatan sumber tenaga manusia dengan jumlah yang ramai yang perlu kepada usaha bersungguh dalam menggunakannya tetapi betapa malangnya umat Islam berpecah atas dasar bangsa dan negara sebagaimana yang dirancangkan oleh musuh Islam dan [3] kekuatan dengan anugerah bumi yang subur dengan tanaman dan hasil bumi seperti minyak, gas, besi dan sebagainya yang perlu kepada usaha yang bersungguh dalam mengambil manfaat sebanyak mungkin daripadanya. Betapa malangnya akibat kekurangan pakar dan penyelewengan terhadap hasil ini menyebabkan ia tidak mampu digunakan sebaik mungkin dalam membantu umat Islam seluruh dunia.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah:
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : Ramai di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu, sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Kini kedengaran suara sumbang dalam negara kita terutama daripada NGO bukan Islam yang lantang mencampuri urusan umat Islam seperti masalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam masalah pengharaman Pengkid iaitu perempuan yang menyerupai gaya hidup lelaki dan terbaru senaman Yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan. Kita bimbang sekiranya kelantangan orang bukan Islam dalam menentang fatwa akibat meniru perbuatan pemimpin Islam sendiri yang banyak menyanggah fatwa yang dikeluarkan sebelum ini. Kita menyokong penuh dan mematuhi fatwa yang dikeluarkan kerana sudah banyak amalan dan kepercayaan agama lain yang terus diamalkan oleh masyarakat kita seperti bersanding dan merenjis air kepada pengantin baru yang menjadi amalan kepercayaan agama Hindu.
Kita juga jangan asyik bercakap dengan masalah harga minyak dan harga barang sehingga lupa kepada serangan aqidah yang sedang berlaku. Kita begitu bimbang apabila dibentang di Parlimen bahawa jumlah anak luar nikah ialah 250 ribu orang dan ramai di kalangan anak-anak yang tidak berdosa ini termasuk orang Islam dijaga oleh pusat asuhan yang dikendalikan oleh Kristian. Begitu juga wujud penempatan pesakit yang menghidapi penyakit HIV yang ditempatkan di rumah Mubaligh Kristian yand sepastinya boleh menggugat aqidah umat Islam. Sekarang kita mesti bersatu hati dan gerak kerja dalam menyelamatkan golongan ini dengan cara yang terancang, bersungguh dan istiqamah. Kita pernah ingat ungkapan pendakyah Kristian Raid : Kristian akan cuba memindahkan orang Islam daripada agama nabi Muhammad kepada Kristian. Sebenarnya Kristian tidaklah suka kepada orang Islam itu sendiri apalagi menganggap orang Islam sebagai saudara Kristian atas nama kemanusiaan. Jika tidak memandang tugas ingin memindahkan orang Islam daripada Islam kepada Kristian maka sudah pasti Kristian tidak akan membantu orang Islam baik dari sudut perubatan mahupun lain-lain bantuan.

Muslimin / muslimat yang diberkati Allah,
Ketika bercakap tentang masalah ekonomi dunia yang merudum namun menurut kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia bagaimana kewangan Islam terus tumbuh maju bukan sahaja di Asia malah seluruh dunia. Begitu juga usaha Singapura mahu menubuhkan kewangan Islam di republik tersebut. Khurafat yahudi bahawa ekonomi dunia akan menjadi beku dan mundur tanpa riba kini memakan diri sendiri. Kita mampu merubahnya jika kita sayangkan Islam dan cintakan kebahagian akhirat di mana sebagai contohnya apabila tindakan kerajaan Kelantan menyimpan sumber kewangannya dalam perbankan Islam telah menyebabkan lebih banyak bank yang menyediakan system kewangan Islam dibuka di Kelantan dan seluruh negara. Begitu juga pelaksanaan ar-Rahnu atau sistem pajak gadai Islam yang menjamin keadilan yang terus berkembang pesat. Tindakan pengharaman judi dan pengurangan premis arak daripada 86 buah sebelum 1990 di Bandar Kota Bharu kepada 8 buah sahaja sekarang tidak pernah menjadikan negeri ini muflis malah lebih banyak program kebajikan dapat disediakan kepada rakyat jelata. Islamlah necaya kita selamat sejahtera di dunia sementara dan akhirat yang kekal selamanya
Firman Allah dalam ayat 268 surah al-Baqarah :
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ ۖ وَاللهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلاً ۗ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : Syaitan menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menggalakkan kamu berbuat kejahatan sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas kurniaan lagi Maha Mengetahui
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ.......فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 37سورة الحج :
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلاَ دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan Allah) tetapi ketaqwaan daripada diri kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang berbuat baik

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Kita bakal menyambut ketibaan tahun baru 1430 Hijrah dan 2009 Masihi tidak lama lagi. Kita mendoakan agar kedatangan tahun baru ini dapat mengubah keadaan umat Islam ke arah yang lebih baik. Suasana politik dan ekonomi dunia yang tidak menentu menuntut kepada seluruh umat Islam untuk kembali bersatu atas dasar Islam. Penderitaan umat Islam yang sedang dikepung di Gaza, Palestin disamping menjadi mangsa kepada senjata musuh di Mindanao, Iraq, Afghanistan dan sebagainya menuntut pembelaan sewajarnya daripada kita. Semangat berkorban yang dihayati melalui kisah nabi Ibrahim sekeluarga sepatutnya disuburkan sehingga umat Islam dapat bangkit daripada terus menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman musuh. Kemenangan Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat belum tentu menjanjikan harapan yang cerah kepada umat Islam untuk mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana setiap pemimpin Amerika mesti menjadi pengampu zionis yahudi serta menjaga kepentingan Israel barulah dapat mencapai kemenangan. Umat Islam mesti bangkit dengan kekuatan sendiri bukannya mengharap simpati musuh yang saban hari memikirkan untuk menghancurkan kita. Selagi umat Islam tidak menghindari penyakit terlalu cinta kepada dunia dan benci kepada kematian maka selagi itulah kita akan berpecah seterusnya menjadi boneka dan hamba abdi kepada musuh Islam. Hentikanlah keganasan dengan Islam, binalah kekuatan dengan Islam, sekat penindasan dengan Islam, tegakkan keadilan dengan Islam. Nasib umat Islam tidak mampu berubah tanpa usaha dan kesungguhan daripada diri kita sendiri
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Jumaat, 28 November 2008

Kesucian Islam DiJaga Umat Terbela

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah:
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
Kita bakal menyambut kedatangan bulan Zulhijjah seterusnya meraikan kedatangan Eidil Adha buat sekian kalinya dalam hidup kita. Apabila sahaja menyebut bulan Zulhijjah maka sudah tergambar dalam pemikiran kita tentang perjuangan dan pengorbanan terutama di dalam mempertahankan kesucian Islam dan mengembangkan dakwah Islam. Pada hari ini kita dapat melihat pelbagai cara dan strategi yang diaturkan oleh musuh Islam di dalam memerangi umat Islam samada melalui serangan fizikal mahupun pemikiran. Betapa ramai umat Islam yang menjadi mangsa kepada senjata musuh Islam terutama di bumi Iraq dan Palestin. Umat Islam di Gaza, Palestin sedang dikepung oleh zionis yahudi tanpa mendapat bantuan yang sewajarnya daripada saudara seagama sendiri. Melalui mimbar Jumaat yang mulia ini maka kita mendesak agar seluruh pemimpin negara umat Islam bersatu hati untuk segera bangkit di dalam menghentikan keganasan zionis yahudi sebelum lebih ramai umat Islam Palestin yang bakal diratah oleh peluru dan bom kuffar durjana.
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Pertembungan di antara jahiliah dengan Islam terus berlaku, perlawanan antara iman dan kufur terus berlangsung dan percanggahan antara hak dan batil terus wujud. Seorang tokoh ulama terkenal, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa musuh-musuh Islam berusaha gigih bagi memastikan 4 perkara yang berada pada tangan umat Islam mesti dihancurkan iaitu Al-Quran , Universiti al-Azhar Mesir, hari Jumaat dan Masjidil Haram, Mekah di mana jika keempat-empat perkara tersebut berjaya dihancurkan maka umat Islam berada dalam keadaan terumbang-ambing. Pertama : Al-Quran cuba dimasukkan di dalamnya unsur-unsur penyelewengan, pindaan agar ia tidak lagi menjadi rujukan dan bahan petunjuk kepada Muslim. Musuh Islam pernah lakukan dengan pembiayaan jutaan dolar Amerika bagi mencetak 50,000 naskhah untuk diagihkan ke negara Somalia yang mengalami krisis kebuluran pada awal lapan puluhan dahulu. Penduduk Somalia yang kebanyakannya beragama Islam, mereka bukan sahaja diberi bantuan makanan, pada masa yang sama juga dibekalkan al-Quran yang telah dipinda ayat yang tidak diketahui mengenainya melainkan mereka yang mahir dengan al-Quran, tetapi Allah SWT tidak mahu kitab suci-Nya itu diseleweng, maka dilihamkan kepada para ulama membongkar kegiatan haram musah Islam. Ia tidak lain adalah untuk menjauhkan orang Islam daripada kitab rujukan mereka yang bertindak sebagai pemberi hidayah daripada Allah SWT. Antara tahun 1995 hingga 2000 pula musuh Islam telah mereka lebih 7 surah palsu yang diedarkan melalui internet tetapi berjaya disedari oleh golongan yang cintakan Islam dan al-Quran
Kedua : Universiti al-Azhar yang menjadi pusat pengajian antarabangsa yang menerima kehadiran dan kebanjiran graduan yang datang daripada seluruh dunia untuk mendalam ilmu-ilmu Islam cuba dirobohkan, kalau tidak pun sistem pembelajaran dan hubungan baik sedia ada terjalin di kalangan pelajar dan kakitangan universiti perlu dirosakkan, itulah yang telah musuh Islam jalankan selama beberapa tahun. Tidak ketinggalan sikap pemimpin negara kita yang mengganggu kerjasama dengan Universiti al-Azhar sehingga ribuan pelajar agama menjadi mangsa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ketiga : Dirosakkan kemuliaan hari Jumaat di mana kebanyakan negara umat Islam tidak terkecuali daripada meneruskan kerja pada hari Jumaat, yang mengakibatkan ramai di kalangan muslim tidak lagi dapat menumpukan dengan baik untuk beribadat khusus pada hari Jumaat malah ramai yang tanpa segan silu meninggalkan solat Jumaat. Lebih malang apabila adanya umat Islam sendiri yang merasa malu sekiranya bercuti hari Jumaat tetapi tidak merasa malu untuk bercuti pada hari Ahad. Akhirnya umat Islam menunaikan ibadat secara tergesa-gesa pada hari Jumaat sedangkan orang Kristian dapat memenuhi gereja dengan tenang pada hari Ahad. Muhasabahlah diri tentang siapa yang rugi dan siapa untung dunia akhirat
Keempat : Musuh Islam berusaha meruntuhkan Masjid al-Haram di mana Rumah Allah ini menjadi sasaran pihak musuh kerana berjaya menyatu-padukan umat Islam seluruh dunia khususnya ketika menjalani ibadat haji. Telah beberapa kali terdengarnya suara ganas dari Parlimen Britian dan Israel cadangan agar Ka’abah dibom atau dihancurkan segera
Bila mengingati 4 sasaran musuh Islam dalam melemah dan seterusnya menghancurkan umat Islam maka sewajarnya kita bangkit di dalam menangani perkara ini berasaskan ruh perjuangan Islam. Negara kita turut terdengar suara sumbang daripada NGO bukan Islam yang lantang mencampuri urusan umat Islam seperti masalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam masalah pengharaman Pengkid iaitu perempuan yang menyerupai gaya hidup lelaki dan terbaru senaman Yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan. Kita bimbang sekiranya kelantangan orang bukan Islam dalam menentang fatwa akibat meniru perbuatan pemimpin Islam sendiri yang banyak menyanggah fatwa yang dikeluarkan sebelum ini.
Kita juga jangan asyik dengan masalah harga minyak dan harga barang sehingga lupa kepada serangan aqidah yang sedang berlaku. Kita begitu bimbang apabila dibentang di Parlimen bahawa jumlah anak luar nikah ialah 250 ribu orang dan ramai di kalangan anak-anak yang tidak berdosa ini termasuk orang Islam dijaga oleh pusat asuhan yang dikendalikan oleh Kristian. Begitu juga wujud penempatan pesakit yang menghidapi penyakit HIV yang ditempatkan di rumah Mubaligh Kristian yand sepastinya boleh menggugat aqidah umat Islam. Sekarang kita mesti bersatu hati dan gerak kerja dalam menyelamatkan golongan ini dengan cara yang terancang, bersungguh dan istiqamah. Kita perlu sedar bagaimana Kristian terkehadapan dalam masalah menjaga kebajikan sedangkan kita terus menuding jari sesama sendiri
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal :
الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Tidak ketinggalan untuk kita sama-sama merenung tentang masalah ekonomi dunia yang merudum. Ia menggambarkan bagaimana system ekonomi ciptaan manusia tidak mampu bertahan dan merugikan. Usaha dalam kembali menggunakan dinar emas menggantikan wang kertas telah lama dilakukan oleh cerdik pandai Islam namun akibat takut kepada musuh Islam lebih daripada takut kepada Allah menyebabkan usaha murni ini terus terbantut. Malah laungan agar seluruh negara umat Islam dan pelabur Islam meninggalkan amalan riba terus lantang berkumandang tetapi perasaan kurang yakin kepada system Islam telah menyebabkan ia dipandang sepi. Kita dapat merubahnya jika kita sayangkan Islam dan cintakan kebahagian akhirat di mana sebagai contohnya apabila tindakan kerajaan Kelantan menyimpan sumber kewangannya dalam perbankan Islam telah menyebabkan lebih banyak bank yang menyediakan system kewangan Islam dibuka di Kelantan dan seluruh negara. Begitu juga pengharaman judi dan pengurangan premis arak daripada 86 buah sebelum 1990 di Bandar Kota Bharu kepada 8 buah sahaja sekarang tidak pernah menjadikan negeri ini muflis malah lebih banyak program kebajikan dapat disediakan kepada rakyat jelata. Cukuplah seluruh pelabur dan negara Islam bersatu atas dasar Islam maka seluruh bank riba akan lipat tikar dan kapitalis penghisap darah akan tersungkur menyembam tanah. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Ankabut :
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Maksudnya : Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain daripada Allah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah jika mereka mengetahui.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isnin, 3 November 2008

120. LIMA UJIAN TERHADAP ORANG MUKMIN

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
فرمان الله تعالى دالم أية 214 سورة البقرة :
أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأسآء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين ءامنوا معه متى نصر الله ألآ إن نصر الله قريب
Maksudnya : Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum datang kepadamu ujian sebagaimana yang pernah berlaku ke atas umat terdahulu sebelum kamu?. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan dengan pelbagai cubaan sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : “ Bilakah lagi akan datangnya pertolongan Allah?”. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
Telah menjadi sunnah ketetapan Allah di mana setiap diri manusia akan dicuba, akan diuji, akan diperiksa samada kenyataan kepada keimanan mereka kepada Allah dan seluruh ajaranNya melalui kata-kata mereka adalah betul dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan mereka atau pun hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Kita sebagai umat akhir zaman yang hidup dalam zaman yang penuh cabaran fitnah maka mesti mempunyai bekalan ilmu dan aqidah yang kukuh agar segala keyakinan kita di hati diikuti dengan pengucapan kita di mulut dan disertakan dengan pengamalan terhadap seluruh kewajipan agama sebagai tanda tunduk dan patuh kepada perintah Allah samada dalam keadaan senang atau susah, sihat atau sakit, muda atau tua, lapang atau suntuk. Betapa ramai umat manusia sebelum kita telah diuji oleh Allah sehingga jelaslah kedudukan iman dan penyerahan diri mereka samada mereka benar-benar beriman sehingga sanggup menyerahkan seluruh jiwaraga untuk Islam dan tidak kurang mereka yang tewas disebabkan keyakinan yang nipis terhadap Allah walau pun mulut mereka lantang menyatakan bahawa mereka merupakan umat yang beriman kepada Allah tetapi apabila datangnya ujian dan cabaran maka mereka tidak mampu menghadapinya.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Kebanyakan umat Islam diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Yang pertama iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya di mana perasaan hasad dengki biasanya datang kerana sikap suka menimbulkan permusuhan, perasaan takabbur atau membesarkan diri, perasaan ‘ujub, gila kuasa, terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mengorban atau mengkhianati orang lain dan perasaan hasad dengki juga sentiasa bersarang dalam diri disebabkan kebakhilannya. Selagi mana hati ini dikotori dengan penyakit hasad dengki maka dirinya sentiasa memusuhi kebenaran dan membenci saudara seagama atas dasar yang bercanggah dengan syarak. Oleh itu sebagai membuktikan keimanan kepada Allah maka kita wajib membersihkan diri kita daripada sifat yang tercela ini demi mencapai keredhaan Allah.
Yang kedua di mana kita akan diuji dengan sikap permusuhan yang dicetuskan oleh golongan munafiq yang merupakan musuh di dalam selimut. Golongan ini begitu merbahaya kerana mereka sentiasa menyembunyikan sikap permusuhan mereka dengan menyatakan bahawa mereka juga beriman kepada Allah sedangkan banyak kelakuan dan tindakan mereka ke arah memerangi ajaran Islam yang menyeluruh. Golongan munafiq ini hanya mengambil ajaran Islam yang sesuai dengan kehendak nafsu serakah mereka dan memusuhi segala ajaran Islam yang berlawanan dengan kehendak mereka. Kadang-kadang golongan munafiq ini lebih terkehadapan dalam menyatakan kecintaan mereka terhadap Islam sedangkan dalam masa yang sama dari segi tindakan maka merekalah golongan yang berani menghina hukuman Allah yang adil, mencaci Rasulullah s.a.w, memaki para ulama’ pewaris nabi dengan menjadikan akal yang lemah sebagai sumber ilmu yang tertinggi mengatasi wahyu Allah.


Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Yang ketiga di mana kita akan diuji dengan golongan kuffar yang sentiasa memusuhi dan memerangi kita dengan pelbagai cara samada melalui serangan pemikiran sehingga mampu menjauhkan umat Islam daripada ajaran agama mereka atau pun melalui serangan fizikal yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam yang menjadi mangsa kepada senjata canggih milik kuffar durjana. Sesungguhnya kita mesti memperakui bahawa permusuhan yang dicetuskan oleh golongan kuffar terutama yahudi dan kristian akan berlarutan sehingga hari qiamat kerana golongan kuffar ini akan berusaha sedaya upaya mereka untuk membuatkan kita agar berlutut di kaki mereka walau dengan apa cara sekali pun. Walau pun jumlah umat Islam hari ini begitu ramai tetapi kita tidak ubah seperti buih air banjir atau buih di laut disebabkan umat Islam diserang dengan dua penyakit yang merbahaya iaitu terlalu cintakan dunia sehingga sanggup mengorbankan prinsip agama dan diserang penyakit terlalu takut kepada kematian sehingga sanggup membiarkan saudara seagama terus ditindas dan menjadi mangsa peluru dan bom kuffar terutama di negara yang diuji dengan peperangan seperti di Palestin, Afghanistan, Kashmir, India, Ambon, Selatan Filiphina dan selainnya. Pengganas kuffar kini menghalakan mucung senjata mereka ke arah yang satu iaitu umat Islam kerana Islam dianggap musuh terakhir kuffar yang tidak pernah padam hajat mereka untuk menguasai dunia dengan melakukan pelbagai kekejaman dan penindasan demi membolot hasil mahsul bumi yang ada.
Oleh itu marilah kita sebagai umat Islam yang bermaruah kembali bersatu di bawah panji Islam dengan mengenepikan sikap perkauman dan kebangsaan yang sempit untuk sama-sama bangun berjuang menegakkan kembali pemerintahan Islam sehingga kita bukan lagi menjadi rakyat yang melarat di negara sendiri, rakyat yang menjadi pelarian di tanahair sendiri, umat yang terpaksa menghadapi hujan peluru dan bom kuffar durjana, umat yang terpaksa memerhati ahli keluarga mereka dirogol, digilis oleh pengganas kuffar di hadapan mata sendiri, umat yang sentiasa ditemani air mata kesedihan akibat kehilangan saudara tersayang akibat kekejaman kuffar. Ingatlah bahawa kita umat Islam merupakan umat pilihan dan akan kembali menjadi umat yang mulia apabila kembali bernaung di bawah keseluruhan sistem Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk pemerintahan, ekonomi, kemasyarakatan dan lainya bukannya hanya terhenti setakat ibadat khusus seperti solat, puasa dan haji sahaja. Kita umat Islam akan terus dihina oleh Allah selagi mana kita berpegang kepada ideologi ciptaan manusia seperti sekularisme yang mendekatkan kita kepada murtad dan sistem kapitalisme yang meletakkan kita setaraf dengan binatang akibat yang kuat akan menindas si lemah, si kaya akan memeras si miskin, pemimpin akan memaksa rakyat agar tunduk kepada kepentingan peribadi mereka.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Yang keempat dan yang kelima kita akan menghadapi godaan syaitan dan hawa nafsu yang merupakan teman rapat dalam memujuk kita ke arah kesesatan. Syaitan dan nafsu jahat akan sentiasa berusaha mengheret kita untuk melakukan maksiat sehingga manusia yang bertuhankan nafsu dan sentiasa mengikut telunjuk syaitan akan sentiasa melakukan segala tegahan Allah sehingga semakin meluasnya gejala social seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, bertambahnya kes sumbang mahram dan sebagainya. Dalam menghadapi ujian nafsu ganas dan syaitan ini maka manusia mesti diisi dengan ilmu kefahaman agama yang secukupnya disamping dikawal dengan pelaksanaan hukuman berasaskan agama demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Hukuman dunia walau pun sekeras mana pun tindakannya tetapi tidak mampu menginsafkan manusia dan juga penerima hukuman dunia dalam kes yang telah jelas hukumannya di sisi Allah akan sekali lagi menerima hukuman di atas kesalahan yang sama di akhirat nanti. Alangkah sesat dan zalimnya hukuman dunia berbanding hukuman Allah yang adil. Islamlah necaya kita selamat dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :
وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين
Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Sabtu, 1 November 2008

73. TUJUH GOLONGAN DILINDUNGI ALLAH S.W.T

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 51-52 surah al-Furqan :
ولو شئنا لبعثنا فى كل قرية نذيرا . فلاتطع الكــفرين وجــهدهم به جهادا كبيرا
Maksudnya : Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami bangkitkan pada setiap negeri itu seorang rasul yang memberi peringatan. Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir dan berjihadlah terhadap mereka dengan al-Quran melalui jihad yang besar
Umat Islam mesti menitikberatkan garisan antara iman dan kufur dalam kehidupan. Kita mesti berhati-hati terhadap perbezaan antara Islam dan jahiliah. Kita wajib mengetahui secara mendalam tentang halal haram, pahala dan dosa serta Syurga dan neraka. Umat Islam yang dijanjikan kemenangan oleh Allah S.W.T sentiasa menghidupkan budaya ilmu dan dakwah dalam kehidupan seharian agar pergerakan kita sentiasa disuluhi cahaya wahyu bukannya ditutupi dengan kegelapan nafsu. Kita mesti lahirkan diri kita antara golongan yang bakal dibayangi oleh ‘Arasy Allah S.W.T pada hari akhirat nanti sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis :
وعن أبي هريرة رضى الله عنه عن النبي  قال : سَبْعَةٌ يُظِلُّمُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاظِلَّ إِلا ظِلُّهُ : إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ و َرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَة ٌذَاتُ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتّى لاتَعْلَمَ شِمَالُهُ مَاتُنْفِقُ َيمِيْنُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ ( متفق عليه )
Maksudnya : 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu :
Golongan pertama ialah pemimpin yang adil di mana kebiasaannya jika pemimpin tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T serta adil dalam bertindak mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh syarak maka rakyat bawahan pun ramai yang mengikut jejak langkahnya dalam mencari keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Rosaknya pemimpin maka ramailah rakyat jelata yang turut rosak kerana rakyat megikut agama pemimpin mereka. Kita sentiasa mengalu-alukan perancangan kerajaan untuk memastikan pelajar sekolah rendah wajib khatam al-Quran dan memahami agama dengan baik tetapi dalam masa yang sama pemimpin mestilah bukan sahaja mampu membaca al-Quran tetapi bersungguh-sungguh dalam melaksanakan segala tuntutan al-Quran yang menyeluruh termasuk ekonomi, perundangan, sosial dan sebagainya bukannya menjadikan Islam sebagai agama ibadat khusus semata-mata. Musuh Islam tidak pernah gerun terhadap pemimpin umat Islam yang kaya harta jika kurangnya agama sebaliknya musuh Islam sentiasa berusaha dalam memerangi pemimpin umat Islam yang miskin harta tetapi kaya agama kerana harta tidak pernah menggugat kedudukan kuffar tetapi agama telah banyak meruntuhkan kezaliman dan kesesatan kerajaan kuffar sebelum ini.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Golongan kedua ialah pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T di mana golongan ini mestilah dilahirkan dalam sesebuah negara bagi mengelakkan lebih banyak kemungkaran dan kerosakan yang berlaku. Apabila umat Islam sentiasa menjaga ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat ditambah dengan makan minum perkara yang halal dari hasil yang halal, menguruskan keluarga, masyarakat dan negara mengikut kehendak syarak disamping berusaha melaksanakan seluruh tuntutan Islam dalam setiap kerja dan pergerakannya sehingga semua itu dihisab sebagai ibadat oleh Allah S.W.T maka segala masalah jenayah dan keruntuhan akhlak dapat ditangani dengan baik. Sebaliknya jika umat Islam memisahkan urusan dunia seperti ekonomi, perundangan, sosial daripada dosa pahala maka keadaan kehidupan mereka semakin lama semakin hancur serta semakin dekat kepada kekufuran yang menyebabkan tiada lagi perbezaan yang ketara antara umat Islam dengan bukan Islam. Inilah yang bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T dan penghinaanNya. Kita begitu bimbang apabila program Khidmat Negara yang bakal bermula pada pertengahan bulan Februari nanti tidak memasukkan jadual waktu sembahyang dalam aktivitinya yang bakal menyukarkan peserta yang majoritinya beragama Islam untuk sembahyang atas alasan ia adalah isu peribadi. Jika sembahyang sebagai tiang agama diabaikan bagaimana negara mahu melahirkan warganegara yang soleh. Oleh itu kita desakkan agar sebelum program ini dijalankan maka waktu sembahyang mestilah diletakkan dalam jadual secara hitam putih. Ingatlah bahawa solat 5 waktu tidak boleh ditinggal melainkan pada perkara yang dibenarkan oleh syarak walau pun berada dipuncak gunung-ganang, berada di tengah hutan, meredah lautan, membentang belanjawan dan sebagainya. Kita dapat lihat kesan daripada tidak sembahyang menyebabkan ramai pemuda Islam yang runtuh akhlaknya dan banyak melakukan jenayah sehingga menggugat keamanan negara.
Golongan ketiga ialah seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid di mana pemimpin wajib berusaha menghidupkan masjid bukan berusaha mematikannnya agar negara dapat melahirkan lebih ramai rakyat yang sentiasa berjemaah di masjid serta menghidupkannya dengan pelbagai aktiviti yang dapat mengembalikan semula kegemilangan Islam. Tindakan jahat pemimpin yang menyekat kebebasan kuliah agama di masjid dan ada yang bertindak lebih kejam dengan merobohkan surau disamping pengawasan terhadap program di masjid lebih daripada tempat latihan pengganas amatlah dikesali. Begitu juga dengan penerusan kepada menjadikan hari Jumaat sebagai hari berkerja di kebanyakan negeri sebagaimana dibuat oleh penjajah merupakan suatu yang menyempitkan masa umat Islam untuk beribadat. Tindakan yang tidak bertamadun ini boleh menyebabkan umat Islam semakin jauh daripada masjid

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Golongan keempat ialah 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T di mana mereka bersatu dan berpisah kerana Allah di mana kasih sayang yang ditanamkan atas dasar iman ini begitu penting terutama dalam berhadapan dengan kekejaman musuh Islam. Betapa bahayanya apabila kasih sayang seumpama ini tiada dalam hati sanubari umat Islam terutama pemimpin sehingga sanggup menyerahkan negara dengan mudah kepada orang bukan Islam dengan memberikan kerusi yang lebih banyak kepada orang bukan Islam dalam parlimen daripada memperbanyakkan lagi jumlah wakil beragama Islam dalam parlimen. Pemimpin jenis ini lebih sanggup menggadaikan agama daripada harta dan kuasa yang dimilikinya. Begitu juga kasih sayang berasaskan iman wajib disuburkan agar saudara seagama sentiasa dibantu walau di mana mereka berada. Kita mesti sentiasa membantu sekurang-kurangnya dengan doa agar Allah S.W.T membantu umat Islam yang sedang ditindas di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Selatan Filiphina, Acheh dan sebagainya. Begitu juga dengan tekanan disebabkan larangan bertudung ke atas umat Islam di Perancis. Tidak lupa kepada nasib yang menimpa umat Islam di Selatan Thailand termasuk Fatani, Narathiwat, Yala yang kini ditekan akibat pembakaran sekolah, bom balai polis dan kehilangan senjata 2 minggu lalu yang telah menyebabkan pelbagai tindakan keras dikenakan termasuk perintah berkurung yang menjejaskan perjalanan majlis ilmu pada waktu malam serta pemeriksaan ke atas pondok-pondok bila-bila masa yang dikehendaki sehingga baru-baru ini ada kubur yang baru ditanam mayatnya diperintah agar digali semula atas alasan disyaki dijadikan tempat simpan senjata. Umat Islam terus ditekan sedangkan bukti yang menyatakan umat Islam yang terlibat dalam kejadian itu belum diketahui.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Golongan kelima ialah seorang lelaki yang dipujuk oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan bahawa dia takutkan Allah di mana usaha dalam memastikan kebanyakan pintu zina ditutup mestilah ditingkatkan. Jika terlalu banyak pintu zina dibuka maka semakin ramai yang cuba dan menghampirinya sehingga semakin teruknya keruntuhan akhlak rakyat. Betapa malangnya apabila ramai yang lantang bersuara membantah tindakan kerajaan Terengganu yang membuat etika berpakaian terhadap orang bukan Islam supaya lebih sopan. Sedangkan suara ini tidak kedengaran apabila wanita dijadikan alat pelaris barangan melalui iklan yang menjolok mata. Apa yang lebih malang ialah apabila pernah berlaku di mana seorang mufti boleh dipecat kerana menegur ratu cantik. Kita turut mendesak agar program Khidmat Negara diasingkan antara peserta lelaki dan perempuan serta dititikberatkan adab mengikut Islam bukannya nafsu. Jangan rosakkan rakyat dengan aktiviti pergaulan bebas sepanjang program tersebut sehingga anak-anak yang dididik begitu lama oleh ibubapa dan guru-guru akhirnya dirosakkan dalam masa beberapa bulan.
Golongan keenam ialah seseorang yang bersedekah lalu dia sembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya di mana umat Islam sentiasa dilatih agar memberikan barangan miliknya kepada orang yang lebih memerlukannya melalui zakat. Apabila diri sentiasa dilatih dengan perkara yang wajib lalu melembutkan hati untuk melakukan sedekah sunat dengan penuh keikhlasan. Sedekah jenis inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana ia bakal menguatkan kembali kesatuan umat Islam dan ekominya yang bakal menggugatkan kedudukan musuh.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ,
Golongan ketujuh ialah seseorang yang mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi lalu menitislah air matanya di mana umat Islam mesti berusaha untuk lahir sebagai golongan yang bertindak cergas seumpama singa disiang hari ketika melawan musuh serta begitu rapat hubungannya dengan Allah S.W.T terutama waktu malam. Golongan inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana mereka bakal dibantu oleh Allah S.W.T. Ingatlah bahawa persediaan untuk melawan musuh bukan semata-mata bergantung kepada kekuatan tentera dan senjata tetapi apa yang lebih penting ialah ikatan perhubungan umat Islam dengan Allah S.W.T yang membolehkan datangnya pertolongan dan kemenangan daripada Allah S.W.T.
Firman Allah dalam ayat 63-64 surah al-Furqan :
وعباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا وإذا خاطبهم الجــهلون قالوا سلــما . والذين يبيتون لربهم سجدا وقيــما
Maksudnya : Dan hamba-hamba Allah Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi ini dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka lalu mereka ucapkan kata-kata yang baik. Dan mereka melalui malam hari dengan bersujud serta berdiri bagi menyembah Allah
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 28 Oktober 2008

142. SUBURKAN BUMI DENGAN ISLAM

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ ….
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 77 surah al-Qosas :
وابتغ فيما ءاتئك الله الدار الآخرة ولاتنس نصيبك من الدنيا وأحسن كما أحسن الله إليك ولا تبغ الفساد فى الأرض إن الله لايحب المفسدين
Maksudnya : Dan carilah apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu daripada kebahagian negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada kenikmatan dunia. Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Islam merupakan agama yang diredhai Allah yang telah diturunkan melalui nabi kita Muhammad s.a.w sebagai rahmat kepada seluruh alam melalui ajarannya yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Islam merupakan agama yang sesuai dengan fitrah kejadian mausia itu sendiri di mana ia begitu mudah untuk diamalkan bagi mereka yang benar-benar tunduk dan patuh kepada Allah dan rasulNya tetapi ia dirasakan terlalu berat bagi mereka yang sentiasa membenci dan memusuhi Islam. Kedatangan Islam telah mengeluarkan manusia daripada kesesatan, kejahilan dan kezaliman kepada kebenaran, keilmuan dan keadilan dalam setiap aspek kehidupan. Umat Islam sebelum ini bermula daripada zaman Rasulullah s.a.w memerintah Kota Madinah diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan khalifah-khalifah selepas mereka telah pun mencapai kejayaan yang gemilang dengan menjadikan Islam sebagai landasan hidup. Allah telah membantu mereka sehingga Islam berjaya menguasai dua pertiga dunia hasil daripada tarbiah dan ajaran suci yang meresap ke dalam sanubari manusia tanpa mengira batas usia dan takhta, negara dan budaya disamping dunia dapat melihat sendiri bagaimana adilnya perundangan Islam dan betapa untungnya menggunakan sistem ekonomi Islam. Islam bukan tersebar di atas mata pedang sebagaimana dakwaan jahat musuh Islam tetapi ia tersebar disebabkan ia merupakan agama yang berjaya menawan hati manusia di mana peperangan yang berlaku merupakan jalan terakhir setelah pihak kuffar tidak mahu tunduk kepada keadilan dan keindahan Islam yang ditawarkan.

Sidang Jumaat yang dihormati,
Dunia eropah dan kuncunya turut mengkaji malah menggunakan sistem Islam tetapi mereka membuangkan ruh agama daripadanya. Ini dapat kita lihat bagaimana selepas peperangan dunia maka semua pemimpin tentera bersekutu yang di dalangi oleh Amerika Syarikat dan Britain telah menjadikan al-Quran dan sistem yang telah digunakan oleh khalifah Islam sebagai rujukan utama dalam mencari jalan penyelesaian untuk memerintah negara dan tanah jajahan mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka memberi peringatan agar dijauhkan seluruh ajaran al-Quran daripada dilaksanakan oleh umat Islam. Dasar pecah perintah yang dilakukan oleh pihak penjajah terutama ke atas negara umat Islam disamping memastikan agar segala sistem mereka terus diamalkan di negara jajahan mereka menyebabkan kekuatan umat Islam mula luntur dan lemah. Islam hanya dilihat dari sudut urusan ibadat khusus dan undang-undang keluarga sahaja sedangkan perlembagaan,perundangan, ekonomi, politik, sosial dan seluruh aspek kehidupan yang lain terus berkiblatkan sistem ciptaan kuffar. Kejayaaan dan kegemilangan umat Islam silam hanya mampu disebut sahaja setakat ini apabila Islam terus disekat dan dihalang daripada dilaksanakan walau pun di negara yang majoritinya adalah umat Islam kerana pemimpinnya yang merupakan tali barut penjajah lebih suka tunduk kepada penjajah daripada mengikut perintah Allah. Walau pun sistem kuffar telah terbukti gagal dalam memulihkan ekonomi negara malah menambahkan masalah sosial dengan pembunuhan, rompakan, penindasan dan sebagainya namun pemimpin negara terus berkeras untuk mengharamkan pelaksaan Islam dengan pelbagai alasan. Kita berharap dan berdoa kepada Allah semoga pemimpin ini segera insaf dan bertaubat kepada Allah sebelum malaikat Izrail datang mencabut nyawa dan kain kapan menjadi pembalut badannya.


Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Keseluruhan negara umat Islam dianugerahkan dengan tanah yang subur samada dengan bahan galian seperti minyak, gas, emas atau pun subur dengan tanaman. Tetapi disebabkan kejahilan dan kedegilan kita daripada mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh Islam maka umat Islam terus melarat dan bergantung kepada orang lain terutama musuh Islam yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam. Dasar yang diminta oleh barat diturut seratus peratus oleh pemimpin negara umat Islam yang jahil seperti membuat dasar menjadikan negara pertanian kepada negara perindustrian atau perkilangan. Ini menyebabkan bahan dan tanah pertanian dalam negara semakin sedikit dan sempit yang menyebabkan kita terpaksa mengimport hasil tanaman ini daripada negara lain. Dasar negara berasaskan perindustrian atau perkilangan juga menyebabkan banyak tanah yang subur menjadi kawasan perumahan dan perkilangan. Dasar ini merupakan antara cara yang halus yang digunakan oleh kuffar yang didalangi oleh yahudi untuk menghancurkan umat Islam. Apabila hasil tanaman semakin berkurang menyebabkan kita bergantung kepada hasil luar yang menyebabkan negara terpaksa membelanjakan wang yang banyak. Cara ini juga menyebabkan kita sentiasa bergantung kepada negara luar sehingga kita akan tunduk kepada kemahuan mereka kerana bekalan tanaman dalam negara tidak mencukupi bukan disebabkan bumi kita tidak subur tetapi kita sendiri yang mematikannya. Perkara ini berlaku dinegara kita sendiri terutama selepas kerajaan lebih berminat menjadikan negara ini sebagai negara industri kerana mahu keuntungan yang cepat tetapi hasilnya ekonomi negara semakin melarat dan kekayaan negara tidak mampu dinikmati oleh rakyat. Kita terpaksa bergantung kepada Thailand dari sudut pertanian dan Singapura dari sudut proses minyak mentah dan getah. Yahudi dengan mudah menjatuhkan ekonomi negara kita kerana kita terlalu bergantung kepada bursa saham dan industri dengan mengenepikan hasil pertanian dalam negara. Kita tidak pernah membela dengan sewajarnya golongan petani, penoreh getah, nelayan, peneroka sedangkan merekalah antara golongan banyak berjasa di dalam menambahkan hasil negara.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Barat begitu takut jika negara Islam membangunkan sendiri urusan ekonomi mereka kerana jika perkara ini berlaku maka negara umat Islam tidak lagi akan tunduk kepada mereka. Ini pernah berlaku apabila Sudan sebelum ini terpaksa mengimport kambing biri-biri daripada negara lain kerana tunduk kepada tekanan barat agar tidak memelihara kambing biri-biri lebih daripada yang telah ditetapkan oleh barat. Tetapi apabila gerakan Islam menang di sana mereka bukan sahaja tidak perlu bergantung kepada negara lain malah mereka mampu untuk menjual hasil mereka mereka ke luar negara. Islam begitu memberi galakan agar umatnya menghidupkan tanah yang mati yang mana dalam kitab feqah disebut ‘Ihya ul mawaat’. Sayyidina Ali sendiri pernah memarahi seorang sahabat yang tidak menghidupkan tanah yang diberi hasil rampasan perang di mana Sayyidina Ali meminta agar dia bercucuk tanam bukannya mendirikan rumah kediaman.
Kita dapat lihat lagi bagaimana barat begitu kecewa apabila pemimpin Libya dengan dasar penghijauan bumi telah berjaya membina terusan di bawah tanah sehingga tanaman hidup subur di atas padang pasir yang sebelumnya kering kontang. Barat terus memusuhi Libya yang berusaha untuk membangunkan hasil negara tanpa bantuan barat malah Libya turut membantu umat Islam seluruh dunia dengan hasil negaranya di mana antara isu terbaru ialah penglibatan Libya dalam menyelesaikan kes penculikan yang turut melibatkan rakyat Amerika Syarikat oleh kumpulan Abu Sayyaf di Filiphina.

Sidang Jumaat yang dikasihi,
Barat juga akan sentiasa melagakan negara umat Islam bagi memberi ruang kepada mereka untuk menguasai ekonomi di negara itu. Ini dapat kita lihat melalui serangan Iraq ke atas Kuwait yang telah diambil kesempatan oleh Amerika Syarikat untuk menjual senjata kepada Kuwait dan Arab Saudi. Walau pun peperangan Teluk telah pun berlalu hampir 10 tahun tetapi sehingga hari ini Kuwait dan Arab Saudi terpaksa membayar hutang kepada Amerika Syarikat manakala Iraq sendiri terpaksa menyerahkan minyaknya kepada Amerika. Negara umat Islam yang kaya akhirnya terpaksa berhutang dengan negara barat barat yang kurang hasilnya dari segi bahan galian atau pun tanaman. Inilah antara contoh yang dapat kita lihat bagaimana begitu licinnya perancangan musuh dalam menghancurkan umat Islam.Jika kita jahil dan lalai dengan perancangan yang telah mereka aturkan ini maka kita akan terus menjadi hamba abdi mereka walau pun berada dalam negara sendiri.
Firman Allah dalam ayat 45 surah al-Haj:
فكأين من قرية أهلكنــها وهي ظالمةفهي خاوية على عروشها وبئر معطلة وقصر مشيد
Maksudnya : Maka bukan sedikit negeri yang Kami telah binasakan disebabkan kezaliman penduduknya lalu runtuh ranaplah bangunannya, telaga terbiar dan istana mewah ditinggalkan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

104. PERANAN AGAMA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 133 surah al-Baqarah :
أم كنتم شهداء إذ حضر يعقوب الموت إذ قال لبنيه ما تعبدون من بعدي قالوا نعبد إلهك وإله ءابائك إبرهــم وإسمـــعيل وإسحــق إلها وحدا ونحن له مسلمون
Maksudnya : Adakah kamu hadir ketika nabi Yaakub didatangi tanda-tanda maut di mana baginda bertanya kepada anak-anaknya : “ Apakah yang kamu akan sembah selepas kewafatanku ini?”. Lalu mereka menjawab : “ Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk moyang kami iaitu Allah Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya”.
Manusia dan agama tidak dapat dipisahkan dalam menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Allah telah mengutuskan kepada setiap bangsa seorang nabi atau rasul bagi memberi tunjuk ajar kepada umat manusia tentang kewajipan yang perlu dipatuhi dan larangan yang mesti dihindari agar kehidupan mereka diredhai oleh Allah. Para nabi dan rasul tidak meninggalkan harta benda yang banyak untuk diwarisi oleh umat manusia sebaliknya mereka meninggalkan ilmu agama yang mengukuhkan aqidah Islam dalam memastikan keluarga terdekat dan kaum mereka terus menyembah Allah selepas kewafatan mereka. Jika para nabi dan rasul meninggalkan harta maka ia pasti akan kehabisan dan umatnya akan menjadi lebih kufur kepada Allah serta saling berperang kerana berebutkan harta kekayaan dunia. Sebaliknya dengan meninggalkan ilmu agama maka ilmu dan agama terus berkembang sehingga umatnya terus berada di bawah suluhan wahyu Allah dan sentiasa berhati-hati dalam mencari harta kekayaan dunia agar tidak terlibat dengan sebarang penindasan terhadap orang lain dan juga tidak terlibat dengan sumber haram seperti riba, judi, rasuah dan sebagainya.
Barat walau pun dipenuhi dengan pelbagai kejayaan dalam mencapai kegemilangan tamadun kebendaan namu mereka tidak dapat menafikan peranan agama dalam mengisi jiwa manusia. Jiwa manusia yang dijauhkan daripada pengaruh agama kebanyakannya tidak lebih daripada bangkai bernyawa yang saling menguasai antara satu sama lain. Si kuat dan kaya sentiasa menggunakan pengaruh yang ada dalam memaksa si lemah untuk terus menjadi hamba abdi dalam menambahkan kekayaan yang ada tanpa memikirkan perasaan kemanusiaan yang ada dalam setiap jiwa manusia. Manakala si lemah dan miskin terus tunduk walau pun hatinya terus merintih sayu mengharap belas kasihan tuan mereka sehingga mereka tanpa kerelaan berperanan seumpama robot yang berkerja siang malam dalam memberikan kekayaan kepada tuan mereka. Hasil yang diperolehi oleh si kaya tidak tersebar kepada orang yang susah sebaliknya digunakan untuk memuaskan nafsu serakah sehingga kekayaan yang dicapai tidak pernah mencukupi. Akhirnya si kaya sentiasa berfikir bagaimana cara untuk mendapatkan keuntungan yang lebih banyak termasuk mengorbankan orang lain. Inilah yang menyebabkan negara barat yang dianggap maju tetapi mereka tidak mampu menangani masalah jenayah dan kemanusiaan terhadap rakyat mereka sendiri. Contohnya Amerika Syarikat sendiri tidak mampu menangani masalah jenayah yang semakin bertambah dalam negara serta masalah rakyatnya yang tiada rumah yang semakin tinggi disamping masalah yang lain tetapi Amerika cuba menutup kegagalan mereka itu dengan menumpukan kepada dasar luar seperti serangan terhadap negara lain dengan matlamat menjajah dan mengaut keuntungan hasil serangan dan pembunuhan termasuk di Iraq pada hari ini. Inilah bahayanya apabila kemajuan kebendaan dipisahkan daripada pengaruh agama yang menyebabkan manusia rosak dan merosakkan pula orang lain.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Tumpuan umat Islam untuk mencapai kemajuan kebendaan tidak pernah ditegah oleh agama asalkan peranan agama mesti diutamakan. Negara umat Islam jangan hanya melihat kejayaan tamadun kebendaan barat sahaja tetapi kita juga mesti melihat kepada kegagalan tamadun barat dalam mendidik jiwa manusia sehingga runtuhnya tamadun rohani yang lebih penting dalam menjamin keamanan sejagat. Umat Islam mesti meletakkan aqidah dahulu sebelum ekonomi jangan berbuat sebaliknya kerana kita bakal hancur sebagaimana hancurnya barat daripada segi kemajuan rohani. Kita jangan nilaikan sesuatu ilmu itu mengikut hasil gaji yang diperolehi oleh pemiliknya seperti seorang pakar perubatan dianggap lebih berjasa dan berharga berbanding ulama’ yang menjaga kesucian agama atau seorang pakar membina bangunan tinggi dipandang lebih mulia berbanding golongan agama yang berjaya membina kemanusia dalam diri manusia. Apa yang kita perlu nilaikan ialah setiap diri umat Islam mesti berperanan dalam membina tamadun rohani dan kebendaan secara serentak sehingga bebanan doktor di hospital dalam mengubati penyakit ketagih arak dan dadah semakin kurang kerana ulama’ telah diberi kebebasan yang sewajarnya dalam memberi ubat pencegah berbentuk ilmu agama dan pelaksanaan perundangan Islam agar umat manusia dijauhkan lebih awal daripada 2 penyakit yang merbahaya tadi. Bangunan tinggi yang dibina oleh pakarnya dapat diselamatkan daripada dirompak dan diruntuhkan oleh pengganas kerana golongan agama berperanan membina sifat kemanusian dalam jiwa setiap warganegara sehingga lahirnya suatu generasi yang menjaga keamanan menurut ilmu agama bukannya mengikut hawa nafsu. Jika kita menolak peranan agama dalam membina kemajuan negara atau pun ilmu agama hanya dipandang sebagai sesuatu yang kecil dan kurang berharga berbanding ilmu moden yang lain maka kita akan melihat bagaimana akan runtuhnya tamadun rohani di negara umat Islam disamping tidak tercapainya kemajuan kebendaan yang dikejar sehingga umat Islam terus mundur dan ketinggalan dalam negara mereka sendiri. Ingatlah maksud sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari : Sesungguhnya dari tanda-tanda qiamat ialah diangkatkan ilmu, merebaknya kejahilan, arak diminum dan zina berleluasa.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Dalam mengejar kemajuan kebendaan maka kita dilarang sama sekali mengorbankan peranan besar yang sepatutnya dimainkan oleh agama. Tindakan mengorbankan pusat pengajian agama termasuk sekolah agama rakyat seterusnya sekolah agama swasta di negara ini mesti diambil perhatian yang sewajarnya oleh umat Islam. Kita mesti bersungguh-sungguh dalam memberi peringatan kepada pemimpin yang telah mengkhianati agama secara jelas dan terang tetapi dengan menggunakan seluruh media yang dikuasai maka pemimpin mengatakan bahawa tujuan menghancurkan sekolah agama adalah bagi memastikan kemajuan negara dapat dicapai dengan jaya sedangkan jika sekolah agama terus hidup maka ia akan membantut kemajuan. Mereka lupa bagaimana hasil kekayaan negara ini telah banyak disalah gunakan sehingga menimbulkan hutang negara yang begitu banyak. Ini membawa kepada tunduknya kita kepada kehendak negara barat kuffar untuk terus menjajah negara ini. Perkara ini semua bukan disebabkan terlalu ramai pelajar yang belajar agama sebaliknya kerana pemimpin bertindak membuang peranan agama dalam pemerintahan. Kemajuan negara boleh dicapai dengan syarat pemimpin dan negara ini kembali kepada seluruh sistem Islam bukannya menghancurkan pengajian agama. Ingatlah betapa bahayanya jika pemimpin dan rakyat hanya tahu mengejar dunia dengan mengenepikan agama kerana jahilnya mereka terhadap Islam berbanding dengan golongan yang belajar agama tetapi tidak mahu mengejar kemewahan dunia yang ada. Pemimpin yang jahil hanya nampak bahawa agama akan menyekat kepada kemajuan kerana setiap tindakan mereka yang bercanggah dengan agama akan ditentang oleh mereka yang faham agama. Mereka tidak sedar bahawa orang jahil yang mengejar dunia tidak pernah puas hati dengan kekayaan yang ada sebaliknya terus melakukan apa sahaja dalam mengaut keuntungan tanpa mengira dosa pahala, syurga neraka. Mereka sentiasa merasa miskin walau pun telah mempunyai mahligai mewah, harta bertimbun serta sanggup menggunakan cara yang haram dalam mencari kekayaan.
Firman Allah dalam ayat 268 surah al-Baqarah :
الشيطــن يعدكم الفقر ويأمركم بالفحشاء والله يعدكم مغفرة منه وفضلا والله وسع عليم
Maksudnya : Syaitan menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menggalakkan kamu berbuat kejahatan sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripadaNya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas kurniaan lagi Maha Mengetahui

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Kedatangan Islam ke negara ini mengikut catatan sejarahnya agak mudah tanpa berlakunya pertumpahan darah iaitu apabila pedagang Islam berjaya mengIslamkan raja Melaka maka seluruh rakyat jelata turut memeluk Islam. Oleh itu nikmat Islam yang masuk secara mudah ke negara ini mesti dipertahankan walau dengan apa cara sekali pun. Jangan pula kita mudah alpa dan lupa sehingga negara ini menjadi kufur semula dengan dijadikan negara sekularisme penuh sebagaimana yang telah berlaku di Turki melalui tindakan pemimpin yang mengaku Islam tetapi lebih banyak mengorbankan kepentingan Islam demi mencapai kemewahan dan kekuasaan dunia daripada bertindak menjaga kesucian agama dan melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara.
Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah:
ولا يزالزن يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم فى الدنيا والآخرة وأولئك أصحــب النار هم فيها خــلدون
Maksudnya : Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka mahu memalingkan kamu daripada agama kamu kalau mereka sanggup melakukan demikian itu. Dan sesiapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya Islam lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir maka mereka merupakan orang yang rosak binasa amalannya yang baik di dunia dan akhirat dan mereka itulah ahli neraka di mana mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ